You are on page 1of 10

PRAKTIKAL 2 TAKSONOMI DAN KEPELBAGAIAN BIOLOGI

TUJUAN

Untuk mengkaji pengelasan haiwan berdasarkan ciri-ciri sepunya.

PENGENALAN

Kepelbagaian biologi ditakrifkan sebagai kepelbagaian bentuk hidupan di atas muka bumi ini. Bilangan spesies merangkumi pelbagai tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma dianggarkan melebihi 80 juta spesies. Untuk memudahkan kajian dilakukan, organisma ini dikelaskan kepada beberapa kumpulan secara teratur berdasarkan ciri-ciri sepunya yang dimiliki. Kepelbagaian akan berkurangan apabila gen atau spesies baru dihasilkan atau ekosistem baru terbentuk atau apabila sesuatu spesies organisma menjadi pupus atau juga, sesuatu sistem komplek dimusnahkan. Suatu spesis boleh ditakrifkan dengan menggunakan dua kaedah yang berbeza iaitu spesis biologi, di mana individu-individu yang berjaya membiak bersama-sama dianggap sebagai spesis yang sama, dan yang kedua ialah spesis morfologi di mana individu yang kelihatan sama (secara fizikal) dianggap sebagai spesis yang sama.Kaedah yang kedua sering digunakan apabila kita tidak mempunyai apa-apa maklumat tentang cara pembiakan sesuatu organisma. Taksonomis merupakan saintis yang pakar dalam mengenal pasti dan mengumpul spesis. Taksonomi amat penting bagi pemuliharaan biodiversiti untuk membezakan antara spesis atau kekeliruan mengenai nama-nama spesis. Pengelasan ialah pembahagian kepelbagaian ini kepada kumpulan yang lebih kecil dan lebih mudah diuruskan. Suatu ciri yang penting ialah nama yang diberikan kepada kumpulan tumbuhan dan haiwan dalam pengelasan prasaintifik. Pengkelompokan tidak

didasarkan secara menyeluruh pada morfologi, walaupun rupa tumbuhan telah digunakan dalam pengenalan, tetapi didasarkan juga pada bau, rasa dan nilai pemakanan.Nama diperlukan sebagai titik rujukan contohnya menggunakan morphospesies rama-rama

(morfologi individu kelihatan sama) untuk dibandingkan kepelbagaian antara lokasi yang berbeza dan kemudian membuat kemputusan mengenai pemuliharaan berdasarkan perbandingan. Pada waktu yang sama di sebalik nama terdapat suatu siri andaian yang banyak bahawa terdapat suatu kumpulan individu yang berkongsi beberapa ciri tertentu yang sama sehingga satu tumbuhan ditentukan sebagai tergolong dalam spesies yang tersebut maka kemungkinan besar ia mempunyai ciri ciri yang sama dengan individu dalam spesies itu.Semua organisma di dunia dikelaskan kepada lima kumpulan besar yang dinamakan alam. Lima alam ini ialah Monera, Protista, Fungi, Plantae dan Animalia.

TUGASAN Seorang ahli sains telah tiba di bulan dan semasa tempoh lima minit yang diperuntukkan untuknya, beliau telah mengumpul beberapa haiwandari permukaan bulan. Haiwan tersebut telah dibawa balik ke bumi dan akan menjadi sebahagian daripada kandungan buku Biodiversiti Bulan. Anda diberi tugas membahagikan haiwan bulan kepada kumpulan (spesis) yang berbeza.

Dalam kumpulan, gunting satu set haiwan, dan kumlpulkan mereka kepada beberapa spesies. Buat nota bilangan spesies, moonmorphs dan ciri-ciri yang anda gunakan apabila mengelaskan mereka.

Andaikan mereka semua dewasa dan bahawa tidak ada perbezaan jantina. Anda tidak mempunyai maklumat mengenai habitat dan kelakuannya, jadi anda hanya boleh menggunakan ciri-ciri yang anda boleh lihat (iaitu morfologi mereka)

Adakah anda mempunyai 29 spesis atau adakah anda mengumpulkan beberapa individu bersama-sama ke dalam suatu spesies?

PROSEDUR : 1. Spesis yang telah dikenalpasti dikelaskan kepada dua kumpulan utama iaitu satu kumpulan haiwan dikeluarkan dan dikumpulkan dalam satu spesis. Cara yang sama diulang ke atas spesies yang dikumpulkan untuk dengan menentukan ciri kesepunyaan lain yang dominan pada kumpulan tersebut sehingga pada akhir pengkelasan hanya dua hingga tiga spesies yang mempunyai ciri yang sama dikumpulkan.

2. Andaian dibuat dengan menyatakan semua spesis adalah pada tahap matang dan tiada perbezaan dapat dilihat diantara spesis jantan dan betina. 3. Pengkelasan dilakarkan pada kertas.

KEPUTUSAN :

Kump. Spesis

Ciri-ciri Umum

Moonmorphs

Berkaki

1,2,3,4,5,7,8,12,1314,15,16,17,18,22,23,24,25, 27,28

Tidak berkaki

6, 9,10,11,19,21,20,26,29

Spesies A HAIWAN BULAN (MOONMORPHS)

1 kaki Kepala lurus Kepala berlipat 1 mata 1,16 Kepala bercabang 7 Kepala bersegi 4 8,14,13 Kepala bersegi 3 15,28

2 kaki 2 mata 17,24,27 23 Jari panjang

1 kaki Jari pendek 5,18,22

HAIWAN BULAN (MOONMORPHS) A

Spesies B

B Berbadan pendek

Berbadan pendek

Mata besar
6

Mata kecil
9,10,11,21

Sesungut bercantum
20

Sesungut berpisah
26,19,29

* RUJUK LAMPIRAN 1 UNTUK MELIHAT PENGKELASAN TERPERINCI

PERBINCANGAN :

