You are on page 1of 21

PENGENALAN Pada sekitar abad ke 19 merupakan satu detik yang amat penting bagi sebuah negara yang terletak

di Selatan Asia Tenggara. Hal ini kerana pada abad tersebut telah berlakunya satu kebangkitan rakyat di India yang dikenali sebagai Dahagi 1857. Dahagi merupakan suatu bentuk penentangan terbuka terhadap pihak berkuasa. Dari sudut kes di India, dahagi dilihat sebagai suatu bentuk rusuhan tentera sepoi menentang pemerintahan British di India. Namun, dahagi bukanlah suatu pemberontakan kebangsaan menentang pemerintahan asing kerana dahagi berlaku secara setempat dan hanya melibatkan beberapa buah kawasan tertentu sahaja manakala sebahagian penduduk tetap tidak terlibat berdasarkan kenyataan British yang tidak mahu mengakui bahawa masyarakat India sudahmempunyai kesedaran. Terdapat tiga interpretasi yang dapat dibuat berdasarkan peristiwadahagi yang berlaku di India. Pertama, Dahagi 1857 sering dinyatakan hanya sebagai satu pemberontakan tentera sepoi yang tidak puas hati terhadap layanan yang mereka terima daripada pihak atasan mereka. Kedua, peristiwa itu dianggap sebagai perang kemerdekaan pertama dan ketiga peristiwa itu dikatakan sebagai peperangan jihad oleh orang Islam terhadap pihak British.1 Peristiwa Dahagi 1857 ini merupakan satu titik pemisah dalam sejarah India sama ada pengakhiran ataupun permulaan sesuatu zaman baru. Kenyataan ini disokong sesetengah penulis mengangap peristiwa ini sebagai "api terakhir zaman lampau" kerana peristiwa Dahagi 1857 merupakan percubaan terakhir oleh golongan feudal India bagi mengembalikan zaman kegemilangan mereka.2 Malah sesetengah penulis juga berangapan bahawa rentetan peristiwa yang berlaku merupakan sebahagian daripada rentetan peristiwa awal terjadinya nasionalisme di India.

1 2

Mohd Dali, Azharudin, Tamadun India, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004, hlm. 284. Neil Ryan, Pemberontakan Tahun 1857, India: Nasionalisme dan Kemerdekaan, 1978, hlm. 1.

Peristiwa Dahagi 1857 ini telah tercetus selama lebih kurang setahun iaitu bermula dari 10 Mei 1857 sehingga 18 Jun 1986. Kejadian ini bukan sahaja telah banyak mengorbankan banyak nyawa kedua-dua belah pihak malah pada ketika itu jugalah munculnya banyak tokoh berpengaruh di India yang telah membawa kepada tercetusnya kebangkitan Dahagi. Antara tokoh yang muncul dalam peristiwa Dahagi ini ialah Nana Saheb, Begum Hazrat Mahal, Kunwar Singh(Tuan Tanah), Tantia Topi dan Rani Lakshibai. Bukan itu saja, kebangkitan Dahagi ini juga berlaku di tiga penjuru utama India iaitu di sebelah Utara, Tengah dan Barat India yang merangkumi kawasan seperti Delhi, Agra, Gwalior, Orchha, Kanpur serta Lucknow. Terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada berlakunya peristiwa Dahagi yang mana boleh dipecahkan kepada empat aspek iaitu politik, agama, sosial dan ekonomi serta ketenteraan. Pertamannya pengambil alihan qaudh dan campur tangan dalam agama serta adat kebiasaan ketenteraan Benggala.3 Malah British telah menjalankan Proses pembaratan seperti penghapusan amalan Sutte. Bukan itu saja penganut-penganut agama di India terutamanya yang beragama Hindu dan Islam berasa tergugat kerana penyebaran agama Kristian yang akan menggugat kedudukan kasta mereka.4 Faktor terakhir berlakunya Dahagi ialah dasar perluasan kuasa dan kawasan oleh Syarikat Hindia Timur British pada tahun 1849 seperti mana berlaku di wilayah Punjab dan Kashmir. Dahagi India telah bermula pada 10 Mei 1857. Sepoi yang berpangkalan di Meerutdan Ambata telah menyerang kawasan penjara dan membebaskan orang tahanan.5 Sepoi-sepoi juga enggan menggunakan peluru dan telah dihukum penjara. Dua orang sepoi rejimen telah membalas perbuatan ini dan membunuh beberapa pegawai Inggeris dan kediaman mereka juga

3 4

Rc Majumdar, Causes of The Revolt, An Advanced History Of India , India: Mc Mcmullin, 1996, hlm. 765. Neil Ryan, Pemberontakan Tahun 1857, 1978, hlm. 3. 5 Mohd Dali, Azharudin, Tamadun India, 2004, hlm. 284.

