You are on page 1of 18

Di dalam kehidupan manusia, nilai berperanan sebagai pengukur yang akan mengarah pembentukan tingkah laku.

Nilai membimbing individu untuk memasuki suatu situasi dan bagaimana individu bertingkah laku dalam situasi tersebut (Rokeach, 1973). Dalam konteks ini, nilai akan memberi arah pada sikap, keyakinan dan tingkah laku seseorang, serta memberi pedoman untuk memilih tingkah laku yang diinginkan pada setiap masa. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral terdapat 17 nilai murni yang menjadi pegangan serta teras membimbing dan membentuk keperibadian anak-anak murid kita agar menjadi warganegara yang bersikap toleransi, berbudi bahasa, berakhlak dan mulia pekerti.

Dengan memilih sebuah buku teks bacaan Bahasa Melayu peringkat sekolah rendah, buat satu analisis tentang kekerapan nilai murni yang terdapat di dalam buku tersebut.

Penulisan anda perlulah memasukkan perkara berikut: (a) Konsep dan penjelasan 17 nilai murni yang terdapat di dalam Huraian Sukatan Pelajaran. (b) (c) Analisis tentang kekerapan nilai di dalam buku teks yang dipilih. Cadangan anda untuk mempraktikkan 17 nilai tersebut kepada setiap murid di sekolah.

PENDAHULUAN Dalam kehidupan seharian, nilai-nilai moral perlu sentiasa diamalkan bgi menjamin kehidupan yang lebih baik. Terdapat 17 nilai murini yang perlu difahami dan dihayati oleh setiap individu dan perlu dipastikan ia diamalkan oleh mereka yang memahaminya. Antara nilai-nilai murni yang dimaksudkan ialah 1. Baik hati

Sikap yang sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas. Sikap baik hati ini boleh dilihat dengan menilai tindak tanduk seseorang terhadap orang lain. (a) Belas kasihan Perasaan simpati terhadap kesusahan dan kesedihan orang lain. Contoh; Memberi bantuan kepada kucing yang dijumpai di jalanan. (b) Bertimbang rasa Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain. Contoh; meminjamkan pensel warna kepada rakan dan sama-sama menggunakannya. (c) Murah hati Sedia memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang memerlukan sama ada dalam bentuk kebendaan atau sokongan moral. Contoh ; membantu mangsa banjir dengan memberi bantuan wang dan pakaian. (d) Saling faham-memahami Sanggup memberi dan menerima pendapat serta memahami perasaan dan keperluan masing-masing. Contoh ; menegur rakan yang membuat bising ketika guru tiada di dalam kelas. (e) Saling memaafkan Sedia meminta maaf dan memaafkan di atas kesalahan atau kesilapan yang dilakukan. Contoh ; bersalam dengan menunjukkan air muka yang manis. 2. Berdikari Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. (a) Berupaya bertindak sendiri Sanggup dan boleh melakukan sesuatu untuk diri sendiri tanpa mengharapkan orang lain.
2

Contoh ; mengemas tempat tidur. (b) Yakin pada diri sendiri Percaya kepada kebolehan diri dan bertindak segera. Contoh ; menjawab telefon dan mengambil pesanan serta menyampaikannya. 3. Hemah Tinggi Budi pekerti mulia dan budi bahasa yang diamalkan oleh seseorang dalam masyarakat. (a) Kesopanan Berbudi bahasa, berbudi pekerti dan beradab dalam pergaulan. Contohnya ; beradab ketika makan. (b) Mengakui kesalahan diri Sedia menyatakan kesilapan dan kelemahan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat. Contoh ; berterus terang memberitahu guru apabila tidak sengaja telah memecahkan pasu bunga sekolah. (c) Ramah mesra Sedia bergaul mesra dengan orang lain. Contoh ; menggunakan nama atau panggilan yang sesuai ketika bercakap. 4. Hormat Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan. (a) Hormat dan taat kepada ibubapa dan penjaga Memuliakan dan ,mentaati ibubapa atau penjaga Contoh ; Bersalam atau melambai tangan ketika meninggalkan rumah. (b) Hormat kepada ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan pemimpin. Menunjukkan rasa hormat kepada golongan tersebut dengan memberi layanan yang baik.