1. Apakah ciri-ciri yang kumpulan anda guna apabila anda meletakkan haiwan bersama-sama? Mengapa anda memilih ciri-ciri tersebut? Mengapa tidak beberapa ciri yang lain? Sewaktu pengelasan haiwan dibuat, ciri-ciri luaran fizikal diberi keutamaan untuk mengelaskan haiwan tersebut kerana faktor-faktor seperti jantina dan genetik tidak diperolehi. Antara ciri luaran yang diambil kira ialah kaki, bilangan kaki, bentuk kepala, saiz badan, bentuk mata dan sesungut.Kaki merupakan ciri perbezaan yangpaling utama dapat diperhatikandan dominan berbanding dengan ciri yang lain. Hal ini kerana kaki memberikan perbezaan yang paling nyata berbanding bentuk fizikal yang lain seperti bilanganya, bentuk mata ataupun bentuk kepala. Kesemua haiwan tersebut dibahagikan kepada dua kumpulan spesis iaitu Spesis A dan Spesis B. Rujukan: http://www.ms.wikipedia.org/wiki/Pengelasan_Biologi

2. Adakah semua individu dalam satu spesis serupa? Berapa banyak perbezaan yang kita perlu terima di antara individu-individu dalam spesis tersebut? Tidak semua individu dalam spesies perlu serupa lebih lebih kepada mempunyai satu atau lebih ciri yang sepunya untuk dikelaskan dalam satu kumpulan yang sama. Kita boleh menerima dua atau lebih perbezaan pada spesies tertentu melalui pemerhatian secara fizikal yang dilakukan. Misalnya, untuk spesis

A,haiwan tersebut mempunyai kaki tetapi mempunyai bentuk kepala yang berlainan. Manakala, bagi spesis B, mereka tidak mempunyai kaki dan bentuk badan yang berbeza.

3. Apakah yang akan berlaku kepada spesis anda jika anda dapati tahap perbezaan individu yang tinggi? Apa akan terjadi jika anda mendapati tahap perbezaan yang sangat rendah? Jika menerima variasi individu yang sangat tinggi, untuk satu spesis hanya akan mempunyai seekor haiwan yang mewakilinya, manakala jika menerima variasi yang sangat rendah pula satu spesis akan mempunyai bilangan haiwan yang terlalu banyak.

4. Terangkan bagaimana ia boleh didapati untuk ahli taksonomi untuk memecahkan satu spesies ke dalam dua atau lebih spesies baru. Taksonomis merupakan saintis yang pakar dalam mengenal pasti dan mengumpul spesies. Taksonomi amat penting bagi pemuliharaan biodiversiti , sebagai ketidakupayaan untuk membezakan antara spesies, atau kekeliruan mengenai nama-nama spesies. Taksonomidapat membahagikan sesuatu spesis kepada dua atau lebih spesis yang baru berdasarkan sifat biologikal seperti genetik haiwan dan DNA yang dimiliki oleh haiwan tersebut. Rujukan : Lee Ching.(2008). SPM Bilingual Biology Form 4.Selangor: Arah Pendidikan Sdn.Bhd

5. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan dalam individu spesies? Variasi merupakan istilah yang digunakan untuk menghuraikan perbezaan ciriciri dalam organisma dari populasi atau spesies yang sama. Perbezaan dalam spesies berlaku disebabkan faktor genetik atau persekitaran, ataupun kombinasi kedua-dua faktor tersebut. Variasi yang dipengaruhi oleh faktor genetik boleh diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain manakala variasi yang dipengaruhi oleh faktor persekitaran pula tidak boleh dikawal. Jika berlaku variasi kemungkinan besar sebahagian ahli boleh terus hidup dan menurunkan gen mereka kepada anak-anak. Ianya untuk memastikan kemandirian sesies tersebut. Suatu spesies yang menunjukkan variasi dalam genotip dan fenotip lebih cenderung menduduki lingkungan habitat yang lebih luas. Rujukan: Jeya Arunasalam & Lee.C.(2008). SPM Bilingual Biology Form 5 .Selangor: Arah Pendidikan Sdn.Bhd

6. Mengapakah spesis Moonmorphs dipanggil morphospecies? Sesuatu spesies berbeza daripada yang lain melalui morfologi yang merujuk kepada bentuk, struktur dan konfigurasi sesuatu organisma. Ini termasuk aspek penampilan fizikal seperti struktur, bentuk, warna dan corakserta struktur dalaman bahagian-bahagian seperti tulang dan organ-organ. Spesis

Moonmorphs dikenali sebagai morfospesis disebabkan spesis tersebut dikelaskan berdasarkan ciri-ciri persamaan yang boleh diperhatikan dalam 9

sesuatu spesis. Morphospesies merupakan kaedah tradisi yang digunakan sejak dahulu dalam mengelaskan sesuatu spesies. Kaedah ini terbatas kerana maklumat yang digunakan untuk mengelaskan spesis adalah sedikit dan perlu kepada perbezaan yang jelas daripada spesies-spesies lain. Selain itu, variasi geografi selalunya tidak diambil kira dalam kaedah pengelasan ini. Rujukan: http://www.uni-koeln.de/~aeb25/spesies.html 7. Jelaskan mengapa spesies anda bukan terdiri daripada spesies

pembiakan / biologi. Spesis tersebut merupakan bukan spesis biologikal kerana maklumat yang diperolehi amat terhad dan tiada data yang ditemui bagi genetik, jantina, DNA, habitat, kelakuannya serta maklumat lain yang lebih spesifik dan mendalam. Spesis ini hanya dikelaskan melalui morfologi iaitu ciri-ciri yang boleh dilihat seperti sifat fizikal.

10

You might also like