You are on page 1of 7

Tugasan 1

Pengenalan yang menarik dan dapat mengupas tentang perubahan konsep dalam reka bentuk dan penghasilan produk-produk di pasaran.
Tidak ada satu pun kejadian makhluk atau ciptaan manusia yang sempurna melainkan kejadian Tuhan. Kejadian atau ciptaan baru, akan mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Teknologi akan terus berkembang dan keperluan serta minat manusia tentu akan berubah. Demi memenuhi kepuasan diri inilah, manusia akan terus berfikir dan mengusahakan reka bentuk untuk keperluan-keperluan yang pelbagai. Para pereka cipta perlu menggunakan kemahiran dan pengaruh mereka dengan lebih teliti dan lebih bertanggungjawab.

Menurut kamus Dewan Bahasa reka bentuk membawa maksud penghasilan suatu produk atau barangan baru atau pengubahsuaian sesuatu produk yang sedia ada, bagi memenuhi kehendak pengguna masa kini dan akan datang .Proses reka cipta berasaskan kepada gabungan tiga konsep iaitu minda, kemahiran serta sikap atau nilai. Ketiga-tiga konsep ini digabung jalin bagi menyelesaikan sesuatu masalah dengan melaksanakan aktiviti pencetusan idea, diterjemahkan ke dalam bentuk ilustrasi dan dihasilkan semula dalam bentuk prototaip atau model.Reka bentuk juga dihasilkan daripada idea tersendiri atau diubahsuai dan mempunyai nilai-nilai komersial. Reka bentuk merangkumi bidang-bidang seperti grafik, reka bentuk perindustrian, tekstil, fesyen, seramik, barangan logam halus, elektronik, reka bentuk bangunan/landskap dan ukiran. Manusia pada zaman batu hidup sebagai nomad. Zaman itu dikenali Zaman Prarevolusi Industri. Barangan keperluan harian dibuat sendiri termasuk senjata seperti kapak batu dan lembing.Pada abad ke-17 iaitu Zaman Revolusi Industri, manusia berjaya mencipta peralatan dan mesin yang dapat memudahkan kerja mereka. Manusia di zaman itu menghasilkan alatan logam, kerja anyaman dan ukiran. Sistem pembuatan domestik ini dikendalikan dengan menggunakan tangan dan kaki. Pada abad ke-18 dikenali sebagai Zaman Revolusi Industri Pertama, ketika inilah enjin stim telah dicipta oleh James Watt dan diinovasikan oleh George Stephenson yang menjadikannya lebih baik. Kehidupan manusia menjadi semakin kompleks dan maju, zaman berubah dan dikenali pula sebagai Zaman Revolusi Industri Kedua. Manusia banyak bergantung hidup kepada tenaga elektrik, manusia mula mencipta radio transistor dan komputer yang semakin luas penggunaannya. Pelbagai pendapat berkaitan reka cipta dan zaman perubahannya. Ada pendapat menyatakan bahawa reka cipta telah bermula sebelum tahun masihi lagi, antara rekaan awal ialah alat "Skru Archimedes ciptaan Archimedes pada tahun 212 SM. Ramai pereka cipta telah menghasilkan pelbagai ciptaan untuk kegunaan manusia Ciptaan berasaskan teknologi menjadi pendorong utama dalam bidang reka cipta sehingga kini. Antara pereka cipta terkemuka ialah, Richard Trevithick membina keretapi wap pertama pada tahun 1804, Alexander Graham Bell

