You are on page 1of 251

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

PROSIDING
Seminar Isi-isu Kontemporari Zakat di Malaysia
TARIKH : 25 -27 November 2012/ 11 13 Muharram 1434H ANJURAN: Pusat Islam, Universiti Utara Malaysia TEMPAT : My Hotel, Bandar Kuah, Langkawi.

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

2012 Pusat Islam UUM


Hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan semula, ataupun dipindahkan dengan sebarang bentuk ayat dengan sebarang cara, baik dengan elektronik, mekanik, penggambaran semula, perakaman dan sebagainya tanpa mendapatkan izin daripada Pusat Islam, Universiti Utara Malaysia. Penyunting : Madihah binti Mohamed Ibrahim Syahril Fazli bin Mat Hussain Rasyidah binti Abdullah Penerbit : Unit Penerbitan, Penyelidikan dan Perundangan Pusat Islam Universiti Utara Malaysia 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman Dicetak di Malaysia oleh : Percetakan MOFAD 18, Taman Suria 2 06000 Jitra, Kedah Darul Aman. e-mel : p_mofad@yahoo.com

ii

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Ahli Jawatankuasa Seminar Isi-isu Kontemporari Zakat di Malaysia


Pengerusi: Prof. Madya Dr. Ismail bin Ishak Pengarah, Pusat Islam UUM Setiausaha: Siti Khairiah binti Parlan Kewangan: Azian binti Ismail

Pengaturcaraan Dan Prosiding: Madihah binti Mohamed Ibrahim Syahril Fazli bin Mat Hussain Rasyidah binti Abdullah Majlis Perasmian Penutup: Mohd. Yusnaidi bin Md. Sabri Ahmad Zabadi bin Mokhtar Pengacara: Mohd. Zubir bin Mat Yusop Sahabat Masjid Imam As-Shafie Penyertaan : Dakina binti Zakaria Siti Khodijah binti Mohammad Saiful Bahari Cenderamata: Nor Quraishah binti Osman Siti Fatimah binti Hamid

Sesi Pembentangan Kertas kerja: Mokhtar bin Ayob Siti Naterah binti Saidin Nur Sulaiha binti Othman Sahabat Masjid Sultan Badlishah Pengiring Dan Kebajikan Penceramah: Shahidan bin Sharkhan Marecan Mohd Azhar bin Ahmad Jurufoto: Abdul Razak bin Abdullah Mohd. Safarizwan bin Majid Pencatat: Aus Korni bin Yahaya Shazarul Nadiah binti Samsudin Sahabat Masjid Imam As-Shafie

iii

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. At-Taubah, 71 Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. At-Taubah, 103 Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan kepada mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. Al-Hajj, 40-41 Sabda Rasulullah s.a.w Bentengkanlah harta kamu dengan zakat dan ubatilah penyakit kamu dengan sedekah. (Riwayat Tabrani) Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Islam dibina di atas lima perkara, iaitu menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan sesungguhnya nabi Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, mengerjakan Haji di Baitullah bagi orang yang berkemampuan dan berpuasa pada bulan Ramadan. (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

iv

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Objektif Mengenal pasti isu-isu kontemporari zakat, permasalahan dan penambahbaikan pengurusan zakat di Malaysia serta menyedia ruang percambahan minda di kalangan tokoh ilmuan dan cendikiawan tentang pengurusan zakat di Malaysia.

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

ISI KANDUNGAN
BIL KERTAS KERJA PENGAGIHAN ZAKAT KEPADA GOLONGAN BERDASARKAN IJTIHAD UMAR AL-KHATTAB MOHD. NIZHO ABDUL RAHMAN DR. MOHD SHUKRI HANAPI MUALAF: ANALISIS MUKA SURAT

1.

1 17

2.

AMALAN KAEDAH TAKSIRAN ZAKAT PERTANIAN DI MALAYSIA DR. ASMAK AB RAHMAN PROF. DR. PAZIM @ FADZIM OTHMAN PROF MADYA DR. SITI MASHITOH MAHAMOOD DR. AZIZI CHE SEMAN NOR AINI ALI NORZURAIDA HASAN PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS) DAN HUBUNGANNYA DENGAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ONLINE KHADIJAH BINTI MUDA DR.MOHD.DAUD BIN AWANG DR.HUSNIYAH ABDUL RAHIM @ ABDUL WAHAB DAYANG SHOBIHAH ABANG ABAI ZAKAT DAN BAITULMAL: ISU DAN CABARAN MOHD FARIHAL OSMAN PROF. DR. MAHAMAD TAYIB PROF DR. NOR HAYATI AHMAD DR. MAHYUDDIN ABU BAKAR PELAKSANAAN AGIHAN ZAKAT TABUNG BAITULMAL SARAWAK (TBS) TERHADAP KUALITI HIDUP GOLONGAN MUALAF KUCHING, SARAWAK. DAYANG SHOBIHAH BT ABANG ABAI DR. MOHD DAUD BIN AWANG DR. HUSNIYAH BT ABDUL RAHIM KHADIJAH BT MUDA KETELUSAN DI DALAM TADBIR URUS INSTITUSI ZAKAT MD HAIRI MD HUSSAIN PROF. DR. KAMIL MD. IDRIS DR. RAM AL JAFFRI SAAD KESEDARAN MENUNAIKAN ZAKAT PENDAPATAN DI KALANGAN WARGA KERJA UNIVERSITI TENAGA NASIONAL NURULBAHIAH BINTI AWANG SHAMSUL BADLI MOHD YUSOF ADNAN BIN YUSOFF

18 - 33

3.

34 - 57

4.

58 - 68

5.

69 - 79

6.

80 - 93

7.

94 - 106

vi

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

8.

MEKANISME AGIHAN ZAKAT TABUNG BAITULMAL SARAWAK TERHADAP ASNAF FAKIR DAN MISKIN: SATU TINJAUAN MOHD SYAHIRAN ABDUL LATIF PROF. MADYA DR SUWAID TAPAH PROF. MADYA DR HASSAN BAHROM DR ABDUL RAZAK ABDUL KADIR PEMBENTUKAN DANA ZAKAT, WAKAF DAN INFAK SEBAGAI SUMBER MODAL BAGI KEPERLUAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA; SUATU MODEL IKUTAN MOHD ALI MUHAMAD DON RAFIUDDIN MOHD YUSOF GAYA KEPIMPINAN PENGURUSAN INSTITUSI ZAKAT DAN PERUNTUKAN AGIHAN ZAKAT ARYATI JULIANA SULAIMAN PROF. DR. KAMIL MD IDRIS TRANFORMASI ZAKAT PERHIASAN EMAS DI MALAYSIA: SATU KEPERLUAN? SYED MOHD AZMI BIN SYED AB. RAHMAN AHMAD TIRMIZI BIN TAHA ZAHARAH SALWATI BINTI BABA PERAKAUNAN ZAKAT SAHAM: SATU SOROTAN ZAHRI HAMAT WAN ANISAH ENDUT DEVELOPMENT OF ZAKAT INSTITUTION IN MALAYSIA: ISSUES AND CHALLENGES ZAIRY BIN ZAINOL NORAZLINA ABD. WAHAB PENENTUAN ZAKAT PERNIAGAAN: SATU ANALISA PERBANDINGAN DI KALANGAN NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA PROF. MADYA DR. CHEK DERASHID HASLIZA SHAFIIE TRANSFORMASI PENGURUSAN PEMBANGUNAN AMIL ZAKAT DI MALAYSIA DR. AZMAN AB RAHMAN PENGAGIHAN ZAKAT KEPADA FAKIR MISKIN: SATU PERBINCANGAN? MOHD NIZHO BIN ABDUL RAHMAN DR MOHD SOBHI BIN ISHAK DR MUHAMMAD BIN AHMAD MUHAMMAD KHADAFI BIN HAJI ROFIE

107 - 117

9.

118 - 132

10.

133 - 142

11.

143 - 152

12.

153 - 162

13.

163 - 180

14.

181 - 191

15. 16.

192 199 200 - 216

vii

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

17.

PENGETAHUAN PERANCANGAN KEWANGAN ISLAM DAN PERANCANGAN ZAKAT PENJAWAT AWAM MOHD. AMIM B OTHMAN HUSNIYAH ABDUL RAHIM ZURONI MD JUSOH

217 - 233

18.

PENGAGIHAN ZAKAT USAHA PRODUKTIF : SUATU ANALISIS TERHADAP PROGRAM DANA BERGULIR BADAN AMIL ZAKAT KOTA MAKASSAR SYARIFA RAEHANA PROF MADYA ISMAIL B ISHAK

234 - 250

viii

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

PENGAGIHAN ZAKAT KEPADA GOLONGAN MUALAF: ANALISIS BERDASARKAN IJTIHAD UMAR AL-KHATTAB Mohd. Nizho Abdul Rahman Universiti Utara Malaysia Dr. Mohd Shukri Hanapi Universiti Sains Malaysia

ABSTRAK Kertas kerja ini bertujuan meneliti dan menganalisis ijtihad Umar al-Khattab r.a tentang pengagihan zakat untuk golongan mualaf. Pada masa pemerintahan Umar al-Khattab r.a, beliau telah menilai kembali status mualaf yang selama ini diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Natijahnya beliau telah menggugurkan bahagian zakat untuk golongan mualaf, sedangkan mereka merupakan salah satu daripada asnaf zakat yang lapan. Persoalannya, kenapakah Umar al-Khattab r.a bertindak sedemikian? Adakah tindakan ini dikira terkeluar daripada ketetapan al-Quran dan hadis? Kertas kerja ini akan cuba menjawab semua persoalan ini dengan menganalisis tiga perkara utama. Pertama, meneliti maksud mualaf dalam al-Quran serta tafsiran dan klasifikasinya; kedua, menganalisis ijtihad Umar al-Khattab r.a tentang pengagihan zakat kepada golongan mualaf; dan ketiga, menilai keselarian antara ijtihad Umar al-Khattab r.a. dengan al-Quran, hadis dan maqasid al-syariah. Ketiga-tiga perkara ini dibuat dengan memfokuskan perbincangan kepada ijtihad Umar al-Khattab r.a. Ia ditinjau berdasarkan penulisan-penulisan yang sedia ada, khususnya yang ada hubung kait dengan ijtihad Umar al-Khattab r.a. Kemudian ijtihad tersebut dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Akhirnya kertas kerja ini merumuskan bahawa ijtihad Umar al-Khattab r.a adalah mengikut kesesuaian zaman dan bersesuaian dengan fitrah insaniah manusia ciptaan Allah SWT. Ia juga sama sekali tidak terkeluar daripada panduan al-Quran, hadis dan maqasid alsyariah. Kata kunci: zakat, mualaf, ijtihad, Umar al-Khattab r.a.

Pendahuluan Khalifah Umar al-Khattab r.a mewarisi pemerintahan negara yang aman dan kuat daripada Abu Bakar al-Siddiq r.a. Oleh itu, beliau mempunyai ruang yang lebih banyak untuk menyusun atur dan membuat pembaharuan terhadap sistem pentadbiran negara . (Talib Samat, 2004:175). Bukan sekadar itu, bahkan situasi ini juga telah membolehkan Umar al-Khattab r.a menerokai
1

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

inovasi zakat. Antaranya ialah berijtihad memansuhkan peruntukan zakat untuk golongan mualaf (Hailani Muji Tahir, 1986:27-28; Muhammad Rawwas Qalahji, 1999:678). Sebenarnya ijtihad Umar al-Khattab r.a ini berbeza dengan amalan yang dipraktikkan oleh Rasulullah s.a.w sebelum ini. Baginda s.a.w telah menggunakan bahagian zakat untuk diberikan kepada tokoh-tokoh tertentu yang bukan Islam demi mendapatkan sokongan mereka terhadap Islam. Ia terbukti berkesan kerana ramai yang memeluk Islam, misalnya Suhayl bin Amr, Aqra bin Habis dan Muawiyah bin Abi Sufyan (al-Syawkaniy, 1996:480; Mohd Said Ishak, 2000:6061; Bitaji, 2002:151). Bukan setakat itu, malah Rasulullah s.a.w juga telah memberikan dana zakat kepada orang-orang Islam, seperti al-Zabarqan bin Badr dan Adiy bin Hatim (al-Zuhailiy, 1989:872). Apabila Umar al-Khattab r.a dilantik menjadi khalifah menggantikan Abu Bakar al-Siddiq r.a, maka hal ini berubah. Orang-orang yang selama ini mendapat bahagian zakat atas asnaf mualaf ini telah digugurkan bahagian zakat ke atas mereka (Mohd Said Ishak, 2000:60; Bitaji, 2002:151). Berhubung perkara ini, timbul dua persoalan utama. Pertama, kenapakah Umar alKhattab r.a bertindak sedemikian? Sedangkan golongan mualaf ini merupakan salah satu daripada lapan golongan yang berhak menerima zakat. Ia juga merupakan salah satu syariat (peraturan hukum) yang masih berjalan sehingga sekarang. Mengikut pendapat jumhur (majoriti) ulama fiqh, ia tidak dinasakhkan (tidak dihapuskan) (al-Zuhailiy, 1989:872; 1991:270-271). Hal ini menyebabkan golongan mualaf yang kaya raya juga tidak dihalang daripada menerima harta zakat (Abdul Malik Rahman, 2003:35). Kedua, adakah tindakan ini dikira bertentangan dengan aspek tasawur Islam, yakni terkeluar daripada panduan al-Quran, hadis dan maqasid al-syariah? Untuk menjawab kedua-dua persoalan ini, perbincangan dalam kertas kerja ini akan memfokuskan kepada aspek ijtihad Umar al-Khattab r.a tentang pengguguran agihan dana zakat ke atas golongan mualaf. Hal ini dibuat dengan menganalisis kandungan beberapa dokumen yang membincangkan tentang perkara ini. Secara keseluruhannya, perbincangan dalam kertas kerja ini terbahagi kepada empat bahagian utama. Bahagian pertama membincangkan tentang istilah mualaf dalam al-Quran serta tafsiran dan klasifikasinya. Bahagian kedua pula menyentuh tentang ijtihad beliau tentang pengguguran bahagian zakat untuk para mualaf. Bahagian ketiga memuatkan analisis ijtihad tersebut dari
2

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

perspektif tasawur Islam, yakni al-Quran, hadis dan maqasid al-syariah. Ia memberi tumpuan kepada hujah-hujah kenapa Umar al-Khattab r.a bertindak sedemikian. Akhir sekali merupakan bahagian penutup dan rumusan daripada keseluruhan perbincangan dalam kertas kerja ini.

Mualaf Dalam Al-Quran Mualaf dalam al-Quran disebut dengan ungkapan al-muallafah qulubuhum. Ia disebut sekali sahaja, iaitu selepas asnaf al-amilin (amil-amil) dalam ayat 60 daripada Surah al-Tawbah. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat asnaf (al-Zuhailiy, 1991:258) atau agihan zakat (Mujaini Tarimin, et. al., 2010:374). Allah SWT berfirman: Maksudnya: Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin dan amil-amil yang mengurusnya dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang dan untuk dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Surah al-Tawbah, 9:60)

Tafsiran Ungkapan Al-Muallafah Qulubuhum Sebelum dibincangkan secara terperinci tentang latar belakang kenapa Umar al-Khattab r.a menggugurkan bahagian zakat ke atas golongan mualaf, akan dibincangkan tafsiran almuallafah qulubuhum terlebih dahulu. Terdapat beberapa penulis yang membincangkan tentang tafsiran al-muallafah qulubuhum ini. Antaranya ialah seperti T.M Hasbi Ash Shiddieqy (1976), al-Qaradawiy (1981), Sabiq (1983), al-Zuhailiy (1989) dan Pusat Zakat Selangor (PZS) (2004). Menurut al-Qaradawiy (1981:584) dan T.M Hasbi Ash Shiddieqy (1976:119), al-muallafah qulubuhum itu bermaksud orang-orang yang diusahakan supaya hati mereka menjadi lembut, tertarik serta semakin kukuh dalam keislaman disebabkan kelemahan keimanan mereka; atau untuk menolak bencana yang mungkin mereka lakukan terhadap umat Islam; atau dengan harapan mereka akan mempertahankan dan melindungi umat Islam daripada segala gangguan musuh.

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Hampir sama dengan tafsiran al-Qaradawiy (1981) dan T.M Hasbi Ash Shiddieqy (1976) ialah tafsiran yang dikemukakan oleh Sabiq (1983:328). Menurut beliau, golongan al-muallafah qulubuhum itu bermaksud golongan yang baru memeluk Islam dan yang hendak dijinakkan hatinya agar tetap dengan Islam kerana akidah mereka masih lemah; atau orang yang berkedudukan dalam kalangan sesuatu kaum yang sekiranya diberikan zakat akan dapat menarik minat orang lain untuk memeluk Islam; atau dapat menghalang kejahatan mereka terhadap orang Islam. Seterusnya al-Khin et. al. (1996:321) pula memberikan tafsiran al-muallafah qulubuhum dengan pengertian yang lebih terperinci lagi. Menurut beliau, al-muallafah qulubuhum merupakan orang yang baru memeluk Islam yang diharapkan dengan memberikan mereka zakat, keislaman mereka akan bertambah kuat; atau mereka adalah orang Islam yang mempunyai kedudukan dan berpengaruh dalam kalangan kaum mereka, apabila zakat diberikan kepada mereka dijangkakan orang bukan Islam lain akan tertarik untuk memeluk Islam; atau orang Islam yang berada di sempadan, mereka menjaga orang Islam daripada serangan orang kafir dan penderhaka; atau mereka yang mengutip zakat daripada sesuatu kaum yang tidak dapat diutuskan pemungut zakat kepada mereka. Golongan ini hanya diberikan satu bahagian daripada zakat selagi orang Islam memerlukan mereka. Jika tidak diperlukan, mereka tidak diberi bahagian zakat ini. Selain itu, ada juga penulis yang memberikan pengertian yang tidak jelas tentang al-muallafah qulubuhum. Antaranya ialah al-Zuhailiy (1989:871) yang menyatakan al-muallafah qulubuhum dengan antaranya ialah mereka yang lemah hatinya terhadap Islam, lalu diberikan zakat untuk menguatkan pegangan mereka terhadap Islam. Menurut Hasanah Abd. Khafidz (2010:465), penggunaan perkataan antaranya oleh al-Zuhayli mempamerkan bahawa pentafsiran tersebut terbuka kepada lebih banyak unsur dan ciri lain selain daripada yang dinyatakan. Hal ini jelas terbukti apabila al-Zuhailiy (2010:477) menyatakan beberapa ciri lain al-muallafah qulubuhum, iaitu tokoh masyarakat yang diharapkan kualiti keislamannya menjadi baik; atau keislaman para pemuka masyarakat lain yang setara dengannya; atau mereka yang diberi tugas mengumpulkan zakat daripada orang-orang yang enggan membayar zakat dengan memanfaatkan kedekatan mereka; atau mereka berada di pihak umat Islam dalam memerangi musuh dan memerlukan pembiayaan besar untuk melawannya.

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Menurut penafsiran Pusat Zakat Selangor (PZS) (2004:12) pula, mualaf adalah golongan yang baru memeluk Islam. Dengan pemberian zakat diharapkan dapat menguatkan lagi iman mereka. Sebenarnya, pengertian yang diguna pakai oleh PZS ini dilihat lebih memfokuskan kepada golongan mualaf Islam sahaja. Secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa golongan mualaf ini pada asasnya terdiri daripada dua golongan, iaitu golongan bukan Islam dan Islam. Namun, apabila disebut almuallafah qulubuhum, maka yang lebih dikenali ialah mualaf dari kalangan Muslim. Meskipun begitu, untuk kertas kerja ini kedua-dua golongan mualaf tersebut akan dibincangkan.

Klasifikasi Mualaf Terdapat sebilangan penulis yang membincangkan tentang klasifikasi mualaf ini. Antaranya ialah Rida (t.t.:494-496), T.M. Hasbi Ash Shiddieqy (1976:119), Qutb (1987:1669), al-Jassas (1993:181-182), al-Zuhailiy (1989:871), Mohd Said Ishak (2000:56-59), Bitaji (2002:148-152), Abdul Malik Rahman (2003:35-36) dan Mujaini Tarimin, et. al. (2010:375-376). Berdasarkan perbincangan penulis-penulis ini, mualaf itu dapat dibahagikan kepada dua golongan utama. Pertama, mualaf bukan Islam, dan kedua, mualaf Islam. Bagi mualaf bukan Islam, ia dibahagikan kepada dua golongan: 1. Orang Bukan Islam Yang Diharapkan Kebaikan Daripada Mereka

Orang bukan Islam yang diharapkan kebaikan daripada mereka adalah berdasarkan kepada minat dan kecenderungan mereka terhadap ajaran Islam. Untuk mendekati serta menarik minat mereka, maka mereka harus diberi agihan dana zakat ini, lebih-lebih lagi orang itu mempunyai pengaruh yang kuat dalam kalangan pengikutnya. Hal ini adalah semata-mata demi kepentingan Islam dan umat Islam. Sebenarnya amalan ini telah pun dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w melaksanakan skim ini kepada Abu Sufyan bin Harb, Safwan bin Umayyah , Uyaynah bin Hisn dan al-Aqra bin Habis dengan kadar seratus ekor unta bagi setiap orang (Muslim, No. Hadis 1060, al-Nawawiy, 1996:127). Selain itu, turut mendapat bahagian zakat dengan kadar yang sama ialah Hakim bin Hizam, al-Haris bin Hisyam, Suhayl bin Amru, Huwaitib bin Abd alUzza dan Malik bin Awf (al-Qurtubiy, 1993:114; Bitaji, 2002:150). Menurut (al-Zuhailiy,

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

1989:871), agihan dana zakat oleh Rasulullah s.a.w ini adalah semata-mata agar orang bukan Islam tertarik kepada Islam dan menganutnya. 2. Orang Bukan Islam Yang Ditakuti Akan Membuat Gangguan

Orang bukan Islam seperti ini mengganggu gugat kesejahteraan umat Islam dan aktiviti dakwah Islam. Mereka harus diberikan agihan dana zakat dengan harapan dapat menghindari umat Islam daripada kejahatan mereka. Dalam hal ini, Ibn Abbas r.a meriwayatkan bahawa ada suatu kaum yang datang menemui Nabi s.a.w. Apabila baginda memberikan kepada mereka dana zakat, maka mereka memuji agama Islam sebagai agama yang baik, tetapi jika tidak diberi sesuatu apa pun, mereka akan mencela dan mencaci Islam (al-Tabariy, 1992:399). Menurut al-Tabariy (1992:399), di antara mereka yang datang menemui Rasulullah s.a.w. itu ialah Abu Sufyan bin Harb, Aqra bin Habis, Uyainah bin Hisn dan Safwan bin Umayyah.

Bagi mualaf Islam pula, ia boleh dibahagikan kepada empat golongan: 1. Orang Yang Lemah Imannya

Golongan Muslim yang lemah imannya sekalipun telah memeluk Islam layak mendapat agihan dana zakat. Hal ini semata-mata untuk mengukuhkan keimanan dan kesetiaan mereka bersama Islam (al-Zuhailiy, 1989:872). Al-Tabariy (1992:399) dan al-Qurtubiy (1993:113) memetik padangan al-Zuhri yang menyatakan al-mualafah qulubuhum ialah mereka yang telah memeluk Islam, baik orang Yahudi atau Nasrani. Ia tidak kira sama ada mereka kaya atau miskin. Penjelasan al-Zuhri ini mempamerkan bahawa orang yang baru memeluk Islam daripada golongan Yahudi atau Nasrani, baik kaya atau miskin, termasuk dalam kategori al-mualafah qulubuhum. Menurut Mohd Said Ishak (2000:58-59), sebenarnya golongan yang memeluk Islam ini telah banyak berkorban. Misalnya pengorbanan harta benda, terpisah daripada keluarga dan mungkin mereka kehilangan mata pencarian. Oleh itu, mereka wajar menerima agihan dana zakat supaya hati mereka lembut dan mantap keislamannya. Contohnya, pemberian dana zakat oleh Rasulullah s.a.w kepada al-Aqra bin Habis dan al-Abbas bin Mirdas (al-Qurtubiy, 1993:113-114)

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

2.

Ketua atau Pemimpin Masyarakat

Golongan Muslim yang mempunyai kedudukan terhormat dalam kalangan kaumnya harus diberi agihan dana zakat. Dengan pemberian yang berupa kekayaan atau harta benda itu diharapkan dapat menarik orang yang sebanding dengannya kepada Islam. Rasulullah s.a.w pernah memberikan zakat kepada Abu Sufyan bin Harb dan beberapa kumpulan seperti yang telah dijelaskan sebelum ini. Rasulullah s.a.w juga pernah melaksanakan skim ini kepada al-Zabarqan bin Badr dan Adiy bin Hatim. Kedua-duanya merupakan Muslim yang baik dan mempunyai kedudukan terhormat dalam kalangan kaumnya (al-Zuhailiy, 1989:872; 1991:270). 3. Musuh Golongan ini harus diberi agihan dana zakat kerana dengan pemberian itu diharapkan mereka dapat mempertahankan diri dan memberi kerjasama menjaga negara daripada serangan musuh dari luar (al-Zuhailiy, 1989:872; Mohd Said Ishak, 2000:59; Mujaini Tarimin, et. al., 2010:375). Hal ini supaya keamanan negara dapat dikekalkan dan dakwah Islam pula mudah disebarkan. 4. Ketua Sesuatu Kaum Yang Mengumpul Zakat Daripada Kaumnya Penduduk Muslim Yang Menetap di Sempadan Negeri Serta Berjiran Dengan Golongan

Bagi penduduk yang tinggal jauh dari pusat pemerintahan, mereka membayar zakat kepada ketua mereka sendiri. Hal ini kerana tidak terdapat pegawai zakat yang ditugaskan memungut zakat daripada mereka disebabkan kos pengurusan yang tinggi. Golongan ini layak diberi agihan dana zakat sebagai inisiatif kepada mereka untuk mengutip zakat daripada penduduk tempatan. Pemberian dana zakat kepada ketua kabilah ini dapat mengelakkan pembayar zakat daripada enggan menunaikan kewajipan membayar zakar harta (Mujaini Tarimin, et. al., 2010:376). Contohnya, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a. telah melaksanakan skim ini kepada Adiy bin Hatim apabila beliau menyerahkan dana zakat yang dipungut kepada khalifah pada kemuncak peristiwa riddah (murtad) (al-Zuhailiy, 1989:872). Ijtihad Umar Al-Khattab R.A Tentang Agihan Zakat Kepada Golongan Mualaf Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, Umar al-Khattab r.a berijtihad menggugurkan agihan dana zakat untuk golongan mualaf (Muhammad Rawwas Qalahji, 1999:678; Bitaji, 2002:152). Ia merangkumi semua golongan mualaf, sama ada Muslim dan non-Muslim. Hujah atau alasan
7

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

yang dikemukakan oleh Umar al-Khattab r.a. ialah Islam sudah kuat pada ketika itu dan tidak perlu lagi untuk melembutkan hati sesiapa pun melalui material (Bitaji, 2002:152-153). Dalam satu riwayat disebutkan bahawa pada masa pemerintahan Abu Bakar al-Siddiq r.a, Abu Sufyan bin Harb, Aqra bin Habis, Uyainah bin Hisn, Abbas bin Mardas dan Safwan bin Umayyah pernah datang menemui Abu Bakar al-Siddiq r.a. Mereka memohon beliau supaya menulis sepucuk surat rasmi yang menerangkan tentang hal tersebut. Kemudian mereka datang menemui Umar al-Khattab r.a untuk menjelaskan apa yang dilakukan oleh Abu Bakar al-Siddiq r.a. Lalu Umar al-Khattab r.a mengambil surat itu dari tangan mereka dan mengoyakkannya sambil berkata: Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memberikan dana zakat kepada kamu untuk memujuk kamu supaya memeluk Islam. Sekarang Allah SWT telah memperkuatkan agama-Nya. Kami tidak perlu memujukmu. Terserah jika kamu, sama ada mahu tetap dalam Islam dan jika tidak, maka tidak ada di antara kamu dengan kami kecuali perang. (Rida, t.t.:496; Bitaji, 2002:151-152) Kemudian mereka kembali kepada Abu Bakar al-Siddiq r.a dan memberitahu apa yang dilakukan oleh Umar al-Khattab r.a terhadap mereka. Abu Bakar al-Siddiq tidak membantah tindakan Umar al-Khattab r.a itu sehinggalah masalah ini menjadi ijmak dalam kalangan para sabahat (Rida, t.t.:496; Bitaji, 2002:151-152). Sebenarnya tindakan Umar al-Khattab r.a ini tidak terhenti pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a sahaja, bahkan berterusan sehingga zaman pemerintahannya (Bantaji, 2002:152). Berdasarkan ijtihad Umar al-Khattab r.a ini, jelas bahawa keperluan memujuk golongan mualaf demi kepentingan umat Islam merupakan illah (sebab) berlakunya hukum. Apabila illah tersebut tidak ditemukan dalam sesuatu kes pada suatu waktu, maka bererti kes itu tidak termasuk dalam kandungan nas tersebut. Hal ini selari dengan kaedah al-hukm yaduru maa illatih wujudan wa adaman (hilangnya hukum kerana hilangnya sebab) (al-Qaradawiy, 1981:600-601). Faktor kewujudan dan ketiadaan illah inilah yang menjadi sebab, sama ada golongan mualaf itu diberikan dana zakat atau tidak.

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Analisis Ijtihad Umar Al-Khattab R.A Secara sepintas lalu didapati ijtihad Umar al-Khattab r.a ini seolah-olah bertentangan dengan firman Allah SWT ayat 60 daripada Surah al-Tawbah dan al-Sunnah Rasulullah s.a.w. Hal ini menimbulkan persoalan, iaitu apakah yang menjadi dasar pertimbangan Umar al-Khattab r.a ini? Adakah ia masih selari atau telah terkeluar daripada skop tasawwur Islam, yakni panduan alQuran dan hadis? Menurut Muhammad Rawwas Qalahji (1999:678-679), Umar al-Khattab r.a melihat pengagihan dana zakat untuk golongan mualaf pada zaman Rasulullah s.a.w itu ada kaitan erat dengan kepentingan Islam. Ketika Islam masih lemah, maka agihan zakat untuk golongan mualaf adalah bagi menghindari gangguan mereka terhadap umat Islam dan untuk menarik minat mereka terhadap Islam. Walau bagaimanapun, pada masa pemerintahan Khalifah Abu Bakar alSiddiq r.a kedudukan umat Islam telah kuat sehingga tidak perlu lagi diagihkan dana zakat untuk melembutkan hati mereka dan seterusnya menarik minat mereka untuk memeluk Islam. Umar al-Khattab r.a berkata: Maksudnya : Sesungguhnya kami tidak akan memberi sesuatu untuk mereka menganut Islam. Mereka boleh memilih sama ada hendak beriman atau menjadi kafir (Muhammad Rawwas Qalahji, 1999:678; al-Zuhailiy, 1989:871). Dalam hal ini Umar al-Khattab r.a berpendapat bahawa keperluan memujuk golongan mualaf demi kepentingan umat Islam merupakan illah (sebab) berlakunya hukum. Apabila illah tersebut tidak ditemukan dalam sesuatu kes pada suatu waktu, maka bererti kes itu tidak termasuk dalam kandungan nas tersebut. Hal ini selari dengan kaedah al-hukm yaduru maa illatih wujudan wa adaman (hilangnya hukum kerana hilangnya sebab). Illah inilah yang menjadi sebab golongan mualaf diagihkan dana zakat. Dalam kaitan ini, Umar al-Khattab r.a berpendapat golongan mualaf dalam nas tersebut tidak ada kaitannya dengan mereka yang datang menuntut bahagian zakat seperti dijelaskan sebelum ini. Pemberian itu adalah untuk memperkuatkan kedudukan umat Islam, sedangkan pada ketika ini Allah SWT telah memperkuatkannya. Maka mereka yang datang menuntut bahagian zakat mualaf tidak terangkum lagi dalam pengertian ayat tersebut di atas (al-Qardhawiy, 1981:600-601).

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Berdasarkan ijtihad yang dilakukan oleh Umar al-Khattab r.a itu, jelaslah ia selari dengan tasawwur Islam, yakni tidak terkeluar daripada panduan al-Quran dan hadis serta maqasid alsyariah. Secara ringkasnya, proses ijtihad Umar al-Khattab r.a boleh digambarkan seperti Rajah 1 yang berikut:

Rajah 1: Proses Ijtihad Umar Al-Khattab r.a Berdasarkan Rajah 1 ini, dapat jelaskan bahawa (a) merupakan tasawur Islam, yakni dali-dalil qati yang terdapat dalam al-Quran dan hadis. Manakala (b) pula adalah hukum ijtihad yang pergerakannya berada dalam lingkungan (a) yakni al-Quran dan hadis (tasawur Islam). Pada pandangan penulis, ijtihad Umar al-Khattab r.a ini sama sekali tidak pernah terkeluar dari skop tasawur Islam, yakni dalil-dalil qati daripada al-Quran dan hadis. Pendapat Umar al-Khattab r.a. tentang hal tersebut akhirnya berkembang ke tengah-tengah masyarakat Islam sehingga ulama mazhab juga turut memberikan pandangan mereka. Misalnya, al-Syafiiy (1993:97) mengatakan bahawa golongan mualaf adalah orang-orang yang baru memeluk Islam. Oleh sebab itu, orang bukan Islam tidak diberi agihan dana zakat. Ada pihak yang berkata bahawa Rasulullah s.a.w pernah memberi dana zakat untuk mualaf ini kepada orang-orang bukan Islam pada waktu perang Hunayn. Sebenarnya pemberian tersebut berasal daripada harta al-fai dan khusus daripada Rasulullah s.a.w. Hujah al-Syafiiy (1993) adalah Allah SWT telah menjadikan zakat kaum Muslimin untuk dikembalikan kepada kaum Muslimin. Ia bukan diberikan kepada orang-orang yang berlainan agama seperti orang-orang bukan Islam itu. Akan tetapi setelah Rasulullah s.a.w wafat, al-Syafiiy (1993) menyatakan pemberian zakat terhadap mualaf itu terbahagi kepada dua golongan. Pertama ialah mereka tidak diberi dana zakat kerana Allah SWT telah menguatkan agama Islam sehingga tidak perlu lagi menarik hati mereka terhadap Islam melalui harta benda. Inilah yang dipraktikkan oleh Umar al-Khattab r.a. Kedua pula ialah mereka tetap diberi dana zakat kerana maksud dan tujuan pemberian zakat antara lain
10

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

ditujukan kepada mereka. Setelah Rasulullah s.a.w. wafat, kadangkala golongan mualaf yang kedua ini masih ada. Berhubung perkara ini juga, Mazhab Maliki mempunyai dua pendapat. Pertama ialah digugurkan bahagian mualaf kerana Islam telah kuat dan tersebar dengan meluas. Ini sebagaimana yang dipraktikkan oleh Umar al-Khattab r.a, walaupun pada asasnya bahagian mualaf itu tetap ada. Pendapat ini dikutip oleh al-Qurtubiy (1993:115) daripada pendapat al-Qadi Abd al-Wahhab yang mengatakan jika masa diperlukan, maka mereka diberi dana zakat itu. Kedua pula ialah padangan al-Qadi Ibn al-Arabiy yang juga dari kalangan Maliki. Beliau berpendapat apabila Islam telah kuat, maka hilanglah golongan mualaf ini. Hal ini sebagaimana yang dipraktikkan oleh Umar al-Khattab r.a. Namun apabila Islam memerlukan mereka, maka mereka diberikan dana zakat sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Di antara ulama yang bersependapat dengan golongan Malikiyyah ini ialah Ibn Quddamah (t.t.:666). Beliau mengatakan bahawa bahagian zakat untuk golongan mualaf itu tidak dinasakhkan (dihapuskan). Ia tetap ada. Selain itu, jumhur (majoriti) ulama Mazhab Hanafi mengatakan setelah Rasulullah s.a.w wafat, bahagian mualaf itu telah dinasakhkan sehingga hak mereka tidak ada lagi. Berhubung perkara ini, mereka mengemukakan alasan bahawa Abu Bakar al-Siddiq r.a dan Umar al-Khattab r.a tidak pernah mengeluarkan sebarang bahagian pun daripada dana zakat untuk golongan mualaf dan tidak ada seorang pun yang menentangnya. Hal ini bererti bahawa para sahabat telah ijmak dalam masalah tersebut (al-Qaradawiy, 1981:600). Sebenarnya tindakan Umar al-Khattab r.a yang menggugurkan dana zakat kepada golongan mualaf ini tidaklah dikatakan satu penentangan terhadap nas atau menasakhkan syarak. Hal ini disebabkan oleh orang yang berhak menerima dana zakat bukanlah golongan mualaf sahaja, tetapi keseluruhannya mempunyai lapan golongan (asnaf) sebagaimana yang disebutkan dalam Surah al-Tawbah ayat 60. Oleh itu, jika salah satu di antara lapan asnaf itu tidak ada, maka hilanglah hak dan bahagiannya (Mohd Said Ishak, 2000:65). Sebagai contoh, apabila tidak ada amil (pengurus) zakat dalam suatu daerah atau kampung yang menerima dan menyerahkan zakat kepada yang berhak menerimanya, maka hilanglah bahagian amilin (para amil) itu. Begitu pula apabila tidak ada al-riqab (hamba yang ingin memerdekakan
11

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

dirinya) sebagaimana pada masa kini, maka dengan sendirinya gugurlah bahagian mereka. Hal ini tidak bererti bahawa hilangnya bahagian tersebut al-Quran dinasakh atau ditentang (Mohd Said Ishak, 2000:65).

Asnaf Mualaf Di Malaysia Menurut Mujaini Tarimin, et. al. (2010:378), di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan negerinegeri di Malaysia, golongan mualaf dibahagikan kepada dua kategori, iaitu asnaf mualaf bukan Islam dan asnaf mualaf Islam. Asnaf mualaf Islam berhak menerima agihan dana zakat dengan beberapa syarat seperti berikut: 1. 2. Baru memeluk Islam. Ketua-ketua kumpulan Islam yang mempunyai hubungan baik dengan ketua-ketua kumpulan bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya. Ketua-ketua kumpulan Islam yang belum mantap imannya tetapi masih berpengaruh. Orang Islam yang tinggal di perbatasan dan berhampiran dengan negara bukan Islam.

3. 4.

Manakala asnaf mualaf bukan Islam boleh juga dipertimbangkan pemberian agihan zakat dengan beberapa syarat seperti berikut: 1. 2. 3. Berkemungkinan menerima agama Islam. Bersedia dibimbing menjadi seorang Muslim. Boleh dipujuk supaya tidak memusuhi orang Islam.

Pada pandangan penulis, orang-orang Islam yang lemah imannya dan berkemungkinan terjerumus dalam gejala murtad boleh juga dimasukkan di bawah asnaf mualaf ini. Golongan ini harus diberi dana zakat bagi tujuan menyelamatkan akidah mereka daripada terus rosak dan mendekatkan mereka kembali kepada Islam. Dana Zakat Untuk Asnaf Mualaf di Malaysia Di Malaysia, khususnya di negeri Selangor telah direkodkan seramai 23,850 orang yang telah memeluk Islam sehingga Ogos 2010. Statistik tahunan ini juga menunjukkan peningkatan jumlah mualaf yang memberangsangkan pada setiap tahun (Mujaini Tarimin, et. al., 2010:373).

12

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Sebagai orang yang baru memeluk Islam, mereka tidak dapat lari daripada menghadapi cabaran di dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk cabaran budaya, ekonomi, kewangan, dan masyarakat. Ini diakui oleh Naib Presiden Persatuan China Muslim, Ridhuan Tee Abdullah yang mengatakan permasalahan mualaf seperti pengetahuan agama Islam yang cetek, tiada follow up, tiada bantuan dan wujud keberangkalian untuk mereka kembali kepada agama asal. Selain daripada itu, beliau juga menyentuh peranan masyarakat dalam membantu golongan ini, agar terus mantap imannya sebagai orang Islam. Di antaranya ialah pandangan positif masyarakat, menghulur bantuan dari segi kewangan dan bantuan-bantuan lain yang bersesuaian (Mujaini Tarimin, et. al., 2010:373). Oleh sebab itu, perlu disediakan dana zakat untuk golongan mualaf di Malaysia pada ketika ini. Hal ini adalah untuk menguatkan lagi keimanan mereka (Ibnor Azli Hj. Ibrahim & Norziana Salwa Hj. Daiman, 2006:180; Mujaini Tarimin, et. al., 2010:373). Sebenarnya terdapat pelbagai bantuan yang diperuntukkan kepada mualaf pada masa kini. Misalnya, PZS telah memberi bantuan dalam bentuk peralatan dan penyelenggaraan komputer, kos perkahwinan, saraan bulanan, bantuan sewa rumah, modal perniagaan, kursus latihan dan elaun menghadiri kelas agama (Ibnor Azli Hj. Ibrahim & Norziana Salwa Hj. Daiman, 2006:180181). Selain itu, ada beberapa perkara yang boleh dijadikan contoh mengenai bahagian zakat mualaf ini. Menurut al-Zuhailiy (1989:873), dalam konteks semasa zakat juga boleh diagihkan kepada mangsa-mangsa bencana alam, seperti gempa bumi, banjir dan bencana-bencana lain yang terjadi di merata tempat terutama di negara-negara miskin dan mundur disertakan dengan usaha untuk mengajak mereka kepada Islam. Jika pendakyah agama lain telah menggunakan kesempatan ini untuk menjayakan misi dakwah mereka, maka sewajarnya pendakwah Islam lebih peka itu menggunakan kesempatan yang sama sambil menjelaskan kepada mereka tentang keutamaan syariat Islam dan kemudahan yang terdapat dalam syariat ini dalam situasi yang sempit. Begitu juga bahagian zakat ini boleh digunakan untuk menubuhkan badan-badan kebajikan yang bertujuan menjaga dan membina peribadi orang-orang yang baru memeluk Islam agar keyakinan mereka terhadap Islam terus kukuh. Selain itu, banyak lagi contoh lain yang telah dinyatakan oleh beliau. Maksud ini disokong oleh Qutb (1987:1669). Menurut beliau, tata cara pergerakan Islam dalam berbagai peringkat perjuangannya sentiasa menghadapi pelbagai keadaan yang memerlukan
13

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

sokongan melalui peruntukan zakat. Ia bertujuan untuk mengukuhkan keislaman mereka akibat kehilangan mata pencarian setelah memeluk Islam atau untuk mendekatkan mereka yang telah Islam kepada Islam.

Kesimpulan Berdasarkan keseluruhan perbincangan dalam kertas kerja ini, dapatlah dirumuskan bahawa Umar al-Khattab adalah seorang mujtahid yang sangat tajam memahami maksud-maksud syariat. Dia cukup dekat dengan al-Quran dan terkenal sangat komitmen dalam memelihara kesucian dan kemurniannya. Sebagai seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang pintar dan mempunyai pengetahuan yang sangat luas tentang al-Quran dan keadaan sosial yang berkembang pada zamannya, Umar al-Khattab r.a mampu menerapkan hukum-hukum syariat selari dengan keperluan zaman dan sesuai dengan maqasid al-syariah. Oleh itu, semua ketetapan hukum yang diijtihadkan oleh Umar al-Khattab r.a tidak ada yang bertentangan dengan tasawwur Islam, yakni tidak terkeluar daripada panduan al-Quran dan hadis. Malah landasan pemikirannya adalah al-Quran dan hadis serta maqasid al-syariah itu sendiri. Kesemuanya dihubungkan dengan situasi dan keadaan sosial yang berkembang pada zamannya. Dalam menerapkan sesuatu hukum, dasar utama yang dijadikan fokus perhatian Umar al Khattab r.a adalah nas, sama ada al-Quran mahupun hadis. Walau bagaimanapun, dengan kemampuan intelektualnya yang tinggi dan pemahamannya yang sangat mendalam tentang prinsip-prinsip umum al-Quran, dia menjadikan maqasid al-syariah dan keadaan sebagai bahan pertimbangan yang sangat penting. Dengan demikian ada tiga faktor yang menjadi dasar pemikiran Umar al-Khattab r.a di dalam menerapkan sesuatu hukum. Pertama, nas al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Kedua, maqasid al-syariah sebagai illah hukum yang harus diwujudkan dalam setiap penerapan sesuatu hukum. Situasi dan keadaan di mana dan kepada siapa hukum itu akan diterapkan. Dengan berpegang kepada tiga dasar ini, bentuk ijtihad yang digunakan oleh Umar al-Khattab r.a. meliputi ijtihad istinbati dan ijtihad tatbiqi.

14

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

RUJUKAN
Abdul Malik Rahman (2003). Ibadah Zakat dan Segala Masalahnya. Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise. Al-Jassas, Abi Bakr Ahmad al-Raziy. (1993). Ahkam al-Quran, Jld. 3. Beirut: Dar al-Fikr li al-Tabaah wa al-Nasyr wa alTawzi. Al-Khin, Mustafa. et. al. (1996). Al-Fiqh al-Manhajiy Ala Mazhab al-Imam al-Syafiiy, Jld. 1. Damsyiq: Dar al-Qalam. Al-Nawawiy, Mahy al-Din Abi Zakariyya Yahya bin Syarf. (1996). Sahih Muslim, Jld. 7. Beirut: Dar al-Khayr li al-Tabaah wa al-Nasyr wa al-Tawzi. Al-Qurtubiy, Abi Abd Allah Muhammad bin Ahmad al-Ansari. (1993). Al-Jami li Ahkam al-Quran, Jld. 8. Beirut: Dar alKutub al-Ilmiyyah.. Al-Syafiiy, Abi Abd Allah bin Muhammad bin Idris. (1993). Al -Umm, Jld. 2. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. Al-Syawkaniy, Muhammad bin Ali (1996). Nayl al-Awtar min Ahadith Sayid al-Akhyar Syarh Muntaqa al-Akhbar, Jld. 4. Kaherah: Dar al-Salam. Al-Tabariy, Abi Jafar Muhammad bin Jarir. (1992). Tafsir al-Tabariy al-Musamma Jami al-Bayan fi Tawil al-Quran, Jld. 6. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. Al-Zuhailiy, Wahbah. (1989). Al-Fiqh al-Islamiy wa Adillatuh, Jld. 2. Beirut: Dar al-Fikr. Al-Zuhailiy, Wahbah. (1991). Al-Tafsir al-Munir fi al-Aqidah wa al-Syariah wa al-Manhaj, Jld. 10. Beirut: Dar al-Fikr alMuasir. Amiur Nuruddin (1987). Ijtihad Umar Ibn Al-Khaththab: Studi Tentang Perubahan Hukum Dalam Islam. Jakarta: Rajawali Pers. Bitaji, Muhammad. (2002). Manhaj Umar al-Khattab fi al-Tasyri Dirasah Mustawibah li Fiqh Umar wa Tanzimatih. Kaherah: Dar al-Salam. Hailani Muji Tahir (1986). Pengenalan Tamadun Islam Dalam Institusi Kewangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Hamizul Abdul Hamid (2010). Sejarah Zakat. Diakses pada 28 November 2010, daripada http://www.hamizul.com/?page_id=656. Hasanah Abd. Khafidz (2010). Zakat Untuk Mualaf: Analisis Dari Aspek Pentafsiran Semasa, dlm. Mohd Nizam Sahad & Suhaila Abdullah (Eds), Prosiding Seminar Kebangsaan Dakwah Saudara Kita: Isu dan Cabaran Semasa. Pulau Pinang: Bahagian Pengajian Islam (BPI), Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK), Universiti Sains Malaysia. H. Sateria Effendi M. Zein (1988). Kajian Islam Tentang Berbagai Masalah Kontemporer. Jakarta: Penerbit Hikmah Syahid Indah. Ibn Kathir, al-Hafiz Imad al-Din Abu al-Fida Ismail bin Kathir. (1993). Tafsir al-Quran al-Azim, Jld. 2. Beirut: Dar alMarifah. Ibnor Azli Hj. Ibrahim & Norziana Salwa Hj. Daiman (2006). Tafsiran Mualaf, Al-Riqab dan Fi Sabilillah Dalam Pengurusan Agihan Zakat PZS: Satu Penilaian, dlm. Zamzuri Zakaria et. al. (Eds), Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Harta Dalam Islam. Bangi, Selangor: Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd Said Ishak (2000). Umar Ibn Al-Khattab Pelaksanaan Hukum Islam. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Muhammad Rawwas Qalahji (1999). Ensiklopedi Fiqih Umar bin Kh athab ra, terj. M. Abdul Mujieb AS., Maftuh Asmuni, Iltizam Syamsuddin & Busyra Syamsuddin. Jakarta: PT RajaGrafindo Persada. Mujaini Tarimin, Rapiah Mohd Zaini & Hamsatulazura Hamzah (2010). Agihan Zakat dan Program Pembangunan Muallaf: Statistik Lembaga Zakat Selangor (LZS), dlm. Mohd Nizam Sahad & Suhaila Abdullah (Eds), Prosiding Seminar Kebangsaan Dakwah Saudara Kita: Isu dan Cabaran Semasa. Pulau Pinang: Bahagian Pengajian Islam (BPI), Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK), Universiti Sains Malaysia. Pusat Zakat Selangor (2004). Manuskrip Fatwa Pengurusan Agihan Zakat Selangor. Selangor: Pusat Zakat Selangor (PZS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Qutb, Sayyid. (1987). Fi Zilal al-Quran, Jld. 3. Beirut: Dar al-Syuruq. Rida, Muhammad Rasyid. (t.t.). Tafsir al-Quran al-Hakim al-Syahir bi Tafsir al-Manar, Jld. 10. Beirut: Dar al-Fikr li al-Tabaah wa al-Nasyr wa al-Tawzi. Sabiq, Sayid. (1983). Fiqh Sunah, Jld. 2. Beirut: Dar al-Fikr li al-Tabaah wa al-Nasyr wa al-Tawzi. Talib Samat (2004). Umar Al-Khattab Khalifah Al-Rasyidin Kedua. Selangor: Karisma Publications Sdn. Bhd. T.M. Hasbi Ash Shiddieqy (1976). Tafsir An Nur, Jld. X. Jakarta: Bulan Bintang

15

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

AMALAN KAEDAH TAKSIRAN ZAKAT PERTANIAN DI MALAYSIA Asmak Ab Rahman,1,2 Siti Mashitoh Mahamood,3 Azizi Che Seman,4 Nor Aini Ali5 & Norzuraida Hasan6 Universiti Malaya Pazim @ Fadzim Othman Universiti Utara Malaysia ABSTRAK Padi merupakan hasil pertanian yang dikenakan zakat pertanian di Malaysia. Secara umumnya, petani padi di Malaysia mengusahakan tanaman padi pada skala yang kecil. Berdasarkan rancangan Malaysia berbagai siri, kadar kemiskinan dalam sektor pertanian padi adalah paling tinggi berbanding sub-sektor pertanian lain. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk melihat amalan kaedah taksiran zakat pertanian dengan memberi tumpuan kepada indikator-indikator tertentu seperti kadar zakat dan tolakan kos. Kajian ini menggunakan metod soal selidik dengan khidmat enumerator untuk mendapatkan data tersebut di seluruh Semenanjung Malaysia. Sebanyak 625 soal selidik telah diedarkan kepada petani-petani yang mengusahakan sawah padi di Semenanjung Malaysia dan 488 soal selidik telah digunakan di dalam analisis akhir kajian ini. Data tersebut dianalisis dengan menggunakan SPSS. Hasil kajian mendapati para petani membayar zakat pada kadar 10%, 7.5%, 5% dan 2.5%. Manakala subsidi hasil jualan padi juga dibayar zakat pada kadar yang sama. Majoriti para petani juga tidak menolak kos tanaman dan kos sara hidup. Kata kunci: Kaedah taksiran, zakat pertanian, kemiskinan, Malaysia

Pendahuluan Hasil pertanian merupakan salah satu harta yang diwajibkan zakat. Zakat pertanian ialah zakat yang dikenakan ke atas makanan asasi di sesebuah negeri yang telah cukup nisab dan haulnya. Hasil tanaman yang wajib dizakatkan adalah bijirin-bijirin daripada jenis makanan asasi yang mengenyangkan dan tahan lama jika disimpan seperti padi, kurma, jagung, gandum dan

*Kertas kerja ini adalah hasil kajian Kaedah Taksiran Zakat Padi di Malaysia: Kesan Sosioekonomi Terhadap Petani dan Penyele saiannya (FP029/2008C). 1 Pensyarah Kanan Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, email: asmak@um.edu.my. 2 Profesor di Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, email: pazim@uum.edu.my. 3 Profesor Madya Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, email: mas68@um.edu.my. 4 Pensyarah Kanan Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, email: azizi@um.edu.my. 5 Pensyarah Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, email: aini@um.edu.my. 6 Sarjana Syariah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, email: zuraida_hasan@yahoo.com

16

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

sebagainya. Di Malaysia, zakat pertanian hanya dikenakan ke atas tanaman padi sahaja kerana ia merupakan makanan asasi bagi penduduk Malaysia. Dalam taksiran zakat pertanian terdapat dua kaedah asas yang diterangkan oleh nas sebagai panduan kepada petani untuk mengeluarkan zakat pertanian, iaitu cukup nisab sebanyak lima awsuq dan kadar yang perlu dikeluarkan zakat pula ialah 5 peratus atau 10 peratus daripada hasil tanaman bergantung kepada jenis pengairan yang digunakan oleh petani.7 Kaedah taksiran ini berbeza mengikut negeri masing-masing di Malaysia. Oleh itu, artikel ini akan mengkaji amalan kaedah taksiran zakat pertanian yang sedang diamalkan di Malaysia.

Zakat Pertanian Zakat pertanian ialah zakat hasil tanaman yang diusahakan oleh orang Islam sama ada dalam bentuk biji-bijian atau buah-buahan dengan syarat-syarat tertentu. Bagi negara Malaysia, tanaman utama yang menjadi makanan asasi penduduknya ialah padi. Berdasarkan pandangan Fuqaha daripada empat mazhab utama, iaitu Mazhab Syafi`i, Maliki, Hanbali dan Hanafi, ciriciri zakat pertanian dirumuskan seperti berikut:Jadual 1: Ciri-Ciri Zakat Tanaman, Nisab Zakat Tanaman, Kadar Zakat Tanaman dan Tolakan Kos Tanaman dan Kos Sara Hidup Berdasarkan Mazhab Syafi`i, Maliki, Hanbali dan Hanafi. Mazhab & Ciri Tanaman Nisab Kadar Tolakan Kos Tolakan Kategori Tanaman Kos Sara Hidup 8 Syafi`i Makanan asasi sesuatu 5 5 atau Tidak perlu Tidak tempat serta boleh awsuq 10 ditolak perlu dikeringkan dan tahan peratus daripada ditolak kos disimpan lama. pendapatan sara hidup kasar petani 9 Maliki Makanan asasi sesuatu 5 5 atau Tidak perlu Tidak tempat serta boleh awsuq 10 ditolak perlu dikeringkan dan tahan peratus daripada ditolak kos disimpan lama. pendapatan sara hidup kasar petani Hanbali10 Semua jenis tanaman 5 5 atau Tidak perlu Tidak
7

Asmak Ab.Rahman & Pazim @ Fadzim Othman (2005), Kaedah Taksiran Zakat Padi dan Kesannya Terhadap Petani: Kajian di Selangor. Jurnal Syariah. Jil. 13, Bil.1, hal. 37.
al-Khaib al-Syarbini (1997), Mughni al-Muhtaj, Jil. 1. Beirut: Dar al-Ma`rifah, hal. 565. Al-Dusuqi, Muhammad bin Ahmad (1996), Khasyiah al-Dusuqi, Jil. 2. Beirut: Dar al-Ma`rifah, hal. 30. 10 Ibn Qudamah (1997), al-Mughni, jil. 4. Riyad: Dar al- `Alim al-Kutub, hal. 155.
8 9

17

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Hanafi11

makanan asasi atau awsuq makanan bukan asasi yang boleh ditimbang, disimpan, dikeringkan serta diusahakan penanamannya oleh manusia. Semua jenis tanaman 5 termasuk makanan asasi, awsuq tanaman makanan bukan makanan asasi mahupun tanaman bukan makanan tanpa meletakkan sebarang syarat sebagaimana pendapat ulama lain.

10 peratus

ditolak daripada pendapatan kasar petani

perlu ditolak kos sara hidup

5 atau Tidak perlu 10 ditolak peratus daripada pendapatan kasar petani

Tidak perlu ditolak kos sara hidup

Justeru itu, zakat pertanian di sesebuah negara bolehlah diertikan sebagai zakat yang dikenakan ke atas makanan asasi yang mengenyangkan dan telah cukup nisab serta hawlnya. Kadar yang diwajibkan zakat pertanian ialah 5 atau 10 peratus daripada hasil tanaman yang telah cukup nisab iaitu 5 awsuq. Bagi tanam-tanaman dan pokok buah-buahan yang hidup dengan air hujan atau air sungai dan tidak memerlukan perbelanjaan atau tenaga pemiliknya, zakat yang wajib dikeluarkan apabila cukup nisabnya ialah 1/10.12 Sekiranya tanam-tanaman dan buah-buahan tersebut disiram menggunakan alat penyiram dan sebagainya yang memerlukan tenaga dan perbelanjaan tambahan, maka kadar zakatnya ialah 1/20.13 Hal ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Umar r.a. Sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: Pada tanam-tanaman yang disirami hujan dan air sungai atau tanam-tanaman jenis palma, kadar zakatnya ialah 1/10 dan tanam-tanaman yang disiram dengan alat penyiram, kadar zakatnya ialah 1/2014 Daripada Jabir r.a, sabda Rasulullah SAW juga: Maksudnya: Kadar zakat tanam-tanaman yang disirami air sungai dan hujan ialah 1/10 dan tanaman yang disirami mata air ialah 1/2015

Al-Kasani (1998), Badai` al-Sanai`, Jil. 2. Lubnan: Dar Ihya al-Turath al-`Arabi, hal. 178-179. Ibn Hazm, Abu Muhammad bin Ahmad (t.t), al-Muhalla, Mesir: al-Munirah, hal. 67-68 13 Ibid. 14 al-Nawawi, Muhyi al-Din (1997), Sahih Muslim Bi Syarh al-Imam al-Nawawi, Kitab al-Zakah, Jil. 7. Beirut: Dar al-Ma`arifah, hal. 53-54. 15 Muslim, Ibn Muslim al-Qusyairi al-Naisaburi (t.t), al-Jami al-Sahih, Kitab al-Zakah, Bab Ma Fihi al-`Usyr aw Nisfu al-`Usyr, Jil. 3, Beirut: al-Maktabah al-Tujjariyyah, hal. 67.
11 12

18

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Berdasarkan kempat-empat mazhab tersebut, pembayaran zakat tanaman dikenakan tanpa tolakan bagi kos tanaman dan kos sara hidup. Walaupun pandangan-pandangan tersebut berpendapat tidak perlu menolak kos-kos tanaman tetapi melihat kepada konteks pertanian pada masa kini adalah perlu diambil kira kos-kos tanaman tersebut kerana perbelanjaan kepada koskos tersebut telah bertambah. Adalah lebih baik sekiranya ditolak kos tanaman daripada

pendapatan kasar petani dengan tujuan untuk menjaga kebajikan para petani itu sendiri.

Metodologi Kajian Artikel ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Bagi kajian perpustakaan, dokumen-dokumen berkaitan seperti buku-buku, artikel-artikel dalam jurnal, laporan kertas kerja dan sebagainya telah dirujuk. Bagi kajian lapangan, metod soal selidik telah digunakan untuk mengetahui amalan kaedah taksiran zakat pertanian di Malaysia. Soal selidik telah diedarkan kepada petani-petani yang menanam padi di semua negeri di Semenanjung Malaysia. Soalan tersebut dibentuk berpandukan kajian Asmak Ab Rahman 16 dan telah diubahsuai berdasarkan kepada objektif kajian ini. Kaedah persampelan yang telah digunakan adalah persampelan rawak strata di mana sampel diambil mengikut populasi sub-kumpulan. Kajian ini melibatkan seramai 625 orang responden yang diagihkan berdasarkan kepada statistik keluasan bertanam dan pengeluaran padi semua musim dan hanya 488 soal selidik telah digunakan di dalam analisis akhir kajian ini.17 Data soal selidik telah dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Analisis data yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah secara statistik deskriptif iaitu menggunakan jadual frekuensi, peratus, jadual silang, carta, graf dan ukuran numerikal di mana-mana yang dirasakan sesuai dan dapat memberikan maklumat yang bermakna. Data soal selidik telah dianalisis menggunakan SPSS berdasarkan frekuensi dan peratusan untuk mendapatkan maklumat sosioekonomi para petani padi dan hal ehwal berkaitan pembayaran zakat padi. Metod komparatif juga digunakan untuk membandingkan maklumat dan data yang diperolehi oleh penyelidik dengan hasil-hasil kajian lepas, buku-buku dan sebagainya.

Asmak Ab Rahman (2004). Pemikiran Ekonomi Islam Dalam Bidang Pertanian dan Amalannya di Malaysia . (Tesis di Institut Pengajian Siswazah, Universiti Malaya Kuala Lumpur). 17 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (2008), Perangkaan Pertanian 2008, Putrajaya: Unit Pengurusan Maklumat dan Statistik, hal. 35.
16

19

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Metod ini juga akan digunakan untuk membandingkan maklumat daripada responden dari kawasan yang berbeza.

Kaedah Taksiran Zakat Pertanian Di Malaysia Di Malaysia, amalan taksiran zakat padi adalah berbeza-beza. Perbezaan ini dilihat sepertimana berikut: i- Penilaian Kadar Zakat dan Kadar Nisab 5 awsuq Dalam Kiraan Metrik Semasa Di Malaysia, kadar 5 awsuq diukur dalam kiraan metrik. Walaupun nas menyatakan kadar yang tetap iaitu cukup nisab 5 awsuq wajib mengeluarkan zakat tanaman, namun berlaku perbezaan kadar atau sukatan bagi sesebuah negeri atau negara dalam menentukan kadar 5 awsuq tersebut. Berdasarkan kepada kajian yang dilakukan, Jadual 2 menunjukkan bahawa kadar zakat pertanian yang diwajibkan kepada petani di setiap negeri di Malaysia adalah berbeza-beza. Bagi negeri Johor, Kedah dan Kelantan masing-masingnya menggunakan kadar 10 peratus. Manakala bagi Selangor, Negeri Sembilan dan Perlis pula mereka menggunakan kadar 5 peratus ke atas zakat pertanian yang telah cukup nisab. Ini kerana, negeri-negeri tersebut mendapati petanipetani padi di negeri mereka menggunakan sistem pengairan daripada air hujan dan pengairan yang sistematik dan memerlukan tambahan perbelanjaan yang lebih besar. 18 Bagi negeri

Terengganu, Perak dan Melaka mereka menggunakan kadar 5 atau 10 peratus bagi kadar zakat pertanian. Manakala negeri Pahang pula menggunakan kadar 5, 7.5 atau 10 ke atas zakat pertanian yang telah cukup nisab. Menurut pentadbir zakat negeri-negeri, kadar-kadar tersebut telah digunakan dan diamalkan untuk pembayaran zakat pertanian di negeri masing-masing. Kadar 5 peratus digunakan kerana penggunaan dan tanggungan kos-kos yang banyak dalam aktiviti pertanian. Manakala kadar 10 peratus19 digunakan apabila aktiviti pertanian tersebut diusahakan menggunakan pengairan air hujan atau sungai iaitu tidak menggunakan perbelanjaan yang besar. Manakala kadar 7.5 peratus yang digunakan oleh negeri Pahang disebabkan bahawa pengurusan zakat negeri Pahang mendapati terdapat beberapa petani yang menggunakan keduadua kaedah sistem pengairan dalam aktiviti pertanian di sawah mereka.

Asmak Ab Rahman et.al (2010), Laporan Kaedah Taksiran Zakat Padi di Malaysia: Kesan Sosioekonomi Terhadap Petani dan Penyelesaiannya. Kuala Lumpur: Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, hh. 34 -35. 19 Pusat Zakat Melaka, http://www.izakat.com/info/InfoPertanian.html, akses pada 03 Oktober 2008.
18

20

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Kadar nisab awsuq juga dilaksanakan secara berbeza di setiap negeri di Malaysia setelah dinilai dalam kiraan gantang dan kilogram (kg). Jadual 2 menunjukkan keseluruhan negerinegeri di Malaysia menggunakan sukatan gantang kecuali negeri Perlis yang menggunakan sukatan dalam bentuk kunca dan naleh. Bagi memudahkan urusan menyukat timbangan 5 awsuq tersebut, kiraan gantang dinilai pula dalam sukatan atau timbangan kilogram (kg). Amalan di Malaysia mendapati bahawa kadar 5 awsuq yang paling maksimum adalah di negeri Melaka dan Pahang iaitu 5 awsuq bersamaan 400 gantang yang bersamaan dengan 1452 kg atau 1.452 tan. Manakala nilai ukuran awsuq yang minimum pula ialah di negeri Johor iaitu 5 awsuq

bersamaan dengan 358 gantang, bersamaan pula dengan 930 kg atau 0.93 tan. Faktor perbezaan sukatan ini adalah disebabkan jenis padi yang digunakan sebagai sampel sewaktu sukatan dibuat bagi mendapatkan nilainya dalam kiraan metrik semasa.20 Ini bermaksud bahawa saiz padi yang digunakan di dalam pengukuran timbangan penentuan kadar (5 awsuq) tersebut adalah berbezabeza mengikut jenis-jenis padi yang terdapat di negeri masing-masing.

