You are on page 1of 18

Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

UNIT 1 PENGENALAN KEPADA ASPEK PERANCANGAN PROGRAM KESIHATAN


HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat : 1. Menerangkan hala tuju falsafah, model perancangan program dan teori tingkah laku kesihatan. 2. Membincangkan apakah itu budaya dan persekitaran kesihatan sekolah. 3. Memahami apakah itu evolusi pengurusan program. 4. Menerangkan reka bentuk dan struktur model program kesihatan.

PETA KONSEP TAJUK


ASPEK PERANCANGAN PROGRAM KESIHATAN

Falsafah dan Model Perancangan Program

Budaya dan Persekitaran Kesihatan Sekolah

Pengurusan Program Kesihatan

Reka bentuk dan Struktur Model

Matlamat dan Objektif Pendidikan Kesihatan Yang Hendak Dipupuk

Perancangan, perlaksanaan dan penilaian program Pendidikan Kesihatan

Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

PENGENALAN

Rajah 1.1 : Salah satu perancangan program kesihatan Anda mungkin pernah terlibat secara langsung dalam kempen seperti rajah 1.1. Pada pendapat anda, adakah kempen seumpama ini telah mengubah interpretasi inte pretasi masyarakat terhadap kepentingan kesihatan?

ISI KANDUNGAN Falsafah dan Model Perancangan Program


Hampir kesemua pendidikan kesihatan, pendidikan awam dan pengurusan penyakit kronik mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk membantu orang ramai untuk mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan, mengurangkan risiko penyakit dan mengawal penyakit yang kronik. Tujuan tersebut adalah untuk meningkatkan tahap kesihatan setiap orang dan untuk menjayakannya memerlukan perubahan tingkah laku dan perbuatan. Setiap tahun, pelbagai usaha dan wang ringgit telah dibelanjakan untuk mengubah perlakuan manusia. Sesetengah usaha berjaya dicapai dan sesetengahnya tidak. Kajian menunjukkan usaha yang berjaya itu bertujuan untuk melihat kesan terhadap keinginan berlandaskan pemahaman tentang tingkah laku kesihatan dan persekitaran di mana ia berlaku. Dengan adanya bantuan, pengurusan dan penilaian terhadap usaha ini pelatih pendidikan kesihatan boleh beralih kepada beberapa model plan yang strategik yang berlandaskan teori tingkah laku kesihatan.

Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

Bagaimana teori tingkah laku kesihatan berguna?

Sebagai panduan ke arah institusi untuk mencipta dan menilai usaha pendidikan kesihatan yang berlandaskan kepada pemahaman mengapa manusia terlibat dengan tingkah laku tersebut.

Sebagai asas untuk perancangan program dan pembangunan yang berterusan dengan penekanan usaha semasa ke atas kesan-dasar. Sebagai penunjuk jalan terhadap pembelajaran masalah, pembangunan usaha yang sesuai bagi mengenal pasti penentu dan penilaian kesan. Sebagai panduan untuk menerangkan tentang proses untuk mengubah tingkah laku kesihatan dan pengaruh yang mengubahnya termasuk persekitaran fizikal dan sosial. Sebagai panduan untuk membantu perancang mengenal pasti sasaran kaedah perlakuan untuk mengubah dan kesannya terhadap penilaian.

Berikut adalah sinopsis penerangan terhadap teori utama tingkah laku kesihatan di mana ia telah digunakan. Tiga perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah:

Sesetengah teori berfokus kepada individu sementara yang lain cenderung memeriksa perubahan di antara keluarga, institusi, komuniti dan budaya. Perbincangan mengenai isu kesihatan memerlukan lebih dari satu teori dan tiada teori yang bersesuaian terhadap semua kes.

Sesetengah teori telah ditemui selama beberapa tahun lalu dan sesetengahnya masih belum dikenal pasti. Pemilihan teori sepatutnya bermula dengan penilaian yang teliti terhadap situasi: topik berkenaan dan jenis tingkah laku.

Teori hendaklah dipilih berdasarkan kepada isu dan sasaran populasi. Pemilihan teori hendaklah dimulakan dengan penilaian yang teliti berdasarkan situasi seperti analisis, topik, perubahan atau jenis tingkah laku yang perlu ditangani. Teori tersebut hendaklah logik, sentiasa konsisten pada setiap pemerhatian, mestilah sama dengan apa yang telah digunakan pada program lepas dan hendaklah disokong oleh kajian-kajian terdahulu atau idea-idea yang berkaitan.