telah dibakar oleh tentera sipahi atau supai atau sepoy yang berpengkalan di Meerut.6 Pada hari berikutnya, mereka telah bergerak menyeberangi Jamuna, membakar tol dan menduduki Delhi. Seterusnya mereka telah mengangkat Sultan Monghul, Bahadur Shah II sebagai pemimpin mereka dan mengisytiharkannya sebagai Raja Hindustani. Dalam usaha penawanan Delhi, tentera Sipahi ini telah berjaya membunuh beberapa orang pegawai British termasuklah Ejen Politik iaitu Simon Fraser. Malah mereka juga melakukan kerosakan di sekitar bandar Delhi dan telah mengisytiharkan bahawa pihak British sebenarnya telah menggugat kedudukan agama Islam dengan memaksa penduduk memeluk agama Kristian.7 Kebangkitan Meerut dan penawanan Delhi telah mencetuskan beberapa kebangkitan di India terutamanya sekitar kawasan Utara, tengah dan Barat India yang akhirnya merebak ke beberapa negeri utama seperti Kanpur, Beneras, Lucknow, Bareilly, Allahabad, Jhansi dan Jagdhispur. Kebangkitan di Kanpur dipimpin oleh Nana Saheb yang juga pemimpin Dahagi.8 Pada 02 Jun 1857, tentera Nana Saheb berjaya mengepung dan akhirnya memaksa British menyerah diri pada 27 Jun 1857. Namun, semua orang British termasuk kanak-kanak dan wanita akhirnya dibunuh oleh pasukan Nana Saheb walaupun pada mulanya Nana Saheb berjanji untuk tidak mengapa-apakan mereka untuk pulang ke Allahabad. Hanya empat orang sahaja daripada jumlah mereka yang terselamat. Pasukan British juga telah sampai di bawah pimpinan kolonel Neil dan Jeneral Havelock tetapi hanya sampai selepas peristiwa pembunuhan tersebut.9 Selain itu, kebangkitan di Lucknow juga berlaku pada 30 Mei 1857 di bawah pimpinan Begum Hazrat Mahal menyebabkan seorang pegawai British iaitu Sir Henry Lawrence terbunuh. Walau bagaimanapun, Lucknow hanya berjaya ditawan semula oleh British pada 21 Mei 1858 setelah

6 7

Ibid. Bipan Chandra, India struggle for independence 1857-1947, New York: Penguin Books, 1989, hlm. 31. 8 Journal of Asian History, Wiesbaden: O. Harrassowitz, hlm. 140. 9 David Hutchinson, Annal of Indian Rebellion, London: Sanders, Canes And Company, 1974, hlm. 18.

hampir setahun mencuba dengan bantuan daripada pasukan Sir Collin Campbell dan Pasukan Guekha di bawah pimpinan Jang Bahadur. Bahkan di kawasan lain seperti Bareilly, Rohilkhand dan Bihar. Seterusnya, pihak British juga berjaya menawan Bihar, Allahabad, Beneras dan Delhi pada 20 September 1857. Namun demikian, pihak Dahagi berjaya merampas semula Delhi pada 2 November 1857. Akhirnya, pada 6 Disember British berjaya kembali menawan semula Delhi seterusnya Kanpur oleh Pasukan Sir Collin Campbell. Manakala di India tengah, kebangkitatan dipimpin oleh Tantia Topi yang juga merupakan seorang maratha brahma.10 Tantia Topi telah menyerang Gwalior dengan kekuatan tentera seramai 20 000 orang. Manakala Nana Saheb pula berjaya menawan Peshawar. Sebagai tindak balas pihak British, mereka telah menghantar Sir Hugh Ross pada Mac 1858 untuk menyerang Jhansi dan menawannya pada April 1868 juga Betwa(Tantia Topi). Walaupun Tantia Topi dan Rani Lakshibai telah bergabung dan mara ke Gwalior. Namun mereka telah dikalahkan pada 17 Jun 1858 yang mana telah menyebabkan Rani Lakshibai terbunuh. Manakala Tantia Topi telah ditawan dan Nana Saheb melarikan diri ke Nepal. Pada 8 Jun 1858, kebangkitan Dahagi berjaya dihapuskan.11

KEPENTINGAN DAHAGI 1857 DALAM PERKEMBANGAN POLITIK INDIA Dahagi 1857 merupakan salah satu daripada peristiwa yang penting dalam lipatan sejarah India pada abad ke-19. Perbincangan berkaitan dengan peristiwa ini sering menimbulkan dua perspektif yang berbeza dalam kalangan sejarawan. Sejarawan yang bersifat eurosentrik akan

10

Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohamed Dali, Azhar Mad Aros, Suffian Mansor, Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800- 1963, Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 2000, hlm. 279. 11 Journal of Asian History, Hanassowitz: Verlag, Germany. hlm. 149.

menggelar peristiwa ini sebagai The Mutiny,12 The Sepoy Mutiny,13 The Great Sepoy Mutiny14 ataupun Muslim Conspiracy15 manakala sejarawan India pula menganggap peristiwa ini sebagai The Great Rebellion of 1857.16 Perbezaan pendapat oleh sejarawan India terhadap Dahagi 1857 adalah disebabkan oleh kepentingan peristiwa ini dalam perkembangan politik India. Peristiwa Dahagi 1857 amat penting dalam perkembangan politik India kerana peristiwa ini dianggap sebagai The First War of Indian Independence.17 Dahagi 1857 ini dianggap sebagai The First War of Indian Independence kerana buat pertama kalinya dalam sejarah pemerintahan British di India, masyarakat India dari pelbagai latar belakang di beberapa buah kawasan bangkit hampir serentak menentang kuasa kolonial tersebut. Penentangan masyarakat India pada 10 Mei 1857 ini bukan saja dilakukan oleh golongan tentera Sepoi tetapi juga daripada golongan bangsawan India yang dibuang dari wilayahnya, tuan-tuan tanah yang ingin melepaskan diri daripada pengawasan British dan juga para pendakwah Islam.18 Penentangan ini juga turut disertai oleh golongan masyarakat awam ataupun adivasi. Contohnya, golongan adivasi di Chotanagpur juga turut terlibat dalam penentangan tentera Sepoi terhadap British.19 Dahagi 1857 bukan saja melibatkan pelbagai golongan dalam masyarakat tetapi juga meliputi bahagian utara dan Selatan India. Di bahagian utara, penentangan terhadap British berlaku di