Asmak Ab Rahman et.al (2010), Laporan Kaedah Taksiran Zakat Padi di Malaysia: Kesan Sosioekonomi Terhadap Petani dan Penyelesaiannya. Kuala Lumpur: Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, hal. 35.
20

21

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Jadual 2: Kadar Zakat dan Kadar Nisab Zakat Pertanian Dalam Kiraan Gantang, Kunca dan Naleh*, Kilogram, Tan dan Harga Padi dalam Nilai Ringgit Malaysia (RM) dan Garis Kemiskinan Malaysia Berbanding Nisab Zakat Padi. Kategori Kadar Analisis 5 Awsuq Nisab Padi (unit tan / kg) Garis & Negeri Zakat Kemiskinan Gantang Kunca Naleh Kilogram Tan Ringgit (%) Malaysia Malaysia Berbanding (kg) (RM) Nisab Zakat Padi 10 363 816.75 0.817 612.75 Johor Kedah Terengganu Selangor Melaka Kelantan Pahang Negeri Sembilan Perak Perlis P.Pinang 10 5, 10 5 5, 10 10 5, 10 5 5, 10 5 10 7.5, 363 375 363 400 358 400 363 363 363 2 7 1393 986.7 1300 1300.4 937.5 1306 1452 930.8 1452 1306 1.306 1.393 0.9867 1.300 979.50 1044.75 740.025 975.00 1.3004 0.9375 1.306 1.452 0.9308 1.452 975.30 703.12 979.50 1089.00 698.10 RM 720 1089.00

Sumber: Asmak Ab Rahman et al. (2010), Assessment Method for Agricultural Zakah in Malaysia: An Institutional Perspective. World Applied Sciences Journal 11 (12), h. 1504; Asmak Ab Rahman et.al., (2009). Laporan Kutipan Zakat Pertanian di Malaysia: Perkembangan, Prospek dan Isu (FR004/2007A). Kuala Lumpur: Jabatan Syariah dan Ekonomi Akademi Pengajian Islam UM, h. 14.

Perbezaan ini seterusnya memberi kesan kepada kadar nisab dalam nilai wang bagi setiap negeri di Malaysia. Ini juga menggambarkan bahawa nisab di setiap negeri juga adalah berbezabeza. Harga semasa padi di Malaysia berdasarkan kepada Harga Minima Terjamin (HMT) telah ditetapkan pada RM750 per tan.21 Oleh itu, kadar nisab zakat padi di Malaysia dalam nilai mata wang paling minima adalah di negeri Johor iaitu bernilai RM612.75 dan nisab paling maksima adalah di negeri Pahang dan Melaka iaitu RM1089. Penulis melihat kadar nisab dalam nilai ringgit kerana dari segi amalannya, petani akan membayar zakat pertanian dalam bentuk wang
21

Berdasarkan harga RM750 harga minima padi di Malaysia per tan. Portal Rasmi Pejabat Perdana Menteri Malaysia, http://www.pmo.gov.my/?menu, akses pada 28 Januari 2009.

22

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

dan bukan dalam bentuk padi atau beras.

Kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) di

Malaysia adalah RM720.22 Oleh itu, sesiapa yang memperoleh pendapatan kurang daripada RM720 dianggap sebagai miskin. Sehubungan itu, nisab padi pula berjumlah antara RM612.75 hingga RM1089 yang merupakan jumlah hasil padi selama lebih kurang lima bulan. ii- Amalan Negeri-Negeri di Malaysia Terhadap Tolakan Kos Tanaman Dan Kos Sara Hidup Artikel ini juga melihat kepada amalan taksiran dalam penentuan kadar nisab padi sama ada dikira daripada hasil kasar atau setelah ditolak kos-kos tanaman dan kos-kos sara hidup. Alasan kewajaran dalam mengambil kira kos-kos tersebut merupakan satu alternatif yang dapat membantu kebajikan para petani sawah padi yang akan mengeluarkan zakat pertanian. Sejajar dengan peredaran dan perubahan masa yang semakin maju dalam apa jua bidang termasuk pertanian perlu diketengahkan dalam membuat taksiran zakat pertanian. Penggunaan alat-alat teknologi terkini dan moden oleh para petani menunjukkan bahawa kos-kos dalam aktiviti pertanian telah meningkat di samping tambahan perbelanjaan yang semakin tinggi untuk mendapatkan baja, benih, racun dan bahan-bahan lain yang lebih bermutu untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dan terjamin. Begitu juga dengan kos sara hidup yang perlu diambil kira sebelum menentukan cukup nisab bagi petani untuk mengeluarkan zakat pertanian. Perbelanjaan yang semakin meningkat dengan pertumbuhan ekonomi negara telah mengakibatkan perbelanjaan yang lebih besar bagi sesebuah keluarga. Keperluan mengambil kira kos sara hidup ini bertujuan bagi memastikan bahawa orang atau petani-petani yang layak sahaja mengeluarkan zakat pertanian. Ia selaras dengan tujuan zakat itu sendiri iaitu pemberian harta dari orang kaya kepada orang miskin. Jadual 3 pula menunjukkan bahawa majoriti negeri-negeri di Malaysia tidak menolak koskos tanaman sebelum dinilai kadar cukup nisab kecuali di negeri Perlis dan Kedah. Namun, bagi tolakan kos sara hidup pula didapati hanya negeri Perlis sahaja yang mengambil kira tolakan kos tersebut. Sehubungan itu, negeri Perlis mengenakan kadar zakat 5 peratus ke atas hasil pertanian yang cukup nisab setelah ditolak kos tanaman dan sara hidup. Ini kerana pentadbir zakat negeri mendapati petani-petani sawah padi di negeri tersebut mengeluarkan perbelanjaan yang besar
*Hanya negeri Perlis yang menggunakan nilai kunca dan naleh. 22 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), http://www.kpwkm.gov.my/portal/BM/Upload/20081017_073513_9489_Bajet%202009.pdf, akses pada 03 Februari 2009.

23

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

untuk mengusahakan pertanian sawah padi yang lebih baik dan proses penuaian dalam tempoh yang singkat. Jika sebelum ini, penanaman padi dituai dua kali setahun, tetapi terdapat beberapa zon di negeri-negeri tersebut mampu menuai 5 kali dalam masa 2 tahun. Ini menunjukkan bahawa kos-kos perbelanjaan sama ada perbelanjaan secara langsung atau tidak langsung akan semakin bertambah bagi petani-petani tersebut. Walau bagaimanapun, majoriti negeri-negeri di Malaysia bersetuju menyatakan ada wajarnya sekiranya kos-kos tersebut diambil kira dalam pengiraan zakat pertanian dan merupakan satu ijtihad baru yang perlu dinilai dan diambil kira bagi menjaga maslahah para petani di Malaysia.
Jadual 3: Amalan dan Alasan Pentadbir Zakat Terhadap Tolakan Kos Tanaman dan Kos Sara Hidup Bagi Negeri di Malaysia Kategori % PenolakanKos Penolakan Pandangan Pentadbiran Zakat dan Mufti Terhadap Negeri Tanaman / Kos Sara Pandangan Yang Menolak Kos Tanaman dan Kos Pengeluaran Hidup Sara Hidup Dalam Zakat Pertanian Ya Johor Kedah Terengganu Selangor Melaka Kelantan Tidak Ya Tidak Hanya mengikut pandangan Ulama. Tidak setuju penolakan kos sara hidup tetapi setuju penolakan perbelanjaan dan pengeluaran pertanian. Kebanyakan tanaman padi adalah untuk sara diri dan tidak menggunakan kos yang besar. Berpegang kepada nas asal iaitu mengambil kira hasil kasar bagi kadar zakat pertanian. Secara amalan tidak menolak tetapi terdapat responden yang bersetuju untuk menolak kos. Secara amalan tidak menolak kos-kos tersebut dan berpegang kepada fatwa yang tidak mengambil kira koskos dalam pengiraan zakat pertanian. Bergantung kepada nas yang telah ditetapkan Wajar ada tolakan kos bagi memastikan hak petani dan hak penerima zakat di ambil kira sebagai keutamaan. Namun secara amalannya tidak menolak kos-kos tersebut. Kembali kepada nas yang mengambil kira kadar zakat berdasarkan hasil kasar. Wajar mengambil kira kos-kos tanaman dan sara hidup bagi menjaga kebajikan petani. Selepas Muzakarah Zakat Pulau Pinang 2003, kadar zakat pertanian ditukar daripada 5 peratus tanpa sebarang tolakan kos kepada 10 % dengan kebenaran tolakan kos.

Pahang Negeri Sembilan Perak Perlis P.Pinang

Sumber: Asmak Ab Rahman et al. (2010), Assessment Method for Agricultural Zakah in Malaysia: An Institutional Perspective. World Applied Sciences Journal 11 (12), h. 1505; Asmak Ab Rahman et.al., (2009). Laporan Kutipan Zakat Pertanian di Malaysia: Perkembangan, Prospek dan Isu (FR004/2007A). Kuala Lumpur: Jabatan Syariah dan Ekonomi Akademi Pengajian Islam UM, h. 49.

24

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

iii- Zakat Ke atas Subsidi Padi Jadual 4: Zakat Subsidi Padi Pembayaran Zakat Ke atas Kadar Zakat Terhadap Penerimaan Subsidi Padi Subsidi Padi (%) Ya Tidak 10% daripada hasil padi + subsidi 2.5% (subsidi dianggap sebagai mal mustafad) 2.5 % (subsidi dianggap sebagai mal al-mustafad) 2.5 % (subsidi dianggap sebagai mal al-mustafad)

Kategori & Negeri Johor Kedah Terengganu Selangor Melaka Kelantan Pahang Negeri Sembilan Perak Perlis P. Pinang

Sumber: Asmak Ab Rahman et al. (2010), Assessment Method for Agricultural Zakah in Malaysia: An Institutional Perspective. World Applied Sciences Journal 11 (12), h. 1506; Asmak Ab Rahman et.al., (2009). Laporan Kutipan Zakat Pertanian di Malaysia: Perkembangan, Prospek dan Isu (FR004/2007A). Kuala Lumpur: Jabatan Syariah dan Ekonomi Akademi Pengajian Islam UM, h. 14.

Berdasarkan kepada Jadual 4, keseluruhan negeri di Semenanjung Malaysia tidak mengenakan zakat ke atas harga subsidi padi kecuali negeri Kedah, Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Perlu diingatkan bahawa penanam padi di Malaysia telah disediakan dengan dua jenis subsidi, iaitu subsidi input tanaman dan subsidi harga padi. Subsidi input tanaman merangkumi input pertanian seperti baja, racun, dan benih, dan ini disediakan oleh kerajaan kepada semua petani mengikut saiz sawah yang ditanam pada tiaptiap musim tanaman. Manakala subsidi harga padi pula hanya diberikan sekiranya petani menjual hasil padi mereka di mana-mana kilang padi, sama ada kilang milik BERNAS atau milik swasta.. Subsidi harga padi semasa telah ditetapkan pada RM 248.10 per tan padi. Negeri Kedah mengenakan zakat ke atas subsidi harga padi bersama hasil pertanian (jumlah jualan padi) sebanyak 10 peratus dan negeri Selangor mengenakan kadar sebanyak 2.5 peratus berbanding sebelumnya iaitu 5 peratus. Penurunan kadar ini disebabkan oleh pandangan bahawa subsidi harga padi tersebut telah dikira sebagai alMal Mustafad bukan lagi zakat pertanian dan ia juga dilihat sebagai penggalak dari kerajan kepada petani-petani. Bagi negeri Perak dan Pulau Pinang pula, kadar zakat yang dikenakan ke atas subsidi harga padi adalah sebanyak 2.5 peratus kerana subsidi harga padi yang diterima
25

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

dianggap sebagai mal al-mustafad. Subsidi harga padi yang diberikan oleh kerajaan adalah sebagai galakan atau insentif kepada petani-petani padi supaya meningkatkan hasil pertanian mereka. Bagi negeri-negeri selain Kedah, Selangor, Perak dan Pulau Pinang, subsidi harga padi tidak dikenakan zakat pertanian kerana terdapat beberapa pentadbir zakat negeri-negeri tidak dapat mengenalpasti sama ada petani-petani di negeri mereka memang menerima subsidi harga padi ataupun tidak. Selain itu, pentadbir-pentadbir zakat negeri-negeri tersebut juga berpendapat ia tidak perlu kerana subsidi harga padi tersebut merupakan hasil tambahan lain yang diterima oleh petani-petani yang merupakan sumbangan berbentuk kewangan untuk mengusahakan dan mengembangkan aktiviti pertanian.23
Jadual 5: Subsidi Harga Padi Di Malaysia, 1972-2012 Musim/Tahun Harga Minima Terjamin (HMT) (RM/tan) 264.10 463.00 550.00 650.00 Subsidi Harga Padi (RM/tan) Tiada 248.10 248.10 248.10 Peratusan Subsidi Harga Padi kepada HMT (%) 54.0 46.0 39.0

1/1972 - 2/1979 1/1980 - 1/1997 2/1997 - 1/2006 2/2006 1/2008 2/2008 - 2/2012

750.00 248.10 33.0 Sumber: Bahagian Perancangan dan Teknologi Maklumat, MADA, 2012

Jadual 5 menunjukkan jumlah HMT/tan padi dan subsidi harga padi per tan padi yang di jual mengikut musim tanaman/tahun. Didapati bahawa HMT telah dinaikkan dari RM264.10/tan padi bagi 1/1972 hingga kepada RM750.00/tan padi pada musim tanaman dan tahun semasa (2012). Namun demikian, subsidi harga padi tidak pernah berubah sejak ia diperkenalkan pada 1/1980, iaitu pada RM248.10/tan padi yang dijual, sehingga peratusan subsidi harga kepada HMT telah menurun dari 54.0 peratus (1/1972) kepada 33.0 peratus (2/2012).

Asmak Ab Rahman et.al (2010), Laporan Kaedah Taksiran Zakat Padi di Malaysia: Kesan Sosioekonomi Terhadap Petani dan Penyelesaiannya. Kuala Lumpur: Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, hal. 67.
23

26

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Amalan Kaedah Taksiran Zakat Pertanian Di Malaysia Kajian ini melibatkan seramai 488 responden yang mengusahakan tanaman padi di Semenanjung Malaysia. Kebanyakan responden yang mengusahakan sawah padi adalah terdiri daripada golongan lelaki iaitu seramai 440 orang berbanding wanita hanya seramai 48 orang.

Status Petani dan Pembayaran Zakat Pertanian Dapatan kajian menunjukkan seramai 469 orang (96.3 peratus) telah membayar zakat padi, di mana 460 orang responden (98.1 peratus) membuat pembayaran zakat padi setiap kali selepas menuai dan 9 orang lagi (1.9 peratus) membuat pembayaran setahun sekali. Kebanyakan pembayar zakat padi iaitu seramai 460 orang responden (98.1 peratus) membayar zakat padi dalam bentuk wang. Manakala yang selebihnya seramai 4 orang (0.9 peratus) membayar zakat dalam bentuk padi, 2 orang (0.4 peratus) membayar zakat dalam bentuk beras dan 3 orang lagi (0.6 peratus) membayar dalam bentuk wang dan padi. Ini menunjukkan masyarakat sekarang lebih cenderung membayar zakat dengan menggunakan wang sahaja kerana ia merupakan medium perantaraan yang lebih mudah. Majoriti responden (319 orang) mentaksir zakat dengan sendiri, manakala yang selebihnya menggunakan khidmat amil (94 orang), imam kariah (66 orang) dan kaunter rasmi zakat (47 orang).
Jadual 6: Status Petani dan Pembayaran Zakat Pertanian Status Petani Pemilik tanah Pemilik tanah yang menyewakan sawah kepada orang lain Pemilik tanah memawah sawah kepada orang lain Petani yang menyewa sawah daripada orang lain Bilangan 289 4 1 278 Pembayar Zakat Pemilik tanah Pemilik tanah sahaja Penyewa sahaja Pesawah Bilangan 289 2 2 1

Petani yang memawah sawah daripada orang lain

Petani yang diupah mengusahakan tanah orang lain

Pemilik tanah sahaja 4 Penyewa sahaja 273 Pemilik tanah dan 1 penyewa/pemawah Pemilik tanah sahaja 1 Pemawah sahaja 3 Pemilik tanah dan 2 penyewa/pemawah Pemilik tanah sahaja 2 Petani yang diupah 3 Sumber: Kajian Sampel 2009-2010

27

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Jadual 6 menunjukkan status petani dan pihak yang membayar zakat ke atas hasil tanaman padi yang diusahakan. Berdasarkan Jadual 6 tersebut, kebanyakan petani mengusahakan sawah padi di atas tanah sendiri dan menyewa sawah daripada orang lain dengan jumlah masingmasing iaitu seramai 289 orang dan 278 orang. Bagi sawah yang diusahakan oleh pemilik tanah, zakat dibayar oleh mereka sendiri. Manakala bagi petani yang menyewa sawah daripada orang lain, zakat dibayar oleh penyewa dan pemilik tanah di mana majoritinya dibayar oleh penyewa sahaja (273 orang).

Kadar zakat padi dan kadar zakat subsidi harga padi


Jadual 7: Kadar Zakat Padi dan Kadar Zakat Subsidi Harga Padi Zakat Padi Zakat subsidi harga padi Kadar zakat (%) Bilangan Kadar zakat (%) Bilangan Tidak bayar zakat subsidi 5 101 124 harga padi 7.5 1 10 384 10 463 5 50 2.5 17 2.5 24 Sumber: Kajian Sampel 2009-2010

Dapatan kajian (Jadual 7) menunjukkan majoriti petani membayar zakat pertanian dengan kadar 10 peratus (463 orang), diikuti dengan kadar 5 peratus (101 orang). Kadar zakat ini bergantung kepada cara pengairan yang digunakan oleh para petani di mana majoriti petani (75.6%) menggunakan kemudahan saliran yang disediakan oleh kerajaan. Malah terdapat petani yang membayar zakat sebanyak 2.5% di mana dilihat sebagai tidak menepati peraturan dalam pengeluaran zakat pertanian yang disyariatkan. Manakala terdapat ramai juga responden yang membayar zakat ke atas subsidi harga padi dengan kadar 10, 5 dan 2.5 peratus. Majoriti daripada petani (384 orang) membayar zakat subsidi harga padi dengan kadar 10 peratus.

Kaedah taksiran zakat pertanian Jadual 8: Kaedah Taksiran Zakat Pertanian Jenis Tolakan Kos Bilangan Responden Yang Menolak Kos Kos tanaman 51 Kos sara hidup 55 Sumber: Kajian Sampel 2009-2010
28

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Berdasarkan dapatan kajian (Jadual 8), majoriti petani yang membayar zakat pertanian dengan cara tidak menolak kos tanaman dan kos sara hidup. Hanya terdapat 51 orang responden yang menolak kos tanaman dan 55 orang yang menolak kos sara hidup dalam membuat pembayaran zakat pertanian.

Kesimpulan Hasil kajian ternyata menunjukkan banyak perbezaan terhadap amalan taksiran zakat padi di Malaysia mengikut negeri masing-masing. Perbezaan ini merangkumi kadar nisab, tolakan kos sara hidup dan kos tanaman serta pengenaan zakat terhadap subsidi harga padi baik di peringkat pihak pengurusan zakat pertanian mahupun amalan dalam kalangan para petani itu sendiri.

RUJUKAN
Al-Dusuqi, Muhammad bin Ahmad (1996), Khasyiah al-Dusuqi, Jil. 2. Beirut: Dar al-Ma`rifah. Al-Kasani (1998), Badai` al-Sanai`, Jil. 2. Lubnan: Dar Ihya al-Turath al-`Arabi. Al-Khaib al-Syarbini (1997), Mughni al-Muhtaj, Jil. 1. Beirut: Dar al-Ma`rifah. Al-Nawawi, Muhyi al-Din (1997), Sahih Muslim Bi Syarh al-Imam al-Nawawi, Jil. 7. Beirut: Dar al-Ma`arifah. Asmak Ab Rahman (2004). Pemikiran Ekonomi Islam Dalam Bidang Pertanian dan Amalannya di Malaysia. (Tesis di Institut Pengajian Siswazah, Universiti Malaya Kuala Lumpur). Asmak Ab Rahman et.al., (2009). Laporan Kutipan Zakat Pertanian di Malaysia: Perkembangan, Prospek dan Isu (FR004/2007A). Kuala Lumpur: Jabatan Syariah dan Ekonomi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Asmak Ab Rahman et.al. (2010), Assessment Method for Agricultural zakah in Malaysia: An Institutional Perspective. World Applied Sciences Journal 11 (12), hh. 1500-1508. Asmak Ab Rahman et.al (2010), Laporan Kaedah Taksiran Zakat Padi di Malaysia: Kesan Sosioekonomi Terhadap Petani dan Penyelesaiannya (FP029/2008C). Kuala Lumpur: Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Asmak Ab.Rahman & Pazim @ Fadzim Othman (2005), Kaedah Taksiran Zakat Padi dan Kesannya Terhadap Petani: Kajian di Selangor. Jurnal Syariah. Jil. 13, Bil.1, hh. 37-63. Ibn Hazm, Abu Muhammad bin Ahmad (t.t), al-Muhalla, Mesir: al-Munirah. Ibn Qudamah (1997), al-Mughni, Jil. 4. Riyad: Dar al- `Alim al-Kutub. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), http://www.kpwkm.gov.my/portal/BM/Upload/20081017_073513_9489_Bajet%202009.pdf, akses pada 03 Februari 2009. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (2008), Perangkaan Pertanian 2008, Putrajaya: Unit Pengurusan Maklumat dan Statistik. Muslim, Ibn Muslim al-Qusyairi al-Naisaburi (t.t), al-Jami al-Sahih, Kitab al-Zakah, Bab Ma Fihi al-`Usyr aw Nisfu al-`Usyr, Jil. 3, Beirut: al-Maktabah al-Tujjariyyah. Portal Rasmi Pejabat Perdana Menteri Malaysia, http://www.pmo.gov.my/?menu, akses pada 28 Januari 2009. Pusat Zakat Melaka, http://www.izakat.com/info/InfoPertanian.html, akses pada 03 Oktober 2008.

29

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS) DAN HUBUNGANNYA DENGAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ONLINE Khadijah Binti Muda Dr.Mohd.Daud Bin Awang Dr.Husniyah Abdul Rahim @ Abdul Wahab Dayang Shobihah Abang Abai Universiti Putra Malaysia ABSTRAK Teknologi maklumat dan komunikasi sangat penting dalam dunia masa kini. Dunia tanpa sempadan dengan kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi menjadikan dunia semakin kecil. Semua orang mampu berhubung walau di mana berada dengan adanya kemudahan ini. Teknologi maklumat dan komunikasi yang pantas mendahului masa dapat menyebarkan dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada manusia dengan lebih cepat dan berkesan Rashidah Mokhtar (2006). Artikel ini akan mengupas tentang hasil kajian daripada penggunaan laman web zakat Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan hubungannya dengan pembayaran zakat secara online. Kajian ini juga turut mengkaji perkaitan antara latar belakang pengguna dan penggunaan laman web LZS serta perkaitan antara latar belakang pengguna dan pembayaran zakat secara atas talian. Seramai 385 responden yang telah diambil daripada populasi pengguna laman web zakat LZS. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa walaupun semua pengguna menggunakan dan melayari laman web zakat LZS dan membayar zakat, namun hanya segelintir sahaja bilangan pengguna yang menggunakan kaedah pembayaran secara atas talian. Katakunci: Laman web, zakat, LZS Pendahuluan Semenjak tahun-tahun kebelakangan ini pengurusan zakat dengan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) mula dipandang serius sejajar dengan perkembangan teknologi yang pesat membangun di mana Lembaga Zakat Selangor mempunyai sistem teknologi maklumat yang canggih (Haji Mohamed Izam b. Mohamed Yusof, 2010). Portal zakat LZS turut menyediakan kemudahan pembayaran zakat secara online. Ia dapat memudahkan lagi pembayar zakat dan pengguna dalam urusan menunaikan zakat. Portal ini juga dilihat sebagai cabang dakwah dalam menyediakan medium untuk mendapatkan maklumat zakat. Ia juga turut dijadikan
30

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

sebagai wadah terkini kepada umum untuk kemudahan pembayaran zakat, tanpa perlu ke kaunter-kaunter zakat (Sukri Azhari, 2011) bersesuaian dengan pernyataan Ismahafezi Ismail (2009) bahawa penggunaan laman web menyebabkan urusan lebih cepat, pantas dan tepat. Segala urusan dapat dipermudahkan dan dipercepatkan termasuklah urusan jual beli, pembayaran bil, perpindahan wang melalui bank, penyimpanan maklumat dan sebagainya. Hal ini dapat menyenangkan dan mempercepatkan lagi pembayar zakat untuk menunaikan kewajipan mereka.

Penyataan Masalah Kajian ini melihat kepada isu pembayaran zakat dan kaitannya dengan teknologi. Di sini penyelidik telah merujuk kepada kajian-kajian dan isu-isu yang telah dibangkitkan berkenaan zakat. Antaranya adalah masyarakat kurang kefahaman tentang zakat dan hal ini menyebabkan kurangnya kesedaran dalam kalangan masyarakat Islam untuk membayar zakat (Rashidah Mokhtar, 2006). Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Muhd Noor & Sanep Ahmad (2005) juga berpendapat kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang zakat terutama zakat harta berada pada tahap yang rendah. Kajian-kajian penyelidikan mengenai kesedaran membayar zakat oleh Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Muhd Noor & Sanep Ahmad (2005), Zainol Bidin & Kamil Md.Idris (2009) dan Mohd Ali Mohd Nor, Hairunnizam Wahid & Nor ghani Mohd Nor (2004) menunjukkan masih ramai golongan masyarakat Islam yang kurang kesedaran tentang kewajipan ini. Penyelidikan yang dijalankan lebih banyak memberi tumpuan kepada punca yang menyebabkan kurangnya kesedaran dalam kalangan masyarakat negara ini. Hasil daripada kajian yang dilakukan juga telah menghasilkan model perilaku kepatuhan zakat (Sanep Ahmad & Zulkifli, 2010). Daripada model ini, dapat dijelaskan bahawa perilaku kepatuhan membayar zakat dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti keimanan, kepercayaan kepada institusi, penguatkuasaan undang-undang, persepsi terhadap sistem cukai, persekitaran dan rujukan, kemudahan mekanisme pembayaran dan kefahaman atau pengetahuan agama. Melalui permasalahan ini, laman web zakat merupakan antara perantara yang sesuai pada masa kini untuk menyampaikan maklumat zakat dengan cepat dan berkesan kepada masyarakat Islam. Namun begitu, jika laman web zakat tidak dapat menarik ramai pengunjung, kefungsiannya sebagai penyampai maklumat yang berkesan turut tidak boleh diakui.

31

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Penggunaan ICT sangat penting dalam kehidupan seharian manusia (Todman, 2000). Ia sejajar dengan dunia globalisasi di mana ICT merupakan suatu keperluan yang menjadi rangkaian sosial pada masa kini. Dengan adanya kemudahan ini, urusan seharian seperti proses jual-beli, urusniaga, pekerjaan dan pembelajaran menjadi lebih cepat dan mudah. Menyedari realiti itu, kerajaan Malaysia telah mengambil pelbagai inisiatif untuk meningkatkan penggunaan dan pembinaan ICT secara kreatif, inovatif dan produktif. Antaranya adalah pelaksanaan PSISP 2011-2015 (Pelan Strategik ICT Sektor Awam 2011-2015). Visi bagi pelan strategik ini adalah untuk memastikan penggunaan ICT secara meluas ke arah perkhidmatan awam berfokuskan rakyat dengan pendekatan keseluruhan kerajaan. Misi untuk PSISP ini pula adalah menyediakan perkhidmatan atas talian yang seamless kepada rakyat, bisnes dan kerajaan melalui perkhidmatan awam saling berhubungan (Azlina Azman, 2012). Selain daripada pelan strategik ini juga, pelbagai rancangan yang melibatkan ICT telah dilakukan seperti ICT dalam RMK-10 (Rancangan Malaysia Kesepuluh), Digital Malaysia dan sebagainya. Dalam rancanganrancangan ini ICT dijadikan sebagai medium dan pemangkin untuk mempercepatkan lagi proses pengurusan yang dirancangkan. Hal ini menunjukkan pihak kerajaan sangat komited dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak ketinggalan dalam arus kepesatan ICT. Bagi merealisasikan dan menyokong perancangan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan ini, maka sewajarnya ICT ini digunakan dan diterokai dengan semaksima mungkin ke arah kebaikan supaya semua rakyat Malaysia merasai kesannya sebagai satu kemudahan pada dunia hari ini. Bagi menyahut cabaran ini, agensi pengurusan zakat juga telah menyediakan kemudahan ICT kepada masyarakat Islam untuk memudahkan urusan berkaitan zakat misalnya Lembaga Zakat Selangor yang kini menyediakan kemudahan pembayaran zakat atas talian yang dikenali sebagai eZakatPay, e-Majikan dan eZakatOnline. Kemudahan ini disediakan bagi memudahkan lagi masyarakat Islam agar tiada alasan untuk menunaikan zakat yang menjadi salah satu daripada kewajipan sebagai seorang muslim. Selain itu, ia juga bertujuan agar laman web yang disediakan dapat memberi maklumat-maklumat terkini yang berkaitan zakat. Laman-laman web telah terbukti banyak memberi manfaat kepada orang ramai bagi menyampaikan informasi-informasi dengan cepat dan pantas (Ismahafezi Ismail, 2009) di samping menyediakan aplikasi-aplikasi yang memberi manfaat kepada pengguna seperti kalkulator zakat, pembayaran zakat melalui online dan sebagainya. LZS merupakan antara pusat zakat yang mempunyai sistem teknologi maklumat yang canggih (Mohamed Izam Mohamed Yusof, 2010). Menurut Mohamed Izam
32

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Mohamed Yusof (2010) ICT merupakan kunci bagi kemajuan pengurusan zakat Selangor. Tambahan beliau lagi, pemanfaatan ICT memberi peluang kepada LZS untuk membangunkan pelbagai strategi e-zakat, rancangan dan inisiatif. Di samping itu ICT dapat meningkatkan kecekapan tenaga kerja, penghantaran yang lebih baik dan lebih cepat daripada perkhidmatan dan akses yang tinggi daripada pengguna. Menerusi SelangorKini Online yang bertarikh 28 Jun 2011, Ketua Pegawai Eksekutif LZS Mohamed Izam Mohamed Yusof menyatakan bahawa LZS kini sedang meningkatkan mutu perkhidmatan dan menaik taraf sistem menggunakan teknologi maklumat. Laman web LZS digunakan sebagai medan informasi kewangan sekaligus memberi kesedaran tentang pembayaran zakat dalam kalangan masyarakat Islam. Beliau turut menyatakan sebanyak 30 segmen video dihasilkan dan dipaparkan di laman LZS untuk menarik minat masyarakat mengenai tanggungjawab membayar zakat. Kemudahan laman web bukan saja memudahkan pengguna malah institusi amil24 juga boleh memanfaatkannya untuk urusan kutipan, agihan dan pengurusan operasinya. Sama seperti laman web pusat-pusat zakat lain, LZS turut menawarkan perkhidmatan pembayaran zakat secara online untuk memudahkan pengguna menunaikan kewajipan mereka. Namun, persoalannya statistik pembayaran zakat melalui internet sering dilihat antara kaedah pembayaran yang paling sedikit digunakan oleh pembayar. Menurut pegawai bahagian pengurusan aplikasi LZS iaitu En Mohd Faisal Haji Mohd Rahim, pada tahun 2011 pembayar zakat yang membayar melalui online hanyalah 14,990 orang dengan jumlah kutipan RM20.1 juta. Kaedah pembayaran online juga menurut beliau lagi sentiasa mengalami peningkatan melebihi 20% setiap tahun dan menyebabkan pembayaran zakat melalui kaunter-kaunter menurun secara drastik. Hal ini menunjukkan bahawa pembayaran zakat secara online mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Objektif Kajian Objektif am kajian ini adalah mengkaji hubungan antara penggunaan laman web zakat dan pembayaran zakat secara online dalam kalangan masyarakat Islam di Selangor. Objektif khusus kajian ini terdiri daripada: 1. Mengenal pasti tahap penggunaan laman web zakat dan tahap penerimaan pengguna terhadap pembayaran zakat secara.
24

orang yang diberi tauliah (kuasa) untuk memungut zakat (dan berhak menerima zakat).

33

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

2. Menentukan perkaitan antara latar belakang (jantina, umur, pendidikan tertinggi, pengetahuan ICT, penggunaan ICT) pengguna dan tahap penggunaan laman web zakat. 3. Menentukan perkaitan antara latar belakang (jantina, umur, pendidikan tertinggi, pengetahuan ICT, penggunaan ICT) pengguna dan tahap penerimaan pengguna terhadap pembayaran zakat secara online. 4. Mengenal pasti perkaitan antara tahap penggunaan laman web zakat, penerimaan pengguna terhadap pembayaran zakat secara online dan pembayaran zakat secara online. 5. Mengetahui persepsi pengguna terhadap pusat LZS dan sistem pembayaran zakat online. Metodologi Kajian Seramai 385 responden telah dipilih secara bertujuan sebagai responden kajian. dengan menggunakan kaedah kajian tinjauan, borang soal selidik digunakan sebagai instrumen untuk pengutipan data. Kajian ini dijalankan di negeri Selangor iaitu di sekitar bandar-bandar yang menjadi tumpuan masyarakat Islam. Antara bandar yang menjadi pilihan adalah Bandar Baru Bangi dan Shah Alam. Ini kerana Shah Alam dan Bangi merupakan antara bandar yang dihuni ramai penduduk beragama Islam. Bandar-bandar ini juga merupakan antara bandar yang mempunyai tahap urbanisasi yang tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa penduduk-penduduknya ramai yang menggunakan teknologi dalam kehidupan seharian. Namun, disebabkan kaedah pengutipan data melalui online maka lokasi kajian tidak terhad pada kawasan tumpuan yang dinyatakan sahaja. Lokasi kajian adalah bergantung kepada pengguna laman web zakat Selangor berada. Pemilihan sampel kajian bersandarkan kepada ciri-ciri berikut iaitu beragama Islam, pernah melayari laman web zakat Selangor (LZS). Sebelum responden dipilih, mereka akan dipastikan terlebih dahulu pernah melayari laman web zakat dan mempunyai pekerjaan sama ada bekerja kerajaan, swasta, berniaga dan lain-lain. Hasil Kajian Hasil kajian menunjukkan bilangan responden perempuan adalah yang paling ramai, namun jumlah perbezaan tidak terlalu ketara iaitu seramai 197 (51.2%) orang perempuan dan 188 (48.8%) orang lelaki. Dapatan menunjukkan responden yang berumur 30 hingga 39 tahun adalah yang tertinggi iaitu seramai 172 (44.7%) orang, diikuti responden berumur 20 hingga 29 tahun iaitu seramai 118 (30.6%) orang, responden berumur 40 hingga 49 tahun seramai 59 (15.3%)
34

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

orang, responden berumur 50 hingga 59 tahun sebanyak 29 (7.5%) orang, responden berumur 60 hingga 69 sebanyak 6 (1.6%) orang dan yang paling rendah adalah responden yang berusia 18 hingga 19 tahun iaitu hanya seorang (0.3%). Min iaitu purata bagi umur responden adalah 34.94 manakala mod iaitu kekerapan umur yang paling tinggi adalah responden yang berumur 30 tahun. Tahap pendidikan tertinggi responden kajian adalah Ijazah Sarjana Muda di mana kekerapan responden adalah seramai 142 (36.9%) orang. Manakala Diploma adalah yang kedua tertinggi bagi tahap pendidikan responden iaitu seramai 84 (21.8%) orang, diikuti Master seramai 54 (14.0%) orang, PHD (Doktor Falsafah) seramai 37 (9.6%) orang, SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) seramai 36 (9.4%) orang, sijil seramai 20 (5.2%) orang dan tahap pendidikan tertinggi yang terendah adalah STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia) iaitu hanya seramai 12 (3.1%) orang responden. Tahap pengetahuan ICT responden diukur menggunakan 4 item dan 4 skala (sangat tidak tahu, tidak tahu, tahu dan sangat tahu). Ukuran tahap pengetahuan ICT berdasarkan tahap pengetahuan responden terhadap peralatan dan perisian teknologi maklumat dan komunikasi yang asas, dan mempunyai kaitan dengan penggunaan laman web serta alat medium untuk membuat pembayaran zakat secara atas talian (online). Antaranya adalah tahap pengetahuan tentang komputer/laptop, internet, telefon bimbit dan web browser (seperti internet explorer/mozilla dan sebagainya. Secara keseluruhannya tahap pengetahuan ICT responden berada pada tahap yang tinggi di mana seramai 195 (50.6%) orang berada pada tahap tinggi, diikuti 189 (49.1%) pada tahap sederhana dan seramai seorang (0.3%) pada tahap rendah. Dapat dilihat disini bahawa 99.7% daripada kesemua responden berada pada tahap yang celik ICT atau pengetahuan ICT berada pada tahap yang tinggi, hanya 0.3% bilangan responden sahaja yang berada pada tahap yang rendah iaitu tentang pengetahuan ICT. Teknologi maklumat dan komunikasi terbahagi kepada dua iaitu teknologi maklumat dan teknologi komunikasi. Ukuran bagi penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kajian ini adalah menggunakan 17 item dan 4 skala (tidak pernah guna, jarang, selalu, sangat kerap). Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi responden secara puratanya berada pada tahap yang tinggi di mana nilai min iaitu purata keseluruhan adalah sebanyak 54.46 dan nilai mod iaitu kekerapan yang paling tinggi adalah 53. Nilai 53 menunjukkan tahap penggunaan teknologi maklumat responden berada pada tahap tertinggi. Sebanyak 271 (70.4%) orang responden berada pada tahap tinggi, diikuti tahap sederhana sebanyak 113 (29.4%) orang dan tahap rendah hanya sebanyak seorang (0.3%) orang.
35

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Kekerapan penggunaan peralatan ICT responden berada pada tahap tertinggi bagi penggunaan sangat kerap diikuti selalu, jarang dan tidak guna. Penggunaan telefon bimbit adalah kekerapan yang tertinggi iaitu seramai 342 orang. Kekerapan kedua tertinggi adalah penggunaan internet, diikuti penggunaan komputer atau laptop dan penggunaan terendah adalah penggunaan web browser. Kekerapan tertinggi penggunaan teknologi maklumat responden adalah untuk mendapatkan maklumat, sebanyak 344 orang responden menjawab selalu, diikuti 34 orang menjawab kadang-kadang, 4 orang tidak pernah dan 3 orang menjawab jarang-jarang. Kekerapan kedua tertinggi penggunaan teknologi maklumat adalah untuk membaca emel atau menghantar emel, responden yang selalu membuka atau membaca serta menghantar emel adalah seramai 335 orang. Kadang-kadang sebanyak 33 orang, jarang 13 orang dan tidak pernah seramai 4 orang. Seterusnya penggunaan teknologi maklumat yang bertujuan untuk pembelajaran seramai 244 orang menjawab selalu, 123 orang menjawab kadang-kadang, jarang-jarang seramai 14 orang dan tidak pernah seramai 4 orang. Penggunaan teknologi maklumat yang bertujuan untuk pekerjaan seramai 238 orang menjawab selalu, 72 orang menjawab kadang-kadang, jarang-jarang seramai 53 orang dan tidak pernah seramai 22 orang. Penggunaan teknologi maklumat untuk tujuan membaca berita atas talian adalah seramai 232 orang menjawab selalu, 109 orang menjawab kadang-kadang, jarang-jarang seramai 36 orang dan tidak pernah seramai 8 orang. Penggunaan teknologi maklumat untuk tujuan melayari laman sosial dan mencari maklumat berkenaan Islam atau agama berada pada tahap yang sederhana. Namun begitu jumlah responden yang selalu melayari laman sosial dan mencari maklumat berkenaan agama tetap berada pada tahap yang tinggi iaitu seramai 218 dan 167 orang. Data yang diperolehi ini juga menunjukkan bahawa responden kebanyakannya kurang berminat untuk melayari internet bagi tujuan blogging, urusan perniagaan, menyertai forum-forum atas talian, chatting, dan melakukan transaksi atau pembayaran menggunakan pembankan atas talian.

Penggunaan Laman Web Zakat LZS Secara keseluruhannya tahap kekerapan penggunaan laman web zakat LZS berada pada tahap yang rendah. Tahap kekerapan penggunaan laman web zakat LZS tertinggi adalah tahap rendah iaitu seramai 337 (87.5%) orang responden. Manakala pada tahap sederhana pula responden adalah seramai 44 (11.4%) orang iaitu berada pada tahap sederhana. Tahap terendah
36

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

adalah tahap tinggi iaitu hanya seramai 4 (1.0%) orang responden. Purata nilai, min bagi tahap kekerapan penggunaan laman web zakat LZS adalah 22.2675 dan nilai kekerapan tertinggi iaitu mod adalah pada tahap 19 iaitu tahap rendah. Maka dapat disimpulkan di sini bahawa tahap kekerapan penggunaan laman web zakat LZS adalah sangat rendah. Ukuran bagi tahap kekerapan penggunaan laman web zakat LZS ini adalah menggunakan 15 item dan 4 skala iaitu tidak pernah, jarang, kadang-kadang dan selalu. Jarang bagi ukuran kajian ini adalah sebulan sekali atau kurang, manakala kadang-kadang adalah sekali sehingga 3 kali seminggu dan bagi selalu adalah hampir setiap hari atau melebihi 3 kali seminggu. Dapat diperhatikan bahawa nilai selalu adalah paling rendah bagi semua item. Responden melawat laman web zakat LZS dengan tujuan yang tertinggi adalah untuk mengetahui tentang LZS, diikuti dengan untuk tujuan mengetahui tentang maklumat zakat. Tujuan ketiga tertinggi adalah untuk menggunakan kalkulator zakat, diikuti untuk tujuan menghubungi pusat LZS, melihat berita zakat, memuat turun borang bayaran zakat, memuat turun borang bantuan zakat, memuat turun gambar dan video, melihat peluang kerjaya, bagi tujuan membayar zakat, memuat turun majalah asnaf, memuat turun e-book, memuat turun kertas kerja, memuat turun laporan zakat tahunan dan yang paling kurang dilawati adalah memuat turun tender.

Pembayaran Zakat Secara Online Dapatan kajian ini terhadap responden menunjukkan bahawa sebanyak 80.8% (311 orang) pernah membayar zakat sendiri manakala sebanyak 19.2% (74 orang) tidak pernah membayar zakat sendiri. Kebanyakan responden yang tidak pernah membayar zakat sendiri adalah disebabkan oleh zakat mereka telah dibayar oleh ketua keluarga masing-masing. Daripada jumlah yang pernah membayar zakat sendiri pula, hanya 74 orang responden yang membayar zakat secara online. Bagi responden yang tidak memilih kaedah pembayaran zakat secara online, kaedah pembayaran zakat melalui kaunter zakat merupakan pilihan ramai responden iaitu seramai 179 orang. Kaedah kedua tertinggi yang menjadi pilihan pula adalah pembayaran zakat melalui potongan gaji seramai 151 orang, diikuti pembayaran terus kepada asnaf seramai 9 orang. Selain itu, 3 orang responden memilih kaedah pembayaran melalui kaunter pejabat pos. Bagi kaedah pembayaran melalui kaunter bank, kad kredit, mesin ATM dan terus kepada amil adalah seramai 1 orang.
37

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Bagi kaedah pembayaran melalui telefon atau SMS adalah 0. Hasil daripada kajian juga mendapati terdapat responden yang menggunakan banyak medium dalam melakukan pembayaran zakat seperti menggunakan kaunter zakat dan melalui potongan gaji. Secara ringkasnya, didapati responden lebih senang menggunakan kaedah pembayaran secara konvensional iaitu kaedah seperti kebiasaannya berbanding kaedah pembayaran secara online.

Persepsi Terhadap LZS Persepsi responden terhadap pusat zakat LZS terdiri daripada positif, negatif dan tiada komen. Hasil daripada kajian menunjukkan seramai 176 (45.7%) orang menjawab tidak pasti atau tiada komen. Manakala responden yang memberi jawapan positif seramai 157 (40.8%) orang dan negatif seramai 52 (13.5%) orang. Daripada persepsi negatif yang diterima, seramai 10 orang menyatakan bahawa perlunya promosi tentang zakat oleh LZS dengan lebih meluas terutama di media-media eletronik atau media cetak. Pihak LZS perlu mewar-warkan dengan lebih meluas tentang kaedah-kaedah pembayaran zakat, penggunaan IT untuk pembayaran zakat, kaunterkaunter zakat, laporan agihan zakat dan sebagainya agar pengguna tahu tentang pembayaran dan agihan zakat. Pihak zakat juga disarankan oleh responden agar memperbanyakkan pelbagai medium dalam mempromosikan zakat. Seramai 28 orang responden pula memberi persepsi negatif tentang agihan zakat oleh pihak LZS. Responden memberitahu bahawa wujudnya birokrasi dan permainan politik dalam mengagihkan wang zakat. Terdapat orang kaya yang tidak layak menerima zakat namun menerima wang zakat manakala orang miskin yang sepatutnya layak, tidak menerima wang zakat sehingga terpaksa merempat dan mengemis. Hal ini menyebabkan responden kurang yakin terhadap pusat zakat LZS. Golongan yang layak menerima juga terpaksa berhadapan dengan pelbagai prosedur serta terdapat sebilangan asnaf yang benar-benar layak namun malu untuk memohon bantuan zakat. Maka responden menyarankan agar pihak LZS memantau dan mencari golongan-golongan asnaf untuk memberi bantuan zakat. Menurut responden yang memberi persepsi positif pula, pihak LZS merupakan pusat zakat yang terbaik di Malaysia. LZS merupakan pusat zakat yang sistematik, teratur, berkesan, aktif, selamat, telus, perkhidmatan yang baik, senang dalam berurusan, mempunyai peningkatan kerja kepada lebih cemerlang, proaktif, amanah, cepat, memudahkan, mempunyai kaunter di banyak tempat, pengurusan yang menjurus kepada sifar asnaf dan sebagainya. Selain

38

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

itu, menurut responden lagi pengurusan zakat juga dilihat lebih baik selepas pengurusan berada di bawah Pakatan Rakyat berbanding sebelumnya.

Persepsi Terhadap Kaedah Pembayaran Zakat Online Secara keseluruhannya tahap persepsi responden terhadap pada tahap tinggi, di mana bilangan responden paling banyak berada pada tahap tinggi. Hal ini menunjukkan responden memberi persepsi yang sangat positif terhadap kaedah pembayaran zakat secara online. Responden turut ditanyakan mengenai persepsi terhadap kaedah pembayaran zakat secara online melalui soalan terbuka. Hasilnya didapati seramai 48 (12.5%) orang memberi persepsi negatif dan 161 (41.8%) memberi persepsi positif. Manakala sebanyak 176 orang tidak memberi sebarang komen dan menjawab tidak pasti. Persepsi negatif responden adalah mengenai hukum jika menggunakan kaedah pembayaran zakat secara online. Seramai 14 orang responden was-was dengan kaedah pembayaran zakat secara online kerana disebabkan tiada akad. Selebihnya memberi persepsi negatif disebabkan oleh soal keselamatan transaksi dalam talian, kurang memberi kesan dalam jiwa pembayar, prosedur penggunaan sistem online perlu diberi panduan dengan lebih luas, kurang yakin dan sebagainya. Manakala respon positif yang diterima menjelaskan bahawa kemudahan ini amat baik dalam memudahkan urusan masyarakat Islam, dalam menyebarkan syiar Islam dan mempercepatkan urusan. Bagi responden yang menjawab tidak pasti, terdapat dari kalangan ini yang tidak mengetahui tentang kewujudan kaedah pembayaran zakat secara online dan tidak pernah menggunakannya.

Hasil Keputusan Ujian Hipotesis Sebelum memulakan ujian statistik inferensi, ujian normaliti taburan data perlu dilakukan terlebih dahulu (Chua Yan Piaw, 2006) untuk menentukan sama ada taburan normal atau tidak normal. Ujian normaliti dilakukan ke atas variabel tahap penggunaan laman web zakat LZS dan tahap penerimaan pembayaran zakat secara online. Hasil daripada ujian normaliti menunjukkan taburan bagi ukuran tahap penggunaan laman web zakat LZS dan penerimaan pembayaran zakat secara online adalah tidak normal. Hasil signifikan bagi kesemua variabel adalah p<0.05. Setelah ujian normaliti dilakukan, pengkaji telah menentukan bahawa data yang diperolehi adalah bukan parametrik.
39

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Ringkasan Keputusan Ujian Hipotesis Bagi menjawab objektif kedua, ketiga dan keempat, sebanyak tiga belas hipotesis telah dibangunkan dan diuji. Daripada objektif kedua telah terhasil lima hipotesis iaitu hipotesis pertama, ketiga, keempat, kelima dan keenam. Objektif ketiga juga telah menghasilkan lima hipotesis iaitu hipotesis kedua, ketujuh, kelapan, kesembilan dan kesepuluh. Manakala objektif keempat telah menghasilkan tiga hipotesis iaitu hipotesis kesebelas, kedua belas dan ketiga belas. Secara ringkasnya, hasil hipotesis boleh dirujuk dalam jadual 12 di bawah. Jadual 12: Hasil ringkasan keputusan ujian hipotesis Hipotesis H1 Keputusan ujian

Tahap penggunaan laman web zakat LZS pengguna Gagal ditolak. lelaki dan perempuan adalah identikal (sama) Ujian Mann-Whitney (U=18291.5, p=0.835)

H2

Tahap penerimaan pengguna terhadap pembayaran Gagal ditolak. zakat melalui online antara lelaki dan perempuan Ujian Mann-Whitney adalah identikal (sama). (U=17655.5, p=0.366)

H3

Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara umur Berjaya ditolak. responden dan tahap penggunaan laman web zakat Ujian Kruskal Wallis LZS. (Chi-Square=18.808, df=5, p=0.002)

H4

Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Berjaya ditolak. pendidikan tertinggi responden dan tahap Ujian Kruskal Wallis penggunaan laman web zakat LZS. (Chi-Square=20.014, df=6, p=0.003)

H5

Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Gagal ditolak. pengetahuan ICT responden dan tahap penggunaan Ujian korelasi Spearman laman web zakat LZS. (r=0.064, p=0.211)

H6

Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Berjaya ditolak penggunaan ICT responden dan tahap penggunaan Ujian korelasi Spearman laman web zakat LZS. (r=0.321**, p=0.000)
40

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

H7

Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara umur Berjaya ditolak. responden dan penerimaan pengguna terhadap Ujian Kruskal Wallis pembayaran zakat melalui online. (Chi-Square=11.532, df=5, p=0.042)

H8

Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Gagal ditolak. pendidikan tertinggi responden dan penerimaan pengguna terhadap pembayaran zakat melalui online. Ujian Kruskal Wallis (Chi-Square=4.420, df=6, p=0.620)

H9

Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Berjaya ditolak. pengetahuan ICT responden dan penerimaan pengguna terhadap pembayaran zakat melalui online. Ujian korelasi Spearman (r=0.214**, p=0.000)

H10

Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Berjaya ditolak. penggunaan ICT responden dan penerimaan pengguna terhadap pembayaran zakat melalui online. Ujian korelasi Spearman (r= 0.269**, p=0.000)

H11

Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Berjaya ditolak. penggunaan laman web zakat LZS responden dan penerimaan pengguna terhadap pembayaran zakat Ujian korelasi Spearman melalui online. (r= - 0.250**, p=0.000) Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap Berjaya ditolak. penggunaan laman web zakat LZS dan pembayaran Ujian korelasi Spearman zakat secara online. (r= - 0.229**, p=0.000)

H12

H13

Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Berjaya ditolak. penerimaan pengguna terhadap pembayaran zakat Ujian korelasi Spearman secara online dan pembayaran zakat secara online. (r=-0.395**, p=0.000)

Kesimpulan Hasil daripada kajian yang dijalankan dapat disimpulkan bahawa penggunaan laman web zakat LZS sedikit sebanyak memberi kesan kepada pembayaran zakat secara online. Ia juga menunjukkan terdapat hubungan antara penggunaan laman web zakat LZS dan tahap penerimaan pengguna terhadap pemabayaran zakat secara online. Namun, persepsi pengguna terhadap
41

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

penerimaan pembayaran zakat secara online lebih mempunyai kaitan dalam pembayaran zakat secara online. Umur, pendidikan tertinggi dan tahap penggunaan ICT mempunyai perbezaan dalam penggunaan laman web zakat LZS. Umur, pengetahuan ICT dan penggunaan ICT juga mempunyai perbezaan dalam penerimaan pembayaran zakat secara online.

RUJUKAN
Azizi Yahaya et al. (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan : Teori, Analisis dan Interpretasi Data. Kuala Lumpur. PTS Profesional Publishing Sdn Bhd. Azlina Azman (2012). Pelan Strategik Ict Sektor Awam (Psisp): Ke Arah Transformasi Digital Sektor Awam. MAMPU. Hair J.F., Money A.H., Samouel p & Page M. (2007). Research Methods for Business.England: John Wiley & Sons,Ltd Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul (2009). Pengagihan Zakat Oleh Institusi Zakat Di Malaysia: Mengapa Masyarakat Islam Tidak Berpuas Hati? Shariah Journal,Vol. 17, No. 1 , 89-112. Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Muhd Noor & Sanep Ahmad (2005). Kesedaran Membayar Zakat: Apakah Faktor Penentunya? IJMS 12(2), 171-189. Haji Mohamed Izam b. Mohamed Yusof (2010). Pengurusan Zakat Di Negeri Selangor : Mengorak Langkah Meneraju Perubahan. USM Pulau Pinang. Ismahafezi Ismail (2009). Pembangunan Laman Web Pencarian Kerja Dengan Aplikasi Second Life. Unpublished degree dissertation, Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia. Mohd Najib Abd Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai, Johor. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Salleh dan Zaidatun Tasir (2001). Pengenalan kepada Analisis Data Berkomputer: SPSS 10.0 for Windows. Kuala Lumpur: Venton Publishing. Rashidah Mokhtar (2006). Portal Pengetahuan Zakat Kajian Kes: Unit Pungutan Dan Agihan Zakat Majlis Agama Islam Negeri Johor. Universiti Teknologi Malaysia. Sukri Azhari (2011, 8 15). Portal Zakat yang baru memudahkan pembayar zakat . Retrieved 1 10, 2012, from Pusat Pungutan Zakat: http://www.zakat.com.my/

42

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

ZAKAT DAN BAITULMAL: ISU DAN CABARAN Mohd Farihal Osman25 Prof. Dr. Mahamad Tayib26 Prof Dr. Nor Hayati Ahmad27 Dr. Mahyuddin Abu Bakar28 Universiti Utara Malaysia ABSTRAK Baitulmal adalah sebuah institusi harta Islam. Institusi harta seperti baitulmal merupakan sebuah institusi kewangan Islam berperanan membangun, menyumbang dan membantu umat Islam dari segi ekonomi, sosial dan kebajikan. Sebagai perbendaharaan Islam Baitulmal menerima hasil daripada zakat, wakaf, cukai, dana-dana tidak tahu statusnya. Seperti mana dana zakat di awal pemerintahan Islam telah diuruskan dan dikumpulkan di baitulmal. Senario yang berlaku di zaman ekonomi moden hari ini, memperlihatkan sumber baitulmal diasingkan sehingga meninggalkan kesan kepada fungsi baitulmal sendiri kepada masyarakat Islam. Kesan ini dilihat masyarakat kurang memahami/mengenali fungsi baitulmal. Begitu juga terdapat di kalangan masyarakat masih keliru antara fungsi zakat dan baitulmal. Kesan daripada isu ini menyebabkan kemampuan baitulmal untuk bertindak secara optimum kepada masyarakat Islam terbantut dan terganggu dengan kos dan dana yang kecil dimilikinya. Situasi demikian memberi cabaran kepada institusi baitulmal. Cabaran untuk mempertingkat kecemerlangan organisasi dan cabaran untuk memahamkan dan menimbulkan kesedaran kepada masyarakat Islam mengenai institusi baitulmal dalam skop yang lebih luas. Sepertimana amalan dalam pengurusan kutipan dan pemberian dana diuruskan oleh baitulmal di awal Islam. Amalan tersebut telah berubah dan ditelan zaman di mana amalan kutipan di urus oleh pihak zakat dan agihan di urus oleh pihak baitulmal sendiri. Tidak kurang itu juga kutipan dan agihan diuruskan oleh pihak zakat tanpa melibatkan baitulmal. Kesan daripada pemisahan tersebut adalah difikirkan satu kajian amat diperlukan bagi melihat bagaimana kecemerlangan prestasi baitulmal dapat dioptimumkan walaupun sumbernya telah diasingkan. Sekiranya prestasi baitulmal cemerlang pastinya ia dapat memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan (masyarakat Islam) dalam sistem ekonomi moden hari ini. Baitulmal akan menjadi nadi pengerak kepada umat Islam. Katakunci : Zakat, baitulmal, pengukuran prestasi, Pengurusan

25 26

Pembentang adalah calon Phd, Pensyarah Pusat pengajian perniagaan Islam, Kolej Perniagaan, UUM Professor, Pensyarah Pusat pengajian Perakaunan, Kolej Perniagaan, UUM 27 Professor, Pensyarah Pusat pengajian kewangan dan perbankan, Kolej Perniagaan, UUM 28 Pensyarah Pusat pengajian perniagaan Islam, Kolej Perniagaan, UUM

43

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Pendahuluan Sejarah awal dalam pemerintahan Islam, harta zakat di masukkan ke dalam sebuah perbendaharaan negara yang dikenali baitulmal. Walau bagaimanapun, amalan di Malaysia khususnya telah wujud dua institusi kewangan Islam iaitu institusi zakat dan institusi baitulmal yang berperanan sama kepada masyarakat Islam. Bila merujuk kepada institusi zakat, pelanggan utama/sasaran institusi tersebut ialah golongan 8 asnaf. Begitu juga Baitulmal pelanggan utama/sasaran baitulmal adalah golongan 8 asnaf. Di manakah fungsi sebenar kedua-dua institusi kewangan Islam yang telah lama di bina semenjak zaman pembukaan kota Madinah oleh Rasulullah s.a.w. Sedangkan kegemilangan kedua-dua institusi ini cemerlang telah dibuktikan dizaman pemerintahan Umar Abdul Aziz. Persoalan tersebut mengajak untuk melihat latar belakang institusi tersebut di Malaysia. Latar belakang masalah Di zaman pemerintahan British telah mengubah senario pemerintahan di negeri-negeri tanah melayu. Hal ehwal pentadbiran telah dibahagikan kepada dua. Pentadbiran yang berkaitan

dengan hal ehwal agama manakala adat istiadat melayu diserahkan kepada institusi kesultanan dan pentadbiran kerajaan yang berkaitan dengan hal ehwal Islam yang secara umumnya. Pembatasan yang diperkenalkan ini telah memberi impak yang besar terhadap pentadbiran agama Islam, termasuk pentadbiran baitulmal di Malaysia. Berdasarkan fakta yang di temui menerusi surat kuasa atas tauliah tanggungjawab memungut dan mengagihkan hasil zakat di letakkan di bawah mufti, imam dan sebahagian besarnya diserahkan kepada Sultan. Keadaan ini berlarutan sehinggalah tertubuhnya Majlis Agama Islam di tiap-tiap negeri untuk mengurus dan mentadbir dengan lebih tersusun hal-hal yang berkaitan dengan Agama Islam termasuk zakat dan baitulmal. Kebanyakan negeri-negeri di Malaysia meletakkan baitulmal di bawah Majlis Agama Islam Negeri berbeza di negeri Kedah telah mengasingkan pengurusan dan hasil pendapatan baitulmal dan zakat dalam negeri. Senario yang wujud ini sedikit sebanyak menumbulkan kekeliruan kepada masyarakat Islam. Masyarakat beranggapan zakat dan baitulmal adalah perkara yang sama, padahal telah jelas di dalam Syara menerangkan peranan zakat dan peranan baitulmal kepada masyarakat dan negara. Namun terdapat kajian yang dibuat oleh pengkaji-pengkaji terdahulu mendapati tahap kefahaman masyarakat berkaitan pengertian, peranan, fungsi sebenar
44

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

baitulmal dan zakat masih samar-samar kurang menyeluruh di kalangan masyarakat Islam sendiri. Ini dijelaskan oleh Roslan (2009) kerana masih terdapat sesetengah pihak di kalangan masyarakat beragama Islam yang kabur dan keliru dan belum benar-benar faham mengenali baitulmal sebagaimana peranan sepatutnya.

Ditambah lagi kekeliruan di kalangan masyarakat bukan beragama Islam. Kekeliruan yang timbul menjadi tanda tanya di kalangan mereka, bolehkah baitulmal menerima dana hasil daripada wang haram dan wang dari aktiviti tidak patuh syariah. Sedangkan baitulmal adalah satu institusi yang membawa imej Islam? Di antara kekeliruan di kalangan masyarakat bukan Islam. Apakah rasionalnya menyumbang kepada baitulmal padahal baitulmal hanya untuk kebajikan orang Islam? Begitu juga kekeliruan mengenai zakat dan fungsinya kepada masyarakat dan negara (Roslan, 2009). Pada hari ini struktur kedudukan baitulamal jauh berbeza dalam pentadbiran negara, kedudukan baitulmal disisihkan, fungsinya menjadi kecil. Bentuk sebenar baitulmal juga sudah tiada dalam pentadbiran negara. Kedudukannya tercorot di bahagian kecil di bawah Majlis Agama Islam dan negeri. Oleh itu kajian ini mengenalpasti isu-isu baitulmal kurang menyerlah di kalangan masyarakat umum dan mengenalpasti peranan baitulmal sebenarnya. Pengkaji mendapati pelbagai masalah yang timbul di kalangan masyarakat umum. Daripada ulasan-ulasan, kritikan serta maklum balas daripada responden terdahulu. Mendapati terdapat kekeliruan mengenai pengertian baitulmal di kalangan masyarakat umum. Kekeliruan itu berpunca daripada sikap masyarakat tidak mahu mengambil tahu mengenai kewujudan dan peranan baitulmal di negeri Kedah (Hamidah, 1988). Ini kerana baitulmal difahami oleh sesetengah pihak ialah unit kecil di dalam Majlis Agama Islam Negeri nampak kurang menyerlah kepentingannya kepada masyarakat dan negara.

Kekeliruan ini dijelaskan lagi terdapat pihak memahami baitulmal ialah harta pusaka yang diwarisi serta harta pusaka yang tidak habis diagihkan (Farihal, 2010). Hal tersebut disokong dengan kajian yang dilakukan oleh Ismail (2009) mendapati pengertian baitulmal itu sendiri telah disempitkan kepada sumber-sumber terhad. Selain itu begitu juga pentadbiran dan pengurusan baitulmal disempitkan konsep dan fungsinya. Dengan mewujudkan dua pecahan dalam
45

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

pentadbiran iaitu perbendaharaan Negara melalui Kementerian Kewangan Malaysia dan baitulmal melalui kerajaan negeri (Ismail, 2009). Di samping itu, dengan kewujudan institusi institusi yang lain menyerupai baitulmal merupakan satu petanda bahawa baitulmal telah hilang peranannya kepada masyarakat apabila tertubuhnya Amanah Ikhtiar Malaysia, Kementerian Pembangunan Kebajikan Masyarakat dan Wanita serta Yayasan-yayasan (Siti Mashitoh, 2007). Senario kekeliruan ini ditambahkan lagi dengan pengertian istilah baitulmal itu sendiri disempitkan dari segi skop dan fungsinya ( Hailani, 1982).

Permasalahan kajian juga berkisar kepada ketiadaan pembaharuan dalam gaya pengurusan baitulmal mengikut peredaran zaman. Peranan baitulmal pada masa kini agak berbeza daripada apa yang diamalkan pada zaman awal Islam, malah persepsi masyarakat terhadap peranan dan kemampuan institusi ini juga diperhatikan kian tersasar dari semasa ke semasa (Jawhar, 2009). Menurut Siti Mashitoh (2007) menjelaskan pentadbiran bagi hartaharta milik orang Islam belum lagi dapat disempurnakan sewajarnya dan masih bertaburan di institusi-institusi kewangan seperti perbankan Islam, amanah raya, firma guaman, syarikat amanah, bank, syarikat takaful dan lain-lain lagi. Ketidakjelasan daripada kelongaran akta wang tidak dituntut yang perlu dikaji semula mengikut kesesuaian peredaran zaman. Harta-harta tersebut adalah sumber pendapatan baitulmal.

Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Abu Bakar Sapron (2005) mendapati kelemahan institusi baitulmal berpunca daripada petugas, pegawai baitulmal sendiri. Begitu juga, Siti Mashitoh (2007) mendapati kekurangan tenaga pekerja dan tahap pengetahuan serta kepakaran pegawai majlis agama Islam negeri-negeri sendiri. Permasalahan ini menurut Latiffie (1987) mendapati ketiadaan kakitangan profesional merancang dan melaksanakan pembangunan harta baitulmal. Selain daripada permasalahan diatas, Peranan institusi baitulmal makin kabur dikalangan masyarakat umum. Kerana masyarakat terdedah kepada institusi yang bergerak aktif dan dikenali seperti Amanah Raya. Peranan Amanah Raya dalam soal harta lebih kehadapan berbanding baitulmal. Kesannya pertindihan bidang tugas dalam peranan dalam masyarakat serta menimbulkan persepsi keliru dikalangan rakyat umum.

46

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Persoalan yang timbul berhubung yang menjadi tanda tanya. Apakah fungsi utama yang dilaksanakan secara meluas oleh baitulmal masa kini berbanding zakat? Oleh yang demikian, kajian ini berusaha mendapatkan jawapan berdasarkan penyataan masalah seperti berikut; Masalah Kajian Daripada isu-isu yang dibincangkan di atas, menggambarkan terdapat beberapa masalah yang yang timbul dalam kajian ini. Dapat diklasifikasikan bahawa masalah yang terdapat di institusi baitulmal sehingga kini berkaitan perkara berikut; Menurut kajian yang dilakukan oleh Jurish (2009) sebilangan masyarakat beragama Islam masih kurang mengenali baitulmal berbanding lembaga hasil dalam negeri (LHDN), Jabatan kebajikan masyarakat (JKM) Unit perancang ekonomi (EPU). Pada persepsi masyarakat yang keliru mengenai pengertian baitulmal, peranan baitulmal seakan hilang fungsi. Begitu juga Sohaimi (2009) mendapati peranan baitulmal sebagai pemegang amanah harta orang Islam masih dilihat belum cukup kemas untuk menyaingi badan-badan amanah lain. Sehingga mengakibatkan keyakinan masyarakat yang rendah kepada baitulmal. Selain itu, kepelbagaian pemerintahan berbeza di setiap negeri atau struktur organisasi berbeza mengakibatkan institusi baitulmal yang tidak selaras dalam menguruskan perbendaharaan umat Islam. Rumusan permasalah kajian ialah akibat daripada pengasingan baitulmal dan zakat menimbulkan kekeliruan masyarakat untuk merujuk. Hal ini ditambah dengan mengatakan pengasingan tersebut akan menjadikan kedua-dua institusi tersebut lebih efisien dalam pengurusan. Permasalahan yang timbul ini memerlukan kajian terperinci untuk dilaksanakan. Objektif Kajian Berdasarkan kepada persoalan dan penyataan masalah yang telah dijelaskan. Secara umum objektif kajian ini adalah untuk meneliti peranan baitulmal dan zakat sepatutnya berperanan dalam ekonomi moden masa kini. Secara khusus dan lebih terperinci, objektif kajian adalah seperti berikut: Untuk mengenalpasti pengasingan dua institusi ini mampu lebih efisien dalam pengurusan sumber harta masyarakat Islam.

