You are on page 1of 16

SUMBANGAN ABRAHAM LINCOLN KEPADA AMERIKA SYARIKAT 1.

0 PENDAHULUAN Abraham Lincoln merupakan Presiden Amerika Syarikat yang ke-16. Beliau merupakan seorang pemimpin yang berjaya menghentikan Perang Saudara bagi mempertahankan keamanan Negara. Beliau memainkan peranan penting dalam menggubal Pindaan Ke-13 yang telah menamatkan system perhambaan di Amerika. Apabila Perang tersebut tamat, Lincoln menjadi Presiden Amerika pertama yang mati dibunuh. Lincoln dilantik menjadi Presiden semasa pilihanraya tahun 1860, beliau pada masa tersebut merupakan seorang peguam dan ahli politik yang berjaya di Illinois. Beliau juga merupakan satu-satunya Presiden Amerika Syarikat yang menerima paten pada tahun 1849 apabila beliau merekacipta sistem untuk mengangkat bot daripada muara sungai.

2.0 LATAR BELAKANG ABRAHAM LINCOLN Abraham Lincoln dilahirkan di Sinking Springs Farm berdekatan Hodgenville Kentucky pada 12 Februari 1809. Nama ibu bapanya ialah Thomas dan Nancy Hanks Lincoln. Lincoln mempunyai seorang kakak yang bernama Sarah berumur dua tahun lebih tua daripadanya dan seorang adik lelaki yang bernama Thomas namun telah meninggal dunia semasa masih kecil. Semasa Abraham berumur dua tahun, mereka sekeluarga berpindah ke Knob Creek Farm. Lima tahun selepas itu, mereka berpindah pula ke Little Pigeon Creek di Indiana. Pada 5 Oktober 1818, ibunya telah meninggal dunia akibat meminum susu lembu yang telah diracun. Setahun kemudian Thomas Lincoln berkahwin semula dengan Sarah Bush Johnston iaitu seorang janda yang mempunyai tiga orang anak. Walaupun Abraham Lincoln tidak begitu rapat dengan ayahnya namun Lincoln menjadi rapat dengan ibu tirinya iaitu Sarah. Sarah menggalakkan Lincoln untuk belajar dengan rajin demi masa depannya. Pada tahun 1830, Abraham dan keluarganya telah berpindah ke Illinois1. Beliau membuat kerja sambilan seperti membawa bot barangan ke New Orleans. Di New Salem, beliau juga

http://millercenter.org/president/lincoln/essays/biography

merupakan rakan kongsi dalam perniagaan kecil-kecilan rakannya namun menemui kegagalan dan beliau terpaksa melunaskan hutang perniagaan tersebut dalam masa yang agak panjang. Semasa Perang Blackhawk 1832, beliau telah dipilih sebagai kapten dalam unit tentera yang menemukan Abraham Lincoln dengan seseorang yang telah mengubah hidupnya iaitu John Todd Stuart. Stuart dan Lincoln bersama-sama bertanding dalam Perhimpunan Umum Illinois namun hanya Stuart menang dalam perhimpunan tersebut2. Dua tahun kemudian, kedua-dua Stuart dan Lincoln menang dalam perhimpunan yang diadakan. Stuart yang lebih berpengalaman dikenali sebagai Jerry Sly banyak mengajar Lincoln tentang selok belok dunia guaman. Pada tahun 1836, Abraham Lincoln menerima lessen untuk menjadi seorang peguam yang sah. Lincoln menang pilihanraya semula Perhimpunan Umum pada tahun 1836, 1838 dan 1840. Pada tahun 1854, beliau memenangi anugerah undi popular tetapi beliau meletak jawatan supaya beliau layak untuk bertanding pada pilihanraya untuk melantik Senat Amerika Syarikat.