Contoh ; mendengar dan mengikuti nasihat guru. (c) Hormat kepada institusi Kerajaan dan negara Menerima dan menghormati institusi Kerajaan serta lambang-lambang kebesaran negeri dan negara. Contoh ; berdiri tegak ketika menyanyikan lagu kebangsaan. (d) Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan. Menghormat kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia. Contoh ; mengetahui hari-hari perayaan setiap kaum di Malaysia (e) Patuh kepada undang-undang. Menerima peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira di mana sahaja seseorang itu berada. Contoh ; beratur ketika membeli kuih di kantin atau menaiki bas. (f) Patuh kepada ketetapan masa Menepati waktu dan menggunakan masa dengan berfaedah. Contoh ; menepati waktu belajar, makan, tidur dan bermain. 5. Kasih sayang Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam serta berkekalan lahir dari hati yang rela terhadap sesuatu. (a) Sayangkan diri sendiri dan orang lain. Menyayangi diri sendiri dan orang lain Contoh ; memberi hadiah sempena hari ibu, hari jadi, mendapat anugerah (b) Sayangkan alam sekeliling Memelihara dan memulihara binatang, tumbuh-tumbuhan dan persekitaran untuk kesejahteraan hidup. Contoh ; tidak memetik bunga yang terdapat di taman rekreasi (c) Cintakan negara Bangga dan taat setia kepada negara. Contoh ; berdiri tegak ketika menyanyikan lagu negaraku

6.

Keadilan Perlakuan, peraturn dan keputusaan yang saksama serta tidak berat sebelah. (a) Adil Mempertimbang dan membuat sesuatu secara objektif, menyeluruh dan bersesuaian. Contoh ; memberi tugasan yang adil sesama rakan. (b) Tidak berat sebelah dalam sesuatu tindakan dan keputusan yang sama ada dalam memberi ganjaran atau hukuman. Contohnya ; memberikan ganjaran kepada murid pandai dan denda kepada yang tidak melakukan kerja rumah.

7.

Kebebasan Boleh melakukan sesuatu asalkan tertakluk kepada peraturan yang ditetukan oleh masyaratat negara dan agama. (a) Kebebasan di sisi undang-undang Boleh melakukan asalkan tidak melanggar batas pergaulan yang tersurat dan tersirat dalam dalam keluarga untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain. Contoh ; berkawan dengan semua murid dari pelbagai keturunan.

8.

Keberanian Kesanggupan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah. (a) Berani mencuba Sanggup melakukan sesuatu perkara yang baru atau perkara yang penuh dengan cabaran untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil kira risiko yang akan dihadapi. Contoh ; menunjukkan bakat masing-masing semasa hari kanak-kanak (b) Berani kerana benar Sanggup mempertahankan sesuatu yang diakui benar dengan memberikan bukti-bukti yang nyata. Contoh ; memberitahu guru murid sentiasa membuli rakan-rakan

9.

Kebersihan fizikal dan mental Kebersihan fizikal adalah kebersihan diri dan kebersihan persekitaran. Kebersihan mental pula adalah kebersihan pemikiran dan jiwa yang diperlihatkan melalui pertuturan dan perlakuan. (a) Kebersihan diri Kebersihan diri merupakan kebersihan tubuh badan yang perlu dijaga oleh setip individu untuk menjamn kesejahteraan hidup. Contoh ; Gosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari (b) Kebersihan persekolahan Pemeliharaan alam yang menunjukkan nilai yang baik daripada kekotoran dan pencemaran. Contoh ; sentiasa mengutip sampah dan membuang sampah di dalam tong sampah. (c) Kebersihan mental Pertuturan dan perlakuan yang terpuji dan perlu dilakukan oleh seseorang dalam hibungannya dengan orang lain. Contoh ; menggunakan kata nama yang sopan ketika berbual-bual dengan orang lain.

10.

