You are on page 1of 8

PLOT

BINAAN PLOT PERMULAAN Di tepi sungai kecil, pada waktu petang, Bujei menampar-nampar agas yang hinggap di muka dan hidungnya. Kadang-kadang Bujei berada di tebing sungai untuk memancing dan memanggang ikan yang diperolehnya. Biasanya di tebing sungai itulah menjadi tempat istirahatnya, berbaring lalu terlena. Penduduk kampung melihat Bujei sebagai seorang pemuda abnormal yang tidak berakal, bodoh, dungu dan dia sendiri merasakan dirinya begitu. Dia ingin menjadi apa-apa yang orang lain ingin dia jadi. Namun, Bujei masih mempunyai benih-benih kemanusiaan. Kadang kala dia merasakan dirinya tidak seperti yang diperkatakan oleh orang kampung. Dia masih insan biasa yang mempunyai akal dan fikiran. Bapanya seorang tentera. Dia begitu bangga dengan tugas bapanya dan dia sendiri bercita-cita untuk mengikut jejak bapanya. Tragedi pertama yang menimpa dirinya ialah apabila bapanya meninggal dunia dalam suatu kemalangan jalan raya. Jiwa Bujei kacau. Bujei dan ibunya pulang ke kampung.

Bujei tidak gembira seperti sediakala, tetapi dia mendapat didikan dan kasih sayang ibunya serta kemesraan yang diberi oleh neneknya mampu membuatkan dia kembali segar dan bersemangat. Di sekolah, dia kembali membuktikan dirinya sebagai murid yang cemerlang. Fatimah berkahwin dengan Harun. Keluarganya kesal kerana Fatimah memilih Harun sebagai pengganti suaminya. Lama kelamaan, Fatimah sedar akan kesilapannya. Baru sahaja beberapa bulan berkahwin, Harun memujuk Fatimah memberikan RM15 ribu untuk membeli kereta walhal duit itu dihajatkan untuknya menunaikan haji dan menampung pelajaran Bujei. Fatimah terpengaruh dengan sikap baik dan tanggungjawab Harun sehinggakan bisik-bisik yang didengari daripada orang kampung langsung tidak mempengaruhi dirinya. Belum sampai setahun usia perkahwinannya, sikap buruk Harun terdedah. Harun mengingkari janjinya untuk memberikan kasih sayang kepada Bujei, malah dia menunjukkan kebencian kepadanya. Harun terus mengikis harta Fatimah. Harun telah memaksa Fatimah menyerahkan wang dan barang kemas yang ada. Fatimah diterajang sehingga pengsan kerana enggan memberinya kepada Harun. Bujei marah lalu menerkam Harun. Harun melibas Bujei. Harun menyepak lampu pelita tanah menyebabkan rumah mereka terbakar. Lamunan Bujei tersentak apabila

terdengar bunyi motosikal, lalu dia teruj ke dalam sungai dan membenamkan dirinya. PERKEMBANGAN Bujei menetap di rumah neneknya. Rumah itu kurang sempurna, namun Bujei menjaganya dengan baik. Dia menyusun peralatan di dalam rumah itu dengan kemas. Bujei pulang ke rumah arwah neneknya setelah hari gelap. Dia menyalakan pelita minyak tanah. Selepas itu dia makan pisang sambil menonton televisyen yang tidak kelihatan apa-apa gambar dan tertawa, bersorak gembira, bertepuk tangan. Menjelang waktu subuh, dia bangun mandi dan bersiap. Dia terus ke simpang jalan dengan harapan ada orang yang akan mengupahnya di kebun getah. Bujei tertidur. Dia dikejutkan oleh Kasim dan Husin yang dalam perjalanan ke sekolah. Bujei membawa beg mereka dengan upah sedikit makanan dan minuman. Selepas itu dia ke kedai Pak Sulong dengan harapan ada orang yang akan mempelawanya bersarapan. Dia hampa dan tertidur di kaki lima kedai. Adila berasa kasihan terhadap Bujei. Dia menyiasat latar belakang Bujei melalui Sameah. Dia berpendapat bahawa Bujei perlu diberikan perhatian yang sewajarnya agar dapat pulih dan hidup seperti manusia normal.