Kelly, Martin. Top 10 Most Influential US Presidents. About.Com: American History. Retrieved February 1, 2009.
2

Pada tahun 1846, Lincoln dipilih sebagai Wakil Rumah Amerika Syarikat dimana beliau telah memberikan ucapan tentang perang yang telah dimulakan di Mexico3. Beliau memohon Presiden James K. Polk mendedahkan tempat sebenar di mana darah rakyat Amerika telah tumpah, tentang siapa yang memulakan perang tersebut serta tempat perang tersebut samada dalam kawasan Amerika Syarikat atau kawasan Mexico. Masyarakat ada yang menyokong pendapat beliau namun ada juga yang membangkang dan menggelarnya Spotty Lincoln. Seterusnya Lincoln fokus terhadap kerjayanya sebagai peguam bagi membantu menyara keluarganya. Beliau bekerja di Jabatan Perundangan Illinois bersama Ninian Wirt Edwards. Tidak lama selepas itu, Lincoln bertemu jodohnya dengan Mary iaitu adik kepada isteri Edwards, rakan sekerjanya. Mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Robert Todd yang dinamakan sempena nama ayah Mary, Edward Baker yang dinamakan sempena nama sahabat baiknya, William Wallace dan Thomas sempena nama ayah Lincoln sendiri. Namun demikian, hanya Robert yang hidup sehingga dewasa kerana ketiga-tiga lagi anaknya meninggal dunia pada usia muda.

3.0 SUMBANGAN ABRAHAM LINCOLN KEPADA AMERIKA SYARIKAT

a) MEMPERJUANGKAN PERPADUAN DAN KEBEBASAN Pada tahun 1860, Lincoln berkempen bagi jawatan Presiden. Beliau melahirkan tentangan beliau terhadap perhambaan dan keazamannya untuk menghadkan perkembangan sistem perhambaan ke kawasan baru yang diperoleh daripada Mexico pada tahun 18504. Kejayaan pilihan raya beliau telah menimbulkan krisis terhadap Negara, kerana ramai ahli parti Demokrat barat khuatir Lincoln akan menghapuskan terus sistem perhambaan di kawasan Barat. Sebahagian besar masyarakat kulit putih turut menentang pendapat Lincoln kerana mereka tidak dapat membayangkan masa hadapan yang bakal dihadapi apabila masyarakat kulit hitam akan

3
4

http://www.historynet.com/abraham-lincoln
http://millercenter.org/president/lincoln/essays/biography

dibiarkan bebas sebagai rakyat biasa. Alasan ini berdasarkan kepada undang-undang doktrin yang menggubal tentang hak rakyat dan kedaulatan di Negara tersebut. Lincoln bersumpah untuk mengekalkan Perpaduan tersebut walaupun ia bakal mencetuskan perang. Beliau telah menubuhkan kira-kira tiga juta angkatan tentera darat dan laut yang terdiri daripada masyarakat utara untuk bertemu dengan kira-kira dua jutan angkatan tentera daripada Selatan. pertempuran daripada Virginia ke California, Perang Saudara yang besar Dalam telah

memecahbelahkan Amerika Syarikat5. Untuk memastikan kemenangan miliknya, Lincoln menggunakan kuasa yang sah terhadap akhbar dan pemberita. Beliau telah mengumumkan undang-undang perang dalam kawasan di mana tiada tindakan ketenteraan yang akan mengesahkannya. Tiada dalam sejarah di mana seorang Presiden mengunakan semaksima mungkin kuasa yang ada namun bukan untuk keuntungan dirinya sendiri tetapi untuk mengekalkan Kesatuan.

Book of Proceedings : Taylor Lynn Chase, Rotary Ambassadorial Scholar, University of Colorado, Abraham Lincolns st inspiration in the 21 century