Kejujuran Sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat yang baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan. (a) Amanah Bertanggungjawab dalam menjalankan sesuatu tugas yang diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain. Contoh ; menyampaikan pesanan guru dengan baik kepada ibu bapa. (b) Bercakap benar Menyatakan sesuatu dengan betul dan benar tanpa menokok tambah atau berselindung. Contoh ; mengadu kepada guru sesuatu kejadian dengan benar

(c) Ikhlas Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan. Contoh ; mendermakan pakaian kepada rakan yang memerlukan 11. Kerajinan Usaha berterusan dengan penuh bersemangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan daya usaha dalam melakukan sesuatu perkara untuk mencapai kecemerlangan. (a) Daya usaha Berusaha bersungguh-sungguh dengan semangat inisiatif, kreatif daninovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti. Contoh ; menyelesaikan keja sekolah dengan kemas dan bersih. (b) Dedikasi Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga dalam melakukan sesuatu perkara yang berfaedah. Contoh ; membuat sesuatu kerja tangan sehingga selesai jigsaw puzzle 12. Kerjasama Usaha yang baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada peringkat individu, keluarga, komuniti, dan masyarakat untuk mencapai sesuatu matlamat. (a) Gorong-royong Turut serta membantu dalam melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela. Contoh ; membersiah dan mengindahkan bilik darjah untuk keselesaan bersama. (b) Toleransi Sanggup bertolak ansur, sabar dan dapat mengawal diri bagi mengelak berlakunya pertelingkahan. Contoh ; memberi peluang kepada adik menggunakan alat tulis yan terhad di rumah.

(c) Perpaduan Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga, komuniti, masyarakat, negara dan antarabangsa. Contoh ; Berkongsi padang atau gelanggang permainan dengan rakan-rakan lain semasa bermain di taman rekreasi. 13. Kesederhanaan Sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan supayan sesuai dengan niai dan norma masyarakat. (a) Pertuturan dan perlakuan yangs sederhana Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta tidak menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain. Contoh ; tidak meninggikan suara, tidak bercakap besar, tidak bermegahmegah 14. Kesyukuran Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas terhadap sumbangan, khidmat bakti, kesenangan dan nikmat yang diperolehi. (a) Berterima kasih Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian. Contoh ; memberi kata-kata pujian 15. Rasional Boleh berfikir berdasarkan alasan yang munasabah dan bukti yang nyata serta dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. (a) Membuat pertimbangan Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan. Contoh ; menonton televisyen

16.

Semangat bermasyarakat (a) Bermuafakat Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama. (b) Kejiranan Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong dan bekerjasama denganjiran tetangga. Contoh ; bersama-sama jiran tetangga membersihkan temapt ibadah. (c) Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat Menyedari masalah masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya. Contoh ; melaporkan kemudahan awam yang rosak

17.

Semangat patriotik Semangat dan cinta kepada negara. Contoh ; menggantung bendera kebangsaan di hadapan rumah.

(b) Bil 1

Analisis tentang kekerapan nilai di dalam buku teks yang dipilih. Nilai Baik hati Muka surat 5, 6, 15, 21, 22, 29, 32, 44, ,52, 61, 67, 68, 70, 79, 107, 108, 118, 119 Jumlah 18 Kekerapan Peratus 7.6

18 100 = 238 10 100 238 34 100 238 25 100 238 33 100 238 1 100 238 11 100 238 6 100 238 16 100 238

2 3

Berdikari Hemah tinggi

35, 50, 52, 65, 67, 73, 75, 83, 84, 97 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 13, 14, 16, 23, 26, 27, 41, 61, 68, 70, 71, 78, 80, 84, 93, 98, 99, 103, 104, 105, 106, 118, 119

10

4.2

34

14.3

Hormat

4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 13, 14, 16, 41, 54, 55, 68, 77, 78, 83, 87, 93, 94, 103, 104, 105, 107, 108, 116

25

10.5

Kasih sayang

5, 7, 8, 9, 10, 17, 18, 19, 21, 22, 23, 28, 30, 37, 38, 40, 42, 43, 50, 51, 57, 62, 63, 69, 83, 86, 88, 95, 103, 110, 113, 114, 115, 118 33 13.9

6 7 8 9

Keadilan Kebebasan Keberanian Kebersihan dan

87 10, 11, 12, 34, 55, 89, 92, 108, 116, 117 65, 90, 94, 95, 98, 102, 15, 33, 34, 35, 50, 51, 63, 67, 83, 84, 85, 86, 88,

1 11 6 16

0.4 4.6 2.5 6.7


10

mental 10 11 Kejujuran Kerajinan

104, 112, 113, 15, 67, 104 42, 44, 50, 51, 52, 53, 54, 65, 70, 71, 72, 73, 75, 77, 79, 82, 3 18 14 5 8 7 14