dengan hasil ciptaannya iaitu telefon pada tahun 1876.Setiap perubahan yang dilakukan ke atas sesuatu ciptaan, adalah untuk memenuhi keperluan serta kehendak manusia yang tiada hadnya.Kita biasa melihat barang-barang seharian yang digunakan daripada perabot, pakaian, alat-alat elektrik sehinggalah kepada berus gigi. Kebanyakan daripada alat-alat yang kita gunakan dalam kehidupan seharian telah direka cipta oleh orang-orang tertentu. barangan ini dapat memberi maklumat berkaitan rekaannya apabila kita mengkajinya dengan teliti. Inovasi adalah pengubahsuaian kepada produk tersebut supaya ia menjadi lebih bertenaga atau bermakna. Inovasi terjadi setelah produk itu direka cipta. Inovasi juga merupakan satu proses yang kompleks memperkenalkan idea baru yang melibatkan usahawan dalam pembuatan produk. Menitikberatkan nilai praktikal berbanding inovatif.Penghasilan produk-produk yang baru di pasaran pada masa kini jelas menunjukkan perkembangan reka bentuk yang drastik hasil kemahiran inovasi manusia.Di samping dapat membantu menyelesai dan memudahkan sesuatu masalah, reka cipta dapat membuka peluang pekerjaan bagi membantu manusia mencapai taraf hidup yang tinggi. Misalnya, reka cipta dan inovasi dalam bidang pendidikan memainkan peranan penting iaitu satu ketika dahulu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi mudah dan menarik menggunakan papan kapur, kemudian berubah menggunakan white board dan pen marker, tidak lama selepas itu para pendidik beralih menggunakan perisian tertentu dengan bantuan komputer dan projector liquid-crystal display (LCD) pula.Hasil lukisan dicetak menggunakan mesin pencetak (plotter) dan perisian reka bentuk berbantu komputer (CAD). Pelajar dapat mempelajari teknologi di samping mendapat pengalaman dalam bidang kejuruteraan dan reka bentuk.Proses pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan melalui persidangan terus-menerus di seluruh dunia. Pendidikan jarak jauh diperkenalkan di samping meningkatkan kaedah serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Reka cipta dan inovasi dalam bidang pengangkutan seperti Kenderaan moden masa kini menjadi semakin efisien berbanding di peringkat awal kenderaan dicipta. Hasil inovasi ini tidak mencemarkan alam sekitar serta tidak mengeluarkan bunyi bising.Terciptanya kereta api elektrik bukan sahaja lebih laju dan memendekkan tempoh perjalanan malahan mengurangkan kesesakan lalu lintas di jalan raya.Pengangkutan yang semakin digemari ramai ialah pengangkutan udara, membolehkan manusia bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan cepat.Manakala reka bentuk dan inovasi dalam bidang komunikasi ialah manusia boleh berhubung hampir ke semua tempat di seluruh dunia ini menggunakan telefon. Terciptanya telefon tanpa wayar (mobile phone) memudahkan lagi manusia berhubung di antara satu sama lain. Pada masa kini walaupun hanya berada di dalam rumah kita boleh mendapat maklumat dari seluruh dunia menggunakan internet.Dengan terciptanya alat komunikasi yang canggih, kita boleh berhubung dengan beberapa orang secara serentak. Inovasi di dalam bidang komunikasi ini memberikan kemudahan kepada ahli perniagaan, ahli

politik, pasukan angkatan tentera dan para pendidik serta kepada semua ahli masyarakat umumnya. Reka cipta dan inovasi dalam bidang pembinaan ialah lebuh raya yang dibina bertujuan memudah dan mempercepatkan tempoh perjalanan dari satu destinasi ke destinasi yang lain.Pembinaan dan rekaan bangunan pencakar langit seperti Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) yang unik bertujuan menampung keperluan masa kini. Inovasi membentuk atau mengubah melalui perubahan yang mendadak, radikal atau perubahan pada keseluruhan produk dan membuat yang baru. Selain itu,komputer riba atau lap top yang kita gunakan pada hari adalah hasil reka bentuk dan inovatif yang berlaku di pasaran antarabangsa.Komputer adalah sebuah mesin pemprosesan data berelektronik yang menerima dan menyimpan data.Komputer memproses data secara automatic iaitu tanpa pertolongan manusia di bawah arahan program yang tersimpan dalam unit storan utama.Semakin hari perkembangan teknologi computer sangat pesat membangun di pasaran antarabangsa.Dengan perkembangan reka bentuk dan inovatif,komputer pada zaman sekarang menjadi semakin canggih dan mudah dibawa kemana-mana sahaja.Selain itu,perkembangan reka bentuk komputer ini membantu pelbagai bidang dan industri untuk memudahkan urusan mereka.Contohnya,di sektor perindustrian barang yang dihasilkan dengan komputer bukan sahaja lebih banyak dan lebih cepat,tetapi juga lebih menjimatkan masa berbanding dengan keupayaan semulajadi manusia.Ini penting terutamanya di negara kita yang mengalami masalah kekurangan tenaga buruh. Teknologi komputer dapat menjamin kualiti barangan yang dikeluarkan. Dengan reka bentuk yang canggih ,Komputer boleh menguji mutu barangan dengan tepat dan pantas daripada yang dapat dilakukan oleh tenaga manusia.Komputer dapat membantu manusia melaksanakan kerja-kerja yang sukar dan merbahaya kepada kesihatan dan keselamatan pekerja.Misalnya robot yang dikawal oleh komputer digunakan untuk memasang kereta atau menjalankan kerja-kerja yang terdedah kepada bahan pencemaran dan radioaktif.Selain itu,dalam perubatan komputer membantu doktor membuat diagnosis sesuatu penyakit.sebabnya komputer boleh memproses butir-butir peribadi mengenai pesakit dan seterusnya mendiagnosis jenis penyakit yang dihadapinya.komputer juga boleh memberi maklumat tentang jenis ubat yang paling sesuai untuk merawat penyakit berkenaan. Dalam rawatan kesihatan khasnya semasa pembedahan,teknologi komputer telah memberi sumbangan yang besar dari segi melicinkan kerja pembedahan.Umpamanya bacaan denyutan jantung dan analisis gambit sinat x pesakit boleh dibuat secara serta merta dengan peralatan komputer.Ini membantu menjamin kejayaan sesuatu pembedahan dan keselamatan pesakit.Dalam bidang kemajuan sains dan teknologi pelancaran satelit yang dikawal oleh komputer dapat mengumpul maklumat mengenai persekitaran bumi.Maklumat ini kemudian dianalisis dengan segera oleh komputer untuk menghasilkan keputusan kajian yang tepat tentang keadaan cuaca,seperti halaju angin dan kelembapan sesuatu kawasan.Ramalan kajicuaca yang lebih tepat ini membantu manusia untuk bersiap sedia menghadapi