Pada tahun 1864, Lincoln enggan membatalkan pilihanraya kebangsaan, beliau memilih untuk meneruskan pilihanraya tersebut walaupun beliau sedar beliau akan kehilangan banyak undi asalkan asas demokratik yang telah dibina tidak dihapuskan begitu sahaja. Namun demikian, dengan sokongan pengundi daripada askar Kesatuan. Lincoln tetap dipilih pada pilihanraya tersebut. Perang yang pada mulanya tercetus untuk mengekalkan Kesatuan dan mencadangkan demokrasi telah bertukar menjadi pertempuran untuk kebebasan dan perang untuk menamatkan perhambaan apabila Lincoln merasmikan Pengumuman Pembebasan pada bulan Januari 18636. Walaupun Pengumuman tersebut tidak membebaskan kesemua hamba abdi namun tiada hamba yang berada di luar Gabungan terkesan dengan Pengumuman tersebut. Namun demikian ia merupakan simbol penting yang menunjukkan Kesatuan mementingkan kebebasan dan penghapusan sistem perhambaan. Sebahagian daripada Pengumuman tersebut ada menyebut tentang ajakan Lincoln terhadap lelaki kulit hitam untuk menyertai Kesatuan dalam angkatan tentera darat dan tentera laut. Pada akhir perang, hampir dua ratus ribu rakyat Amerika Afrika berperang demi mengekalkan Kesatuan dan Lincoln melabelkan mereka sebagai tulang belakang dalam memastikan kejayaan Kesatuan.

b) KEJAYAAN POLITIK DAN STRATEGI Pada tahun 1834, Lincoln sekali lagi bertanding dalam Badan Perundangan Negeri dan beliau menang pada tahun tersebut. Sehinggakan ahli Demokrat juga menyokong beliau. Strategi yang digunapakai oleh Lincoln berjalan dengan lancer iaitu tidak mengeluarkan pernyataan, tidak membuat janji kosong dan hanya memberikan syarahan pendek. Beliau juga berjabat tangan mesra, berlawak jenaka dan menziarahi hampir kesemua keluarga dalam negeri tersebut. Beliau bertanding lagi dan menang berturut-turut pada tahun 1836, 1838 dan 1840. Sebagai seorang ahli perundangan, Lincoln turut mengundi dalam barisan Parti Whig. Pada tahun 1837, Lincoln telah mengambil kedudukan yang agak kontroversi apabila beliau telah merisikokan kerjaya politiknya dengan bergabung dengan lima orang ahli perundangan yang lain untuk membangkang resolusi mengutuk pemansuhan7. Pada tahun 1838, beliau memberi maklum balas terhadap berita
6

Thomas, Evan and Wolff, Richard. Obamas Lincoln. Newsweek. Retrieved February 1, 2009

http://www.theatlantic.com/politics/archive/2013/06/is-abraham-lincoln-the-most-unifyingpresident-in-us-history/277392/

kematian salah seorang pemansuh di Illinois dan juga seorang editor akhbar Elijah Parish Lovejoy. Mangsa telah dibunuh semasa mempertahankan hasil tulisannya tentang isu menyokong sistem perhambaan di Alton, Illinois. Dengan menggunakan kuasanya, Lincoln memberikan ucapan tentang bahaya dalam mengamalkan demokrasi dan undang-undang pemerintahan apabila rakyat mula menggunakan kekerasan berbanding undian dan alasan untuk mendapatkan hak mereka.

Pada tahun 1840, berbekalkan minatnya terhadap bidang politik, Lincoln berkempen untuk William Henry Harrison iaitu ahli Parti Whig. Beliau mengecam calon Parti Demokratik iaitu Martin Van Buren kerana tindakannya yang memberikan peluang untuk mengundi kepada rakyat berkulit hitam yang bebas di New York. Setelah mengambil kedudukan tersebut, Lincoln secara terang-terangan bersikap perkauman terhadap majority pengundi di IllIonis. Seperti

pembangkang sistem perhambaan yang lain, Lincoln juga tidak memihak hak kerakyatan kepada orang berkulit hitam.

