You are on page 1of 19

1.

Pengenalan

Ilmu kelautan yang di pelajari oleh peneliti laut dikenali sebagai Oceanographer. Golongan ini telah menjurus kepakatan mereka dalam bidang kelautan yang disebut maritim. Maritim merujuk kepada perkara yang berkaitan dengan aspek kelautan yang juga disebut sebagai Bahari dan Samudera. Sejarah Maritim merupakan elemen utama dalam pendekatan sejarah di seluruh dunia, kerana sejarah dunia kebanyakkannya berkaitan dengan laut dan lautan. Masyarakat yang hidup di muka bumi ini telah mengadaptasi kehidupan persekitaran mereka untuk kelangsungan hidup. Akibat daripada itu, perubahan cara hidup dari masa ke masa memperlihatkan perkembangan dalam kehidupan manusia. Begitu juga dengan masyarakat Bahari yang mengalami perubahan hidup mengikut peredaran masa. Perkembangan ini telah mewujudkan kepebagaian budaya yang lebih teratur yang disebut sebagai peradaban. Masyarakat Bahari juga mengunakan laut sebagai medium untuk kelangsungan hidup mereka. Jelas, sejarah telah membuktikan bahawa laut di kepulauan Asia Tenggara telah memainkan peranan yang cukup penting dalam pembinaan peradaban di Alam Melayu.

Berdasarkan sejarah awal kehidupan masyarakat Bahari jelas menunjukkan bahawa sejak dahulu kala telah wujudnya interaksi antara berbagai suku bangsa yang mendiami kawasan di Nusantara.1 Interaksi mereka dapat dilihat dalam bentuk perang, namun sering juga adanya usaha untuk bekerjasama dalam bentuk persekutuan atau persahabatan, sehingga hubungan antara masyarakat atau bangsa yang lain terutama aspek perdagangan berjalan dengan baik. Nusantara yang mempunyai perbezaan fizikal, budaya dan bangsa telah disatukan dengan adanya dalam satu bentuk kebudayaan iaitu maritim. Walaupun adanya garis pemisah antara wilayah-wilayah di Nusantara termasuk kebudayaan, bahasa, suku bangsa atau ekonomi yang berbeza, namun masyarakat Bahari melihat laut atau
1

Merupakan satu konsep geo-politik sebelum berlakunya pembahagian wilayah yang dikenali sebagai Negara bangsa seperti Filipina, Brunei, Timor Leste, Singapura dan Malaysia.

maritim bukan sebagai pemisah rumpun Nusantara tersebut.2 Malah sebaliknya, apabila laut bagi mereka adalah penyatu iaitu suatu

continuum

yang

memungkinkan mereka berhubung dengan penduduk di daerah seberang. Oleh itu, jaringan perhubungan melalui peranan laut dilihat sebagai penyatu dan pembina peradaban di Nusantara.

2.0

Konsep Laut

Laut dan lautan mempuanyai makna yang berbeza dari sudut pengkajian maritim, namun mempunyai perkaitan dalam sejarah peradaban maritim. Secara umumnya laut merujuk kepada bahagian perairan yang luas, yang memisahkan dua daratan yang berupa pulau-pulau. Misalnya, Laut Jawa dillihat memisahkan Jawa, Sumatera dan Kalimantan. Lautan pula merupakan bahagian perairan laut yang sangat luas yang memisahkan dua daratan atau lebih yang berupa benua. Sebagai contoh, Lautan Pasifik memisahkan Benua Asia, Australia dan Amerika.

Istilah Lautan pada masa dahulu dikenali sebagai Samudera atau bahari dalam bahasa Melayu, manakala dalam bahasa Inggeris membawa maksud Oceans yang berasal daripada bahasa Latin, iaitu oceanus yang terbit daripada pembendaharaan kata Yunani kuno iaitu okeanoe yang merujuk kepada laut yang memisahkan antara daratan Eropah dari daratan Afrika yakni tidak termasuk Laut Tengah.3 Dalam bahasa kuno, lautan juga disebut sebagai Tagaroa yang terbit dari dua perkataan Taga dan Roa yang membawa maksud Tasik Besar, Telaga Besar atau Tasik Luas. Selain itu, lautan turut menjadi sumber inspirasi dan mitos yang mengandungi masalah kebenaran yang tidak terbatas sejak zaman berzaman, memupuk fantasi, tahyul, ketaatan, perasaan ingin tahu, harapan dan aspirasi.
2

Adrian B. Lapian, Orang Laut, Bajak Laut, Raja Laut: Sejarah Kawasan Laut Sulawesi, Jakarta: Komunitas Bambu, 2009, hlm. 31. Ismail Ali. 2013. Menghidupkan Semula Semangat Nusantara Melalui Pengajian Sejarah Maritim di Alam Melayu dalam SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, 1(2) September 2013. Ms. 193-212.