3 100 238 18 100 238 14 100 238 5 100 238 8 100 238 7 100 238 14 100 238 15 100 238

1.3 7.6 5.9 2.1 3.4 2.9 5.9

12 13 14 15 16

Kerjasama Kesederhanaan Kesyukuran Rasional Semangat bermasyarakat

17, 40, 41, 42, 55, 57, 67, 71, 72, 88, 89, 114, 117 38, 41, 68, 95, 106 63, 69, 79, 84, 90, 92, 108, 111 29, 35, 36, 38, 64, 100 11, 13, 15, 36, 40, 42, 55, 67, 72, 89, 92, 109, 113, 105, 106, 43, 58, 35, 38, 43, 59, 92, 94, 95, 109, 113, 116, 117

17

Patriotisme

15

6.3

11

(c)

Cadangan anda untuk mempraktikkan 17 nilai tersebut kepada setiap murid di sekolah.

Setiap nilai yang dicadangkan dalam Huraian Sukatan Pelajaran mempunyai maksud yang berharga. Guru perlu tahu menjalankan aktiviti yang menarik dan berfaedah supaya nilai yang diajarkan dapat diamalkan dengan baik oleh semua murid. Antara aktiviti yang dapat dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral ialah ; a. Baik hati Bagi nilai di atas, aktiviti yang dicadangkan ialah perbincangan antara guru dengan murid, dan murid dengan murid untuk kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. Tajuk : Haiwan Peliharaan

Langkah1 : Soal jawab tentang haiwan peliharaan mereka Langkah 2 : Aktiviti kumpulan ( mengikut jenis haiwan peliharaan masingmasing) . Murid berbincang cara mereka menjaga haiwan peliharaan mereka. Mereka akan menyelesaikan jawapan mereka dalam borang disediakan. Langkah 3 : Pembentangan murid dan murid lain boleh bertanya Langkah 4 : Rumusan tentang pentingnya menjaga haiwan peliharaan dengan baik. b. Cinta Akan Negara Bagi nilai di atas, aktiviti yang dicadangkan ialah perbincangan antara guru dengan murid, dan murid dengan murid untuk kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. Tajuk : Masyarakat Majmuk

Langkah1 : Soal jawab tentang makanan kegemaran mereka. Langkah 2 : Guru menayangkan satu situasi kepada murid.Secara kumpulan murid diminta membincangkan membuat keputusan yang rasional pada tindakan PuanLim. Langkah 3 : Pembentangan murid dan murid lain boleh bertanya Langkah 4 : Rumusan tentang wajar atau tidak wajar situasi yang
12

diberikan. c. Kerjasama / Kebersihan persekitaran Bagi nilai di atas, aktiviti yang dicadangkan ialah perbincangan kumpulan untuk kemahiran berasaskan pembelajaran. Tajuk : Gotong-royong masa depan dalam pengajaran dan

Langkah1 : Soal jawab tentang beberapa alat yang digunakan semasa aktiviti gotong-royong. Langkah 2 : Guru bersoal jawab dengan murid tentang aktiviti gotongroyong, Langkah 3 : Secara kumpulan murid diminta membincangkan kertas edaran mengandungi rajah Roda Masa Depan dengan tajuk Gotong-royong.Setiap kumpulan diminta melengkapkan

rajah tersebut dan mempamerkan dihadapan kelas. Guru berbincang bersama murid tentang akibat sekiranya sikap positif ini tidak diamalkan. Langkah 4 : Rumusan tentang kepentingan mengadakan aktiviti gotongroyong.

d. Hormat Bagi nilai di atas, aktiviti yang dicadangkan ialah perbincangan kumpulan.Unsur yang diterapkan ialah membuat ramalan dan menjangka akibat. Tajuk : Mematuhi Peraturan Kebersihan Persekitaran