Pendidik kesihatan selalunya menggunakan sesebuah model apabila hendak mengembangkan program mereka. Perancangan model digunakan untuk merancang, melaksanakan dan menilai program kesihatan dan menyediakan kerangka terhadap apa yang hendak dirancang.

Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

Menarik minat dan memahami keutamaan pelajar Menilai kepentingan intervensi Menilai keperluan dan aset keutamaan pelajar

Pendekatan yang terancang untuk program kesihatan


Perlaksanaan intervensi Membangunk an matlamat dan objektif program

Perancangan intervensi

Rajah 1.2 : Model perancangan pendidikan kesihatan

Adakah anda mempunyai idea lain bagi mengembangkan lagi teori perancangan pendidikan kesihatan seperti rajah 1.2 supaya ia lebih berkesan?

Budaya dan Persekitaran Kesihatan Sekolah


Budaya pembelajaran Pendidikan Kesihatan di Malaysia adalah melalui penglibatan murid-murid secara penghayatan ilmu, berinteraksi dengan guru, rakan dan masyarakat serta penyimpanan rekod kesihatan dan kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran. Tiga tunjang dalam Pendidikan Kesihatan iaitu yang pertama Kesihatan Diri dan Keluarga, ini bermakna penjagaan kesihatan diri, perasaaan dan kekeluargaan.

Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

Tumpuan pengajaran dan pembelajaran diberi kepada kesihatan diri, seksualiti, kekeluargaan, perkahwinan dan keibubapaan. Gaya Hidup Sihat merupakan tunjang yang kedua, dan konsep tunjang ini adalah pengalaman aktiviti kehidupan harian yang sihat dan menjauhi tingkah laku berisiko secara berterusan. Pengajaran dan pembelajaran memberi tumpuan kepada penyelesaian konflik, pengurusan stres, kemahiran merancang, pemakanan, penyalahgunaan bahan dan pencegahan dadah. Tunjang yang ketiga adalah Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran, konsep tunjang ini adalah pemeliharaan kebersihan dan keselamatan persekitaran dan pertolongan cemas. Kaedah atau pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Kesihatan adalah menekankan gaya hidup sihat yang sesuai dengan ciri dan keperluan murid, dan corak pembelajaran adalah melalui aktiviti. Murid diberi peluang mempelajari pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan dengan mata pelajaran dengan melakukan aktiviti, eksperimen dan amalan rutin. Murid juga perlu diberi peluang untuk meluahkan emosi, memperkembangkan proses mental dan membentuk perhubungan yang sihat dalam suasana yang membina. Murid juga diajar menguasai kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif. Kemahiran berfikir yang terdapat dalam Pendidikan Kesihatan ini termasuklah membanding dan membeza, meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan, menyusun mengikut urutan, membuat inferens, menjana dan menghasilkan idea, dan mencipta analogi. Mata pelajaran ini juga mendidik murid membuat keputusan yang bijak dan menyelesaikan masalah. Nilai murni yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan selaras dengan matlamat mata pelajaran ini antaranya ialah kebersihan, keselamatan, tanggungjawab, keprihatinan, kasih sayang dan kerjasama.

Adakah anda bersetuju bahawa kesihatan yang sihat bermula dari sekolah? Mengapa?

Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

Matlamat dan Objektif Pendidikan Kesihatan Yang Hendak Dipupuk di Sekolah


Program Kesihatan merupakan program yang dijalankan untuk menjamin kebersihan dan kesihatan murid yang berterusan sepanjang tahun untuk mewujudkan suasana persekitaran yang bersih di samping membina amalan-amalan yang baik. Objektifnya pula adalah untuk: i. Menanamkan sikap menjaga kebersihan dan kesihatan di kalangan murid.

ii. Memastikan kawasan sekolah adalah kawasan yang bersih dan selamat. iii. Mengindahkan kawasan sekolah dengan pelbagai tanaman hiasan. iv. Memberi maklumat kepada murid berkaitan kebersihan dan kesihatan.