sebarang ancaman malapetaka seperti banjir dan taufan.Di samping itu,satelit yang bergerak di bawah kawalan computer juga dapat memajukan system telekomunikasi.Maklumat dari sesuatu kawasan boleh dihantar ke seluruh dunia dengan pantas.Maka jelaslah bahawa penggunaan komputer hasil daripada reka bentuk produk yang canggih di pasaran merupakan ciptaan manusia yang terunggul.Dengan ini jelaslah bahawa perubahan konsep dalam reka bentuk seperti komputer dapat membawa penghasilan produk-produk yang bermutu dan berkualiti.

REFLEKSI Bersyukur saya kepada Tuhan kerana dengan kurniaNya dapat juga saya

menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh En.Tan Beng Tiam ini dalam masa yang ditetapkan. Tugasan ini merupakan salah satu kerja kursus yang diberikan kepada semua guru pelatih bagi Program Pengsiswazahan Guru (PPG). Guru dikehendaki membuat satu peta minda tentang konsep penghasilan projek dan mengumpul serta mempamerkan bahan bahan pengikat. Ianya merupakan tugasan secara individu. Tugasan ini bertujuan memberi pengetahuan kepada pelajar tentang cara bahanbahan pengikat yang biasa kita gunakan untuk membuat sesuatu projek di sekolah atau di rumah.Bahan bahan pengikat ini terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz.Saya mendapat pertolongan rakan saya untuk mengumpulkan bahan-bahan pengikat ini menjadikan ia sebagai buku pameran.Bahan bahan pengikat tersebut dibeli dalam kedai hardware berdekatan dengan rumah saya. Setelah saya mendapat bahan-bahan ini,saya merujuk pada pelbagai sumber seperti buku dan internet untuk mengetahui fungsi setiap bahan tersebut .Selain itu,cara penggunaan bahan penyambung juga berlainan antara satu sama lain.Saya terpaksa melekat bahan tersebut dalam buku album yang dibeli dan ada bahan yang tidak boleh dilekat dalam buku tersebut kerana apabila dilekat buku itu terkoyak.Dengan ini ,saya telah mengambil keputusan untuk menangkap gambar dan melebel nama bahan itu.Akhirnya ,saya dapat menyiapkan sebuah buku skrap yang mengandungi bahan maujud. Selain itu ,saya juga mencari pelbagai buku kemahiran hidup di Perpustakaan tun razak untuk membuat satu peta minda yang memerlukan konsep penghasilan projek.Saya dapat menghasilkan sebuah peta minda dengan bantuan buku rujukan kemahiran hidup.Namun saya telah menghadapi masalah untuk mendapatkan isi-isi berkaitan dengan sebuah esei yang bertajuk perubahan konsep dalam reka bentuk dan penghasilan produk di pasaran.Saya tidak dapat faham untuk menghasilkan esei tersebut dan akhirnya meminta bantuan daripada guru panitia kemahiran hidup untuk memberi penerangan tentang tajuk berkenaan.

Beliau juga tidak pasti tentang tajuk tersebut dan menasihati saya supaya merujuk dalam internet untuk mendapatkan maklumat tambahan.Setelah beberapa hari mencari dalam internet tentang tajuk tersebut ,saya telah mengumpulkan kesemua isi yang saya dapati untuk menghasilkan sebuah esei .saya berharap esei yang dihasilkan oleh saya akan menepati kehendak pensyarah dan tugasan ini. Saya berterima kasih kepada pensyarah saya kerana beliau membimbing saya dan memberi panduan untuk menyelesaikan tugasan yang berasaskan projek ini. Maka dengan itu berakhirlah segala tugasan yang saya usahakan selama hampir satu bulan ini. Saya berasa puas hati dengan segala hasil kerja yang telah saya hasilkan. Saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang telibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan tugasan saya ini. Jutaan terima kasih terhadap apa yang telah diberikan. Sekian, terima kasih

RUJUKAN
1. Mat Lazim Zakaria (1987).Bahn dan binaan.Selangor:Dewan Bahasa dan Pustaka 2. David, M.S. (1983).Pertukangan kayu reka bentuk dan amalan.Selangor: Eastern Universities Press (M) Sdn. Bhd 3.Mohd kassim bin zakaria ( 2002).Kemahiran hidup, tingkatan 3.Kuala Lumpur.Pelangi Sdn.Bhd. 4. Hubel, V & Luscow Diedra D. (1995).Fokus reka bentuk.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka 5. Mohamad Kasim Abdul Jalil (2000).Proses dan kaedah reka bentuk.Johor Bahru:Universiti Teknologi Malaysia 6.www.//ms.wikipedia.org/wiki/reka_bentuk 7. http://www.kemahiranhidup2u.com/2013/01/pereka-cipta-dan-hasil-ciptaan.html 8. http://www.kemahiranhidup2u.com/2013/01/pereka-cipta-dan-hasil-ciptaan.html

You might also like