12

Sir Dunbar, G., A History Of India: From The Earliest Times To Nineteen Thirty-Nine, London: Nicholson & Watson, 1949, hlm. 515. 13 Sir Lyall, A. C., From The Close Of The Seventeenth Century To The Present Time, Dalam Williams Jackson, A. V. (Ed.), History Of India. (Vol. Ke-3), London: The Grolier Society, 1907, hlm. 450. 14 Callahan, R., The Great Sepoy Mutiny, Dalam Marston, D. P. & Sundaram, C. S. (Ed.), A Military History Of India And South Asia, London: Praeger Security International, 2007, hlm. 16. 15 Pati, B., Introduction: The Great Rebellion of 1857, Dalam Pati, B. (Ed.). The Great Rebellion Of 1857 In India: Exploring Transgressions, Contests And Diversities, New York: Routledge, 2010, hlm. 1. 16 Ibid. 17 Ibid, hlm. 3. 18 Callahan, R., The Great Sepoy Mutiny, Dalam Marston, D. P. & Sundaram, C. S. (Ed.), A Military History Of India And South Asia, 2007, hlm. 17. 19 Sinha, S. S., 1857 And The Adivasis Of Chotanagpur, Dalam Pati, B. (Ed.), The Great Rebellion Of 1857 In India: Exploring Transgressions, Contests And Diversities, New York: Routledge, 2010, hlm. 16.

Meerut, Ambata, Lahore, Cawnpore, Allahabad dan Lucknow.20 Di bahagian Selatan pula, penentangan terhadap British berlaku di Madras, Chingleput, Coimbatore, Chittoor, Vellore dan Salem.21 Perjuangan nasionalisme dalam Dahagi 1857 sememangnya sangat kabur dan mungkin lebih mudah jika dikatakan bahawa perjuangan pada 1857 itu tidak mempunyai unsur nasionalisme. Namun begitu, jika di pertimbangkan fakta-fakta di atas, adalah tidak salah untuk menganggap Dahagi 1857 sebagai The First War of Indian Independence kerana penentangan tersebut dilakukan oleh pelbagai lapisan masyarakat India serta meliputi bahagian utara dan selatan India dalam erti kata lain mewakili seluruh India. Hal ini juga bermaksud sudah wujud sentimen anti-British dalam kalangan masyarakat India pada ketika itu yang akhirnya membawa kepada perjuangan secara besar-besaran menentang British Dahagi 1857. Oleh itu, Dahagi 1857 mempunyai kepentingan dalam perkembangan politik India kerana ia dianggap sebagai The First War of Indian Independence. Selain itu, Dahagi 1857 penting dalam perkembangan politik India kerana ia juga dianggap sebagai gerakan anti-British. Hal ini dianggap sebagai gerakan anti-British kerana tujuan utama penentangan ini ialah untuk menentang pemerintahan British pada ketika itu di India. Harus difahami bahawa pemerintahan British di India telah membawa kepada pelbagai perubahan dalam keseluruhan aspek kehidupan masyarakat India sebelum tahun 1857 sehingga merosakkan sistem sosial tradisional masyarakat India. Perubahan-perubahan ini akhirnya membawa kepada suatu tahap yang menyebabkan timbul perasaan marah, kecewa dan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat India terhadap pemerintahan British. Keadaan yang benar-benar mengambarkan Dahagi 1857 sebagai gerakan anti-British ialah peristwa The Cawnpore

20 21

Azharudin Mohd. Dali, Tamadun India, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2004, hlm. 284. Basu, R. S., Ideas, Memories And Meanings: Adi Dravida Interpretations Of The Impact Of The 1857 Rebellion, Dalam Pati, B. (Ed.), The Great Rebellion Of 1857 In India: Exploring Transgressions, Contests And Diversities. New York: Routledge, 2010, hlm. 166.

Massacre yang berlaku pada 27 Jun 1857.22 Dalam peristiwa ini, golongan penentang yang mengikuti gerakan Dahagi tidak memberikan belas kasihan kepada tawanan berbangsa Eropah yang menyerah kalah dengan syarat dibenarkan untuk melarikan diri ke Allahabad. Mereka yang telah menaiki bot ditembak dan selebihnya wanita dan kanak-kanak dibawa ke Bibighur.23 Pada 15 Julai 1857, tawanan yang berada di Bibighur ini dikerat kepada beberapa bahagian dan dibuang ke dalam perigi.24 Melihat kepada tindakan golongan penentang yang bertindak kejam di Cawnpore ketika berlakunya peristiwa ini, dapat dikatakan kekejaman yang dilakukan itu menunjukkan betapa mereka begitu bersikap anti-British. Selain daripada masyarakat Eropah, golongan pejuang dalam gerakan Dahagi juga menjadikan pegawai-pegawai British sebagai musuh utama mereka. Contohnya, pembunuhan Doktor Moore berkhidmat dengan tentera British di Madras sewaktu beliau dalam perjalanan untuk merawat tentera British yang tercedera di Sambalpur.25 Namun begitu, golongan ini bukan saja menumpukan perhatian mereka kepada masyarakat Eropah di India tetapi juga kepada golongan yang dianggap sebagai agen kepada perubahan yang dilakukan oleh pihak British di India seperti golongan pedagang dan peminjam wang (moneylenders).26 Melihat kepada golongan yang diserang oleh golongan yang terlibat dalam gerakan Dahagi ini, dapatlah dikatakan bahawa gerakan ini bersifat anti-British dan tujuan mereka sememangnya untuk menghapuskan sebarang sistem British di India. Oleh itu, Dahagi 1857 penting dalam perkembangan politik India kerana gerakan ini merupakan luahan hati masyarakat India terhadap pemerintahan British.
22

English, B., The Kanpur Massacres In India In The Revolt Of 1857 , Oxford Journals, no. 142, 169-178, 1994, Diperoleh dari http://www.jstor.org/stable/651200, hlm. 169. 23 Ibid. 24 Ibid. 25 Pati, B., Beyond Colonial Mapping: Common People, Fuzzy Boundaries And The Rebellion Of 1857 , Dalam Pati, B. (Ed.), The Great Rebellion Of 1857 In India: Exploring Transgressions, Contests And Diversities, New York: Routledge, 2010, hlm. 52. 26 Pati, B., Introduction: The Great Rebellion of 1857, Dalam Pati, B. (Ed.). The Great Rebellion Of 1857 In India: Exploring Transgressions, Contests And Diversities, 2010, hlm. 4.