Aktiviti-Aktiviti yang Boleh Dilaksanakan di Sekolah


Pelbagai aktiviti boleh dirancang dan dilaksanakan di sekolah dalam usaha menerapkan kefahaman dan kesedaran di samping matlamat jangka panjang iaitu untuk menjadikan satu budaya, antaranya: i. Kempen anti denggi kesihatan diri. iii. Mengadakan Hari Kesihatan iv. Program anti rokok dan dadah v. Menceriakan tempat-tempat rekreasi & persekitaran sekolah vi. Menggalakkan program motivasi, amalan hidup sihat, senaman & permainan vii. Tandas bersih viii. Kantin bersih & selamat ix. Pertandingan kelas terbersih x. Pameran kesihatan xi. Melukis poster xii. Kitar semula xiii. Melukis mural

ii. Taklimat, ceramah & motivasi tentang tanggung jawab menjaga kebersihan dan

Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

Rajah 1.3 : Contoh aktiviti kesihatan di sekolah

Senaraikan seberapa banyak aktiviti kesihatan yang boleh dilaksanakan di sekolah selain daripada aktiviti yang telah dinyatakan. Gunakan kreativiti fikiran anda. Program-Program Kesihatan yang dilaksanakan dengan terancang dan baik sudah tentu akan memberi kesan yang efektif kepada murid-murid khasnya dan sekolah secara amnya. Kawasan sekolah yang bersih dan ceria sudah pasti akan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Penekanan kepada Pendidikan Kesihatan kepada murid-murid, malah sebagai Guru Besar penekanannya juga harus kepada guru-guru, staf sokongan, pekerja swasta, pengusaha kantin, ibu bapa dan komuniti sekitar sudah pasti akan mewujudkan budaya sekolah yang sihat, bersih, ceria dan selamat. Guru Besar atau Pentadbir harus memainkan peranan utama dalam menerapkan kesedaran Pendidikan Kesihatan kepada warga sekolah dan komuniti sekitar. Program-program yang dirancang atau ingin dilaksanakan biarlah melibatkan semua pihak kerananya melalui penglibatan semua pihak baru kefahaman dan kesedaran timbul. Selain daripada itu pihak sekolah juga boleh memohon bantuan atau pertolongan komuniti dan ibu bapa yang mempunyai latar yang berkaitan Kesihatan. Mereka boleh membantu pihak sekolah dalam program-program yang berkaitan. Agensi-agensi luar sama ada swasta atau kerajaan juga boleh membantu pihak sekolah dalam usaha sekolah untuk menjadikannya satu budaya. Kesimpulannya Pendidikan Kesihatan bukan hanya mengajar mata pelajaran Pendidikan Kesihatan sebagai satu subjek malah ia boleh dilaksanakan.

Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

Evolusi Pengurusan Program Kesihatan

Rajah 1.4 : Evolusi pengurusan program kesihatan

Pada pendapat anda, bagaimana perkembangan pengurusan program kesihatan seperti dalam rajah 2.4 telah berkembang dari semasa ke semasa? ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________

Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

Pada tahun 1950an, kemudahan kesihatan di kawasan luar bandar diutamakan. Ini kerana pada peringkat tersebut, struktur ekonomi adalah berasaskan kepada pertanian. Pada peringkat ini juga, majoriti populasi ditempatkan di kawasan luar bandar dengan kadar kelahiran dan kematian yang tinggi terutama di kalangan bayi yang baru dilahirkan. Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan telah menyediakan perkhidmatan percuma kesihatan luar bandar termasuk penjagaan kesihatan komprehensif, perkhidmatan maternal dan penjagaan kesihatan bayi, penjagaan gigi, imunisasi, perancangan keluarga, kawalan penyakit, dan kebersihan persekitaran. Usaha berterusan secara berperingkat perkhidmatan kesihatan luar bandar membolehkan kualitinya berubah. Kerajaan juga membina hospital di kawasan bandar yang mempunyai penjagaan kesihatan yang lebih baik berbanding unit penjagaan kesihatan luar bandar. Peluasan perkhidmatan kesihatan terutama pada dua abad awal selepas merdeka merupakan hasil daripada peningkatan dalam populasi. Pada tahun 1990an, penyakit umum seperti malaria, diarrhoea, malnutrition, tuberculosis yang dikaitkan dengan kemiskinan dan di bawah pembangunan telah diganti dengan penyakit jantung dan tekanan. Selepas 50 tahun, kesihatan terus menunjangi keperluan pembangunan sosial negara. Objektif sektor kesihatan hari ini adalah untuk memperbaiki sistem penyampaian penjagaan kesihatan terutama di bawah pelan pembangunan kesihatan kebangsaan. Ini termasuklah memantapkan empat prinsip program kesihatan sedia ada di bawah perancangan mereka. Pertama, program perkhidmatan pencegahan dan promosi kesihatan. Ini melibatkan program gaya hidup yang antara lain menekankan kesedaran mengenai faktor tingkah laku, persekitaran, pekerjaan dan sosioekonomi ke atas kesihatan. Sebagai contoh:

Program pencegahan HIV/AIDS. Program imunisasi untuk kanak-kanak dan hepatitis untuk dewasa. Program kesihatan keluarga yang mempromosi kesihatan individu, keluarga dan komuniti termasuk perkhidmatan perubatan khas keluarga yang diperkenalkan pada tahun 1997, bertujuan membasmi penyakit di peringkat awal lagi.