c) ISU PERHAMBAAN : 1858 DEBAT LINCOLN-DOUGLAS Dua tahun selepas kekalahan Fremont, Abraham Lincoln menang pencalonan parti untuk menjadi Senat Amerika Syarikat. Keadaan ini meletakkan beliau bertanding dengan senator yang sudah berpengaruh waktu itu iaitu Stephen A. Douglas, salah seorang musuh Lincoln semasa beliau berkhidmat di Illinois dan Douglas pada masa itu bertanding untuk kali ketiga sebagai ahli Demokrat. Oleh yang demikian, telah berlangsungnya tujuh siri debat di antara Lincoln dan Douglas di Illinois dalam tempoh tujuh puluh hari. Beberapa faktor menolong menarik perhatian Negara terhadap kempen yang dilakukan demi pertempuran tersebut. Faktor pertama ialah Douglas berjaya mendapat reputasi sebagai Little Giant dalam Parti Demokratik8. Kedua ialah debat kebangsaan tentang sistem perhambaan mencapai tahap kritikal. Dalam jangka masa empat tahun yang membawa kearah debat bersejarah, rakyat Amerika telah menyaksikan kekejaman yang melampau dan peristiwa yang mengejutkan sekaligus telah memecahbelahkan Negara. Sebagai tindak balas kepada peristiwa tersebut, penulis dengan merujuk kepada calon yang bertanding, telah menulis tentang artikel yang menerangkan secara terperinci tentang debat yang terjadi dan telah mewujudkan bukti bagi mengenangkan sejarah politik Amerika. Seluruh Negara menonton debat yang terjadi itu.

d) PILIHANRAYA 1860 Melaluii pilihanraya sebelum 1860, Douglas telah berjaya mengalahkan Lincoln dengan majoriti 54 peratus kepada 46 peratus. Hal ini menunjukkan bahawa Lincoln kalah tipis terhadap Douglas. Walaubagaimanapun, kempen yang dilakukan telah menaikkan reputasi Lincoln dalam parti dan telah menjadikannya sebagai ketua dalam Parti Republik. Setelah kalah untuk menjadi Senat Amerika Syarikat, beliau telah menghabiskan masanya selama enam belas bulan
8

http://millercenter.org/president/lincoln/essays/biography/print

mengelilingi seluruh kawasan Selatan untuk berkempen kepada ahli Parti Republik. Hasilnya, Lincoln telah berjaya memenangi hati rakyat untuk memilih calon partinya. Ramai ahli politik terhutang budi terhadap Lincoln kerana sokongannya yang tidak berbelah bahagi kepada mereka. Bekas ahli parti Whig iaitu Seward yang berkuasa sebagai senator Amerika Syarikat pada masa itu, telah mengatakan dengan jelas bahawa beliau tidak akan bertolak ansur terhadap isu perhambaan. Seward telah menyuarakan rasa tidak setujunya terhadap Perjanjian Kompromi 1850 dan beliau turut menegaskan bahawa terdapat undang-undang yang lebih tinggi berbanding Konstitusi tersebut yang dapat digunakan untuk membimbing rakyat Amerika tentang isu perhambaan. Lapan tahun kemudian, beliau mewujudkan suatu konflik dalam menerangkan tentang keadaan hubungan antara Utara dan Selatan selagi mana sistem perhambaan masih hidup dalam Negara tersebut. Apabila Delegasi Parti Republik berkumpul di Chicago pada 16 May, mereka sudah menyedari bahawa mereka akan kalah pada pilihanraya 1860 itu. Namun demikian, tindakan Seward yang tidak menyokong pembawaan Indiana atau Pennsylvania telah membawa kemenangan kepada Lincoln dalam ballot yang ketiga9. Delegasi telah menominasi bekas ahli Parti Demokratik daripada Maine iaitu Senator Hannibal Hamlin sebagai pembantu penasihat Lincoln. Beliau merupakan seorang yang juga menyokong pemansuhan sistem perhambaan. Beberapa jawatan dalam Parti Republik telah diisi oleh beberapa bekas parti lain yang turut membawa motif politik yang sama. Usahasama Parti Republik yang baru terbentuk ini menawarkan gabungan antara Negara sebagai masyarakat yang bebas daripada sistem buruh dan pemupusan terus sistem perhambaan.

e) KESAN PILIHANRAYA 1860 Pilihanraya 1860 telah meletakkan Negara di kedudukan yang akan merubah segalanya. Jika Parti Republik menang, ianya akan menghentikan dominasi politik ahli politik Selatan di Union. Ahli politik Selatan telah menjadi Presiden Amerika Syarikat selama dua pertiga sepanjang jangka masa semenjak 1789 dan tiada daripada ahli politik Utara pernah menjadi Presiden. Oleh