47

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Metodologi Kajian
1. Permasalahan dan Objektif kajian

2. Pengumpulan data

Data sekunder (library research)

Data primer (Field research)

Kaedah Temubual Dokumentasi Kajian kes Kajian kes

Analisis data

Analisis suntingan

Hasil kajian

Analisis perbandingan

Analisis kerangka

Rumusan dan kesimpulan

Dapatan Kajian Hasil kajian ini menjawab objektif kajian. Pembahagian perbincangan terbahagi kepada tiga bahagian pertama iaitu pengertian asal baitulmal, bahagian kedua terdapat dua faktor iaitu

faktor luaran dan faktor dalaman. Faktor luaran ialah ekonomi negara mempengaruhi pengurusan baitulmal.Bahagian ketiga ialah terdapat faktor dalaman seperti ilmu pengetahuan dan sikap kakitangan hal ehwal Islam yang turut mempengaruhi kecekapan pengurusan baitulmal.

Pengertian Baitulmal Pengenalan baitulmal daripada perkataan yang mudah difahami dan dikenali oleh masyarakat Islam seluruh dunia ialah: Tempat yang diletakkan padanya harta umum dalam negara dan digunakan harta tersebut untuk pembangunan rakyat dan negara (Majudin, 1989). Baitulmal dalam perumpamaan lain ialah harta yang dikhaskan untuk rakyat dan negara daripada apa yang

48

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

dikumpulkan dari sumber pendapatanya. Harta tersebut menjadi hak seluruh masyarakat seperti hasil bumi, hasil tumbuhan, hasil galian atau duit atau yang mempunyai nilai untuk masyarakat Islam seperti barang-barang yang telah ditetapkan oleh Syara dan tidak dimiliki oleh seseorang untuk memilikinya. Mengikut hukum Syara ia adalah milik baitulmal untuk masyarakat Islam. Harta tersebut sama ada yang terdapat dalam simpanan dalam masyarakat Islam atau harta dihasilkan dari usaha mereka. Baitulmal boleh disamakan dengan Perbendaharaan Negara di Kementerian Kewangan Malaysia masa kini (Dhujaili, 1976 dan Abduh Khaliq, 1972) Jadual 1 : Definisi baitulmal mengikut pandangan sarjana Pengarang Al-Mawardi (Tahun) (1983) Definisi

Baitulmal ialah tempat merekodkan pengumpulan dan pembahagian harta-harta dalam negara. Dictionary of Islam (1964) Baitulmal sebagai perbendaharaan negara yang menerima wang yang dipungut oleh negara Islam dari pelbagai sumber seperti zakat, ghanimah, jizyah. Ibnu Munzir (1955) Baitulmal ialah rumah yang menerima sesuatu harta untuk disimpan dan diagih-agihkan Abd al-karim (1989) Baitulmal ialah tempat mengumpul harta-harta dari zakat,ghanimah dan kharaj yang dikelolakan dan dijaga oleh khalifah atau pemerintah Abdul Munin (1980) Baitulmal juga dikenali sebagai al-diwan al-sami atau aldewan al-amwal sebuah Institusi yang berperanan menjaga dan mengawal harta orang-orang Islam, membuat bancian dan kira-kira keatas pelbagai sumber negara untuk dibelanjakan dalam segala urusan yang berkaitan dengan gaji tentera, para pegawai dan kakitangan kerajaan serta hakim dan lainnya. Wang yang tersimpan digunakan untuk membiayai keperluan negara seperti pembelian kelengkapan perang dan perbelanjaan lain untuk kepentingan rakyat __________________________________________________________________________ Berdasarkan kepada pengertian daripada sarjana-sarjana di atas, pengkaji merumuskan bahawa baitulmal adalah sebuah institusi kewangan dan harta Islam dikenali sebagai perbendaharaan Islam, berfungsi menerima, mengumpul, mengagih dana-dana, seperti wang, harta benda, dari pendapatan negara di pelbagai sumber demi kepentingan pembangunan rakyat umum dalam negara. Begitu juga pada pandangan Ismail (2009) menyatakan baitulmal mencerminkan sebuah organisasi berperanan untuk mengurus semua jenis harta dan pendapatan negara bagi tujuan kemaslahatan masyarakat dan pembangunan negara. Pada masa kini menurut Abdullah Alwi
49

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

(2001) dan Tayib, M. dan Osman, M.F. (2010) menyatakan baitulmal adalah perbendaharaan negara dapat disamakan seperti perbendaharaan negara di kementerian kewangan dari segi fungsi dan peranannya sekarang.

Pengertian Zakat Manakala zakat secara umunya adalah sebuah badan pengurus zakat yang dilantik oleh sesebuah pemerintah Islam di sesebuah negeri atau negara berkenaaan yang akan mengelola hal ehwal kutipan dan agihan zakat serta segala yang berkaitan dengan asnaf zakat. Dalam kalimah yang lain, zakat juga dikenali sebagai institusi amil. Di Malaysia ia dikenali sebagai pusat zakat, lembaga zakat atas di sesetengah negara dikenali lembaga amil zakat.

Sumber Dana Sumber yang menjadi pendapatan dua institusi ini terdiri daripada dua jenis. Iaitu sumber daripada jenis harta khas dan harta am

Harta Khas Harta khas adalah zakat (zakat harta dan fitrah)

Harta Am Harta am terbahagi pula kepada beberapa jenis iaitu harta am kerajaan seperti fai (rampasan setelah musuh menyerah diri), ghanimah (rampasan perang), maadin (galian berharga seperti petroleum) dan rikaz (harta karun) Harta percukaian seperi kharaj( cukai tanah), usyur (perdagangan), jizyah (individu), sulh aljizyah( perlindungan) dan lain-lain bentuk cukai kerajaan Harta kebajikan iaitu harta wakaf, pewarisan, wasiat, nazar, kaffarat (denda) sadaqah, luqatah (jumpaan) dan lain-lain Manakala sumber daripada zakat ialah seperti zakat emas, perak, pertanian, penternakan, galian, perniagaan, pendapatan dan sebahagian lagi serta termasuklah juga di dalamnya pembayaran daripada zakat fitrah

50

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Golongan sasaran penerima bantuan Baitulmal Aspek baitulmal merangkumi yang luas. Baitulmal adalah hak milik negara Islam. Maka seluruh rakyat di dalam negara berkenaan termasuklah orang-orang bukan Islam yang mendiami negara berkenaan layak menerima manfaat daripada harta baitulmal. Situasi sedemikian

menggambarkan penggunaan dana baitulmal adalah meluas dan mencakupi pelbagai manfaat dan kebajikan umum serta pembangunan fizikal negara. Oleh itu dana baitulmal boleh digunakan untuk membina masjid, jalanraya, sekolah, menyelenggara keperluan kesihatan, pendidikan dan sebagainya lagi termasuk menyediakan kelengkapan peperangan dan pertahanan negara.

Golongan sasaran penerima bantua zakat Golongan tersebut ialah asnaf zakat iaitu lapan golongan seperti dinyatakan oleh Allah S.W.T secara jelas di dalam Al-quran surah al-Taubah ayat 60 iaitu fakir, miskin, amil (pengurus zakat) mualaf (saudara baru memeluk islam dan ada keinginan memeluk Islam), riqab (hamba yang ditawarkan tebusan), gharimin (orang berhutang), fisabilillah (peperangan dan segala jenis usaha ke arah mendekatkan diri kepada Allah) dan ibnu sabil (pemusafir yang keputusan belanja).

Kesimpulan Kesimpulan daripada perbincangan di atas, menyimpulkan terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi kecekapan pengurusan baitulmal. Faktor tersebut turut menyumbang kepada kemajuan sesebuah institusi. Dengan cara pengumpulan atau pengasingan dana milik umat Islam menjadi lebih cekap.Di samping itu juga, pendapatan masyarakat Islam bertambah dengan kemudahan bantuan dan pembiayaan untuk masyarakat Islam Malaysia.

51

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

RUJUKAN
Al-Quran al-Karim Al-Mawardi, 1983, al-Ahkam al-Sultaniyyah, Dar al-Shahab li al-Tiba'ah, Kaherah Al-Rays, Muhammad Diyauddin. al-kharaj wa al-Nuzum al-Maliyyah. Cetakan kedua, ( al- Qahirah: Maktabah al-Anjik alMisriyyah, 1961) al-Tabariy, Muhammad Ibn Jarir. Tarikh al-Umam wa al-Muluk. Cetakan pertama, (Jilid kedua al-Qahirah: al-Matbaah alHusayniyah al-Misriyyah) Dr. Subhi al-Saleh, Sistem Ekonomi dan Kewangan dalam Islam, terbitan Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri Hailani Muji Tahir, (1982), Baitulmal:Institusi Kewangan Negara Islam, al-Rahmaniyyah, Kuala Lumpur A Bakar Sarpon, (2005) Kajian pengurusan baitulmal Malaysia: Faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi petugas daripada perspektif Islam http://www.scribd.com/doc/17620673/Baitulmal Irfan Mahmud Ra`ana: Economics System Under Umar The Great. Murid Fazli Musa, (2009) Lupus Harta Tidak patuh Syariah di Baitulmal, dipetik dari http://www.jawhar.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=225%3Alupus-harta-tidak-patuhsyariah-di-baitulmal&catid=40%3Aberita-semasa&Itemid=63&lang=ms pada 10 Februari 2011 (Ogos 2010). Data Kadar Kemiskinan dan Anggaran Bilangan Isi Rumah Miskin Mengikut Negeri dan Etnik Ketua Isi Rumah, 2009. Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri Patrick Thomas Huges, (1964), Dictionary of Islam, Lahore Premier Book House, Lahore Shamsiah Haji Sujod, (1993), Sistem Kewangan Pada Zaman Khulafa Al-Rasyidin: Kajian dari Segi Sumber dan Fungsinya.(Kertas Projek Usuluddin ,Akademi Pengajian Islam.Universiti Malaya) Statistik Kemiskinan Bagi Suku Tahun Semasa Mengikut Negeri sehingga 15 Disember 2010, diperoleh dari Kementerian Wanita dan Pembangunan Masyarakat Ahmad Hidayat Buang. (1999). Kutipan Dan Agihan Zakat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bagi Tempoh 19851995: Satu Pemerhatian. Jurnal Syariah, 7(2), 141-156. Ahmad Hidayat Buang. (2000). Pengurusan Zakat: Satu Analisa Dari Perspektif Al-Quran Dan Al-Sunnah. Jurnal Syariah, 8: (2),89-102. Dr. Md. Zaini Md. Tahir & Dr. Abdul Ghafar Ismail (96/97). Prestasi Kutipasn Zakat Di Malaysia. Jurnal Tasawwur Islam. Jilid 3. Mujaini B. Tarimin. (1998). Struktur Kutipan Dan Pengagihan Zakat Berkonsepkan Pertumbuhan Pembangunan Insan Dan Ekonomi Masyarakat. Jurnal Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). VOL. 6 (Julai-Dec). Abdul Kadir B. Haji Ismail & Dr. Abdullah B. Haji Ibrahim. (1984, Dis). Baitulmal Islam. Seminar Baitulmal Peringkat Kebangsaan. Bangi, UKM. Hussain Hj Mohd Rejab. (1984, Dis). Pengalaman Pengurusan Baitulmal Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Seminar Baitulmal Peringkat Kebangsaan. Bangi, UKM. Prof. Madya Dr. Haji Syed Othman Al-Habshi. (1984), Dis). Program Mengemaskini Kewangan Baitulmal. Seminar Baitulmal Peringkat Kebangsaan. Bangi, UKM. Fadhullah Dawani. Peranan Baitulmal (Zakat Fitrah) Majlis Agama Islamdan Adat Melayu Perak Darul Rizuan Dalam Membantu Meningkatkan Taraf Ekonomi Masyarakat Islam. Kajian Kes Daerah Ipoh, Perak. Universiti Utara Malaysia. Ramlah Hassan. (1996). Keberkesanan Sistem Ekonomi Islam (Institut Wakaf Baitulmal & Zakat) Dalam Konteks Agihan Pendapatan Dan Kekayaan Yang Adil. Universiti Utara Malaysia. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Laporan Tahunan, 1999 Pusat Pungutan Zakat. Laporan Tahunan, 2002 Kutipan zakat di Kuala Lumpur meningkat 25 peratus. 2002. Harian Metro, 9 Januari. Pujukan gereja . Berita harian , 07 Ogos 2011

52

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

PELAKSANAAN AGIHAN ZAKAT TABUNG BAITULMAL SARAWAK (TBS) TERHADAP KUALITI HIDUP GOLONGAN MUALAF KUCHING, SARAWAK. Dayang Shobihah Bt Abang Abai29 Dr. Mohd Daud Bin Awang30 Dr. Husniyah Bt Abdul Rahim31 Khadijah Bt Muda32 Universiti Pertanian Malaysia ABSTRAK Dalam kajian ini penyelidik akan membincangkan kualiti hidup golongan mualaf terhadap pelaksanaan agihan zakat di Kuching Sarawak. Aspek-aspek yang akan di bincangkan iaitu dari sudut ekonomi,pendidikan dan juga hubungan sosial. Dari sudut ekonomi penyelidik akan memfokuskan lebih terperinci tentang pendapatan serta sara hidup informan. Manakala dari segi sosial penyelidik akan memfokuskan aspek-aspek penglibatan informan dalam persatuan ataupun aktiviti yang dijalankan. Di samping itu juga, penyelidik akan melihat dari segi latar belakang informan yang menerima zakat. Isu utama dalam permasalahan ini adalah sejauhmanakah pelaksanaan agihan zakat oleh pihak pengurusan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) membantu golongan mualaf dari sudut kualiti hidup contohnya sara diri, tempat tinggal dan pendidikan. Kajian ini telah menemu bual sepuluh orang informan serta dua orang pegawai Tabung Baitulmal Sarawak. Penyelidik telah menjalankan kaedah menemu bual secara mendalam (indepth interview) oleh yang demikian istrumen utama dalam kajian ini adalah penyelidik sendiri. Menurut Merriam (1998) penyelidik merupakan istrumen paling asas dalam pengumpulan dan penganalisan data. Kajian ini dijalankan mengikut pendekatan kajian kaji selidik yang memerlukan proses temubual dan juga pemerhatian terhadap tingkahlaku responden dan keadaan persekitaran responden. Manakala rekabentuk kajian yang dipilih adalah kajian deskriptif yang terdiri daripada kajian kes. Daripada hasil kajian, penyelidik mendapati, majoriti informan memberikan maklumat yang sama iaitu sepanjang bergelar saudara baru mereka tidak pernah mendapat apa-apa bantuan dari mana-mana badan kebajikan. Hasil temubual dengan pegawai pula, mengatakan bahawa mereka sentiasa perihatin dengan masalah yang dihadapi oleh masyarakat Islam di Sarawak. Segala bantuan dihulurkan dan program sentiasa aktif dijalankan. Berdasarkan pemerhatian, penyelidik dapat menyimpulkan bahawa peranan Tabung Baitulmal Sarawak sangat penting kerana masyarakat akan memberi persepsi yang positif mahupun negatif. Di sini penyelidik menyarankan agar golongan mualaf sentiasa peka dengan bantuan yang disalurkan, begitu juga dengan pihak pengurusan Baitulmal agar memperbanyakkan promosi berkenaan zakat dan bantuan yang diberikan. Kata kunci: Zakat, Golongan Mualaf dan Kualiti Hidup
29 30

Pelajar Master Sains Falsafah dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, UPM Pensyarah kanan, Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia,UPM 31 Pensyarah kanan, jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, UPM 32 Pelajar Master Sains Falsafah dan ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, UPM

53

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Pendahuluan Dalam bab ini penyelidik akan menerangkan serba sedikit tentang hubungan ketamadunan, falsafah dan juga zakat. Istilah tamadun digunakan secara meluas oleh ahli-ahli sejarah, antropologi dan arkeologi dan ia tidak mempunyai satu pengertian yang spesifik dan diterima umum. Menurut Profesor M.A.J. Beg, tamadun merupakan pencapaian manusia dalam bentuk kota, skrip, kesenian, seni bina, agama, undang-undang dan politik (Beg, 1985(b):20). Tamadun secara umumnya dikaitkan dengan konsep pembangunan, kemajuan dan peradaban yang dicapai oleh sesuatu bangsa atau kaum di dunia. Istilah tamadun juga ditakrifkan sebagai keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan yang tinggi peradabannya. Dalam ilmu falsafah juga boleh dibahagikan dalam falsafah ekonomi Islam. Dalam falsafah ekonomi Islam merujuk kepada menumpukan atau menekankan kepada pokok utama dalam hubungan manusia dengan Tuhan, alam cakerawala-Nya dan umat manusia-Nya. Perhubungan antara manusia dengan Tuhan adalah ditakrifkan sebagai tauhid, iaitu penyerahan sepenuhnya kepada Allah S.W.T yang juga melibatkan penyerahan diri serta tugas untuk mencorakkan kehidupan manusia mengikut kehendak Allah S.W.T bersumberkan kepada nilai dan menjadi matlamat daya usaha manusia. Terdapat empat faktor yang utama dalam falsafah ekonomi Islam. Antaranya adalah Perusahaan ekonomi, Hak milik, Zakat dan Baitulmal. Di sini penyelidik boleh mengaitkan ilmu falsafah dengan zakat dan baitulmal dalam kajian. Ia juga berperanan untuk meningkatkan mutu kerja dan produktiviti. Zakat mengukuhkan kedudukan ekonomi negara serta memperluaskan kegiatan ekonomi dan kegiatan kewangan. Zakat juga berperanan mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan perpaduan sesama umat Islam. Ini adalah kerana zakat juga akan dapat mengurangkan permintaan orang kaya terhadap barang-barang mewah yang diimport dan tidak menggalakkan perbuatan menyorok serta pengumpulan kekayaan terbiar. Ia cuba meletakkan semula sumber terbiar ke dalam kegiatan ekonomi sebagai peningkatan keupayaan ataupun sebagai permintaan penggunaan bertambah. Manakala Baitulmal adalah sebuah institusi kewangan Islam yang sekarang ini disebut sebagai perbendaharaan Negara yang menyamai urusan dengan Kementerian Kewangan. Di sini penyelidik akan menerangkan lebih terperinci mengenai pelaksanaan pengagihan zakat kepada golongan mualaf dari kualiti hidup. Zakat bererti tumbuh, bersih, berkembang dan berkat.

54

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Seorang yang membayar zakat kerana keimanannya nescaya akan memperoleh kebaikan yang banyak. Allah S.W.T berfirman di dalam surah At-Taubah ayat 103: Pungutlah zakat dari sebahagian kekayaan mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka. (Ayat At-Taubah : Ayat 103) Allah s.w.t telah menentukan di dalam al-Quran golongan yang berhak menerima zakat sebagaimana dijelaskan berikut:1) Fakir 2) Miskin 3) Amil zakat 4) Orang-orang Mualaf yang dijinakkan hatinya 5) Hamba yang ingin memerdekakan dirinya 6) Orang yang berhutang 7) Orang yang berjuang Fi Sabilillah 8) Ibnu Sabil

Kenyataan masalah Persoalan utama yang menarik perhatian dan perbahasan masyarakat mengenai zakat di akhir-akhir ini ialah kenapa terdapat lebihan dana zakat pada setiap tahun kutipan zakat? Dari persoalan ini timbul andaian bahawa pengurusan institusi zakat masih kurang berkesan dalam mengagihkan dana/wang zakat kepada lapan asnaf yang telah ditetapkan. Andaian ini menyebabkan timbulnya keraguan dan kurang keyakinan masyarakat terhadap integriti pengurusan institusi zakat. Permasalahan ini berlaku kerana masyarakat beranggapan bahawa dana hasil zakat yang telah dikutip setiap tahun mestilah diagihkan sepenuhnya kepada lapan asnaf yang telah ditetapkan oleh syariah. Pengurusan institusi zakat bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengagihkan dana zakat dan pelaksanaan agihan diurus dengan berkesan. Isu utama dalam permasalahan ini adalah:1) Sejauhmanakah pelaksanaan agihan zakat oleh pihak Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) membantu asnaf mualaf dari sudut kualiti hidup? 2) Sejauhmanakah had kifayah golongan mualaf di Kuching Sarawak?

55

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

3) Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti hidup golongan Mualaf di Kuching, Sarawak? 4) Apakah latar belakang golongan mualaf yang menerima zakat di Kuching, Sarawak?

Objektif kajian Mengkaji sejauh mana institusi zakat telah berjaya melaksanakan pengagihan zakat dengan efisien dan memberi kesan kepada asnaf mualaf dari sudut kualiti hidup golongan mualaf di Kuching, Sarawak.

Kajian Lepas Dalam mengukur tahap Kualiti Hidup seseorang terutamanya mualaf, ia boleh diukur dengan menggunakan Hirarki Maslow. Di dalam Hirarki Maslow33, seseorang perlu mencapai atau memenuhi keperluan yang terbawah terlebih dahulu untuk membolehkannya terus hidup iaitu merujuk kepada keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Sebelum

memenuhi keperluan asas ini, bermakna hidupnya tidak berkualiti. Sekiranya keperluan yang pertama ini telah dipenuhi, seseorang itu akan beralih kepada keperluan di atas dan seterusnya. Menurut Maslow, manusia akan cuba memenuhi keperluan-keperluan tersebut dan akan terus cuba mencapai tahap tertinggi iaitu nirwana diri ini, ia boleh dianggap sebagai mempunyai kualiti hidup yang tertinggi (Norhasmah, 2007) Walau bagaimanapun, kualiti hidup tidak hanya dinilai daripada masalah yang dihadapi golongan mualaf itu semata-mata kerana kualiti hidup adalah berkaitan dengan bagaimana individu mempersepsi kehidupan mereka sama ada memuaskan, tidak memuaskan, baik ,tidak baik atau sebagainya. Persepsi individu ini adalah berasaskan kepada penilaian yang dibuat terhadap kepuasan yang dirasai daripada keinginan yang tercapai atau ketidakpuasan yang dirasai terhadap keinginan yang gagal dicapai. Kualiti Hidup adalah penilaian pelbagai dimensi yang boleh dinilai daripada luaran atau daripada dalaman. (Lawton 1997)

33

Keperluan Hierarki maslow adalah salah satu teori yang digunakan penyelidik dalam kajian beliau bagi mengukuhkan lagi kajian yang dijalankan

56

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Menurut Wahbah Zuhaili (1994:954) Mualaf ialah orang yang masih lemah niatnya di dalam Islam dan terbahagi kepada dua golongan iaitu orang Islam dan orang kafir. Mualaf kafir pula dibahagikan dua kumpulan iaitu yang diharap kebaikan dari mereka dan kumpulan yang ditakuti kejahatan mereka.

Yusof al-Qardhawi dalam kitabnya Fiqh al-Zakah (1999:547) memperluas maksud mualaf itu kepada orang yang baru memeluk agama Islam, orang jahat, orang Islam dan orang-orang kafir, samada baik ataupun jahat. Konsep asnaf Mualaf yang ditakrifkan mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri-negeri di Malaysia ialah golongan orang yang baru memeluk Islam. Mereka perlu diberi santunan agar bertambah mantap keyakinanya terhadap Islam. Mujaini Tarimin dalam tulisannya Golongan Penerima Zakat: Agihan Dana Zakat Secara Lebih Berkesan" (2005:39-47), melihat persoalan asnaf mualaf dari sudut beberapa perbezaan pandangan fuqaha serta para ahli tafsir yang menghuraikan secara terperinci konsep asnaf mualaf tersebut, di samping menyatakan takrifan asnaf mualaf serta amalan agihan kepada asnaf zakat mengikut enakmen Agama Islam Negeri Selangor dan Undang-Undang Syariah Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Menurut Mohd Sibli (2011), cara pengagihan yang diamalkan oleh Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) lebih bergantung kepada keperluan dan kekurangan yang ada pada masyarakat Islam Sarawak. Pada peringkat awal pelaksanaan tabung zakat dan fitrah, pengagihan dana zakatnya ditumpukan kepada pendidikan, memajukan pelajaran agama, membiayai pelajar-pelajar belajar agama di dalam dan luar negeri, di samping membantu fakir miskin dan masyarakat di dalam hal kebajikan. Tahun 1990an telah meniupkan angin perubahan secara lebih ketara dalam urusan pengagihannya. Keutamaan diberi kepada bantuan yang mempunyai kesan jangka panjang sepertimana bantuan pendidikan. Walaupun demikian, Tabung Baitulmal Sarawak juga memberi bantuan untuk tujuan kebajikan kepada masyarakat yang memerlukan atas peranannya sebagai agen pelengkap kepada usaha kerajaan yang lebih bertanggungjawab dalam memberi kesejahteraan kepada rakyat. Selain itu juga, Tabung Baitulmal Sarawak turut mengagih dana zakatnya bagi membiayai institusi-institusi Islam dalam usaha mengimarahkan aktiviti dan keperluan prasarananya.

57

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Metodologi Kajian ini dijalankan mengikut pendekatan kualitatif yang memerlukan proses temubual dan juga pemerhatian terhadap tingkahlaku responden dan keadaan persekitaran responden.34 Manakala rekabentuk kajian yang dipilih adalah kajian deskriptif yang terdiri daripada kajian kes. Segala percakapan dan tingkahlaku responden dicatat dan ditulis dan seterusnya ditranskrip untuk dianalisis. Segala pemerhatian terhadap responden dan persekitaran responden diolah untuk menjawab objektif kajian. Kajian ini dijalankan di Kuching, Sarawak dengan bantuan pihak pengurusan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS). Terdiri daripada golongan mualaf. Informan tinggal di Kuching dan mempunyai Pusat Persatuan USK (Urusetia Saudara Kita). Sampel kajian terdiri daripada lapan orang informan, terdiri daripada tujuh golongan mualaf dan seorang dari pegawai TBS. Pemilihan sampel dijalankan secara persampelan tahap tepu bagi memilih informan. Maklumat mengenai latar belakang informan, status sosial dan ekonomi informan serta latar belakang pendidikan informan telah diperolehi melalui dua teknik pengumpulan data iaitu teknik temu bual mendalam dan teknik pemerhatian turut serta terhadap sepuluh individu dan dua orang pegawai TBS, sebagai maklumat tambahan.

Hasil Kajian Daripada hasil kajian, penyelidik telah menggunakan kaedah pemerhatian, temubual dan catatan nota. Informan terdiri daripada sepuluh orang. Sepuluh orang asnaf mualaf dan dua orang daripadanya pegawai Tabung Baitulmal Sarawak (TBS). Daripada hasil kajian penyelidik mendapat tindak balas daripada sepuluh orang informan mengatakan mereka tidak pernah mendapat bantuan zakat daripada pihak pengurusan Tabung Baitulmal Sarawak semenjak mereka bergelar saudara baru. Penyelidik telah membuat rakaman setiap informan bagi mengukuhkan lagi data yang di terima. Selain itu, penyelidik juga menggunakan kaedah mencatat semula bagi mengukuhkan data yang sedia ada. Mengikut laporan daripada salah seorang daripada pegawai TBS, mengatakan pihak TBS akan memilih golongan mualaf yang betul-betul memerlukan contohnya dari segi akidah dan tempat tinggal mualaf tersebut. Beliau mengatakan lagi, jika seseorang mualaf kuat akidah secara tidak
34

Penyelidikan kualitatif banyak bergantung kepada temu bual terutama temu bual secara terbuka dalam mengumpul maklumat.

58

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

langsung akan menerima zakat walaupun dia mampu. Begitu juga dengan tempat tinggal, jika seseorang mualaf tinggal dalam satu kampung bersama dengan orang beragama Islam tidak akan menerima zakat, melainkan mualaf tersebut tinggal dalam satu kawasan dengan bukan Islam, TBS akan memberi bantuan yang sewajarnya. Secara keseluruhannya, hasil daripada kajian temubual dan pemerhatian, penyelidik membuat kesimpulan bahawa kualiti hidup di kalangan golongan mualaf masih berada di tahap yang rendah dari sudut faktor pendidikan dan ekonomi, manakala dari sudut hubungan sosial agak baik kerana mereka didedahkan dengan persatuan Urusetia Saudara Kita (USK) di mana persatuan tersebut banyak membantu menjalankan aktiviti-aktiviti khas kepada golongan mualaf contohnya belajar mengaji, belajar solat, dengan adanya aktiviti seperti ini dapat meningkatkan hubungan sosial antara mereka. Daripada kajian yang dijalankan penyelidik berharap agar pihak yang bertanggungjawab dapat memperbanyakkan promosi tentang zakat kepada golongan mualaf khasnya.

Cadangan Penyelidik mencadangkan agar pihak TBS menjalankan tugas dengan lebih sistematik serta mengadakan program untuk golongan yang memerlukan terutama masyarakat Islam di Sarawak. Tujuannya adalah supaya mereka mendapat informasi tentang pelaksanaan agihan zakat. Dengan adanya program juga, secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan sesama saudara muslim. Selain itu, penyelidik mencadangkan agar pihak pengurusan TBS sentiasa turun padang, melihat kehidupan masyarakat di luar sana. Memberi bantuan pada mereka yang memerlukan supaya Islam sentiasa dipandang tinggi oleh masyarakat. Dengan cara ini, secara tidak langsung mereka akan lebih rapat dengan kita. Penyelidik juga mencadangkan agar pihak TBS membuat peti aduan setiap kampung bagi memudahkan pergerakan mereka. Tidak semua mereka mampu untuk ke bandar membuat aduan di TBS.dengan cara ini memudahkan masyarakat dan secara tidak langsung memudahkan pihak pengurusan TBS menjalankan tugas dengan baik.

59

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Kesimpulan Pelaksanaan agihan zakat kepada mualaf adalah isu yang utama perlu diberikan perhatian oleh institusi zakat. Walau banyak pendapat mengatakan zakat dapat membasmi kemiskinan, seharusnya ia bukanlah semata-mata objektif penting dalam falsafah zakat. Falsafah zakat yang utama sebenarnya adalah menyucikan jiwa dan harta bukan sahaja kepada pembayar zakat, malah juga kepada asnaf dan ini jelas menunjukkan zakat bukan hanya tertumpu kepada aspek ekonomi semata-mata. Kejayaan dalam mendidik jiwa terutamanya aspek keagamaan. Kepada asnaf mualaf bukan sahaja akan meningkatkan tahap kefahaman asnaf mualaf yang dikatakan sesetengah pihak sebagai miskin, malah ia juga akhirnya akan meningkatkan kesedaran dan mengubah sikap asnaf mualaf secara perlahan-lahan menjadi lebih kearah sikap yang positif. Ini akhirnya akan meningkatkan motivasi asnaf mualaf agar berusaha bersungguh-sungguh yang akhirnya dalam jangka masa panjang akan meningkatkan ekonomi dan kualiti hidup asnaf mualaf. Perlu difahami juga, walaupun kejayaan zakat diharapkan dapat membasmi kemiskinan, namun sekiranya nasib ekonomi tidak dapat berubah, kekuatan jiwa dan rohani mereka dapat terus ditingkatkan.

RUJUKAN
Beg, M.A.J.,Islamic and western Concepts of civilization, university of Malaya Press, Kuala Lumpur, 1985. Abdul Monir Yaacob. (2001). Garis Panduan Agama dalam Pengagihan Dana Zakat Dalam NikMustapha Nik Hassan (penyt). Kaedah Pengagihan Dana Zakat; Satu Perspektif Islam. Kuala Lumpur: IKIM Mohd Ali Mohd Noor, Hairunizam Wahid dan Nor Ghani Md Nor. (2004). Kesedaran Membayar Zakat Pendapatan di Kalangan Kakitangan Profesional Universiti Kebangsaan Malaysia. Islamiyyat. 26(2): 59-68 Mohd Parid Syeikh Ahmad. (2001). Kaedah Pengagihan Dana Zakat: Satu Perspektif Islam. Dalam Nik Mustapha Nik Hassan (penyt). Kaedah Pengagihan Dana Zakat; Satu Perspektif Islam. Kuala Lumpur: IKIM Unit Perancang Ekonomi. (2002). Kualiti Hidup Malaysia 2002. Kuala Lumpur: PercetakanNasional Malaysia Berhad. Burnell, J.D & Galster, G. (1992). Quality of Life and Urban Size: An Empirical Note. UrbanStudies (29), 727-735. Zainal Abidin Jaffar. (2003) . Pengalaman JAKIM dan Kementerian Luar Bandar dalam Menangani Masalah Kemiskinan. Dalam Bengkel Kebangsaan Kemiskinan dan JaminanSosial Asnaf Fakir dan Miskin. UiTM Melaka. Wan Zuriani Wan Yusof. (1997). Kemiskinan dan Pembangunan: Satu Kajian kes TerhadapSetinggan di Kuala Lumpur. Tidak diterbitkan Md Zhahir Kechot. (1996). Kemudahan Asas dan Kemiskinan Luar Bandar: Kajian Kes diBachok. Dalam Chamhuri Siwar dan Nor Aini Hj. Idris (penyt). Kemiskinan Dalam Arus Pembangunan Ekonomi Malaysia. Bangi: Penerbit UKM. Ellison C.G, Gay D.A & Glass T.A. (1989). Does Religious Commitment Contribute to Individual Life Satisfaction? Social Forces. 68(1), 100-123. Ellison C. (1991). Religious Involvement and Subjective Well-Being. Journal of Health andSocial Behaviour. 32, 80-99. Schieman S, Nguyen K & Elliott. (2003). Religiosity, Socioeconomics Status and the sense ofMastery. Social Psychology Quarterly. 66 (3): 202-221. Szalai, A. & Andrews, F.M. 1980. The Qualiy of life: Comparative studies. USA: Sage Studies in International Sociology 20 Schmandt, H.J. & Bloomberg, W. Jr.1969. The Quality of Urban Life: Urban Affair Annual Reviews. Beverly Hills: Sage Publications Inc. Hassan M.K & Khan J.M. (2007). Zakat, External Debt and Poverty Reduction Strategy in Bangladesh.Journal Of Economic Cooperation. 28 (4) 1-38. Imtiazi I.A. (2000), Introduction dalam : I.A. Imtiazi et al. (eds.), Management of Zakah in Modern Muslim Society, Jeddah:

60

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

IRTI/IDB, pp. 11-28. Mannan M.A. (2003). Public Sector Management of Zakat dalam :Hannan S.A (eds.). Zakat and Poverty Alleviation. Dhaka: Islamic Economics Research Bureau. Mohamed Dahan Abdul Latif (1998) Zakat management and administration in Malaysia .Kertas kerja dibentangkan di Seminar of zakat and Taxation di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sadeq, AHM. (1995). Ethioco-eco-Institution of Zakah: An Instrument of Self-Reliance and Sustainable Grass-Root Development Mimeograph) Sanep Ahmad, Hairunnizam Wahid & Adnan Mohamad (2006). Penswastaan Institusi Zakat dan Kesannya Terhadap Pembayaran Secara Formal di Malaysia. International Journal of Management Studies 13 (2), 175-196. Wess. H. (2002). Reorganizing Social Welfare among Muslims: Islamic Voluntarism and Other Forms of Communal Support in Northern Ghana. Journal of Religion in Africa. 32(1) Abdul-Wahab, Mohamed et al., (1995) Malaysia (A Case study of Zakah Management), in: el-Ashker and Sirajul Haq (eds.), Institutional Framework of Zakah: Dimensions and Implications,Jeddah, IRTI/ IDB, pp. 297-378. Burn, R. B. (1995). Introduction to Research methods. Melbourne : Longman Merriem, S.B. (1998). Qualitative Research and Case Study Applications in Education. (2 nd ed). San Francisco: Jossey- Bass Yin, R.K. (1994). Case Study Research : Design and Methods. 2 nd ed. Thousand Oak, Calif : Sage.Leplege, A. & Hunt, S. 1997. The problem of quality of life in medicine.JAMA 278: 47-50. Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Mohd Ali Mohd Nor. 2004. Kesan bantuan Zakatterhadap Kualiti Hidup Asnaf Fakir dan Miskin. Dlm Muhamad Muda et.al. Proceeding on National Seminar in Islamic Banking & Finance 2004. Petaling Jaya: Intel Multimedia & Publication Mujani Tarimin.2005 Zakat Menuju Pengurusan Profesional. Kuala Lumpur : Utusan Publication and Distribution Fuadah Johari. 2004. Keberkesanan Zakat dalam Mengatasi Masalah kemiskinan di Negeri Melaka. Disestasi Sarjana Syariah dan Ekonomi. Universiti Malaya Abdul Aziz Muhammad, (1993), Zakat and Rural Development in Malaysia. Kuala Lumpur:Berita Publishing. Alatas V, Pritchett L and Wetterberg A (2003) Voice lessons: Local Government Organizations, Social organizations, and the quality of Local Governance. Policy Research Working Paper 2981 The World Bank. 2003.Alderman H. (2002). Do local officials know something we dont? Decentralization of targeted transfers in Albania. Journal of Public Economics 83 (2002) 375404 Anuar Muhamad, (2008). Perception Of Academicians Toward Zakat Administration Particularly Zakat Distribution: The Case Of Selangor And Kelantan. IIUM. Unpublished. Chapra, M.U. (1992). Islam and the Economic Challenge. Leicester, U.K.: The Islamic FoundationCrook R and Manor J. (2000). Democratic Decentralization. OECD Working Paper SeriesNo. 11. Summer 2000 The World Bank Washington, D.C. Faguet J.P (2004). Does Decentralization Increase Government Responsiveness To LocalNeeds? Evidence From Bolivia. Journal of Public Economics 88. (2004) 867 893 Faguet, J.P. (2000) Decentralization and Local Government Performance: Improving PublicServices Provision in Bolivia. Revista de Economia del Rosario. Vol. 3, No. 1, 2000. Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Mohd Ali Mohd Nor, (2004). Kesan Bantuan ZakatTerhadap Kualiti Hidup Asnaf Fakir dan Miskin, The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research, 1 (1). 151-166 Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Nor dan Sanep Ahmad. (2005). Kesedaran MembayarZakat: Apakah Faktor Penentunya? International Jurnal of Management Studies.12(2): 171-189 Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Mohd Ali Mohd Nor. 2007. Kesedaran MembayarZakat Pendapatan di Malaysia. Islamiyyat 29 (2007): 53-70. Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad and Radiah Abdul Kader. 2009. Pengagihan Zakat oleh Institusi Zakat di Malaysia: Mengapakah Masyarakat Islam Tidak Berpuashati? Jurnal Syariah. 17 (1) 2009: 89-112 Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. 2010a. Pengagihan Zakat oleh Institusi Zakat kepada Lapan Asnaf: Kajian di Malaysia. Jurnal Pengurusan JAWHAR. 4(1) 2010: 141-170 Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. 2010b. Pengaruh Faktor Keagamaan Terhadap kepuasan Hidup Individu: Kajian Kes Asnaf Fakir dan Miskin. dalam Nor Aini Hj Idris et.al (penyt.) Prosiding Seminar Kebangsaan MACFEA ke 14. Halatuju Penyelidikan Kepenggunaan: Isu dan Cabaran . pp. 480-499. Hankla C.R (2008). When is Fiscal Decentralization Good for Governance? Publius:TheJournal of Federalism. 1-19 Khaf, Monzer (1995a). Zakat: Unsolved Issues in contemporary Fiqh. In Sadeq et. Al (eds.)Development and Finance in Islam. Kuala Lumpur: Zafar Press Pte. Ltd. Khaf, Monzer (1995b). Applied Institutional Models For Zakat Collection and Distribution inIslamic Countries and Communities. in: el-Ashker and Sirajul Haq (eds.), Institutional Framework of Zakat: Dimensions and Implications,Jeddah, IRTI/ IDB p. 197-228 Mohd Ali Mohd Noor, Hairunizam Wahid dan Nor Ghani Md Nor (2004) Kesedaran Membayar Zakat Pendapatan di Kalangan Kakitangan Profesional Universiti Kebangsaan Malaysia. Islamiyyat. 26(2): 59-68 Mohamed Dahan Abdul Latif (1998) Zakat management and administration in Malaysia .Kertas kerja dibentangkan di Seminar of zakat and Taxation di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

61

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Muhammad Syukri Salleh (2006). Lokalisasi Pengagihan Zakat: satu Cadangan Teoritis. dalam Hailani & Abdul Ghafar (penyt). Zakat: Pensyariatan, Perekonomian & Perundangan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Mujaini Tarimin (2005) Zakat Menuju Pengurusan Profesional. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd Nik Mustapha Nik Hassan (1991). Zakat in Malaysia: Present and Future Status. In Sadeq et.al (eds.) Development and Finance in Islam. Kuala Lumpur: Zafar Press Pte. Ltd Oates W. (1972). Fiscal federalism. New York: Harcourt, Brace and Jovanovich Qardhawi Y. (1996). Hukum zakat-studi komparatif mengenai status dan filasafat zakat berdasarkan Quran dan hadis. (Terj.) Salman Harun et.al. Indonesia: PenerbitLiteraAntarNusa Qardhawi, Y (1999). Fiqh Az-Zakat: A Comparative study. London: Dar Al Taqwa Ltd Sanep Ahmad & Hairunnizam Wahid (2005c) Kesediaan Berkongsi Kekayaan dan Kebahagiaan: Kajian Kes Bayaran Zakat bagi Harta yang diikhtilaf dalam Abd Hair Awang et.al(penyt) Prosiding Persidangan Kebangsaan Ke-2 Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran. Kajang: Pusat Fotokopi Kajang hlm 373-383 Sanep Ahmad, Hairunnizam Wahid & Adnan Mohamad (2006). Penswastaan Institusi Zakat dan Kesannya Terhadap Pembayaran Secara Formal di Malaysia. International Journalof Management Studies 13 (2), 175-196. Schneider A. (2003). Who Gets What from Whom? The Impact of Decentralization on Taxcapacity and Pro-Poor Policy. IDS Working Paper 179, Institute of Development Studies, France. Shah A and Thompson T (2004). Implementing Decentralized Local Governance: A Treacherous Road with Potholes, Detours and Road Closures. World Bank Policy Research Working Paper 3353, June 2004 Tiebout (1956). A pure theory of local expenditure. Journal of Political Economy 64: 416424 Tugrul G. dan Shah A. (2002) Localization and corruption: Panacea or pandoras box? In Managing Fiscal Decentralization, ed. Ehtisham Ahmad, and Vito Tanzi. New York: Routledge Zayas F.G. (2003). The Law and Institution of Zakat.(Terj). Kuala Lumpur: The Other Press. Ajeel, Abd Al Qader Dahi (1995). Kuwait. In in: el-Ashker and Sirajul Haq (eds.),Institutional Framework of Zakat: Dimensions and Implications,Jeddah, IRTI/ IDB p. 259-295 Abdul-Wahab, Mohamed et al., (1995) Malaysia (A Case study of Zakat Management), in:el-Ashker and Sirajul Haq (eds.), Institutional Framework of Zakat: Dimensions and Implications,Jeddah, IRTI/ IDB, p. 297-378 Ahmad Sunawari Long. Sejarah falsafah. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2006. Darulsalam, Ghazali. 2001. Sumbangan Sarjana Dalam Tamadun Islam. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Pg. 367 ISBN 967-61-1203-8. (SCOPUS-Cited Publication) Stake, R. E.,2000.case studies, dalam Denzim dan Lincoln, Handbook of Qualitative Research. 2nd Ed. Thousand Oaks: Sage.

62

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

KETELUSAN DI DALAM TADBIR URUS INSTITUSI ZAKAT Md Hairi Md Hussain Kamil Md. Idris Ram Al Jaffri Saad Universiti Utara Malaysia

ABSTRAK Isu keyakinan masyarakat Islam yang rendah terhadap institusi zakat agak membimbangkan. Tadbir urus zakat yang tidak telus didakwa sebagai satu daripada faktor penyumbang terhadap permasalahan yang dihadapi. Justeru itu, kajian ini berhasrat untuk mengenal pasti pembentukan tadbir urus zakat yang baik dengan memberi fokus kepada ketelusan untuk menangani isu yang wujud. Setakat ini, kajian mengenai ketelusan tadbir urus institusi zakat tidak dijalankan secara mendalam dan ini memberi ruang untuk kertas ini memenuhi jurang yang ada. Kertas ini berbentuk konseptual di mana ianya akan mengulas dan membincangkan artikel-artikel yang berkaitan dengan ketelusan, tadbir urus dan zakat. Kemudiannya satu model konseptual akan dibangunkan sebagai cadangan penambahbaikan untuk institusi zakat. Kertas ini dapat memberikan maklumat tambahan kepada institusi zakat dan membantu institusi tersebut untuk menangani isu keyakinan masyarakat Islam yang rendah. Ini penting agar objektif zakat untuk menegakkan keadilan ekonomi dan sosial dapat dicapai. Kajian ini seterusnya bakal mencetus kajian empirikal di masa hadapan yang berkaitan dengan elemen ketelusan. Ia juga bertindak sebagai satu usaha untuk mengimarahkan penyelidikan didalam bidang zakat. Hasil penemuan ini adalah relevan dan terpakai kepada Malaysia dan negaranegara Islam yang lain. Kata kunci: Ketelusan, Tadbir Urus, Zakat.

Pendahuluan Masyarakat Islam mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap zakat kerana zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam. Zakat didefinisikan sebagai penyucian diri, harta dan masyarakat (Hairunnizam, Mohd Ali & Sanep, 2005; Qardhawi, 2007). Penyucian ini bertujuan untuk menjadikan manusia itu lebih bernilai daripada harta (Qardhawi, 2007). Islam telah menetapkan 8 golongan yang berhak menerima zakat iaitu orang fakir, miskin, amil, mualaf, hamba, orang yang berhutang kerana keperluan hidup, orang yang berjuang di jalan

63

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Allah dan musafir yang terputus bekalan. Ketetapan ini bertepatan dengan Surah At-Taubah ayat yang ke 60 (Ibnu Kathier, 2007). Zakat memainkan peranan yang sangat besar di dalam masyarakat Islam di mana ia mempunyai objektif untuk menegakkan keadilan ekonomi dan sosial (Norazlina & Abdul Rahim, 2011a; Patmawati, 2008; Qardhawi, 2007). Pencapaian objektif ini dapat menyumbang kepada pembasmian kemiskinan dan juga membawa penyelesaian kepada masalah sosial (Patmawati, 2008). Menyedari hakikat ini, institusi zakat telah ditubuhkan untuk mengutip dan mengagihkan dana zakat. Di Malaysia, zakat ditadbir oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) (Kamil, 2002; Md. Zyadi & Mariani, 1999; Ram Al Jaffri, 2010a). MAIN bertanggungjawab dalam menguruskan aktiviti zakat seperti yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan (Norazlina & Abdul Rahim, 2011a). Institusi zakat mempunyai kebebasan untuk menentukan pentadbiran zakat mereka sendiri dan ini telah membawa kepada kepelbagaian amalan yang diguna pakai di setiap negeri. Oleh kerana institusi zakat merupakan sebuah institusi yang memegang kepercayaan awam, maka institusi tersebut adalah terdedah kepada penilaian umum masyarakat Islam. Institusi zakat diharapkan dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan adil bagi memastikan kebajikan umat Islam dilindungi (Patmawati, 2008; Qardhawi, 2007). Kebelakangan ini, beberapa isu dan kontroversi dilihat telah menimpa institusi zakat. Satu daripada isu tersebut adalah keyakinan masyarakat Islam yang rendah terhadap institusi zakat. Setiap tahun aduan terhadap institusi zakat dilaporkan dalam media terutamanya yang berkaitan dengan pengagihan zakat (Mohd Harzrul, 2010). Beberapa penyelidik zakat juga telah menekankan tentang isu ini contohnya (Aidit, 1989; Hairunnizam, Sanep & Radiah, 2009; Mohd Asri, 2009; Patmawati, 2008; Sanep & Hairunnizam, 2005; Sanep, Hairunnizam & Adnan, 2006). Sanep et al. (2006) mendapati bahawa majoriti daripada responden tidak berpuas hati dengan pengurusan institusi zakat walaupun mereka membayar zakat kepada institusi tersebut. Selain itu, sikap tidak yakin kepada institusi zakat adalah penyebab untuk seseorang individu itu membayar zakat melalui saluran tidak formal (Aidit, 1989; Hairunnizam et al, 2009; Mohd Asri, 2009; Sanep & Hairunnizam, 2005). Patmawati (2008) juga bercakap dalam nada yang sama apabila mencadangkan bahawa kepercayaan dan keyakinan pembayar zakat perlu diperbaiki. Ini menunjukkan bahawa isu keyakinan yang rendah terhadap institusi zakat adalah serius.

64

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Faktor utama yang dipercayai berkait dengan keyakinan awam yang rendah adalah tadbir urus institusi zakat yang dikatakan tidak cekap (Azman, Mohammad & Syed Mohd Najib, 2012; Kamil, 2002; Ram Al Jaffri, 2010a). Ini disebabkan wujudnya rungutan daripada masyarakat tentang pengagihan zakat terutamanya oleh pihak yang berpontensi menerima zakat (Azman et al., 2012; Hairunnizam et al., 2009; Mohd Fadly, 2010). Di samping itu, imej institusi zakat turut tercemar disebabkan rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh pegawai zakat ( ACA detains senior Lembaga Zakat Selangor officer, 2008; Radiah, 2011). Hasil penyelidikan oleh Ram Al Jaffri (2010a) turut menyokong bahawa keyakinan masyarakat Islam yang rendah adalah disebabkan imej institusi zakat yang tercalar. Isu keyakinan yang rendah memberi beberapa kesan negatif kepada negara amnya dan kepada masyarakat Islam khususnya. Pertama, berlakunya pengelakan zakat di mana krisis keimanan dan moral yang menimpa umat Islam telah menjadikan mereka cenderung untuk tidak mematuhi perintah dari Allah. Ini memberikan gambaran bahawa lebih ramai Muslim akan lari dari membayar zakat kerana kejahilan mereka (Mohd. Hasriq, 2011; Shaarani, 2010; Zulkifli, 2010). Pengelakan zakat mempunyai beberapa kesan sosio-ekonomi yang negatif. Ia akan menjejaskan usaha-usaha untuk membasmi kemiskinan kerana pungutan zakat tidak berada pada tahap yang optimum dan ini akan mengurangkan hasil sebenar zakat yang boleh dikutip (Diabi, 1993). Oleh itu, pentadbiran institusi zakat perlu diperkukuhkan. Jika pengelakan zakat berjaya diatasi, kebajikan penerima zakat akan dapat dipertingkatkan. Kedua, keyakinan awam yang rendah boleh membawa kepada masalah kebocoran dan ketidakpatuhan. Menurut Sanep et al. (2006), sebanyak 10.5% responden dalam kajian mereka berminat untuk membayar zakat secara langsung kepada penerima zakat tanpa melalui institusi zakat. Peratusan ini mungkin meningkat jika keyakinan awam terhadap tadbir urus institusi zakat terus merosot. Sanep dan Hairunnizam (2004) menyatakan bahawa walaupun tiada statistik yang tepat mengenai kebocoran zakat tetapi ramai individu dipercayai membayar zakat terus kepada penerima zakat. Hairunnizam et al. (2009) menyokong kenyataan tersebut di mana mereka mendapati 57.1% pembayar zakat tidak berpuas hati dengan pengagihan zakat. Angka ini menunjukkan bahawa kemungkinan pembayar zakat untuk membayar zakat terus kepada penerima zakat adalah tinggi. Sebagai seorang Muslim, kewajipan berzakat perlu dilaksanakan kerana ia adalah salah satu rukun Islam. Oleh itu, jika masyarakat Islam tidak mempercayai
65

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

institusi zakat, mereka akan mencari alternatif lain untuk melaksanakan kewajipan ini. Satusatunya alternatif yang ada pada mereka adalah untuk membayar zakat terus kepada penerima zakat. Walau bagaimanapun, tindakan ini tidak wajar disebabkan kemungkinan wujudnya ketidakadilan dalam mengenal pasti penerima zakat. Lebih membimbangkan lagi, pembayaran zakat melalui saluran alternatif ini adalah tidak sah dan berdosa kerana ianya bercanggahan dengan fatwa yang dikeluarkan (JAKIM, 2006). Jadi, isu ini perlu ditangani dengan segera dan berhati-hati kerana kegagalan dalam menguruskan institusi zakat akan mencetuskan tindak balas negatif daripada pihak berkepentingan dalam zakat dan akan meletakkan masyarakat Islam dalam kerugian (Diabi, 1993; Mohd Asri, 2010).

Tadbir Urus Tadbir urus merupakan satu konsep yang penting di dalam organisasi. Banyak organisasi sama ada yang berteraskan keuntungan atau organisasi yang bukan bermatlamatkan keuntungan mula memberi perhatian kepada konsep ini sebagai alat untuk menjamin kewujudan berterusan mereka (Abdul Hadi, M. Fazilah & Md Ishak, 2005; Bandsuch, Pate & Thies, 2008; Barros & Nunes, 2007; Cadbury Committee, 1992). Keadaan ini adalah ketara dalam sektor korporat kerana persaingan sengit yang dihadapi oleh syarikat-syarikat. Elemen di dalam tadbir urus diharapkan dapat membantu syarikat meningkatkan prestasi dan menangani masalah agensi. Keperluan kepada tadbir urus yang cekap juga penting dalam organisasi yang bukan bermatlamatkan keuntungan. Ini adalah kerana organisasi tersebut turut menghadapi tekanan daripada orang ramai yang mahu perkhidmatan yang lebih baik dan maklumat yang lebih telus. Justeru, organisasi yang bukan bermatlamatkan keuntungan juga perlu untuk meningkatkan tadbir urus mereka supaya kepuasan pihak-pihak berkepentingan dapat dicapai. Tadbir urus berasal dari perkataan Yunani, kuberno, yang membawa maksud untuk membimbing atau mengemudi (Bhasin, 2005). Pelbagai pihak memberikan definisi yang berbeza mengenai tadbir urus. Sebagai contoh, The World Bank (1991) mendefinisikan tadbir urus sebagai penggunaan kuasa organisasi dan sumber untuk berkembang. Manakala yang lain mendefinisikan tadbir urus sebagai proses membuat keputusan (UNESCAP, 2007); dan penggunaan pihak berkuasa organisasi untuk melindungi pihak-pihak yang berkepentingan (UNDP, 1997). Dalam kajian ini, tadbir urus didefinisikan sebagai struktur kuasa untuk
66

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

memantau prestasi institusi zakat di pelbagai peringkat dengan tujuan melindungi pihak yang berkepentingan dalam zakat. Tadbir urus menangani kepentingan semua pihak dan bukan hanya kepentingan segelintir pihak. Aguilera (2005) menyokong kenyataan ini dengan mengatakan bahawa tadbir urus menyentuh tentang akauntabiliti bersama kepada semua pihak yang berkepentingan, tidak hanya terhad kepada pemegang saham syarikat. Walau bagaimanapun, ia adalah satu tugas yang mencabar untuk melindungi kepentingan semua pihak kerana tadbir urus sering mewujudkan konflik kepentingan dan sebab itulah ia perlu kepada pembangunan hubungan antara semua pihak yang berkaitan (Aguilera, 2005).

Tadbir Urus Institusi Zakat Institusi zakat diberi tanggungjawab untuk mengutip dana zakat dan memastikan keadilan dilakukan dalam mengagihkannya kepada penerima zakat. Untuk memudahkan institusi zakat dalam menguruskan dana zakat secara berkesan dan cekap, pencarian tadbir urus yang baik amat diperlukan. Amalan tadbir urus yang baik dalam persekitaran korporat boleh dicontohi oleh institusi zakat. Tadbir urus institusi zakat perlu dikemaskini dengan pengetahuan baru dan konsep yang praktikal sesuai dengan persekitaran semasa. Oleh itu, pengetahuan asas mengenai tadbir urus adalah penting dalam mencapai matlamat ini. Dengan tadbir urus yang baik, institusi zakat boleh memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dan dapat memuaskan hati pihak-pihak yang berkepentingan dalam zakat. Institusi zakat perlu segera melaksanakan proses transformasi jika inginkan organisasi mereka bertambah sihat. Pada masa ini, banyak kajian telah dilakukan mengenai tadbir urus korporat (Alexander & Weiner, 1998; Cadbury Committee, 1992; Hamilton, 2000; Sehgal & Mulraj, 2008; Shawal & Hasan, 2007). Walau bagaimanapun, agak sukar untuk mencari kajian yang dapat menjelaskan tentang tadbir urus institusi zakat. Walaupun seseorang boleh menganggap bahawa tadbir urus institusi zakat adalah sama dengan tadbir urus korporat, tetapi sebenarnya tadbir urus institusi zakat mempunyai penekanan yang berbeza. Ini adalah kerana persekitaran kedua-dua institusi adalah berbeza. Tadbir urus korporat beroperasi dalam persekitaran yang dikawal ketat manakala tadbir urus institusi zakat beroperasi dalam persekitaran yang peraturannya agak longgar. Ram

67

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Al Jaffri (2010b) dan Nur Barizah dan Hafiz Majdi (2010) membenarkan kenyataan ini dengan mengatakan persekitaran zakat adalah longgar di segi undang-undang dan penguatkuasaan. Selain itu, banyak konsep dan model pengurusan yang digunakan dalam tadbir urus korporat diimport dari Jepun dan negara Barat (Fadzila Azni, 2010). Konsep dan model ini tidak memberi tumpuan kepada hubungan dengan pencipta (Allah). Fadzila Azni (2010) juga menyatakan bahawa institusi zakat perlu menggunakan konsep dan model pengurusan yang selari dengan prinsip-prinsip dan falsafah Islam. Ini adalah kerana institusi zakat berbeza daripada institusi sosial yang lain di mana semangat zakat bukan hanya untuk dunia ini tetapi juga untuk akhirat. Walaupun penyelidikan dalam zakat meningkat, tetapi fokus yang diberikan kepada tadbir urus institusi zakat adalah sangat sedikit. Setakat ini, hanya terdapat beberapa kajian sahaja yang memberikan tumpuan kepada tadbir urus institusi zakat di Malaysia (Abd Halim, Rozman & Ahmad, 2007; Norazlina & Abdul Rahim, 2011a; Shawal & Hasan, 2007). Walau bagaimanapun, kajian mereka ini tidak memberikan tumpuan khusus kepada pembentukan tadbir urus institusi zakat, tidak diuji secara empirikal dan tidak berdasarkan perspektif pihak berkepentingan dalam zakat. Kajian oleh Norazlina dan Abdul Rahim (2011b) mengenai kecekapan institusi zakat telah menemukan beberapa faktor sebagai penentunya. Mereka mendapati bahawa kecekapan institusi zakat di Malaysia secara signifikan ditentukan oleh sistem pembayaran zakat, sistem zakat berkomputer, saiz lembaga, jawatankuasa audit dan desentralisasi. Walau bagaimanapun kajian mereka lebih menjurus kepada kecekapan institusi zakat dengan kurang penekanan diberikan kepada pembentukan tadbir urus institusi zakat. Sementara itu, Shawal dan Hasan (2007) mengkaji elemen tadbir urus korporat yang diamalkan oleh beberapa institusi zakat di Malaysia. Mereka mendapati bahawa institusi zakat umumnya menerima pakai amalan tadbir urus korporat, cuma penekanan kurang diberikan pada aspek tertentu seperti penyertaan pihak-pihak yang berkepentingan dalam pembangunan dasar. Kajian ini dijalankan secara tinjauan dan tidak diuji secara empirikal. Di samping itu, Abd Halim et al. (2007) dan Abd Halim, Shawal, Ahmad dan Kamil (2008), mengkaji prestasi institusi zakat di Malaysia dan mencadangkan satu model petunjuk prestasi
68

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

bagi institusi zakat. Model petunjuk prestasi tersebut mempunyai 4 dimensi yang terdiri daripada input, output, proses, dan kualiti. Walau bagaimanapun, kedua-dua kajian ini tidak dilakukan secara mendalam dan tidak diuji secara empirikal dan mereka sendiri mencadangkan agar kajian yang lebih mendalam dilakukan.

Ketelusan Ketelusan merupakan elemen penting dalam tadbir urus dan ini dipersetujui oleh beberapa orang penyelidik (Bandsuch et al., 2008; Bhasin, 2010; Cadbury, 2000; Ionescu, 2010). Kepentingan elemen ketelusan dalam tadbir urus boleh dilihat melalui penyataan seperti ketelusan adalah nadi kepada tadbir urus (Cadbury, 2000). Elemen ini membolehkan pihak berkepentingan mengakses maklumat yang tepat bagi membantu mereka dalam pembuatan keputusan (Bandsuch et al., 2008). Ketelusan juga berupaya untuk mengurangkan maklumat asimetri kerana membenarkan semua orang mengakses maklumat yang sama (Chen, Chung, Lee & Liao, 2007). Ini menjadikan ketelusan maklumat yang baik sebagai prasyarat untuk tadbir urus yang baik (Chiang, 2005). Ketelusan didefinisikan sebagai perkongsian maklumat spesifik kepada pihak berkepentingan (Bushman, Piotroski & Smith, 2004). Definisi lain adalah sistem periksa dan imbang (Zandstra, 2002); meningkatkan aliran maklumat yang dipercayai (Chipalkatti, Le & Rishi, 2007) dan menggalakkan komunikasi berkesan (Parum, 2005). Dalam kajian ini, ketelusan didefinisikan sebagai perkongsian maklumat penting di mana pendedahan yang secukupnya dibuat dan maklumat boleh diakses oleh semua pihak berkepentingan dalam zakat. Ketelusan berupaya untuk meningkatkan kepuasan awam dan dapat membawa kepada tadbir urus yang berkesan (Chen et al., 2007). Sebaliknya, organisasi yang mengabaikan ketelusan dalam tadbir urusnya mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk terlibat dalam salah laku (Cadbury Committee, 1992). Penyiasatan terhadap skandal korporat mendedahkan bukti bahawa salah satu faktor penyumbangnya adalah kekurangan ketelusan dalam penyebaran maklumat (Chen et al., 2007). Ini menunjukkan bahawa ketelusan secara menyeluruh mesti diamalkan untuk mengelakkan persepsi negatif daripada orang ramai terhadap tadbir urus organisasi. Ketelusan yang tinggi ditambah dengan pemantauan yang bersesuaian akan meningkatkan keyakinan pelabur (Bhasin, 2010; Ionescu, 2010; Roohani, Furusho & Koizumi, 2009). Walau
69

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

bagaimanapun, ketelusan memerlukan peraturan yang kuat dan sokongan daripada lembaga pengarah dan pengurusan atasan untuk membolehkan ianya diterima (Bhasin, 2010; Bhat, Hope & Kang, 2006; Zandstra, 2002). Terdapat beberapa kajian yang membincangkan ketelusan dalam organisasi. Sunhilde dan Hajnalka (2009) mendapati maklumat sensitif berkaitan lembaga pengarah dan eksekutif kurang didedahkan berbanding maklumat kewangan. Keadaan ini menunjukkan ketelusan secara menyeluruh tidak diamalkan. Ini secara tidak langsung meningkatkan kebarangkalian berlakunya penyelewengan (Zandstra, 2002). Selain itu, syarikat yang mempunyai ketelusan maklumat yang rendah biasanya akan melibatkan kos agensi yang tinggi. Manakala kajian oleh Bhat et al. (2006) mendapati terdapat hubungan positif di antara ketelusan tadbir urus dan ketepatan ramalan penganalisis. Menurut mereka, ketelusan tadbir urus sangat penting terutamanya apabila penguatkuasaan undang-undang syarikat adalah lemah. Walaupun perbincangan mengenai ketelusan banyak terdapat dalam persekitaran korporat, ianya tetap relevan dan boleh diguna pakai dalam semua persekitaran termasuklah institusi zakat. Pihak berkepentingan dalam zakat tentu berpuas hati sekiranya ketelusan yang tinggi diamalkan dalam tadbir urus institusi zakat. Kajian oleh Hairunnizam et al. (2009) mendapati bahawa kekurangan ketelusan dalam pengagihan zakat telah menyebabkan ketidakpuasan hati di kalangan pihak berkepentingan dalam zakat. Di samping itu, kegagalan institusi zakat dalam menyediakan laporan kewangan turut menjejaskan ketelusan dalam tadbir urusnya (Utusan Online, 2001, Disember 3). Majoriti institusi zakat di Malaysia juga didapati tidak telus dalam mendedahkan maklumat di dalam laman web mereka (Mohd Faisol, Suhaina & Mohd Zulkifli, 2009). Kejadian ini menunjukkan bahawa ketelusan institusi zakat tidak berada pada tahap yang memuaskan. Isu ketelusan sering dikaitkan dengan pengurusan institusi zakat yang didakwa tidak cekap. Pengurusan institusi zakat kerap dikritik kerana birokrasi (Aidit, 1989), ketidakcekapan dalam pengagihan zakat (Aidit, 1989; Azman et al., 2012; Hairunnizam et al., 2009; Mohd Asri, 2010; Mohd Fadly, 2010), dan tidak proaktif (Mohd Asri, 2010; Mohd Fadly, 2010). Hal ini mengundang kritikan berterusan terhadap tadbir urus institusi zakat (Mohd Asri, 2010; Radiah, 2011).

70

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Kebelakangan ini, ketelusan telah mula diberi perhatian oleh institusi zakat walaupun masih lagi tidak secara menyeluruh. Perkongsian maklumat sensitif seperti maklumat kutipan dan agihan zakat yang diamalkan oleh institusi zakat adalah baik kerana berupaya untuk mengelakkan persepsi negatif di samping meningkatkan ketelusan dalam tadbir urus. Namun, maklumat sensitif lain terutamanya yang berkaitan dengan tadbir urus seperti gaji pengarah, tempoh pelantikan dan pengalaman mereka patut juga dikongsi agar ketelusan yang diamalkan itu lebih menyeluruh. Di samping itu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) juga telah menunjukkan komitmen dalam menjalankan tadbir urus yang baik dengan memastikan wujudnya elemen ketelusan dalam laporan mereka (Laporan zakat 2009). Beberapa institusi zakat yang lain turut mengambil inisiatif yang sama melalui penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat dalam usaha menggalakkan ketelusan. Pengenalan e-zakat umpamanya, telah memberi hasil yang positif dengan membantu meningkatkan ketelusan institusi zakat (Shawal, 2009). Ini disokong oleh Azman et al. (2012) yang mendapati ketelusan dalam tadbir urus institusi zakat semakin baik tetapi masih wujud banyak ruang untuk penambahbaikan.