Program pemakanan dan nutrisi pula yang dijenamakan di bawah Pelan Tindakan Nutrisi Kebangsaan bertujuan memperlihatkan kepentingan ke atas keselamatan makanan dan kebersihan di rumah dan tempat jualan makanan.

Program kesihatan dan kebersihan persekitaran memerlukan semua rumah di kawasan bandar mempunyai paip air dan membaiki air paip di kawasan luar bandar.

Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

10

Program keselamatan pekerjaan dan kesihatan ingin mewujudkan budaya dan persekitaran kerja yang selamat termasuk mengetatkan undang-undang untuk mengurangkan kemalangan dan penyakit sewaktu bekerja.

Prinsip kedua adalah program perkhidmatan penjagaan kesihatan meliputi pembinaan dan melahirkan kemudahan perubatan baru seperti peralatan dan teknologi terkini serta penambahbaikan ke atas kemudahan sedia ada. Berbanding 50 tahun yang lepas, dua hospital berteknologi IT telah dibina sejak 2000. Kerajaan juga membentuk klinik dan klinik bidan dan komuniti yang diberi kemudahan yang jauh lebih baik berbanding sebelum ini. Perkhidmatan kesihatan bergerak untuk kawasan luar bandar juga telah diperbaiki. Ketiga, program kesihatan guna tenaga dengan menekankan program latihan. Personel kesihatan, doktor, pakar perubatan dan doktor gigi dilatih di Malaysia dan luar negara. Langkah terakhir adalah program penyelidikan dan pembangunan kesihatan. Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) membangunkan metod untuk mengawal penyakit utama yang berjangkit dan tidak berjangkit. IMR juga berfungsi sebagai pusat kerjasama untuk badan kesihatan dunia untuk ekologi, taksonomi, dan pengawalan penyakit malaria, filariasis and denggi. Berbanding tahun 50an, peranan perkhidmatan kesihatan swasta juga sudah meningkat. Kini hampir 300 hospital swasta wujud terutama di kawasan bandar. Dasar penswastaan juga melihat wujudnya hubungan antara hospital kerajaan dan pihak swasta terutama melalui perkhidmatan bukan perubatan seperti pengurusan bekalan bio-perubatan, mengurus perkhidmatan dan kemudahan yang lain.

Reka bentuk dan Struktur Model


Perancangan, perlaksanaan dan penilaian program Pendidikan Kesihatan
Semenjak 30-40 tahun yang lepas, banyak inisiatif pendidikan telah berlaku dan berkembang. Pelbagai kumpulan sasaran dan isu telah dibincangkan dan kaedah penilaian berbeza yang telah meninggalkan satu persoalan. Apakah rahsia sebenar untuk berjaya? Apakah kaedah yang telah berjaya digunakan dan dianggap sebagai komponen penting dalam program pendidikan kesihatan dan tujuan yang serius dalam meningkatkan kesihatan individu dan komuniti?

Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

11

Pendidikan kesihatan berasaskan bukti adalah berasaskan teori dan telah terbukti melalui keberkesanan kesanan menerusi kajian yang telah dijalankan. Ia merujuk kepada kaedah sistematik mencari, menilai dan menggunakan hasil penyelidikan kualitatif dan kuantitatif sebagai asas untuk keputusan dalam amalan pendidikan kesihatan kesihatan. Ahli profesional dalam pendidikan kesihatan sedang menggunakan konsep peningkatan kualiti berterusan yang dipanggil latihan yang terbaik. Untuk tujuan itu, tanggapan sedikit sebanyak diubah dan dinamakan sebagai latihan pendahuluan. Tujuan sebenar adalah untuk mengenal pasti latihan padu yang boleh menjadi pendidikan kepada pembuatan keputusan dan penyediaan perkhidmatan. Logik di sebalik latihan adalah dengan berkongsi perlaksanaan idea dan proses penyebaran latihan berkesan supaya dapat mempercepatkan dan mengurangkan pembelajaran melalui kaedah cuba jaya. Komponen penting dan berkesan bagi pendidikan berasaskan kesihatan dan strategi yang digunakan adalah :