Book of proceedings : Michael Hora; Member of the Board of Trustees of American Councils, Washington DC, Lincoln; The Great Initiator

hal yang demikian, ahli politik Selatan telah berjaya menguasai suara dalam sebarang mesyuarat atau setiap siding yang berlaku. Kejayaan Lincoln bergantung kepada tambahan Pennsylvania atau Indiana atau Illinois kepada senarai jajahan di bawah parti Republik. Apabila undian yang dikira seri, Lincoln yang tidak mempunyai sebarang kerjasama dengan Negara Selatan, telah membawa ahli politik Utara untuk menyokongnya. Secara keseluruhannya, majoriti ahli politik Selatan mengundi untuk Breckinridge yang membawa sebelas negeri daripada lima belas. Bell menang dengan sokongan negeri Virginia, Kentucky dan Tennessee. Walaupun Douglas merupakan calon yang sangat dikenali namun beliau hanya berjaya membawa Missouri. Dalam perkiraan terakhir semua undian, Lincoln telah berjaya mengalahkan Breckinridge dengan 180 undi kepada 72, Bell hanya memperoleh 39 dan Douglas kalah teruk dengan hanya 12 undi. Walaupun Parti Demokratik telah bergabung, mereka tetap kalah terhadap Lincoln yang membawa undian daripada Utara. Sebagai kesimpulannya, pilihanraya 1860 telah mendedahkan kepentingan populasi yang besar di Utara dalam meraih kemenangan dalam sesuatu pilihanraya.

f) KEMPEN DAN PILIHAN RAYA 1864 Sehingga kini masih ramai lagi yang tidak mempercayai berlangsungnya pilihanraya pada tahun 1864. Hal ini kerana Amerika Syarikat mengadakan pilihan raya bagi memilih presidennya semasa Negara sedang bergelut dengan Perang Saudara. Sebelum itu, tiada Negara demokrasi lain pernah melaksanakan pilihan raya semasa peperangan. Walaupun ada pihak yang membantah namun perkara tersebut tidak diambil kira dan pilihanraya tersebut tetap diteruskan sehinggakan Lincoln sendiri tidak yakin bahawa beliau akan menang pada pilihan raya tersebut. Namun demikian, apa yang lebih mengejutkan ialah keputusan pilihanraya tersebut yang memihak kepada Lincoln dengan majority undian sehingga 55 peratus. Sedangkan Lincoln sebelum ini telah bersedia untuk menerima kekalahan. Namun demikian, masalah bermula apabila ahli Parti Republik Radikal telah menuduh Lincoln akan berpaling tadah daripada misi mereka tentang isu perhambaan setelah perang tamat. Mereka juga menentang pendekatan Lincoln yang turut beliau gunakan terhadap Louisiana. Strategi Presiden ialah dengan membenarkan pengorganisasian dilakukan dalam barisan kerajaan jika hanya sepuluh peratus daripada orang berkulit putih bersumpah akan taat setia kepada Negara dan menerima pemansuhan sistem perhambaan. Ahli Parti Republik Radikal menegaskan bahawa jika

rancangan tersebut diaplikasikan ke seluruh jajahan Negara yang kalah pada sesi Pergabungan yang lalu, bekas pemberontak akan kembali dengan perlindungan bekas hamba. Untuk melawan rancangan Lincoln, ahli Republik Radikal telah membenarkan campur tangan Kongres dalam menentukan keputusan yang perlu dibuat. Beberapa bulan sebelum pilihan raya 1864 berlangsung, Wade-Davis iaitu pesaing beliau daripada parti beliau menyerang beliau secara umum. Walaupun Lincoln berjaya mendominasi undian pada tahap kedua, tanpa pengetahuan Lincoln ahli Parti Republik Radikal telah membuat satu pertemuan di Cleveland terlebih dahulu pada 31 Mei dan mereka menukar nama parti kepada Parti Demokrasi Radikal dan melantik John C. Fremont sebagai calon Presiden. Pada masa itu, Lincoln menghadapi tentangan hebat daripada ahli partinya sendiri namun masih ada ahli yang menyokong rancangannya. Isu yang lebih serius berbanding perpecahan dalam parti Republik ialah apabila Parti Demokrasi telah menghantar ugutan kepada Lincoln semasa pertemuan mereka di Chicago pada bulan Ogos. Ahli Parti Demokrasi mengisytiharkan Perang Saudara yang berlaku merupakan suatu kegagalan, meminta agar permusuhan segera ditamatkan dan memohon supaya diadakan Konvensyen Kebangsaan untuk mengembalikan Union dengan tolak ansur dengan gabungan pihak kerajaan10. Ahli Parti Demokrasi mencalonkan Jeneral George B. McClellan iaitu bekas ketua angakatan tentera Union yang pernah dipecat oleh Lincoln suatu masa dahulu kerana gagal mengejar gabungan tentera Jeneral Robert E. Lee semasa pertempuran di Antietam pada tahun 1862.