Andaian Teoretikal Kajian ini menggabungkan kekuatan dua teori iaitu teori pihak berkepentingan dan teori agensi sebagai teori asas. Kedua-dua teori ini menerima pengiktirafan yang tinggi dalam kajian yang berkaitan tadbir urus (Abbasi, 2009; Donaldson & Preston, 1995; Eisenhardt, 1989; Friedman & Miles, 2002; Jensen & Meckling, 1976). Teori agensi memberikan tumpuan hanya kepada hubungan antara syarikat dan pemegang sahamnya. Teori pihak berkepentingan melebarkan hubungan itu dengan memberi tumpuan juga kepada pihak berkepentingan yang lain. Ianya selari dengan objektif institusi zakat dalam memberikan keadilan kepada semua pihak. Kedua-dua teori ini menyokong kuat amalan ketelusan dalam tadbir urus sesuatu organisasi. Ini kerana ketelusan boleh menjamin semua pihak memperolehi akses yang sama terhadap semua maklumat dan mengelakkan persepsi negatif akibat salah tanggapan. Berdasarkan kedua-dua teori ini dan kajian lepas, satu kerangka kerja berkaitan dengan ketelusan telah dicadangkan. Model kerangka kerja ini ditunjukkan dalam Rajah 1.

71

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Kerangka Kerja Teori

Teori Agensi Ketelusan Teori Pihak Berkepentingan Tadbir Urus Institusi Zakat

Rajah 1: Kerangka Kerja Teori Bagi Ketelusan Dalam Tadbir Urus Institusi Zakat

Kesimpulan Tadbir urus yang baik dapat memastikan kewujudan berterusan sesebuah organisasi (Cadbury Committee, 1992; Hampel Report, 1998). Kertas ini membincangkan dengan terperinci kajian berkenaan tadbir urus dan ketelusan agar pemahaman mengenai keduanya dapat dipertingkatkan. Di samping itu, kajian yang dijalankan dalam persekitaran zakat juga turut dibincangkan. Hasil perbincangan mendapati bahawa ketelusan merupakan elemen penting dalam tadbir urus. Walau bagaimanapun, elemen ketelusan ini masih kurang diberi perhatian oleh institusi zakat. Oleh itu, satu rangka kerja berkaitan dengan ketelusan dalam tadbir urus zakat telah dicadangkan. Penekanan kepada elemen ketelusan ini berupaya membantu institusi zakat menangani isu keyakinan masyarakat Islam yang rendah. Isu ini perlu segera ditangani bagi menjamin peranan institusi zakat dalam memastikan keadilan ekonomi dan sosial serta pembasmian kemiskinan tidak tergugat.

RUJUKAN
Abbasi, M. Z. (2009). Legal analysis of agency theory: An inquiry into the nature of corporation. International Journal of Law and Management, 51(6), 401-420. Abd Halim, M. N., Rozman, M. Y., & Ahmad, C. Y. (2007). Performance indicators model for zakat institution. Jurnal Pengurusan JAWHAR, 1(2), 71-84. Abd Halim, M. N., Shawal, K., Ahmad, C. Y. & Kamil, M. I. (2008). Measuring performance: A preliminary study of zakat institutions in Malaysia. Kertas kerja dibentangkan di Bengkel IKaZ Bersama Industri Ke 4, UiTM, Melaka. Abdul Hadi, Z., M. Fazilah, A. S., & Md Ishak, I. (2005). Corporate governance in Malaysia. Diakses pada Februari 15, 2011, daripada http://www.micg.net/research/corporate%20governance%20in%20malaysia%20-%20micg.pdf ACA detains senior Lembaga Zakat Selangor officer. (2008, April 10). Bernama.

72

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Aguilera, R. V. (2005). Corporate governance and director accountability: An institutional comparative perspective. British Journal of Management, 16, 39-53. Aidit, G. (1989). Fenomenon pembayaran zakat melalui saluran tidak rasmi - Satu analisis empirik. Dalam Mohd Ali Hj. Baharum (Ed.), Zakat ditinjau dari perspektif sosial, undang-undang dan taksiran (pp. 1-27). Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Islam. Alexander, J. A., & Weiner, B. J. (1998). The adoption of the corporate governance model by nonprofit organizations. Nonprofit Management & Leadership, 8(3), 223-242. Azman, A. R., Mohammad, H. A., & Syed Mohd Najib, S. O. (2012). Zakat institution in Malaysia: Problems and issues. Global Journal Al-Thaqafah, 2(1), 35-41. Bandsuch, M., Pate, L., & Thies, J. (2008). Rebuilding stakeholder trust in business: An examination of principle-centered leadership and organizational transparency in corporate governance. Business & Society Review, 113(1), 99-127. Barros, C. P., & Nunes, F. (2007). Governance and CEO pay and performance in non-profit organizations. International Journal of Social Economics, 34(11), 811-827. Bhasin, M. L. (2005). Dharma in corporate governance: Transparency the biggest challenge in Asian countries. EBS Review(2), 99-109. Bhasin, M. L. (2010). Dharma, corporate governance and transparency: An overview of the Asian markets. International Journal of Business & Management, 5(6), 56-73. Bhat, G., Hope, O.-K., & Kang, T. (2006). Does corporate governance transparency affect the accuracy of analyst forecasts? Accounting & Finance, 46(5), 715-732. Bushman, R. M., Piotroski, J. D., & Smith, A. J. (2004). What determines corporate transparency? Journal of Accounting Research, 42(2), 207-252. Cadbury, A. (2000). The corporate governance agenda. Corporate Governance, 8(1), 7-15. Cadbury Committee. (1992). Report of the committee on the financial aspects of corporate governance. London: Gee and Co. Chen, W.-P., Chung, H., Lee, C., & Liao, W.-L. (2007). Corporate governance and equity liquidity: Analysis of S&P transparency and disclosure rankings. Corporate Governance, 15(4), 644-660. Chiang, H.-t. (2005). An empirical study of corporate governance and corporate performance. The Journal of American Academy of Business, 95-101. Chipalkatti, N., Le, Q. V., & Rishi, M. (2007). Portfolio flows to emerging capital markets: Do corporate transparency and public governance matter? Business & Society Review, 112(2), 227-249. Diabi, A. (1993). The concept of zakah evasion: An economic interpretation. Review of Islamic Economics, 2(2), 17-28. Donaldson, T., & Preston, L. E. (1995). The stakeholder theory of the corporation: Concepts, evidence, and implications. Academy of Management Review, 20(1), 65-91. Eisenhardt, K. M. (1989). Agency theory: An assessment and review. The Academy of Management Review, 14(1), 57-74. Fadzila Azni, A. (2010). Pengurusan institusi zakat: Apres pengurusan kualiti menyeluruh (TQM). Kertas kerja dibentangkan di 4th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC 2010), Universiti Sains Malaysia. Friedman, A. L., & Miles, S. (2002). Developing stakeholder theory. Journal of Management Studies, 39(1), 1-21. Hairunnizam, W., Mohd Ali, M. N., & Sanep, A. (2005). Kesedaran membayar zakat: Apakah faktor penentunya? IJMS, 12(2), 171-189. Hairunnizam, W., Sanep, A., & Radiah, A. K. (2009). Pengagihan zakat oleh institusi zakat di Malaysia: Mengapa masyarakat Islam tidak berpuas hati? Jurnal Syariah, 17(1), 89-112. Hamilton, R. W. (2000). Corporate governance in America 1950-2000: Major changes but uncertain benefits. Journal of Corporation Law, 25(2), 349-373. Hampel Report. (1998). Committee on corporate governance final report. Diakses pada Februari 23, 2012, daripada http://www.ecgi.org/codes/documents/hampel.pdf Ibnu Kathier. (2007). Terjemah ringkas tafsir Ibnu Kathier (H. Salim Bahreisy & H. Said Bahreisy, Terjm. Malaysia ed. Vol. 4). Kuala Lumpur: Pustaka Jiwa. Ionescu, L. (2010). Effective corporate governance and financial market transparency. Economics, Management & Financial Markets, 5(2), 285-290. JAKIM. (2006). Hukum mengagihkan zakat secara persendirian dan qada zakat. Diakses pada Mac 7, 2012, daripada http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum -mengagihkan-zakat-secara-persendirian-dan-qada-zakat Jensen, M. C., & Meckling, W. H. (1976). Theory of the firm: Managerial behavior, agency costs and ownership structure. Journal of Financial Economics, 3(4), 305-360. Kamil, M. I. (2002). Gelagat kepatuhan zakat gaji di kalangan kakitangan awam. Tesis PhD Tidak Diterbit, Universiti Utara Malaysia, Sintok. Laporan zakat 2009. Kuala Lumpur: Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Md. Zyadi, M. T., & Mariani, A. M. (1999). Prestasi kutipan dan agihan zakat di Malaysia: Suatu perbandingan antara pengurusan awam dengan pengurusan swasta. Kertas kerja dibentangkan di Pascasidang Seminar Pengeluaran Awam dan Swasta: Justifikasi dan Realiti di Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Mohd Asri, Z. A. (2009). Agama bukan candu untuk mengkhayalkan orang miskin. Diakses pada Julai 15, 2010, daripada http://drmaza.com/home/?p=808 Mohd Asri, Z. A. (2010). Zakat berbaki atau kita kurang bijak membahagi. Diakses pada September 22, 2010, daripada http://drmaza.com/home/?p=1228

73

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Mohd Faisol, I., Suhaina, M., & Mohd Zulkifli, M. (2009). Sistem zakat di Malaysia: Kajian dari sudut strategi penyebaran maklumat menerusi laman web. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Muamalat, Ekonomi dan Kewangan Islam, Hotel Equatorial Bangi-Putrajaya, Selangor. Mohd Harzrul, A. (2010, Mac 4). Institusi agama tercabar, Harian Metro, p. 9. Mohd. Hasriq, A. (2011, Mac 10). Hanya 45 bayar zakat, Utusan Malaysia, p. 7. Mohd Fadly, S. (2010, Mac 12). Lebih proaktif bantu si miskin, Harian Metro, p. v4. Norazlina, A. W., & Abdul Rahim, A. R. (2011a). A framework to analyse the efficiency and governance of zakat institutions. Journal of Islamic Accounting and Business Research, 2 (1), 43-62. Norazlina, A. W., & Abdul Rahim, A. R. (2011b). Efficiency of zakat institutions and its determinants. Kertas kerja dibentangkan di 8th International Conference on Islamic Economics and Finance, Doha, Qatar. Nur Barizah, A. B., & Hafiz Majdi, A. R. (2010). Motivations of paying zakat on income: Evidence from Malaysia. International Journal of Economics and Finance, 2(3), 76-84. Parum, E. (2005). Does disclosure on corporate governance lead to openness and transparency in how companies are managed? Corporate Governance, 13(5), 702-709. Patmawati, H. I. (2008). Pembangunan ekonomi melalui agihan zakat: Tinjauan empirikal. Jurnal Syariah, 16(2), 223-244. Qardhawi, Y. (2007). Hukum zakat (Salman Harun, Didin Hafidhuddin & Hasanuddin, Terjm. 10 ed.). Bogor: Pustaka Litera AntarNusa Radiah, S. (2011, Oktober 28). Amil lesapkan wang zakat diburu, Kosmo, p. 2. Ram Al Jaffri, S. (2010a). Gelagat kepatuhan zakat perniagaan di negeri Kedah. Tesis PhD Tidak Diterbit, Universiti Utara Malaysia, Sintok. Ram Al Jaffri, S. (2010b). Gelagat kepatuhan zakat perniagaan: Apakah penentunya? Kertas kerja dibentangkan di 4th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC 2010), Universiti Sains Malaysia. Roohani, S., Furusho, Y., & Koizumi, M. (2009). XBRL: Improving transparency and monitoring functions of corporate governance. International Journal of Disclosure & Governance, 6 (4), 355-369. Sanep, A., Hairunnizam, W., & Adnan, M. (2006). Penswastaan institusi zakat dan kesannya terhadap pembayaran secara formal di Malaysia. International Journal of Management Studies, 13 (2), 175-196. Sanep, A., & Hairunnizam, W. (2004). Kesan prestasi agihan oleh institusi formal ke atas kepatuhan membayar zakat. Kertas kerja dibentangkan di Pascasidang Seminar Kebangsaan Fakulti Ekonomi & Perniagaan, Kuala Lumpur. Sanep, A., & Hairunnizam, W. (2005). Persepsi agihan zakat dan kesannya terhadap pembayaran zakat melalui institusi formal. Jurnal Ekonomi Malaysia, 39, 53-69. Sehgal, A., & Mulraj, J. (2008). Corporate governance in India: Moving gradually from a regulatory model to a market-driven model - A survey. International Journal of Disclosure and Governance, 5 (3), 205-235. Shaarani, I. (2010, Mei 22). 67 peratus syarikat layak belum bayar zakat niaga, Berita Harian, p. 42. Shawal, K., & Hasan, B. (2007). Amalan 'corporate governance' dalam pengurusan institusi zakat di Malaysia. Jurnal Pengurusan JAWHAR, 1(2), 53-70. Shawal, K. (2009). The advancement of e-zakat for delivering better quality service and enhancing governance sphere of zakat institution in Malaysia. Kertas kerja dibentangkan di World Zakat Forum, University Gajah Mada Yogyakarta, Indonesia. Sunhilde, C., & Hajnalka, K. (2009). Corporate governance- A transparency index for the Romanian listed companies. Annals of the University of Oradea, Economic Science Series, 18(2), 60-66. The World Bank. (1991). Managing development: The governance dimension. Diakses pada Oktober 16, 2010, daripada http://www-wds.worldbank.org/external/default/ WDSContentServer/WDSP/IB/2006/03/07/000090341_20060307104630/Rendered/PDF/34899.pdf UNDP. (1997). Governance for sustainable human development: A UNDP policy document. Diakses pada Oktober 17, 2010, daripada http://www.pogar.org/ publications/other/undp/governance/undppolicydoc97-e.pdf UNESCAP. (2007). What is good governance? Diakses pada Oktober 16, 2010, daripada http://www.unescap.org/pdd/prs/ProjectActivities/Ongoing/gg/governance.asp Utusan Online. (2001, Disember 3). Institusi zakat dipertikai. Diakses pada Mei 25, 2011, daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=1203&pub=Ut usan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm Zandstra, G. (2002). Enron, board governance and moral failings. Corporate governance, 2(2), 16-19. Zulkifli, M. (2010, Ogos 22). Enggan bayar zakat, denda RM1,000, Kosmo, p. 4.

74

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

KESEDARAN MENUNAIKAN ZAKAT PENDAPATAN DI KALANGAN WARGA KERJA UNIVERSITI TENAGA NASIONAL Nurulbahiah binti Awang Shamsul Badli Mohd Yusof Adnan bin Yusoff ABSTRAK Zakat-salah satu rukun Islam yang mana tuntutannya diikuti selepas perintah solat. Kefardhuannya selepas solat dan hukuman yang menanti di akhirat bagi yang lalai dalam pelaksanaannya menunjukkan bahawa zakat amat penting untuk ditunaikan. Terdapat beberapa jenis zakat dan antara yang diwajibkan kepada setiap muslim apabila cukup syarat ialah zakat pendapatan. Pengetahuan tentang konsep zakat dan prinsip-prinsipnya akan dapat menambahkan pemahaman serta meningkatkan kesedaran warga kerja mengenai kewajipan berzakat, khususnya zakat pendapatan. Laporan Kutipan bulan Ogos 2012 yang disediakan oleh Tabung Amanah Zakat Uniten (TAZU) menunjukkan bahawa bilangan pembayar zakat melalui SPG di kalangan warga kerja muslim kampus Putrajaya telah meningkat sebanyak 87.2% berbanding Disember 2009 iaitu sebanyak 38.13%. Kajian ini mendapati urusan kutipan dan agihan zakat yang kini diuruskan oleh TAZU meningkatkan keyakinan warga kerja Uniten untuk menunaikan zakat manakala faktor yang mengekang pembayaran zakat ialah pendapatan yang rendah. Sebagai langkah untuk menggalakkan lebih ramai pembayar zakat, hebahan perlu dibuat oleh pihak majikan bahawa pembayaran zakat pendapatan dikecualikan daripada cukai pendapatan. Selain itu juga pemberian insentif-insentif sebagai penghargaan kepada pembayar tegar juga perlu difikirkan bagi mencapai sasaran kutipan yang ditetapkan.

Pendahuluan Pengertian Zakat Zakat dari segi bahasa bererti tumbuh dan bertambah. Ia juga membawa maksud keberkatan, kesucian, perkembangan dan kebaikan manakala erti zakat menurut syarak ialah hak yang wajib pada harta kekayaan atau dengan kata lain mengeluarkan sebahagian harta tertentu yang telah diwajibkan oleh Allah S.W.T. untuk diberikan kepada orang-orang yang berhak menerimanya sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Al-Quran. Zakat diwajibkan ke atas muslim lelaki dan wanita apabila telah mencapai nisabnya diluar daripada jumlah hutang-piutang
75

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

dan sampai haul (masa setahun) samada dia seorang yang berakal ataupun tidak. Ahli Sunnah Wal Jamaah menghukumkan kafir sesiapa sahaja yang menyatakan tidak wajib zakat pada jenisjenis harta seperti harta benda atau kekayaan (mata wang atau wang kertas, binatang-binatang, tanaman-tanaman) yang cukup kadar zakatnya. Walaupun terdapat pelbagai pendapat mengenai kewajipan pelaksanaannya, tetapi objektif-objektif yang dapat dicapai daripada pembayaran zakat dapat memanfaatkan golongan pembayar, penerima dan masyarakat amnya.

Berdasarkan dalil daripada Al-Quran dan Hadith, zakat harta boleh diperolehi daripada binatang ternakan, tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan, emas dan perak, tambang, rikaz dan barangbarang dagangan. Pada hari ini ulamak telah mengklasifikasikan zakat kepada dua kategori iaitu zakat Fitrah dan zakat harta sebagai satu cara untuk memudahkan urusan kutipan zakat. Zakat harta terdiri daripada beberapa jenis seperti zakat emas dan perak, zakat simpanan, zakat perniagaan, zakat KWSP dan zakat pendapatan.

Jenis-jenis zakat i) ii) iii) iv) Zakat Fitrah Zakat Emas dan Perak Zakat Perniagaan Zakat Pendapatan

Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi dan Dr. Hussein Shahatah, zakat gaji dan pendapatan diistilahkan sebagai zakat Mal al-Mustafad iaitu zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan profesional. Pelaksanaan zakat pendapatan ini telah bermula sejak zaman khalifah ar-Rashidin sebagaimana berlaku pada zaman pemerintahan Saidina Uthman bin Affan di mana semua pegawai kerajaan diarahkan untuk menjalani konsep pengisytiharan harta setiap akhir tahun untuk membayar zakat. Manakala pada zaman khalifah Umar Abdul Aziz, pembayaran zakat dimasukkan sebagai satu dasar negara. Zakat pendapatan merupakan ganjaran perkidmatan dengan majikan atau orang perseorangan atau institusi. Pendapatan tersebut merangkumi gaji, tunggakan gaji, elaun, bonus loyalti dan lain-lain pendapatan.

76

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji. (Surah al-Baqarah ayat 267) Sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud: Tidak seorang pun yang bekerja untuk mendapatkan kekayaan dengan jalan haram kemudian ia membelanjakan padanya dan dengan harapan mendapat berkat daripadanya dan ia tidak bersedekah dengannya, dengan harapan ia akan diterima dan tidak pula ia tinggalkannya sebagai harta pesaka (sesudah ia meninggal) melainkan dia itu sebagai bekalannya ke neraka (Riwayat Ahmad) Kadar zakat pendapatan sebanyak 2.5% adalah berpandukan kepada kadar zakat emas. Ini kerana gaji dan pendapatan bebas itu diterima dalam bentuk mata wang atau nilai wang. Saidina Ali r.a. telah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda yang bermaksud: "Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham dan tidak diwajibkan mengelurkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya, diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun. (Riwayat Abu Daud) Penguatkuasaan Zakat Pendapatan Kepentingan dan penguatkuasaan zakat dapat dilihat daripada kefardhuannya selepas solat sebagaimana suruhan Allah melalui firmanNya dalam surah al-Baqarah 2:110 yang bermaksud Dan dirikanlah oleh kamu solat dan tunaikanlah zakat. Ini menunjukkan bahawa kewajipan menunaikan zakat adalah seiring dengan solat kepada individu muslim yang sempurna dan mukallaf. Kepentingan zakat juga dapat dilihat dari segi pelaksanaan hukuman yang berat semasa pemerintahan Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. di mana ulamak bersepakat memerangi golongan yang enggan mengeluarkan zakat. Zakat pendapatan pula telah mula dilaksanakan pada zaman Muawiyah (r.a) dan Umar bin Abdul Aziz (Qardhawi : 1987).

77

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Suruhan Allah Taala dalam kewajipan menunaikan zakat pendapatan telah disokong oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, di mana pada tahun 1997 telah mewajibkan zakat pendapatan kepada orang-orang Islam yang cukup syarat. Manakala di Selangor, fatwa wajib zakat pendapatan telah diwartakan pada 9hb Mei 2002 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989. Walaupun pihak berwajib telah mewajibkan zakat pendapatan kepada orang-orang Islam yang cukup syarat-syaratnya namun kajian kes yang dibuat oleh Mohd Ali, Hairunnizam dan Nor Ghani di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2003 telah mendapati bahawa peratusan individu profesional yang menunaikan zakat pendapatan didapati relatif kecil dan keimanan serta pengetahuan tentang kewajipan zakat merupakan faktor penting yang mempengaruhi kesedaran individu muslim untuk menunaikan zakat.

Permasalahan Kajian Data sehingga Disember 2009 daripada Jabatan Sumber Manusia Uniten menunjukkan bahawa bilangan warga kerja muslim kampus Putrajaya yang membuat pembayaran melalui skim SPG ialah seramai 143 orang daripada jumlah keseluruhan seramai 375 orang. Data ini menunjukkan bahawa 38.13% sahaja yang membuat pembayaran zakat melalui SPG dan berkemungkinan lebih daripada separuh daripada warga kerja Uniten masih gagal menunaikan rukun Islam yang ketiga atau menunaikan zakat pendapatan melalui pembayaran kaunter di seluruh negara atau membuat pembayaran terus kepada asnaf.

Menyedari akan kepentingan dan manfaat zakat maka Pusat Pengajian Islam dan Peradaban, Universiti Tenaga Nasional telah mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan Tabung Amanah Zakat Uniten (TAZU) pada 2hb September 2010 untuk menggalakkan pembayaran zakat di kalangan warga kerja. Setelah beroperasinya TAZU, segala pembayaran zakat melalui SPG oleh warga kerja Uniten dan TNB yang berkhidmat di Selangor diuruskan oleh TAZU sekaligus memudahkan urusan pembayaran zakat di kaunter. Oleh yang demikian, kajian ini dibuat untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan pemahaman terhadap tuntutan ini melalui beberapa soalan yang menyentuh hukum penunaian zakat, komitmen terhadap pembayaran zakat, faktor penyebab kepada pembayaran dan faktor penyebab kepada kegagalan pembayaran.

78

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Objektif Kajian 1. Mengenalpasti tahap kesedaran warga kerja Uniten mengenai kewajipan menunaikan zakat pendapatan. 2. Mengenalpasti peratusan golongan yang menunaikan zakat dan golongan yang gagal menunaikan zakat pendapatan. 3. Mengenalpasti faktor-faktor yang menggalakkan golongan menuhnaikan zakat. 4. Mengenalpasti faktor-faktor yang mengekang golongan yang gagal menunaikan zakat. 5. Mengenalpasti langkah-langkah yang perlu bagi meningkatkan kesedaran warga kerja Uniten untuk membayar zakat pendapatan.

Dapatan Kajian Soal selidik ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menggalakkan pembayaran zakat di kalangan warga kerja Uniten kampus Putrajaya serta faktor yang mengekang mereka yang gagal menunaikan zakat pendapatan. Soalan berkenaan pengetahuan tentang zakat, kepuasan terhadap perkhidmatan zakat dan pembayaran zakat dibuat untuk mengenalpasti tahap kesedaran warga kerja terhadap tuntutan menunaikan zakat pendapatan.

Keseluruhan responden terdiri daripada warga kerja muslim Uniten yang berkhidmat di kampus Putrajaya. Terdapat 137 responden yang menjawab soal selidik yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Jadual 1 menunjukkan jantina, status perkahwinan dan latarbelakang akademik responden dalam kajian ini. Jantina Lelaki 45% Perempuan 55% Jadual 1 : Latarbelakang Responden Status Perkahwinan Berkahwin 77% Bujang 21% SRP 4% Akademik Sarjana 24% Doktor Falsafah 8%

Carta 1: Responden Mengikut Jantina

Carta 2: Status Perkahwinan Responden 77%

45% 55%
Lelaki Perempuan

21%

Berkahwin

Bujang

79

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Doktor Falsafah 22%

Carta 3: Taraf Akademik Responden


SRP 11%

Sarjana 67%

Majoriti responden terdiri daripada warga kerja yang telah berkahwin samada suami atau isteri bekerja iaitu sebanyak 66% dan 12% tidak bekerja manakala 22% yang tidak berkenaan (masih bujang atau tidak mempunyai suami atau isteri). Soalan pertama yang diajukan ialah mengenai tahap pengetahuan warga kerja muslim terhadap hukum membayar zakat pendapatan. Majoriti responden iaitu 77% sangat setuju bahawa zakat pendapatan hukumnya ialah wajib. Walau bagaimanapun masih terdapat 2% tidak pasti dan 1% tidak setuju bahawa zakat pendapatan ialah wajib sebagaimana ditunjukkan dalam Jadual 2 dibawah:Jadual 2: Pengetahuan Responden Terhadap Hukum Membayar Zakat SS S TP TS STS 2% 1% 0% 77% 20%
Carta 4: Pengetahuan Responden Terhadap Hukum Membayar Zakat

77% 20% 2% Tidak pasti 1% 0%

Sangat setuju setuju

Tidak Sangat setuju tidak setuju

Melalui kajian ini didapati bahawa tahap pengetahuan pembayar zakat di Uniten masih berada pada tahap sederhana dalam isu persamaan antara pembayaran zakat pendapatan dengan cukai pendapatan. Dapatan ini diperolehi daripada jawapan responden dalam kajian ini di mana 26% masih tidak pasti dan 20% beranggapan bahawa zakat pendapatan adalah sama dengan cukai
80

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

pendapatan. Oleh yang demikian, pihak-pihak yang terlibat dalam memastikan kesedaran ini perlu mengambil langkah proaktif dalam memperjelaskan bahawa kewajipan berzakat tidak sama dengan kewajipan membayar cukai pendapatan. Kemungkinan besar sebahagian daripada warga kerja muslim yang gagal menunaikan zakat pendapatan beranggapan bahawa pembayaran cukai pendapatan boleh menggantikan zakat pendapatan. Pihak yang terlibat juga perlu menjelaskan mengenai pengecualian pembayaran cukai pendapatan bagi mereka yang telah menunaikan zakat pendapatan. Jadual 3 menunjukkan pendapat responden mengenai cukai pendapatan adalah sama dengan membayar zakat pendapatan.

Jadual 3: Jawapan Responden Tentang Persamaan antara Cukai Pendapatan dengan Zakat Pendapatan SS S TP TS STS 12% 26% 34% 20% 8%
Carta 5: Jawapan Responden tentang Persamaan Cukai Pendapatan dan Zakat Pendapatan

34% 26% 8% 12% 20%

Sangat setuju

setuju

Tidak pasti

Tidak setuju

Sangat tidak setuju

Hairunnizam (2003) juga pernah membahaskan berkenaan anggapan banyak pihak melalui kajian yang dibuat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bahawa cukai pendapatan adalah sama dengan zakat pendapatan. Menurut beliau persepsi individu terhadap zakat sebenarnya mempunyai hubungan dengan keimanan. Kamil, Chek Derashid dan Engku Ismail (1997) menunjukkan bahawa sikap dan persepsi pula mempengaruhi kepatuhan. Melalui kajian ini dapat dibuat kesimpulan bahawa persepsi dan tindakan seseorang adalah berdasarkan ilmu pengetahuan, pemahaman dan kepercayaan terhadap sesuatu. Persepsi tidak dapat dibentuk tanpa ilmu dan kepercayaan.

81

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Selain daripada itu, antara faktor penyebab kegagalan menunaikan zakat pendapatan ialah pendapatan yang kecil, kos sara hidup yang tinggi, kekurangan ilmu, kurang keyakinan dengan cara pengiraan dan agihan, kekurangan maklumat atau hebahan dan tidak yakin dengan mekanisme pengiraan zakat sedia ada. Keseluruhan faktor-faktor ini merupakan faktor fizikal yang berpunca daripada faktor utamanya iaitu faktor rohani. Kepercayaan yang tinggi kepada punca rezeki yang datang daripada Allah dan keberkatan dariNya akan menghilangkan perasaan takut kepada ketidakcukupan disebabkan oleh faktor fizikal tadi. Jadual 4 menunjukkan dapatan daripada soal selidik berkenaan faktor ini. Jadual 4: Peratusan Jawapan Responden Mengenai Faktor Kegagalan Menunaikan Zakat Perkara SS S TP TS STS 12% 20% 15% 33% 20% Pendapatan kecil 7% 23% 16% 34% 20% Kos sara hidup yang tinggi 6% 11% 18% 43% 22% Kekurangan ilmu fardhu ain 2% 13% 15% 51% 18% Kurang maklumat/hebahan tentang kaedah pembayaran 2% 12% 45% 27% 15% Mekanisme pengiraan zakat 3% 10% 26% 39% 21% Kurang yakin dengan cara pengiraan zakat dan agihan Soal selidik ini juga dapat mengenalpasti faktor penggalak kepada penunaian zakat pendapatan di kalangan warga kerja. Sebagai contoh pembayaran melalui SPG, ketentuan had-kifayah mengikut keperluan semasa, bayaran denda kepada yang gagal, tanggungjawab masyarakat, hebahan tentang kaedah pengiraan, hebahan tentang proses agihan, pembukaan kaunter pembayaran, program ceramah atau bengkel dan hebahan laporan kutipan. Antara faktor penggalak yang sering dipandang remeh tetapi menunjukkan peratusan yang paling tinggi ialah tanggungjawab setiap masyarakat untuk menyedarkan tuntutan agama antara satu sama lain. Pandangan masyarakat terhadap kepentingan sesuatu tuntutan agama perlu ditingkatkan agar lahir individu dan masyarakat yang prihatin terhadap kewajipan hidup beragama. Jadual di bawah menunjukkan kenyataan responden terhadap faktor-faktor tersebut.

82

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Jadual 5: Peratusan Jawapan Responden Mengenai Faktor Penggalak Penunaian Zakat Perkara SS S TP TS STS 52% 46% 2% 0% 0% Tanggungjawab setiap masyarakat 56% 39% 4% 1% 1% Hebahan tentang proses agihan 53% 41% 6% 0% 1% Hebahan tentang pengiraan zakat 54% 37% 5% 3% 1% Pembayaran melalui potongan gaji (SPG) 45% 45% 10% 1% 0% Pembukaan kaunter pembayaran 34% 53% 9% 2% 1% Program ceramah atau bengkel 21% 55% 23% 0% 1% Ketentuan had kifayah mengikut keperluan semasa 31% 45% 20% 3% 1% Hebahan laporan kutipan 9% 21% 36% 26% 8% Denda kepada yang gagal membayar Kajian ini mendapati bahawa kesedaran warga kerja untuk menunaikan zakat pendapatan berada pada tahap yang rendah sebelum penubuhan TAZU. Walau bagaimanapun selepas pengoperasian TAZU peratusan golongan yang menunaikan zakat semakin meningkat dari semasa ke semasa. Jawapan ini berdasarkan jumlah responden yang menjawab soal selidik yang dijalankan pada tahun 2010 hanya seramai 137 orang daripada jumlah keseluruhan warga kerja muslim Uniten Putrajaya iaitu seramai 375 orang. Maklumat yang diperolehi daripada jawapan responden dalam kajian ini mendapati mereka ialah pembayar tegar zakat pendapatan. Ini berdasarkan jawapan responden dalam soal selidik ini iaitu seramai 86 orang daripada 137 responden membuat pembayaran melalui SPG manakala selebihnya terdiri daripada pembayar zakat di kaunter sebanyak 27 orang, bayaran terus kepada asnaf seramai 8 orang dan 16 orang responden telah mengggunakan mekanisme lain.

83

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Jadual 6: Mekanisme Pembayaran Zakat Responden Perkara Potongan gaji (SPG) Bayaran di kaunter zakat Terus kepada asnaf Mekanisme lain Bil. Responden 86 27 8 16

Carta 6: Mekanisme Pembayaran Zakat Responden

11% 6%

63%
Potongan gaji Bayaran di kaunter zakat

20%

Terus kepada asnaf Mekanisme lain

Daripada kajian yang dijalankan, peratusan golongan yang menunaikan zakat pendapatan bertambah dari semasa ke semasa dari tahun 2009 sehingga tahun 2012. Daripada data yang diperolehi oleh Jabatan Sumber Manusia Uniten pada tahun 2009 hanya 38.13 % bilangan warga kerja muslim Uniten Putrajaya yang membuat bayaran melalui SPG. Walau bagaimanapun Laporan Kutipan bulan Ogos 2012 yang disediakan oleh TAZU menunjukkan bahawa bilangan pembayar zakat melalui SPG di kalangan warga kerja muslim kampus Putrajaya meningkat sebanyak 87.2% berbanding Disember 2009. Kajian ini mendapati urusan kutipan dan agihan zakat yang kini diuruskan oleh TAZU meningkatkan keyakinan warga kerja Uniten untuk menunaikan zakat manakala faktor yang mengekang pembayaran zakat ialah pendapatan yang rendah dan beberapa faktor lain seperti kos sara hidup dan kekurangan ilmu.

Jadual 7 menunjukkan bilangan pembayar zakat melalui SPG dan kaunter TAZU. Terdapat peningkatan sebanyak 81% dari segi pembayaran zakat dalam rekod TAZU semenjak tahun 2010 sehingga 2012. Manakala jumlah kutipan keseluruhan sehingga Ogos 2012 ialah

RM2,872,436.46.:
84

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Jadual 7: Perbezaan Bilangan Pembayar & Jumlah Kutipan TAZU bagi tahun 2010 hingga 2012 September 2010 - Ogos 2011 September 2011 - Ogos 2012 Bilangan Pembayar Zakat (Org) Jumlah Kutipan (RM)
Carta 7: Perbezaan Bilangan Pembayar Zakat September 2010 - Ogos 2011 September 2011 - Ogos 2012 365

365 786,949.43

1919 2,872,436.46
Carta8: Jumlah Kutipan TAZU (RM) September 2010 - Ogos 2011 September 2011 - Ogos 2012 22%

78% 1919

Kesimpulan Susulan daripada kajian yang dibuat oleh Mohd Ali, Hairunnizam dan Nor Ghani (2003) dalam kajiannya bertajuk Kesedaran membayar zakat pendapatan kakitangan profesional: Kajian kes di Universiti Kebangsaan Malaysia kajian di Uniten mendapati faktor utama kegagalan menunaikan zakat ialah faktor pendapatan yang kecil manakala di dalam kajian Mohd Ali, Hairunnizam dan Nor Ghani (2003) mendapati keimanan serta pengetahuan tentang zakat merupakan faktor penting mempengaruhi kesedaran menunaikan zakat pendapatan. Ini kerana kajian tersebut dibuat dalam kalangan kakitangan profesional yang kebiasaannya tiada masalah dari sudut kewangan. Menurut kajian tersebut juga peratusan golongan yang tidak menunaikan zakat ialah kecil. Golongan responden yang terlibat dengan kajian ini juga terdiri daripada golongan profesional iaitu sebanyak 89% dan kebanyakan responden ialah pembayar tegar kerana 63% daripada mereka membuat pembayaran melalui SPG. Hasil kajian itu juga mendapati terdapat kecenderungan individu untuk membayar zakat terus kepada asnaf malahan terdapat juga kecenderungan individu untuk membayar zakat diluar daripada negeri tempat mereka bermastautin. Melalui kajian ini boleh dikatakan bahawa peratusan golongan yang tidak membuat pembayaran di TAZU mempunyai kecenderungan yang sama iaitu membayar zakat diluar daripada tempat mereka bermastautin dan terus kepada asnaf. Sebagai langkah untuk menggalakkan lebih ramai pembayar zakat, hebahan perlu dibuat oleh pihak pengurusan melalui
85

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

TAZU bahawa pembayaran zakat pendapatan dikecualikan daripada cukai pendapatan. Selain itu juga pemberian insentif-insentif sebagai penghargaan kepada pembayar tegar juga perlu difikirkan bagi mencapai sasaran kutipan yang ditetapkan.

RUJUKAN
Al-Quran Al-Karim Abdul Karem Zaidan terjemahan oleh H.M. Asywadi Syukur (1987). Dasar-Dasar Ilmu Dawah. Shah Alam Malaysia. Dewan Pustaka Fajar (DPF). Akademi Pengurusan YaPIEM (2010). Pengurusan Islami Menghayati Prinsip dan Nilai Qurani. Kuala Lumpur. Akademi Pengurusan YaPIEM Sdn Bhd. Ali At-Thontowi.(1997). Islam Yang Semesti Difahami. Kuala Lumpur. Pustaka Salam Sdn. Bhd. Imam Al-Ghazali, Al-Syeikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasqi (2006). Intipati Ihya Ulumuddin, Pengajaran Bagi Orang-Orang Mukmin. Kuala Lumpur. Darul Fajr. Laporan Tabung Amanah Zakat Uniten (TAZU) 2009 Laporan Tabung Amanah Zakat Uniten (TAZU) 2010 Laporan Tabung Amanah Zakat Uniten (TAZU) 2011 Mohd Ali Mohd Noor, Hairunizam Wahid dan Nor Ghani Md Nor. 2003. Kesedaran membayar zakat pendapatan kakitangan profesional: Kajian kes di Universiti Kebangsaan Malaysia, dlm Pascasidang Seminar Dasar Awam dalam Era Globalisasi: Penilaian Semula Ke Arah Pemantapan Strategi. Fakulti Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mok Soon Sang. (2009). Literatur & Kaedah Penyelidikan. Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Qardhawi, Yusof. 1998. Peranan nilai dan akhlak dalam ekonomi Islam. (terj). Kuala Lumpur.Metacorp Bhd. Yusof Qardhawi terjemahan oleh Salman Harun, Didin Hafidhuddin, Hasanuddin (2004). Hukum Zakat Studi Komparatif Mengenai Status dan Filsafat Zakat Berdasarkan Quran dan Hadis. Jakarta. Pustaka Litera AntarNusa. Zamzuri Zakaria, Siti Zalikha Md Nor, Mat Noor Mat Zain, Mohd Zamro Muda, Md. Yazid Ahmad, Mohammad Zaini Yahaya (2006). Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Harta Dalam Islam. Bangi Selangor. Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam UKM.

86

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

MEKANISME AGIHAN ZAKAT TABUNG BAITULMAL SARAWAK TERHADAP ASNAF FAKIR DAN MISKIN: SATU TINJAUAN Mohd Syahiran Abdul Latif Prof. Madya Dr Suwaid Tapah Prof. Madya Dr Hassan Bahrom Dr Abdul Razak Abdul Kadir ABSTRAK Matlamat penubuhan Majlis Agama Islam di setiap buah negeri di Malaysia adalah bagi menjaga kepentingan agama Islam dari sudut keagamaan, kehartaan, kekeluargaan dan segala macam yang berkait dengan hal ehwal umat Islam. Kesan daripada Butiran (1) Senarai Kedua, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan, Kerajaan Negeri mempertanggungjawabkan MAIN menguruskan hal ehwal berkaitan agama Islam termasuk menguruskan pungutan dan pengagihan zakat. Pungutan dan pengagihan zakat di negeri Sarawak telah dipertanggungjawabkan kepada Tabung Baitulmal Sarawak melalui peruntukan seksyen 82 Ordinan Majlis Islam Sarawak. Semenjak ditubuhkan hingga sekarang, Tabung Baitulmal Sarawak terus gigih berusaha menjaga kebajikan golongan fakir dan miskin melalui agihan dana zakat yang diperolehinya saban tahun. Namun zakat yang diagihkan kepada asnaf fakir dan miskin saban tahun dilihat masih tidak dapat merubah dan membela nasib golongan ini untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Lebih-lebih lagi dalam keadaan dunia yang dilanda krisis ekonomi yang telah banyak mengubah iklim perekonomian di Malaysia antaranya kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang dan peningkatan kos operasi yang drastik. Harga barangan keperluan asas dilihat berada pada trend kenaikan berterusan, ini telah memberi kesan jangka panjang terhadap masyarakat berpendapatan rendah terutamanya golongan fakir dan miskin. Kesan jangka panjang akan mengakibatkan golongan fakir dan miskin ketinggalan dari sudut pendidikan dan kehidupan sosial mereka. Justeru kertas kerja ini bertujuan melihat mekanisma yang digunapakai dalam pengagihan zakat kepada asnaf fakir dan seterusnya meninjau apakah bantuan dan agihan zakat yang diberikan oleh Tabung Baitulmal Sarawak kepada asnaf fakir dan miskin memenuhi keperluan golongan ini. Kertas kerja ini juga akan cuba mengemukakan beberapa pandangan para sarjana fiqh mengenai konsep dan kadar agihan zakat yang boleh dipraktiskan amalannya di Malaysia. Hasil dari perbincangan kertas kerja ini diharapkan dapat membantu Tabung Baitulmal Sarawak membuat penambaikan dalam konteks pengagihan zakat yang lebih praktikal dan konfrehensif dan seterusnya dapat membantu Tabung Baitulmal Sarawak khususnya dan Institusi Agama Islam di Malaysia amnya meningkatkan kualiti dan mutu perkhidmatan kepada masyarakat. Kata Kunci: mekanisma, Asnaf, Fakir dan Miskin, Agihan

87

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Pengenalan Di Malaysia, institusi zakat diletakkan di bawah bidangkuasa kerajaan negeri dan pada amalannya, pengurusan zakat diletakkan di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam negeri masing-masing. Majlis Agama di setiap buah negeri dipertanggungjawabkan memungut dan menguruskan zakat termasuk merangka strategi berkesan sebagai penambahbaikan agar dapat memberi manfaat kepada seluruh masyarakat Islam. Di negeri Sarawak, Majlis Islam Sarawak (MIS) telah melantik satu badan khas yang dikenali Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) yang berperanan mengurustadbir hal ehwal berkaitan harta zakat di negeri Sarawak termasuk melaksanakan pungutan selain memperkemaskan mekanisme pengagihan kepada asnaf-asnaf selain berusaha mewujud dan menambah perolehan baru sumber zakat. Sehingga kini, Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) memainkan peranan penting dalam usaha melestarikan kehidupan masyarakat dari golongan fakir dan miskin yang seringkali tertinggal oleh arus global perubahan disebabkan keperluan yang tidak mencukupi. Menurut Abdul Razak (2007), Tabung Baitulmal Sarawak pada awalnya ditubuhkan dengan nama Tabung Zakat dan Fitrah pada tahun 1956 melalui Undang-Undang Zakat dan Fitrah 1956 atas cadangan dan usaha YAB Pehin Sri (Dr.) Haji Abdul Taib Mahmud. Sehinggalah ianya ditukarkan kepada nama Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) pada 1984 di bawah Ordinan Majlis Islam Sarawak (Pemerbadanan) (Pindaan) 1984. Dewi Rahmaz (2008) menyatakan, berdasarkan kepada seksyen 82, Ordinan Majlis Islam Sarawak, telah memberikan kuasa kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) untuk mengadakan kaedah-kaedah khas bagi tujuan pentadbiran dan pengurusan zakat di negeri Sarawak antaranya, mewujudkan sistem pungutan dan agihan zakat yang tersusun dan sistematik seterusnya merangka strategi pengembangan dan perolehan zakat. Hasil kesungguhan dan kecekapan pengurusan, Tabung Baitulmal Sarawak telah berjaya meningkatkan hasil pungutan zakatnya secara konsisten sepanjang tahun. Laporan tahun 2011 menyatakan Tabung Baitulmal Sarawak telah berjaya meningkatkan jumlah kutipan zakatnya mencecah RM58 juta melalui kutipan zakat persendirian dan perniagaan. Kejayaan ini amat memberangsangkan berbanding laporan pada tahun 2001 di mana jumlah hasil pungutan zakat
88

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

negeri Sarawak hanya sekadar berada di bawah angka RM10 juta sekaligus menjadikan negeri Sarawak antara negeri yang paling sedikit pungutan zakatnya sebaris dengan negeri Perlis dan Sabah. (Hairunnizam, 2004) Kini, Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) telah berjaya meletakkan namanya di antara negeri yang tertinggi jumlah pungutan zakatnya walaupun masyarakat Islamnya berada dalam posisi minoriti. Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) juga gigih berusaha mengagihkan bantuan zakat kepada golongan yang rata-ratanya berpendapatan di bawah paras kemiskinan. Bagi memastikan semua masyarakat Islam berpendapatan rendah menikmati keselesaan hidup dan mampu bergerak seiring mencapai aspirasi negara, Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) telah berusaha mengagihkan bantuan zakat kepada golongan yang rata-ratanya berpendapatan di bawah paras kemiskinan. Saban tahun agihan zakat telah dilakukan di mana golongan fakir dan miskin menjadi fokus utamanya. Laporan tahun 2011 menunjukkan Tabung Baitulmal Sarawak telah berjaya mengagihkan bantuan sebanyak RM27.3 juta daripada jumlah keseluruhan kutipan zakatnya. Agihan disalurkan melalui tiga program utamanya iaitu Program Memperkukuhkan Tradisi Keilmuan (PMTK), Program Memantapkan Kebajikan Ummah (PMKU) dan Program Membangunkan Institusi Islam (PMII) (Buletin Baitulmal, Februari 2012 & The Star, Februari 2012). Melalui Program Memantapkan Kebajikan Ummah (PMKU) Tabung Baitulmal Sarawak telah berjaya mengagihkan sejumlah RM7,152,340.2 kepada asnaf fakir dan miskin melalui 13 kategori sumbangan antaranya kategori bantuan sara hidup yang diberikan secara tetap setiap bulan, manakala kategori lain kebanyakannya adalah berdasarkan kepada keperluan dan keadaan semasa. (Majalah al-Mal. 2012. Disember) Manakala bagi bantuan pengajian dan persekolahan yang terdiri dari pelbagai kategori telah merekodkan jumlah agihan tertinggi berbanding kategori lain iaitu sebanyak RM4,863,358.00 dan seramai 3198 orang pelajar yang terdiri dari asnaf fakir dan miskin telah menerima agihan zakat. (Majalah al-Mal. 2012. Disember) Ini menunjukkan Tabung Baitulmal begitu komited membantu golongan ini agar mereka tidak tercicir dalam pelajaran.

89

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Mekanisme Agihan Zakat Surah al-Taubah ayat 60 menyebutkan bahawa golongan fakir dan miskin adalah antara asnaf yang layak menerima zakat tanpa menjelaskan kadar dan bentuk agihan kepada asnaf tersebut. Menurut Sapiah (2002), Islam tidak menetapkan kadar bantuan yang harus diberikan bagi memenuhi kehendak syarak kerana ianya terpulang kepada pihak yang menguruskan agihan zakat untuk menentukannya. Justeru ketiadaan nas khusus mengenai kadar dan bentuk agihan telah menjadikannya fleksibel dan mencetuskan perbahasan ilmiah yang menarik kalangan sarjana fiqh sehingga kini. Al-Zarqani (1990) telah menukilkan pandangan Imam Malik berkenaan agihan zakat dengan menyatakan bahawa urusan pengagihan zakat kepada asnaf fakir dan miskin bergantung kepada ijtihad dan pandangan pemerintah. Pandangan sama dikemukakan oleh al-Qurtubi yang menegaskan bahawa tiada penetapan had dalam agihan zakat kepada fakir dan miskin. Bahkan ianya bergantung kepada budi bicara dan kebijaksanaan pemerintah yang bertanggungjawab mengagihkannya (al-Qurtubi 1994). Al-Qurtubi (1994) juga menyebutkan, Imam Abu Hanifah berpandangan bahawa pengagihan zakat kepada asnaf tidak tertakluk kepada kadar atau nisab tertentu kerana keperluan dan hajat perlu diutamakan. Sehubungan itu, Mustafa al-Khin et.al (1996) menyatakan dalam konteks agihan zakat kepada asnaf ini, persamaan kadar agihan bukanlah suatu perkara yang wajib dituruti bahkan ianya boleh dilebihkan antara satu sama lain berdasarkan kepada keperluan dan hajat. Perkara yang paling utama adalah bagaimana mengukur pemberian dari hasil zakat dapat memenuhi dan mencukupi keperluan hidup golongan asnaf ini. Seperti mana ungkapan Umar al-Khattab ketika menerajui kepimpinan khalifah di Madinah: Jika kamu berikan zakat pada golongan ini (fakir dan miskin), maka kayakanlah (cukupkan keperluan) mereka. (al-Qardhawi 1996) Berdasarkan pandangan para sarjana fiqh berkaitan konsep agihan zakat, jelas memberi kefahaman bahawa Islam amat perihatin dengan kemaslahatan sosial umatnya. Islam mahukan umatnya hidup dalam keadaan sejahtera bebas dari permasalahan keperluan hidup yang menghimpit. Ditambah pula oleh krisis ekonomi dunia yang telah banyak mengubah iklim perekonomian antaranya kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang dan peningkatan kos operasi yang drastik. Harga barangan keperluan asas dilihat berada pada trend kenaikan berterusan, ini telah memberi kesan jangka panjang terhadap masyarakat berpendapatan rendah
90

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

khususnya golongan fakir dan miskin terutama dari sudut pendidikan dan kehidupan sosial mereka. Mekanisme asas yang diguna pakai oleh Tabung Baitulmal Sarawak bagi melayakkan seseorang menerima agihan zakat adalah berdasarkan penentuan had al-kifayah di mana indikator utamanya adalah berpandukan kepada panduan garis kemiskinan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa zakat negeri. Walaupun begitu, mereka tidak mempunyai asas yang jelas terhadap elemen-elemen yang perlu diambil kira. Hanyalah penilaian bersifat dalaman dan ad-hoc tanpa merujuk kepada situasi sebenar yang lebih signifikan. (Hamdi Rahman, 2005) Berdasarkan kepada angka kutipan yang bertambah dan meningkat saban tahun menunjukkan masalah pungutan zakat tidak lagi menjadi isu utama. Namun, menjadi persoalannya adalah dari sudut agihan semula kutipan memandangkan paras kemiskinan di Sarawak dilihat semakin bertambah sedangkan zakat diagihkan sepanjang tahun. Bilangan golongan fakir dan miskin juga didapati terus meningkat dari tahun ke tahun. Merujuk kepada laporan Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Sarawak (JKM) menyatakan, semenjak Januari 2012 sehingga Mei 2012, sebanyak 2,140 permohonan bagi kategori bantuan sara hidup telah diterima berikutan kemiskinan dan kedaifan hidup selain terpaksa menjaga ahli keluarga yang mengalami masalah kesihatan atau uzur. (Berita Harian. 2012. 12 Mei) Permohonan dalam kategori ini merupakan antara yang paling tinggi yang pernah direkodkan oleh JKM Sarawak. Situasi yang sama dilaporkan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Sarawak (JHEV), Leftenan Kolonel Monday Juhid di mana beliau telah mendedahkan lebih 50% dari 11,550 pesara tentera di Sarawak masih hidup di bawah paras kemiskinan. (The Borneo Post, Mei, 2011) Sementara kajian Mohd Sapawi (2010) di Sebuyau dan Pusa yang merupakan penempatan dalam kategori pinggiran bandar di negeri Sarawak pula menunjukkan sebanyak 72.69% daripada 2500 penduduk di kawasan ini memiliki pendapatan bulanan di bawah paras kemiskinan. Kajian beliau turut mendapati secara keseluruhannya 91.3% ketua isi rumah hanya berkemampuan berbelanja kurang daripada RM400 untuk makanan manakala untuk pendidikan majoriti atau 62.4% ketua isi rumah berbelanja kurang daripada RM100 sebulan (Mohd Sapawi, 2010). Corak
91

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

perbelanjaan ini menunjukan ketidakmampuan berbelanja ketua isi rumah disebabkan majoriti mereka berpendapatan di bawah paras kemiskinan sedangkan PGK yang ditetapkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk negeri Sarawak adalah RM520 sebulan. Jadual 1: Agihan Zakat Kepada Asnaf Fakir 2011 Bil Dana Zakat Asnaf Fakir Jumlah (Rm) Bilangan 1 Bantuan sara hidup 274,449.75 126 2 Rawatan dan Perubatan 275,706.00 493 3 Bantuan Aidilfitri 511,900.00 5119 4 Bantuan Fardhu Kifayah 990.00 2 5 Bantuan Am 16,047.45 67 6 Bantuan Bencana Alam/Kecemasan 73271.00 54 7 Bantuan Pengajian* 3,424,486.00 2285 JUMLAH 4,576,850.20 8146 Orang * Bantuan Pengajian dibahagikan kepada 7 iaitu; Bantuan kemasukan ke IPT, sekolah menengah /rendah, pengajian timur tengah, sekolah agama/arab, tahfiz al-quran, bidang agama dan kertas thesis Sumber: Al-Mal: Wahana Informasi Anda. Edisi 3/2011 Jadual 2: Agihan Zakat Kepada Asnaf Miskin 2011 Bil Dana Zakat Asnaf Fakir Jumlah (Rm) Bilangan 1 Bantuan sara hidup 261,977.00 189 orang 2 Rawatan dan Perubatan 58,966.00 91 3 Bantuan Aidilfitri 767,800.00 7,678 4 Bantuan Fardhu Kifayah 0.00 0 5 Bantuan Am 1,000.00 6 6 Bantuan Bencana Alam/Kecemasan 46,875.00 29 7 Bantuan Pengajian* 1,438,872.00 913 JUMLAH 2,575,490.00 8906 Orang * Bantuan Pengajian dibahagikan kepada 7 iaitu; Bantuan kemasukan ke IPT, sekolah menengah /rendah, pengajian timur tengah, sekolah agama/arab, tahfiz al-quran, bidang agama dan kertas thesis Sumber: Al-Mal: Wahana Informasi Anda. Edisi 3/2011 Jadual 1 dan 2 di atas menunjukkan jumlah agihan zakat yang dilakukan oleh Tabung Baitulmal Sarawak pada tahun 2011 kepada asnaf fakir dan miskin untuk kategori bantuan sara hidup yang berjumlah RM536, 426.75. Jumlah tersebut telah diagihkan kepada 315 orang dari asnaf fakir

92

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

dan miskin di mana secara puratanya setiap individu mendapat RM142 sebulan. Hanya 7.5 peratus dari jumlah keseluruhan peruntukan digunakan untuk kategori ini. Perlu difahami bahawa zakat untuk bantuan sara hidup merupakan sumbangan tetap secara bulanan yang diberikan kepada asnaf fakir dan miskin berbanding kategori lain. Dengan purata agihan bulanan sebanyak RM142 dilihat amat kecil jika dibandingkan dengan keadaan ekonomi semasa yang diketahui berlaku kenaikan saban tahun. Jumlah yang kecil ini dikhuatiri tidak dapat menampung kos sara hidup golongan ini. Sedangkan konsep agihan zakat kepada golongan fakir dan miskin yang dianjurkan oleh fuqaha adalah sehingga mencukupi keperluan mereka atau dalam erti kata lain sehingga mereka mampu keluar dari kepompong kemelaratan hidup mereka. Jika diperhatikan pada jadual 1 dan 2 di atas, kebanyakan bantuan yang diberikan hanya terfokus kepada keperluan jangka pendek golongan asnaf ini. Tabung Baitulmal Sarawak perlu merangka suatu strategi yang membolehkan asnaf fakir dan miskin dibantu menerusi dana zakat supaya mereka boleh bangkit dan keluar dari kesusahan mereka. Bantuan berbentuk modal perniagaan, alatan pertanian, pertukangan boleh dilaksanakan untuk membantu golongan ini. Namun latihan dan pemantauan berterusan perlu dibuat agar setiap perancangan yang dibuat mencapai matlamat dan sasaran. Melalui usaha ini bukan sahaja taraf golongan ini dapat ditingkatkan malah pembayar zakat baru juga dapat dilahirkan. Sebagaimana pandangan al-Nawawi (1992), pengagihan zakat kepada golongan ini perlu berdasarkan keadaan hidup dan persekitaran kerja mereka, seperti bantuan modal perniagaan untuk peniaga, alatan menangkap ikan untuk nelayan, alatan pertukangan untuk tukang, alatan menjahit untuk tukang jahit dan sebagainya. Manakala bagi fakir dan miskin yang tidak mampu bekerja disebabkan sakit dan keuzuran umur maka bantuan bulanan seumur hidup yang memenuhi hajat mereka diberikan. (al-Nawawi, 1992; 182) Demikian juga pandangan al-Qardhawi (1996) menyatakan bahawa pemberian zakat kepada asnaf fakir dan miskin tidak semestinya dalam bentuk wang tunai dan ianya boleh berlaku dalam apa saja bentuk. Maka disarankan kepada Baitulmal Sarawak mempelbagaikan bentuk agihan zakat kepada golongan ini seperti bantuan modal perniagaan, alatan pertukangan, alatan bertani dan sebagainya sepertimana yang telah dijelaskan.
93

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Selain itu juga, pengagihan zakat oleh Tabung Baitulmal Sarawak terhadap golongan ini dilihat tidak mengukur situasi dan keadaan ekonomi semasa. Sebagaimana umum mengetahui bahawa iklim ekonomi di Malaysia telah mengalami perubahan drastik ekoran kenaikan harga minyak dunia selain dicengkam fenomena inflasi yang berada pada trend kenaikan berterusan. Kajian yang dilakukan oleh AmResearch menunjukkan kadar inflasi di Malaysia pada pertengahan pertama tahun 2011 diunjur berada pada sekitar 3.0 dan 3.5 peratus, dijangka melonjak lebih pantas pada pertengahan kedua ekoran pertumbuhan ekonomi global. Peningkatan kadar inflasi ini akan menambah tekanan kepada pengurusan monetari ekonomi, khususnya ketika pulangan sebenar kadar faedah menjadi negatif buat kali pertama dalam tempoh 26 bulan (Utusan Malaysia. 2011. 28 & 29 Mac)

Pengagihan zakat berterusan tanpa mengambil kira perubahan iklim ekonomi semasa dan keperluan sebenar golongan fakir dan miskin amatlah tidak wajar, ianya akan menyebabkan berlakunya ketidakcukupan dan ketidakseimbangan dalam mekanisme agihan tersebut seterusnya akan menyebabkan golongan ini berterusan berada ditahap yang sama. Selain itu juga, situasi ini akan menyebabkan kesyumulan dan kehebatan institusi zakat gagal ditonjolkan. Oleh kerana sistem zakat bersifat ekonomi, maka secara tidak langsung ianya terikat dengan situasi ekonomi semasa. (Hamdi Rahman, 2005)

Kesimpulan Kesungguhan dan usaha yang dijalankan oleh Tabung Baitulmal Sarawak dalam menguruskan dana zakatnya wajar diberi pujian dan dijadikan ikutan oleh institusi agama Islam di negerinegeri lain. Hasil kegigihan dan kebijaksanaan mengurus, telah berjaya melonjakkan institusi zakat negeri Sarawak hampir sebaris dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Bagi memastikan agar manfaat zakat terus berkembang dan dinikmati oleh umat Islam, menjadi tanggungjawab Tabung Baitulmal Sarawak untuk terus berfikiran kreatif mewujudkan ruang-ruang perolehan zakat bentuk baru agar ianya boleh dikongsi seterusnya dinikmati bersama oleh masyarakat khususnya umat Islam di Negeri Sarawak.

94

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Berdasarkan ijtihad dan pandangan para sarjana fiqh silam dan kini, institusi zakat berperanan menyusun strategi dan usaha mempelbagaikan kaedah pengagihan zakat supaya golongan fakir dan miskin mendapat manfaat zakat secara total. Institusi zakat perlulah bijaksana dalam merangka strategi agihan zakat berdasarkan jumlah kutipan zakat semasa supaya ianya boleh berlaku secara adil dan saksama. Kerana keadilan dan kesaksamaan merupakan teras dalam sistem pemerintahan Islam. Pengurusan dan pengagihan zakat secara sistematik dan mengambil kira faktor semasa mampu memenuhi tuntutan hidup golongan fakir dan miskin selain merapatkan jurang sosial yang sedia terbentuk disebabkan ketidakcukupan berbelanja.

Pemberian wang zakat secara tahunan atau bulanan tanpa melakukan sebarang penambahbaikan dan tanpa melihat kesesuaian semasa bukan sahaja merugikan umat Islam tetapi akan menjadikan golongan fakir dan miskin berterusan menjadi penerima zakat sedangkan konsep agihan zakat tidak bermatlamat menjadikan mereka malas berusaha dan berterusan mengharapkan wang zakat. Pengagihan zakat kepada golongan ini perlu melihat iklim ekonomi semasa kerana persekitaran ekonomi amat mempengaruhi keperluan golongan ini.

Dengan mengoptimumkan pengagihan zakat kepada golongan ini akan dapat membantu mereka keluar dari kepompong kemelaratan hidup. Justeru, Tabung Baitulmal Sarawak juga perlu melihat semula jumlah agihan zakat kepada asnaf fakir dan miskin agar ianya releven dengan keperluan semasa seterusnya menepati kehendak fiqh Islamiah agar keadilan dan kesyumulan Islam berjaya diserlahkan melalui institusi zakat.

Kajian dan penelitian semula terhadap mekanisme agihan zakat terhadap asnaf fakir dan miskin ini amatlah wajar dilakukan bagi tujuan membela dan memenuhi keperluan asas (al-hajiyah aldharurah) golongan ini. Jumlah agihan sedia ada dilihat tidak lagi relevan dengan persekitaran ekonomi semasa. Menjadi tanggungjawab Tabung Baitulmal Sarawak sebagai sebuah institusi agama berkebajikan memelihara dan membela nasib golongan ini yang seringkali terpinggir dan tertinggal oleh arus kemodenan hidup. Kehebatan dan kekuatan institusi ini bukanlah diukur dari berapa banyak jumlah kutipan zakat yang diperolehi saban tahun, tetapi ianya diukur dan dinilai daripada berapa banyak jumlah sumbangan berjaya diberikan dan berapa ramai golongan muhtajin berjaya dibantu dan diselamatkan.
95

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

RUJUKAN
Al-Nawawi. 1992. Raudhah al-Talibin. Dar al-Kutub al-Alamiyah, Beirut. Jillid 2 Al-Qardhawi, Yusof. 1996. Fiqh Zakat: Dirasah Muqaranah Li Ahkamiha wa Falsafatiha fi Dhaui al-Quran wa al-Sunnah. Beirut: Muassasah al-Risalah. Jld. 2 Al-Qurtubi.(1994. Jami al-Ahkam al-Fiqhiyyah. Beirut: Dar al-Kutub al-Alamiyah. Jld. 1. Muhammad, al-Zarqani. 1990. Syarh al-Zarqani Ala Muwatta Lil Imam Malik. Beirut: Dar Kutub al-Alamiyyah. Jld. 3 Abdul Razak Abdul Kadir (2007). Sejarah Awal Perkembangan Zakat di Negeri Sarawak. Jurnal Majlis Islam Sarawak 1(1): 3. Dewi Rahmaz Majidi, hlm. 18. Kaedah-Kaedah (Pentadbiran Wakaf) Majlis Islam Sarawak, 2008: Satu Penjelasan, dalam kertas kerja Seminar Pelaksanaan Wakaf Negeri Sarawak 2009, hlm. 5. Hamdi Rahman Mohd Yaakob. 2005. Pengaruh persekitaran ekonomi dalam menentukan kaedah pemungutan dan pengagihan zakat. Tesis Sarjana Universiti Malaya Mohd Sapawi Jamain dan Jalani Razali. (2010). Pendapatan Penduduk Islam Luar Bandar: Kes Kajian Kampung Sebuyau Sarawak. Kertas kerja Konferensi Antarabangsa Islam Borneo Ke-4. Universitas Mulawarman, Indonesia, 26-27 Oktober. Mohd Roji Kawi. 2012. Mohon bantuan sara hidup paling tinggi, JKM terima 2,140 permohonan sejak Januari. Berita Harian, 12 Mei: 2 Tabung Baitulmal Sarawak. 2011. Agihan Bantuan Bagi Tempoh 1 Januari Sehingga 30 September 2011. Al-Mal: Wahana Informasi Anda, Disember:16-17. Sapiah Ali. 2002. Ketidakseragaman pengurusan agihan zakat di malaysia. Jurnal Penyelidikan Islam 1 (15): 93-116 Kadar inflasi 3.5 peratus tahun ini. Utusan Malaysia. 2011. 28 Mac.