Misalnya, lautan dikaitkan dengan unsur mitos iaitu dalam cerita rakyat Yunani kuno, okeanus dianggap sebagai penjelmaan dewa Oceanus yang turun ke bumi dari planet Uranus, yang kemudiannya berkahwin dengan Dewi Bumi iaitu Gaia. Pada zaman Hindu-Buddha, istilah lautan bagi masyarakat di kepulauan Melanesia dan Mikronesia menyebutnya sebagai Tagaroa, Tanaroa, Taaroa, Tagaloa, Tangaloa, Tagaloang dan Hangaloa. Di Nusantara, pada zaman ini juga mempercayai adanya Dewa Laut yang disebut sebagai Baruna.

Berdasarkan fakta kelautan, 70 peratus muka bumi terdiri daripada air dan 30 peratus adalah tanah. Fenomena ini menyebabkan bumi dikenali sebagai Planet

of Water. Lautan juga meliputi 361 juta kilometer persegi atau hampir 71 peratus
dari permukaan bumi dengan jumlah isipadu kelautan dianggarkan 1348 juta padu kilometer dengan purata kedalaman lautan kira-kira 3733 meter atau 12,247 kaki.4 Tambahan lagi, lautan yang paling dalam dikenali sebagai Jurang Mariana dengan kedalaman 11,022 meter yang terletak di lautan Pasifik. Terdapat lima lautan utama di dunia, antaranya Lautan Hindi (28,400,000 batu persegi), Lautan Pasifik atau dikenali Lautan Teduh (64,000,000 batu persegi), Lautan Atlantik (41,744,000 batu persegi), Lautan Antartika (12,451,000 batu persegi) dan Lautan Artik (5,427,000 batu persegi). Disamping itu, bagi masyarakat Melayu kuno, Tagaroa atau lautan adalah satu lautan sahaja dan bukannya banyak lautan. Namun begitu, terdapat juga pendapat lain yang mengatakan terdapat tujuh lautan di dunia iaitu seperti yang pernah ditulis oleh ahli ilmu bumi Turki yang bernama Piri Reis pada abad ke-14 dan sarjana Eropah iaitu R. Kippling iaitu Laut Nusantara (Laut China Selatan), Laut Benggala, Laut Arab, Laut Persia, Laut Merah, Laut Tengah dan Laut Atlantik. Indonesia umpamanya merupakan negara bahari yang tidak hanya memiliki satu laut utama atau heartsea, malah setidaknya terdapat tiga laut utama

Ibid.

yang membentuk Indonesia sebagai sea system iaitu Laut Jawa, Laut Flores dan Laut Banda.5

Laut secara tradisinya telah menjadi sumber inspirasi untuk mencari kebenaran dan seterusnya berjaya meniadakan world view satu tempat yang mempunyai kelebihanya tersendiri manusia yang menyatukan mengaitkan dengan pelbagi unsur mitos dan tahyul. Tidak lupa juga, laut adalah bagi perhubungan diantara negara, membentuk semangat bersatu, saling memahami dan bersatu-padu, serta dapat menjana kekayaan serantau. Bagi masyarakat Nusantara, laut telah dilihat menyatukan dunia Alam Melayu yang terpisah secara geografinya kepada kepulauan dan tanah daratan. Selain itu, mereka juga melihat laut juga menyatukan masyarakat Nusantara dengan dunia luar dan mewujudkan masyarakat Maritim yang berstatus kosmopolitan di pelabuhan dan bandar di pesisir pantai. Menurut A. B Lapian, masyarakat maritim pula menanggap sepenuhnya laut adalah penyatu dan pembina peradaban. Sememangnya laut mempunyai peranan yang cukup banyak dalam pembentukan peradaban di Nusantara. Menurut Kenneth R. Hall (1985), sejak akhir abad ke-13 atau awal abad ke-14, Asia Tenggara telah terbentuk lima zon perdagangan Umpamanya, di Malaysia dan Indonesia peranan dan sumbangan Laut China Selatan, Laut Sulu, Laut Celebes, Laut Jawa, Laut Banda dan sebagainya yang terangkum dalam Laut Nusantara dalam sejarah pembinaan negara bangsa di kedua-dua negara ini sebagai negara bahari atau negara kelautan.

A. B. Lapian, Sejarah Nusantara Sejarah Bahari: Pidato Pengukuhan Disampaikan Pada Pidato Pengukuhan Guru Besar Fakultas Sastra Universitas Indonesia, Jakarta: Fakultas Universitas Indonesia, 1991, hlm. 35.

3.0 3.1

Peranan Laut dalam Pembina Peradaban di Nusantara Perdagangan

Kemunculan negeri-negeri kecil atau kerajaan lama pada abad pertama Masihi di Asia Tenggara telah membawa kepada wujudnya hubungan perdagangan antara mereka. Kawasan Nusantara sememangnya terkenal sebagai pusat perdagangan yang suatu masa dahulu dengan adanya kewujudan kerajaan-kerajaan awal yang terbentuk daripada peranan laut yang cukup besar. Peringkat asas, perdagangan awal yang berjalan antara negeri-negeri pertukaran barang antara kawasan tanah pamah dengan kawasan bukit atau penduduk kewasan pedalaman dengan penduduk persisir pantai.6 Tambahan pula, Nusantara yang kedudukannya unik disebabkan struktur geografinya yang terdiri daripada kepulauaan sesuai untuk kegiatan perdagangan iaitu pertukaran barang dari daerah yang lain.

