You are on page 1of 4

Apakah yang dimaksudkan dengan soalan diagnostic?

Definasi ujian diagnostik :-Adalah satu alat pengukuran yang membolehkan guru pemulihan khas mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terpeinci yang dihadapi oleh seseorang murid. Tujuan ujian diagnostik :1. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh murid. 2. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti punca kegagalan muriduntuk menguasai sesuatu kemahiran. 3. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentumengikutkebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid. 4. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru merancang satu program pengajaran yangkhusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik. 5. Ujian diagnostik bertujuan membolehkan guru merancang dan membina program dan bahan bantu mengejar yang bersesuaian mengikut tahap murid

Contoh di bawah menunjukkan hasil kerja seorang pelajar menyelesaikan soalan Matematik. Ali mempunyai 6.35 m tali. Dia memerlukan 3m lagi untuk mengikat barangannya. Berapakah panjang tali yang Ali perlukan? Ali menulis persamaan seperti berikut: 6.35 + 3 = Ali menyelesaikan seperti berikut: 6.35 + 3 6.38 Sebagai guru Matematik yang akan menilai kemahiran pelajar, berikan justifikasi kelemahan Ali berdasarkan Prosedur Analisis Kesilapan Newman

Kelemahan Ali berdasarkan Prosedur Analisis Kesilapan Newman. Secara hierakinya, Ali telah melepasi tahap 1 iaitu bacaan. Ali mampu membaca dengan baik. Pada tahap yang ke 2, Ali juga mampu memahami kehendak soalan berdasarkan maklumat-maklumat yang diperolehi dari bacaannya tadi. Seterusnya pada peringkat berikutnya, Ali Berjaya mentransformasikan ayat bahasa dari soalan tersebut kepada ayat Matematik iaitu dapat mengenalpasti operasi yang sepatutnya diambil untuk menjawab soalan tersebut. Masalah timbul apabila Ali melakukan kemahiran proses dimana dia tidak melakukan algoritma yang betul dalam menyelesaikan masalah tersebut. Ali telah melakukan kesalahan dengan tidak meletakkan angka 3 pada nilai rumah angka yang betul. Dia juga tidak tahu tentang nilai titik perpuluhan. Oleh itu jawapan yang Ali berikan adalah salah. Kesilapan ini berada pada peringkat kemahiran proses, dimana sebagai guru Matematik saya akan merancang satu program untuk membetulkan kelemahan Ali iaitu meletakkan nilai rumah yang betul dan kedudukan titik tempat perpuluhan. Penekanan terhadap angka 3 adalah sama dengan 3.00

2.

a. Jelaskan langkah-langkah penting dalam pengujian diagnostik. b. 30% daripada jumlah pelajar sebuah kelas merupakan ahli pandu puteri. Jika 28 orang kelas itu bukan ahli pandu puteri, berapakah jumlah murid dalam kelas itu. Jawapan: 30% x 28 = 840 Sebagai guru, kenal pasti salah tanggapan yang dihadapi oleh pelajar tersebut. Cadangkan bagaimana anda membantu pelajar mengatasi mengikut prosedur Analisis Kesilapan Newman.

Di sini pelajar ini telah tersalah anggap bahawa 30% adalah sama sahaja nilainya dengan angka 30. Mungkin dia tidak memahami konsep 30% sebenarnya ialah 30/100 atau 0.3. Berdasarkan Analisis Kesilapan Newman, pelajar ini perlu dibetulkan salah tanggapan tentang topik peratus. Ada banyak BBM untuk membantu pemahaman pelajar ini, antaranya penggunaan carta 100.

1. Bincangkan masalah pembelajaran diskalkulia dan disleksia. Rancangkan aktiviti-aktiviti PdP yang sesuai untuk membantu murid tersebut. Bincangkan BBM yang anda gunakan. Berikan rasional kepada pemilihan BBM tersebut.

2. Bincangkan dua aktiviti pengayaan untuk tajuk Bentuk 2-D 3. Bandingkan jurnal dan artikel. 4. Bincangkan kelebihan dan kelemahan penggunaan buku teks dalam bilik darjah. Bagaimana anda mengatasi masalah ini. Item 3 4 A 0 14* B 4 8 C 26* 5 D 0 3

Bincangkan tentang Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi dan pengganggu untuk item 3 dan 4.

You might also like