Penglibatan Peserta Kajian dan penilaian

Perancangan

Mengubah pandangan masyarakat

KOMPONEN ASAS

Sumber dan keperluan

Program jangka panjang Program bersepadu

Program yang komprehensif

Rajah 1.5 : Komponen asas perancangan Program rogram Pendidikan Kesihatan

Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

12

1. Penglibatan peserta: Masyarakat perlu melibatkan diri dalam semua fasa termasuk mengenal pasti keperluan masyarakat, menyenaraikan bantuan yang diperlukan, merancang dan menjalankan program dan menilai keputusan. Penglibatan yang besar daripada masyarakat dapat meningkatkan kesan terhadap program. 2. Perancangan Beberapa tahun diperlukan untuk mengubah daripada konsep asal kepada memberi khidmat. Perancangan juga merangkumi mengenal pasti masalah kesihatan, mengenal pasti sasaran tingkah laku dan faktor persekitaran. 3. Keperluan dan sumber bantuan Dalam melaksanakan program, penting untuk mengetahui keperluan pendidikan kesihatan yang diperlukan, kapasiti masyarakat dan sumber sedia ada. 4. Program yang menyeluruh Program yang dijalankan adalah bertujuan untuk berurusan dengan pelbagai pihak termasuk perbezaan tingkat sasaran seperti individu, keluarga, organisasi dan masyarakat secara menyeluruh. Ia dirancang untuk mengubah bukan sahaja risiko tingkah laku tetapi juga faktor dan keadaan untuk mengekalkan tingkah laku. 5. Program bersepadu Program yang dijalankan hendaklah bersepadu di mana setiap komponen program sepatutnya diperkuatkan dengan komponen lain. Program yang mahu dijalankan hendaklah secara fizikalnya disepadukan dan disesuaikan dalam keadaan di mana mereka tinggal selain daripada suasana persekitarannya. 6. Perubahan jangka masa panjang Program pendidikan kesihatan seharusnya direka untuk menghasilkan perubahan yang berkekalan dan berpanjangan terhadap tingkah laku kesihatan. Ini memerlukan keperluan jangka masa panjang program dan perkembangan infrastruktur pendidikan kesihatan yang berkekalan.

Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

13

7. Mengubah pandangan masyarakat Bagi mendapatkan kesan terhadap keseluruhan organisasi atau masyarakat, program pendidikan kesihatan mestilah mampu untuk mengubah pandangan masyarakat dan piawaian tingkah laku. Masyarakat perlu terlibat secara menyeluruh dan didedahkan dengan tujuan program pendidikan kesihatan. 8. Kajian dan penilaian Penilaian yang menyeluruh dan kajian lanjutan sangat diperlukan bukan sahaja dengan menilai kesan program tetapi dengan menilai semula proses dan kaedah perancangan di mana melibatkan kos yang berpatutan dan berkesan.

Rancang satu pengurusan program kesihatan di sekolah. Kemudian, bincangkan komponen-komponen asas dalam perancangan seperti di dalam rajah 1.5 secara terperinci.

RUMUSAN
1. Hampir kesemua pendidikan kesihatan, pendidikan awam dan pengurusan penyakit kronik mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk membantu orang ramai untuk mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan, mengurangkan risiko penyakit dan mengawal penyakit yang kronik. Tujuan tersebut adalah untuk meningkatkan tahap kesihatan setiap orang dan untuk menjayakannya memerlukan perubahan tingkah laku dan perbuatan. 2. Budaya pembelajaran Pendidikan Kesihatan di Malaysia adalah melalui penglibatan muridmurid secara penghayatan ilmu, berinteraksi dengan guru, rakan dan masyarakat serta penyimpanan rekod kesihatan dan kegiatan murid sebagai bukit pembelajaran. 3. Program Kesihatan merupakan program yang dijalankan untuk menjamin kebersihan dan kesihatan murid yang berterusan sepanjang tahun untuk mewujudkan suasana persekitaran yang bersih di samping membina amalan-amalan yang baik.

Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

14

4. Program - program Kesihatan yang dilaksanakan dengan terancang dan baik sudah tentu akan memberi kesan yang efektif kepada murid-murid khasnya dan sekolah secara amnya. Kawasan sekolah yang bersih dan ceria sudah pasti akan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. 5. Program-program yang dirancang atau ingin dilaksanakan biarlah melibatkan semua pihak kerananya melalui penglibatan semua pihak baru kefahaman dan kesedaran timbul. Pihak sekolah juga boleh memohon bantuan atau pertolongan komuniti dan ibu bapa yang mempunyai latar yang berkaitan kesihatan. Agensi-agensi luar sama ada swasta atau kerajaan juga boleh membantu pihak sekolah dalam usaha sekolah untuk menjadikannya satu budaya. 6. Para profesional pendidikan kesihatan sedang menggunakan konsep peningkatan kualiti berterusan yang dipanggil latihan yang terbaik. Tujuan sebenar adalah untuk mengenal pasti latihan padu yang boleh menjadi pendidikan kepada pembuatan keputusan dan penyediaan perkhidmatan. Logik di sebalik latihan adalah dengan berkongsi perlaksanaan idea dan proses penyebaran latihan berkesan dapat dipercepatkan dan mengurangkan pembelajaran melalui kaedah cuba jaya.

Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

15

PETA KONSEP
Penglibatan Peserta
Mengenalpasti keperluan masyarakat Merancang dan menjalankan program

Perancangan
Mengenalpasti masalah kesihatan Faktor persekitaran

Sumber dan keperluan


Kapasiti masyarakat Sumber sedia ada

Program yang komprehensif


Bertujuan untuk berurusan dengan pelbagai pihak

Program bersepadu

Program jangka panjang


Perkembangan infrastruktur pendidikan kesihatan

Mengubah pandangan masyarakat


Menetapkan piawaian tingkah laku

Kajian dan penilaian


Menilai semula proses dan kaedah perancangan

Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

16

KATA KUNCI
1. Teori Tingkah laku Kesihatan 2. Pengurusan Program Kesihatan 3. Budaya Kesihatan Sekolah 4. Evolusi Pengurusan Kesihatan 5. Komponen Asas Perancangan

PENILAIAN KENDIRI
1. Terangkan mengenai hala tuju falsafah, model perancangan program dan teori tingkah laku kesihatan. 2. Apakah yang dimaksudkan dengan budaya dan persekitaran kesihatan sekolah. 3. Bagaimanakah pengurusan program kesihatan telah berkembang dari zaman selepas merdeka sehingga sekarang? 4. Terangkan secara terperinci ciri-ciri reka bentuk dan struktur model program kesihatan. 5. Pada pendapat anda, apakah penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan supaya program kesihatan di Malaysia memberi kesan yang optimum kepada masyarakat?

RUJUKAN
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, (1999). Sukatan Pelajaran Rendah dan Menengah Pendidikan Kesihatan. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Kesihatan. (1998). Surat pekeliling ikhtisas bil 25/1998: pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan KP (BS) 8591/Jld.XIV/(25) http://ms.wikipedia.org/wiki/PendidikanJasmani/DefinisiPendidikanJasmanidanKesihatan http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan%20Jasmani/Definisi%20Pendidikan%20Jasmani%20%20 %20dan%20Kesihatan World Health Organization (WHO). Health education: Theoretical concepts, effective strategies and core competencies. A foundation document to guide capacity development of health educators.

Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

17

Mohd Izham Mohd Ibrahim.(1998). Mendekati Promosi Kesihatan. Shah Alam. Dewan Kosmik Zulkarnain A. Hatta, Sivamurugan Pandian, Azeem Fazwan Ahmad Farouk (2008). Pembangunan sosial 50 tahun merdeka. Jurnal Kemanusiaan. bil. 12

Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

18

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS


Penglibatan Peserta
Mengenalpasti keperluan masyarakat Menyenaraikan bantuan yang diperlukan Merancang dan menjalankan program

Perancangan
Mengenalpasti masalah kesihatan Mengenalpasti sasaran tingkah laku Faktor persekitaran

Sumber dan keperluan


Mengetahui keperluan pendidikan kesihatan yang diperlukan Kapasiti masyarakat Sumber sedia ada

Program yang komprehensif


Bertujuan untuk berurusan dengan pelbagai pihak Mengubah risiko tingkah laku

Program bersepadu
Komponen program diperkuatkan dengan komponen lain Disepadukan dan disesuaikan dalam pelbagai persekitaran

Program jangka panjang


Keperluan jangka masa panjang perjalanan program Perkembangan infrastruktur pendidikan kesihatan

Mengubah pandangan masyarakat


Menetapkan piawaian tingkah laku Perlu terlibat secara menyeluruh

Kajian dan penilaian


Menilai kesan program Menilai semula proses dan kaedah perancangan

You might also like