Menurut Kenneth R. Hall (1985), sejak akhir abad ke-13 atau awal abad ke14, Asia Tenggara telah terbentuk lima zon perdagangan maritim yang mempengaruhi dinamika pelayaran dan perkembangan negara-negara dikawasan zon tersebut iaitu Teluk Bengal, Selat Melaka, Laut China Selatan, Laut Jawa dan Laut Sulu.7 Kemashyuran dan perkembangan dalam aspek maritim dan perdagangan di Nusantara pada abad ke-15 telah mendorong para padagang dari Timur dan Barat menjalankan perdagangan di Nusantara.Pelaut Melayu merupakan golongan perantara yang menghubungkan pedagang-pedagang dari China dan India.8 Hal ini mengakibatkan Nusantara menjadi pusat tumpuan pedagang yang datang dari serata tempat khususnya pedagang dari China, India dan Arab. Misalnya, menurut Houben Laut Jawa bukan hanya sebagai laut utama
6

Ahmad Jelani Halimi, Perdagangan dan Perkapalan Melayu di Selat Melaka, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006, hlm. 1. Dr. Edward L Poelinggomang, Sejarah Maritim Dunia, Makassar: Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Universitas Hasanuddin, 2012, hlm. 5. Ahmad Jelani Halimi, Ibid., hlm. 2.

bagi Indonesia, malah dikatakan merupakan laut utama yang bersifat seratau dan terkenal di Asia Tenggara.9 Dengan menjadikan laut sebagai medium perhubungan dalam menjalankan aktiviti perdagangan telah membolehkan pedagang untuk keluar belayar dan menjalankan kegiatan perdagangan.

Kepesatan dalam menjalankan kegiatan perdangangan melalui medium laut telah menyebabkan terbentuknya sebuah peradaban yang baik, seterusnya melahirkan kerajaan-kerajaan yang berasaskan maritim. Jika dilihat, sejarah awal perkembangan perdagangan berasaskan maritim di Nusantara sebelum kedatangan kuasa Barat pada abad ke-15, peradaban masyarakat Maritim semakin berkembang dengan adanya sistem yang teratur. Sistem tersebut termasuklah pelabuhan yang menjadi tempat pengumpulan barang-barang tukaran, sistem cukai yang memberi pulangan ekonomi maritim, wujudnya sistem matawang dan ukuran timbangan yang mengantikan sistem barter atau dikenali pertukaran barang yang tidak melibatkan mata wang, teknologi perkapalan yang membolehkan penciptaan kapal atau perahu untuk digunakan sebagai komunikasi dan pencarian hasil melalui aktiviti kelautan serta mampu untuk belayar dan berdagang ke kawasan yang lain.

Masyarakat dahulu di Nusantara kebanyakkannya tinggal di persisiran pantai disebabkan mudah untuk mencari sumber-sumber ekonomi dan keperluan harian mereka. Tidak dinafikan juga, sejarah Nusantara adalah sejarah Bahari dan berketurunan dengan masyarakat pelaut. Kemahiran dalam pembinaan perahu dan kapal menjadi keistimewaan masyarakat di Nusantara.10 Kemahiran ini membolehkan mereka dapat bergerak dan berhijrah dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Masyarakat maritim ini telah berkembang dengan adanya pengumpulan
9

Pusat Riset Wilayah Laut dan Sumberdaya Non Hayati Badan Riset Kelautan Perikanan (BRKP) Departemen Kelautan dan Perikanan, Sejarah Maritim Indonesia: Menelusuri Jiwa Bahari Bangsa Indonesia dalam Proses Integrasi Bangsa, Indonesia: Departemen Kelautan dan Perikanan, 2003, hlm. 6. Dr. Edward L Poelinggomang, Sejarah Maritim Dunia, Makassar: Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Universitas Hasanuddin, 2012, hlm. 12.

10

dan pengedaran bahan mentah untuk pertukaran barang dari kawasan yang lain. Medium utama dalam aktiviti pertukaran dan jual beli adalah wujudnya sebuah pelabuhan yang menjadi pemangkin dalam aktiviti perdagangan. Antara barangan yang diperdagangkan adalah hasil hutan, rempah ratus, gaharu, cendana, damar dan ubat-ubatan.11 Kerajaan-kerajaan awal terbentuk melalui kegiatan yang berasaskan maritim termasuklah Srivijaya, Champa, Chih Tu, Kedah Tua dan Majapahit. Peradaban Nusantara dilihat lebih kepada dicorakkan dengan aktiviti maritim.