10

Book of Proceedings : Mary Hanford bruce; Professor of English Monmouth College, Illinois; Abraham Lincoln: A Revolutionary Enigma

Walaupun berbagai cabaran dan kecaman yang dihadapi oleh Lincoln, namun daripada pandangan reality politik, peluang untuk Lincoln menang adalah lebih cerah daripada calon yang lain. Slogan kempennya yang berbunyi not changing horses in mid-stream telah membuka mata rakyat Amerika Syarikat. Tambahan pula, sebilangan besar ahli Demokrasi di Utara masih menyokong Lincoln dengan harapan agar dapat memelihara Union dengan lebih baik. Apabila Naib Presiden Hannibal Hamlin telah digantikan oleh Andrew Johnson, beribu ahli Demokrasi telah berpatah balik menyokong Lincoln. Setelah itu, ahli Demokrasi yang anti-Lincoln berada dalam keadaan kucar-kacir. Dengan bantuan beribu askar yang kembali ke tanah air untuk mengundi serta dibantu dengan gabungan Parti Republik telah berjaya membuat Lincoln menang dalam pilihanraya tersebut.

g) PENUBUHAN TENTERA DARIPADA RAKYAT Perang Saudara terjadi antara kedua belah pihak iaitu rakyat dan askar yang secara sukarela berkhidmat semasa Sembilan puluh hari sepanjang perang tersebut terjadi. Sebahagian besar daripada mereka telah tamat tempoh perkhidmatan dan diberikan bonus dan kemudahan sebagai mengenang jasa mereka. Pada bulan Mac 1863, Union telah mengemukakan undang-undang kerahan untuk mewujudkan perkhidmatan tentera tetapi hampir dua pertiga daripada askar yang baru merupakan sukarelawan. Presiden Lincoln memainkan peranan secara individu dalam

perkhidmatan tersebut dengan melawat kem tentera di kawasan D.C. Beliau juga sering campur tangan dalam menyelesaikan masalah tentera yang tidak berdisiplin semasa dalam perkhidmatan tersebut. Dalam ucapan rasminya, Lincoln turut menunjukkan demonstrasi sebagai tanda terima kasih kepada Union terhadap khidmat yang baik diberikan kepada angkatan tenteranya. Majoriti tentera sangat menghormati Mr. Lincoln kerana keprihatinannya. Namun demikian, tidak lama selepas itu ahli Parti Demokrasi Keamanan mula menyerang dengan mengemukakan undangundang Aristokrasi yang menyebabkan bilangan sukarelawan semakin merosot dari hari ke hari. Protes mula terjadi apabila isu hak dan kadar bayaran yang diberikan oleh kerajaan ditimbulkan oleh parti tersebut. Klimaks protes tersebut terjadi pada 13 Julai 1863 apabila 105 warganegara yang tidak bersalah telah terkorban. Lincoln mengerahkan lima unit daripada Angkatan Tentera A.S daripada Gettysburg untuk segera menamatkan pertelingkahan tersebut.

