You are on page 1of 5

Apa itu Aperture

Aperture adalah salah satu 'elemen' yang penting dalam fotografi. jadi, untuk menggunakan dan mengawal aperture dengan betul, korang mstilah mengetahui apa itu aperture dan fungsinya.

Dari segi saintifiknya, aperture ni adalah bukaan iris pada lensa ketika gambar diambil. Jika bukaan iris tu lebih luas, maka lagi banyak cahaya boleh masuk ke dalam kamera. Sekiranya bukaan kecil, sedikitlah cahaya yang boleh masuk. Konsep ini sama seperti mata kita.

Aperture ini dikira dan dilabelkan dengan format 'f-stop'. Sebagai contoh, f/2.8, f/5.6, dan f/22. Bukaan aperture yang kecil mempunyai nilai f-stop yang besar (contoh f/32) dan bukaan aperture yang besar mempunyai nilai aperture yang kecil (contoh f/4).

Gambar dibawah menunjukkan kaitan bukaan aperture dengan jumlah cahaya yang masuk. Sekiranya bukaan kecil, maka kuranglah cahaya yang masuk dan jika bukaan besar, banyaklah cahaya yang masuk.

Contoh lain, kaitan aperture dengan depth of field (DOF). Semakin besar bukaan aperture (nilai f-stop kecil), semakin sempit DOF dan sebaliknya. rujuk gambar di bawah untuk lebih faham.

Contoh: f/4:
Bukaan aperture besar dan banyak cahaya boleh masuk. Maka kawasan fokus (DOF) akan terhad. kawasan yang berada di belakang atau di depan objek akan menjadi blur (Bokeh)

f/11: Bukaan aperture sederhana. Cahaya masuk tidak terlalu banyak. Maka objek dapat
difokus dengan lebih baik. Tapi bahagian belakang atau di depan objek masih kabur sedikit (Bokeh)

f/32: Bukaan aperture sangat kecil dan cahaya yang dapat masuk sedikit. Jadi, objek dan
belakang objek dapat di fokuskan dengan lebih baik, tiada kawasan yang nampak blur.

You might also like