Dahagi 1857 juga penting dalam perkembangan politik India kerana gerakan ini telah melahirkan golongan pemimpin yang berani untuk bangkit menentang British. Gerakan Dahagi ini bukan saja memberikan inspirasi kepada masyarakat India untuk menentang British tetapi membawa kepada kelahiran pemimpin-pemimpin yang berkaliber seperti Permaisuri Lakshmi Bai dari Jhansi, Tantia Topi dan Nana Sahib. Permaisuri Lakshmi Bai merupakan antara pemimpin yang dianggap mempunyai kepimpinan yang hebat terutamanya dalam peperangan.27 Malah, Permaisuri Lakshmi Bai dianggap sebagai Joan Of Arc versi India kerana mengetuai angkatan tenteranya sendiri menentang British.28 Tantia Topi ataupun nama sebenarnya iaitu Ramchandra Pandurahga juga merupakan pemimpin yang disifatkan mempunyai kemahiran kepimpinan yang tinggi dan mahir dalam menyusun strategi peperangan.29 Beliau merupakan rakan sekutu Permaisuri Lakshmi Bai dalam menentang British.30 Nana Sahib merupakan pemimpin yang mengetuai penentangan melawan British di Cawnpore dan Sir Henry Lawrence di Lucknow pada 1 Julai 1857.31 Sungguhpun, ketiga-tiga pemimpin ini merupakan pemimpin-pemimpin yang hebat, penamat penentangan mereka berakhir dengan keadaan yang tragis. Tantia Topi akhirnya telah ditawan oleh British dalam pertempuran di Betwa manakala Permaisuri Lakshmi Bai pula terbunuh dalam pertempuran.32 Nana Sahib pula menghilangkan diri.33 Walaupun pengakhiran pemimpin-pemimpin ini sangat tragis, namun begitu, mereka merupakan sumber inspirasi kepada masyarakat India. Permaisuri Lakshmi Bai sehingga ke hari ini masih menjadi inspirasi

27 28

Panikkar, K. M,, India Through The Ages, Delhi: Discovery Publising House, 1985, hlm. 254-255. Kulke, H. & Rothermund, D., A History Of India. (Ed. Ke-4), New York: Routledge, 2004, hlm. 258. 29 Callahan, R., The Great Sepoy Mutiny, Dalam Marston, D. P. & Sundaram, C. S. (Ed.), A Military History Of India And South Asia, 2007,hlm.28. 30 Panikkar, K. M,, India Through The Ages, Delhi: Discovery Publising House, 1985, hlm. 255. 31 Sir Dunbar, G., A History Of India: From The Earliest Times To Nineteen Thirty-Nine, London: Nicholson & Watson, 1949, hlm. 515. 32 Azharudin Mohd. Dali, Tamadun India, 2004, hlm. 284-285. 33 Ibid, hlm. 285.

kepada masyarakat India kerana kehebatannya dan keberaniannya - sebagai seorang wanita dalam mengetuai tenteranya menentang British. Oleh itu, dapatlah juga dikatakan bahawa Dahagi 1857 penting dalam perkembangan politik India kerana telah melahirkan golongan pemimpin yang hebat dan diakui oleh British. Kepentingan Dahagi 1857 dalam politik India dapat dilihat melalui keinginan untuk kembali kepada pemerintahan asal masyarakat India, iaitu sewaktu pemerintahan Kerajaan Mughal di India. Keinginan ini dapat dilihat melalui pelantikan semula Bahadur Syah sebagai pemerintah India sebaik sahaja golongan yang menyertai gerakan Dahagi menguasai Delhi.34 Malah, anak-anak Bahadur Syah iaitu Mirza Abu Bakar, Mirza Madhu dan Mirza Khir Sultan pula dilantik sebagai pemimpin-pemimpin penting dalam kabinet yang baru dibentuk ketika itu.35 Tindakan ini jelas menunjukkan bahawa pelantikan semula Bahadur Syah dan anak-anaknya dalam sistem pentadbiran India merupakan simbolik kepada keinginan masyarakat India untuk mengembalikan sistem pemerintahan tradisional India seperti dahulu kala. Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa Dahagi 1857 penting dalam politik India kerana wujudnya keinginan masyarakat India pada ketika itu untuk memulihkan semula sistem pemerintahan tradisional di India. Dahagi 1857 sememangnya penting dalam perkembangan politik India kerana gerakan ini merupakan satu simbolik kepada keinginan masyarakat India itu sendiri. Perjuangan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin ketika itu dan pelantikan semula Bahadur Syah sebagai pemerintah India mencerminkan keinginan masyarakat pada ketika itu untuk memulihkan semula sistem pemerintahan asal yang bercorak tradisional. Gerakan yang dilakukan seperti menyerang rumah pegawai British dan golongan yang mendapat keuntungan melalui sistem yang dijalankan

34 35

Ibid, hlm. 284. Ibid.

oleh British pula menggambarkan perasaan anti-British yang timbul akibat daripada tekanan yang terpaksa dihadapi oleh mereka dalam pemerintahan yang dijalankan oleh British di India. Gerakan yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat serta meliputi bahagian utara dan selatan India pula membawa kepada penyataan The First War of Indian Independence iaitu suatu cerminan kepada keinginan masyarakat India untuk melepaskan diri daripada cengkaman pemerintahan British.