96

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

PEMBENTUKAN DANA ZAKAT, WAKAF DAN INFAK SEBAGAI SUMBER MODAL BAGI KEPERLUAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA; SUATU MODEL IKUTAN Mohd Ali Muhamad Don Rafiuddin Mohd Yusof Universiti Teknologi Mara Johor

ABSTRAK Universiti al-Azhar di Mesir yang dibina oleh Kerajaan Fatimiyah pada tahun 970 dan dibangunkan semula pada tahun 1960 adalah model kecemerlangan wakaf pendidikan yang kekal hingga ke hari ini. Malah idea pendanaan wakaf sebagai modal untuk mengurus dan mentadbir universiti awam buat pertama kalinya dilontarkan oleh Ybhg Tan Sri Muhammad Ali Hashim selaku CEO WANCorp Berhad perlu diberi perhatian serius. Dalam hal ini sumber zakat, wakaf dan infak yang sentiasa menunjukkan trend peningkatan jika diteliti dapat dimanfaatkan sebagai modal pembangunan pelajar di pusat pendidikan setempat. Ia sekali gus dapat mengelak kebergantungan secara langsung kepada kerajaan yang berbelanja besar setiap tahun untuk pendidikan. Pada tahun 2010 sejumlah RM1.363 bilion zakat berjaya dikutip. Dana sosial yang besar seperti ini sebahagiannya berpotensi untuk dimanfaatkan bagi tujuan pendidikan ummah secara kolektif. Hartanah wakaf yang banyak dan belum dieksploitasi secara menyeluruh jika dibangunkan dengan bijaksana juga dapat digunakan sebagai aset pendidikan yang kekal buat selama-lamanya. Selain itu melalui skim infak bersepadu dan terancang sejumlah dana juga dapat dikutip untuk tujuan pendidikan yang diperlukan. Berdasarkan lawatan kerja penyelidikan dan kaedah content analysis yang telah dilaksanakan terdapat beberapa buah institusi yang telah mengguna pakai mekanisme zakat, wakaf dan infak di Malaysia, Singapura dan Indonesia yang boleh dicontohi. Ia sekali gus dapat dijadikan model contoh untuk mengagihkan dana filantropi ini dalam bentuk kontemporari dan terkini. Persoalannya, jika institusi pendidikan di Barat seperti Harvard University memiliki aset endowment berjumlah melebihi USD32 bilion, mengapa tidak umat Islam mengguna pakai mekanisme pengumpulan dana sosial seperti ini untuk tujuan pendidikan yang signifikan pada masa ini. Kata Kunci: Dana Zakat, Wakaf dan Infak, Sumber Modal Pendidikan, Model Wakaf Pendidikan dan Waqaf Korporat.

97

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Pendahuluan Peranan wakaf dalam bidang pendidikan tidak dinafikan lagi. Di serata dunia Islam banyak institusi pendidikan dibina berasaskan mekanisme wakaf yang mana hasilnya dapat dimanfaatkan oleh ummah sejagat. Wakaf juga menjadi alat agihan semula kekayaan bagi mencapai keseimbangan ekonomi sesebuah negara dalam konteks yang menyeluruh melalui penyediaan kemudahan seperti pendidikan, kesihatan, tempat ibadah, kemudahan jalan raya dan sebagainya.35 Universiti al-Azhar di Mesir yang dibina oleh Kerajaan Fatimiyah pada tahun 970 Masihi kemudian dibangunkan semula pada tahun 1960 oleh Kerajaan Mesir dikendalikan daripada harta wakaf yang memartabatkan kepentingan sektor pendidikan sehingga melahirkan ramai ilmuwan Islam tersohor di serata pelosok dunia.36 Madrasah Al-Attas dan Kuliah Al-Attas adalah merupakan institusi wakaf pendidikan yang terawal dan terulung di tanah air. Ia telah diasaskan oleh Habib Hassan bin Ahmad Al-Attas seorang ulama dan ahli perniagaan yang terkenal di Negeri Pahang dan Johor pada tahun 1913. Bangunan asalnya terletak di atas Bukit Timbalan, kemudian berpindah ke Bukit Sekolah Arab dan akhirnya ke Ulu Tiram Johor.37 Walaupun dengan kedudukan kewangan yang terhad sumber dana wakaf keluarga Al-Marhum Habib Hassan Al-Attas, institusi agama berteraskan dana wakaf ini telah berjaya melahirkan tokoh agama, poltik dan pemimpin masyarakat yang tersohor.38 Antaranya ialah Al-Marhum Dato Syed Alwi al-Hadad bekas Mufti Johor sehingga tahun 1982, Dato Murtadza bin Haji Ahmad bekas Mufti Negeri Sembilan dan Al -Marhum Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Awang Ismail bin Omar Abdul Aziz, selaku Mufti Negara Brunei Darsussalam yang pertama.39 Pengagihan dana zakat kepada cabang pendidikan juga tidak dinafikan. Setiap tahun sejumlah besar dana zakat telah diperuntukkan oleh setiap negeri di Malaysia dan institusi
35 36

http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVI/PERKEM2011-1-1B5.pdf, Akses pada 18 Okt. 2012 Kertas kerja bertajuk Pembangunan Wakaf-Pengalaman Malaysia dibentangkan oleh Datuk haji Anan bin C. Mohd pada Seminar Wakaf Serantau 3-6 September 2012. 37 Dirujuk daripada Buku bertajuk Almarhum Syed Hasan bin Ahmad Alattas Seorang Mujahid & Pembangun Ummah (1985), terbitan Madrasah Alattas Alarabiah Johor 38 Ibid. hlm. 22.
39

http://www.brunet.bn/gov/mufti/p_melsrc.htm, retrieved 3 Oktober 2012.

98

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

tertentu untuk tujuan tersebut. Ia diagihkan bagi membantu pelajar-pelajar di peringkat menengah mahupun pengajian tinggi dalam dan luar negara. Justeru penulisan ini cuba mendedahkan potensi pembentukan dana zakat, wakaf dan infak bagi keperluan pembangunan pendidikan di Malaysia berdasarkan pengalaman beberapa buah institusi yang dikaji sebagai model ikutan untuk dicontohi. Hal ini selari dengan cadangan Ybhg. Tan Sri Muhammad Ali Hashim selaku CEO WANCorp Berhad supaya universiti sebagai contohnya ditadbir menggunakan mekanisme wakaf korporat bagi mengelak pergantungan secara langsung dengan pihak kerajaan. Perkara ini juga sangat bertepatan dengan petikan Bajet 2013 oleh YAB Perdana Menteri yang menyatakan; Kerajaan mengambil maklum bahawa Majlis Agama Islam Negeri merupakan pemegang amanah tunggal bagi semua wakaf dan dana wakaf dalam sesebuah negeri. Institusi wakaf di Malaysia tidak hanya tertumpu pada pembangunan tanah semata-mata tetapi juga merangkumi wakaf dalam bentuk tunai, saham dan instrumen kewangan lain yang dikategorikan sebagai wakaf korporat. Selaras dengan itu, Yayasan Wakaf Malaysia di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji akan diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri. Pelan induk ini bakal menjadi platform pembangunan wakaf korporat di Malaysia.40 Pembentukan Dana Zakat, Wakaf dan Infak Untuk Tujuan Pendidikan : Pengalaman Beberapa Institusi Sebenarnya pembentukan dana sosial untuk kepentingan amal kemasyarakatan termasuk pendidikan bukanlah sesuatu yang asing di Malaysia dan umat Islam di serata pelosok dunia sejak zaman berzaman. Ia telah pun dimulakan oleh Khalifah al-Makmun iaitu pengasas institusi Baitul Hikmah di Kota Baghdad. Sultan Nizam al-Mulk iaitu penggantinya pula telah merintis jalan kepada pendidikan secara formal dengan mewakafkan harta kepada sekolah al-Nizamiyyah dalam bentuk buku dan keuntungan perniagaan bazar sekitar sekolah pada tahun 462 hijrah.41

40
41

Petikan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak pada 29 Sept 2012.
Rosnani Hashim dalam Artikel bertajuk Ekonomi dan Pendidikan: Peranan Institusi Wakaf

99

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Ibnu Khaldun juga pernah menyebutkan betapa semua aktiviti ilmu syariah, falsafah Islam, sains dan teknologi mendahului zamannya, terutama semasa pemerintahan Salahuddin alAyubi yang mewakafkan tanah pertanian, rumah-rumah dan bangunan untuk tujuan pendidikan. Pemerintah Turki turut mewakafkan harta untuk tujuan pendidikan sehingga ramai pelajar mendapat faedah kerana bilangan mahaguru telah bertambah. Semua pelajar juga mendapat elaun daripada hasil wakaf tersebut. Kesan yang paling besar daripada faedah wakaf pendidikan apabila ramai pelajar daripada Asia dan Afrika berduyun-duyun datang ke Mesir kerana wakaf berhasil menjana nilai tambah pembentukan insan Muslim.42 Nilai tambah itu telah dirasai dengan lahirnya generasi ulul albab, yang saleh, berketampilan dan bersahsiah unggul impak aktiviti pendanaan pendidikan seperti zakat, wakaf dan sedekah yang ikhlas diberi semata-mata kerana Allah SWT. Menurut Rosnani43 lagi pada amnya perhubungan antara wakaf, pendidikan dan anak yang saleh dapat digambarkan pada rajah yang berikut. Dalam hal ini anak yang saleh akan berwakaf mengikut kemampuannya dan ini akan melanjutkan perkembangan institusi pendidikan yang ditanam dengan ruh Islam. Natijahnya lahirlah generasi Muslim yang menghayati nilai Islam dan menyempurnakan putaran baik ini. Rajah 1: Perhubungan Antara Wakaf, Pendidikan & Anak Yang Saleh Pendidikan Islam

Wakaf

Anak yang saleh

Di Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengorak langkah proaktif dengan menyediakan program penjanaan Dana Waqaf dan Infaq UKM sebagai satu daripada aktiviti penjanaan dana pendidikan di universiti. Program ini bertujuan memudahkan warga dan alumni

Sahibus Samahah Prof Dr. Ali Gomaah Mufti Negara Mesir dalam artikel bertajuk Wakaf dan kesannya dalam Pertumbuhan Ekonomi, dibentangkan dalam Seminar Wakaf Menjana Ekonomi 2012. 43 Rosnani Hashim dalam Artikel bertajuk Ekonomi dan Pendidikan: Peranan Institusi Wakaf
42

100

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

UKM serta masyarakat umum menyumbang sejumlah wang kepada UKM sebagai amalan kebajikan berasaskan konsep waqaf (endowmen) dan infak (sedekah). Orang ramai boleh menyumbang melalui tiga skim yang disediakan iaitu; Skim Hadiah dan Derma UKM, Skim Waqaf Tunai UKM. Skim Waqaf Takaful UKM. Pengenalan program penjanaan Dana Waqaf dan Infaq UKM ini bertujuan untuk memobilisasikan sumbangan dana melalui amalan waqaf dan infaq, menggunakan dana wakaf terkumpul untuk menjana pendapatan, mengagihkan pendapatan dari harta waqaf dan sumbangan infaq kepada pihak yang berkelayakan dan memupuk serta meningkatkan kesedaran warga dan alumni UKM, serta masyarakat Malaysia mengenai kelebihan, keutamaan dan fadhilat amalan daripada sentiasa menginfakkan harta fisabilillah. Natijahnya, dana tersebut diagihkan secara pilihan kepada; Skim Pendidikan dan Kebajikan Pelajar, Skim Pembangunan Pelajar, Skim Pembangunan Akademik dan Penyelidikan, Skim Jaringan UKM Industri dan Masyarakat. 44 Selain itu, Pihak Universiti Putra Malaysia juga turut mengadaptasikan konsep wakaf tunai bagi tujuan pendidikan dengan skim wakaf yang dikenali sebagai Wakaf Ilmu UPM 45. Ia adalah kaedah untuk berinfak dan berwakaf melalui wang tunai dengan menafkahkannya ke dalam Dana Wakaf Ilmu UPM sebagai pemegang amanah disertai niat untuk mewakafkan kerana Allah SWT demi kepentingan dan kemajuan ilmu. Setiap dana derma dan wakaf di UPM, sama ada wakaf Am atau wakaf Khas, akan dimanfaatkan sepenuhnya melalui penyediaan fasiliti dan prasarana bagi aktiviti keilmuan, merangkumi program pengajaran dan pembelajaran, aktiviti dakwah dan pengimarahan, penyelidikan dan inovasi serta khidmat komuniti yang menjadi aktiviti teras universiti. Dana ini juga turut dapat memberi impak kepada input kekal bagi pengimarahan dan pemajuan ilmu seperti pembinaan fasiliti akademik/pembelajaran, projek khas dan kemudahan
44 45

http://www.waqaf.ukm.my/Pages/LatarBelakang.aspx, retrieved 2 Oktober 2012 Dalam konteks Universiti, dana wakaf ilmu UPM bermaksud inisiatif program penjanaan dana di UPM yang mengguna pakai kaedah wakaf melalui sumbangan individu, sumbangan korporat, koperasi dan badan bukan kerajaan, pulangan daripada hartanah wakaf, hasil projek sektor pertanian dan perladangan, hasil projek sektor perindustrian dan pulangan portfolio pasaran wang dan modal bertujuan untuk mewujudkan suatu infrastruktur jangka panjang yang lestari bagi memenuhi sebahagian keperluan dan pembiayaan aktiviti akademik melibatkan Warga UPM.

101

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

amali pelajar termasuklah wakaf pokok (pembangunan semula tanaman seperti projek ladang / dusun), wakaf prasarana penyelidikan dan penerbitan, projek penginapan musafir dan lain-lain. Selain itu manfaatnya diperluaskan lagi kepada bantuan kewangan untuk pembelajaran kepada pelajar, bantuan kewangan untuk kursus-kursus dan aktiviti pembangunan pelajar, pembiayaan latihan amali pelajar, pembinaan kediaman dan fasiliti penginapan pelajar, prasarana dan bantuan untuk penyelidikan, pembiayaan bagi pembangunan projek-projek khas seperti pembinaan dewan kuliah yang dikenali sebagai bazar Ilmu, Kolej kediaman berkeperluan khas untuk pelajar miskin/ anak yatim / pelajar OKU / pelajar mualaf; perolehan aset, kenderaan, prasarana dan peralatan bagi pengajaran, penyelidikan dan penerbitan serta perkhidmatan di fakulti, pusat, kolej kediaman dan masjid.46 Di sudut yang lain, Majlis Agama Islam Singapura (MUIS) pula telah memperkenalkan Konsep Wakaf Ilmu, yang mana umat Islam di Singapura boleh melibatkan diri dalam aktiviti wakaf tunai yang manfaatnya akan dikembalikan semula untuk tujuan pendidikan Islam di Singapura amnya. Keperluan dana wakaf untuk memajukan bidang pendidikan di Singapura kelihatan amat diperlukan berikutan tiada lagi aset wakaf baharu sejak tahun 1993 47 disebabkan oleh masalah kekurangan hartanah dan nilainya yang melambung tinggi. Menurut Dr. Shamsiah Abd. Karim48 dalam satu wawancara di Rancangan Dilema Radio Warna Singapura49 wakaf ilmu yang diperkenalkan ini adalah wakaf tunai yang manfaatnya akan digunakan untuk tujuan pendidikan di Singapura. Gambaran konsep wakaf tersebut adalah seperti berikut.

46 47

http://www.fund4knowledge.upm.edu.my/ezakatputra/index.php, diakses pada 17 Okt. 2012. Wakaf oleh Syeikh Taha bin Abu Bakar Mata 48 Beliau ialah Penolong Pengarah Pembangunan Aset di Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) 49 Pada jam 6.00 petang tarikh 2 Oktober 2012.

102

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Rajah 2: Struktur Wakaf Ilmu Di Singapura

Sumber: www.muis.gov.sg/cms/uploadedFiles/MuisGovSG/Wakaf/Wakaf50

Di Indonesia pula dana zakat, wakaf dan sedekah turut dimanfaatkan sebahagiannya untuk tujuan pendidikan. Organisasi sosial bukan kerajaan seperti Dhompet Dhuafa (DD)51 yang beribu pejabat di Jakarta telah berjaya mengurus sebuah institusi pendidikan menengah percuma untuk pelajar miskin yang datang daripada seluruh Indonesia menggunakan dana tersebut. Sekolah yang dikenali sebagai SMART Ekselensia lndonesia52 yang terletak di Daerah Bogor ini hanya menerima pelajar cemerlang dari pada kalangan asnaf fakir miskin penerima agihan zakat. Malah dengan tapisan untuk sesi kemasukan yang ketat dan terperinci jelas menunjukkan betapa pihak DD sangat komited dan bertanggungjawab dalam memikul amanah pengagihan dana sosial seperti zakat, wakaf dan sedekah kepada golongan mustahiq. Melalui SMART, pelajar-pelajar yang terpilih daripada 18 buah wilayah seluruh Indoensia akan dibiayai sepenuhnya menggunakan dana zakat yang mencecah sekitar Rp.2.5 juta setahun termasuk tambang pulang ke kampung halaman sekali setahun. Hasilnya SMART berjaya melahirkan pelajar Muslim yang berketerampilan dan berdaya saing dengan inovasi dan pencapaian akademik cemerlang di peringkat global dan antarabangsa.

50 51

Retrieved 3 Oktober 2012 Dompet Dhuafa Republika (DD) telah dirasmikan pada tanggal 2 Julai 1993 dan menjadi sebuah institusi sosial yang berteraskan Akta Notaris No 41 tanggal 14 September 1994 oleh Haji Abu Jusuf, SH, Notaris Jakarta. 52 Telah dibuka secara rasminya pada 29 Julai 2004 di atas tanah wakaf berkeluasan 20.446 m 2, di Jalan Parung, KM42, Bogor Jawa Barat.

103

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Beberapa buah universiti di Malaysia termasuk UiTM juga terlibat sebagai agen kutipan dan mengagihkan dana zakat dan sedekah untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan. Pada tahun 2011 sahaja seramai 3930 menerima agihan zakat melibatkan peruntukan RM2.1 juta. Sehingga Mei 2012 pula seramai 1969 penerima zakat direkodkan melibatkan peruntukan RM1.013 juta. Manakala sejumlah RM41,700 dana sedekah UiTM telah diagihkan setakat Mei 2012 kepada golongan memerlukan.53 Bagi maksud memperoleh dana daripada infak umum seperti sedekah, hibah dan lainlain, Ahmad Che Yaacob et.al, (2010) pernah mencadangkan kutipan dana tabaruk melalui Kempen Tabungan Bulanan sebagai sumber modal bagi penubuhan institusi Baitul Mal Kebangsaan yang ideanya boleh diadaptasikan bagi mengumpul dana infak untuk tujuan pendidikan secara khusus. Yang mana sehingga tahun kelima kempen ini dilaksanakan sejumlah RM1.5 juta dapat dikumpulkan melalui kutipan bulanan sebanyak RM1, RM5 dan RM10. Ini ditunjukkan dalam Jadual 2: Model Kempen Tabungan Bulanan yang berikut; Kempen Anggaran penyumbang (juta orang) Anggaran dana diperoleh (RM juta) 1 bulan 1 tahun (12 bulan) 5 tahun (60 bulan) RM 1 5 RM 5 2 RM10 1 Jumlah (RM juta)

5 60 300

10 120 600

10 120 600

25 300 1,500

Sumber: Laporan Kajian Permodalan Mal Berhad (PMB) Bagi melaksanakan skim potongan gaji ini pula Model Skim Potongan Gaji (SPG) oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM) yang diperkenalkan pada 8 Januari 1985, dan kemudian dilancarkan semula oleh YAB Dato Seri Dr Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia pada 1 Disember 2000 boleh dilaksanakan. Melaluinya peluang beramal jariah

53

Laporan Kutipan dan Agihan Zakat dan Sedekah UiTM 2012

104

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

kepada kakitangan awam dan swasta yang bergaji tetap akan dapat dilakukan melalui potongan gaji bulanan.54 Menurut Syed Mohd Ghazali Wafa (2010), dalam usaha untuk menggerakkan program wakaf pendidikan aktiviti penjanaan dana boleh dilakukan dengan beberapa kaedah antaranya; i. Sumbangan individu melalui skim potongan gaji, wakaf dan infak, skim sumbangan ewakaf dan e-infak, skim pembayaran sumbangan di kaunter dan pusat bertauliah, pembiayaan langsung melalui aktiviti lain dan projek hartanah. ii. iii. iv. Sumbangan sektor korporat, koperasi dan badan bukan kerajaan. Sumbangan kerajaan pusat/negeri. Sumbangan dari luar negara. Malah di Singapura memandangkan keperluan kewangan yang mendesak pihak berkuasa agama iaitu MUIS mewajibkan potongan gaji setiap pekerja Muslim yang kini berjumlah lebih 200,000 orang bagi membiayai dana pembinaan Masjid. Dianggarkan setiap tahun sebanyak S$7 juta diperoleh dan MUIS berjaya membina 23 buah masjid besar dengan kos S$140 juta.55 Justeru jika dana infak sebanyak ini berjaya dikutip tentu sahaja ia boleh dimanfaatkan untuk tujuan lain termasuk sektor pendidikan di Malaysia. Menurut Siti Mashitoh Mahamood, bagi meningkatkan lagi dana wakaf di negara ini, pengenalan Konsep Dana Wakaf Kebangsaan (DWK) yang menerima sumbangan daripada pelbagai lapisan masyarakat Malaysia tanpa mengira latar belakang agama dan kepercayaan juga boleh dilaksanakan.56 Harvard University yang merupakan universiti tertua di Amerika Syarikat57 juga mengadaptasikan mekanisme wakaf sebagai dana pembiayaan pendidikan pelajar mereka. Pada

54 55

http://yapeim.net.my/wp-content/uploads/2012/10/SPG_YaPEIM.pdf, akses pada 2 Oktober 2012 Zaini Osman 2012, dalam artikel bertajuk Pengalaman Singapura:Pengurusan dan Pembangunan Wakaf Masyarakat Islam dibentangkan dalam Seminar Wakaf Serantau 2012. 56 Artikel bertajuk Pembentukan Dana Wakaf Menurut Perspektif Syariah dan Undang-undang serta Aplikasinya di Malaysia, dalam Jurnal Syariah 15-2 2007. 57 Diasaskan pada tahun 1639 dengan nama New College. Pada tahun 1639 ditukar kepada Harvard College selepas John Harvard menyumbangkan separuh daripada tanah miliknya yang bernilai 779 pound termasuk sebuah perpustakaan yang memiliki sejumlah 400 buah buku. (Dr Adi Setia dlm artikel bertajuk Harvard University & Some Fiscal Problems of Privately Endowed Higher Eduvation in USA .

105

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

tahun fiskal berakhir 30 Jun 2011, pulangan daripada aktiviti pelaburan sumbangan endowment tersebut telah meningkat sebanyak 21.4% dengan nilai USD$32 billion.58 Walau bagaimanapun terdapat pengkaji seperti Lynne Munson yang mengkritik pengurusan universiti kerana mengkhianati niat asal penderma malah tidak menggunakan dana tersebut untuk tujuan pendidikan. Menurut beliau lagi dengan kekayaan yang dimiliki oleh Harvard, hanya kurang daripada 1% sahaja sumbangan endowment yang perlu dibelanjakan untuk menanggung yuran pengajian pelajarnya. Malangnya ini tidak dilakukan dan pengurusan universiti masih mengenakan yuran pengajian yang tinggi, termasuklah yuran permohonan kemasukan ke universiti yang hanya bernilai USD$75. Jadual 3: Laporan Sumbangan Endowment Universiti Harvard 2010 & 2011

Sumber: http://vpf-web.harvard.edu/annualfinancial/pdfs/2011fullreport.pdf59

Kelebihan Sumbangan Dana Sosial Untuk Pendidikan Ramai masih belum menyedari keperluan pembentukan dana sosial yang terdiri daripada sumber zakat, wakaf dan sedekah untuk manfaat pendidikan ummah pada masa kini. Mungkin kerana pihak kerajaan sentiasa menyediakan peruntukan Bajet yang besar untuk tujuan pendidikan setiap tahun. Namun jika diperhalusi terdapat pelbagai aktiviti dan keperluan pendidikan yang memerlukan bantuan dan sokongan kewangan daripada sumber lain dan tidak berharap kepada pemerintah semata-mata.

58

Harvard university financial report fiscal year 2011, http://vpf-web.harvard.edu/annualfinancial/pdfs/2011fullreport.pdf, diakses pada 21 Okt 2012. 59 Di akses pada 21 Oktober 2012

106

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Demi melestarikan hasrat tersebut motivasi seluruh masyarakat Islam untuk menyumbang kepada sektor pendidikan amat diperlukan. Ini kerana fahaman segelintir yang melihat wakaf sebagai contohnya dalam konteks yang sempit bakal mengecilkan potensi pengembangan modal tersebut yang manfaatnya boleh diraih ummah secara kolektif. Kesanggupan untuk menginfakkan sebahagian harta ke sektor pendidikan juga masih rendah sehingga institusi pendidikan terpaksa merangka dan melaksanakan pelbagai usaha sendiri untuk mengumpul dana yang diperlukan. Malah jika diteliti terdapat berbagai-bagai ganjaran dan kelebihan menginfakkan harta ke jalan tersebut. Antaranya sebuah hadis yang bermaksud Apabila mati anak Adam terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara. Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat ataupun anak saleh yang mendoakannya. (Hadis riwayat Imam Muslim dan lain-lain). Selain itu dengan menunaikan tanggungjawab membayar zakat bagi individu Muslim berkelayakan, dana zakat yang diagihkan kepada asnaf fakir miskin melalui sektor pendidikan akan melahirkan masyarakat Islam kelas pertama dengan pencapaian sama ada dalam bidang akademik ataupun kemahiran yang cemerlang. Hal ini secara tidak langsung akan berjaya membebaskan sebilangan masyarakat Islam daripada kepompong kemiskinan dan hasrat miskin sifar seperti zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz akan dapat direalisasikan. Begitu juga dana wakaf tunai yang berjaya dikumpulkan daripada para Muslimin akan kekal menjadi aset tetap milik ummah seluruhnya. Melalui aktiviti pelaburan dan pengembangan aset wakaf pula manfaat yang bakal diraih akan berlipat kali ganda dan sudah pasti buah yang dituai daripada amalan berwakaf akan dapat dinikmati oleh seramai mungkin umat Islam setempat. Dalam konteks lain kedudukan institusi pengajian tinggi seperti Universiti Teknologi MARA yang merupakan sebuah entiti milik Melayu dan Bumiputera yang ditubuhkan demi survival bangsa dan negara akan mendapat manfaat yang lebih besar apabila ia diwakafkan. Untuk jangka masa panjang kewujudannya akan kekal sebagai aset wakaf milik umat Islam buat selama-lamanya.

107

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Menurut Tan Sri Muhammad Ali Hashim ,dalam konteks ini pengenalan konsep Waqaf Korporat adalah satu inovasi institusi kreatif yang berupaya mempertahan hak milik korporat kekal berpanjangan dalam kawalan umat Islam, sekalipun teraju politik berpindah tangan.60

Kesimpulan Sememangnya sejak merdeka, Kerajaan Malaysia telah menjadikan bidang pendidikan sebagai agenda utama negara. Kerajaan juga menyedari pelaburan dalam bidang ini adalah prasyarat kepada sebuah negara yang makmur dan pembangunan rakyat yang sejahtera. Setiap tahun peruntukan besar disalurkan kepada sektor pendidikan negara dan kali ini ia melibatkan sebanyak 21% daripada keseluruhan bajet 2013.61 Pengenalan Konsep Waqaf Korporat yang pertama seumpamanya di dunia oleh Johor Corporation Berhad (JCorp) dan diurus oleh Waqaf AnNur Corporation Berhad (WANCorp) pada tahun 2006 dengan nilai semasa saham syarikat yang diwakafkan mencecah RM441.43 juta62 pada tahun 2011 merupakan model terbaik untuk mengintegrasikan mekanisme wakaf dalam pendidikan tinggi negara. Tujuan utama wakaf korporat adalah untuk melabur dan menambah nilai pelaburan. Malah, keuntungannya dapat membantu universiti membiayai keperluan pelajar mereka. IPTA di negara ini perlu mencari dana sendiri untuk sumber kewangan pada masa akan datang dan wakaf korporat dapat menampung keperluan universiti-universiti dalam memberi kemudahan kepada penuntut mereka. Apa yang penting kelebihan wakaf berkenaan ialah orang ramai boleh bersama-sama menyumbang bagi mendapat pahala,"63 Dalam hal ini juga penubuhan Universiti Islam Malaysia (UIM), iaitu universiti wakaf pertama di Malaysia telah dizahirkan dengan perkenan Majlis Raja-Raja Melayu. Sejumlah RM300 juta diperlukan untuk merealisasikan hasrat murni tersebut dan setakat ini sejumlah

60 61

http://dpim.com.my/v2/index.php/en/7-artikel/55-artikel-11-perjuangkan-inovasi-institusi-islam, Akses pada 3 Oktober 2012. Petikan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak pada 29 Sept 2012. 62 Buku Laporan Tahunan WANCorp 2011 63 http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121002/dn_13/Tubuh-lebih-banyak-wakaf-korporat-bantu-IPTA. Akses pada 18 Okt. 2012

108

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

RM5.18 juta dana wakaf telah disumbangkan oleh beberapa pihak yang terdiri daripada syarikat, pertubuhan dan individu.64 Agihan zakat kepada golongan mustahiq yang berkaitan dengan sektor pendidikan juga perlu dipergiatkan dan dipelbagaikan lagi. Misalnya dengan membina lebih banyak infrastruktur pendidikan, menyediakan peluang pendidikan percuma melalui pembiayaan asnaf zakat dan infak sukarela untuk aktiviti dan pembangunan pelajar. Justeru itu kajian lebih terperinci tentang perkara ini boleh dilakukan lagi pada masa hadapan. Sumbangan dana sosial daripada sumber zakat, wakaf dan sedekah yang digunakan untuk tujuan pembangunan dan pendidikan di Malaysia pastinya dapat mengurangkan defisit perbelanjaan kerajaan dalam pelbagai sektor termasuk untuk tujuan pendidikan. Begitu pula model penggunaan dana sosial seperti zakat, wakaf dan sedekah yang sedia ada juga boleh diaplikasikan oleh mana-mana institusi pendidikan di pelbagai peringkat yang tidak menerima bantuan khusus daripada kerajaan. Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) yang ditubuhkan di sekolah-sekolah juga boleh membiayai aktiviti pelajar dan guru menerusi mekanisme ini yang akhirnya menyemarakkan lagi pelaksanaan sistem Islam dalam kehidupan seharian sehingga berhasil pula meraih status Baldatun Tayyibatun Wa Rabbun Ghafur seperti yang dicitacitakan.

64

http://www.sinarharian.com.my/nasional/universiti-islam-malaysia-terima-dana-wakaf-rm5-18-juta-1.82722. Diakses pada 18 Okt. 2012.

109

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

RUJUKAN
Buku Laporan Tahunan WANCorp 2011. Dr. Adi Setia dalam artikel bertajuk Harvard University & Some Fiscal Problems of Privately Endowed Higher Eduvation in USA. Prof Dato Ir Dr. Zaini Ujang dalam artikel bertajuk Konsep Wakaf tangani dana pengajian tinggi, disiarkan dalam Ruangan Rencana (Minda Lestari) Akhbar Berita Harian bertarikh 31 Disember 2010. Rosnani Hashim dalam Artikel bertajuk Ekonomi dan Pendidikan: Peranan Institusi Wakaf Jurnal Pengajian Islam Ahmad Che Yaacob et.al, 2010, Buku Laporan Kajian Penubuhan Permodalan Mal Berhad kerjasama UiTM Johor dan Jabatan Wakaf, Zakat dan Wakaf Jabatan Perdana Menteri. Sahibus Samahah Prof Dr. Ali Gomaah Mufti Negara Mesir dalam artikel bertajuk Wakaf dan kesannya dalam Pertumbuhan Ekonomi, dibentangkan dalam Seminar Wakaf Menjana Ekonomi, Putrajaya, 2012. Siti Mashitoh Mahamood (2007), Artikel bertajuk Pembentukan Dana Wakaf Menurut Perspektif Syariah dan Undang-undang serta Aplikasinya di Malaysia, dalam Jurnal Syariah 15-2. Syed Mohd Ghazali Wafa bin Syed Adwam Wafa, 2010, Pembangunan Wakaf Pendidikan di Malaysia kertas kerja dibentangkan pada 7th International Conference-The Tawhidi Epitemology:Zakat and Waqf Economy, bangi 2010. Tan Sri Muhammad Ali Hashim Buka Luas Pintu Wakaf artikel terbitan Akhbar Sinar Harian bertarikh 23 Julai 2012. Zaini Osman 2012, dalam artikel bertajuk Pengalaman Singapura:Pengurusan Dan Pembangunan Wakaf Masyarakat Islam, dibentangkan dalam Seminar Wakaf Serantau 2012.

110

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

GAYA KEPIMPINAN PENGURUSAN INSTITUSI ZAKAT DAN PERUNTUKAN AGIHAN ZAKAT Aryati Juliana Sulaiman Kamil Md Idris, PhD Universiti Utara Malaysia

ABSTRAK Kepimpinan sering kali dibincangkan dan dikaitkan dengan pembuatan keputusan dalam sesebuah organisasi di mana keputusan yang dibuat selalunya berkait rapat dengan gaya kepimpinan seseorang. Lazimnya, gaya kepimpinan yang berbeza akan menyebabkan keputusan yang berbeza. Oleh kerana institusi zakat juga dipimpin oleh individu yang mempunyai pelbagai gaya kepimpinan maka terdapat kemungkinan berkaitan dengan fenomena ketidakseragaman agihan zakat di semua institusi zakat di Malaysia. Fenomena ini boleh menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan anggota masyarakat terhadap institusi-institusi zakat jika tiada penerangan yang jelas diberikan. Secara amnya, agihan zakat kepada lapan asnaf ditentukan oleh peruntukan agihan zakat yang dibuat oleh para pembuat keputusan di setiap institusi zakat. Justeru, kertas kerja ini akan cuba mengupas gaya kepimpinan pembuat keputusan peruntukan agihan zakat dan mencari jawapan sama ada wujud perkaitan di antara gaya kepimpinan dengan peruntukan agihan zakat. Kata kunci: Gaya kepimpinan, peruntukan agihan Pendahuluan Asnaf-asnaf zakat telah ditentukan dalam Surah At-Taubah, Ayat 60 yang bermaksud Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya dan orang-orang yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya dan orang-orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah dan untuk orang-orang di dalam perjalanan (yang keputusan belanja). Ketetapan hukum yang demikian itu ialah sebagai satu ketetapan yang datangnya dari Allah. Dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.. (Al-Quran dan Terjemahan 2009).

111

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Walaupun Al-Quran telah menetapkan lapan golongan yang layak dan berhak menerima zakat, namun kaedah dan kuantum agihan di kalangan asnaf adalah tertakluk kepada budi bicara pemegang kuasa institusi zakat berkenaan. Justeru, tidak hairanlah kenapa berlaku ketidakseragaman agihan zakat kepada asnaf di antara satu negeri dengan negeri yang lain. Laporan Zakat (2009) menunjukkan terdapat beberapa negeri mengagihkan zakat yang lebih banyak kepada asnaf lain berbanding dengan asnaf fakir miskin. Sebagai contoh, Johor, Pahang, Perlis dan Sarawak mengagihkan lebih banyak zakat kepada golongan fisabilillah. Begitu juga keadaannya apabila terdapat negeri-negeri yang cuma mengagihkan zakat kepada tujuh, enam asnaf atau lima asnaf sahaja.

Persoalannya, apakah fenomena ini sesuatu yang sihat dan apakah faktor yang mendorong para pembuat keputusan institusi zakat dalam menentukan peruntukan agihan zakat? Penerangan terhadap persoalan ini perlu dijawab secara empirikal kerana ia dapat membantu masyarakat awam memahami serta meyakini pengurusan agihan zakat di negeri masing-masing. Lantas secara tidak langsung mendorong pembayar zakat untuk terus mengeluarkan zakat kepada institusi formal zakat dan menampal sedikit sebanyak masalah kebocoran bayaran zakat.

Secara teorinya, masalah ini mungkin berpunca daripada bagaimana pihak pengurusan institusi zakat sesebuah negeri membuat peruntukan agihan zakat kepada asnaf-asnaf. Agihan zakat kepada lapan golongan asnaf melibatkan soal keadilan agihan. Ini selaras dengan ajaran Islam yang menuntut keadilan dalam setiap aspek kehidupan terutama dalam isu berkaitan agihan. Dalam hal agihan zakat, agihan yang adil tidak semestinya agihan yang sama rata tetapi perlu menyeluruh dan mengikut keperluan setiap golongan asnaf. Agihan Zakat Kepada Lapan Asnaf Manual Pengurusan Agihan Zakat (2007) yang dikeluarkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Jabatan Perdana Menteri telah membuat tafsiran bagi setiap asnaf zakat seperti berikut:

Fakir. Golongan ini adalah golongan yang benar-benar miskin. Mereka ini terdiri daripada golongan yang tidak mempunyai harta atau mata pencarian. Sekiranya mereka mempunyai mata

112

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

pencarian sekali pun, ia masih tidak mencukupi untuk menampung 50% keperluan diri dan keluarga mereka. Miskin. Golongan ini mempunyai harta atau mata pencarian melebihi 50% keperluan tetapi masih tidak mencukupi bagi untuk menampung sebahagian daripada keperluan diri dan keluarga mereka. Amil.Amil bermaksud semua golongan yang terlibat dengan pengurusan dan pentadbiran zakat. Pekerja-pekerja di institusi zakat yang terlibat secara langsung dengan proses kutipan dan agihan zakat layak menerima zakat. Mualaf. Mualaf adalah golongan yang dijinakkan hatinya ke jalan Allah. Terdapat tiga golongan di bawah kategori ini iaitu golongan baru memeluk Islam, golongan yang menentang Islam dan golongan yang dipujuk untuk mendekati Islam. Zakat boleh diberikan kepada golongan ini tidak kira sama ada Islam ataupun bukan Islam. Al-riqab. Al-riqab membawa maksud hamba. Zakat diberikan kepada golongan hamba yang hendak memerdekakan dirinya daripada tuannya. Dalam konteks zaman moden ini, ia boleh merujuk kepada melepaskan seseorang daripada penindasan dan kongkongan. Al-gharimin. Zakat diberikan kepada orang yang berhutang di jalan Allah dan tidak mampu untuk melangsaikan hutangnya. Terdapat dua golongan orang yang berhutang yang layak menerima zakat iaitu orang yang berhutang untuk keperluan diri dan keluarganya dan orang yang berhutang bagi tujuan membantu orang lain seperti contoh bagi mendamaikan dua pihak yang berbalah. Fisabilillah. Fisabilillah bermaksud apa-apa yang dilakukan pada jalan Allah bagi menegakkan agama Islam dan mendapat keredaan Allah S.W.T. Ini termasuklah kerja-kerja kebajikan bagi menyebarkan dan memperkukuhkan agama Islam. Maksud yang lebih khusus adalah menentang musuh-musuh Islam atau jihad. Ibni sabil. Mereka ini terdiri daripada golongan musafir yang terputus bekalan atau perbelanjaan semasa perjalanan yang diharuskan oleh hukum syarak. Mereka mungkin terdiri daripada orang kaya di tempat asal mereka. Akan tetapi mereka layak menerima zakat sekiranya mereka keputusan perbelanjaan semasa bermusafir. Kumpulan Mazhab Hanafi, Hambali dan Maliki berpendapat walaupun lapan golongan asnaf berhak menerima zakat, zakat boleh diberikan kepada satu golongan sahaja iaitu asnaf fakir
113

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

miskin. Ini berdasarkan riwayat apabila Rasulullah S.A.W. mengutus Muadz bin Jabal ke Yaman dan bersabda Ambillah zakat dari kalangan orang kaya dan berikan kepada orang fakir miskin di kalangan mereka. (Terjemahan Hadis Sahih Bukhary, 1989). Mereka berpegang kepada riwayat ini dan berpendapat bahawa zakat boleh diberikan kepada satu golongan sahaja dan tidak wajib diagihkan kepada lapan golongan. Mereka berpendapat adalah mustahil untuk mengagihkan zakat kepada kesemua golongan asnaf. Walau bagaimanapun, Zuhayly (1995) berpandangan alasan yang diberikan oleh kumpulan ini tidak boleh diterima kerana tidak masuk akal. Sebaliknya, kumpulan Mazhab Syafii menyatakan bahawa sekiranya zakat itu diagihkan oleh pihak pemerintah, maka wajib diagihkan kepada lapan golongan asnaf seperti yang telah ditentukan dalam Surah At-Taubah, Ayat 60. Kumpulan ini berpendapat kesemua lapan golongan mempunyai hak dan sepatutnya mendapat bahagian masing-masing. Qardhawi (2000) mengatakan bahawa sekiranya zakat diagihkan oleh pihak pemerintah, seboleh-bolehnya zakat diberikan kepada kelapan-lapan golongan asnaf. Institusi zakat sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk membuat agihan secara menyeluruh kerana dengan adanya komunikasi teknologi maklumat (ICT), proses mencari dan mengenal pasti asnaf dan juga keperluan-keperluan mereka menjadi lebih mudah (Hairunnizam, Sanep & Radiah, 2009). Agihan zakat sepatutnya mengambil kira konsep-konsep agihan zakat seperti yang dinyatakan oleh Mujaini (1995). Terdapat tiga konsep agihan iaitu (i) konsep keperluan, (ii) konsep pemupukan dan galakan hidup beragama dan moral dan (iii) konsep insentif dan motivasi terhadap pengurus zakat. Konsep keperluan merangkumi asnaf fakir, miskin, al-riqab, algharimin dan ibni sabil. Konsep pemupukan dan galakan hidup beragama dan moral melibatkan asnaf mualaf dan fisabilillah. Konsep insentif dan motivasi pengurusan zakat pula merujuk kepada asnaf amil. Sekiranya konsep agihan ini diikuti oleh institusi zakat, tidak mustahil zakat boleh diagihkan secara menyeluruh kepada semua golongan asnaf. Kajian yang dilakukan oleh Hairunnizam, Sanep dan Radiah (2008) mendapati masyarakat Islam masih tidak berpuas hati dengan pengurusan institusi zakat walaupun ada yang telah dikorporatkan. Antara faktor utama masyarakat tidak berpuas hati adalah disebabkan oleh agihan yang tidak menyeluruh dan maklumat pengagihan kepada asnaf yang tidak jelas.
114

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Sekiranya masyarakat tidak berpuas hati tentang agihan zakat, ia bakal memberikan kesan kepada pembayar zakat sedia ada dan juga bukan pembayar zakat. Pembayar zakat akan kurang membayar zakat secara formal kepada institusi zakat tetapi sebaliknya akan membayar terus kepada asnaf-asnaf yang dikenali (Sanep, Hairunnizam & Adnan, 2006). Akibatnya, hak asnafasnaf yang lain akan turut terabai kerana bayaran selalunya dibuat terus kepada asnaf fakir dan miskin sahaja. Individu-individu bukan pembayar zakat pula akan terus enggan membayar zakat kerana menganggap wang zakat tidak digunakan secara menyeluruh dan kemungkinan berlakunya salah guna wang zakat (Sanep, Hairunnizam & Radiah, 2009). Berdasarkan kepada impak-impak negatif ini, adalah wajar isu ketidakseragaman dan ketidakseimbangan agihan zakat diberikan perhatian yang serius. Fenomena ini menuntut penjelasan yang sewajarnya agar masyarakat Islam memahami dan menerima ketidakseragaman agihan zakat yang berlaku di antara asnaf dan juga antara negeri. Banyak faktor dijangka mempengaruhi keputusan peruntukan agihan zakat dan salah satu daripadanya adalah gaya kepimpinan. Kertas kerja ini akan cuba mengupas bagaimana faktor gaya kepimpinan mempengaruhi keputusan agihan yang dibuat.

Definisi Kepimpinan Kepimpinan sering kali dibincangkan dan dikaitkan dengan pembuatan keputusan dalam sesebuah organisasi. Ini kerana pemimpin merupakan orang yang bertanggungjawab di dalam membuat sebarang keputusan untuk organisasi di bawah pimpinannya. Tanggungjawab utama seorang pemimpin organisasi merangkumi membuat perancangan, mengawal, dan memastikan matlamat organisasi tercapai. Yukl (2006) mendefinisikan kepimpinan sebagai proses untuk mempengaruhi orang lain bagi memahami dan bersetuju tentang apa yang perlu dilakukan dan bagaimana melakukannya, dan proses memudahkan usaha individu dan kolektif untuk mencapai objektif bersama. Northouse (2007) pula mendefinisikan kepimpinan sebagai satu proses di mana seseorang individu mempengaruhi sekumpulan individu untuk mencapai matlamat bersama. Kim dan Mauborge (1992) menyatakan kepimpinan adalah keupayaan untuk memberi inspirasi, keyakinan dan sokongan di kalangan ahli kumpulan yang diperlukan untuk mencapai matlamat organisasi. Kesimpulannya, kepimpinan merujuk kepada kuasa atau keupayaan mengawal, mengarah dan mempengaruhi orang lain atau orang yang di bawah pimpinannya untuk mengikuti
115

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

atau bertindak seperti apa yang telah diputuskan oleh pemimpin atau organisasi. Dalam konteks agihan zakat, kepimpinan merupakan kuasa menentukan keputusan peruntukan agihan dan memastikan agihan zakat dilaksanakan seperti apa yang telah diputuskan dan dipersetujui bersama.

Gaya Kepimpinan Gaya kepimpinan seseorang individu boleh dilihat daripada pelbagai sudut. Antaranya dari sudut personaliti, hubungan dengan orang lain dan perubahan tingkah laku. Terdapat tiga kategori utama gaya kepimpinan iaitu kepimpinan transformasi, kepimpinan transaksional dan kepimpinan laissez- faire (Bass, 1985; Burns, 1978; Avolio, Bass & Jung, 1999). Burns (1978) telah membahagikan gaya kepimpinan trasformasional kepada empat komponen iaitu pengaruh ideal atau karisma, motivasi, rangsangan intelektual dan pertimbangan individu. Pemimpin yang berkarisma adalah seseorang yang mempunyai misi dan visi serta keazaman untuk mencapai impian yang tinggi (Bass, 1985). Pemimpin transformasional berupaya meningkatkan motivasi, keyakinan serta kepuasan para pekerja. Ini dilakukan dengan menyatukan kesemua pekerja dengan misi dan visi yang ingin dicapai (Burns, 1978 & Bass, 1985). Kekuatan pemimpin transformasional adalah pada keupayaan mereka bertindak sebagai pencetus inspirasi kepada orang lain bagi mencabar diri dalam melakukan sesuatu di luar keupayaan dan kebolehan mereka (Den Hartog, Van Mugen dan Koopman, 1997). Ini mungkin disebabkan mereka dilihat mempunyai karisma dan moral yang tinggi serta lebih mengutamakan hubungan berbanding tugas (Bass, 1990). Gaya kepimpinan transformasional meninggalkan kesan kepada pengikutnya dan pekerja bawahannya di mana kepuasan bekerja meningkat, prestasi kerja bertambah baik dan memberikan komitmen penuh kepada organisasi (Judge & Piccolo, 2004). Gaya kepimpinan transaksional pula terdiri daripada dua komponen iaitu pengurusan secara pengecualian (management by exception) dan ganjaran luar jangka (contigent reward) (Bass, 1990). Pemimpin transaksional menzahirkan pengurusan secara pengecualian dengan memberikan penjelasan tentang hukuman yang akan dikenakan sekiranya pekerja gagal untuk mencapai sesuatu piawaian yang telah dipersetujui. Ganjaran luar jangka pula adalah menetapkan sesuatu ganjaran apabila pekerja berjaya melaksanakan apa yang diminta. Pemimpin
116

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

transaksional dilihat lebih mengutamakan prestasi kerja dengan memberikan ganjaran atau hukuman yang setimpal dengan sumbangan yang diberikan oleh pekerja (Bass, 1985; Burns, 1978). Pemimpin yang mempunyai gaya kepimpinan laissez-faire pula sering mengelak untuk membuat keputusan, sebaliknya memberikan kebebasan kepada orang bawahan untuk membuat keputusan dan polisi. Pemimpin jenis ini juga teragak-agak untuk mengambil sesuatu tindakan. Dengan kata lain tidak wujud sifat kepimpinan dalam diri pemimpin ini (Bass, 1985; Burns, 1978; Avolio, Bass & Jung, 1999; Judge & Piccolo, 2004).

Gaya Kepimpinan Dan Pembuatan Keputusan Sepertimana gaya kepimpinan yang berbeza-beza, gaya pembuatan keputusan juga berbeza-beza di antara individu. Perbezaan gaya pembuatan keputusan adalah disebakan keputusan yang dibuat melibatkan maklumat yang ada, pertimbangan alternatif yang terdapat ketika keputusan dibuat dan bagaimana input-input daripada pelbagai sumber digabungkan sebelum sesuatu keputusan dibuat (Driver, Brousseau & Hunsaker,1990). Sesuatu keputusan yang dibuat selalunya berkait rapat dengan gaya kepimpinan seseorang pemimpin. Secara teorinya, gaya kepimpinan yang berbeza akan menyebabkan gaya pembuatan keputusan yang berbeza. Pemimpin yang mempunyai gaya kepimpinan transformasional digambarkan sebagai seseorang yang mempunyai karisma serta berupaya memberikan inspirasi dalam mencuba ideaidea baru dan sentiasa membuka ruang dan peluang untuk perubahan. Oleh yang demikian, pemimpin transformasional akan mengambil kira sebanyak mungkin input dan melihat peluang yang ada sebelum sesuatu keputusan diambil (Kedia, Nordtvedt & Perez, 2002). Pemimpin jenis ini lebih bersifat terbuka dengan pandangan mahupun cadangan orang lain atau pekerja bawahannya dan akan meneliti setiap pilihan yang ada. Dengan kata lain, pemimpin transformasional akan membuat keputusan yang lebih menyeluruh. Sebaliknya pemimpin yang mempunyai gaya kepimpinan transaksional dan laizzes faire akan lebih berhati-hati dalam membuat keputusan agar keputusan yang dibuat lebih selamat, kurang berisiko dan tidak kompleks. Ringkasnya, gaya pembuatan keputusan oleh pemimpin transformasional lebih mencabar dan menonjol dari dua jenis gaya kepimpinan yang lain.
117

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Gaya Kepimpinan Dan Keadilan Agihan Di dalam membincangkan soal keadilan, Allah S.W.T. telah memerintahkan hamba-Nya supaya sentiasa berlaku adil. Ini dapat dilihat menerusi Surah Al-Maidah, Ayat 8 yang bermaksud Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orangorang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Al-Quran dan Terjemahan, 2009)

Keadilan yang dimaksudkan meliputi keadilan dalam setiap aspek kehidupan. Umpamanya, adil di dalam kehidupan berkeluarga, adil di dalam menjalankan perniagaan dan adil di dalam pemerintahan. Namun demikian, adil bukan bermaksud sama rata tetapi meletakkan sesuatu kena pada tempatnya.

Di dalam pentadbiran sesebuah negeri atau negara, seseorang pemerintah wajib menjalankan tanggungjawabnya dengan adil dan saksama ke atas rakyatnya. Begitu juga dengan agihan zakat. Terdapat lapan golongan asnaf yang berhak menerima zakat dan memerlukan perhatian pemerintah atau institusi zakat. Maka, sewajarnya institusi zakat berlaku adil dalam membuat peruntukan agihan zakat kepada asnaf. Walau bagaimanapun, adil bukan bererti membahagikan zakat secara sama rata kepada asnaf-asnaf tersebut, tetapi membuat agihan mengikut keperluan setiap asnaf.

Keadilan agihan boleh dinilai dari dua perspektif yang berbeza iaitu dari perspektif penerima agihan dan pembuat keputusan agihan. Kajian ini akan melihat dari sudut pembuat keputusan agihan. Menurut Meindl (1989), pembuat keputusan agihan boleh terdiri daripada pihak ketiga yang membuat agihan atau pun merupakan salah satu golongan penerima agihan. Dalam hal agihan zakat, pembuat keputusan agihan iaitu institusi zakat merupakan salah satu golongan penerima agihan. Bahagian amil diberikan kepada institusi zakat sebagai upah atas usaha mereka dalam mengutip dan mengagihkan zakat.

118

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Teori keadilan agihan diperkenalkan oleh Leventhal (1990) untuk menilai peruntukan agihan sumber, barangan, pendapatan, bantuan dan ganjaran kepada penerima-penerima agihan. Menurut teori ini, agihan dianggap adil sekiranya agihan tersebut berdasarkan kepada prinsipprinsip agihan. Terdapat tiga prinsip utama agihan iaitu agihan yang berlandaskan prinsip sama rata, sumbangan dan keperluan (Leventhal, 1990). Mengikut prinsip sama rata, agihan dikatakan adil apabila memberikan bahagian yang sama rata kepada setiap penerima tanpa melihat kepada keperluan-keperluan mereka. Prinsip yang kedua adalah prinsip sumbangan di mana agihan yang diberikan adalah mengikut sumbangan dan agihan tersebut adalah agihan yang berkadar terus dengan sumbangan yang diberikan oleh penerima. Akhir sekali, sesuatu agihan dikatakan adil sekiranya mengutamakan golongan yang kurang bernasib baik dan benar-benar memerlukan bantuan dan prinsip ini dikenali sebagai prinsip keperluan.

Sebagaimana gaya kepimpinan yang berbeza akan menjurus kepada gaya keputusan yang berbeza, pemimpin yang berbeza juga akan memberikan fokus yang berbeza terhadap keadilan. Pemimpin tranformasional lebih menekankan keadilan sosial berbanding keadilan struktur di dalam organisasi. Mereka ini memberi inspirasi kepada orang lain lebih mengutamakan soal hubungan dengan pekerja. Mereka mengambil berat tentang keperluan dan kebajikan pekerja serta bersikap terbuka. Sebaliknya, pemimpin transaksional dan laissez-faire pula lebih mengutamakan keadilan struktur. Pemimpin transaksional memberikan fokus yang lebih kepada soal agihan ganjaran dalam membuat keputusan. Mereka ini akan memberikan tumpuan kepada polisi yang mengangkat aspek keadilan struktur (Tatum, Eberlin, Kottraba & Bradberry, 2003).

Gaya Kepimpinan dan Peruntukan Agihan Zakat Senario yang sama berkemungkinan turut berlaku di dalam persekitaran agihan zakat di mana keputusan untuk mengagihkan zakat kepada penerima-penerima zakat dibuat oleh kepimpinan institusi zakat. Secara teorinya, ketidakseragaman agihan zakat yang berlaku di kalangan asnaf mahupun di antara satu institusi zakat dengan institusi zakat yang lain adalah berpunca daripada peruntukan agihan atau bajet yang disediakan oleh pihak pengurusan institusi zakat. Peruntukan agihan zakat dilihat berkait rapat dengan keputusan yang dibuat oleh pihak kepimpinan institusi zakat. Pengurusan institusi zakat diterajui oleh individu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang contohnya umur yang berbeza, pengalaman dan pengetahuan
119

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

yang berbeza. Kumpulan invidividu yang terlibat dengan peruntukan agihan zakat juga merangkumi pelbagai jawatan yang terdiri daripada pegawai agihan sehinggalah ketua pegawai eksekutif (CEO). Jika dilihat dari segi pengurusan zakat, ada institusi zakat yang menunjukkan kemajuan di dalam agihan zakat di mana agihan berjaya dibuat secara menyeluruh dan meningkat setiap tahun. Sebaliknya, ada institusi zakat yang dilihat lebih selesa dengan corak agihan yang diamalkan sebelum ini. Memandangkan institusi zakat diterajui oleh sekumpulan individu yang berbeza, gaya kepimpinan mereka juga berbeza. Justeru, tidak hairanlah sekiranya keputusan yang dibuat juga berbeza-beza. Daripada perbincangan di atas tentang gaya kepimpinan, gaya pembuatan keputusan dan keadilan agihan, adalah diramalkan peruntukan agihan zakat yang dibuat dipengaruhi oleh gaya kepimpinan institusi zakat.

Kesimpulan Ketidakseragaman agihan zakat kepada asnaf di antara negeri-negeri di Malaysia tidak seharusnya diambil mudah. Penerangan yang jelas harus diberikan kepada masyarakat agar mereka lebih yakin demi menggalakkan mereka terus membayar zakat kepada institusi formal. Peruntukan agihan zakat dijangka mempunyai kaitan dengan gaya kepimpinan institusi zakat setiap negeri. Perbincangan di atas lebih tertumpu pada kepimpinan organisasi syarikat dan kaitan dengan agihan kepada pekerja-pekerja bawahan. Ini ternyata berbeza dengan institusi zakat di mana institusi zakat juga merupakan salah satu kategori penerima zakat. Memandangkan literatur yang berkaitan dengan gaya kepimpinan dan peruntukan agihan sukar ditemui, maka kajian ini akan cuba mengisi jurang dan mengkaji sama ada wujud perkaitan di antara gaya kepimpinan dan peruntukan agihan zakat.

120

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

RUJUKAN
Al-Qur'an dan Terjemahan. (2009).Terbitan Yayasan Restu, Shah Alam, Selangor. Avolio, B. J., Bass, B. M., & Jung, D. I. (1999). Re-examining the components of transformational and transactional leadership using the Multifactor Leadership Questionnaire. Journal of occupational and organizational psychology,72, 441-462. Bass, B. M. (1985). Leadership and performance beyond expectations: Free Press New York. Bass, B.M. (1990). Bass & Stogdills Handbook of Leadership. (3 ed.). New York: The Free Press. Burns, J. (1978). Leadership. New York: NY: Harper and Row. Den Hartog, D.N., Van Mugen, J.J., & Koopman, P.L. (1997). Transformational Leadership. Journal of occupational and organizational psychology , 70, 19-34. Driver, M.I., Brousseau, K.R. & Hunsaker, P.L. (1990). The Dynamic Decision Maker: Five Deceision Styles for Effective and Business Success. Harper & Row. New York, N.Y. Hairulnizam Wahid, Sanep Ahmad, & Radiah Abdul Kader. (2009). Pengagihan Zakat oleh Institusi Zakat di Malaysia: Mengapa Masyarakat Islam Tidak Berpuas Hati? Jurnal Syariah, 17(1), 89-112. Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad, & Radiah Abdul Kader. (2009). Pengagihan Zakat oleh Institusi Zakat kepada Lapan Asnaf:Kajian di Malaysia. Paper presented at the Seminar Kebangsaan Ekonomi Islam 2008/09, APIUM. Judge, T. A., & Piccolo, R. F. (2004). Transformational and transactional leadership: a meta-analytic test of their relative validity. Journal of Applied Psychology, 89(5), 755. Kedia,K.L.,, Nordtvedt, R. & Perez, L.M. (2002). International Business Strategies, decision making theories and leadership styles: an integrative framework. Competitive Review, Vol 12, 38-52. Kim, W. C., & Mauborgne, R. A. (1992). Parables of leadership. Harvard Business Review, 70(4), 123-128. Leventhal, G. S. (1980). What Should Be Done With Equity Theory? In J. G. Kenneth & S. G. Martin (Eds.), Social Exchange: Advances in Theory and Research (pp. 27-55). New York: NY: Plenum. Meindl, J. R. (1989). Managing to be fair: An exploration of values, motives, and leadership. Administrative Science Quarterly, 34(2), 252-276. Northouse, P. G. (2007). Leadership: Theory and Practice (4 ed.). Thousand Oaks: CA:Sage. Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan. (2009). Laporan Zakat 2009. Kuala Lumpur: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Qardhawi, Y. (2000). Fikh Al-Zakah (Monzer Kahf, Trans.). Jeddah: Scientific Publishing Centre, King Abdul Aziz University. Sanep Ahmad, Hairunnizam Wahid, & Adnan Mohamad. (2006). Penswastaan Institusi Zakat dan Kesannya Terhadap Pembayaran Secara Formal di Malaysia. International of Management Studies, 13(2), 175-196. Tatum, B. C., Eberlin, R., Kottraba, C., & Bradberry, T. (2003). Leadership, decision making, and organizational justice. Management Decision, 41(10), 1006-1016. Terjemahan Hadis Sahih Bukhary. (1989). Jilid I,II,III. Kuala Lumpur:Victoria Agencies.

121

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

TRANFORMASI ZAKAT PERHIASAN EMAS DI MALAYSIA: SATU KEPERLUAN? Syed Mohd Azmi Bin Syed Ab. Rahman Ahmad Tirmizi Bin Taha Zaharah Salwati Binti Baba Universiti Sultan Zainal Abidin

ABSTRAK Pengurusan hal ehwal lslam yang diletakkan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri di Malaysia telah mewujudkan kerencaman dalam pelbagai aspek seperti dalam bidang perundangan, pengurusan wakaf, pengurusan zakat, pengurusan fatwa dan lain-lain. Dalam konteks zakat perhiasan emas, setiap negeri melalui agensi zakat yang antaranya diamanahkan untuk memungut dan mengagihkan zakat telah menggariskan syarat-syarat tertentu ke arah penunaian zakat tersebut. Majlis fatwa negeri-negeri juga mempunyai peranan dalam membantu institusi zakat tersebut melaksanakan tugasan mereka. Melalui pendekatan kajian dan analisis dokumen dan temu bual di dapati beberapa kelainan dan kerencaman dalam pelaksanaan zakat perhiasan ini. Kajian mendapati antara kerencaman-kerencaman tersebut ialah berlakunya kepelbagaian uruf kadar pemilikian emas perhiasan di antara 85 gram hingga 850 gram, kelainan nilai emas segram yang mengakibatkan berlainan nilai nisab emas antara negeri-negeri di Malaysia dan juga kelainan cara pengiraan perhiasaan emas yang wajib dizakatkan. Persoalan yang timbul ialah adakah kerencaman ini berlaku kerana berbezanya uruf atau adat di negeri-negeri di Malaysia ini. Begitu juga adakah perlu dilakukan tranformasi ke arah penyeragaman terhadap pelaksanaan zakat perhiasan emas atau sekurangkurangnya dikurangkan kerencamannya.

Pendahuluan Pengurusan zakat di Malaysia dewasa ini telah memasuki era yang boleh dibanggakan. Kecekapan pungutan dan pengagihan zakat dapat dilihat antaranya melalui jumlah kutipan yang semakin meningkat dari tahun ke tahun di samping tahap kepuasan yang agak tinggi dalam kalangan penerima zakat. Namun begitu, pengurusan zakat yang diuruskan secara berasingan di antara negeri-negeri di Malaysia telah menimbulkan pelbagai kerencaman samada dalam menentukan harta yang boleh dizakatkan, cara kutipan dan pengagihan, pendefinisian asnaf zakat

122

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

dan seumpamanya. Kerencaman tersebut dapat dilihat antaranya dalam kutipan dan pengeluaran zakat perhiasan emas. Pengurusan Zakat di Malaysia Perlembagaan Persekutuan yang berfungsi sebagai undang-undang tertinggi di Malaysia menerusi Perkara 74 telah menggariskan fungsi kerajaan persekutuan dan negeri dalam perundangan. Huraian kuasa-kuasa tersebut termaktub pada Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang antara memberi kuasa kepada kerajaan negeri untuk: Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk hukum Syarak yang berhubungan dengan pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian, mas kahwin, nafkah, pengangkutan, kesahtarafan, penjagaan, alang, pecah milik dan amanah bukan khairat; Wakaf dan takrif serta pengawalseliaan amanah khairat dan agama, pelantikan pemegang amanah dan pemerbadanan orang berkenaan dengan derma kekal agama dan khairat, institusi, amanah, khairat dan institusi khairat Islam yang beroperasi keseluruhannya di dalam Negeri; adat Melayu; Zakat, Fitrah dan Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam, pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan; keanggotaan, susunan dan tatacara mahkamah Syariah, yang hendaklah mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang yang menganut agama Islam dan hanya berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan kecuali setakat yang diberikan oleh undang-undang persekutuan; mengawal pengembangan doktrin dan kepercayaan di kalangan orang yang menganut agama Islam; penentuan perkara mengenai hukum dan doktrin Syarak dan adat Melayu. Berasaskan kepada peruntukan ini, kerajaan-kerajaan negeri telah mewujudkan institusi

pengurusan zakat dalam pelbagai bentuk yang berfungsi untuk mengutip dan mengagihkan zakat harta dan fitrah. Untuk memastikan pengurusan kutipan dan pengagihan zakat sentiasa selaras dengan tuntutan kontemporari, institusi pengurusan zakat ini sentiasa berinteraksi dengan jawatankuasa fatwa negeri dalam mengeluarkan fatwa-fatwa berkaitan dengan zakat. Pengurusan zakat dan fatwa yang diuruskan secara berasingan di antara negeri-negeri ini telah menimbulkan kerencaman dalam pengurusan kutipan dan pungutan zakat.
123

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Zakat Perhiasan Emas Penunaian zakat perhiasan emas diwajibkan ke atas pemilik dan pemakainya apabila telah memenuhi syarat-syaratnya. Selain daripada syarat cukup nisab, haul dan lain-lain, persoalan berkenaan dengan kadar pemilikan perhiasan emas juga menjadi penentu kepada kewajipan mengeluarkan zakat perhiasan. Penentuan kadar pemilikan ini menjadi kayu pengukur dalam menentukan sama ada perhiasan tersebut merupakan perhiasan yang harus, makruh atau haram (al-Mawardi, 1999). Ini ialah kerana, status harus, makruh dan haram perhiasan tersebut ini akan menentukan kewajiban menunaikan zakat perhiasan emas ini. Dalam sudut pandangan ini, perhiasan emas yang dikategorikan sebagai harus tidak dikenakan zakat manakala yang bersifat makhruh dan haram itu dikenakan zakat (al-Syarbini, 1994. Al-Qalyubi, t.t., Bujairimi, t.t.). Isu ini telah menimbulkan polimik dalam kalangan ulamasilam dan kontemporari kerana penentuan kadar pemilikan tersebut tertakluk kepada uruf yang sentiasa berubah sesuai dengan keperluan semasa dan setempat.

Senario Semasa Zakat Perhiasan Emas. Pengurusan zakat yang dilaksanakan secara berasingan di antara negeri-negeri di Malaysia menyebabkan berlakunya kerencamanan dalam proses kutipan dan pengagihan zakat. Kerencaman ini juga berlaku kerana fatwa-fatwa yang dikeluarkan dalam menyelesaikan isu-isu kontemporari berkaitan dengan zakat juga bersifat kenegerian. Kerencaman tersebut boleh dilihat dari aspek-aspek penentuan uruf kadar pemilikan perhiasan emas yang menyebabkan pemiliknya wajib menunaikan zakat perhiasan emas, nilai emas setiap gram serta jenis emas yang menjadikan sandaran harga tersebut dan kaedah pengiraan dalam menentukan jumlah perhiasan emas itu perlu dizakatkan.