Seterusnya, aktiviti perdagangan dan pelayaran pada abad awal ke-16 semakin berkembang di Nusantara. Penulisan mengenai perdagangan maritim di Nusantara khususnya Sumatera dapat dirujuk melalui The Suma Oriental of Tome

Pires. Dalam karya Pires, beliau telah menyebut semua kerajaan di Sumatera
terlibat secara aktif dalam kegiatan perdagangan maritim.12 Hal ini kerana, kegiatan ini berkembang disebabkan kerajaan-kerajaan di Nusantara memiliki komoditi perdagangan untuk didagangkan ke negeri lain. Disamping itu, masyarakat dan pengusaha-pengusaha kerajaan juga memiliki jiwa dagang yang kuat.13 Mereka dikatakan akan memperdagangkan apa jua barangan yang boleh mereka perjualbelikan. Antara barangan yang diperdagangkan ke Melaka, India,dan Jawa termasuklah emas, lada, beras, madu dan bahan makanan lain. Namun begitu, barangan yang di perdagangkan daripada negeri luar ke Sumatera iaitu kain, perhiasan emas dan mata wang. Terdapat beberapa jenis saudagar yang disebut oleh Pires iaitu, pertama raja yang ikut secara berdagang secara langsung, kedua saudagar yang menjadi wakil raja, ketiga saudagar bebas dan yang keempat saudagar asing.

11

Gusti Asnan, Perdaganagan Maritim Sumatera Pada Awal Abad Ke-16, Padang: Dosen Jurusan Ilmu Sejarah Fakultas Sastera Universitas Andalas, 2009, hlm. 48. Robert Dick-Read, Penjelajah Bahari: Pengaruh Peradaban Nusantara Di Afrika, Indonesia: Thurlton Publishing, 2005, hlm. 10.

12

13

Ibid., hlm. 49.

Saudagar asing yang aktif berdagang di Sumatera antara lain datang dari Arab, Gujarat, Cambai Benggala, Pegu, Tenaserim, Kedah dan Beruas. Saudagar dari Arab dan India datang berdangang di Sumatera sebanyak dua hingga tiga kali setahun dan pedagang dari Tanah Melayu pula lebih kerap iaitu 12-20 kali dalam setahun. Kegiatan perdagangan lebih tertumpu dilakukan di pusat kerajaan yang berada di kawasan pinggir pantai. Aktiviti ini juga secara umumnya dilakukan secara sistem barter dan terdapat juga yang menggunakan sistem mata wang seperti mata wang timah (ceitis), emas (dramas) dan perak. Semua kegiatan budaya perdagangan oleh masyarakat Nusantara umumnya dikatakan secara tradisinya bermula daripada peranan yang dimainkan dalam kegiatan maritim oleh masyarakat bahari. Berdasarkan kepada rekod dan penulisan para sarjana terdahulu jelas memperlihatkan pengaruh laut Nusantara dalam pembentukan kerajaan-kerajaan maritim di Alam Melayu. Ianya juga sebagai jalan perdagangan utama kepada pengembara dan pedagang yang datang dari Barat dan Timur melalui Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Peranan kapal dan perahu melalui laut boleh berperanan untuk menjalankan pelbagai kegiatan perdagangan, penghubung antara pulau dan persepaduan bangsa di Alam Melayu. Jelas, peranan laut dijadikan tapak dalam menjalankan kegiatan perdagangan dapat membina dan mengembangkan peradaban di Nusantara.

3.2

Penyebaran Agama.

Selain daripada pernan laut yang dapat dilihat dari aspek perdagangan, peranan laut sebagai penyatu dan pembina peradaban Nusantara juga dapat dilihat daripada aspek penyebaran agama itu sendiri. Peranan yang dimainkan oleh laut sememangnya amat besar dalam penyebaran agama terutamanya di kawasan Nusantara. Hal ini kerana, penyebaran agama yang berlaku apa ketika itu berlaku seiring dengan perkembangan aktiviti perdagangan yang rancak berlaku dan

berkembang di Nusantara.14 Keadaan ini berlaku apabila para pedagang yang datang berdagang tidak hanya terhad dalam menjalankan aktiviti perdagangan dan perniagaan sahaja. Malahan mereka menjadi agen dalam penyebaran agama pada ketika itu. Contohnya, kerancakan aktiviti perdagangan telah menarik ramai golongan pedagang untuk datang ke kawasan Nusantara. Keadaan ini telah menyebabkan penyebaran agama pada ketika itu semakin rancak.

