You are on page 1of 4

6.

0 CARA PENGUMPULAN DATA

Kaedah Kuantitatif

Pengujian ( Ujian Pra dan Ujian Pasca)

Ujian Pra

Ujian Diagnostik (Bahasa Melayu - Bacaan) Rujuk lampiran A

Ujian diagnostik merupakan alat pengukuran yang membolehkan guru Pendidikan Khas mengesan punca dan kawasan terperinci yang dihadapi oleh seseorang murid. Ujian diagnostik dijalankan bertujuan membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitan kesulitan yang dihadapi oleh murid. Berdasarkan ujian diagnostik yang dijalankan saya dapat mengenal pasti masalah membaca perkataan KV+KV yang dihadapi subjek kajian.

Ujian Diagnostik (Bahasa Melayu - Lisan) Rujuk lampiran B

Ujian diagnostik lisan dijalankan bertujuan untuk mengetahui tahap penguasaan kemahiran membaca murid. Ujian lisan juga dapat memberi gambaran yang lebih jelas lagi apabila guru dapat mendengar setiap bacaan yang dibaca oleh murid. Melalui ujian ini segala kesulitan yang dihadapi oleh murid dapat dikenal pasti dengan lebih mendalam lagi. Memudahkan guru untuk mengenal pasti tahap keupayaan kemahiran membaca dalam kalangan murid khas. Berdasarkan

ujian lisan yang telah pengkaji jalankan ke atas subjek kajian, pengkaji dapat memastikan masalah yang dihadapi.

Ujian diagnostik (lisan) dijalankan ke atas subjek kajian untuk mengenal pasti masalah dan memastikan masalah yang telah dikenalpasti benar benar wujud melalui pelaksanaan pemerhatian yang dijalankan sewaktu proses pengajaran dan pembejalaran saya dan guru Bahasa Melayu.

Ujian diagnostik dijalankan ke atas subjek kajian untuk mengenal pasti masalah dan memastikan masalah yang telah dikenalpasti benar benar wujud melalui pelaksanaan pemerhatian yang dijalankan sewaktu proses pengajaran dan pembejalaran oleh pengkaji dan guru Bahasa Melayu.

Ujian Pasca

Pengkaji menggunakan instrumen yang sama seperti instrumen yang terdapat di dalam Ujian Pra yang telah dijalankan pada awal kajian. Pengkaji telah dapat mengumpul hasil data ujian serta dapat mengukur keberkesanan kaedah yang digunakan sewaktu menjalankan kajian ini.

Jadual di atas jelas menunjukkan peningkatan terhadap penguasaan kemahiran membaca perkataan KV + KV subjek kajian. Selain itu, subjek kajian juga kelihatan lebih bersemangat semasa mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksankan oleh pengkaji. Ternyata kaedah permain dart suku kata KV mampu meningkatkan kemahiran asas membaca subjek kajian.

Kaedah Kualitatif

Temubual

Temubual (Tidak berstruktur)

Temubual merupakan kaedah pengutipan data yang melibatkan intetraksi face to face antara penyelidik dengan informan atau orang yang ditemubual yang mana seorang bertanyakan soalan dan seorang lagi akan memberikan jawapan (Therese L. Baker,1999). Temubual ialah kaedah terbaik bagi meneroka (probe) dan mendapatkan maklumat daripada informan secara mendalam. Bagi melaksanakan kajian ini, pengkaji telah menjalankan sesi temubual dengan ibu bapa subjek kajian dan guru-guru Pendidikan Khas yang mengajar kelas Gemilang. Temubual dijalankan bagi mendapatkan maklumat serta mendapatkan pandangan dan pendapat mereka tentang kaedah bermain sambil belajar yang akan pengkaji laksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pemerhatian

Pemerhatian (Tidak Berstruktur)

Pemerhatian tidak berstruktur tidak menghadkan aktiviti aktiviti subjek kajian yang diperhatikan. Cara pengumpulan data ini melibatkan pemerhatian yang tidak dikawal. Pengkaji akan menggunakan cara pengamatan secara teliti terhadap situasi sebenar tanpa menggunakan

sebarang instrument ketepatan atau menyemak ketepatan fenomena yang berlaku. Kelebihan pemerhatian jenis ini memberikan maklumat yang banyak dan secara langsung terhadap fenomena yang diperhatikan.

Oleh itu, pengkaji telah membuat pemerhatian sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru Bahasa Melayu dan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh pengkaji sendiri. Melalui pemerhatian yang dijalankan, pengkaji juga telah mencatatkan beberapa masalah yang berjaya dikenalpasti untuk dijadikan bahan analisis.

Bagi langkah ini, pengkaji telah membuat pemerhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa Melayu. Pengkaji juga mencatatkan masalah yang berjaya dikenalpasti berkaitan tahap penguasaan murid dalam kemahiran asas membaca.

You might also like