h) ISU PERHAMBAAN SEMASA PEPERANGAN Tiada siapa yang dapat mengubah pandangan Lincoln tentang keburukan sistem perhambaan yang telah memberi idea kepada beliau untuk mewujudkan Deklarasi Kemerdekaan sekaligus menjadi isu yang mengancam keselamatan Union. Ianya juga amat jelas di mana sebagai seorang ahli politik, Lincoln sentiasa bertolak ansur dalam isu perhambaan11. Sebagai contoh, semasa debat antara Lincoln dan Douglas, Lincoln menegaskan kesamaan hak perkauman dalam bidang politik dan masyarakat. Sebagai calon Presiden, Lincoln berjanji untuk menubuhkan sebuah institusi di mana ianya akan melindungi negeri-negeri di Selatan dan beliau akan menyokong penjajahan sukarelawan berkulit hitam ke Afrika. Apabila Lincoln telah dinobat sebagai Presiden, beliau mencuba untuk bertindak sekata seperti yang dikatakan semasa beliau berkempen. Tujuannya adalah untuk menyelamatkan Union dan bukan untuk membebaskan hamba. Pada mulanya, Lincoln mengumumkan komitmen beliau untuk tidak campur tangan dalam isu perhambaan. Beliau melakukannya untuk menjaga empat negeri yang mengamalkan perhambaan iaitu Delaware, Maryland, Kentucky dan Missouri dalam Union dan untuk patuh terhadap syarat yang ada dalam Konstitusi yang tidak memberikan kuasa kepada pihak kerajaan untuk memansuhkan sistem perhambaan. Dan beliau juga berharap sokongan daripada ahli Parti
11

Book of Proceedings : Nina Wieda; Northwestern University, Evanston Illinois, Lincoln dan Dostoevsky: Two Vies on Political Messianism

Demokrasi daripada Utara dengan tidak menggunakan perang untuk menamatkan perhambaan sebagai satu institusi. Namun tidak lama selepas itu, Senator Republik menggesa Lincoln menggunakan kuasanya sebagai presiden supaya membebaskan para hamba secepat mungkin. Lincoln sedaya upaya mencuba untuk memenuhi permintaan tersebut dengan mewujudkan Pengisytiharan Pembebasan. Seterusnya, semasa perang bermula beribu hamba mula melarikan diri ke kawasan Union. Rakyat berkulit hitam yang bebas daripada Utara menggesa Lincoln bertindak tegas supaya tidak terjadi pemberontakan hamba. Mereka memanggil presiden untuk berbincang mengenai pengisytiharan pembebasan yang telah diusulkan oleh Lincoln. Pada 22 Julai 1862, Lincoln mengumumkan kepada anggota kabinetnya bahawa beliau akan meneruskan usulnya tentang pengisytiharan tersebut menggunakan kuasanya sebagai ketua dalam pasukan tentera. Pengisytiharan tersebut akan membebaskan kesemua hamba dalam kawasan pemberontakan dan dengan rasminya akan menjadi misi Union untuk menghapuskan sistem perhambaan dalam Gabungan Selatan. Anggota kabinetnya memujuk Lincoln supaya menunggu sehingga kejayaan Union dalam peperangan. Atas nasihat tersebut, Presiden memberi amaran jika pemberontakan tersebut tidak tamat pada 1 Januari 1863, beliau akan mengarahkan pengisytiharan serta merta dan bertindak untuk menghapuskan sistem perhambaan di negeri yang terlibat dan kesemuanya.

Tidak lama selepas itu, Lincoln telah menandatangani Akta Konfiskasi Kedua yang diberikan oleh Kongres yang mengandungi syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh kesemua hamba yang pernah menyokong pemberontakan. Akta tersebut bagaimanapun mengecualikan hamba yang taat kepada Konfederasi. Dokumen tersebut mengesahkan bahawa kesemua hamba dalam kawasan pemberontakan sudah selamanya bebas dan turut disertakan bahawa rakyat berkulit hitam boleh disenaraikan sebagai angkatan tentera Union sebagai tentera yang kekal. Apabila perang tamat, hampir 180,000 askar kulit hitam berkhidmat dalam angkatan tentera union yang membolehkan kemenangan menjadi milik mereka. Kumpulan bekas hamba yang besar ini telah mencatat sejarah dalam sejarah rakyat Amerika di mana terjadi perpindahan yang sangat besar dalam kalangan penduduk. Ianya juga turut menyebabkan krisis pelarian yang amat besar. Lincoln menyelesaikan masalah tersebut dengan memberikan kerja pertanian kepada pelarian wanita dan kanak-kanak serta ianya diselia oleh pihak kerajaan.