Tambahan pula, para pedagang yang datang berdagang akan tinggal menetap sementara menunggu pertukaran angin monsun yang akan membawa mereka datang ataupun kembali ke tempat asal mereka. Keadaan inilah yang memudahkan mereka untuk menyebarkan agama yang mereka bawa bersama kepada masyarakat setempat. Selain itu, pada ketika itu, hubungan masyarakat setempat dengan para pedagang amat baik dan memeudahkan para pedagang untuk menyampaikan dan menyebarkan agama yang mereka bawa. Contohnya, sebelum Islam tersebar di kawasan Nusantara iaitu pada sekitar abad ke-14, agama Hindu-Buddha merupakan agama yang dominan jika kita melihat dalam aspek ini. Penyebaran agama Hindu-Buddha ini berlaku sekitar abad ke 3 sehinggalah penghujung abad ke-14.15 Penyebaran agama ini begitu cepat tersebat kerana masyarakat di kawasan Nusantara mudah untuk menerima ajaran yang dibawa di dalam agama ini. Sebagai contoh kerajaan yang menerima ajaran agama ini adalah kerajaan Srivijaya yang menerima ajaran agama Buddha dalam aliran mazhab Hinayana yang menjadi anutan utama pada ketika itu.16 Namun pengaruh agama Hindu juga amat kuat pada ketika sehinggakan ada kerajaan yang pada awalnya adalah kerajaan Buddha berubah kepada kerajaan Hindu. Misalnya Kerajaan Tambralingga yang terletak di utara Langkasuka pada awalnya adalah sebuah kerajaan Buddha. Namun selepas abad ke-7 Masihi, ekoran pengaruh
14

Ismail Hussein et. al, Dunia Melayu dan Dunia Indochina , Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995, hlm. 7. Ahamd Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Selangor: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd, 2008, hlm. 54. Ibid.

15

16

Pallawa, ia berubah menjadi negara Hindu daripada Mazhab Waisnawisme ( Wisnuisme ).17

Namun demikian, setelah kejatuhan dan keruntuhan kerajaan HinduBuddha seperti kerajaan Majapahit telah menyebabkan agama Islam mudah untuk menyerap masuk ke dalam masyarakat Nusantara. Hal ini berlaku apabila para pedagang daripada Tanah Arab, China, Parsi dan juga pedagang dari Gujerat, India mula membanjiri pelabuhan-pelabuhan utama di kawasan Nusantara.18 Selain daripada golongan pedagang, golongan ulama juga memainkan peranan penting dalam penyebaran agama di kawasan Nusantara pada ketika itu. Kedatangan golongan ini yang datang mengembara untuk menyebarkan agama Islam ke Nusantara pada ketika itu telah menyebarkan dakwah mereka melalui pendidikan yang diajar secara formal di istana-istana dan kemudiannya di masjid-masjid.19 Tambahan pula, kemasukan agama Islam ini juga menyebabkan ramai sultan dan raja-raja pada ketika itu memeluk agama Islam sekaligus mendorong rakyat jelata memeluk agama Islam. Oleh yang demikian, dapat kita lihat bagaimana peranan laut itu sendiri dalam aspek penyebaran agama di kawasan Nusantara begitu besar. Hal ini kerana dengan menggunakan jalan laut, para pedagang dapat keluar belayar ke tempat-tempat yang lain dan jauh

17

Ibid. Tatiana A. Denisova, Refleksi Historiografi Alam Melayu, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, 2011. hlm. 19. Ahamd Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Selangor: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd, 2008, hlm. 174.

18

19

10

3.3

Pembinaan Empayar.

Selain daripada itu, peranan laut sebagai penyatu dan pembina peradaban Nusantara tidak hanya terhad kepada kepada aspek perdagangan dan penyebaran agama semata-mata. Malahan ia juga penting dalam aspek pembinaan sesebuah empayar.hal ini kerana pada ketika itu, kebanyakan kerajaan-kerajaan awal yang muncul di kawasan Nusantara wujud di kawasan pesisir pantai dan juga di kawasan-kawasan muara sungai.20 Hal ini disebabkan kerana manusia melihat kepentingan yang dimainkan oleh laut itu sendiri dalam membantu mewujudkan sebuah petempatan awal yang mana ia akan berkembang menjadi sebuah kerajaan. Justeru itu, kebanyakan daripada kerajaan awal ini muncul dan berkembang di kawasan pesisir pantai dan kerajaan-kerajaan awal ini akan menjadi sebuah kerajaan maritim. Selain itu, kerajaan awal ini telah menjadikan laut sebagai nadi utama dalam menjamin kebelangsungan kerajaan mereka di samping manjadikan laut itu sebagai kawasan sumber ekonomi yang sangat penting pada ketika itu.21 Oleh itu, kerajaan-kerajaan awal ini sering bersaing antara satu sama lain untuk menjadi sebuah kuasa utama di rantau Nusantara. Contohnya, kerajaan Majapahit yang dikatakan sebuah kerajaan maritim yang agung yang mana ia mempunyai tanah jajahan yang banyak dan luas sehinggakan ia meliputi hampir keseluruhan kawasan di Nusantara.22

Tambahan pula, pada ketika itu persaingan yang berlaku antara kerajaankerajaan awal ini adalah disebabkan oleh kepentingan yang dimiliki oleh laut itu sendiri. Laut dilihat pada ketika itu dilihat sebagai sumber ekomoni yang paling penting dan sesebuah kerajaan yang berjaya menguasai laut bermakna dapat menguasai kekayaan di kawasan Nusantara. Hal ini kerana kebanyakan aktiviti

20

Ibid. hlm. 159. Ibid, hlm. 260. Ibid, hlm. 144.