FAKTOR KEGAGALAN DAHAGI 1857 Peristiwa dahagi dilihat sebagai satu langkah kebangsaan yang dilakukan oleh orang India bagi menggulingkan pihak British pada tahun 1857. Penentangan ini telah memberi kesan yang mendalam terhadap sejarah India. Walau bagaimanapun, peristiwa dahagi ini berakhir dengan kegagalan sehingga menyebabkan India telah jatuh ke tangan pihak British dan sekutunya.36 Kegagalan ini disebabkan oleh beberapa faktor dan antara faktor tersebut adalah disebabkan tiada perpaduan dalam kalangan pemimpin itu sendiri dalam memperjuangkan dahagi 1857 ini.37 Selain itu, peristiwa dahagi 1857 ini juga tidak mendapat sokongan daripada penduduk India sendiri terutama bagi penduduk yang tinggal di luar Bandar.38 Hanya di beberapa kawasan sahaja yang menunjukkan sokongan serta semangat patriotisme terhadap negara mereka. Sebagai contohnya di kawasan Oudh sahaja yang menunjukkan penentangan serta kesetiaan dengan menggulingkan Nawab.39 Masalah perpaduan ini menjadi semakin rumit apabila pemimpin bersikap menyendiri dan tidak berpuas hati terhadap pemberontakan ini. Malahan terdapat sebilangan pemimpin membantu pihak British
36

Gregory Fermont Barnes., Essential Histories The Indian Mutiny 1857-58, Great Britain: Osprey Publishing, 2007, hlm. 77. 37 Ibid. hlm. 86. 38 Ibid. 39 Ibid.

10

bagi menyekat pemberontakan dahagi tersebut.40 Antara pemimpin yang bertindak membantu pihak British ialah Raja Nahar Singh, Nawab Abdur Rahman Khan dan Rao Tula Ram.41 Walau bagaimanapun, British melihat pemimpin-pemimpin ini sama seperti pemberontak yang lain dan akhirnya membunuh pemimpin tersebut dengan menggantung mereka.42 Kegagalan dahagi turut melibatkan kelemahan pemimpin yang ada.43 Hal ini terbukti apabila perjuangan yang dianggap sebagai langkah kebangsaan ini lebih bercorak kepada perjuangan agama dan tidak dirangsang oleh pergerakan politik.44 Pemimpin-pemimpin yang ada tidak mempunyai strategi atau sebarang perancangan dalam mencetuskan dahagi ini. Selain itu, kelemahan pemimpin ini dapat dibuktikan melalui kepimpinan Raja Delhi.45 Kelemahan yang dapat dilihat apabila raja ini tidak bersungguh-sungguh dalam menentang pihak British walaupun pada hakikatnya perjuangan dahagi ini adalah untuk menunjukkan penentangan terhadap dasardasar yang diperkenalkan oleh British.46 Kegagalan dalam mengatur strategi serta kemampuan pemimpin dalam menerajui perjuangan dahagi ini juga telah melemahkan lagi perjuangan ini dan secara tidak langsung menyumbang kepada kegagalan dahagi. Pemimpin-pemimpin ini juga bersikap pentingkan diri sendiri kerana perjuangan yang dilakukan demi untuk kuasa politik masing-masing.47 Strategi dan perancangan yang dilakukan juga lemah berbanding dengan pihak British. Pemimpinpemimpin tersebut tidak dapat mengetuai perjuangan dahagi ini sebaik mungkin kerana tidak

40

Ganda Singh., The Indian Mutiny of 1857 and The Sikhs, New Delhi: Gutenberg Printing Press, Connaught Circus, 1969, hlm. 6. 41 Ibid. 42 Ibid. 43 Gregory Fermont Barnes., Essential Histories The Indian Mutiny 1857-58, 2007, hlm. 88. 44 Ibid. 45 Ibid. 46 Ibid. 47 Ibid.

11

mempunyai kredibiliti serta karisma yang seharusnya dimiliki oleh seorang pemimpin.48 Arahan yang diberi dapat dilihat sebagai tidak mempunyai hala tuju dan hanya tertumpu di kawasan Delhi sementara kawasan Timur India tidak dititkberatkan sehingga menyebabkan British berjaya mematahkan perjuangan ini.49 Kelemahan dalam keupayaan untuk merancang serta memberi arahan telah menyebabkan British dengan mudah menumpaskan dahagi ini. Selain itu, faktor kelemahan ini juga boleh dibuktikan melalui tapuk pemerintahan Bahadur Shah.50 Bahadur Shah yang dilantik menjadi raja dikatakan sudah tidak larat untuk memerintah berdasarkan umurnya yang lanjut usia. Walau bagaimanapun, beliau tetap dilantik untuk menjadi raja tetapi hanya pada gelaran sahaja kerana sebaliknya beliau dianggap sebagai boneka.51 Pelantikan ini dikatakan hanya digunakan untuk melindungi jenayah serta kesalahan yang dilakukan oleh rakyatnya.52 Dalam masa yang sama juga, Bahadur Shah dilayan tidak seperti raja yang lain iaitu yang diberi penuh penghormatan serta kesetiaan sebaliknya, Bahadur Shah tidak mendapat kesetiaan dari rakyatnya termasuk sepoi. Segala arahan yang diberi oleh beliau juga tidak diendahkan manakala, sepoi pula menunjukkan protes mereka jika mereka tidak dibayar gaji mereka tidak akan berkhidmat. Hal ini memberi kesukaran kepada Bahadur Shah untuk menyelesaikan masalah sepoi kerana beliau sendiri turut menjadi mangsa keadaan dan tidak mempunyai sebarang autoriti untuk bertindak serta bersuara.53 Situasi yang berlaku kepada Raja Bahadur Shah telah menyebabkan beliau beralih arah dengan mengadakan rundingan terhadap pihak British. Hal ini disebabkan beliau tidak mempunyai keyakinan serta kepercayaan terhadap

48 49

Ibid. Ibid. 50 Ganda Singh., The Indian Mutiny of 1857 and The Sikhs, 1969, hlm. 5. 51 Ibid 52 Ibid 53 Ibid