Langkah1 : Guru tunjukkan keratan akhbar yang menunjukkan pemandangan di tepi pantai. Guru bersoal jawab dengan murid Langkah 2 : Guru bersoal jawab dengan murid tentang peraturanperaturan kebersihan ditepi pantai. Secara kumpulan murid diminta berbincang apakah kesan jangka panjang sekiranya peraturan-peraturan tersebut tidak dipatuhi. Murid melukis peta minda dan membuat laporan. Langkah 3 : Murid diminta menyatakan beberapa cogankata berkaitan
13

dengan kebersihan. Guru mencatat cogankata tersebut. Setiap kumpulan dimintamencipta satu cogankata tentang kebersihan persekitaran. ketua kumpulan membentangkan hasil. Langkah 4 : Rumusan tentang kepentingan mematuhi peraturan kebersihan persekitaran e. Kasih sayang Bagi nilai di atas, aktiviti yang dicadangkan ialah perbincangan kumpulan dan nyanyian. Unsur yang diterapkan ialah penjelasan nilai dan kajian masa depan. Tajuk : Pengorbanan Jasa Ibu

Langkah1 : Guru mengedarkan lirik lagu trek tek tek. Guru menyanyi bersama-sama murid. Guru bersoal jawab dengan murid tentang pengajaran dalam lirik dan menyenaraikan pengorbanan yang ibu telah berikan. Langkah 2 : Secara kumpulan murid diminta membincangkan kertas edaran mengandungi rajah Roda Masa Depan dengan bimbingan guru. Langkah 3 : Setiap murid diminta melengkapkan ikrar atau janji mereka kepada ibu mereka. Langkah 4 : Rumusan tentang kepentingan menghargai jasa ibu mereka. Murid menjawab soalan semak yang diberikan. f. Semangat Bermasyarakat Bagi nilai di atas, aktiviti yang dicadangkan ialah perbincangan kumpulan, cerita dan kuiz. Unsur yang diterapkan ialah strartegi mengatasi kebimbangan. Tajuk : Pembakaran Terbuka

Langkah1 : Guru mengedarkan gambar kartun dan murid diminta mengulas gambar tersebut dengan mengaitkan dengan peristiwa-peristiwa yang mencetuskan fenomena tersebut. pengorbanan yang ibu telah berikan. Langkah 2 : Secara kumpulan murid diminta melengkapkan kertas
14

edaran mengandungi rajah Garis Masa. Murid melaporkan hasil mereka. Langkah 3 : Perbincangan kumpulan berdasarkan kad aktiviti. Langkah 4 : Rumusan tentang pencemaran alam sekitar pada masa kini. Murid menjawab beberapa soalan. g. Patriotisme Bagi nilai di atas, aktiviti yang dicadangkan ialah perbincangan. Unsur yang diterapkan ialah strategi mengatasi kebimbangan. Tajuk : Mari melancong

Langkah1 : Guru mengedarkan mengedarkan contoh-contoh risalah tempat pelancongan di Malaysia.Guru meminta beberapa orang murid menceitakan pengalaman mereka melancong di negeri lain. Murid lain mendengar dan menyoal. Langkah 2 : Secara kumpulan murid diminta berbincang tempat yang ingin mereka lawati dan sebab memilih tempat tersebut. Murid melaporkan hasil mereka. Langkah 3 : Perbincangan kumpulan berdasarkan kad aktiviti. Kepentingan melancong di luar negara. Langkah 4 : Murid diminta mereka cipta cogankata untuk kempen untuk mempromosikan kawasan pelancongan di Malaysia. h. Kesyukuran Bagi nilai di atas, aktiviti yang dicadangkan ialah perbincangan. Unsur yang diterapkan ialah strategi mengatasi kebimbangan. Tajuk : Gaya Hidup Sihat, Masa Depan Selamat

Langkah1 : Guru mengedarkan dua keping kad berbentuk hati.kepada setiap murid. Guru bersoal jawab dengan murid tentang kesihatan diri. Langkah 2 : Secara kumpulan murid diminta berbincang tempat yang ingin mereka lawati dan sebab memilih tempat tersebut. Murid melaporkan hasil mereka. Langkah 3 : Perbincangan kumpulan berdasarkan kad aktiviti. Murid membentangkan hasil perbincangan
15

Langkah 4 : Murid diminta melengkapkan ikrar dan membaca ikrar gaya hidup sihat. Murid melafazkan ikrar bersama-sama. i. Keberanian Bagi nilai di atas, aktiviti yang dicadangkan ialah perbincangan dan tunjuk bakat. Unsur yang diterapkan ialah teori kecerdasan pelbagai. Tajuk : Tiru Macam Saya