i) PEMBEBASAN RAKYAT AFRIKA AMERIKA Perang yang sekali lagi meletus antara Negara Gabungan dan Union berakhir pada 9 April. Sebagai tanda hormat Union kepada Negara Gabungan, pegawai yang kalah dibenarkan menyerahkan senjata secara aman. Kesan daripada peperangan tersebut, hampir 4 juta rakyat Afrika Amerika terpaksa menerima padah apabila keadaan sosio-ekonomi mereka turut berubah sekaligus mengubah gaya hidup mereka. Hanya sebahagian kecil daripada mereka boleh menulis atau membaca. Sebahagian besar mereka berada dalam keadaan kucar kacir kerana berpecah daripada keluarga semasa perang berlaku. Namun demikian hampir kesemua mereka telah diberikan kebun sendiri, hidup bebas di bawah penyeliaan orang kulit putih, dibenarkan berkahwin secara rasmi dan anak-anak mereka diberikan pendidikan.

4.0 KESIMPULAN Sebagai kesimpulannya, terdapat pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh Lincoln dalam sejarah politik Amerika Syarikat. Beliau harus diberikan penghormatan kerana komited dalam memelihara Union dan memastikan sistem demokrasi dijalankan tidak kira apa jua halangan

yang terpaksa ditempuhi oleh beliau. Oleh sebab beliau faham bahawa usaha untuk menghapuskan sistem perhambaan memerlukan kesabaran, masa yang tepat dan perkiraan yang betul. Lincoln berjaya dalam proses menyelamatkan Union dan menghapuskan sistem perhambaan untuk mencipta Union yang lebih sempurna dari aspek kebebasan dan kesamarataan hak ekonomi yang menyebabkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan beliau. Sebagai seorang Presiden yang sangat aktif dalam sejarah, Lincoln telah menambahbaik peranan Presiden sebagai ketua dalam kedudukan yang baru, menjadikan Presiden mempunyai suara dalam Kongres dan juga di dalam mahkamah. Legasi pemerintahan Lincoln tidak berakhir selepas beliau meninggal dunia namun tetap diteruskan untuk empat puluh tahun seterusnya sehingga mempengaruhi kuasa dan pengaruh White House. Yang pasti, pujian tertinggi yang dapat diberikan kepada Lincoln ialah sumbangan beliau dalam memelihara Union, mempertahankan demokrasi dan menghapuskan sistem perhambaan. Semuanya berjaya dicapai dengan cara beliau mengatasi setiap krisis yang datang yang mana tidak dapat dilakukan oleh pihak lain.

SENARAI RUJUKAN
1. Kelly, Martin.

Top 10 Most Influential US Presidents. About.Com: American History. Retrieved February 1, 2009. Obamas Lincoln. Newsweek. Retrieved February 1, 2009

2. Thomas, Evan and Wolff, Richard.

3. Book of Proceedings : Taylor Lynn Chase, Rotary Ambassadorial Scholar, University of

Colorado, Abraham Lincolns inspiration in the 21st century


4. Book of proceedings : Michael Hora; Member of the Board of Trustees of American

Councils, Washington DC, Lincoln; The Great Initiator


5. Book of Proceedings : Mary Hanford bruce; Professor of English Monmouth College,

Illinois; Abraham Lincoln: A Revolutionary Enigma


6. Book of Proceedings : Nina Wieda; Northwestern University, Evanston Illinois, Lincoln

dan Dostoevsky: Two Views on Political Messianism


7. http://millercenter.org/president/lincoln/essays/biography

8. http://www.historynet.com/abraham-lincoln

9. http://www.theatlantic.com/politics/archive/2013/06/is-abraham-lincoln-the-most-

unifying-president-in-us-history/277392/

You might also like