Kerencamanan Kadar Uruf Pemilikan Perhiasan Emas Kadar pemilikan perhiasan emas merupakan antara pra syarat sebelum seseorang muslim yang berkenaan diwajibkan mengeluarkan zakat perhiasan emas. Secara perbandingan, pelaksanaan penentuan kadar pemilikan perhiasan emas di Malaysia menggunakan dua pendekatan. Kecuali Kelantan, negeri-negeri di Malaysia menetapkan bahawa zakat perhiasan emas hanya dizakatkan
124

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

apabila kadar pemilikannya melebihi jumlah uruf kadar pemilikan perhiasan emas, di samping mencukupi nisab emas. Kelantan tidak menetapkan syarat uruf pemilikan emas; hanya tertakluk kepada nisab emas sahaja. Ini dapat dilihat sebagaimana diperihalkan dalam Jadual 1. Jadual 1: Kadar Uruf Pemilikan Perhiasan Emas. Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 Negeri Terengganu Johor Selangor Sarawak Perak Pahang Negeri Sembilan Melaka Pulau Pinang Sabah Wilayah Perlis Kedah Kelantan Uruf Pemilikan (gram) 850 850 800 775 500 500 200 200 165 152 150 85 85 Guna Nisab Sahaja

Jadual 1 di atas dengan jelas menunjukkan kerencaman tersebut. Negeri Terengganu dan Johor telah menetapkan bahawa mereka yang memiliki perhiasan emas seberat 850 gram dan ke atas sahaja diwajibkan menunaikan zakat perhiasan emas. Ini bermakna, uruf pemilikan perhiasan emas tersebut adalah sepuluh kali ganda daripada nisab zakat perhiasan emas iaitu 85 gram. Sementara itu, Kedah dan Perlis telah menetapkan bahawa uruf pemilikan perhiasan emas ialah 85 gram, bersamaan dengan nisab emas. Negeri Kelantan Darl al-Naim pula telah menetapkan

125

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

bahawa bagi perhiasan emas yang dipakai dalam tempoh setahun, mereka tidak perlu menunaikan zakat tersebut walau pun sebanyak mana sekalipun kadar perhiasan emas tersebut. Penetapan kadar uruf pemilikan perhiasan emas ini ditetapkan oleh jawatankuasa fatwa negerinegeri berkaitan. Sebagai contohnya di Selangor, Majlis Fatwa negeri Selangor pada 18 April, 2005 telah memutuskan: Kadar "uruf emas perhiasan di Negeri Selangor adalah pada timbangan 800 gram. Mana-mana timbangan yang melebihi kadar uruf emas perhiasan adalah diwajibkan zakat perhiasan sepenuhnya, tanpa mengecualikan nilai yang dibawah adat atau uruf. Majlis Fatwa negeri Terengganu ketika membahaskan kadar emas dijadikan perhiasan dan dikenakan zakat perhiasan pada 29 Mei 1988 telah memutuskan: Mesyuarat bersetuju bahawa kadar/had emas yang dijadikan perhiasan atau pakaian yang diharuskan dikenakan zakat apabila memenuhi syarat-syarat dan melebihinya had yang sepatutnya pada "uruf orang yang setanding atau sepadan dengannya. Adapun emas perhiasan atau pakaian yang tidak diharuskan yakni yang makruh atau haram maka apabila sampai 200 mithqal atau lebih wajib dikeluarkan zakat dengan syarat-syaratnya.

Kajian-kajian yang telah dijalankan di Negeri Sembilan (Unit Kualiti dan Penyelidikan Pusat Zakat Negeri Sembilan, 2007), Pahang (Tuan Haji Halidan B. Md Daud AMP. et. al. 2008) dan Terengganu (Syed Mohd Azmi bin Syed Ab. Rahman. et. al. 2008 dan 2010) menunjukkan bahawa satu kajian yang menyeluruh hendaklah dilaksanakan untuk melihat kedudukan sebenar pemilikan perhiasan emas dalam kalangan wanita lslam di setiap negeri. Secara

perbandingannya, dapat dilihat bahawa purata jumlah pemilikan perhiasan emas adalah lebih rendah daripada yang telah ditetapkan. Sebagai contohnya di Negeri Sembilan, pada tahun 2007, uruf pemilikan emas ialah sebanyak 850 gram manakala kajian yang dijalankan mendapati purata pemilikan ialah sebanyak 48 gram dan mereka mengesyorkan kadar uruf sebanyak 200 gram. Kadar ini telah digunapakai sehingga sekarang. Begitu juga di negeri Pahang, hanya 6% sahaja dari 1451 respondan yang memakai emas berada di atas paras uruf iaitu 200 gram . Di Terengganu pula, purata pemilikan emas dalam kalangan wanita lslam hanyalah sebanyak gram berbanding dengan 850 gram yang difatwakan oleh Majlis Fatwa negeri Terengganu.
126

88

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Kerencaman Dalam Menentukan Nilai Emas Segram Dan Nisab Kerencaman juga dapat dilihat dalam penentuan nilai atau harga emas bagi setiap gram.

Keadaan ini secara langsungnya mengakibatkan berlakunya ketidaksamaan dalam harga dan nilai nisab emas. Persoalan yang perlu dihuraikan ialah emas jenis apakah yang disandarkan dalam menentukan harga/gram tersebut. Jadual 2: Kadar Harga Emas/Gram dan Nisab
Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 Negeri Johor Terengganu Selangor Perak Pahang Negeri Sembilan Melaka Wilayah Perlis Kedah Sabah Pulau Pinang Kelantan Harga/Segram 163.47 164.70 169.61 163.26 172.67 152.11 154.27 154.27 163.47 166.83 160.00 172.60 163.52 Nisab 13,895.15 13,999.56 13,000.00 13,877.50 14,677.17 12,930.00 13,113.13 13,113.00 13,895.00 14,557.10 13,000.00 14,671.00 13,900.00

Dari jadual di atas, harga emas/gram yang paling rendah ialah berharga RM 152.11 yang dilaksanakan di Negeri Sembilan dan yang paling tinggi ialah RM 172.60 yang ditetapkan di Pulau Pinang. Namum begitu secara keseluruhannya, perbezaan antara negeri-negeri tersebut adalah kecil.

Kerencaman Dalam Cara Pengiraan Zakat Perhiasan Emas Cara pengiraan perhiasan emas yang dikenakan zakat juga berbeza antara negeri-negeri di Malaysia. Dua pendekatan telah dilaksanakan iaitu zakat dikenakan kepada keseluruhan

perhiasan emas yang dimiliki (setelah melebihi uruf kadar pemilikan emas) dan pendekatan
127

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

kedua ialah zakat hanya dikenakan kepada baki pemilikan setelah ditolak dengan uruf kadar pemilikan perhiasan emas. Pendekatan yang pertama antaranya dilaksanakan di negeri-negeri Selangor, Pahang dan Perlis manakala pendekatan kedua dilaksanakan antaranya di negeri-negeri Terengganu, Kedah, Wilayah Persekutuan dan lain-lain. Kedudukan pelaksanaan di negerinegeri di Malaysia adalah sebagaiamana Jadual ketiga di bawah. Jadual 3: Cara Pengiraan Zakat Perhiasan Emas
Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 Negeri Selangor Pahang Perlis Kelantan Pulau Pinang Terengganu Kedah Sarawak Perak Negeri Sembilan Melaka Wilayah Sabah Cara Pengiraan Keseluruhan Keseluruhan Keseluruhan Keseluruhan Keseluruhan Lebihan Uruf Lebihan Uruf Lebihan Uruf Lebihan Uruf Lebihan Uruf Lebihan Uruf Lebihan Uruf Lebihan Uruf

Penentuan cara pengeluaran zakat perhiasan emas ini difatwakan oleh jawatankuasa fatwa negeri-negeri. Sebagai contohnya, Jawatankuasa Fatwa negeri Melaka pada 27 April 2010 semasa bersidang dalam penetapan semua Kadar Uruf di Negeri Melaka Dan Kaedah Pen giraan Zakat Ke Atasnya telah memutuskan: Menetapkan bahawa kadar uruf pemakaian emas perhiasan oleh wanita Islam di negeri Melaka ialah sebanyak 200 gram; Kadar pengiraan zakat emas perhiasan bagi negeri Melaka ialah 2.5 peratus daripada nilai emas yang melebihi kadar uruf pemakaian emas yang ditetapkan seperti formula berikut : 2.5% x (nilai emas kadar uruf) = zakat emas

128

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Di Selangor pula, Majlis Fatwa negeri Selangor pada 18 April, 2005 telah memutuskan: Kadar uruf emas perhiasan di Negeri Selangor adalah pada timbangan 800 gram. Mana-mana timbangan yang melebihi kadar uruf emas perhiasan adalah diwajibkan zakat perhiasan sepenuhnya, tanpa mengecualikan nilai yang di bawah "adat atau "uruf. Kerencaman cara pengeluaran zakat perhiasan emas ini telah mewujudkan perbezaan yang besar pada jumlah atau nilai perhiasan emas yang dizakatkan. Implikasi ini dapat dilihat dalam Jadual 4 di bawah Jadual 4 : Contoh Pelaksanaan Pembayaran Zakat Perhiasan Kaedah Keseluruhan Negeri Selangor Contoh Uruf Pemilikan : 800 gram Pemilikan & Pakai : 900 gram Harga/Gram : RM169.61 Pengiraan : 900 x RM 169.61 x 2.5% Jumlah Dizakatkan : RM3816.20 Lebihan Uruf/Ditolak Uruf Terengganu Uruf Pemilikan : 850 gram Pemilikan & Pakai : 900 gram Harga/Gram : RM164.70. Pengiraan : 900 gram 850 gram x RM 164.70 x 2.5% Jumlah Dizakatkan : RM 80.875

Kesimpulan Dan Cadangan Peranan uruf dalam menentukan kewajiban menunaikan zakat perhiasan emas amatlah

signifikan. Kajian lapangan yang dilaksanakan secara berkala mampu membantu pihak pengurusan zakat dan majlis fatwa negeri mengeluarkan fatwa-fatwa yang lebih hampir dengan keadaan sebenar kadar pemilikan perhiasan emas. Di negeri Pahang, telah diputuskan bahawa penilaian tentang uruf pemilikan emas hendaklah dilakukan setiap lima tahun sekali. Selain itu kajian yang lebih menyeluruh yang melibatkan semua negeri di Malaysia perlu digerakkan.

129

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Kerencaman pada uruf kadar

pemilikan perhiasan emas yang berlaku antara negeri-negeri

sewajarnya diminimakan. Dalam kita mengiktiraf fungsi uruf sebagai mekanisme penentuan hukum, perbezaan yang ekstrem ini agak sukar untuk dijustifikasikan. Adakah berlaku perbezaan uruf yang ketara antara negeri Terengganu dengan Kelantan, Kedah dan Perlis atau pun antara Kuala Lumpur dengan Selangor. Begitu juga cara pengiraan perhiasan emas yang dizakatkan sewajarnya dibakukan. Jikalau dalam penentuan pendapatan yang dicukaikan boleh dibakukan, kenapa tidak pada perhiasan emas. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan melalui Perkara 76 bahawa parlimen Malaysia boleh membuat undang-undang dalam perkara-perkara yang tercatat dalam senarai negeri tertakluk persetujuan negeri bagi maksud keseragaman. Senario di atas boleh dijadikan justifikasi awal ke arah melakukan transformasi terhadap

pelaksanaan zakat perhiasan emas di Malaysia. Majlis Fatwa Kebangsaan dan JAWHAR perlu mengambil langkah yang lebih berani dalam usaha menyeragamkan hal ehwal berkaitan dengan zakat perhiasan emas ini.

130

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

RUJUKAN
Abdullah bin Muhammad bin Ahmad Zakat.al halyi fi al Fiqh al islami, http://www.mislam.com/articles.php?action=show&id=755, akses pada 14/09/2012. Al-Bujairimi (1951). Tuhfatul Habib ala Syarh al Khotib. Mesir: Maktabah Mustafa al Halabi. Jilid .2. Al-Bujairimi (t.t). Hashiah Bujairimi ala al-Manhaj. Beirut: Dar Sodir, Jilid 2. Al-Ghazali. (t.t). Ihya' Ulum al-Din . Dal Ihya al-Kutub al-Arabiyyah. Al-Mawardi (1999 ). al Hawi al- Kabir. Jilid 3. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiah. Al-Nawawi (t.t). Minhaj al Talibin. Jilid 2.Mesir :Dar Ihya al Kutub al Arabiyyah. Al-Zuhaily (2007). Mausuah al Fiqhiyyah al Muasir. Jilid 2. Damsyik : Dal al Maktabiy, . Al Zuhaily, 1996, al-Fiqh al-lslami wa Adillatuh. Jilid 2. Damsyik: Dar al Fikr, Muhammad al Zuhaili (2008). al Mutamad fi al Fiqh al Shafei. Jilid 2. Damsyiq: Dar al Qalam. Unit Kualiti dan Penyelidikan Pusat Zakat Negeri Sembilan. Laporan Kajian Penentuan Uruf Pemakaian Emas Perhiasan Wanita Islam di Negeri Sembilan. (Tidak Diterbitkan) 2007. Syed Mohd Azmi bin Syed Ab. Rahman ,et. al. Laporan Kajian Penentuan Uruf (Adat) Pemakaian Emas Dalam Kalangan Wanita di Negeri Terengganu: Ke Arah Penentuan Nisab Zakat Emas (Tidak Diterbitkan). 2008. Tuan Haji Halidan B. Md Daud AMP. et. al. Laporan Penuh Kajian Penetapan Uruf Emas Pakai Negeri Pahang Darul Makmur (Tidak Diterbitkan). 2008. Syed Mohd Azmi bin Syed Ab. Rahman. et. al. Laporan Kajian Penentuan Set Perhiasan Emas dan Pemakaiannya Dalam Kalangan Wanita Negeri Terengganu. (Tidak Diterbitkan). 2010 www.e-fatwa.gov.my. (layari pada 30 Oktober 2012) http://www.e-zakat.com.my (layari pada 19 September 2012) http://www.izakat.com (layari pada 19 September 2012) http://www.maidam.gov.my (layari pada 19 September 2012) http://www.maij.gov.my (layari pada 19 September 2012) http://e-maik.my (layari pada 19 September 2012) http://maip.gov.my (layari pada 19 September 2012) http://www.tabung-baitulmal-sarawak.org.my (layari pada 19 September 2012) http://zakat.com.my (layari pada 19 September 2012) http://zakatkedah.com (layari pada 19 September 2012) http://zakatns.com.my (layari pada 19 September 2012) http://zakatpahang.my (layari pada 19 September 2012) http://www.zakatpenang.com (layari pada 19 September 2012) http://zakat.sabah.gov.my (layari pada 19 September 2012) www://maip.perlis.gov.my (layari pada 19 September 2012)

131

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

PERAKAUNAN ZAKAT SAHAM: SATU SOROTAN65 Zahri Hamat66 Wan Anisah Endut67 Universiti Sains Malaysia

ABSTRAK Saham merupakan salah satu bentuk pemilikan kekayaan pada masa kini. Kebanyakan fuqaha kontemporari bersetuju tentang kewajipan zakat terhadap saham. Walau bagaimanapun, garis panduan pelaksanaan perakaunan zakat saham ini tidak diperincikan secara jelas. Hal yang demikian menyebabkan berlaku perbincangan berterusan dalam kalangan cendekiawan Islam pada masa kini. Implikasinya, wujud kepelbagaian kaedah perakaunan zakat saham. Persoalannya, apakah kaedah-kaedah perakaunan zakat saham yang dibincangkan dalam kalangan cendekiawan tersebut? Bagaimanakah kaedah perakaunan zakat saham yang diamalkan di Malaysia? Berdasarkan analisis kandungan, kertas kerja ini cuba menjawab kedua-dua persoalan tersebut.

Pendahuluan Zakat diwajibkan secara rasminya pada tahun kedua hijrahnya Rasulullah SAW ke Madinah (Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, & Ali al-Syarbaji, 2006)68. Sumber harta yang diwajibkan zakat pada awal Islam hanya terhad kepada lima kategori harta iaitu zakat wang (al-ayn), tanaman (al-harth) ternakan (al-mashiyyah), hasil perut bumi (al-rikaz) dan perniagaan (altijarah) (Sayyid Sabiq, 2007). Sumber-harta ini merupakan sumber kekayaan bangsa Arab pada masa itu. Walau bagaimanapun, realiti sosial budaya dan ekonomi masyarakat sekarang jauh berbeza berbanding zaman Rasulullah SAW atau para Sahabat. Malahan, bentuk pemilikan harta

kerja yang dibentangkan di Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat anjuran Pusat Islam Universiti Utara Malaysia pada 25-27 November 2012 bertempat di Langkawi, Kedah. 66Zahri Hamat ialah pensyarah di Bahagian Perancangan dan Pengurusan Pembangunan dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia. 67Wan Anisah Endut ialah calon Doktor Falsafah, Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia. 68Terdapat perselisihan pendapat mengenai masa dan tempat sebenar zakat mula diwajibkan. Namun, kebanyakan ulama berpendapat zakat mula diwajibkan selepas zakat fitrah di Madinah pada tahun ke dua Hijrah berdasarkan kepada kekerapan ayat alQuran berkaitan zakat di turunkan di Madinah.

65Kertas

132

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

serta kepentingan sesuatu harta turut berubah. Namun, Islam bukanlah agama yang rigid. Dalam keadaan tertentu fiqh Islam amat anjal dalam meraikan perubahan tersebut. Selain itu, keterbukaan ijtihad telah memberi laluan kepada ulama kini memperluaskan sumber-sumber zakat apabila ia boleh mendatangkan kebaikan yang besar kepada maslahah ummah (Mohd Ali Mohd Noor & Hairunizam Wahid, 2006).

Sebenarnya, usaha memperluaskan sumber zakat ini bukan sesuatu yang baharu. Misalnya, Khalifah Umar al-Khattab mewajibkan zakat ke atas kuda, kekacang dan hasil keluaran laut seperti ambar, mutiara dan marjan (Hasbi Ash-Shiddieqy, 1976). Peluasan sumber baharu zakat telah berlaku secara berterusan sehingga kini. Misalnya, Muktamar Zakat Pertama yang diadakan di Kuwait yang diadakan pada 1984 telah memfatwakan saham sebagai salah satu sumber baharu zakat. Masalahnya, garis panduan pelaksanaan perakaunan zakat saham ini tidak diperincikan secara jelas. Keadaan ini membawa kepada perbincangan berterusan dalam kalangan cendekiawan Islam pada masa kini. Implikasinya, wujud kepelbagaian kaedah perakaunan zakat saham. Persoalannya, apakah kaedah-kaedah perakaunan zakat saham yang dibincangkan dalam kalangan cendekiawan tersebut? Bagaimanakah pula kaedah perakaunan zakat saham yang diamalkan di Malaysia? Justeru, kertas kerja ini cuba menjawab kedua-dua persoalan tersebut.

Kertas kerja ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Pertama, meneliti kerangka kaedah perakaunan zakat harta. Kedua, menyorot pandangan cendekiawan mengenai kaedah perakaunan zakat saham. Ketiga, meneliti kaedah perakaunan zakat saham yang diamalkan di Malaysia.

Kaedah Perakaunan Zakat Harta Peraturan dan kaedah perakaunan zakat ini sebenarnya telah ditentukan oleh Rasulullah SAW lagi. Namun, peraturan dan kaedah perakaunan zakat itu perlu disesuaikan dari segi aplikasinya berikutan dengan perubahan suasana dan keadaan semasa ketika ini. Malah, kekayaan pada masa Baginda SAW sendiri turut mengalami evolusi dari segi nilai dan kepentingannya. Apatah lagi peraturan dan kaedah perakaunan zakat terhadap harta-harta yang tidak pernah wujud pada zaman Rasulullah SAW.
133

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Berikutan dengan itu, beberapa kerangka perakaunan zakat cuba dibentuk. Pertama, perakaunan zakat berdasarkan jenis harta yang dimiliki, sama ada harta tetap ataupun harta berubah (Muhammad Kamal Atiyah, 1995). Harta tetap dikenakan zakat ke atas pendapatan daripada harta tersebut. Harta berubah pula dikenakan ke atas harta dan pendapatan daripada harta tersebut sahaja. Kadar zakat bagi harta berubah adalah 2.5 peratus, sementara kadar zakat harta tetap adalah 5 peratus, 10 peratus dan 20 peratus. Mana-mana harta baharu akan dikategorikan sama ada harta tetap atau berubah, manakala kaedah perakaunan zakatnya adalah bergantung pada kategori harta tersebut.

Kedua, perakaunan zakat berasaskan kos pengeluaran dan cara taksiran (Mujaini Tarimin, 1995; 2005). Berdasarkan kaedah ini, perakaunan zakat boleh dibahagikan kepada dua kategori. Kategori pertama, berasaskan kos pengeluaran sama ada mahal atau murah. Sekiranya pengeluaran memerlukan kos yang mahal, zakat yang dikenakan adalah kecil. Sebaliknya pengeluaran yang memerlukan kos yang murah, zakat yang dikenakan adalah tinggi. Kategori kedua, berasaskan cara taksiran iaitu sama ada modal dan pendapatan ditaksir bersama atau berasingan. Misalnya, zakat perniagaan, modal dan pendapatan ditaksirkan bersama maka, kadarnya diringankan kepada 2.5 peratus. Sebaliknya, pendapatan yang ditaksirkan berasingan seperti zakat hasil pertanian, kadarnya 5 peratus atau 10 peratus.

Ketiga, perakaunan zakat harta berasaskan amalan Rasulullah SAW sendiri (Zahri Hamat, 2006). Berdasarkan kaedah ini, perakaunan zakat boleh dibahagikan kepada tiga kategori. Kategori pertama, zakat dikenakan ke atas harta sahaja iaitu zakat emas, perak dan barang perniagaan. Kadar zakat yang ditetapkan ialah 2.5 peratus. Kategori kedua, zakat dikenakan ke atas harta dan pendapatan daripada harta tersebut iaitu zakat binatang ternakan. Kadar zakatnya adalah mengikut kiraan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW. Kategori ketiga, zakat dikenakan ke atas pendapatan harta sahaja, iaitu zakat hasil pertanian dan hasil daripada perut bumi. Kadar zakat yang ditetapkan ialah 5 peratus atau 10 peratus bagi hasil pertanian dan 20 peratus hasil perut bumi. Sumber zakat sedia ada atau baharu boleh diqiyaskan kepada salah satu daripada tiga kategori tersebut.

134

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Perbincangan di atas mempamerkan perbezaan setiap kaedah perakaunan zakat adalah tidak begitu ketara. Hal ini disebabkan kerangka yang dipakai dalam pembinaan kaedah perakaunan zakat tersebut adalah berdasarkan amalan Rasulullah SAW dan para sahabat khususnya Khulafaal-Rasyidin.

Kaedah Perakaunan Zakat Saham Perbincangan dalam bahagian sebelum ini memberi gambaran kerangka perakaunan zakat yang telah dibentuk. Persoalannya, dalam kerangka manakah saham harus diletakkan? Hal ini menjadi perbezaan pandangan dalam kalangan cendekiawan. Perbezaan ini disebabkan oleh ketidaksepakatan mereka dalam menginterpretasikan saham untuk dikenakan zakat.

Implikasinya, wujudlah kepelbagaian kaedah perakaunan zakat saham. Menurut Yusuf al-Qaradawi (1999), terdapat dua aliran pemikiran dalam pembentukan kaedah perakaunan zakat saham. Pertama, zakat saham berdasarkan jenis syarikat penerbit saham. Pendapat ini dikemukakan oleh Syeikh Abdul Rahman Isa69. Menurut beliau, syarikat penerbit saham boleh dibahagikan kepada dua kategori. Pertama, syarikat perkhidmatan seperti syarikat perhotelan, pengiklanan dan pengangkutan. Saham syarikat-syarikat ini tidak dikenakan zakat. Kedua, syarikat yang terlibat dengan pengeluaran barangan dan perdagangan barangan seperti syarikat perdagangan dan perkilangan. Saham syarikat ini dikenakan zakat sebagaimana barangan perniagaan. Namun, menurut Yusuf al-Qaradawi (1999), pembahagian saham tersebut tidak mempunyai asas yang jelas sama ada daripada sumber al-Quran, al-Sunnah, ijma atau kaedah qiyas. Malahan, saham bagi kedua-dua jenis kategori syarikat tersebut merupakan harta yang boleh berkembang dan mendatangkan keuntungan yang berterusan kepada pemiliknya.

Aliran kedua pula tidak membezakan jenis syarikat yang menerbitkan saham. Saham dianggap sebagai harta yang boleh dijual beli. Saham diqiyaskan kepada barangan perniagaan. Pendapat ini dikemukakan oleh Muhammad Abu Zahra, Abdul Rahman Hasan dan Abdul Wahhab Khallaf (Yusuf al-Qaradawi, 1999). Kaedah perakaunan zakat saham dilayan sama seperti zakat perniagaan. Zakat dikenakan ke atas nilai saham dan keuntungannya setelah mencukupi nisab pada akhir tahun. Kadar zakat yang dikenakan adalah 2.5 peratus.
69Syeikh

Abdul Rahman Isa menulis dalam bukunya, al-Muamalat al-Haditha wa Ahkamuha: (Mahmood Zuhdi Abd. Majid, 2003: 360-

361).

135

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Yusuf al-Qaradawi (1999) merumuskan bahawa kaedah taksiran saham dibahagikan kepada dua kategori. Pertama, saham yang bertujuan diurusniagakan. Saham ini dikenakan zakat pada kadar 2.5 peratus mengikut harga pasaran semasa saham. Kedua, saham yang dibeli dengan tujuan memperoleh keuntungan tahunan. Sekiranya terdapat maklumat mengenai kedudukan harta kekayaan syarikat, maka zakat dikenakan pada kadar 2.5 peratus daripada nilai saham tersebut. Namun, sekiranya tidak terdapat maklumat mengenai saham syarikat yang dikenakan zakat, terdapat dua pandangan ulama. Pertama, keuntungan tahunan saham boleh dicampur bersama dengan harta lain. Zakat dikenakan pada kadar 2.5 peratus. Kedua, keuntungan saham dikenakan zakat pada kadar 10 peratus pada hari penerimaan dividen tanpa menunggu cukup haul sebagaimana zakat pertanian (Ririn Fauziya, 2010).

Muhammad Akram Khan (2005) pula berbeza pandangan dengan Yusuf al-Qadarawi dan keduadua aliran pemikiran tersebut. Menurut beliau, saham merupakan satu bentuk pelaburan. Maka, zakat hanya dikenakan ke atas keuntungan pelaburan sahaja. Manakala, kadar zakat ialah 5 peratus atau 10 peratus sebagaimana zakat ke atas hasil pertanian atau sewa bangunan.

Dalam pada itu, menurut Husein Syahatah dan Athiyyah Fayyadh (2004), kaedah perakaunan zakat saham seharusnya mengikut tempoh dan tujuan pemilikan saham. Misalnya, jika tempoh pemilikan saham adalah berjangka pendek dan tujuannya adalah untuk diniagakan, maka kaedah perakaunan zakat saham diqiyaskan kepada zakat barangan perniagaan. Sebaliknya, jika pemilikan saham adalah untuk tempoh jangka panjang dan bertujuan memperoleh dividen tahunan, maka kaedah perakaunan zakat saham seperti zakat harta mustaghallat. Pandangan ini disokong oleh Muhammad Kamal Atiyah (1995). Menurut beliau, saham dibahagikan kepada dua kategori. Pertama, harta tetap iaitu apabila saham dibeli untuk mendapatkan hasil dividen tahunan. Kedua, harta berubah iaitu apabila saham dibeli untuk diurus niaga seperti barangan perniagaan. Kadar zakat dan jenis harta dirumuskan sebagaimana dalam Jadual 1.

136

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Jadual 1: Kadar Zakat, Kategori Harta dan Kaedah Taksiran Kategori Kadar Jenis Harta Harta Berubah 2.5% 5% Harta Tetap 10% 20%

Kaedah Taksiran

Unta/Lembu Hasil Pertanian Hasil Pertanian Hasil (Had Pertama) (Guna tenaga (tanpa guna Bumi manusia) tenaga manusia) Wang Pendapatan Pendapatan Perniagaan bebas (bersih) bebas (kasar) Penggajian Pendapatan sewa Pendapatan Saham bangunan (kasar) saham Pendapatan Pendapatan Harta Berubah + Harta Tetap Harta Berubah
Sumber: Diubahsuai daripada Muhammad Kamal Atiyah (1995)

Jadual 1 menunjukkan beberapa contoh jenis harta yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu harta berubah dan harta tetap. Pengkategorian ini mempamerkan bahawa saham berada dalam kedua-dua kategori harta tersebut. Pertama, saham dikategorikan sebagai harta berubah. Zakat dikenakan ke atas modal saham dan pendapatan saham pada kadar 2.5 peratus. Kedua, saham dikategorikan sebagai harta tetap. Zakat dikenakan ke atas pendapatan saham sahaja pada kadar 10 peratus. Kaedah perakaunan zakat saham mengikut tempoh dan tujuan pemilikan saham ini juga selaras dengan fatwa yang dikeluarkan semasa Muktamar Zakat Pertama yang diadakan di Kuwait pada 198470. Walau bagaimanapun, bagi pemilikan saham yang bertujuan untuk mendapat dividen tahunan terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan para ulama mengenai kaedah taksirannya. Pertama, kebanyakan ulama berpendapat dividen saham yang diterima disatukan dengan harta zakat lain dan kadar zakatnya sebanyak 2.5 peratus. Kedua, sebahagian ulama yang lain pula berpendapat bahawa zakat harus dikeluarkan pada kadar 10 peratus ketika menerima dividen tersebut tanpa menunggu cukup haul. Ia diqiyaskan kepada zakat ke atas hasil pertanian.

70Untuk

huraian lanjut boleh diakses melalui laman sesawang www.zakat.al-islam.com. Diakses pada 21 September 2010.

137

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Dari sudut lain, pandangan Mujaini Tarimin71 kelihatan sedikit berbeza berbanding kaedah taksiran zakat saham sebagaimana yang dibincangkan di atas. Menurut beliau, kaedah taksiran zakat saham adalah perkara ijtihadi. Oleh yang demikian, kaedah taksirannya tidak tetap dan boleh berubah mengikut keadaan setempat dan keperluan semasa. Misalnya, sekiranya ekonomi dalam keadaan inflasi maka, sudah memadai sekiranya zakat dikenakan ke atas modal saham sahaja. Sebaliknya, ekonomi dalam keadaan deflasi pula, maka zakat boleh dikenakan ke atas modal dan dividen saham. Walau bagaimanapun, ia harus diputuskan oleh majlis fatwa dalam melaksanakannya.

Perbincangan di atas secara ringkasnya dapat dirumuskan bahawa kaedah perakaunan zakat saham boleh dibahagikan kepada tiga kategori. Pertama, zakat hanya dikenakan ke atas nilai saham pada akhir haul. Kedua, zakat dikenakan ke atas nilai saham dan keuntungan. Ketiga, zakat dikenakan ke atas keuntungan saham yang diperoleh sahaja.

Perakaunan Zakat Saham Di Institusi Zakat Di Malaysia Satu garis panduan perakaunan zakat harta untuk dilaksanakan di Malaysia yang dikenali sebagai Manual Pengurusan Pengiraan Zakat telah diterbitkan oleh Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR)72. Penerbitan manual tersebut diharapkan dapat menyeragamkan kaedah perakaunan zakat di institusi-institusi zakat di Malaysia. Berdasarkan manual tersebut, saham yang dikenakan zakat dibahagikan kepada dua kategori. Pembahagian tersebut adalah seperti berikut (JAWHAR, 2008): i. Saham yang dijual beli sepanjang haul. Kaedah taksiran zakat adalah berdasarkan nilai jualan saham setelah ditolak dengan kos belian saham. Setelah cukup nisab dan haul, zakat dikenakan sebanyak 2.5 peratus. ii. Saham yang masih dimiliki pada akhir haul. Kaedah taksiran zakat saham adalah berdasarkan harga terendah di antara harga pasaran dan harga belian. Setelah cukup nisab dan haul, zakat dikenakan sebanyak 2.5 peratus.
temu bual dengan beliau di kediaman beliau di Lot 1683C, Sungai Ramal, Kajang, Selangor pada 9 Oktober 2012 pada 9.55 pagi sehingga 12.25 tengah hari. 72Manual Pengurusan Pengiraan Zakat adalah diterbitkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) pada 2008. Ia merupakan cetakan kedua buku Panduan Zakat di Malaysia (JAKIM) yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun 2001.
71Berdasarkan

138

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Ini dapat dirumuskan bahawa saham yang dibeli bagi tujuan diurusniagakan, zakat dikenakan ke atas keuntungan sahaja. Ini bermakna, zakat tidak dikenakan sekiranya berlaku kerugian dalam urus niaga saham. Saham yang tidak diurusniagakan atau disimpan pula, zakat dikenakan ke atas nilai terendah di antara harga pasaran dan harga belian. Ini bermakna, nilai yang dikenakan zakat adalah nilai minimum saham yang dipegang sepanjang tempoh haul. Nilai ini juga merupakan pemilikan tetap pemegang saham dalam tempoh haul.

Jika diteliti, kaedah yang disarankan oleh JAWHAR kelihatan sedikit berbeza dengan yang apa yang difatwakan di Muktamar Zakat Pertama yang diadakan di Kuwait pada 1984. Misalnya, kaedah terendah di antara harga pasaran dan harga belian bagi saham yang disimpan. Begitu juga kaedah taksiran zakat bagi saham yang diurusniagakan. Kebanyakan ulama mengqiyaskan kepada barangan perniagaan. Kaedah perakaunan zakat pula dikenakan ke atas nilai pasaran saham pada akhir haul dan keuntungan (Husein Syahatah & Athiyyah Fayyadh, 2004; Muhammad Kamal Atiyah, 1995; Muhammad Abu Zahra, Abdul Rahman Hasan dan Abdul Wahhab Khallaf; t.t; Yusuf al-Qaradawi, 1999). Ia berbeza dengan apa yang disarankan oleh JAHWAR iaitu zakat dikenakan ke atas keuntungan sahaja.

Sebenarnya, kaedah perakaunan zakat saham yang disarankan oleh JAWHAR pada mulanya menjadi amalan di kebanyakan institusi zakat di Malaysia. Namun, semenjak kebelakangan ini terdapat institusi zakat yang membuat penilaian semula kaedah tersebut seperti Lembaga Zakat Selangor (LZS). Mulai tahun 2011, LZS telah mengguna pakai kaedah taksiran sebagaimana yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor.

Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor pada 31 Mac 2011 memutuskan bahawa pelaburan di pasaran modal adalah disamakan dengan barangan perniagaan (urud at-tijarah) tanpa mengira tujuan pelaburan sama ada untuk diniagakan atau disimpan (Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, 2011). Oleh yang demikian, kaedah perakaunan zakat saham dilayan sebagaimana zakat barangan perniagaan. Kaedah ini selari dengan apa yang disarankan oleh Muhammad Abu Zahra, Abdul Rahman Hasan dan Abdul Wahhab Khallaf (Yusuf al-Qaradawi, 1999).

139

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Berdasarkan amalan di LZS, kaedah taksiran zakat saham boleh dibahagikan kepada dua kategori sebagaimana di Jadual 173. Jadual 1: Kaedah Taksiran Zakat Saham di LZS Saham dalam bentuk Simpanan Nilai Zakat = Nilai saham pada akhir haul x 2.5% Saham yang diurusniagakan Nilai Zakat = (Nilai saham pada akhir haul + Keuntungan*- kos brokeraj) x 2.5% * Keuntungan yang ditunaikan sepanjang haul

Berdasarkan Jadual 1, mempamerkan saham dalam bentuk simpanan dikenakan zakat sebanyak 2.5 peratus daripada nilai saham pada harga pasaran di akhir haul. Saham yang diurusniagakan pula, zakat dikenakan sebanyak 2.5 peratus daripada nilai saham pada harga pasaran di akhir haul dan dicampur dengan keuntungan yang ditunaikan sepanjang haul setelah ditolak dengan kos brokeraj. Berdasarkan kaedah ini, sebarang turun naik harga saham dalam tempoh haul tidak memberi kesan ke atas zakat saham. Nilai yang diambil kira hanyalah pada akhir haul. Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku urus niaga saham di sepanjang tempoh haul, keuntungan hendaklah dicampur bersama modal saham. Selain negeri Selangor, negeri Perlis turut mengeluarkan fatwa mengenai zakat saham. Misalnya, Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis pada 11 Mei 1988 telah memutuskan bahawa saham patuh Syariah diwajibkan zakat apabila telah mencukupi nisab dan haulnya. Zakat pula dikira sebagaimana zakat perniagaan. Namun, kaedah pelaksanaan perakaunan zakatnya tidak diperjelaskan (Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis, 1988)74. Begitu juga negeri Melaka turut mewartakan kaedah pengiraan zakat harta yang merangkumi zakat saham. Secara umumnya,
73Selain daripada mengemukakan kaedah taksiran zakat saham, Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor turut menggariskan enam syarat wajib zakat saham. Pertama, zakat hanya diwajibkan ke atas pemilik saham orang Islam. Kedua, zakat diwajibkan ke atas pemilikan saham yang sempurna. Ketiga, zakat tidak diwajibkan ke atas saham yang dimiliki umum seperti masjid. Begitu juga, tidak diwajibkan ke dana daripada sumber umum seperti wakaf dan sedekah. Keempat, mencapai nisab iaitu pelbagai jenis saham boleh dikumpul dalam satu tempoh haul dalam mencukupkan nisab. Kelima, mencukupi haul selama setahun iaitu saham yang diwajibkan zakat mesti kekal syarat-syaratnya seperti nisab selama setahun. Keenam, harta yang halal. Misalnya, saham daripada sumber dan aktiviti yang tidak selari dengan Syariah tidak diwajibkan zakat.

74

Sila rujuk laman sesawang www. e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri. Diakses pada 11 November 2011.

140

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

kaedah yang diwartakan sama sebagaimana yang digariskan oleh JAWHAR kecuali memberi kelonggaran menggunakan harga saham pada akhir haul sekiranya pemegang saham sukar menentukan harga terendah di antara harga pasaran dan harga belian. Umumnya, kaedah perakaunan zakat saham yang diamalkan di institusi-institusi zakat di Malaysia adalah sebagaimana yang digariskan oleh JAWHAR. Walau bagaimanapun, terdapat juga institusi zakat menggabungkan kaedah yang disarankan oleh JAWHAR dengan garis panduan yang disediakan oleh institusi zakat itu sendiri. Misalnya, Pusat Zakat Melaka dan Majlis Agama Islam Perlis. Selain itu terdapat juga institusi yang menggunakan garis panduannya sendiri seperti Lembaga Zakat Selangor.

Kesimpulan Kepelbagaian dalam membuat penilaian saham oleh para cendekiawan Islam antara faktor yang menyebabkan berlakunya ketidakseragaman dalam kaedah perakaunan zakat saham.

Sungguhpun langkah menyeragamkan kaedah perakaunan zakat saham telah dilakukan dengan mengeluarkan fatwa dan garis panduan, namun fatwa dan garis panduan tersebut adalah bersifat umum. Malahan, kaedah pelaksanaan secara terperinci turut tidak diperjelaskan.

141

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

RUJUKAN
Abdul Azim Islahi & Mohamed Obaidullah. (2004). Zakah On Stocks: Some Unsettled Issues. Journal of King Abdul Aziz University: Islamic Economic, 18(1), 41-42. Hasbi Ash-Shiddieqy. (1976). Pedoman Zakat. Jakarta: Bulan Bintang. Husayn Syahatah. (1990). Muhasabah al-Zakah. Kaherah: Maktab al-A'lam. Husein Syahatah & Athiyyah Fayyadh. (2004). Bursa Efek: Tuntutan Islam Dalam Transaksi di Pasar Modal. (A. Syakur, Terj.). Surabaya: Pustaka Progressif. Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR). (2008). Manual Pengurusan Pengiraan Zakat. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Muhammad Kamal Atiyah. (1995). Perakaunan Zakat: Teori dan Praktis. (Mohd. Nor Ngah, Terj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mujaini Tarimin. (1995). Zakat Pendapatan (Al-Mal Al-Mustafad): Hukum dan Persoalannya. Kuala Lumpur: Khaisha Services. Mujaini Tarimin. (2005). Zakat: Menuju Pengurusan Profesional. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, & Ali al-Syarbaji. (2006). Al-fiqh al-Manhaji Mazhab al-Syafie. (Zulkifli Mohamad al-Bakri et.al.,Terj.). Bandar Baru Bangi, Selangor: Darul Syakir Enterprise. Ririn Fauziya. (2010). Pemikiran Yusuf Qardhawi Mengenai Zakat Saham Dan Obligasi. Jurnal Hukum dan Syariah, 2(1). Sanep Ahmad & Hairunnizam Wahid. (2005). Sumber Zakat: Perluasan Terhadap Harta yang Diikhtilaf. Jurnal Syariah 13(1). Yusuf al-Qaradawi. (1999). Fiqh az-Zakat. (Monzer Kahf, Terj.). London: Dar al-Taqwa. Yusuf al-Qaradawi. (2010). Fiqih Jihad: Sebuah Karya Monumental Terlengkap Tentang Jihad Menurut Al-Quran dan Sunnah. (Irfan et.al., Terj.). Bandung: Mizan Media Utama (MMU). Zahri Hamat. (2006). Perakaunan Zakat Pendapatan : Satu Kajian Semula, dlm. Abd. Ghafar Ismail dan Hailani Muji Tahir (eds.). Zakat: Pensyariatan, Perekonomian dan Perundangan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

142

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

DEVELOPMENT OF ZAKAT INSTITUTION IN MALAYSIA: ISSUES AND CHALLENGES Zairy Bin Zainol Norazlina Abd. Wahab Universiti Utara Malaysia

ABSTRACT Zakat institution exists in Muslim societies to care for the Muslims social welfare. As zakat aims to ensure socioeconomic justice, it has to be managed and governed effectively. In Malaysia, such zakat institution is State Islamic Religious Council (SIRC). It has been developed since the establishment of Kelantan Islamic Religious Council in 1915. Since 1991, zakat institution in Malaysia has experienced a tremendous change in terms of its collection, distribution as well as its management aspects. Throughout the years, some important issues arise which may affect the effectiveness of zakat institution in achieving its noble objective. Hence, this study aims not to provide solutions, but rather to highlight the issues and challenges of zakat management in Malaysia. The study is hoped to get attention and consideration from the relevant authorities in order to provide an improvement in the management of zakat institution in Malaysia. Keyword: Zakat, Zakat Institution, Zakat Management Introduction The Islamic institution of zakat is to be established in the fold of Muslim society in an organized manner and under the responsible supervision of the Muslim government, or of a special Muslim supervisory board appointed by the government (Kaslam, 2011). In Malaysia, all aspects pertaining to zakat administration are under the jurisdiction of the states through the State Islamic Religious Councils (SIRCs). The establishment of the first Islamic religious council (Kelantan Islamic Religious Council) in 1915 is a starting point of the existence of formal institution of zakat in Malaysia. Nevertheless, significant transformation of zakat institutions has only been discovered after corporatization of Pusat Pungutan Zakat (PPZ) in1991. During the years after the corporatization, there were significant improvements in total zakat collection and zakat distribution. In this paper, the development of zakat collection and distribution in Malaysia will be highlighted, and further discussed recent issues and challenges in zakat management.
143

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Development Of Zakat Institution In Malaysia Although Islam has been recognized as an official religion in Malaysia, zakat has become only a voluntary institution compared to taxation. As highlighted by Abu Bakar & Abdul Rahman (2007), this can be attributed to the historical background of the Federal Constitution in Malaysia which recognized religious affairs as state matters, rather than federal matters (refer to the Ninth schedule of Malaysian Federal Constitution). Consequently, there exist diverse practices of zakat, in terms of its obligation or measurement. The responsible institution for zakat affairs in Malaysia is the State Islamic Religious Council (SIRC). The management of zakat, specifically zakat collections and distributions are under the respective SIRCs of each state and normally under the various names such as Zakat and Baitulmal Office, Zakat Committee, Zakat Unit or Zakat Department.

The establishment of Zakat Collection Centre (ZCC) in the Federal Territories marks a new era as in 1991, a computerized zakat management system is implemented at the first time. Apart from that, new payment counters and new services through the multi payment channels were improved. This is the starting point of the corporatization process of zakat institutions in Malaysia whereby, subsequently, the Federal Territories Islamic Religious Council agreed to the proposal that the zakat collection in the Kuala Lumpur be made a model using corporate management system (Alias, 2008). On 8th March 1991, a zakat office (Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Kuala Lumpur) that was the first to operate in a new corporate style in Malaysia was established. Throughout the years, numerous progress and development have been established. Among others are the new concept of amil, computerization system, management and training and many more (Alias, 2006). Due to the demand of more efficient and effective collection and distribution of zakat funds in Malaysia, some of the Religious Councils have followed the successful corporatization of PPZ starting with Lembaga Zakat Selangor (formerly known as Pusat Zakat Selangor) which has been corporatized in 1994, Pusat Kutipan Zakat, Pahang and Pusat Urus Zakat, Pulau Pinang in 1995, and lastly Pusat Zakat Negeri Sembilan and Melaka in 2000 (Ahmad et al., 2006). It was followed by Tabung Baitulmal Sarawak in 2001 and the latest was Pusat Zakat Sabah that has been corporatized in 2007. All of these subsidiaries are now under the supervision of their respective
144

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

State Islamic Religious Councils (SIRCS) that responsible in managing and administering the collection (and distribution) of zakat in that particular state. The remaining six states are still under the administration of the state councils. The corporatization of almost half of total zakat institutions in Malaysia has resulted some positive changes in the administration of zakat management.

The success in increasing zakat collection today, to a certain extent, is a reflection of the corporatization system in zakat institutions. Throughout the years, various steps have been taken to improve the collection of zakat of all states in Malaysia. Among other factors contributed to the tremendous increase in zakat collection are the progress and development in organizational characteristics (ie. corporatization, a new concept of amil, computerized system and the establishment of public offices and service counters), work culture (customer-oriented service, professionalism, management and training, teamwork, work as ibadah, employees incentives), economy (increment of GDP percentage and political stability), socio-cultural (the existence of middle-class Malays), law factor (rebate), marketing strategies and channels for zakat payment (Alias, 2008). These progress and development has been illustrated by the tremendous increase in the amount of zakat collected around the country. Figure 1 below shows the amount of zakat collected for the whole country from the year 1991 to the year 2009. Figure 1: Total Zakat Collection in Malaysia (RM), 1991-2009
1400000000 1200000000 1000000000 800000000 600000000 400000000 200000000 0 1991199219931994199519961997199819992000200120022003200420052006200720082009

Source: Annual Report, PPZ Kuala Lumpur- multiple years.

Based on the figure shown, the amount of zakat collected in the country was only RM61 million in 1991. The amount of zakat collected has risen up to RM573 million in 2005 and drastically rose up to RM1.196 billion in 2009.

145

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Most of the amount of zakat collected was mainly contributed by the collection of zakat on individual income. This scenario could be happened due to the incentive given by the government through the Inland Revenue Board (IRB) which granted an income tax rebate given to individual Muslim who had paid zakat to the SIRCs or zakat center. With regards to zakat on business, in 2009, zakat on business contributed about 26 percent from the total zakat collection in Malaysia. In the situation which full rebate on zakat on business is not yet given, this amount is considered very encouraging. Table 1 depicts the total collection of zakat on business and its percentage from total zakat collection in Malaysia.

Table 1 : Total collection of zakat on business and its percentage, 2005-2009 Year Collection of zakat on business Percentage (RM) 121,337,930.06 21.2 2005 162,981,643.80 24.3 2006 191,439,752.65 23.7 2007 260,282,736.60 25.1 2008 305,916,085.01 25.6 2009
Source: Annual Report, PPZ Kuala Lumpur (2005, 2006, 2007, 2008 and 2009).

Table 1 above displays the collection of zakat business in Malaysia and its contribution to total zakat collection in Malaysia. As shown in the table, the trend of collection is encouraging throughout the years which show an increasing trend. In 2005, zakat on business contributed around 21.2 percent to total zakat collection, and this figure rose up to 25.6 percent in 2009. In most states in Malaysia, the collection of zakat on business ranked second after zakat on income75. As stated earlier, in the situation which full rebate on zakat on business is yet to be given, this amount is considered very encouraging and there must be more collection of zakat on business could be done in the future.

Furthermore, with the rapid growth of business entities in Malaysia, particularly the growth of Islamic financial institutions, zakat on business is very potential to be increased in the future. One of the challenges is to integrate zakat into the mainstream Islamic Financial system, or even better into the mainstream of administration development of the country.
75

See Annual Report, PPZ Kuala Lumpur.

146

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

At the state level, all zakat institutions show an increasing trend throughout the years. Table 2 depicts the collection of zakat of all fourteen states in Malaysia in 2005 to 2009. Table 2; Total Zakat Collection for each state in Malaysia (RM), 2003-2009 States/Year 2005 2006 2007 2008 2009 s KL 130,141,209.9 147,587,898.48 173,815,154.3 211,364,697.68 248,803,798.22 7 5 Selangor 133,121,829.0 159,836,252.79 202,193,541.0 244,409,627.00 283,648,772.00 0 0 Johor 49,357,154.03 54,732,942.45 73,321,840.60 100,737,539.76 109,231,254.93 Melaka 17,692,093.97 19,464,653.26 22,067,022.30 26,905,934.29 30,721,955.12 N. Sembilan 23,098,180.81 25,821,205.04 29,356,271.66 37,409,710.68 42,275,136.39 Perak 27,543,535.48 33,848,479.38 41,276,179.92 56,962,446.06 67,189,291.45 Penang 28,000,426.00 30,589,545.62 37,085,282.33 41,764,273.00 47,952,153.34 Kedah 30,185,661.45 35,227.089.74 36,692,723.92 53,202,300.24 67,578,342.14 Perlis 6,564,465.08 11,874,141.66 16,699,600.00 23,134,583.00 25,253,015.10 Kelantan 29,372,551.46 35,641,537.75 40,199,886.62 58,167,095.10 66,522,450.31 Terengganu 40,365,590.96 42,870,576.42 51,442,341.96 66,200,415.14 73,524,193.31 Pahang 31,032,233.57 35,971,733.59 41,487,155.81 57,935,146.89 71,868,302.65 Sabah 11,314,073.92 16,648,793.71 17,514,982.50 23,799,155.06 25,388,088.73 Sarawak 15,299,300.04 20,548,322.81 23,132,088.56 36,099,969.34 36,915,094.91 Total 573,088,305.7 670,663,172.70 806,284,071.5 1,038,092,893.2 1,196,871,798.6 4 3 4 0 Increment 21.09 17.02 20.23 54.79 48.44 (%)
Source: Annual Report, Pusat Pungutan Zakat, Wilayah Persekutuan, multiple years.

Table 2 reflects the trend of zakat collection across states in Malaysia. According to the table, an increasing trend has been depicted by all the fourteen states in Malaysia. Throughout the years, zakat institutions have recorded a slight dramatic growth between years. In 2005, there was a growth of 21.09 percent recorded, and it rose up to 54.79 percent of growth in 2008 which recorded as the highest growth of zakat collection throughout the years. This situation could be due to the recovering results of recession happened in 2007. The highest zakat collection was reported by the state of Selangor in 2009 which contributed about RM283 million from total zakat collection of the year. Consistently, Selangor was also reported to be the highest zakat collector of all years between 2005 to 2009 which has contributed around 23% to 25% of
147

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

total zakat collection in Malaysia. Consistently, Kuala Lumpur leads as a second highest contributor of zakat collection in Malaysia. Not far behind, Kuala Lumpur contributed around 20% to 22% of total zakat collection in Malaysia. This scenario may attributed to the fact that people in Selangor and Kuala Lumpur are relatively well-to-do and enjoy a high standard of living. This fact is evidenced by the records that Selangor and KL are the highest household income states and among the lowest in poverty states in Malaysia (EPU, 2011)76.

Interestingly, most zakat institutions record a higher increment of zakat collection in 2008. Johor has found to be the highest state to increase zakat collection in 2008 with an increment of 37.4% (from RM73,321,840.60 in 2007 to RM100,737,539.76 in 2008). Although all states have recorded an increasing trend year by year, a few states like Melaka and Sabah depict a relatively small increment year by year. However, this situation proved that zakat is a tool that increase and grow wealth. While other states experienced an increasing zakat collection every year, Terengganu, on the other hand, experienced a decrease in zakat collection in 2004 (RM36,147,739.28) after collection an amount of RM 40,058,735.20 in 2003.

Nevertheless, over the years, zakat collection in Malaysia has vastly improved. It is expected that there is more potential to obtain higher collection in the coming years. This clearly shows that more zakat fund will be disbursed in the future, and to a certain extent will contribute towards the reduction of poverty of Muslims in Malaysia. However, the effect on poverty reduction may lies on the efficiency and effectiveness of the zakat management.

The ultimate function of zakat institution is to distribute zakat funds to the beneficiaries (asnaf) and to enable a more efficient use of those funds. In order to the abovementioned noble objective, the conventional method of zakat distribution (dividing the zakat fund equally to every beneficiary) has been revised to a more efficient and practical way. Although the fiqh scholars have unanimously agreed that zakat fund may be distributed accordingly to priorities ie. the destitute (fuqara), the poor (masakin), amil and followed by the other beneficiaries (JAWHAR,

Data of household income and poverty incidence across states in Malaysi a can be downloaded from the Economic Planning Units website: http://www.epu.gov.my/household-income-poverty.
76

148

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

2007), innovative ways have been undertaken on the definition of some beneficiaries especially in the case of fisabilillah, where it has been extended widely. Besides distributing zakat funds with the aim to fulfill a Muslims basic needs, many projects, programs, aid and schemes are made available in conjunction with the increase in zakat collection. The projects are divided in the form of financial aid in terms of organizing and preparing skillful training, courses, on job training as well as managing and handling real business premises (Alias, 2008). Among other projects are aid in business capital, aid in sewing courses, skillful course involving handicrafts, hemodialysis clinics and many more. These kinds of projects and programs are actively undertaken by zakat institutions in Selangor and Kuala Lumpur (Abdul Rahman & Ahmad, 2010). The current concept of distribution are hoped to be capable in producing more entrepreneurs among asnaf to be independent and able to support themselves and their families and their lives to change for the better. Therefore, parallel with the growth in zakat collection, the overall zakat disbursement has also increased. Figure 2 below illustrates the growth in zakat distribution compared to its collection. Figure 2: Zakat collection vs zakat distribution, 2000-2009
1400000000 1200000000 1000000000 800000000 600000000 400000000 200000000 0 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009

Zakat Collection

Source: Annual Report, PPZ Kuala Lumpur.

It is clearly shown in figure 2 above that zakat distribution in Malaysia has shown a parallel growth with its collection. The trend of zakat distribution throughout the years is encouraging, showing a tremendous increase from the year 2000 to 2009. From an amount of RM0.2 million of zakat funds distributed in the year 2000, the figure rose up to more than RM1 million in 2009. With the encouraging increase in zakat collection, more zakat funds are expected to be distributed in the future. The trend is more desired in the current trend and situation of

decreasing purchasing power of the nation, especially for the poor and the needy. These can

149

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

only be done with the efficiency and effectiveness of the zakat institutions in collecting and distributing the funds.

Issues And Challenges In Zakat Management During the development process, there exist some issues that need to be addressed in order to ensure that zakat plays its important role in attaining socioeconomic justice. The issues related to zakat management in Malaysia include the issues in zakat collection and zakat distribution, accounting issue, legal issues, human resource issue and the role of zakat in fiscal policy. a. Zakat Collection The total collection of zakat in 14 states in Malaysia shows an impressive increase over the years. This remarkable growth in zakat collection can be attributed to, among other things, the initiatives or efforts taken by zakat authority to professionally manage zakat institutions as well as the increase in income and wealth of the Muslims over the years. Saad & Abdullah (2011) mentioned that this steady growth was contributed by some factors such as the natural increase in the number of zakat payers, the introduction of tax rebate and the awareness among Muslims concerning the importance of purifying their income and wealth. Alias (2008) strengthened that the creation of an environment which encourages innovation, probation and costumer oriented approach due to the corporate system and structure which are not confined to the bureaucratic procedures were the important factors contributing to the improvement. Despite the impressive figure of total zakat collection, the amount is still far behind its true potential. Studies undertook by Khamis et al. (2011) for instance, revealed that the percentage of zakat payer among Muslim business community for instance, is still at a small rate if compared with the total number of business registered with Companies Commission of Malaysia. In Kuala Lumpur, there are about 3,000 companies from 3,964 companies and cooperatives that have been potential to contribute to the zakat on business but unfortunately fail to do so (Utusan Malaysia, 1 April 2009).

Some studies found that the under-potential of zakat collection is attributed to the lack of enforcement from the government side (Abu Bakar & Abdul Rashid, (2010), inefficient management (Nik Hassan (1991); Abdul Wahab et al. (1995); Utusan Malaysia, 26 September
150

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

2006; Wahid et al. (2009)), fraud (Utusan Malaysia, 3 December 2001; BERNAMA, 10 April 2008; Utusan Malaysia, 27 October 2011) and improper distribution of zakat institutions (Mohamed Dahan, (1998); Abdullah, (1999)). On the zakat payer side, some researchers found that the lack of motivation to pay zakat (eg. Abu Bakar & Abdul Rashid (2010) and public ignorance on what is zakatable and what is not (Nik Hassan, 1991) were among other reasons of the under-potential of zakat collection. If the weaknesses in terms of both zakat payer and zakat institution could be cater enough, it is believed that more potential of zakat funds could be collected and there will be no more problem of leakages77 in zakat system in Malaysia. Nik Hassan (1991) named it as an independent payments which reflects the fact that people do not have full confidence in the religious council in implementing zakat collections and distributions. Therefore, there is a need to resolve this problem for a more organized and effective implementation of zakat system in the country. b. Zakat Collection And Distribution Gap Zakat plays an important role to redistribute income and wealth within the society. Statistics on zakat distribution over a longer period of time in selected states show irregular pattern in disbursing zakat funds. A persistence gap exists between collection and distribution of zakat fund every year. In other words, the amounts of zakat collected in a particular year were not being distributed in that particular year. The gap between collection and distribution of zakat funds may result in inadequate assistance, missed economic and education opportunities among asnaf. According to Salleh (2006), the reason behind this gap is the lack of connection between zakat payers and zakat recipients. Another reason given by zakat institutions in explaining the gap was the practice of paying zakat at the end of the year whereby as much as 50% of zakat fund was paid in the final week of a year (Saad & Abdullah (2011). Referring to Table 3, it can be seen that in most states, zakat funds has not been fully distributed within the year. For instance, in 2003, Johor, Negeri Sembilan, Penang, Pahang,
77

Leakages in zakat system occurred when zakat payers pay zakat directly to the asnaf, and not through zakat institution (Ahmad et al. 2006).

151

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Sabah and Sarawak disbursed less than 80% of its total zakat collection. In 2008, all states except Negeri Sembilan and Sabah disbursed less than 80% of its total collection. In some states, zakat disbursed had far exceeded the amount collected. This could be attributed to the amount collected in the previous year was not fully disbursed. As a result, the preceding undisbursed years collected zakat fund had been overspent in the subsequent year. Saad & Abdullah (2011) conjectured that factors such as no access of information to zakat fund availability by zakat recipients, is among other possible for the existence of the gap. Besides, understaffing problem reported by zakat managers may slow down the distribution process of zakat. This situation may explain the reason why there is still exist the phenomenon of selfdistribution (or a leakage) which were not only practiced by individuals but also among the large companies (Makhtar &Ahmad, 2010). This is because the perception on the distribution part of zakat is more important in increasing the confidence among zakat payers. Ahmad & Wahid (2005) proves that the perception on the distribution of zakat positively influence the attitude towards zakat payment in a formal institutions like Zakat Center or SIRCs. Therefore, it is important for zakat institutions to improve the zakat distribution system to ensure that there will be no undistributed zakat funds on the current year. A mechanism should be developed to distribute the expected unspent amount of zakat. Efforts must be done to make sure zakat collected in a particular year is fully distributed in the current year.
Table 3: Statistics of zakat collection and distribution, 2003 & 2008. 2003 2008 Collection Distribution % of fund Collection Distribution % of fund distributed distributed 96,380,801.25 86,743,448 90.00 211,364,697.68 167,507,847.62 79.25 86,200,315.23 85,240,949 98.89 244,409,627.00 188,998,771.0 77.33 33,959,015.68 25,503,363 75.10 100,737,539.76 74,296,449.99 73.75 13,087,830.48 12,235,197 93.49 26,905,934.29 20,723,735.56 77.02 16,520,810.59 12,884,237 77.99 37,409,710.68 36,818,211.08 98.42 21,698,518.02 17,413,920 80.25 56,962,446.06 36,641,667.98 64.33 21,317,975.00 15,671,267 73.51 41,764,273.00 45,602,321.00 109.19 18,559,387.21 20,141,418 108.52 53,202,300.24 42,133,197.23 79.19 6,573,225 5,911,530 89.93 23,134,583.00 15,852,621.00 68.52 18,140,371.63 15.028,766 82.85 58,167,095.10 25,302,009.32 43.50 40,058,735.20 34,106,223 85.14 66,200,415.14 35,808,596.88 54.09 20,616,368.04 10,756,739 52.18 57,935,146.89 22,227,762.00 38.37 6,573,224.92 3,810,376 57.97 23,799,155.06 19,377,446.77 81.42 10,264,513.31 3,036,304 29.58 36,099,969.34 18,077,692.10 50.08 Source: Annual report Pusat Pungutan Zakat, Wilayah Persekutuan (2003 and 2008)

State/Year KL Selangor Johor Melaka N.Sembilan Perak Penang Kedah Perlis Kelantan Terengganu Pahang Sabah Sarawak

152

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

c. Distribution among asnaf Another issue pertaining to zakat distribution related to the proportion of zakat disbursed among the asnaf. Zakat fund distribution cannot be uniformed in terms of the proportion of zakat fund given out to each recipient. However, as the Quran mentioned that priority should be given to the poor and needy, the issue of more zakat fund distributed to the other asnaf has given an arising concern among scholars. It is well-written in the manual of JAWHAR (2007) that distribution of zakat should follow the principle of Al-Awlawiyyat (prioritization) whereby zakat fund should be distributed following the priority of the asnaf. The asnaf of fakir and miskin should be given the most priority, so that the aim to alleviate poverty is achievable. Table 4 and Table 5 below show the distribution of zakat fund according to asnaf in the year 2007 and 2009. Based on Table 4, it can be seen that in 2007, the state of KL, Selangor, Melaka, Perlis and Johor allocated higher amount for fisabilillah asnaf, far exceeded the amount allocated to fakir and miskin. For instance, Melaka distributed more than RM7 million to fisabilillah while asnaf fakir and miskin received only RM3.8 million and RM0.9 million repectively. In 2009, with the exception of Terengganu, Kelantan, Penang, Negeri Sembilan and Melaka, the allocation for fisabillah asnaf far exceeded the amount allocated to fakir and miskin. Selangor for instance, contributed a largest amount of RM91.4 million to fisabilillah. In contrast, the fakir asnaf in Selangor only received RM34.9 million of zakat funds, less than half of what was distributed to fisabilillah asnaf. The same pattern was found in Perlis, Pahang and Sarawak where the allocation for fisabillah asnaf far exceeded the amount allocated to both fakir and miskin. The allocation for amil has also raised an issue whereby in some state, the amount distributed is higher than the amount distributed to the fakir and miskin (Wan Khairuldin & Mohamad, 2011). It is well-written in the manual of JAWHAR in terms of distribution of zakat that amil is one of the three priority in zakat distribution. However, it can be seen that the amount allocated to amil is higher than the two high priority asnaf, fakir and miskin. As can be seen in Table 5 for instance, the state of KL, Melaka, Pahang and Sarawak allocated a higher amount than the amount allocated to the miskin asnaf.

153

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Table 5.5: Zakat distribution according to asnaf, 2009.


State/Asnaf KL Selangor Johor Melaka N.Sembilan Perak Penang Kedah Perlis Kelantan Terengganu Pahang Sabah Sarawak State/Asnaf KL Selangor Johor Melaka N.Sembilan Perak Penang Kedah Perlis Kelantan Terengganu Pahang Sabah Sarawak Fakir 36,086,388 36,989,019.45 9,896,091.37 10,462,743.00 Miskin 25,932,448 65,558,246.34 22,885,290.05 2,828,231.59 12,024,203.69 27,003,351.24 22,411,287.08 20,820,130.85 7,461,205.60 22,721,496.90 27,745,238.23 2,024,793.00 4,473,500.00 2,649,723.00 Gharimin 2,229,586 29,779,357.74 2,108,375.02 1,095,447.00 2,889,624.39 377,940.61 937,121.15 1,588.49 17,900.00 55,013.09 104,650.00 5,917.51 5,224.00 Amil 40,350,845 34,000,000.00 11,191,469.01 5,427,094.55 5,283,985.78 6,779,037.17 4,980,236.06 8,891,190.86 1,981,328.75 9,245,507.33 7,374,052.10 3,223,439.00 2,782,432.10 3,966,650.59 Fi Sabilillah 63,329,554 91,447,622.59 42,372,062.90 1,966.55 6,605,764.36 23,054,475.42 18,881,581.10 22,555,240.60 16,280,703.00 5,960,850.88 10,929,742.55 32,341,228.00 7,694,270.87 10,995,529.87 Mualaf 6,570,162 16,206,658.95 8,772,522.51 5,180,132.53 2,837,874.73 2,102,258.13 844,830.29 1,156,380.00 147,933.30 1,172,998.00 1,930,641.58 2,753,450.00 1,777,256.00 618,147.00 Ibnu Sabil 487,030.00 1,037,707.96 193,848.70 7,161,869.69 216,000.20 648,699.70 140,927.00 215,475.00 120.00 9,000.00 20,400.00 321,943.00 8,435.00 1,462.00

3,620,578.55 2,360,790.10 883,200.00 12,683,310.00 4,505,497.22 5,983,806.00 7,623,740.00 4,892,395.05 Riqab 1,603,968.99 11,354,299.20 4,667,779.22* 18,000.00 511,495.60*

Source: Annual Report, Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan, 2009.