12

masyrakat India serta sepoi. Beliau telah memberi tawaran dengan menyatakan bahawa jika British dapat melindungi serta memberi kemudahan dan kesenangan kepada beliau, Bahadur Shah akan membuka Delhi kepada British.54 Walau bagaimanapun, perundingan tersebut tidak membawa sebarang hasil kerana British melihat sikap Bahadur Shah yang sambil lewa terhadap peristiwa dahagi. Lord Canning merupakan Gabenor Jeneral British yang telah dilantik oleh SHTI pada tahun 1856 .55 Lord Canning bertanggungjawab kepada pejabat pusat dan parlimen di British. Seperti sebelum ini, tugas seorang Gabenor Jeneral, Lord Dalhousie telah meluaskan wilayah bukan sahaja ke sempadan Afghan tetapi sehingga ke wilayah Punjab pada tahun 1849. Lord Dalhousie telah memulakan satu dasar yang liberal yang lebih mengutamakan keamanan, kekayaan dan keadilan di India. Hal ini bersesuaian dengan dasar baru British setelah terjadinya perubahan di parlimen British iaitu campur tangan urusan tanah jajahan dan pentadbiran secara penuh. British telah menjalankan dasar toleransi dan penindasan dalam masa yang sama ( toleration and contempt) .56 Lord Dalhousie juga telah mendedahkan India dengan komunikasi moden, pengairan yang baik, pendidikan dan perdagangan. Lord Canning melihat dasar tersebut adalah sesuatu yang baik malah boleh membuat SHTI terus menerus diterima oleh India. Lord Canning tidak mempedulikan pandangan Sir George MacMunn yang mengatakan dasar liberal yang dilakukan oleh Lord Dalhousie sebenarnya merupakan tindakan Barat yang hanya merasuah masyarakat Timur supaya menerima British. Semasa Dahagi 1857, kerajaan Islam Oudh dikatakan sebagai kerajaan yang korup. Hal ini kerana kerajaan Oudh telah menjalankan sistem taluq iaitu satu sistem yang meletakkan tanah

54 55

Ganda Singh., The Indian Mutiny of 1857 and The Sikhs, 1969, hlm. 5. Michael Barthorp &Douglas Anderson [Ed]., The British Troops in the Indian Mutiny 1857-59, America: Osprey Publishing, 2005, hlm. 4. 56 Ibid.

13

di dalam wilayah Oudh dibawah kerajaan selama 30 tahun.

57

Hasil yang diusahakan di tanah

tersebut akan dikutip oleh kerajaan Oudh dan pengusaha tanah tersebut hanya memiliki hasil yang sedikit sahaja.58Pembahagian hasil yang diambil adalah dengan menolak hasil kos pengutipan dan upah pekerja-pekerja di tanah berkenaan. British risau dengan sistem ini kerana sistem ini telah menyatukan penguasa-penguasa Oudh untuk menentang British. Penguasapenguasa ini pula bimbang jika sistem ini dihapuskan oleh British, mereka akan hilang punca pendapatan mereka.59 Pekerja-pekerja yang dibawah sistem taluqdar pula berhasrat membebaskan diri mereka daripada penindasan ini.60 Pada tahun 1812, British telah menukar Hak Pengilhakan Tanah Oudh dan memberikan hak kepada golongan petani untuk memiliki tanah sendiri dan penempatan yang tetap.61 Namun, pada tahun 1830-an, golongan utilitarian telah bertindak memiliki tanah tersebut. Tujuan mereka ialah untuk membebaskan petani dari kehidupan tradisional. Golongan ini sekaligus telah menindas golongan petani sekali lagi dan akhirnya wujud golongan antiaristokrat. Golongan ini merupakan golongan petani. Mereka telah bertindak menentang aristokrat ini. Oleh itu, pada tahun 1857,62 Lord Canning telah bertindak mengarahkan Ketua Peseruhjaya Oudh untuk memberikan hak kepada tuan tanah. Tindakan Lord Canning ini serba sedikit telah meredakan kemaraan pihak tuan tanah untuk membuat pemberontakan di Oudh. Sikap Lord Canning yang banyak bertolak ansur ini juga telah meredakan perasaan ingin memberontak dalam diri sepoi-sepoi yang terlibat dalam Dahagi 1857.

57

Sistem taluq dari dimuat turun daripada http://detectindia.com/links/history/modern/05%20impact%20of%20the%20british%20rule%20on%20india%20eco nomy/taluqdari.htm pada 18 November 2013 58 Michael Barthorp &Douglas Anderson [Ed]., The British Troops in the Indian Mutiny 1857-59, 2005, hlm. 6. 59 Thomas R. Metcalf, The Influence of The Mutiny of 1857 on Land Policy in India , Dalam The Historical Journal, Vol 4, No. 2, Cambridge: University Press, 1961, hlm. 153. 60 Ibid. 61 Ibid. 62 Ibid. hlm. 157.