Pada awal pagi, Alias mengarahkan Bujei membasuh motornya. Opah Arah, nenek kepada Alias muncul sehingga mengejutkan Hafiz. Perangai Opah Arah tidak ubah seperti Alias, iaitu amat tidak bertimbang rasa terhadap Bujei. Adila menceritakan kisah hidupnya yang dirahsiakan sebelum ini. Sebelum dia meninggalkan tanah air untuk melanjutkan pelajarannya di England, dia mengenali Faizal yang berada di tahun akhir pengajiannya. Mereka berjanji dan bersumpah setia. Apabila pulang ke Malaysia, Adila diberitahu bahawa Faizal sudahpun mendirikan rumah tangga. Faizal datang memujuk Adila tetapi Adila menolak dengan tegas. Harun ingin menyogok Sidang Saman agar membantunya mendapatkan semula haknya yang ingin dituntut daripada bekas isterinya, Fatimah. Sidang Saman menyedari Harun akan melakukan perkara yang salah. Harun meminta tandatangan Sidang Saman agar dia berkuasa ke atas tanah sawah dan tapak rumah yang telah dijualnya itu. Adila meminta Bujei datang ke rumah Sidang Saman. Dengan perasaan malu, Bujei bertemu dengan Adila. Mereka berkenalan. Adila menjelaskan tujuannya ingin berbual dengan Bujei. Adila melayan Bujei dengan baik, tidak seperti orang kampung yang lain.

Adila mempercayai fitnah yang ditabur oleh Alias terhadap Bujei. Katanya, Bujei menghidap penyakit kulit dan maniac. Faizal datang untuk berbincang dengannya tentang masa depan mereka. Adila tidak melayan permintaan Faizal dan Faizal pulang dengan hampa. Bujei sedar daripada pengsan apabila hari sudah malam. Dia pulang dan tidur dalam kesakitan. Keesokan harinya, sakitnya berlarutan dan dia demam. Bujei tidak dapat bangun hingga ke malam. Samsul menanyakan sebab Bujei tidak menjawab panggilannya. Bujei memberitahu bahawa dia sakit.

PERUMITAN / KONFLIK Konflik di antara Bujei dan Alias. Konflik dalaman Bujei. Walaupun dia tertarik dan ada hati kepada Adila, tetapi dia sedar akan keadaan dirinya. Dalam pada masa yang sama, dia amat berharap agar dapat bersama Adila suatu hari nanti. Dia juga berasa kecewa setelah mendapat tahu Alias menghantar rombongan merisik dan akan meminang Adila. Konflik di antara Bujei dan bapa tirinya, Harun. Kebaikan dan manis muka Harun yang ditunjukkan buat Bujei sudah tentunya mempunyai sebab. Bujei meletakkan ibu jari pada pad dakwat hitam dan mengenakan kesan jarinya pada tempat yang diminta Harun dengan kuat sehingga menampakkan tumpahan dakwat yang tidak memberikan apa-apa makna. Harun berang dan menerajang Bujei sehingga dia pengsan. Dua hari lepas, Alias datang menemui Bujei. Menurutnya lagi, Adila tidak akan pulang ke kampung itu lagi kerana penyakitnya semakin teruk. Alias meminta Bujei agar tidak mempercayai kata-kata Samsul. Hafiz semakin gelisah dan dia percaya akan fitnah Alias.

KLIMAKS Alias datang ke rumah Bujei untuk membulinya. Bujei melawan menyebabkan Alias marah lalu menghempaskan radio kesayangan Bujei ke lantai. Sejurus selepas itu, Bujei sangat marah lalu menumbuk dan menyerang Alias dengan parang serta meminta ganti rugi. Sidang Saman pada mulanya terpengaruh dengan kata-kata nista Alias memarahi Bujei. Setelah mengetahui perkara yang sebenar, barulah Sidang Saman berpihak kepada Bujei dan meminta Alias membayar ganti rugi sebanyak RM80 kepada Bujei. Opah Arah datang memaki hamun Bujei dan Sidang Saman yang menyebelahinya, Alias berada di belakang neneknya. Opah Arah ingin menerkam Bujei tetapi berjaya dihalang oleh Sidang Saman. Alias menyerahkan duit baki RM30. Alias sempat menyepak Bujei ketika Bujei mengutip wang tersebut di tanah. Bujei menerkam ke arah Alias yang sedang menghidupkan enjin motosikal. Alias terjatuh lalu motosikalnya menghempapnya. Opah Aras terus memaki Bujei.

PELERAIAN Bujei sudah berubah. Alias tidak berani membulinya lagi. Alias datang dan bercakap dengan Bujei dengan baik walaupun sebenarnya dia mempunyai agenda yang jahat. Manakala, perasaan sangsi Bujei terhadap Adila yang disangkakan berpenyakit semakin terhapus. Hubungan Adila dan Bujei kembali rapat. Alias pula telah menggunakan ilmu pengasih untuk mendapatkan Adila, namun ilmu itu memakan dirinya menyebabkan dia menjadi tidak siuman.Akhirnya Adila menyatakan hasratnya kepada Mak Lamah dan Sidang Saman bahawa dia ingin menjadikan Bujei sebagai suaminya. Adila mengharapkan supaya Bujei belajar agama melalui Sidang Saman. Adila akan pulang ke Kuala Lumpur esoknya dengan menaiki bas. Bujei sebak melihat pemuda yang berada di luar pagar itu. Terbayang akan dirinya jika sedemikian rupa. Adila mengharapkan agar Bujei sudi menghantarnya ke pekan esok hari.

You might also like