21

22

11

ekonomi kebanyakkannya berlaku di laut pada masa tersebut. Misalnya, aktiviti perdagangan yang dilihat sebagai sumber ekonomi utama pada ketika itu. Justeru itu, kerajaan-kerajaan pada ketika itu sering bersaing antara satu sama lain untuk menjadi satu kuasa utama di rantau Nusantara yang mana sekaligus akan menguasai laut di Nusantara.

3.4

Hubungan Diplomatik.

Selain daripada itu, peranan laut juga berkait dengan hubungan diplomatik antara sebuah negara dengan negara yang lain. Kemunculan kerajaan-kerajaan awal di kawasan Nusantara muncul di kawasan pesisir laut atau pantai dan mereka perlu menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan-kerajaan yang lain. Hal ini didorong atas faktor kebergantungan dan saling memerlukan antara sebuah kerajaan dengan kerajaan yang lain.23 Oleh yang demikian, wakil-wakil dari kerajaan biasanya akan dihantar atau diutuskan untuk menjalinkan kerjasama dengan kerajaan lain samaada dalam bidang politik atau pun ekonomi. Tambahan pula, kelebihan sesebuah kerajaan itu menjaliankan hubungan diplomatik dengan kerajaan lain terutamanya menjalinkan hubungan diplomatik dengan sebuah kerajaan yang besar, kebiasaanya mereka akan mendapat perlindungan daripada kerajaan tersebut. Dalam erti kata lainnya, kerajaan tersebut akan berada di bawah naungan kerajaan tersebut dan mereka berhak menghantar ufti kepada kerajaan tersebut sebagai bukti yang mereka taat dan patuh terhadap ketuanan kerajaan tersebut. Contohnya, kerajaan Melayu Melaka akan menghantar ufti kepada kerajaan China sebagai bukti ketuanan kerajaan China terhadap kerajaan Melayu Melaka pada ketika itu.24

23

Tatiana A. Denisova, Refleksi Historiografi Alam Melayu, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, 2011, hlm. 292. Liang Liji, Hubungan Empayar Melaka-Dinasti Ming Abad ke-15, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti kebangsaan Malaysia, 1996. hlm. 54.

24

12

Dalam konteks hubungan diplomatik ini, wakil dari sebuah kerajaan akan dihantar setahun sekali atau bergantung kepada keperluan sesebuah kerajaan tersebut untuk datang ke tanah jajahan mereka atau sebaliknya. Pada ketika itu, kebanyakan urusan yang melibatkan hubungan sesebuah kerajaan dengan kerajaan yang lain dilakukan menggunakan laluan di laut. Hal ini kerana pada ketika itu, laluan laut merupakan laluan atau alternatif utama dalam pengangkutan dan perhubungan memandangkan kurangnya penggunaan laluan di darat apatah lagi menggunakan laluan di udara yang sememangnya belum wujud pada ketika itu. Di sini, dapat kita lihat bertapa pentingnya laut kepada masyarakat di Nusantara pada ketika itu kerana dengan adanya laut membolehkan mereka berhubung dengan masyarakat luar hanya dengan keluar belayar di laut membolehkan mereka untuk sampai di tempat lain.

3.5

Perkahwinan.

Selain itu, peranan laut yang tidak terhad sebagai penyatu dan juga sebagai pembina peradaban Nusantara malah ia juga penting dalam aspek perkahwinan. Dalam konteks ini, dapat kita lihat bagaimana peranan laut dalam aspek perkahwinan itu adalah apabila seseorang raja atau anak raja itu berkahwin dengan raja atau anak raja dari kerajaan lain.25 Apa yang diutarakan disini adalah hubungan sesebuah kerajaan itu walaupun ia dipisahkan dengan laut namun ia sebenarnya mempunyai suatu hubungan yang erat dan salah satu aspek yang mengeratkan hubungan tersebut adalah melalui perkahwinan dalam kalangan raja dan kerabat diraja. Keadaan ini sering berlaku dalam kalangan kerajaan-kerajaan awal di Nusantara. Raja sesebuah kerajaan sering mengahwinkan anak-anak mereka dengan raja atau anak raja dari kerajaan yang lain dan ia bukan sahaja mengeratkan lagu hubungan sesebuah kerajaan itu malah ia sekaligus meluaskan lagi tanah jajahan sesebuah kerajaan itu. Hal ini kerana sebaik sahaja perkahwinan
25

Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Selangor: Utusan Publications & Distributors, 2008, hlm. 182.