14

Kekurangan dan kelemahan pemimpin menyebabkan askar sepoi mempunyai disiplin diri yang kurang. Maharaja Munghal pada waktu yang sama merupakan raja yang tidak mempunyai pengalaman dalam peperangan. Maharaja ini hanya memberi sokongan dengan menulis surat kepada pelbagai wilayah seperti Raja-raja Jeypore, Jodhpur, Bikaneer, Alwar dan sebagainya agar mereka tetap bersatu mempertahankan India. Terdapat 50 000 askar sepoi Delhi telah diarahkan untuk menentang British habishabisan dan diberikan dibawah tanggunjawab Bakht Khan. Maharaja Mughal juga telah melantik tiga orang jeneral bagi mengetuai setiap kumpulan. Kesan daripada pelantikan ini, tiga orang jeneral ini mulai besar kepala dan ingin memimpin tentera masing-masing tanpa menunggu arahan Bakht Khan.63 Bakht Khan telah memimpin askar Revolusi ini yang terdiri daripada dua briget Bareilly dan Neemuch untuk menyerang tentera British di Najafgarh.64 Namun, askar di bawah Neemuch enggan mendengar arahannya dan mereka tidak tinggal di kem tentera Bareilly di Najafgarh. Mereka sebaliknya membina kem di kampung sebelah. Apabila pihak tentera British dibawah pimpinan Nicholson mendengar tentang hal ini, mereka segara melancarkan serangan di Najafgarh dan juga askar Neemuch dengan mudah sahaja dikalahkan. Selain tidak mendengar arahan, tentera sepoi juga mudah lemah apabila melihat rakan mereka meninggal dunia di medan perang. Menurut Himani Savarkar,65 tentera sepoi akan meratapi rakan mereka yang meninggal dunia dan melupakan tugas mereka di medan petempuran. Melihat keadaan mereka, Bakht Khan terpaksa menyedarkan mereka dengan menjerit War or Surrender . Akhirnya kesemua askar Neemuch gugur dan askar Revolusi ini mengalami kekalahan yang paling teruk sejak kekalahan teruk di Bundelki-Serai. Hal ini kerana mereka tidak mempunyai disiplin yang kuat dan enggan mendengar arahan ketua mereka.
63 64

Ibid Ibid 65 Ibid

15

Perjuangan sepoi-sepoi dalam Dahagi 1857 dilihat tidak mempunyai perpaduan kerana tidak mempunyai tujuan yang sama. Setiap wilayah yang terlibat dalam penentangan melawan tentera British mempunyai tujuan masing-masing dan menyebabkan mereka tidak bersatu padu. Tentera sepoi bermula di Delhi kemudian ke Lucknow ke Cawnpore dan bandar-bandar besar yang lain.66 Di setiap bandar-bandar besar ini, ketua setiap briget menjalankan misi peribadi sama ada untuk keperluan bandar atau keperluan taktha sendiri. Perjuangan mereka yang pada mulanya teratur dengan perlahan-lahan hilang tujuan asal iaitu perjuangan ingin membebaskan diri dari kuasa British. Perjuangan mereka akhirnya bersifat peribadi dan menyebabkan sepoisepoi hilang taat setia dan tidak berdisiplin. Hal ini menyebabkan sepoi-sepoi ini mulai memihak pada ketua yang mereka rasakan mempunyai tujuan yang mereka suka.67 Di kem sepoi di Lucknow, sepoi menerima pelbagai arahan dari pelbagai pihak sehingga ketua yang dilantik sebenar oleh Begum Hazrat Mahal tidak dipedulikan. Di tempat lain pula, Rani Jhansi telah memberontak kerana bayaran pencen yang diberikan oleh British adalah sangat sedikit.68 Lord Dalhousie telah menafikan hak cucunya Maharaja Damodar Rao sebagai waris kerajaan Kashi. Damodar Rao ialah anak Gangadhar Rao ( anak tiri Rani Jhansi). Kerajaan Kashi telah diilhakkan atas Dasar Pengilhakan 1824 dan digunakan oleh British untuk meluaskan empayarnya. Oleh yang demikian, Rani Jhansi telah berikrar untuk mempertahankan haknya ke atas Kashi. Nana Sahib pula berjuang demi mempertahankan tanah dan estet milik ayahanda angkatnya iaitu Baji Rao.69 Pada 04 Jun 1857, Nana Sahib telah menyertai sepoinya untuk menyerang British yang menduduki Kanpur. Nana Sahib berjaya dan menggelarkan dirinya sebagai Peshwa. Hal ini menyebabkan Nana Sahib terlalu yakin untuk ke pertempuran

66 67

Ibid. hlm.61 Ibid. 68 Michael Barthorp &Douglas Anderson [Ed]., The British Troops in the Indian Mutiny 1857-59, 2005, hlm. 8. 69 Ibid. hlm. 5.

16

seterusnya iaitu pada 16 July 1857.70 Tentera British diketuai oleh Jeneral Havelick telah memenangi pertempuran tersebut. Nana Sahib dikatakan telah melarikan diri ke Nepal. Suratsurat Nana Sahib telah disimpan oleh British di Arkib New Delhi. Dahagi 1857 memperlihatkan semua bangkit menentang demi kepentingan diri atau agama. Tidak ketinggalan juga masyarakat Islam yang memperjuangkan Empayar Mughal.71 Mirza Mughal telah mempimpin askarnya untuk menentang British. Mirza Mughal telah meletakkan askarnya di sepanjang bandar Delhi untuk mempertahankan bandar itu. Mirza mempunyai misi untuk melawan British habis-habisan di kawasan tersebut. Namun, strategi mereka gagal apabila British berjaya menguasai bukit Simla. Dari bukit Simla ini, mereka telah diserang hendap oleh British. Kesemua yang terlibat di dalam Dahagi 1857 ini tidak mempunyai perpaduan dan kebanyakkan yang menyertai hanya perasaan benci kepada British. Mereka tidak bergabung untuk menentang British. Perjuangan mereka hanya bersifat setempat sahaja. Sepoi-sepoi yang menentang British ini mempunyai kelengkapan senjata yang tidak mencukupi. Bakht Khan yang memimpin Tentera Revolusi hanya mempunyai pedang dan senapang yang hanya meletup sekali sahaja. Senapang jenis ini terpaksa diisi peluru setiap kali dan proses ini melambatkan. Sedangkan di pihak British pula, mereka lengkap dengan senjata. Malah mereka menggunakan senjata moden seperti meriam yang boleh meletupkan kawasan yang besar dan menyerang musuh dengan lebih cepat.72 Sepoi-sepoi telah menggunakan senapang Enfeild Riffle jenis Pattern 1853 Enfeild Musket.73 Senapang ini amat susah untuk

70 71

Ibid. hlm. 7. Gregory Fermont Barnes., Essential Histories The Indian Mutiny 1857-58, 2007, hlm. 33.