Distribution of zakat has its own intended objectives. One of the main objectives is to increase the quality of life (physical, mental, and spiritual) of the asnaf (JAWHAR, 2007). In discharging the responsibility of distributing zakat fund effectively, zakat institution must follow the principle of Al-Awlawiyyat (prioritization) whereby the distribution of zakat must be done by giving priority to certain asnaf such as fakir, miskin, and amil (JAWHAR, 2007). Based on this principle, in the event that the allocation for these three asnaf is not sufficient, a transfer of allocation from other asnaf should be done to give priority to these asnaf. However, with this kind of pattern of distribution practiced by zakat institutions, to a certain extent, may affect the willingness to pay zakat into formal institutions among zakat payers as they perceive that zakat fund has not been allocated to the poor and needy as the main priority, and this may affect the attainment of the main objective of zakat in alleviating poverty. Hence, there is a need for a reallocation of the distribution of zakat fund that gives more impact on poverty alleviation.
154

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

d. Amils Accountability Another issue of concern is the accountability of amil who collects zakat funds. Amil is appointed person who is entitled to collect zakat and investigating eligibility of zakat recipients. In Malaysia, amil is an individual appointed by the Ruler (Sultan or equivalent) to administer zakat affairs. It is undeniable that the need to recruit an efficient amil is important in ensuring that zakat can be collected and distributed more easily. However, the lack of confidence towards amil as zakat collector and investigator has resulted in a lower collection of zakat fund as compared to its real potential. News on fraud of amil such as in media worsens the perception towards zakat institutions (Eg. Utusan Malaysia (3 December 2001); BERNAMA (10 April 2008); Utusan Malaysia, 27 October 2011). The issue of selling zakat form, misuses and misappropriating zakat funds have been unresolved issues.

Wahid et al. (2011) suggested an enhanced profession of amil in terms of realizing the suggestion of localization of zakat in distributing zakat fund. A qualified amil should have quality in every single aspect such as high integrity and akhlaq, higher education and professionalism, higher religious education and well-accepted by the society. Hashim et al. (2011) suggested an Amil Codes of Ethics in which integrates integrity, objectivity, work efficiency, confidentiality and professionalism based on iman, taqwa, islam and ihsan. This code is hoped to build up the professionalism of amil within zakat institutions in Malaysia. Hence, it is suggested that the accountability of the amil to be paid more attention since the image of zakat institution as zakat fund collector also depends on the confidence towards amil.

e. Accounting Issue Diverse practices of zakat on business are partly due to the Malaysian setting of zakat practice that each state governs its own zakat affairs. Hence, the practice varies according to the states will. Such divergence has numerous drawbacks that affect all types of zakat. Hence, they need to harmonize their policies for the benefit of the countrys Muslim population.

For instance, in terms of zakat on business, Abdul Rahman (2007) and Abu Bakar (2006) proposed a Zakat Accounting Standard for companies which will narrow the areas of differences
155

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

among firms in terms of the disclosure, method of zakat measurement and method of presentation of financial information in financial statements and financial reports. The standardization will perhaps improve the quantity and quality of the information found in published financial reports in order to integrate zakat into mainstream Islamic financial system.

Hence, as stated by Abu Bakar (2006), cooperation between the Malaysian Central Bank, the state religious councils (SIRCs), accountants and auditors, academicians and researchers, Muslim jurists and Inland Revenue Board (IRB) are crucially important in developing the standard. JAWHAR, a monitoring department of zakat, waqf and hajj can play its limited role in leading the noble agenda in developing the standard. Besides, one of its primary missions is to develop the zakat system in a well-planned, systematic, integrated manner as well as to enhance efficiency and effectiveness of the zakat administration.

f. Legal Issues In Malaysia, promotion towards zakat payment has been undertaken by the government in terms of the incentive to be provided to zakat payers. In spite of the fatwas which are in favor of zakat on business made by the authority, zakat on business remains a voluntary practice rather than been highly complied by Muslim businessman in Malaysia. After the successful effort of income tax rebate given to individual Muslim who had paid zakat to the SIRCs or zakat center by the tax authority under the federal government, further, in 2005, the government, in the 2005 Malaysian Bajet, announced that any zakat which is paid by company to SIRCs or zakat center will be granted as an allowable deduction in the computation of the corporate tax, limited to 2.5 percent of the aggregate income. However, the exemption is very minimal. Abdul Rahman (2003) asserted that this so-called partial rebate should be replaced by full corporate tax rebate, in the same way rebate be granted to individual Muslims who paid zakat.

Enforcement towards payment of zakat on business should be undertaken in the same way zakat on individual income is treated. As asserted by Abu Bakar & Abdul Rashid (2010), lack of enforcement expels some uncertainties over the credibility and effectiveness of the authority in handling zakat collection. In addition, Shariff et al. (2011) proposed a robust zakat system suggesting that there should be a law to make zakat deductions compulsory on all income
156

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

of all zakatable Muslims. Stepping forward, in some states, the state government has even made it compulsory to all its state government servants to pay zakat on individual income. The successful of the introduction of rebate to the individual has been illustrated by the use of monthly salary deduction as the most popular zakat collection system in most SIRCs and zakat centres in Malaysia. Therefore, there should be the same way zakat on business is promoted as the zakat on income is treated. Another issue that should be addressed is the discrimination or the problem of two times tax payment (zakat and corporate tax). It is generally known that zakat on business is only obligated to pay by Muslim business owner. Even if the company is shared by both Muslim and nonMuslim shareholders, zakat is still obligated to pay by the Muslim shareholder (part of his share). The obligation may create discrimination among Muslim and non-Muslim business owner as there arise the problem of two times tax payment ie. zakat on business and corporate tax by the Muslim business owner. Although the government has granted a deduction of 2.5 percent of the aggregate income, still, the amount is very minimal. Consequently, the Muslim companies are burdened with two charges, namely the corporate tax and zakat on business, and this may create the problem of zakat evasion or avoidance. In order to avoid such discrimination, it is urged that the government should provide tax rebate for those companies that pay zakat on business, as what have been implemented to zakat on individual income.

With regards to enforcement, there are differences in terms of law and enactment applied by one state to another. Since zakat affairs are legislated under the state matter, there exist differences in terms of the enforcement of law regarding zakat. There are recently two states with its own zakat enactment namely Kedah (Enakmen Zakat Kedah 1374(1955)) and Sabah (Enakmen Zakat dan Fitrah (1993)).

Besides that, there are subsidiary legislation introduced in some of the other states. For instance, there exist Peraturan Zakat dan Fitrah 1975 in Perak, Peraturan Zakat dan Fitrah 1962 in Johor, Peraturan Zakat dan Fitrah 1979 in Penang, Peraturan Zakat dan Fitrah, Urusan Wakaf dan Baitulmal 1982 in Melaka, Kaedah-kaedah Fitrah 1962 in Negeri Sembilan, Kaedah Zakat
157

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

dan Fitrah 1970 in Pahang, Kaedah Baitulmal (Wilayah Persekutuan) (Perbelanjaan dan Penggunaan), 1980 and Undang-undang Zakat dan Fitrah 1966 in Sarawak (Mahamood, 2007).

However, there was no enforcement on the legislation introduced. The problems such as enforcement and the problem of leakages may happen which will in turn affect the real potential of zakat collection in Malaysia. Hence, there should be a standard national law enforcing the application of zakat law within the zakat institutions. JAWHAR as a national level institution should take a very proactive step in making this matter a reality.

g. Human Resource Issue The issue of human resources has been emerging since the early development of zakat institution in Malaysia. The problem of understaffing has been said as one of the reasons of low total zakat collection and distribution of zakat institutions in Malaysia. Saad & Abdullah (2011) mentioned that this situation could be seen in most zakat institutions in Malaysia, whereby there are excess of undistributed zakat funds every year whereby understaffing is a factor reported by zakat managers affecting the task of distributing zakat funds. One main reason given for this situation was due to the focus being given by most SIRCs in Malaysia on other activities and the problems of bureaucratic control. As a result, there arose suggestions to corporatized zakat institution which will be more focus on zakat affairs (Alias, 2006). To date, seven states of zakat institutions in Malaysia have been corporatized, fully and partially.

Besides understaffing, the lack of staff who are professional, knowledgeable and well-trained has been a typical reasons of the inefficiency of zakat institution in Malaysia. This was worsened by the absence of productive and systematic system of collecting and distributing zakat funds (Abu Bakar, 2006). Professional management in zakat institutions refers to the organized and welltrained people involved in managing zakat affairs. Professionalism is important in ensuring the efficiency of an organization since professionals abide by codes of conduct and work with ethical principles. Besides, professionalism also helps to boost the image of zakat institutions.

The introduction of corporate management system to a certain extent has created an encouraging innovation, pro-active and customer-oriented approach whereby the staffs are
158

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

encouraged to observe the culture of professionalism in carrying out their duties. As a continuous effort, the staffs are given systematically organized and planned training in order to increase their professionalism. However, the corporate management system has only been applied by the corporatized zakat institutions. Some other religious councils are still outdated, conservative and unaggressive due to the lack of professionals within the organization. Hence, it is suggested that zakat institutions in Malaysia to pay attention on the level of professionalism of the staff which in turn may improve the efficiency of zakat institutions.

h. Role Of Zakat In Fiscal Policy Throughout the Islamic history, zakat was the centrepiece of Islamic fiscal system. This effective tool may contribute to economic growth by serving as a mechanisme of compulsory transfer from the rich to the poor. However, in terms of practicality, as reflected in many Muslim countries, zakat has regarded as a voluntary institution within the fiscal policy system. Unlike taxation, it has become an integral part of the system which may due to the colonialist influenced over the Muslim lands (Abu Bakar & Abdul Rahman, 2007). Although there are some efforts being undertaken in integrating zakat into the fiscal policy system such as granting an income tax rebate, the role of zakat is very minimal.

This issue has been raised by many Muslim scholars. The true Islamic institutions such as zakat to play its prominent roles remain minimal. As highlighted by Nik Hassan (1991), zakat is seen solely as a religious activity while running the economy is considered as a mundane responsibility. Consequently, zakat remains voluntarily. It has no place in the countrys economic or financial system other than as a means of collecting religious dues. However, according to Nik Hassan (1991), the centralization of zakat institution which will result in more standardization of policy pertaining to zakat and incorporation of zakat policy in the countrys fiscal framework could be implemented in the process of the Islamization of the Malaysian fiscal system. Hence, it is suggested that the federal government under the power of the JAWHAR and the Prime Minister Department to highly regulate zakat system as part of fiscal policy system.

Government intervention as small as granting the deduction or tax rebate is highly required as granting the deduction will prove that the federal government shows its commitment in
159

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

promoting zakat institution in Malaysia (Abu Bakar, 2006). In addition, Abdul Rasool, Md. Salleh & Baba (2008) has proven that the total federal government revenue will not be seriously affected by the integration of zakat. Hence, it is suggested that the federal government should take its proactive action to make the integration comes true. Since zakat matter is basically coordinate amongst the state, the role of federal government is crucially needed since the state government is apparently less credible authority in terms of the enforcement of laws.

Conclusion The growth and progress in zakat institutions in Islamic countries are now seen in a very good light. The institution of zakat has gone through a transformation in the management of collection and distribution of zakat funds. Throughout the decades, various steps have been undertaken to improve zakat system in Malaysia. Corporatization, which reflects the work culture of zakat management, is among other factors contributed to the tremendous increase in zakat collection. As a result, the distribution system of zakat has also improved which reflects by the growth in zakat distribution every year. Two main approaches of zakat distribution have widely been applied by zakat institutions in Malaysia, namely the direct distribution in the form of lifelong support given to those who are not productive and the distribution of funds that become resources to run activities that can bring in income. However, the rate of increase in zakat collection and distribution of zakat is not the same between states in Malaysia. This could be due to the differences in geographical and demographical factors as well as the organization structure of different zakat institution.

Despite the growth, there are some issues need to be tackled in order to improve the collection and distribution system of zakat. Issues of under-potential of zakat collection which may due to the lack of enforcement, inefficient management and the lack of motivation among zakat payers should be paid more attention in order to improve the collection of zakat. The issue of undistributed zakat funds, misuses of zakat and the distribution among asnaf, to a certain extent, affect the perception towards zakat institutions in distributing zakat funds. In addition, issues of the difference practice of zakat management, the lack of enforcement, understaffing and the lack of professionals in zakat organization should be given a high consideration. More importantly, the role of zakat in fiscal policy should be re-examined especially by the federal government in
160

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

order to integrate zakat into the fiscal policy in Malaysia. The enthusiasm and commitment of the government in propagating zakat is highly preferred in ensuring the betterment of zakat institutions in Malaysia.

REFERENCES
Abdullah, I. (1999). Agihan zakat menurut prinsip siasah shariyyah. Paper presented at Kolokium Keberkesanan Zakat Negeri Selangor, Shah Alam, 17 May 1999. Abdul Rahman, A. R.(2003). Zakat on Business Wealth in Malaysia: Corporate Tax Rebate, Accountability, and Governance. Jurnal IKIM, 11(1), 37-50. Abdul Rahman, A. R. (2007). Pre-Requisites for Effective Integration of Zakah into Mainstream Islamic Financial System \ in Malaysia. Islamic Economic Studies, 14(1 & 2). Abdul Rahman. R. & Ahmad, S. (2010). Strategi Pembangunan Keusahawanan Asnaf Fakir Dan Miskin Melalui Agihan Bantuan Modal Zakat. Paper presented at Malaysia and Indonesia International Conference on Economics, Management And Accounting 2010: Regional Development in an Era Of Global Innovation Economy, 25-26 November 2010. Abdul Rasool, M. S., Md. Salleh, A. & Baba, A.G. (2008). Incorporating Zakat into National Taxation System: Its Effect to the Malaysian Government Revenue. IKAZ International Journal of Zakat. Vol.1(1), pp: 143-152 Abdul Wahab, M., Al-Junaid, S.A.H., Omar, M.A. Ghazali, A., Osman, J. & Arif, M. (1995). Malaysia (A Case Study of Zakah Management), in el-Ashkar and Sirajul Hq (eds.), Institutional Framework of Zakah: Dimensions and Implications, Jeddah: IRTI/IDB.

161

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

PENENTUAN ZAKAT PERNIAGAAN: SATU ANALISA PERBANDINGAN DI KALANGAN NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA Chek Derashid78 Hasliza Shafiie79 Universiti Utara Malaysia ABSTRAK Zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Aset perniagaan merupakan salah satu daripada jenis harta yang tertakluk kepada zakat. Mereka yang memperolehi harta daripada perniagaan dan mencukupi nisab wajib menunaikan kewajipan ini. Hukum mengenai wajib berzakat ke atas harta perniagaan adalah jelas bersandarkan beberapa dalil daripada AlQuran dan hadis. Tidak ada pertikaian mengenai peratusan pengenaan dan nisab zakat. Namun demikian, terdapat perbezaan amalan dari segi penentuan atau pengiraan amaun zakat perniagaan disebabkan tafsiran para ulama dan ilmuan Islam ke atas harta-harta perniagaan yang boleh dikenakan zakat. Pengiraan jumlah zakat yang diwajibkan ke atas harta perniagaan adalah mengikut kaedah yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama di negeri atau negara di mana sistem zakat diamalkan, manakala dari segi nisabnya pula, ia bersandarkan kepada nilai yang bersamaan dengan 85 gram emas. Kajian ini cuba menyingkap mengenai amalan pengiraan dan penentuan amaun zakat perniagaan yang diamalkan di negeri-negeri di Malaysia. Terdapat tiga kaedah utama pengiraan zakat perniagaan yang diterima pakai iaitu kaedah berasaskan ekuiti (pertumbuhan), kaedah berasaskan modal kerja dan kaedah berasaskan modal kerja dengan mengambil kira aktiviti pelaburan.Untuk kajian ini, satu perbandingan dibuat bagi melihat apakah persamaan dan perbezaan yang wujud di dalam kaedah mengira zakat perniagaan merangkumi beberapa aspek seperti kaedah pengiraaan, item-item yang diambil kira dan tidak diambil kira di dalam pengiraan, penentuan nisab dan lain-lain. Kesimpulan daripada kajian ini diharap dapat memberikan panduan kepada pihak berkuasa agama negeri-negeri di Malaysia di dalam mencari keseragaman ke arah pengurusan zakat perniagaan yang efisyen. Pengenalan Zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas umat Islam yang mampu dan memenuhi syarat-syarat tertentu. Zakat merupakan satu sistem sosial dalam Islam yang bertujuan untuk mengagihkan kekayaan daripada kalangan mereka yang berada (kaya) kepada mereka yang memerlukan (miskin). Harta di dalam Islam bukanlah milik
78 79

chek@uum.edu.my lyza@uum.edu.my

162

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

mutlak seseorang, tetapi merupakan satu amanah kerana di dalam harta orang kaya terdapat hak untuk orang miskin. Oleh yang demikian zakat merupakan satu bentuk pembersihan jiwa dan penyuburan rohani untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT. Zakat pula terbahagi kepada dua iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Zakat fitrah merupakan zakat tahunan yang diwajibkan kepada setiap umat Islam yang mempunyai lebihan perbelanjaan dan lahir sebelum terbenamnya matahari bulan Ramadhan. Zakat harta pula diwajibkan ke atas mereka yang mempunyai lebihan harta yang diwajibkan zakat dan memenuhi beberapa syarat tertentu. Zakat perniagaan merupakan salah satu zakat harta yang diwajibkan. Ia dikenakan ke atas segala jenis barangan yang diniagakan bagi mendapatkan keuntungan merangkumi barangan fizikal dan juga yang berbentuk perkhidmatan. Pengenaan zakat perniagaan dikira pada kadar 2.5% setahun ke atas nilai aset bersih tahunan sesebuah perniagaan yang mencapai atau melepasi nisab zakat. Peratusan pengenaan zakat merupakan pembolehubah yang tetap, manakala nisab pula didasarkan dengan nilai emas. Apa yang menjadi persoalan ialah dari segi penaksiran zakat yang dikenakan, di mana amalannya berbeza mengikut tafsiran, kefahaman dan pandangan para ulama dan ilmuan Islam yang diterima pakai oleh badan-badan pungutan zakat. Sehingga kini tidak ada keseragaman mutlak ke atas penaksiran zakat perniagaan. Hanya garis panduan umum disediakan tanpa adanya elemen penguatkuasaan menyebabkan para pembayar zakat yang ingin menunaikan tanggung jawab membayar zakat membuat pengiraan berdasarkan kefahaman sendiri atau melalui bantuan daripada pelbagai pihak. Ramai pula di kalangan peniaga dan badan-badan korporat yang mengabaikan terus pembayaran zakat. Peraturan yang ada tidak memberi kuasa pendakwaan dan jika ada sekali pun ianya tidak dilaksanakan. Kajian oleh Saad (2010) menunjukkan bahawa kutipan zakat ke atas pendapatan perniagaan amat mengecewakan. Jumlah kutipan zakat daripada perniagaan sepatutnya lebih tinggi jika semua peniaga Muslim menunaikan tanggung jawab masing-masing. Sistem zakat di Malaysia masih tidak menjadi satu sistem arus perdana jika dibandingkan dengan sistem kewangan dan perbankan Islam. Sistem zakat pula tidak diintegrasikan sepenuhnya dengan sistem percukaian Malaysia. Dalam sistem percukaian Malaysia, pembayar zakat korporat dibenarkan menolak nilai zakat yang dibayar tertakluk kepada maksimum 2.5% daripada pendapatan aggregat cukai. Manakala pembayar

163

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

cukai individu pula diberikan rebat ke atas bayaran zakat dibayar dan ditolak daripada liabiliti cukai, tetapi sebarang lebihan bayaran zakat berbanding cukai tidak akan dipulangkan. Zakat perniagaan berpotensi untuk menjadi satu sistem agihan sosial yang berkesan jika dilaksanakan dengan cekap. Uniknya di Malaysia ialah Majlis Agama Islam setiap negeri merupakan badan tertinggi yang berkuasa sepenuhnya berkaitan dengan hal ehwal kutipan zakat di negeri masing-masing. Di sini wujud ketidakseragaman taksiran zakat di setiap negeri yang boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan pembayar zakat perniagaan individu dan korporat. Ianya mungkin boleh menjejaskan potensi kutipan zakat itu sendiri. Di Bahrain, terdapat sebuah badan bebas yang bertanggungjawab untuk membangunkan standard antarabangsa perakaunan dan pengauditan bagi institusi kewangan Islam iaitu, Accounting and Auditing Organisation for Islamic Financial Institutions (AAOIFI). AAOIFI telah mengeluarkan standard berkaitan dengan zakat yang boleh dijadikan panduan umum kepada negara-negara yang menjadi ahli. Malaysia merupakan salah satu daripada negara yang menjadi ahli kepada pertubuhan ini. Penubuhan badan ini merupakan satu perkembangan yang amat di alu-alukan, tetapi seperti yang dinyatakan oleh AAOIFI, standard yang dikeluarkan merupakan saranan semata-mata. Negara yang menjadi ahli tidak terikat untuk mengadaptasi atau mewajibkan standard yang dicadangkan ini di negara mereka (Accounting and Auditing Organisation of Islamic Financial Institutions, 2012). Di Malaysia sendiri umpamanya, tidak ada standard atau panduan khusus yang lengkap berkaitan dengan zakat yang boleh digunakan sebagai rujukan. Oleh kerana pentadbiran berkaitan dengan hal ehwal agama Islam terletak kepada negeri masing-masing, setiap pihak berkuasa agama mempunyai garis panduan dan cara penaksiran yang tersendiri yang mungkin sedikit berbeza di antara negeri-negeri. Walaupun di peringkat pusat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil inisiatif menyediakan garis panduan mengenai kaedah penaksiran zakat yang boleh diterima pakai oleh pusat-pusat kutipan zakat seluruh Malaysia, namun perbezaan pandangan dan tafsiran berkaitan dengan layanan item-item tertentu di dalam pengiraan menyebabkan berlakunya perbezaan amaun zakat yang dikira. Bagaimana pula bagi para peniaga yang mengira secara sendiri zakat perniagaan mereka dengan hanya berpandukan pengetahuan sendiri, melalui khidmat nasihat daripada kalangan keluarga, rakan, ahli agama dan
164

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

profesional atau sekadar memperolehinya daripada pembacaan bahan-bahan berkaitan dengan zakat? Begitu juga dengan badan-badan korporat yang berminat untuk membayar zakat perniagaan. Ketiadaan garis panduan atau standard yang khusus dan lengkap menyebabkan syarikat-syarikat yang membayar zakat menggunakan kaedah penaksiran yang berbeza. Faktorfaktor ini menyebabkan wujudnya perbezaan taksiran yang ketara. Perbezaan sebegini boleh menyumbang kepada ketidak cekapan sistem zakat secara keseluruhannya. Jika umat Islam di Malaysia mahu melihat sistem zakat berada bersama-sama dengan arus perdana sistem kewangan Islam yang lain, maka kecekapan di dalam menguruskan sistem zakat dan keselarasan di dalam kaedah pengiraan merupakan pra-syarat utama (Rahman, 2006 & 2007) Kertas ini cuba menyingkap mengenai amalan penaksiran zakat dan penentuan nisab yang di amalkan oleh Majlis Agama Islam Negeri-negeri di seluruh Malaysia. Perbezaan dan persamaan cara pengiraan akan diperjelaskan di sini. Kaedah Pengiraan Zakat Secara umumnya zakat perniagaan sesuatu tahun dikira dengan menjumlahkan semua aset perniagaan dan keuntungan yang diperolehi, kemudian ditolak dengan segala hutang (tanggungan) perniagaan dan seterusnya dicampur dengan segala hutang pelanggan perniagaan yang diyakini boleh dikutip semula. Nilai yang diperolehi akan dibandingkan dengan jumlah nisab yang bersamaan dengan nilai emas 85 gram. Jika nilainya telah mencapai atau melebihi nisab maka zakat yang dikenakan sebanyak 2.5%. Jika dilihat sepintas lalu cara pengiraan ini, ia kelihatan mudah. Namun dalam dunia perniagaan yang semakin kompleks, pengiraan sebenar tidak semudah yang dijangka. Pelbagai pelarasan perlu dibuat dengan mengambil kira item-item yang perlu dimasukkan atau dikeluarkan daripada pengiraan. Terdapat tafsiran berbeza ke atas beberapa item pelarasan dan ianya masih diperdebatkan sehingga kini. Di Malaysia, terdapat beberapa kaedah umum yang digunakan di dalam mengira zakat iaitu berdasarkan Kaedah Model Berkembang (Growth Model - Uruffiyah), Kaedah Model Modal Kerja (Working Capital Model - Syariyyah)(JAKIM, 2011). Rahman (2006 & 2007) meringkaskan kaedah pengiraan zakat perniagaan di Malaysia kepada tiga iaitu berasaskan aset semasa, berasaskan aset semasa dan keuntungan daripada pelaburan dan berasaskan modal kerja bersih dan keuntungan perniagaan. Kesemua kaedah yang dinyatakan menunjukkan bahawa hanya item-item yang berbentuk semasa diambil kira di dalam pengiraan. Kaedah pengiraan ini
165

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

telah diterima pakai dan diamalkan oleh Majlis Agama Islam Negeri-negeri dan beberapa badan korporat di Malaysia. Walau bagaimanapun terdapat beberapa perbezaaan tafsiran ke atas itemitem aset semasa dan pelarasan yang perlu diambil kira. Sebelum perbincangan ke atas perbezaan tafsiran ke atas item-item ini dibuat, elok dilihat dahulu secara ringkas dua kaedah pengiraan ini yang diamalkan di Malaysia. 2.1 Kaedah Model Berkembang (Uruffiyah) Kaedah ini mengambil kira pertumbuhan di dalam ekuiti sesebuah perniagaan. Melalui kaedah ini ekuiti pemilik (modal) perlu dicampur dengan pembiayaan hutang jangka panjang kemudian ditolak jumlah aset tetap dan aset bukan semasa. Seterusnya pelarasan ke atas itemitem tertentu dibuat sama ada dengan menolak atau mencampurkannya. Nilai yang diperolehi merupakan harta perniagaan yang tertakluk kepada zakat. Kaedah ini pada umumnya dikira dengan menjumlahkan modal dengan keuntungan. Secara ringkas cara pengiraan harta perniagaan yang tertakluk kepada zakat adalah seperti berikut: Ekuiti Pemilik (Modal) + Liabiliti Jangka Panjang Aset Tetap Aset Bukan Semasa (+)/(-) Pelarasan

2.2

Kaedah Model Modal Kerja (Syariyyah) Selaras dengan namanya, kaedah ini mengambil kira aset dan liabiliti semasa perniagaan.

Kesemua aset semasa perniagaan dijumlahkan dan kemudiannya ditolak dengan liabiliti semasa. Seterusnya beberapa pelarasan berkaitan dengan zakat diambil kira. Nilai yang diperolehi merupakan harta perniagaan yang tertakluk kepada zakat. Formula pengiraannya adalah seperti berikut: Aset Semasa -Liabiliti Semasa (+)/(-) Pelarasan Bagi badan korporat, pelaburan merupakan salah satu komponen aset yang utama dan perlu diambil kira di dalam pengiraan. Pelaburan merupakan pelaburan dalam saham biasa, saham keutamaan, bon, nota hutang, hak dan waran, pelaburan dalam anak syarikat, pelaburan dalam syarikat bersekutu, dan lain-lain bentuk pelaburan.

Perbezaan taksiran timbul apabila wujudnya tafsiran yang berbeza mengenai apakah jenis-jenis aset perniagaan yang boleh dikenakan zakat dan tidak tertakluk kepada zakat. Secara
166

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

umumnya jika barangan itu digunakan untuk tujuan jual beli, maka aset tersebut seharusnya boleh dikenakan zakat. Ahmad & Osman (2010) membincangkan perbezaan tafsiran ke atas aset perniagaan dengan menumpukan kepada layanan ke atas inventori (stok perniagaan) dan hutang. Perbezaan layanan ke atas kedua-dua item ini menyebabkan jumlah zakat yang dikira begitu ketara perbezannya. Bahagian berikutnya akan melihat amalan pengiraan zakat yang diterima pakai oleh Majlis Agama Islam Negeri-negeri. Amalan Pengiraan Zakat Perniagaan di Malaysia 3.1 Kemudahan dan Kaedah Pengiraaan Selaras dengan perkembangan dalam bidang teknologi maklumat, kebanyakkan Majlis Agama Islam Negeri-negeri dan pusat pungutan zakat menggunakan kelebihan ini dengan menyediakan laman sesawang interaktif. Penyedian kemudahan pengiraan zakat interaktif melalui e-zakat kalkulator dapat membantu para peniaga atau badan korporat di dalam menentukan amaun zakat yang perlu dibayar. Melalui kemudahan ini, pembayar zakat tidak perlu mempunyai pengetahuan teknikal yang mendalam berkaitan taksiran zakat kerana ianya telah diintergrasikan ke dalam sistem. Di samping kemudahan pengiraaan zakat, kemudahan membayar zakat secara atas talian juga disediakan. Kajian ini menggunakan sepenuhnya maklumat yang dipaparkan dalam kemudahan ekalkulator untuk mengira amaun zakat perniagaan. Melalui sistem ini item-item yang tertakluk kepada zakat dan pelarasan yang berkaitan disenaraikan. Namun demikian terdapat juga beberapa Majlis Agama yang tidak menyediakan kemudahan e-kalkulator seperti Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Pusat Zakat Sabah (PZS) dan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS). Pemerhatian kami seterusnya menunjukkan laman sesawang MAIPs, PZS dan TBS tidak memaparkan kaedah dan panduan pengiraan zakat perniagaan. Negeri-negeri selainnya pula ada menyediakan panduan dan bantuan pengiraan zakat secara interaktif .

Berbalik kepada kaedah pengiraan zakat perniagaan, hampir keseluruhan Majlis Agama Islam Negeri mengggunakan kaedah Modal Berkembang. Negeri Johor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan menyenaraikan kedua-dua kaedah pengiraan. Namun kemudahan e167

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

kalkulator disediakan untuk kaedah modal kerja sahaja. Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah pula hanya memberikan panduan umum mengenai cara pengiraan zakat perniagaan beserta kemudahan e-kalkulator untuk kedua-dua kaedah tetapi tidak menyenaraikan dengan detail jenisjenis aset semasa, liabiliti semasa dan pelarasan yang perlu dibuat. Hanya formula seperti di perenggan 2.1 dan 2.2 sahaja diberikan. Di sini, pengguna perlu mengira terlebih dahulu amaun aset semasa, liabiliti semasa dan pelarasan sebelum dimasukkan ke dalam sistem e-kalkulator untuk menentukan amaun zakat yang perlu dibayar. Sebagai tambahan PPZ Wilayah juga menyediakan bantuan e-kalkulator untuk mengira anggaran zakat khusus kepada para peniaga yang tidak mempunyai atau menyimpan akaun yang lengkap.

Kemudahan bantuan pengiraan ini semestinya banyak membantu para pembayar zakat. Bagi negeri-negeri yang tidak menyediakan kemudahan ini, pembayar zakat boleh mendapatkan bantuan Majlis Agama Islam Negeri-negeri berkenaan atau membuat taksiran sendiri. Namun demikian, sejauh mana kemudahan ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengguna perlu juga diberi perhatian.

3.2

Perbandingan Kaedah Pengiraan Bagi tujuan membandingkan cara pengiraan yang diamalkan oleh pusat pungutan zakat di

seluruh negara, kami menggunakan maklumat yang dipaparkan di dalam laman sesawang masing-masing dan seterusnya meringkaskan item-item berkenaan mengikut ciri-ciri persamaannya. Lampiran 1 memaparkan perbandingan cara pengiraan yang dibuat dengan melihat item-item yang dimasukkan sebagai aset semasa semasa, liabiliti semasa dan pelarasanpelarasan yang perlu dibuat.

Secara umumnya kebanyakkan pusat pungutan zakat menggunakan kaedah modal kerja, iaitu jumlah aset semasa ditolak jumlah liabiliti semasa dan dicampur atau ditolakkan dengan beberapa pelarasan yang diperlukan. Daripada pencarian kami, kami tidak menemui panduan pengiraan zakat atas talian di laman sesawang MAIJ, Sabah, Sarawak dan Perlis. Negeri-negeri seperti Kedah, Perak dan Terengganu menyenaraikan aset atau liabiliti yang perlu diambil kira dalam pengiraan, manakala bagi negeri-negeri lain, hanya ruangan jumlah aset semasa dan
168

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

liabiliti semasa (atau aset semasa bersih) disediakan tanpa menyenaraikan jenis-jenisnya. Pengiraan zakat perniagaan bagi Negeri Selangor dan Pahang adalah sama manakala bagi negeri Terengganu pula panduan pengiraan diasingkan mengikut jenis entiti perniagaan sama ada peniaga kecil, syarikat dan koperasi. Dari segi item-item yang memerlukan pelarasan, sama ada ke atas aset semasa, liabiliti semasa atau pelarasan-pelarasan lain, terdapat pusat pungutan zakat yang menyenaraikan dengan detail jenis pelarasan yang diperlukan (i.e Selangor, Pahang dan Terengganu) manakala sebahagian yang lain cuma menyenaraikan beberapa item yang penting sahaja.

Pemerhatian daripada kaedah pengiraan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan di dalam mentaksir zakat perniagaan. Walaupun pada dasarnya kaedah yang digunakan adalah sama (menggunakan kaedah modal kerja) tetapi pelarasan-pelarasan yang dibuat ternyata berbeza. Pusat Pengutan Zakat Pahang dan Lembaga Urus Zakat Selangor agak terkehadapan dengan menyenaraikan dengan detail item-item yang perlu diambil kira di dalam pelarasan. Walaupun senarai yang diberi mungkin tidak dapat merangkumi semua item, ianya boleh dijadikan panduan yang berguna kepada pembayar zakat Bagaimana pula dengan negeri-negeri lain yang tidak menyenaraikan dengan detail pelarasan-pelarasan yang diperlukan? Sudah pasti akan berlaku ketinggalan memasukkan item-item berkenaan yang akan menyebabkan berlakunya perbezaan taksiran atau zakat yang dikira sama ada kurang atau melebihi daripada jumlah yang sepatutnya.

3.3

Item-item pelarasan Selain daripada perbezaan taksiran disebabkan oleh perbezaan amalan di kalangan Majlis

Agama Negeri-negeri, ia mungkin juga disebabkan oleh takrifan aset atau liabiliti mana yang perlu dimasukkan dalam di dalam pengiraaan. Persoalannya ialah sama ada wajar atau tidak sesuatu aset itu dimasukkan sebagai harta yang tertakluk kepada zakat atau liabiliti yang mana perlu dikeluarkan daripada pengiraan. Perbezaan pandangan para ilmuan Islam berkaitan dengan perkara ini menyebabkan berlakunya perbezaan amaun zakat yang dikira. Ahmad & Othman (2010) membincangkan bagaimana pelarasan ke atas hutang dan stok boleh memberi kesan kepada amaun zakat yang dikira. Sebagai contoh, beliau memberikan keadaan di mana perbezaan layanan di antara pembiayaan berbentuk kewangan (bank) dengan bukan kewangan (pembekal)
169

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

bagi membiayai pembelian stok. Berdasarkan kaedah yang disarankan oleh JAKIM pembiayaan daripada institusi kewangan (i.e dalam bentuk overdraf atau kredit jangka pendek) akan dicampurkan semula ke aset semasa bersih, manakala pembiayaan kredit daripada pembekal tidak diselaraskan. Tunai yang diperolehi melalui bank dianggap mempunyai milikan sempurna dan sewajarnya dikenakan zakat. Manakala bagi belian barangan secara kredit dibenarkan sebagai tolakan dengan alasan pemberi hutang telah membayar zakat ke atasnya. Jika diandaikan dua entiti perniagaan memperolehi pembelian stok dagangan dengan nilai yang sama, tetapi dibiayai oleh overdraft dan pembekal kredit. Nilai overdraf akan dicampur semula daripada aset bersih yang dikira tetapi tiada pelarasan dibuat ke atas pemiutang dagangan. Kesannya, mereka yang memperolehi stok melalui kemudahan overdraf akan membayar zakat yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang memperolehinya melalui kredit yang disediakan oleh pembekal.

Seterusnya, aset semasa semasa dalam bentuk bahan mentah atau kerja dalam proses dikeluarkan daripada pengiraan kerana menurut JAKIM, ia tidak memenuhi kriteria harta yang boleh dizakat. Oleh itu, kedua-dua stok bahan mentah dan kerja dalam proses dikeluarkan daripada pengiraan. Di dalam industri pengeluaran dan pembinaan umpamanya, aset-aset begini merupakan peratusan yang besar daripada jumlah keseluruhan aset. Kesannya, perniagaan yang berbentuk pengeluaran dan pembinaan akan membayar zakat yang lebih rendah berbanding dengan perniagaan berbentuk dagangan.

Kaedah yang diamalkan di Malaysia secara umumnya mengenakan zakat ke atas aset bersih semasa (selepas pelarasan). Aset-aset yang berbentuk harta tetap tidak dikenakan zakat. Namun terdapat juga pandangan yang mengatakan harta tetap yang digunakan dalam menghasilkan pendapatan seharusnya juga boleh dikenakan zakat manakala aset tetap yang digunakan untuk tujuan peribadi perlu dikecualikan (Kaif, 1999). Apabila aset tetap tidak diambil kira, ia akan memberi kelebihan kepada syarikat-syarikat besar yang secara umumnya memiliki aset tetap yang tinggi di dalam perniagaan.

3.3

Penetapan Nisab Dari segi nisab, ianya tidak berbeza jika diukur dengan berat emas (85 gram). Namun

demikian nilainya berbeza di antara negeri-negeri apabila dinyatakan dalam ringgit. Jadual 1
170

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

menunjukkan nilai ringgit terkini (Oktober 2012) yang disandarkan pada harga emas seberat 85 gram. Sebagai perbandingan, ditunjukkan juga dalam Jadual 1 nilai emas yang ditetapkan oleh dua bank terbesar di Malaysia iaitu Maybank dan CIMB Bank. Jadual 1: Nilai nisab dalam ringgit (bersamaan dengan 85 gram emas) Majlis Agama Negeri (Pusat Pungutan Zakat) Nisab Semasa (RM)* 13,770.81 14,557.10 13,900.00 13,113.13 12,930.00 14,677.17 14,677.17 13,895.15 ** 13,000.00 ** 13,000.00 14,119.18 13,113.00

Johor Kedah Kelantan Melaka Negeri Sembilan Pahang Perak Perlis Pulau Pinang Sabah Sarawak Selangor Terengganu Wilayah Persekutuan Bank CIMB Maybank
*

14,255.00 14,220.00

Berdasarkan nilai semasa pada bulan Oktober 2012 yang dipaparkan dalam laman sesawang masing-masing ** Tiada maklumat diberikan dalam laman sesawang

Berdasarkan angka-angka yang ditunjukkan dalam Jadual 1, didapati Negeri Sembilan menetapkan nilai yang terendah iaitu RM12,930.00, manakala nilai nisab untuk negeri Perak dan Pahang adalah yang tertinggi iaitu RM14,677.17. Zakat akan dikenakan jika nilai harta yang boleh dizakat mencapai atau melebihi nisab yang ditetapkan dan ianya didarabkan terus dengan kadar 2.5%. Tidak seperti amalan dalam cukai pendapatan, di mana cukai akan hanya dikenakan ke atas jumlah pendapatan bercukai yang melebihi pendapatan minimum tertentu. Oleh yang demikian, perbezaan dalam nilai nisab tidak begitu memberikan kesan ke atas amaun zakat
171

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

kerana ianya dikira ke atas jumlah harta yang melebihi nisab. Walau bagaimanapun adalah lebih baik jika satu nilai nisab sahaja yang ditetapkan seperti mana yang diamalkan oleh bank-bank konvensional.

Kesimpulan dan Cadangan Sistem zakat di Malaysia berada dalam persekitaran yang tidak disertakan dengan penguatkuasaan berbanding dengan sistem cukai pendapatan. Oleh itu kepatuhan kepada membayar zakat lebih berbentuk sukarela. Tiada penalti dikenakan ke atas mereka yang tidak menunaikan tanggungjawab berzakat. Ini menyebabkan kaedah penaksiran zakat menjadi tidak begitu penting kerana apa jua amaun yang dikira akan diterima oleh badan-badan pungutan zakat. Ketidakseragaman taksiran zakat boleh menyumbang kepada ketidak cekapan sistem zakat itu sendiri. Terdapat usaha-usaha untuk menyeragamkan pentadbiran zakat yang diusahakan oleh JAKIM, namun menurut Bakar & Abdul Rahman (2007), peranannya lebih kepada badan penasihatan. Kerajaan juga telah menubuhkan Jabatan Zakat, Wakaf dan Haji di peringkat pusat bagi mengawasi amalan zakat di Malaysia, namun peranan yang dimainkannya masih terhad.

Berkaitan dengan penentuan zakat perniagaan, kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan amalan pengiraan zakat perniagaan di antara negeri-negeri di Malaysia. Perbezaan tersebut berpunca daripada perbezaan pandangan mengenai harta yang boleh dikenakan zakat, pengkelasan item yang boleh dimasukkan atau dikeluarkan dalam pengiraan dan pelarasanpelarasan yang perlu dibuat. Nisab zakat juga berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Kesannya, setiap negeri mengamalkan cara taksiran sendiri yang membawa kepada perbezaan amaun zakat yang dikira. Jika umat Islam di Malaysia ingin melihat sistem zakat dimartabatkan di tempat yang sepatutnya, satu sistem pentadbiran yang cekap perlu di usahakan. Langkah mencari satu keseragaman di dalam pentadbiran zakat merupakan usaha yang harus diberi perhatian.

Tidak dinafikan, kesedaran umat Islam di Malaysia mengenai kepentingan berzakat semakin meningkat. Zakat daripada sumber perniagaan boleh menjadi satu sumber hasil yang utama yang boleh dimanfaatkan demi kepentingan seluruh umat Islam di Malaysia. Namun masih terdapat ramai di kalangan para peniaga, usahawan atau badan-badan korporat yang tidak
172

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

menunaikan tanggungjawab mereka atau telah membayar zakat tetapi jumlahnya tidak mencerminkan bayaran sepatutnya. Oleh yang demikian, keseragaman dalam taksiran zakat perniagaan amat penting. Para usahawan dan badan-badan korporat perlu diberikan panduan pengiraan zakat yang komprehensif bagi memastikan tidak berlaku ketirisan pembayaran zakat. Untuk tujuan ini, kami mencadangkan agar Majlis Agama Islam Negeri-negeri, para ulamak, akademik, profesional dan pengamal industri perlu bergabung tenaga bagi merancang dan mewujudkan satu standard perakaunan zakat perniagaan. Satu jawatankuasa tetap yang mewakili pelbagai organisasi yang berkepentingan perlu diwujudkan. Kami percaya organisasi yang berkepentingan bersedia menaja penubuhan dan perjalanan operasi jawatankuasa ini. Jika dalam perakaunan konvensional diwujudkan Malaysian Accounting Standard Board (MASB) iaitu sebuah badan yang bertanggung jawab untuk merangka dan mengeluarkan Standard Pelaporan Kewangan (Financial Reporting Standard) untuk kegunaan badan-badan korporat, mengapa kita umat Islam tidak dapat mewujudkan satu badan yang serupa umpamanya Zakat Accounting Standard Board. Badan-badan pengawasan korporat seperti MASB, Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara diharap dapat menyokong usaha sebegini. Walaupun badan yang ditubuhkan ini mungkin tidak diberi kuasa penguatkuasaan, sekurang-kurangnya standard yang dikeluarkan adalah standard yang komprehensif untuk dijadikan sebagai panduan dan rujukan utama kepada masyarakat peniaga dan korporat Islam. Standard yang diwujudkan ini pula seharusnya bukan merupakan satu standard yang statik, sebaliknya boleh dipinda berdasarkan kepada perkembangan dan keperluan semasa.

173

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

RUJUKAN Ahmad, H. (2004). The Role of Zakah and Awqaf in poverty alleviation. Jeddah, Saudi Arabia: Islamic Development Group, Islamic Reserch & Training Institute. Ahmad, S., & Othman, A. (2010). Penilaian semula taksiran zakat perniagaan korporat bagi menghasilkan satu nilai taksiran zakat yang seragam di Malaysia. Jurnal Syariah , 18 (3), 565-584. Bakar, N. B., & Abdul Rahman, A. R. (2007). A comparative study of zakah and modern taxation. Islamic Econ , 20 (1), 2540. Hamat, Z. (2009). Business zakat accounting and taxation in Malaysia. Conference on Islamic Perspectives on management and Finance (pp. 13-18). Leicester: School of Management, University of Leicester. JAKIM. (2011). Panduan Zakat di Malaysia. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. JZNK. (2012). Retrieved from Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman: http://www.zakatkedah.com/ Kahf, M. (1989). Zakat: Unresolved issues in the contemporary fiqh. Journal of Islamic Economics , 2 (1), 1-21. Kaif, M. (1999). The performance of the institution of zakah in theory and practice. International Conference on Islamic Economics, Towards the 21st Century. Kuala Lumpur. LZS. (2012). Lembaga Zakat Selangor. Retrieved from e-zakat: http://www.e-zakat.com.my/ MAIDAM. (2012). Retrieved from Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu : http://maidam.terengganu.gov.my/maxc2020/agensi/index.php?cid=2&langid=1 MAIJ. (2012). Retrieved from Majlis Agama Islam Johor: http://www.maij.gov.my/zakat/index.html MAIPK. (2012). Retrieved from Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak: http://www.maiamp.gov.my/maiamp/maipk/index.php MAIPs. (2012). Retrieved from Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis : http://maip.perlis.gov.my/index.php/sudut-ilmu/zakat Munich Personal RePEc Archive. (2009). Zakah on stocks: some unsettled issues. Retrieved from MPRA: http://mpra.ub.uni-muechen.de/18631 PKZP. (2012). Retrieved from Pusat Kutipan Zakat Pahang: http://www.zakatpahang.my/v2/default.aspx PPZ. (2012). Retrieved from Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan: http://www.zakat.com.my/ PUZ. (2012). Retrieved from Pusat Urus Zakat Pulau Pinang: http://www.zakatpenang.com/ PZM. (2012). Retrieved from Pusat Zakat Melaka: http://www.izakat.com/ PZNS. (2012). Retrieved from Pusat Zakat Negeri Sembilan: http://www.zakatns.com.my/ver4/ PZS. (2012). Retrieved from Pusat Zakat Sabah: http://www.zakat.sabah.gov.my/ Rahman, A. R. (2006 & 2007). Pre-requisite for effective intergration of Zakah into mainstream Islamic financial system in Malaysia. Islamic Economic Studies , 14 (1 & 2), 91-107. Ram Al-Jaffri Saad, Z. B. (2010). Faktor-faktor yang mempengaruhi gelagat kepatuhan zakat perniagaan. Jurnal Pengurusan , 30, 49-61. Rohila@Norhamizah Awang, M. Z. (2012). Comparative Analysis of Current Values and historical cost in business zakat assessment: An evidence from Malaysia. International Journal of Business and Social Sciences , 3 (7), 286-299. Saad, R. A.-J. (2010). Gelagat kepatuhan zakat perniagaan di negeri Kedah Darul Aman. Unpubllished PhD Thesis . Universiti Utara malaysia. TBS. (2012). Retrieved from Tabung Bailtulmal Sarawak: http://www.tabung-baitulmal-sarawak.org.my/main.html

174

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

TRANSFORMASI PENGURUSAN PEMBANGUNAN AMIL ZAKAT DI MALAYSIA80 Azman Ab Rahman81 Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) ABSTRAK Amil merupakan golongan yang diutus oleh pemerintah untuk mengambil zakat daripada pemiliknya, mengumpulnya, menjaganya dan memindah-mindahkannya. Keprihatinan Rasulullah S.A.W terhadap kewujudan amil dan pengiktirafan baginda terhadap mereka dapat dilihat menerusi sabda Rasulullah S.A.W yang membandingkan ganjaran amil yang setara dengan golongan yang berjuang dan berjihad ke jalan Allah S.W.T. Namun demikian, satu perkara yang jelas apabila dibicarakan tentang pengurusan amil pada zaman dahulu dan sekarang ia agak berbeza khususnya dari segi bentuk atau kaedah pengurusan amil itu sendiri. Memandangkan peranan atau tugas amil pada masa kini amat besar dan mencabar khususnya melibatkan harta zakat, amil atau golongan yang terlibat dengan pentadbiran zakat perlu memiliki kriteria dan kualiti pengurusan sebagaimana yang dibincangkan oleh para fuqaha. Pelbagai isu yang timbul melibatkan amil khususnya kewibawaan amil itu sendiri dalam menguruskan wang zakat, isu pecah amanah dan imej serta ketrampilan sebagai seorang amil yang dilantik oleh pihak yang berkenaan. Justeru, artikel ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan pengurusan amil di Malaysia. Di samping itu, penulis juga akan mencadangkan satu model bersepadu pengurusan pembangunan amil zakat untuk dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia kepada semua amil yang dilantik bagi meningkatkan profesionalisma mereka ke tahap yang lebih tinggi dalam memungut hasil zakat di kawasan masing-masing dan menguruskan zakat secara lebih sistematik dan efektif . Kata Kunci: Zakat, Amil, Pengurusan & Transformasi

80

Artikel ini merupakan sebahagian daripada hasil penyelidikan yang sedang dijalankan oleh penyelidik dengan menggunakan dana penyelidikan FRGS (USIM/FRGS-FSU-5-50211) yang bertajuk Model Bersepadu Pembangunan Amil Zakat Fitrah di Malaysia. Setinggi tinggi penghargaan diucapkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi yang membiayai geran penyelidikan ini dan Universiti Sains Islam Malaysia yang sentiasa membantu dalam menyiapkan projek penyelidikan ini. Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Isu-isu Kontemporari Zakat di Malaysia pada 25-27 November 2012 di Langkawi, Kedah yang dianjurkan oleh Pusat Islam, UUM, Malaysia. 81 Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-undang, USIM. azman@usim.edu.my/ 012-2165852

175

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Pendahuluan Amil dapat ditakrifkan sebagai golongan yang diutus oleh Imam untuk mengambil zakat daripada pemiliknya, mengumpulnya, menjaganya dan memindah-mindahkannya (Ibn Qudamah, 2004:91). Istilah amil ini diungkap dengan jelas oleh al-Quran ketika Allah S.W.T menerangkan tentang golongan yang berhak menerima zakat. Menurut al-Qurtubiyy, perkataan amil pada ayat ( ) iaitu orang yang

bekerja, merujuk kepada individu atau kumpulan yang kerjanya menyempurnakan fardhu kifayah sebagai pemungut, pencatat, penjumlah, pengumpul dan penjaga zakat yang berhak mendapat upah (Al-Qurtubiyy, t.t: 113). Keprihatinan Rasulullah S.A.W terhadap kewujudan amil dan pengiktirafan baginda terhadap mereka dapat dilihat menerusi sabda Rasulullah S.A.W yang membandingkan ganjaran amil yang setara dengan golongan yang berjuang dan berjihad ke jalan Allah S.W.T. Namun demikian, satu perkara yang jelas apabila dibicarakan tentang konsep amil pada zaman dahulu dan sekarang ialah, terdapat perbezaan antara keduanya terutama dari segi bentuk atau kaedah pelaksanaan dan pengurusan zakat. Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, amil dilantik oleh baginda dan dihantar ke wilayah-wilayah yang telah ditentukan untuk memungut zakat. Kebiasaannya, harta zakat yang telah dipungut akan diagihkan kesemuanya pada tempat yang dipungut kepada asnaf-asnaf yang berhak menerima zakat. Manakala di kebanyakan negeri-negeri di Malaysia pula, lantikan amil adalah dibuat oleh Sultan di mana mereka diberi tauliah khas untuk menjalankan tugas sebagai amil. Kebiasaannya di sesebuah mukim, terdapat beberapa orang amil yang diketuai oleh seorang ketua amil. Amil akan membuat pungutan zakat untuk diserahkan kepada pihak institusi zakat sebelum zakat disalurkan kepada asnaf yang layak. Selain itu, amil juga bertanggung jawab untuk mengenal pasti dan menyenaraikan individu-individu yang berhak menerima zakat di dalam kawasannya ketika pengagihan wang zakat dilakukan. Memandangkan peranan atau tugas amil ini melibatkan harta zakat, amil atau golongan yang terlibat dengan pentadbiran zakat perlu memiliki kriteria dan kualiti sebagaimana yang dibincangkan oleh para fuqaha. Antaranya; seseorang amil itu mestilah Muslim, mukallaf, sihat tubuh badan dan berpengetahuan mengenai hal-ehwal zakat. Jelas di sini bahawa pengetahuan amil mengenai hal-ehwal yang berkaitan dengan zakat adalah amat penting dan merupakan salah
176

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

satu syarat untuk melayakkan seseorang itu bergelar amil. Dalam hal ini, maka pihak yang bertanggungjawab perlu memastikan bahawa amil yang dilantik benar-benar dilatih dan diberi kursus yang sewajarnya terutama yang melibatkan urusan kutipan dan agihan zakat. Mutakhir ini, berlaku kejadian-kejadian pecah amanah terhadap wang hasil kutipan zakat fitrah dan kutipan derma anak yatim yang dilakukan oleh amil zakat seperti yang dilaporkan di dada-dada akhbar. Ia berlaku disebabkan amil-amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam kurang diberikan latihan dan pendedahan yang mencukupi dalam pengurusan dan panduan zakat fitrah selain peranan utama dan tanggungjawab sebagai seorang amil. Timbul juga isu yang melibatkan kewibawaan amil itu sendiri dalam menguruskan wang zakat serta ketrampilan sebagai seorang amil yang dilantik oleh pihak yang berkenaan. Terdapat dikalangan amil yang tidak mengetahui bahawa mereka merupakan penghubung sumber serta penggerak perubahan bagi memastikan dana zakat menjadi pemangkin tamadun ummah yang berterusan.

Program Latihan Dan Taklimat Amil Berdasarkan hasil dapatan yang dibuat oleh penyelidik terhadap 5 institusi zakat negeri-negeri dan unit baitulmal di bawah Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia, masih belum wujud satu model bersepadu pembangunan amil zakat yang diberikan kepada amil setelah mendapat tauliah perlantikan daripada pihak berkuasa. Hasil dari pemerhatian, terdapat beberapa buah negeri yang menganjurkan konvensyen amil zakat. Konvensyen tersebut hanya memberikan penerangan secara umum tentang pengurusan zakat sama ada berkaitan dengan prosedur kutipan atau agihan zakat. Jadual di bawah menunjukkan latihan dan taklimat yang diberikan kepada amil di 5 buah negeri.

177

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Jadual 1: Latihan dan Taklimat Amil Bil 1 Negeri Johor Latihan/ Kursus Taklimat dan latihan pengiraan zakat Taklimat Tiada latihan atau kursus khusus untuk amil Taklimat Zakat / Konvensyen amil Majlis pentauliahan Bilangan Amil 2080 (10 Daerah) 2786 (11 Daerah) 2324 (10 Daerah) 764 (3 Daerah) 5 Pulau pinang Taklimat, kursus dan latihan 1642 (6 Daerah) Catatan Taklimat pengurusan amil Ketua-ketua amil sahaja yang terlibat Konvensyen setengah hari Majlis atau seminar setengah hari Taklimat panduan dan peraturan berhubung dengan kutipan dan agihan zakat

Kedah

Negeri Sembilan Melaka

Jadual di atas menunjukkan latihan dan taklimat yang diberikan kepada amil bagi negeri Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang. Taklimat yang dijalankan hanya berbentuk umum dan kurang memberi penekanan terhadap aspek pembangunan syakhsiyah, etika sebenar sebagai seorang amil, serta tanggungjawab yang perlu dipikul oleh amil. Sebagai contoh taklimat dan latihan yang dijalankan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Melaka dan Majlis Agama Islam Johor hanya membentangkan kertas kerja berhubung cara pengagihan zakat serta pengurusan dan peraturannya. Taklimat tersebut tidak menyentuh aspek secara menyeluruh berkaitan sejarah dan peranan amil dalam Islam, di samping kemahiran-kemahiran lain seperti komunikasi amil, etika dan integriti amil, serta dakwah dan kepimpinan amil. Secara umumnya, pada zaman Nabi
178

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Muhammad S.A.W amil bukan sekadar memungut zakat tetap mereka juga berperanan mengagihkan zakat serta mengenalpasti mereka yang layak menerima zakat. Berdasarkan pemerhatian penyelidik, amil-amil yang dilantik sekarang khususnya amil zakat fitrah yang dilantik untuk memungut zakat fitrah pada hari raya aidul fitri hanya berperanan memungut zakat dan membaca doa membayar zakat. Seharusnya satu transformasi perlu dilakukan dalam mengubah cara pengurusan amil ini dengan memberikan sumbangan yang lebih berkesan dalam pengurusan zakat di Malaysia. Amil sebagai penghubung kepada masyarakat Islam perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan dalam menguruskan zakat. Banyak perkara yang boleh dilakukan oleh amil ketika berhadapan dengan pembayar zakat seperti bertanyakan orang-orang fakir miskin yang terdapat di kawasan pembayar zakat, menyampaikan maklumat tentang ke mana perginya wang zakat yang dipungut dan memberikan pamplet yang mempunyai maklumat dan statistik tentang pengagihan wang zakat. Isu ini amat penting kerana masyarakat sering bertanyakan ke mana perginya wang zakat yang dibayar dan ia secara tidak langsung dapat menjelaskan kepada masyarakat tentang pengurusan zakat serta meningkatkan kepercayaan dan keyakinan masyarakat kepada institusi zakat. Pihak Majlis Agama Islam Negeri juga perlu berusaha untuk meningkatkan imej dan penampilan seorang amil. Masih terdapat di kampung-kampung papan tanda yang digantung di atas pokok untuk memaklumkan bahawa amil zakat tinggal di kawasan tersebut. Kita sering mendengar tentang kekurangan institusi Islam dalam perkara ini. Transformasi perlu dilakukan dalam meningkatkan imej pengurusan zakat, seharusnya ada papan tanda yang khusus yang ditulis nama amil dan no siri amil serta diletakkan ditempat yang sesuai dan dapat dilihat oleh masyarakat. Dalam hal ini, penyelidik bercadang untuk menjalinkan kerjasama dalam melaksanakan satu model bersepadu pembangunan amil zakat yang lebih sistematik dan efektif dan dicadangkan supaya dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia kepada semua amil yang dilantik bagi meningkatkan profesionalisma mereka ke tahap yang lebih tinggi dalam memungut hasil zakat di kawasan masing-masing.

179

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Model Pembangunan Amil Pembinaan model bersepadu pembangunan amil zakat dibina berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada temubual dan bahan-bahan rujukan serta laporan-laporan yang diberikan oleh Majlis Agama Islam Negeri. Draf Model telah hampir siap dibina dan terdapat 10 modul secara keseluruhannya. 7 modul akan disediakan oleh pihak USIM dan 3 modul lagi akan disediakan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri atau Pusat Zakat Negeri. Draf modul-modul tersebut adalah seperti berikut:

MODUL 1 : KONSEP ZAKAT MENURUT ISLAM Modul ini menerangkan definisi zakat dan dalil pensyariatannya

dengan jelas dan terperinci. Modul ini juga akan melatih peserta untuk membezakan jenis-jenis zakat yang terdapat dalam Islam. Di samping itu, penjelasan tentang pengertian zakat fitrah, kewajipan berzakat dan masalah hukum syarak yang berkaitan dengannya turut dibincangkan dalam modul ini. MODUL 2: SEJARAH DAN PERANAN AMIL DALAM ISLAM Modul ini menerangkan sejarah dan tugas-tugas amil secara terperinci khususnya di zaman nabi Muhammad S.A.W. Bagaimana para amil menjalankan tugas sebagai pemungut dan mengagihkan zakat dibincangkan secara mendalam dalam modul ini. Di samping itu juga, modul ini akan menjelaskan definisi amil dan syarat-syarat menjadi seorang amil serta peranan dan tanggungjawab mereka dalam menjalankan tugas sebagai seorang amil. MODUL 3: KEMAHIRAN KOMUNIKASI AMIL Modul ini menerangkan konsep komunikasi dan ciri-ciri komunikasi yang kompeten secara terperinci. Di samping itu juga, modul ini menjelaskan prinsip asas komunikasi, perbezaan jenisjenis komunikasi dan mengenalpasti jenis komunikasi yang berkaitan dengan amil. Perbincangan mengenai fungsi komunikasi dan panduan penyampaian mesej berkesan serta halangan-halangan komunikasi turut dibincangkan dalam modul ini.

180

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

MODUL 4: ETIKA DAN INTEGRITI AMIL Modul ini sangat penting dalam melahirkan amil yang berkualiti, amanah dan adil. Ia akan menerangkan etika dan integriti sebagai amil zakat dengan jelas dan terperinci. Peserta juga akan dapat membezakan konsep etika dan konsep integriti khususnya dalam bidang pengurusan zakat. Modul ini juga akan membincangkan kewajipan amil zakat mematuhi etika dan integriti diri seterusnya mengajak orang lain berintegriti.

MODUL 5: ANALISA FATWA ZAKAT Modul ini akan menerangkan fatwa-fatwa zakat bagi negeri-negeri tertentu mengikut negeri program ini dijalankan. Peserta akan didedahkan dengan isu-isu semasa yang berkaitan dengan zakat dan fatwa mengenainya. Melalui modul ini para peserta akan dapat membezakan fatwafatwa zakat yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri-negeri termasuk juga Keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan. Pemahaman tentang fatwa ini akan memberi kekuatan kepada amil ketika berhadapan dengan masyarakat sekiranya mereka bertanyakan hukum hakam yang berkaitan dengan zakat.

MODUL 6: PERUNDANGAN ZAKAT DI MALAYSIA Modul ini menerangkan konsep kewujudan undang-undang zakat masa kini secara umum dan jelas. Ia juga menjelaskan jenis dan hukuman atas kesalahan keengganan membayar zakat menurut perundangan Islam di Malaysia. Di samping itu juga, perbincangan kepentingan dan faktor kelemahan serta cabaran penguatkuasaan undang-undang turut dibincangkan dalam modul ini.

MODUL 7: DAKWAH DAN KEPIMPINAN AMIL Modul ini menerangkan definisi dakwah dan kepimpinan serta dalil yang berkaitan dengannya secara jelas dan terperinci. Ia juga menjelaskan ciri-ciri pendakwah, metod, strategi dan kandungan dakwah dengan lengkap dan jelas. Di akhir modul ini, ia akan membincangkan sifat, gaya dan ciri-ciri pemimpin efektif serta menjelaskan ciri-ciri kepimpinan Islam yang menyeluruh.

181

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Kesimpulan Secara keseluruhannya, 7 modul ini meliputi topik yang berkaitan dengan Konsep Zakat Menurut Islam, Sejarah dan Peranan Amil dalam Islam, Kemahiran Komunikasi Amil, Etika dan Integriti Amil, Fatwa Zakat, Perundangan Zakat di Malaysia dan Dakwah dan Kepimpinan Amil. Manakala 3 modul lagi yang akan dijalankan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri atau Pusat Zakat Negeri adalah kaedah Pengiraan Zakat, Garis panduan perlantikan Amil dan Kaedah dan Peraturan Amil. Modul-modul ini disusun dengan rapi bagi memastikan kandungan modul benar-benar memberi impak serta mencapai hasil pembelajaran yang digariskan. Umumnya, setiap modul merangkumi pengenalan, sub-topik, latihan / aktiviti dan penutup. Model ini akan dijalankan dalam bentuk ceramah, penerangan, bengkel, latihan dalam kumpulan dan sebagainya agar ia dapat melahirkan seorang amil yang mempunyai kemahiran insaniah dan dapat mengaplikasikan segala ilmu yang dipelajari bagi memberi hasil yang maksimum untuk memastikan terbentuknya tamadun ummah khususnya di kalangan asnaf selain meningkatkan mutu pengurusan zakat di organisasi masing-masing. Diharapkan agar Majlis Agama Islam Negeri dapat memainkan peranan bagi menjalankan Model bersepadu pembangunan amil zakat di Malaysia ini dalam mencapai objektif yang dikehendaki. Dengan terlaksananya model ini nanti, ia akan meningkatkan profesionalisma amil zakat dalam menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan zakat. Model ini juga secara tidak langsung dapat menambahkan kualiti dan mutu kerja mereka sebagai amil yang bertauliah. Bagi menjayakan model pembangunan ini, ia sangat bergantung kepada kerjasama yang diberikan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri dan Pusat-pusat Zakat Negeri. Semoga dengan terlaksananya model ini nanti, Malaysia akan menjadi negara yang terkenal di dunia khususnya dalam bidang pentadbiran pengurusan zakat sama ada dari segi kutipan dan agihan.