13

itu berlaku secara automatik rakyat dan juga negeri itu akan menjadi naungan sesebuah kerajaan tersebut.contohnya, sultan Mansur Syah yang berkahwin dengan puteri Raja Majapahit iaitu Puteri Radin Galuh Cendera Kirana.26

Selain daripada perkahwinan dalam kalangan raja dan kerabat diraja, perkahwinan campur dalam kalangan rakyat juga memainkan peranan dalam pembina peradaban Nusantara. Perkahwinan campur sering berlaku dalam masyarakat maritim kerana masyarakat inilah yang banyak berkomunikasi dan berhubung dengan masyarakat luar. Tidak hairanlah mengapa berlaku banyak perkahwinan campur dalam kalangan masyarakat Nusantara. Para pedagang yang datang berdagang biasanya akan berkahwin dengan masyarakat tempatan dan sekaligus mewujudkan kelompok masyarakat yang baru. sebagai contohnya, pedagang India Muslim yang datang berdagang ke Nusantara terutamanya semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Mereka akan datang berdagang dan ada segelintir daripada mereka yang berkahwin dengan wanita tempatan. Begitu juga dengan pedagang Arab yang datang berdagang dan berkahwin dengan masyarakat tempatan. Hal ini menyebabkan mereka untuk terus menetap di kawasan tersebut. Keadaan ini bukan sahaja mewujudkan hubungan kekeluargaan dalam kalangan mereka malah dengan keluarga di tempat asal.

3.6

Pusat penyebaran dan perkembangan bahasa

Selain daripada itu, peranan laut tidak terhad kepada aspek-aspek yang telah dinayatakan diatas, peranan laut sebagai pembina peradaban Nusantara juga dapat kita lihat dalam aspek penggunaan bahasa yang mana telah menjadikan Nusantara sebagai pusat penyebaran dan perkembangn bahasa. Pada ketika itu, kebanyakaan kawasan di Nusantara khususnya menggunakan satu bahasa sebagai
26

Cheah Boon Kheng, terjemahan Abdul Rahman Haji Ismail, Sejarah Melayu, Selangor : The Malayisan Branch Of Royal Asiatic Society, 2009, hlm. 155.

14

bahasa perantaraan untuk memudahkan mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Hal ini dapat kita lihat apabila bahasa melayu pada ketika itu telah dijadikan sebagai bahasa lingua franca.27 Hal ini dapat dilihat semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Pada ketika itu, pelabuhan Melaka telah muncul sebagai salah satu pelabuhan penting bagi pedagang Cina dan India serta Arab yang datang berdagang yang melalui laluan sutera. Mereka bukan sahaja fasih dalam bahasa melayu malah mereka telah mejadikan bahasa melayu sebagai bahasa perantaraan untuk memudahkan mereka berkomunikasi dengan para penduduk dan antara sesama mereka.28 Keadaan ini telah menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa utama mereka dan seterusnya menjadikan kawasan Nusantara sebagai pusat penyebaran bahasa melayu pada ketika itu yang mana seterusnya membawa kepada perkembangan dalam penggunaan bahasa melayu itu sendiri.

Selain daripada itu, terdapat juga penggunaan bahasa lain selain daripada bahasa melayu yang menjadi bahasa utama untuk berkomunikasi iaitu bahasa ibunda yang di pertuturan oleh golongan orang asing yang datang ke kawasan Nusantara. Hal dilihat dalam zaman kesultanan Melayu Melaka apabila Tom Pires menyatakan bahawa lebih kurang 42 bahasa telah dipertuturkan di Pelabuhan Melaka.29 Hal ini memperlihatkan kepelbagaian bahasa yang digunakan dalam melayan dan memudahkan urusan seharian mereka. Keadaan ini membuktikan bahawa kawasan Nusantara telah mnjadi pusat perkembangan bahasa pada masa tersebut.

27

Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Kesultanan Melayu Melaka : Pentadbiran Kuno atau Moden, Melaka : Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia ( IKSEP ), 1997. hlm. 18. Ibid. Ibid, hlm. 19.

28

29

15

4.0

Analisis

Secara tradisi, masyarakat bahari mengunakan laut sebagaian daripada kehidupan mereka. Masyarakat dahulu atau nenek moyang dikatakan adalah berketurunan pelaut berdasarkan sejarah mengikut peredaran zaman.30 Misalnya, pada zaman pra-sejarah, masyarakat Nusantara adalah berasal daripada hasil penghijrahan dari satu kawasan ke kawasan lain untuk kelangsungan hidup dan mengadaptasi persekitaran. penghijrahan atau pergerakan masyarakat terdahulu hasil daripada kemahiran membuat perahu dalam merentasi lautan yang memisahkan benua di muka bumi. Kedudukan muka bumi yang berpulau yang dipisahkan oleh laut, namun laut juga dijadikan penghubung dalam perbezaan ini. Laut juga menjadi medium yang sememangnya merupakan aspek utama yang telah membentuk peradaban di Nusantara. Peradaban yang berteraskan kepada dunia maritim ini pada hakikatnya menjadi pemangkin kepada kehidupan masyarakat di Nusantara. Jelas, laut mempunyai fungsi yang sangat luas dalam membina peradaban dan kesejahteraan sejagat.