72

Gautam Chakravarty, The Indian Mutiny and The British Imagination , UK; Cambridge University Press, 2005, hlm. 108. 73 Himani Savarkar, The India War of Independence 1857, Part iii: The Conflagration. Mumbai; Internet Rights are with Swatantryaveer Savarkar Rashtriya Smarak Trust, Mumbai, 1970, hlm. 72.

17

digunakan hal ini kerana senapang ini perlu digigit picunya barulah dapat meletup. Inilah senjata yang digunakan oleh tentera yang berada di Bengal untuk melawan British.

KESIMPULAN Kesimpulannya, Dahagi 1857 ini gagal mencapai kejayaan terhadap apa yang mereka inginkan. Berdasarkan daripada faktor yang telah dibincangkan, kumpulan kami berpendapat bahawa faktor utama kegagalan Dahagi ini adalah faktor dalaman. Hal yang dimaksudkan adalah faktor pemimpin dalam gerakan Dahagi itu sendiri dan juga faktor askarnya yang tidak menurut perintah daripada pemimpin mereka. Faktor pemimpin pula boleh dijelaskan bahawa mereka tidak bersatu dalam merancang objektif utama gerakan tersebut dan membuat objektif tersendiri yang hanya mementingkan diri mereka sahaja. Jika kita lihat dari segi perjuangan Dahagi ini, kita boleh melihat kepentingannya secara tidak langsung. Dahagi 1858 penting sebagai titik permulaan penentangan masyarakat India terhadap British yang menjalankan pemerintahan dengan tidak berperikemanusiaan. Penentangan ini bukan sahaja memperlihatkan kekecewaan dalam diri golongan yang diperintah malahan juga golongan yang mempunyai kedudukan. Betapa pentingnya menjaga kedaulatan Negara sendiri daripada jatuh ke tangan penjajah. Dahagi ini juga penting dalam membangkitkan semangat para pemimpin untuk berjuang

mempertahankan hak mereka sebagai rakyat tempatan. Kesan terpenting ialah penghapusan Syarikat Hindia Timur (SHTI) pada tahun 1858. Hal ini berpunca daripada perletusan Dahagi yang membuktikan SHTI tidak berkebolehan untuk memerintah India yang luas. Mengikut Akta Kerajaan India tahun 1858, SHTI dimansuhkan dan keputusan telah diambil untuk memindahkan pentadbiran kerajaan India terus kepada Kerajaan British di England. Gabenor Jeneral menerima gelaran Wizurai.

18

BIBLIOGRAFI

Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohamed Dali, Azhar Mad Aros, Suffian Mansor. Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800- 1963 Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.. 2000. Azharudin Mohd. Dali. Tamadun India. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. 2004. Basu, R. S., Ideas, Memories And Meanings: Adi Dravida Interpretations Of The Impact Of The 1857 Rebellion. Dalam Pati, B. (Ed.).. The Great Rebellion Of 1857 In India: Exploring Transgressions, Contests And Diversities. New York: Routledge. 2010. Bipan Chandra. India struggle for independence 1857-1947. New York: Penguin Books. 1989. Callahan, R.. The Great Sepoy Mutiny, Dalam Marston, D. P. & Sundaram, C. S. (Ed.). A Military History Of India And South Asia. London: Praeger Security International. 2007. David Hutchinson. Annal of Indian Rebellion. London: Sanders, Canes And Company. 1974. Ganda Singh.. The Indian Mutiny of 1857 and The Sikhs. New Delhi: Gutenberg Printing Press. Connaught Circus. 1969. Gautam Chakravarty. The Indian Mutiny and The British Imagination. UK: Cambridge University Press. 2005. Gregory Fermont Barnes.. Essential Histories The Indian Mutiny 1857-58. Great Britain: Osprey Publishing. 2007. Himani Savarkar. The India War of Independence 1857, Part iii: The Conflagration. Mumbai: Internet Rights are with Swatantryaveer Savarkar Rashtriya Smarak Trust. 1970. Journal of Asian History. Wiesbaden: O. Harrassowitz, Journal of Asian History. Hanassowitz: Verlag, Germany Kulke, H. & Rothermund, D.. A History Of India. (Ed. Ke-4). New York: Routledge. 2004. Michael Barthorp &Douglas Anderson [Ed].. The British Troops in the Indian Mutiny 1857-59. America: Osprey Publishing. 2005.
19

Mohd Dali, Azharudin. Tamadun India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 2004. Neil Ryan. Pemberontakan Tahun 1857, India: Nasionalisme dan Kemerdekaan. 1978. Panikkar, K. M,.India Through The Ages. Delhi: Discovery Publising House. 1985. Pati, B., Introduction: The Great Rebellion of 1857, Dalam Pati, B. (Ed.). The Great Rebellion Of 1857 In India: Exploring Transgressions, Contests And Diversities. New York: Routledge. 2010. Pati, B., Beyond Colonial Mapping: Common People, Fuzzy Boundaries And The Rebellion Of 1857, Dalam Pati, B. (Ed.). The Great Rebellion Of 1857 In India: Exploring Transgressions, Contests And Diversities. New York: Routledge. 2010. Rc Majumdar. Causes of The Revolt, An Advanced History Of India. India: Mc Mcmullin. 1996. Sinha, S. S., 1857 And The Adivasis Of Chotanagpur, Dalam Pati, B. (Ed.). The Great Rebellion Of 1857 In India: Exploring Transgressions, Contests And Diversities. New York: Routledge. 2010. Sir Dunbar. G., A History Of India: From The Earliest Times To Nineteen Thirty-Nine. London: Nicholson & Watson. 1949. Sir Lyall, A. C., From The Close Of The Seventeenth Century To The Present Time, Dalam Williams Jackson, A. V. (Ed.). History Of India. (Vol. Ke-3). London: The Grolier Society. 1907.

20

21

You might also like