You are on page 1of 2

DRAF AKTIVITI NILAM 2014 1.

Projek CAKNA Pelajar membaca bahan dengan diawasi dan dibimbing oleh guru mengikut jadual ditempat yang dinyatakan. Dalam aktiviti ini guru pembimbing akan membantu pelajar yang tidak boleh membaca dengan baik. Kemudian pelajar bercerita secara lisan untuk mengetahui tentang kefahaman pelajar terhadap buku yang dibaca. Pelajar yang lebih baik kefahamannya dan boleh menulis, mempersembahkan kefahaman mereka dalam bentuk grafik, komik, kartun dan kulit buku. Projek ini dijalankan untuk pelajar Pemulihan dan dijalankan pada pemulihan dan hasilnya akan dipersembahkan pada Minggu Pusat Sumber.

2. Promo Buku Seorang pelajar akan naik ke pentas untuk mempromokan buku baru yang ada di perpustakaan. Aktiviti ini akan dijalankan pada waktu rehat setiap Selasa.

3. NILAM Aktiviti NILAM yang dilakukan pada setiap di waktu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Setiap guru yang membawa pelajar ke pusat sumber, perlu mencatat dan menandatangani buku rekod nilam. Aktiviti ini dijalankan ermula bulan Feb hingga Okt. Data bulanan perlu diisi dalam Borang Data Nilam.

4. Khemah Membaca Pelajar didedahkan dengan teknik membaca, kemahiran pencarian maklumat. Pelajar akan mempamirkan hasilan projek dan persembahan di akhir kursus. KM ini dirancang akan dijalankan pada Bulan Julai 2014.

5. Rakan Membaca Pelajar memilih rakan-rakan yang serasi dengannya sebagai rakan membaca bersama. Mereka membaca buku yang sama untuk mencari maklumat tentang sesuatu tajuk yang mereka pilih. Aktiviti ini dijalankan sepanjang sesi persekolahan 2013.

6. Spelling Bees Pertandingan ejaan Bahasa Inggeris. Pertandingan ini dibuat sebanyak 2 kali. Penggal 1 dan 2. Ia dijalankan untuk pelajar pelajar Tahap 1 dan tahap 2.

7. Choral Speaking

Guru-guru B Inggeris melatih pelajar Tahap 2 membuat Choral Speaking dan dipersembahkan Semasa Minggu PSS.

8. Projek Banyak Membaca Mempamerkan carta skor nilam di tempat sesuai untuk menunjukkan jumlah bacaan pelajar. Ganjaran diberikan kepada pembaca terbanyak.

9. Akhbar Dalam Darjah Penggunaan surat khabar sebagai media PdP di dalam kelas. ADD dijalankan sepanjang tahun.

10. Minggu Membaca

AJK memilih minggu yang bersesuaian. Aktiviti yang dirancang biasanya dalam bentuk pertandingan.

11. Projek Literasi/ Info Hunt

Kemahiran mencari bahan merupakan satu proses penting untuk mencapai pembelajaran yang berkesan. Murid dilatih mencari bahan dari: rak, paper cutting, micro film, electronic journal, sumber media dan glosari buku

You might also like