Aspek yang paling dominan dalam pembina dan penatu kepada peradaban di Nusantara ialah perdagangan. Hal ini telah didukung oleh Sarjana Bara seperti Kenneth R. Hall (1985) dalam karyanya yang berjudul Maritime Trade and State

Development in Early Southeast Asia dimana pertalian diantara perdagangan laut


dalam pembentukan kerajaan-kerajaan awal.31 Hubungan serantau melalui perdagangan dari negeri-negeri lain terjalin melalui peranan laut yang cukup memberi sumbangan besar dalam kemajuan masyarakat di Nusantara. Walaupun wujudnya pendapat luat dilihat pemisah kepada peradaban, kenyataan daripada A. B. Lapian yang menganggap laut sebagai penyatu diantara hubungan masyarakat

30 31

Djoko Pramono, Budaya Bahari, Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama, 2005: hlm. 133. Ismail Ali. 2013. Menghidupkan Semula Semangat Nusantara Melalui Pengajian Sejarah Maritim di Alam Melayu dalam SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, 1(2) September 2013. Ms. 193-212

16

pada era sebelum kedatangan kolonial semamangnya jelas melalui bukti-bukti arkeologi dan peninggalan budaya maritim yang masih wujud sehingga kini.

5.0

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, penelitian dan pengkajian maritim telah berkembang sejak dahulu lagi. Sepertimana yang telah dijelaskan sebelum ini, sejarah telah membuktikan bahawa laut di kepulauan Nusantara atau Alam Melayu telah memainkan peranan yang cukup penting dalam pembinaan peradaban. Ini telah dibuktikan melalui kemunculan kerajaan awal seperti Kerajaan Srivijaya, Majapahit, Kesultanan Melyau Melaka dan Kerajaan Kesultanan Sulu terbina melalui fungsi laut itu sendiri yang menjadikan hubungan diantara masyarakat di Nusantara begitu bebas sehingga kebudayaan dapat diamalkan dimana-mana tempat. Namun begitu, setelah kedatangan kuasa kolonial dari barat, peranan laut yang menjadi penyatu dan pembina kemajuaan masyarakat Nusantara telah pudar kerana telah didominasi kuasa penjajah. Ini dilihat, sejarah juga membuktikan bahawa peranan laut turut membawa kepada keruntuhan peradaban di Nusantara apabila dijajah oleh kuasa barat seperti Portugis, British, Belanda, Sepanyol dan Amerika Syarikat. Oleh itu, ilmu dan kebudayaan kelautan wajar di kembalikan keunggulanya pada masa kini sepertimana yang telah dilalui nenek moyang Nusantara menggunakan laut sebagai asas kemajuan masyarakat. Ini bertujuan untuk menhidupkan semua perkongsian warisan sejarah, kebudayaan dan kesenian maritim serta menyedarkan rakyat dirantau ini bahawa laut pada hakikatnya mampu membina peradaban yang tinggi dan menyatukan sesebuah kerajaan.

17

RUJUKAN

A. B. Lapian. 1991. Sejarah Nusantara Sejarah Bahari: Pidato Pengukuhan

Disampaikan Pada Pidato Pengukuhan Guru Besar Fakultas Sastra Universitas Indonesia. Jakarta: Fakultas Universitas Indonesia.

Adrian B. Lapian. 2009. Orang Laut, Bajak Laut, Raja Laut: Sejarah Kawasan Laut

Sulawesi. Jakarta: Komunitas Bambu.

Ahmad Jelani Halimi. 2008. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Selangor: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ahmad Jelani Halimi. 2006. Perdagangan dan Perkapalan Melayu di Selat Melaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Cheah Boon Kheng. 2009. Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society.

Djoko Pramono. 2005. Budaya Bahari. Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama.

Dr. Edward L Poelinggomang. 2012. Sejarah Maritim Dunia. Makassar: Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Universitas Hasanuddin.

Gusti Asnan. 2009. Perdaganagan Maritim Sumatera Pada Awal Abad Ke-16. Padang: Dosen Jurusan Ilmu Sejarah Fakultas Sastera Universitas Andalas.

18

Ismail Ali. 2013. Menghidupkan Semula Semangat Nusantara Melalui Pengajian Sejarah Maritim di Alam Melayu dalam SUSURGALUR: Jurnal Kajian

Sejarah & Pendidikan Sejarah, 1(2) September 2013. Ms.


193-212.

Ismai Hussein et al, 1995. Dunia Melayu dan Dunia Indocina. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pusat Riset Wilayah Laut dan Sumberdaya Non Hayati Badan Riset Kelautan Perikanan (BRKP) Departemen Kelautan dan Perikanan. 2003. Sejarah

Maritim Indonesia: Menelusuri Jiwa Bahari Bangsa Indonesia


dalam Proses Integrasi Bangsa. Indonesia: Departemen Kelautan dan Perikanan.

Robert Dick-Read. 2005. Penjelajah Bahari: Pengaruh Peradaban Nusantara Di

Afrika. Indonesia: Thurlton Publishing.

Tatiana A. Denisova. 2011. Refleksi Historiografi Alam Melayu. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Zainal Abidin bin Abdul Wahid. 1997. Kesultanan Melayu Melaka : Pentadbiran Kuno

atau Moden?. Melaka : Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia


( IKSEP ).

19

You might also like