Langkah1 : Guru memperdengarkan lagu patriotik dan murid bersama menyanyikan lagu tersebut. Langkah 2 : Secara kumpulan murid diminta berbincang aktiviti yang ingin dipersembahkan oleh mereka. Langkah 3 : Persembahan bakat mengikut kumpulan masing-masing. Bakat yang boleh dipersembahkan ialah menyanyi, bercerita, berlakon, bersyair, berpantun dan pakaian seragam. Perbincangan kumpulan berdasarkan kad aktiviti. Murid membentangkan hasil perbincangan Langkah 4 : Murid diminta merumuskan minat masing-masing dan menyatakan cara menjadikan impian mereka menjai kenyataan. j. Kejujuran Bagi nilai di atas, aktiviti yang dicadangkan ialah perbincangan dan . Unsur yang diterapkan ialah menjangkakan akibat. Tajuk : Telinga lintah

Langkah1 : Guru meminta murid membaca bebarapa peraturan atau amalan yang perlu diamalkan ketika berada di dalam kelas. Guru bersoal jawab sekiranya amalan tersebut tidak diamalkan. Langkah 2 : Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan. Wakil murid diminta menghafal petikan cerita. Murid kemudian menyampaikan cerita tersebut kepada rakan secara berbisik. Murid yang teakhir diminta menyampaikan semula cerita tersebut.
16

Langkah 3 : Guru menerangkan cerita sebenar. Secara kumpulan murid diminta melengkapkan akibat tidak mendengar pesanan dengan teliti. Pembentangan oleh wakil kumpulan. Langkah 4 : Murid diminta merumuskan kepentingan mendengar amanah yang disampaikan oleh guru dan sekolah. k. Kesederhanaan Bagi nilai di atas, aktiviti yang dicadangkan ialah perbincangan dan . lakonan. Unsur yang diterapkan ialah pembelajaran secara

konstruktivisme. Tajuk : Jimat Cermat Amalan Mulia

Langkah1 : Guru meminta murid menyebut jumlah wang saku yang dibekalkan oleh ibubapa dan bagaimana wang tersebut dibelanjakan. Langkah 2 : Murid dibahagikan kepada kumpulan. Murid diminta menyenaraikan jumlah wang yang disimpan setiap hari dengan perbelanjaan yang telah digunakan. Guru mengumumkan kumpulan yang menyipan paling banyak. Langkah 3 : Guru memberikan kad aktiviti. Murid diminta menyenaraikan barang-barang yang diperlukan dalam kehidupan seharian. Langkah 4 : Murid diminta merumuskan kepentingan amalan berjimat cermat dalm kehidupan seharian

PENUTUP

Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan hanyalah sebahagian daripada aktiviti yang boleh digunakan dalam bilik darjah. Selain di atas, bagi murid yang berada di sekolah menengah aktiviti seperti bergotong-royong, lawatan ke tempat-tempat tertentu, berkebun, permainan tertentu boleh diadakan. Pelbagai aktiviti yang menarik dapat menarik minat murid meneikuti pengajaran dan pembelajaran.

17

Sumber Rujukan

Abdul Rahman Md. Aroff (1968), Pengenalan Pendidikan Moral, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Petaling Jaya.

Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, (1985), Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral, Kursus Pendidikan Perguruan Asas. Kuala Lumpur.

http://pendidikanmoral.um.edu.my/uploads/rujukan/pendekatanpendidikan moral.pdf http://www.pdfqueen.com/pdf/pe/pendekatan-pengajaran-pendidikan-moral/ http://www.scribd.com/doc/6125026/Unit-2-PENGENALAN-KEPADA-KAEDAH-DANTEKNIK-PENGAJARAN-DAN-PEMBELAJARAN-PENDIDIKAN-MORAL

Kementerian Pendidikan Malaysia, (1985), Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral, Kursus Pendidikan Perguruan Asas. Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan , (1983), Sukatan Pelajaran : Pendidikan Moral KBSR. Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan , (1986), Buku Panduan Khas Pendidikan Moral Tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6, (KBSR). Kuala Lumpur.

Mukherjee, G HN. Rajendran & Ee. Aa Meng(1995) Pendidikan Moral : Kuala Lumpur Fajar Bakti Sdn. Bhd

18

You might also like