182

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

RUJUKAN
Al-Quran Al-Karim. A Survey of Institution of Zakah: Issues, Theories and Administration. t.t. Kuwait: Islamic Development Bank. Abang Mohammad Shibli Abang Mohd Nailie. 2000. Peranan Zakat Dalam Pembangunan Ummah. Nik Mustapha Nik Hassan. 2000. Ekonomi Islam dan Pelaksanaannya di Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia. Abu Dawud, Sulayman ibn al-Ashaath al-Sijistani. 1995. Sunan Abu Dawud. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. Adanan Mat Junoh. Integriti Dalam Pekerjaan. Pembentangan Kursus Pembangunan Kompetensi Mutawif. Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan. Julai 2011. Ahmad Mohamed Ibrahim. 1997. Pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: IKIM. Ahmad Shahir Makhtar, Zaini Nasohah, Shofiah Ahmad dan Mat Noor Mat Zain. Tajuk Penyelidikan: Transformasi Sistem Perundangan Zakat Di Malaysia: Kepentingan Dan Cabarannya. Seminar Syariah Dan Undang-Undang Peringkat Kebangsaan 2010. USIM. Al-Asqalaniyy, Ahmad Bin Ali Bin Hajar al-Asqalaniyy. 1989. Fath al-Bari Sharh Sahih Bukhariyy. Beirut: Dar al-Kutub alIlmiyyah. __________ .1997. Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhariyy. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. Al-Bahutiyy, Mansur Ibn Yunus Ibn Idris. 1982. Kashshaf al-Qina An Matn al- Iqna. Beirut: Dar al-Fikr. Al-Khin, Mustafa, al-Bugha, Mustafa & Al-Syabaji, Ali. (2005). Manhaj fiqh al-syafie. Jilid 2. Penterjemah: Mohd Yusof Ahmad, Abdul Kudos Othman, Jamil Abdul Wahab dan Zulkifli Muhammad al-Bakri. Kuala Lumpur: Prospecta Printers Sdn Bhd. Al-Mawardiyy, Abu Hasan Ali bin Muhammad bin Habib al -Basri al-Baghdadiyy. t.t. al-Ahkam al-Sultaniyyat wa Wilayat alDiniyat. Kaherah: Mustafa Halabiyy. Al-Nawawiyy, Muhyi al-Din Abu Zakariya Yahya B. Sharf. 1995. al-Majmu Syarah Muhazzab lil-Syiraziyy. Kaherah: Dar alEhya Turath al-Arabiyy. ____________.1994. al-Minhaj fi- Sharh Sahih Muslim bin Hajjaj. Beirut: Dar al-Khayr. ____________. 2000. Raudhat al-Talibin. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah. Al-Qaradawiyy, Yusof. 1999. Fiqh al-Zakat Dirasah Muqaranah li-Ahkamiha wa Falsafatiha fi Daw al-Quran wal-Sunnah. Beirut: Muassasah al-Risalah. Al-Qaradawiyy, Yusof. 2001. Hukum Zakat, Studi Komparatif mengenai Status dan Filsafah Zakat berdasarkan Quran dan Hadis. Salman Harun, Didin Hafidhuddin, Hasanudin, (terj.). Jakarta: P.T Pustaka Litera AntarNusa. Al-Qurtubiyy, Abi Abdullah Mohammad Ahmad al-Ansariyy. t.t. Jami al-Ahkam al-Quran. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. Al-Qurtubiyy, Ibnu Rusyd. 1996. Bidayat al- Mujtahid wa Nihayat al-Muqtasid. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah. Al-Sharbiniyy, Shamsuddin Muhammad bin Muhammad al-Khatib. 2000. Mughni al-Muhtaj ila Marifati Maani Alfaz alMinhaj. Beirut : Dar al- Kutub al-Ilmiyah. Azman Ab Rahman, Amiruddin Mohd Sobali dan Syed Mohd Najib Syed Omar. 2012. Keengganan Membayar Zakat Menurut Perspektif Syarak Dan Perundangan Islam Di Malaysia. USIM. Hasan Bahrom & Ezani Yaakub. 2006. Pengurusan Zakat Semasa. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti ( UPENA), UiTM. Ibnu Abidin, Muhammad Amin. t.t. Hasyiah Ibnu Abidin.Beirut: Dar al -Fikr. Ibnu Arabiyy, Abu Bakr. t.t. Ahkam al-Quran. Beirut: Dar al- Marifah. Ibnu Hummam, Kamaluddin. 1970. Fath al-Qadir. Kaherah: Mustafa Babiyy al-Halabiyy. Ibnu Qudamah, Abdullah bin Qudamah al-Maqdisiyy. 2004. al-Mughniyy. Kaherah: Dar al-Hadith. Ibrahim Mustafa et.al. 1985. Mujam al- Wasit. Istanbul: Maktabah Islamiyyah. Jawziyy, Ibn Qayyim, Shamsuddin Abi Abdullah Muhammad Ibn Bakr al -Zarie al-Dimashqiyy. 1998. Zad al-Maad fi al-Huda Khayra al-Ibad. Beirut: Muassasah Risalah. Mohd. Rushdan bin Mohd Jailani. Kemahiran Kepimpinan dan Dakwah. Pembentangan Kursus Pembangunan Kompetensi Mutawif. Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan. Julai 2011. Laman web, http://kafesantai.blogspot.com/2011/10/amil-larikan-wang-zakat-diburu-polis.html, 20 April 2012. Laman web e-Fatwa, http://www.e-fatwa.gov.my/kategori-fatwa/zakat, 10 April 2012. Laman web Suara Merdeka, http://www.suaramerdeka.com/, 22 Februari 2010. Mahmood Zuhdi Abd Majid. 2003. Pengurusan Zakat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Mujaini Tarimin. 2005. Tanggungjawab Amil dalam Konteks Kontemporari, Kertas Kerja 10. Zakat Menuju Pengurusan Profesional. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. ____________.2006. Golongan Penerima Zakat:Agihan Dana Secara Lebih Berkesan. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM. Shafiiyy, Mohammad Bin Idris. t.t. al-Umm. Beirut: Dar al-Marifah. Zaydan, Abd Karim. 2000. al-Mufassal fi al-Ahkam al-Marah. Beirut: Muassasah Risalah.

183

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

PENGAGIHAN ZAKAT KEPADA FAKIR MISKIN: SATU PERBINCANGAN? Mohd Nizho Bin Abdul Rahman82 Dr Mohd Sobhi Bin Ishak83 Dr Muhammad Bin Ahmad84 Muhammad Khadafi Bin Haji Rofie85 Universiti Utara Malaysia ABSTRAK Zakat adalah merupakan salah satu bentuk pemberian dan pengagihan yang di wajibkan oleh Islam kepada penganutnya bagi menyelesaikan permasalahan ekonomi umat. Di dalam alQuran dan Hadith telah dijelaskan secara panjang lebar tentang pengagihan yang perlu diberikan keutamaan dari sudut kelayakan golongan penerima zakat. Justeru penerima bantuan zakat boleh mencapai kehidupan yang baik dan dalam masa yang sama membebaskan mereka daripada dibelenggu kemiskinan. Isu berkaitan pengagihan zakat adalah merupakan satu isu yang penting untuk dikaji memandangkan pengagihan dan peneriman yang dibuat selalunya menjadi persoalan yang dibincang oleh masyarakat dan media massa. Oleh yang demikian kajian ini dilakukan bertujuan melihat sejauhmanakah pihak berwajib memainkan peranan mereka dalam mengagihkan bantuan zakat kepada penerima yang layak mendapat bantuan zakat. Apakah kaedah dan kriteria-kriteria yang digunakan oleh mereka menepati kehendak syarak ataupun mengikut amalan yang menjadi kebiasaan institusi terbabit. Pendekatan yang akan digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kualitatif dan kuantitatif. Pendekatan kualitatif digunakan bagi merujuk kepada dokumen yang sedia ada untuk memastikan pengagihan serta perbahasan mengenainya dapat disemak dengan baik, manakala pendekatan kuantitatif pula digunakan bagi mendapat maklumat secara langsung daripada mereka yang berkelayakan seperti yang ditetapkan oleh syarak. Sesuai dengan matlamat kajian, maka pengumpulan data adalah berdasarkan soal selidik, temu bual dan pemerhatian secara langsung. Sampel kajian adalah terdiri daripada pekerja bawahan UPSB yang sedia maklum berpendapatan bawah daripada RM400 sebulan. Diharap dengan adanya kajian sebegini dapat memberi input kepada pihak yang berwajib agar lebih memberikan perhatian tentang pengagihan dan golongan yang layak menerima bantuan zakat seperti mana yang diharapkan.

82 83

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Umum CAS Universiti Utara Malaysia Pensyarah Kanan Pusat Komunikasi Dan Multi Media CAS Universiti Utara Malaysia 84 Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Pebankan dan Muamalat COB Universiti Utara Malaysia 85 Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Umum CAS Universiti Utara Malaysia

184

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Pendahuluan Kemiskinan adalah subjektif dan relatif. Sukar bagi kita menentukan seseorang itu fakir ataupun miskin. Namun kebanyakkan golongan ini dilihat dari sudut memiliki atau tidak kemudahan material dalam kehidupan mereka. Justeru, kemiskinan dan kefakiran adalah sukar ditentukan dengan hanya melihatnya dari sudut pandangan mata kasar semata-mata. Ia adalah ketentuan dan rahmat daripada Allah. Firman Allah Taala: "Dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu, maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertakwa dan yang memberi zakat dan orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat kami.(Surah al-A'raaf, Ayat: 156) Oleh yang demikian, Islam mempunyai kaedahnya yang tersendiri bagi memastikan kelayakan orang yang berhak menerima dan memperoleh bantuan zakat. Kaedah yang diguna pakai dinamakan sebagai Had kifayah. Had al-Kifayah pula adalah suatu alat bagi mengukur kemiskinan. Secara mudah, ia digunakan bagi mengukur kecukupan perbelanjaan, dengan membandingkan pendapatan kasar dan perbelanjaan minimum sesebuah keluarga atau individu. Keputusan yang diperolehi pula lebih spesifik dan tepat dalam menentukan taraf seseorang pemohon zakat, sama ada kaya, miskin ataupun fakir (miskin tegar). Fatwa Pengurusan Agihan Zakat Selangor (2002) memberikan definisi Had al-Kifayah sebagai: Agihan zakat kepada asnaf dan individu fakir miskin yang perlu menepati kepada keperluan asasi sebenar. Sejajar dengan itu, maka institusi zakat wajar mengaplikasikan kaedah ini agar penentuan fakir miskin menjadi lebih tepat dan bantuan zakat lebih terfokus diuruskan. (Hamizul Abdul Hamid : 2012)

Pengertian Zakat Zakat dari sudut bahasa membawa maksud kesucian, kebersihan, menyuburkan dan menambahkan. Zakat dari sudut syarak membawa maksud mengeluarkan sebahagian harta yang tertentu untuk diberikan kepada mereka yang berhak menerimanya dengan memenuhi

185

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

syarat-syarat yang telah ditetapkan. (al-Mawardi : 1994) Firman Allah Taala: Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah AtTaubah : 103) Takrif Kemiskinan Dan Kefakiran Secara umumnya, kebanyakan orang menyangka bahawa fakir miskin adalah dua golongan yang boleh dikategorikan sebagai subjek yang sama. Namun, hakikatnya yang sebenar adalah tidak sama. Justeru, fakir dan miskin adalah dua golongan yang layak mendapat bantuan zakat disamping enam asnaf lain. Firman Allah SWT: Maksudnya:Sesungguhnya sedekah (zakat) itu adalah untuk (diagihkan kepada) orang-orang fakir, orang-orang miskin, para amil yang menguruskannya, para mualaf untuk dilunakkan hatinya, hamba sahaya, orang yang berhutang, berperang pada jalan Allah dan musafir. Ia adalah satu kefardhuan(ketetapan) daripada Allah dan Allah maha mengetahui lagi Bijaksana. (at-Taubah 9: 60) Namun begitu, wujud sedikit khilaf di kalangan ulama fikah dalam menentukan takrif fakir dan miskin. Bagi Imam Abu Hanifah dan Imam Malik, mereka mentakrifkan orang fakir ialah orang yang memiliki harta tetapi tidak mencukupi keperluannya. Orang miskin pula ialah orang yang tidak memiliki apa-apa. Manakala bagi takrifan Imam Syafie dan juga Hambali, fakir ialah orang yang tidak mempunyai apa-apa harta dan miskin pula ialah orang yang mempunyai harta namun tidak mampu memenuhi kecukupan keperluannya. Ibnu Hajar pula berpendapat, orang fakir lebih susah daripada orang miskin. Orang miskin adalah orang yang mempunyai harta dan pendapatan yang tidak mampu menampung keperluannya, sedangkan orang fakir tidak punya sebarang harta dan
186

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

pendapatan sama sekali. Ringkasnya, pandangan Imam Syafie dan Imam Hambali adalah berlawanan dengan pandangan di sisi Hanafi dan Maliki. Bagi umat Islam di Malaysia, kita menerima pakai pendapat Imam Syafie serta jumhur ahli hadis dan ahli fiqh. Sementara itu, Fatwa Pengurusan Agihan Zakat Selangor tahun 2002, yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor telah mempersetujui bahawa takrifan fakir dan miskin itu ialah: 1. Fakir ialah orang Islam yang tidak mempunyai harta atau pekerjaan atau ada pekerjaan tetapi tidak halal atau ada pendapatan tetapi tidak mencapai 50% daripada had kifayah, untuk

keperluan diri atau keperluan diri tanggungannya. Sebagai contoh seseorang yang memerlukan duit sebanyak RM 10 tetapi yang mampu dimilikinya hanya RM 3 sahaja. 2. Miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan halal yang hanya boleh menampung 50% untuk keperluan diri dan tanggungan tetapi tidak mencapai had kifayah. Sebagai contoh seseorang yang memerlukan duit sebanyak RM 10 tetapi yang mampu dimilikinya hanya RM 5 atau kurang daripada RM10. ( Abdul Rahman Omar Bi Alawi, t.th : 218) Sementara itu, jika dirujuk pada zaman awal Islam sendiri pun sudah wujud kedua-dua jenis kemiskinan ini. Misalnya pada zaman Mekah, majoriti yang memeluk Islam ialah golongan fakir dan miskin. Contohnya keluarga Ammar bin Yasser r.a. Manakala, selepas era hijrah ke Madinah, wujud golongan ahlus suffah yang mendiami masjid Nabi, dan golongan ini adalah golongan fakir. Di antara ahli suffah yang terkenal ialah Abu Hurairah r.a. Beliau sering mengikat batu ke perutnya demi menahan kelaparan bahkan pernah dianggap gila kerana bercakap-cakap sendirian menahan lapar. Akhir Rasulullah SAW membawanya pulang ke masjid Nabi dan ditugaskan untuk menjaga gudang menyimpan hasil zakat. Dalam konteks hari ini, kita boleh mendefinisikan orang fakir itu sebagai miskin tegar atau miskin mutlak. Manakala kepada golongan miskin yang masih mampu hidup walau serba kesempitan hanya dianggap miskin sahaja.

187

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Enam Keperluan Asasi Sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab tentang fakir dan miskin institusi ini mengambil kira enam aspek keperluan hidup manusia. Keperluan itu ialah, tempat tinggal, makanan, pakaian, pendidikan, rawatan dan pengangkutan. Perkara-perkara yang dinyatakan ini adalah suatu keperluan asasi kepada setiap manusia. Maka, seandainya pendapatan isi rumah yang diperolehi setiap bulan, tidak mampu memenuhi kecukupan minima bagi keperluan-keperluan ini, seseorang itu layak dianggap sama ada miskin ataupun fakir. Daripada data fakir dan miskin yang dikumpulkan itulah, maka institusi zakat mampu merangka strategi seterusnya bagi menangani kemiskinan. Fakir dan miskin memerlukan kaedah dan strategi yang berbeza. Di sinilah relevannya institusi zakat memperkasakan jentera agihan zakat, misalnya dengan mewujudkan Jabatan Pembangunan Asnaf, Kumpulan Usahawan Asnaf Zakat, Pusat Pendidikan dan Latihan Asnaf Zakat dan sebagainya. Ini kerana, dengan menyediakan pelbagai prasarana pembangunan zakat, maka ia akan menjadi pemangkin kepada pembangunan asnaf itu sendiri. (Hamizul Abdul Hamid : 2012) Rasulullah S.A.W sendiri berpesan agar sentiasa membela dan mengasihi fakir miskin. Rasulullah SAW bersabda kepada Aisyah: Maksudnya:- Wahai Aisyah sukailah orang-orang miskin dan dekatilah mereka nescaya Allah akan dekat denganmu di akirat kelak. ( Riwayat Imam Tirmizi ) Agama Islam amat prihatin dan menuntut agar penganutnya sentiasa membela nasib fakir dan miskin. Setiap usaha disusun serta dirancang bagi mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan. Inilah natijahnya zakat di sisi Islam bagi menangani permasalahan fakir dan miskin.

Pengagihan Zakat Jabatan Agama Islam Kedah Jabatan Zakat negeri Kedah (JZNK) mempunyai panduan yang telah ditetapkan dalam buku panduan agihan zakat 2012. Terdapat huraian yang telah dijelaskan dalam panduan tersebut

188

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

mengikut golongan yang layak diterima sepertimana yang terdapat dalam al-Quran. Firman Allah SWT: Maksudnya:- Sesungguhnya sedekah (zakat) itu adalah untuk (diagihkan kepada) orangorang fakir, orang-orang miskin, para amil yang menguruskannya, para muallaf untuk dilunakkan hatinya. (at-Taubah 9: 60) Apa yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:Jabatan Zakat Negeri Kedah meletakkan kod dan skim bantuan agihat zakat kepada asnaf yang telah dinyatakan dengan membahagikannya kepada asnaf Fakir, Miskin dan lain-lain. Pihak pengkaji hanya membincangkan dua asnaf yang terawal memandangkan golongan ini melebihi golongan yang lain. Agihan yang dilakukan adalah seperti berikut:-

1.Asnaf Fakir Pihak jabatan telah memperincikan bantuan kewangan dan makanan kepada golongan ini dengan mengenakan beberapa syarat yang telah ditetapkan. Bantuan yang berupa sumbangan dalam bentuk kewangan dan makanan secara bulanan ini diberikan kepada mereka yang benar-benar layak menerimanya. Syarat tersebut mewajibkan penerima melakukan permohonan kepada JZNK untuk mendapat kelulusan. Had umur tidak kurang daripada 50 tahun, tidak mempunyai waris dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan daya untuk membuat sebarang pekerjaan adalah dikenakan kepada mereka yang memohon bantuan dalam bentuk kewangan. Sebaliknya mereka memohon untuk mendapat bantuan makanan pula dikenakan syarat yang sama, cuma dikenakan syarat tambahan kepada pemohon. Mereka mestilah mempunyai tanggungan yang ramai sekurang-kurangnya 3 orang. Cara bayaran dan bantuan yang diberikan adalah secara terus ke rumah dan dalam bentuk wang tunai dan juga melalui cek. Nilai yang diberikan adalah sebanyak RM450 sebulan manakal bantuan dalam bentuk makanan pula adalah merangkumi makanan keperluan atau kebiasan harian.

189

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Selain daripada bantuan kewangan dan makanan pihak JZNK juga menghulurkan bantuan zakat dalam bentuk makanan bulanan kepada Pusat Penempatan Warga Tua (rumah orang tua). Terdapat syarat pemilihan bagi golongan ini dengan mendapat persetujuan antara pengelola pusat penempatan warga tua dan pihak JZNK. Syarat yang lain yang dikenakan adalah warga yang ada kesungguhan untuk belajar dipusat warga tua dan pusat tersebut menghantar permohonan kepada pihak JZNK. Kadar bayaran yang diberi adalah sebanyak RM 200 dengan cara pembayaran cek melalui pusat penempatan tersebut. Terdapat juga bantuan yang diberikan dalam bentuk membina pusat penempatan warga tua dengan syarat permohonan tersebut dikemukakan beserta kertas kerja yang lengkap, mempunyai kelas pengajian dan tanah yang hendak dibina itu adalah berstatus wakaf. Pihak JZNK juga meletakkan lain-lain bantuan untuk golongan fakir (luar jangka) dengan hanya membuat permohonan dan bantuan terus kepada penerima. Justeru JZNK secara jelas mempunyai panduan pengagihan zakat kepada golongan yang memerlukan dan perkara ini dibukukan sebagai panduan kepada pihak JZNK sendiri mahupun penerima dikalangan fakir miskin. (Sofiyuddin Bin Ismail : 2012).

2. Asnaf Miskin Golongan yang kedua setelah fakir adalah miskin. Golongan ini juga turut sama mendapat bantuan kewangan daripada pihak JZNK secara bulanan. Mereka hanya perlu membuat permohonan dan pendapatan gaji mereka adalah rendah serta mempunyai tanggunggan yang ramai. Kadar bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM 400 dan cara pembayaran adalah melalui cek yang dihantar terus kepada penerima tersebut. Urutan bantuan yang diberikan kepada asnaf yang layak menerima bantuan adalah hampir sama terutamanya bantuan kewangan dan makanan secara bulanan. Selain daripada bantuan bulanan, golongan miskin ini juga diberi bantuan tahunan dengan syarat seperti yang telah disebutkan pada bantuan kepada fakir miskin, cuma ditambah dengan beberapa syarat kelayakan yang lain seperti berumur 40 tahun ke atas kecuali faktor kesihatan dan janda. Seorang ketua isi rumah sahaja dalam sesebuah keluarga dipertimbangkan bantuan kepada mereka. Syarat yang lain adalah berkaitan dengan status perkahwinan, resit zakat fitrah yang asal atau salinan resit bayaran zakat JZNK dan salinan kad pengenalan suami dan isteri. JNZK mempunyai cara yang telah ditetapkan dengan mengedarkan borang permohonan melalui pihak
190

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

masjid diseluruh negeri Kedah. Kadar bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM 600 melalui cek yang disampaikan terus kepada penerima. JZNK juga berperanan mengagihkan semula hasil kutipan zakat oleh badan-badan kerajaan dan swasta. Syarat yang dikenakan kepada pembayar zakat (institusi atau agensi) mestilah mengemukakan permohonan ke JZNK untuk agihan balik kepada pihak berkenaan berserta butiran penerima yang mempunyai pengenalan diri. Bantuan yang diberikan adalah berupa bayaran cek kepada pihak berkenaan. Bantuan persekolahan juga diberikan kepada penuntut miskin yang bersekolah aliran agama Nidzomi, penuntut miskin Maktab Mahmud di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah dan aliran biasa yang layak menerima bantuan zakat. Syarat yang dikenakan kepada sekolah aliran agama Nidzomi adalah berdasarkan kepada status tanah wakaf dan menggunakan kurikulum yang ditetapkan oleh JHEAIK. Syarat yang khusus juga dikenakan kepada pihak sekolah agar menghantar laporan penggal pertama ke JZNK dan pihak sekolah dikehendaki memilih pelajar miskin daripada jumlah keseluruhan. Bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM 125 setiap pelajar dan diberikan cek melalui sekolah yang terlibat. Perbezaan antara sekolah agama Nidzomi dan Maktab mahmud adalah dari segi peruntukan yang diberikan iaitu RM 5000 untuk sekolah Maktab Mahmud. Manakala bantuan persekolahan penuntut miskin aliran biasa hendaklah memenuhi syarat bahawa suami isteri penerima zakat mempunyai sekurangkurangnya 4 orang anak yang bersekolah, ibu tunggal mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang anak yang bersekolah, surat pengesahan sekolah yang dihantar ke JZNK pada awal Januari hingga Mac setiap tahun kecuali tingkatan 6. Bantuan persekolahan akan ditamatkan apabila bilangan anak berkurangan daripada syarat yang telah ditetapkan. Bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM 100 bagi setiap anak dan cek diberikan kepada waris. Justeru bagi memenuhi keperluan kepada golongan miskin bantuan berbentuk pakaian, yuran penuh ke IPTA, pembinaan rumah individu, baik pulih rumah, jaya diri, musibah alam, sara hidup, luar jangka, rawatan bulanan, rawatan sekaligus, rawatan klinik panel, anak yatim, program pembangunan Asnaf, agihan fidyah dan Pusat Hemodialisis. Setiap keperluan yang dikenakan kepada golongan miskin seperti yang disebut di atas hendaklah memenuhi syarat yang dikehendaki sesuai dengan kategori dan pecahan keperluan yang diperlukan. Kadar bayaran juga adalah berdasarkan munasabah permohonan dan kategori yang sudah dipecahkan. (Sofiyuddin Bin Ismail : 2012)
191

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Metod Kajian
Bilangan responden yang terlibat dalam kajian ini ialah sebanyak 50 orang pekerja UPSB yang dipilih secara purposive dengan mengambil kira stratifikasi mereka berdasarkan tempat tinggal, tahap

pendapatan, tahap perkahwinan dan tanggungan keluarga. Alat Ukuran Satu set soal selidik digunakan untuk mendapatkan data latar diri responden dan gagasan utama kajian. Soal selidik mengandungi tiga bahagian berikut: Bahagian A: Soalselidik latar demografi Bahagian B: Bahagian C: Ukuran Pengetahuan Tentang Kelayakan Menerima Zakat Ukuran Mereka Yang Tidak Pernah Menerima Zakat

Alat ukuran Bahagian B hingga C ialah ujian yang bersifat piawai dengan menggunakan skala pilihan jawapan seperti yang dicadangkan oleh Likert (1932).

Ukuran Pengetahuan Tentang Kelayakan Menerima Zakat Ukuran pengetahuan tentang kelayakan menerima zakat mengandungi 12 item dengan jawapan ya atau tidak berserta jawapan pilihan berdasarkan kesesuaian dengan ukuran yang dinyatan di atas. Ukuran Mereka Yang Tidak Pernah Menerima Zakat Ukuran Mereka Yang Tidak Pernah Menerima Zakat mengandungi 6 item dengan menggunakan skala format dua pilihan jawapan persetujuan ya atau tidak berserta jawapan pilihan berdasarkan kesesuaian dengan ukuran seperti yang telah dinyatakan(Mohd Nizho Abdul Rahman et.al : 2008)

Dapatan Kajian Jadual 1.0 di bawah memaparkan latar belakang responden kajian dimana keseluruhan responden adalah terdiri daripada pekerja wanita. Terdapat seramai 50 orang pekerja wanita yang
192

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

ditemubual dalam kajian. Hasilnya mereka yang berumur di antara 45-54 adalah mereka yang teramai. Kemudian diikuti mereka yang berumur 55-64 tahun. Ini menunjukkan bahawa keperluan kepada kelangsungan hidup yang agak sempurna adalah menjadi tuntutan dan kehendak mereka. Faktor umur yang lanjut juga menggambarkan kehendak dan keinginan mereka memenuhi tuntutan hidup. Seterusnya kawasan tempat tinggal juga mempengaruhi mereka untuk bekerja bagi memenuhi keperluan keluarga. Mereka yang berkahwin pula mendominasi golongan yang belum berkahwin sebanyak 74% daripada 26%. Ini mengesahkan lagi kehendak dan keperluan keluarga menjadi keutamaan meskipun mereka yang berkahwin itu bukanlah ketua keluarga yang menjadi tanggungjawab yang sepatutnya dipikul. Bagi tahap pendapatan pula, mereka yang bergaji di antara RM 350 - RM 700 mendominasi pendapatan mereka yang kurang dan yang lebih daripada angka tersebut. Ini menunjukkan tahap pendapatan mereka berada di bawah paras kemiskinan kebangsaan iaitu RM 750 sebulan. Ianya disebut sebagai PGK (Paras garis kemiskinan) (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: 2012).

Apa yang menarik di sini adalah, jika dirujuk kepada panduan agihan zakat negeri Kedah dengan jumlah tanggungan keluarga dalam dapatan kajian ini, menunjukan bahawa majoriti mereka yang berkeluarga dan yang mempunyai 2 orang anak mendominasi sebanyak 28%, diikuti 40% mereka yang mempunyai 1 dan 3 orang anak. Ini menunujukkan 68% mereka yang mempunyai tanggungan di bawah tiga orang anak tidak melepasi syarat kelayakan menerima zakat seperti bantuan persekolahan, bantuan makanan dan bantuan persekolahan bulanan. Namun tidak semua bantuan yang boleh diterima terhalang melalui tanggungan yang ada, di sana terdapat kriteria lain yang diperlukan dalam syarat yang telah dinyatakan. Oleh yang demikian takrif kemiskinan kebangsaan perlu dilihat semula dan bagi pihak JZNK merujuk kepada takrifan fuqaha itu adalah suatu yang mesti menjadi keutamaan bagi mengatasi permasalahan fakir dan miskin. Dr. Syed Hussin Ali (1964) pula berkata, golongan miskin adalah mereka yang mempunyai kelas, status sosial dan kuasa yang paling rendah dalam masyarakat. Golongan tersebut dikatakan miskin kerana pendapatan daripada kerja mereka tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan asas dan kemudahan sosial yang dimiliki sekurang-kurangnya pada kadar yang paling minimun. Kesimpulannya, menurut beliau, terdapat tiga faktor yang dapat dijadikan ukuran dan perbezaan

193

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

ekonomi antara golongan miskin dan masyarakat lain iaitu pendapatan, pemilikan dan kerjaya serta struktur stratifikasi masyarakat. (Mohd Taib Hj. Dora : 1991) Jadual 1: Latar belakang Responden Kajian Pemboleh Ubah Jantina (n=50) Perempuan Umur (n=50) 25-34 35-44 45-54 55-64 Kawasan Tempat Tinggal (n=47) Sintok Changlun Kodiang Jitra Sanglang Kuala Nerang Bukit Kayu Hitam Pekerjaan (n=50) Kakitangan Swasta Taraf Perkahwinan (n=50) Berkahwin Ibu Tunggal Tahap Pendapatan (n=50) Kurang RM350 RM351-RM700 RM701-RM1000 RM1001-RM1500 Tanggungan (n=50) Seorang Dua Tiga Empat Lima Enam Tujuh Bilangan 50 7 8 21 14 7 27 5 2 2 1 3 50 37 13 2 22 21 5 10 14 10 8 4 2 2 Peratus 100 14 16 42 28 14 54 10 4 4 2 6 100 74 26 4 44 42 10 20 28 20 16 8 4 4

194

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Jadual 2 di bawah menunjukkan tahap pengetahuan mereka yang layak menerima zakat. Daripada 50 orang responden hanya 17 orang sahaja daripada 33 orang responden pernah menerima zakat. Mereka yang menerima zakat daripada pelbagai agensi dan orang perseorangan adalah menyamai zakat yang diterima daripada JZNK. Ini menunjukan mereka tidak memperolehi maklumat yang secukupnya tentang kelayakan mereka. Namun pengetahuan tentang maklumat berkaitan zakat banyak diperolehi daripada guru agama iaitu sebanyak 58%, diikuti kawan dan jiran, masing-masing mewakili 52% - 48%. Apa yang menarik daripada hasil kajian ini, didapati teknologi masih tidak mampu berperanan sebagai penyampai maklumat berkaitan dengan tututan agama sedangkan Nabi S.A.W menyatakan: Maksudnya:Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. ( Riwayat Ahmad )

Ini menunjukkan apa sahaja kaedah penyampaiaan yang boleh menyampaikan maklumat adalah diterima oleh Islam. Hasil kajian menunjukkan bahawa maklumat yang diperolehi berkaitan zakat adalah melalui cara kebiasaan sahaja apabila guru agama, kawan, jiran dan masjid mendominasi keseluruhan maklumat berbanding radio, televisyen dan sistem pesanan ringkas (SMS). Ini adalah sesuatu yang mengecewakan apabila zakat yang hendak dibayar diperhebatkan maklumatnya melalui sistem pesanan ini (SMS). Sedangkan dalam masa yang sama bantuan dan perolehan kepada golongan ini tidak digunakan dengan sebaik mungkin. Firman Allah Taala: Maksudnya:- Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu melakukan keadilan dan ihsan sesama manusia (Surah al-Nahl: 90) Kebimbangan yang perlu lahir dalam diri manusia adalah bimbang tidak melakukan kebaikan kepada orang lain dalam erti kata yang lain menzalimi orang lain tanpa disedari. Seterusnya seramai 32% responden mengakui bahawa mereka hanya memohon sekali sahaja bantuan zakat dan hanya 4% peratus tidak memohon, manakala yang selebihnya tidak memberi jawapan kepada pihak pengkaji. Di sini mungkin lahir perasaan malu untuk memohonnya bagi kali yang
195

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

kedua memandangkan uruf dan suasana masyarakat yang pada kebiasaannya begitu. Seperti pepatah melayu ada menyebut diberi betis hendakkan paha. (Peribahasa Melayu.com : 2012) . Selain itu berdasarkan kajian yang dilakukan, maklumat juga penting dan merupakan salah satu faktor penyebab tidak sampainya maklumat kepada golongan ini. Jenis zakat yang diterima pula bertepatan dengan tajuk perbincangan apabila 11 orang responden menjawab mereka menerimanya atas dasar kemiskinan berbanding dengan yang lain. Jumlah bantuan yang diterima kebanyakannya menyatakan mereka menerima bantuan tersebut di bawah daripada RM200 berbanding hanya 2 orang sahaja yang pernah menerima RM 500. Tempoh pemberian zakat juga menunggu proses yang agak lama berbanding dengan keperluan harian mereka. Masa 3 bulan dan ke atas merupakan satu ketetapan yang dikatakan standard dan menjadi kebiasaan. Seterusnya apabila dirujuk kepada keperluan harian mereka seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal, kajian mendapati jumlah perbelanjaan keperluan tersebut tidak mampu menampung keperluan mereka. Jadual 2: Maklumat Berkaitan Zakat Pemboleh Ubah Adakah pernah menerima zakat? (n=50) Ya Tidak Dari Siapa menerima zakat? (n=17) Pejabat Zakat Organisasi / Kumpulan Perseorangan Dari mana anda tahu tentang zakat? Guru Agama Kawan Jiran Masjid Radio Saudara Pemimpin Masyarakat Televisyen SMS Bilangan 17 33 Peratus 34 66

8 8 1

16 16 2

29 26 24 21 11 4 2 2 2

58 52 48 42 22 8 4 4 4
196

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Berapa kali pernah memohon zakat? (n=18) Sekali Dua kali Jenis zakat diterima? (n=17) Zakat Fitrah Ibu tunggal Miskin Wang Jumlah diterima? (n=17) RM100 RM150 RM200 RM300 RM50 RM500 RM70 RM80 Tempoh Menunggu Sebelum Menerima Bantuan Zakat? 1 Bulan 2 Bulan 3 bulan 5 bulan 12 bulan Berapa perbelanjaan sebulan untuk keperluan asas? Makanan Kurang RM100 RM151-RM200 RM201-RM300 RM301-RM400 RM401-RM500 Lebih RM500 Pakaian Kurang RM100

16 2

32 4

2 1 11 3

4 2 6 6

1 9 1 1 1 2 1 1

2 18 2 2 2 4 2 2

3 1 5 1 3

6 2 10 2 6

2 5 1 10 8 5

4 10 2 20 16 10

38

76
197

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

RM151-RM200 RM201-RM300 RM301-RM400 RM401-RM500 Tempat Tinggal Kurang RM100 RM151-RM200 RM201-RM300 RM301-RM400 RM401-RM500 Jumlah Hutang? Makanan (RM200) Pakaian (RM100-RM150) Tempat Tinggal Kurang RM100 RM300-RM350 Adakah bantuan zakat telah menyelesaikan masalah anda? (n=50) Ya Tidak

1 1 1 4

2 2 2 8

40 1 1 2 1

80 2 2 4 2

1 2 3 4

2 4 6 8

13 25

26 50

Jadual 3 di bawah menjelaskan tentang pandangan responden yang tidak pernah menerima zakat. Secara keseluruhan, kajian mendapati golongan fakir dan miskin yang tidak pernah menerima zakat adalah terdiri daripada mereka yang tidak mendapat maklumat yang betul dan tepat berkaitan dengan zakat. Apabila dilihat dari sudut kelayakan, responden memberikan jawapan bahawa mereka tidak tahu tentang kelayakkan yang membolehkan mereka menerima zakat. Terdapat 30 orang daripada 49 orang yang menjawab mengatakan tidak tahu tentang perkara tersebut. Manakala yang mengetahui bahawa mereka layak hanya 19 orang daripada 49 orang responden. Dalam kajian ini juga didapati seramai 48% responden meluahkan perasaan mereka bahawa pihak zakat tidak pernah membuat tinjauan terhadap mereka. Ini menggambarkan

bahawa hubungan penerima zakat amat jauh daripada pihak yang bertanggungjawab memberi zakat. Jika dilihat pada ayat al-Quran yang menjelaskan tentang kewajipan membayar zakat kepada golongan ini menunjukkan bahawa perkataan lil Fuqarai wal Masakin itu (
198

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

) yang bermaksud sesungguhnya sedekah (zakat) itu adalah untuk (diagihkan kepada) orang-orang fakir dan orang-orang miskin. Ini bemakna mereka yang bertanggungjawab mestilah mencari mereka yang layak dan bukan orang yang layak mencari mereka. Di dalam sejarah Islam sendiri memperlihatkan bagaimana dua orang lelaki berjalan ditengah padang pasir timur dan barat untuk mencari mereka yang layak menerima zakat. Pada akhir ayat juga didapati satu perintah menunjukkan kefardhuan zakat yang mesti ditunaikan bukan sahaja kepada pembayar malah mesti disampaikan kepada penerima. Firman Allah Taala: Maksudnya:- Ini adalah satu kefarduan(ketetapan) daripada Allah dan Allah maha mengetahui lagi Bijaksana. Sebaliknya hampir separuh responden mengetahui tentang tempat dan keperluan mereka memohon zakat. Adapun selebihnya tidak mengetahui tentang tempat dan keperluan mereka memohon zakat. Jawapan yang diberikan responden boleh dinilai dari sudut pengetahuan mereka samada dari sudut agama atau dari sudut semasa. Perkara yang berkaitan tempat dan keperluan memohon adalah merujuk kepada pengetahuan semasa. Ia tidak berkaitan dengan pengetahuan agama apabila soalan yang ditanya tentang kelayakan menerima zakat majoriti mereka menjawab tidak dalam erti kata pengetahuan agama dan kelayakkan yang diperlukan. Ini dikuatkan lagi dengan pengakuan responden bahawa tahap kesukaran untuk menerima zakat adalah terlalu tipis apabila 62% responden menyatakan ya dan 36 % menyatakan tidak terhadap penerimaan zakat. Setelah dilihat daripada soalan-soalan yang telah dikemukan didapati saling wujud perkaitan antara satu soalan dengan solan yang lain. Terdapat juga birokrasi yang menyebabkan penerima zakat merasakan putus asa dan segan untuk memohon dan dalam masa yang sama terpaksa menunggu proses permohonan yang agak lama kepada mereka. Oleh yang demikian hasil kajian ini terjawab secara tidak langsung tentang pengagihan zakat yang diperlukan oleh golongan yang memerlukan ini agar mereka mampu keluar daripada belenggu kemiskinan yang ditanggung oleh mereka.

199

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Jadual 3: Pandangan Responden Yang Tidak Pernah Menerima Zakat (N=50) Pemboleh Ubah Adakah anda tahu anda layak menerima zakat? (n=49) Ya Tidak Pernahkah seseorang memberitahu anda layak menerima zakat (n=50) Ya Tidak Pernahkah pejabat zakat datang membuat tinjauan kepada anda? (n=50) Ya Tidak Adakah anda tahu tempat untuk memohon zakat? (n=50) Ya Tidak Adakah anda tahu zakat perlu dipohon? (n=50) Ya Tidak Adakah anda rasa sukar untuk mendapat bantuan zakat? (n=49) Ya Tidak Bilangan 19 30 Peratus 38 60

15 35

30 70

2 48

4 96

25 25

50 50

27 23

54 48

31 18

62 36

Kesimpulan Pengkaji merasakan bahawa peranan zakat perlu diperkasakan lagi agar matlamat dan fungsi zakat adalah lebih efisien dan menyeluruh. Namun pengkaji juga mengemukakan beberapa saranan agar pihak yang berwajib dan mereka yang mengeluarkan zakat lebih peka dengan masalah kefakiran dan kemiskinan. Saranan yang di maksudkan adalah berdasarkan kajian yang telah dilakukan ini:-

200

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

1. Kadar bayaran kepada penerima (Fakir Miskin)

zakat hendaklah dilihat semula

berdasarkan uruf dan tuntutan semasa yang berpandukan kepada al-Quran dan al-Sunah. 2. Tempoh masa bayaran kepada penerima (Fakir Miskin) dan syarat penerimaan zakat perlu dilihat dan dikaji semula dengan baik. 3. Menggunakan teknologi dengan sebaiknya agar kedua-dua pihak sama ada penerima dan pembayar mendapat pendedahan maklumat dengan sewajarnya. 4. Menghilangkan keraguan kepada golongan penerima bahawa zakat adalah sebuah badan yang membantu bukannya menyusahkan. 5. Pihak JZNK hendaklah sentiasa turun padang melihat serta meninjau sendiri permasalahan yang berlaku kepada golongan. Sabda Nabi S.A.W: Maksudnya:- Seseorang mukmin itu terhadap mukmin yang lain adalah seperti satu binaan yang saling memerlukan antara satu dengan yang lain.(Riwayat al-Bukhari) Dengan adanya kajian sebegini sekurang-kurang dapat membantu pihak berwajib melihat kembali apa yang patut dan perlu dilakukan dan diperhebatkan lagi. Diharap Jabatan zakat sendiri mampu merealisasikan tuntutan agama dan memenuhi keperluan masyarakat sesuai dengan kehendak dan keperluan semasa.

201

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

RUJUKAN
Al-Quran al-Karim. Tafsir Pimpinan al-Rahman. (1995). Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Jabatan Perdana Menteri. Ibn Hambal. Ahmad ibn Hambal. (1993). Musnad Imam Ahmad. Bayrut : Dar al-Fikr. Abdul Rahman Omar Bi Alawi (t.th) Buqiyyah al-Mustarshidin. Jil. 1. Beirut : Dar al-Fikr. Al-Bhukhari, Muhammad bin Ismail, (2004), Sahih al-Bhukhari, 1 j. Bayrut: Dar Fikr. Hamizul Abdul Hamid (2012) Siri 2 : Fakir, Miskin dan Had Kifayah. Pegawai Dakwah Pena Lembaga Zakat Selangor (MAIS): Selangor Darul Ehsan. Mohd Nizho Bin Abdul Rahman et.al (2008) Tahap Kefahaman Agama di Kalangan Pelajar: Kajian di Institusi Pengajian Tinggi di Utara Semenanjung Malaysia. Geran Kajian Penyelidikan Universiti, Sintok : Universiti Utara Malaysia. Mohd Taib Hj. Dora (1991) Pembasmian Kemiskinan: Satu Penelitian Tentang Peranan Agensi Kerajaan dan Amanah Ikhtiar Malaysia. Kertas Projek, Jabatan Antropologi dan Sosiologi. Kuala Lumpur : Universiti Malaya Abu al-Hasan Ali al-Baqdadi al-Mawardi (1994) Al-Hawi Fi Fiqh Al-Syafei. j.18. Beirut : Dar Al-Kutub al-Alamiah Peribahasa Melayu - Koleksi Peribahasa Melayu dan Maksud 2012. http://peribahasamelayu.com/diberibetis-hendak-paha. Sofiyuddin Bin Ismail ( 2012) Panduan Agihan Zakat 2012. Pegawai Agihan. Jabatan Zakat Negeri Kedah: Kedah Darulaman. Al-Tirmizi, Muhamad ibn Isa ibn Surah (1980). Al-jami al-sahih sunan al-Tirmizi. Beirut: Dar al-Fikr.

202

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

PENGETAHUAN PERANCANGAN KEWANGAN ISLAM DAN PERANCANGAN ZAKAT PENJAWAT AWAM Mohd. Amim B Othman Husniyah Abdul Rahim Zuroni Md Jusoh Universiti Putra Malaysia ABSTRAK Peningkatan dalam KDNK Negara menunjukkan kehidupan isi rumah di Malaysia semakin sejahtera ekonominya. Namun demikian masih terdapat individu yang tidak mendapat manfaat dari keadaan ini. Walaupun begitu, pemberian zakat dapat memperbaiki kehidupan mereka yang memerlukan. Adalah wajar bagi individu beragama Islam yang mampu untuk menjalankan tanggungjawab mereka dalam mengurangkan beban golongan kurang bernasib baik demi meningkatkan kesejahteraan hidup mereka. Satu kajian terhadap penjawat awam dilakukan untuk menentukan tahap perancangan zakat individu dan bagaimanakah latar belakang mereka yang cenderung untuk menyediakan pelan rancangan zakat dan sebaliknya. Pengaruh ke atas perancangan zakat daripada beberapa faktor juga ditentukan antaranya pengetahuan mereka dalam perancangan kewangan Islam. Sebanyak lapan kementerian dipilih secara persampelan rawak berdasarkan senarai kementerian di Putrajaya, Wilayah Persekutuan dengan memperolehi seramai 310 responden. Regresi berbilang yang mengawal pengaruh oleh latar belakang responden mendapati individu yang berpengetahuan tinggi dalam perancangan kewangan Islam, tidak cenderung terlibat dengan rasuah dan mempunyai kawalan dalam aspek kewangan mereka mempengaruhi kecenderungan untuk menyediakan pelan perancangan zakat. Amalan kewangan yang baik mewujudkan kestabilan kewangan yang memberi peluang kepada individu untuk menunaikan tanggungjawab memberi zakat kepada umat Islam. Individu seharusnya bersedia untuk menjalankan tanggungjawab memberi zakat melalui penyediaan pelan perancangan zakat masing-masing. Peruntukan sebahagian pendapatan untuk membayar zakat boleh dikenalpasti semasa menyediakan pelan perancangan zakat. Justeru itu, kemahiran perancangan kewangan Islam adalah diperlukan oleh individu. Di samping itu, dengan mengetahui siapakah golongan yang tidak cenderung untuk merancang zakat, pihak pejabat zakat boleh memberi kesedaran kepada golongan berkenaan untuk terlibat sama. Lanjutan dari itu, semua pihak yang terlibat dalam urusan zakat boleh memenuhi tanggungjawab mereka. Kata kunci: pengetahuan perancangan kewangan Islam, perancangan zakat, kewangan, penjawat awam Pengenalan Peningkatan dalam KDNK Negara menunjukkan kehidupan isi rumah di Malaysia semakin sejahtera ekonominya. Namun demikian masih terdapat individu yang tidak mendapat manfaat
203

kawalan

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

dari keadaan ini. Walaupun begitu, pemberian zakat dapat memperbaiki kehidupan mereka yang memerlukan. Adalah wajar bagi individu beragama Islam yang mampu untuk menjalankan tanggungjawab mereka dalam mengurangkan beban golongan kurang bernasib baik demi meningkatkan kesejahteraan hidup mereka. Di Malaysia, pembayar zakat pendapatan layak mendapat potongan rebat cukai di atas jumlah zakat yang dikeluarkan di kaunter zakat di seluruh Negara. Pengeluaran zakat pendapatan adalah merupakan satu kewajipan ke atas setiap umat Islam yang mempunyai pendapatan dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Islam. Individu perlu membuat penilaian pendapatan dan belanjawan sebelum mengetahui jumlah zakat yang patut dikeluarkan. Secara tidak langsung, dapat difahami bahawa individu yang merancang kewangan mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk mengeluarkan zakat pendapatan. Zakat merupakan rukun Islam yang keempat dan diwajibkan ke atas individu yang mempunyai pendapatan yang memenuhi nisab dan tempoh haul. Zakat dikeluarkan dengan tujuan menyucikan pendapatan yang diperolehi sepanjang tempoh setahun bekerja. Secara teorinya, Islam menggalakkan umatnya berusaha keras supaya menjadi insan yang mempunyai pendapatan, mampu mencapai jumlah yang perlu dikeluarkan zakat dan kemampuan membayar zakat dengan sendirinya menyempurnakan salah satu tuntutan rukun Islam. Membayar zakat juga menggerakkan ekonomi Islam. Pengeluaran zakat merupakan suatu kaedah mengelak dari penurunan nilai harta (diminish value of asset) bagi harta yang tidak bergerak dalam kitaran ekonomi sesebuah Negara. Harta yang statik dan dikenakan cukai akan berkurang nilai berbanding harta yang dilaburkan bagi kegunaan ekonomi umat Islam. Namun begitu, kewajipan membayar zakat bukan bermaksud untuk mengurangkan nilai simpanan seseorang, tetapi lebih daripada itu bertujuan untuk mengembangkan harta tersebut bagi mendapatkan manfaat kesan gandaan (multiplier effect) bagi setiap wang fiat yang dimiliki oleh individu. Justeru, perancangan zakat juga bermaksud suatu proses merancang kewangan agar wang tersebut tidak mendapat kesan akibat penurunan nilai dengan melakukan aktiviti mengeluarkan zakat. Pekerja khususnya penjawat awam merupakan pengguna yang mempunyai pekerjaan tetap serta mampu untuk memenuhi pelbagai tuntutan dan keperluan harian. Peruntukan pendapatan oleh individu bagi memenuhi pelbagai aspek keperluan kewangan dipercayai menjadi faktor penting mempengaruhi tahap kepuasan kewangan pengguna. Perbelanjaan isi
204

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

rumah Malaysia pada tahun 2010 meningkat sebanyak 12.1% berbanding dengan tahun sebelumnya (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010), justeru pengguna perlu bijak merancang penggunaan mereka kerana kemahuan memenuhi permintaan kewangan akan menimbulkan isu ketidakcukupan pendapatan. Kekurangan pendapatan dalam satu tempoh yang panjang boleh mengakibatkan keadaan penggunaan kredit berlebihan (overextended) yang akhirnya membawa kepada kebankrapan. Pada akhir tahun 2010, terdapat peningkatan sebanyak 11.65% dalam kes-kes kebankrapan kepada 18,119 kes berbanding 2009 (Bank Negara Malaysia, 2010). Oleh itu, tanpa perancangan yang berhati-hati tentang perbelanjaan pelbagai aspek keperluan jangka pendek atau jangka panjang, ketidakstabilan kewangan yang tidak diduga mungkin berlaku. Kajian perancangan mengenai pelan perancangan zakat terhadap penjawat awam perlu dilakukan memandangkan penjawat awam majoritinya beragama Islam dan merupakan golongan yang berpendapatan tetap. Melalui jaminan pendapatan, perancangan kewangan yang teliti dapat dilakukan dengan mengambikira aspek tanggungjawab individu terhadap tuntutan agama khususnya menunaikan tanggungjawab membayar zakat. Lanjutan dari itu, langkah ini dapat meningkatkan kestabilan kewangan diri serta keluarga dan di samping itu dapat meningkatkan kesejahteraan hidup golongan yang kurang bernasib baik dalam jangka yang panjang. Namun kajian ini tidak melihat perincian mengenai pelan zakat individu. Sehubungan dengan itu, kajian ini difokuskan kepada sejauhmana penglibatan individu dalam perancangan bagi pelan perancangan zakat sebagai satu komponen dalam perancangan kewangan individu beragama Islam yang merupakan penjawat awam di Putrajaya, Wilayah Persekutuan. Pengaruh faktor-faktor seperti pengetahuan mengenai perancangan kewangan Islam, kecenderungan niat untuk terlibat dengan rasuah dan kawalan kewangan individu juga ditentukan dengan mengawal pengaruh daripada latar belakang individu.

Kajian literatur Tingkah laku individu adalah sesuatu yang nyata, dapat dilihat dalam keadaan tertentu dan merujuk kepada sasaran yang diberikan. Suatu pemerhatian tingkah laku boleh diagregatkan melampaui seluruh konteks dan masa bagi menghasilkan ukuran yang lebih meluas mewakili tingkah laku. Dalam Teori Tingkah laku Terancang (Theory of Planned Behaviour) yang diperkenalkan oleh Icek Ajzen dan Martin Fishbein (Ajzen, Czasch, & Flood, 2009), penentu
205

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

terpenting tingkah laku seseorang adalah berdasarkan niat untuk bertindak atau melakukan sesuatu perkara. Niat individu untuk menampilkan suatu tingkah laku adalah gabungan dari sikap untuk menampilkan sesuatu tingkah laku dan norma subjektif. Sikap individu terhadap tingkah laku meliputi kepercayaan mengenai suatu tingkah laku, penilaian terhadap hasil tingkah laku, norma subjektif, kepercayaan normatif dan motivasi untuk mengikut apa yang telah diniatkan. Sebagai satu konsep, jika seseorang berpandangan bahawa hasil dari menampilkan suatu tingkah laku itu positif, maka ia akan memiliki sikap positif terhadap tingkah laku tersebut. Dan sebaliknya juga dapat dinyatakan bahawa jika suatu perilaku difikirkan negatif. Orang-orang lain yang relevan memandang bahawa menampilkan tingkah laku tersebut sebagai sesuatu yang positif dan individu pasti bermotivasi untuk memenuhi harapan orang-orang lain yang relevan di sekeliling, maka itulah yang disebut dengan norma subjektif yang positif. Jika orang-orang lain melihat tingkah laku yang akan ditampilkan sebagai sesuatu yang negatif dan seseorang tersebut ingin memenuhi harapan orang-orang lain tersebut, itu yang disebut dengan norma subjektif negatif. Justeru, jika individu mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap aspek berkaitan zakat, pastinya mereka mempunyai satu sikap yang positif untuk melakukan sesuatu berkaitan zakat. Niat untuk membayar zakat timbul dan ditampilkan hasil dari mempunyai sikap yang positif terhadap zakat. Perancangan kewangan individu sepertimana yang ditegaskan oleh Blazevic dan Lievens (2004) merupakan pelaksanaan suatu perancangan kewangan jangka panjang yang berkoordinasi dan bersepadu. Beberapa komponen utama dalam perancangan kewangan adalah seperti membuat belanjawan untuk pembelian kenderaan, rumah, pendidikan anak-anak, pembiayaan hutang, perlindungan risiko kewangan, pengagihan estet, menyedia keperluan persaraan dan perancangan cukai. Di dalam komponen kewangan, perancangan cukai adalah salah satu aspek terpenting untuk dipelajari kerana tingkah laku membayar cukai merupakan satu tanggungjawab yang penting sebagai individu yang mendiami sesebuah negara. Begitu juga tentang zakat, bagi seorang yang beragama Islam mengeluarkan zakat adalah sesuatu yang wajib. Justeru, merancang aspek berkaitan zakat adalah satu yang wajib dan sangat dituntut untuk dipelajari. Dalam sebuah negara yang melaksana dwi-sistem pembayaran cukai dan zakat menjadi kewajipan bagi setiap individu beragama Islam untuk memenuhi tanggungjawab sebagai pembayar cukai dan berzakat terhadap semua aliran wang masuk dan hartanya. Dalam konteks ini, proses pembayaran cukai perlu dihubungkan dengan tanggungjawab membayar zakat.
206

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Pelan kewangan adalah berorientasikan pelanggan dengan matlamat utama bagi mencapai kejayaan kewangan individu. Dalam merancang kewangan, maklumat berkaitan kedudukan kewangan individu dan keluarga dikutip dan dianalisa. Seterusnya kedudukan kewangan bagi sesebuah keluarga dapat dikenalpasti. Lanjutan dari itu, suatu pelan kewangan yang mempunyai matlamat kewangan tertentu yang komprehensif dan unik kepada keluarga berkenaan dapat dibina dan dilaksanakan. Pemantauan terhadap pelaksanaan pelan kewangan ini adalah perlu bagi memastikan matlamat yang digariskan dicapai. Mengikut Kapoor, Dlabay, dan Hughes (2004), adalah perlu bagi individu untuk mengkaji semula pelan kewangan berkenaan setelah dilaksanakan untuk suatu tempoh tertentu, contohnya selepas tiga tahun dilaksanakan. Ini penting bagi memastikan segala perubahan yang berlaku kepada ahli keluarga yang melibatkan keperluan kewangan diambilkira bagi mengubahsuai pelan kewangan berkenaan. Kajian empirikal tempatan yang khusus merujuk kepada perancangan zakat individu tidak diperolehi setakat ini. Kebanyakan kajian menumpu kepada permasalahan pengagihan zakat. Kajian yang dijalankan oleh Raedah. Noormala, dan Marziana (2011) pula mengkaji mengenai kecenderungan untuk membayar zakat yang mendapati bahawa sikap dan kawalan tingkah laku mempengaruhi keinginan untuk membayar zakat. Manakala kajian mikro sedia ada lebih memfokus kepada perancangan kewangan secara menyeluruh, begitu juga tidak menyentuh secara menyeluruh aspek tingkah laku perancangan kewangan Islam individu. Kajian tempatan oleh Nurizan, Aizan, dan Norisma (2004) melihat kepada satu matlamat kewangan Islam yang khusus iaitu perancangan untuk mengerjakan haji. Perancangan untuk keperluan kewangan lain yang dikaji adalah perancangan bagi keperluan pendidikan dan perancangan persaraaan. Selain itu, kajian terhadap keluarga yang merupakan penggunapengguna kredit di Malaysia menumpukan kepada menetapkan matlamat kewangan dan merancang untuk meningkatkan pendapatan (Husniyah, Syuhaily, M. Fazli, M. Amim, & Ahmad Hariza, 2005). Isi rumah yang berpendapatan tinggi didapati kurang cenderung untuk merancang kewangan berbanding isi rumah berpendapatan rendah. Terdahulu, Mohamad Fazli dan Jariah (2003) mengemukakan dapatan kajian mereka terhadap pelajar universiti tempatan di mana pelajar-pelajar melakukan aktiviti perancangan seperti mempunyai matlamat kewangan, merancang penggunaan wang, melaksanakan pelan kewangan mereka dan membuat simpanan berkala.

207

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Tahap kesejahteraan kewangan individu yang baik boleh menggambarkan bahawa individu mempunyai kawalan yang baik terhadap kewangannya. Ini disebabkan melalui keupayaan untuk mengawal kewangan, individu dapat mencapai kestabilan kewangan yang membolehkannya untuk menikmati kesejahteraan kewangan. Konsep kesejahteraan kewangan merupakan sejauhmana individu mempunyai jaminan ekonomi atau kecukupan ekonomi (Goldsmith, 2005). Ia meliputi keinginan untuk mendapat perlindungan daripada risiko ekonomi yang mungkin dihadapi oleh individu dalam kehidupan seharian seperti sakit, kehilangan pekerjaan dan kemiskinan. Dengan adanya ketidaksamaan di antara sumber wang dan permintaan, ianya akan menimbulkan pelbagai masalah kewangan (Dowling, Corney, & Hoiles, 2009) dan turut menyumbang kepada status kewangan dan tahap kepuasan berkaitan status kewangan yang kurang baik. Tingkah laku positif kewangan seperti perancangan kewangan dan belanjawan adalah antara komponen utama dalam memperolehi kepuasan kewangan (Xiao, Tang, & Shim, 2009). Justeru, keupayaan untuk mengurus sumber kewangan dengan berkesan adalah penting.

Metodologi Kajian Sebanyak lapan kementerian dipilih secara persampelan rawak berdasarkan senarai kementerian di Putrajaya, Wilayah Persekutuan. Beberapa jabatan daripada setiap kementerian dipilih yang kemudiannya dihubungi untuk mendapat kerjasama menyediakan responden untuk kajian. Borang soal-selidik yang ditadbir sendiri oleh responden diedarkan kepada responden-responden di jabatan berkenaan melalui pegawai penghubung dengan memperoleh sebanyak 310 borang soal-selidik yang lengkap diisi oleh responden beragama Islam. Selain dari maklumat latar belakang sosioekonomi, data berkenaan memperolehi keberkatan melalui perancangan kewangan Islam, pengetahuan mengenai perancangan kewangan Islam dan zakat, ketidakcenderungan terlibat dengan rasuah, penglibatan dalam perancangan pelan zakat dan kawalan kewangan individu diperolehi. Soalan mengenai kawalan kewangan individu yang terdiri dari tiga soalan merupakan sebahagian dari 12 soalan kesejahteraan kewangan individu yang diadaptasi dari Skala Kesejahteraan Kewangan Personal Malaysia yang dibentuk oleh Garman dan Jariah dalam tahun 2006 (Jariah, 2007) yang mempunyai 10 skala. Pembolehubah kecenderungan mengambil rasuah diadaptasi dari pengukuran mengenai tingkah laku oleh Fishbein dan Ajzen (2010). Manakala
208

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

komponen perancangan kewangan diadaptasi dari Kapoor et al. (2004) dengan disesuaikan mengikut keperluan individu beragama Islam yang mempunyai 11 komponen. Perancangan kewangan ini mempunyai perancangan mengenai pelan zakat selain dari komponen mengenai keperluan kecemasan, pendidikan anak-anak, pembelian kenderaan dan rumah, pinjaman atau kredit, perlindungan takaful, persaraan, pengagihan estet atau harta pusaka, perbelanjaan bulanan dan pelaburan. Skala kekerapan dari Tidak Pernah sehingga ke Sangat Kerap digunakan untuk melihat sejauhmana penglibatan individu dalam perancangan setiap komponen berkenaan. Data yang diperolehi telah dianalisa secara deskriptif menggunakan program SPSS bagi memperihalkan maklumat yang diperolehi mengenai latar belakang dan pembolehubahpembolehubah yang terlibat. Pengaruh faktor-faktor tertentu terhadap perancangan mengenai pelan pengurusan zakat dianalisa menggunakan regresi berbilang yang dikawal dengan latar belakang individu. Reliabiliti yang tinggi diperolehi bagi pembolehubah-pembolehubah kajian sepertimana ditunjukkan dalam Jadual 1 yang menunjukkan bahawa soalan atau pernyataan dalam setiap pengukuran pembolehubah itu dapat mengukur konsep yang berkaitan. Jadual 1: Reliabiliti Pemboleh-pembolehubah Pembolehbah Keberkatan daripada Perancangan Kewangan Islam Kawalan kewangan individu Ketidakcenderungan terlibat dalam rasuah Hasil Kajian Dan Perbincangan 4.1 Latar Belakang Responden Alfa Cronbach () 0.864 0.883 0.758

Latar belakang responden kajian yang dipaparkan dalam Jadual 2 menunjukkan responden terdiri dari hampir sama banyak kaum perempuan (51.3%) dengan kaum lelaki (48.7%). Sebanyak dua pertiga (66.5%) daripada responden telah berkahwin. Hampir separuh (44.5%) dari responden merupakan golongan muda di bawah 30 tahun dengan seramai 43.5% mempunyai pengalaman kerja yang kurang dari lima tahun. Separuh responden merupakan pegawai (50.3%) dengan kirakira satu pertiga berkelulusan ijazah pertama (36.1%). Namun demikian, melebihi separuh daripada responden memperolehi pendapatan bulanan di bawah RM3,000 (62.9%). Ini menggambarkan lebih separuh daripada responden walaupun merupakan graduan universiti tetapi merupakan mereka yang baharu bekerja.

209

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Jadual 2: Latar Belakang Responden Latar Belakang Responden Jantina Status Perkahwinan Umur Lelaki Perempuan Belum Berkahwin Berkahwin Kurang dari 30 tahun 30 - 39 tahun 40 - 49 tahun 50 tahun dan ke atas 0 - 5 tahun 6 - 10 tahun 11 - 15 tahun 16 - 20 tahun 21 tahun dan ke atas Bukan Pegawai Pegawai Sekolah Rendah Sekolah Menengah (PMR/SPM/STPM) Sijil lain Diploma Ijazah Pertama Master dan Doktor Falsafah RM1,500 dan ke bawah RM1,501 - RM3,000 RM3,001 - RM6,000 RM6,001 - RM9,000 RM1,500 dan ke bawah RM1,501 - RM3,000 RM3,001 - RM6,000 RM6,001 - RM9,000 RM9,001 dan ke atas Kurang dari 5 orang 5 orang dan lebih Frekuensi (N = 310) 159 151 104 206 138 95 54 23 135 67 34 31 43 156 117 1 67 36 64 112 30 70 125 103 12 46 78 92 66 28 191 119 Peratus (%) 51.3 48.7 33.5 66.5 44.5 30.6 17.4 7.4 43.5 21.6 11.0 10.0 13.9 50.3 37.7 0.3 21.6 11.6 20.6 36.1 9.7 22.6 40.3 33.2 3.9 14.8 25.2 29.7 21.3 9.0 61.6 38.4

Pengalaman Kerja

Kategori Pekerjaan Pendidikan

Pendapatan Responden

Pendapatan Isi Rumah

Tanggungan

210

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

4.2

Keberkatan dari Perancangan Kewangan Islam

Jadual 3 memberikan skor purata bagi keberkatan yang boleh diperolehi akibat dari perancangan kewangan Islam. Skor yang tinggi bagi setiap soalan menunjukkan memperolehi keberkatan yang lebih banyak. Didapati pernyataan-pernyataan keberkatan memperolehi skor yang lebih hampir kepada skala persetujuan yang paling tinggi. Oleh itu, responden berpendapat mereka sangat cenderung untuk memperolehi keberkatan sekiranya mereka merancang kewangan berlandaskan syariah.

Jadual 3: Keberkatan daripada Perancangan Kewangan Islam Pernyataan Secara keseluruhan, saya berpendapat bahawa jika saya merancang kewangan berlandaskan syariah, saya memperolehi perkara berikut: Niat dan hasrat saya mendapatkan rezeki yang halal dan diberkati akan tercapai. Saya merasa rezeki yang diperolehi adalah mencukupi. Saya merasa sumber rezeki yang diperolehi adalah diberkati oleh Allah swt. 4.3 Pengetahuan Perancangan Kewangan Islam Purata Persetujuan (Skala 1 7)

6.38 5.98 6.35

Pernyataan mengenai pengetahuan perancangan kewangan Islam diberikan dalam Jadual 4. Hanya separuh daripada responden dengan ikhlasnya bersetuju bahawa mereka mempunyai pengetahuan berkaitan konsep perancangan kewangan Islam dan menggunakan pengetahuan berkaitan perancangan kewangan Islam dalam aktiviti kewangan harian. Begitu juga hanya suku sahaja daripada responden mengakui mempunyai kefahaman yang jelas tentang konsep perancangan kewangan Islam.

211

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Jadual 4: Pengetahuan Perancangan Kewangan Islam Pernyataan Secara ikhlas, saya setuju bahawa saya Mempunyai pengetahuan berkaitan konsep Perancangan Kewangan Islam. Mempunyai kefahaman yang jelas tentang konsep Perancangan Kewangan Islam. Menggunakan pengetahuan berkaitan Perancangan Kewangan Islam dalam aktiviti kewangan harian. Boleh membezakan antara konsep Perancangan Kewangan Islam dan konvensional. Boleh menerangkan konsep perancangan kewangan Islam jika diminta berbuat demikian. Ya (%) 51.0 25.5 51.0 66.5 21.6

Namun dalam dua pertiga daripada responden mengakui mereka boleh membezakan antara konsep perancangan kewangan Islam dan konvensional. Walaupun begitu, hanya sedikit daripada responden (21.6%) boleh menerangkan konsep perancangan kewangan Islam jika diminta berbuat demikian. Secara umumnya, dapatan deskriptif ini menggambarkan tahap pengetahuan individu berkaitan perancangan kewangan Islam masih rendah disebabkan melebihi dua pertiga daripada responden merasa kurang yakin untuk menerangkan konsep perancangan kewangan Islam.

4.4

Pengetahuan Mengenai Zakat

Pernyataan bagi pengetahuan mengenai zakat diberikan dalam Jadual 5. Sebanyak tiga pernyataan berkaitan pengetahuan mengenai zakat ditanya kepada responden dengan satu pernyataan yang negatif. Hasil analisa mendapati tidak ramai responden (35.2%) menjawab Ya bagi pernyataan pertama mengenai zakat. Ini menunjukkan masih ramai daripada responden (64.8%) memberikan jawapan yang salah bagi pernyataan Pendapatan dari simpanan di dalam perlindungan insurans konvensional adalah tidak diwajibkan zakat. Walau bagaimanapun, bagi pernyataan negatif iaitu pernyataan Hasil pelaburan dari sumber yang haram diwajibkan membayar zakat, kebanyakan daripada responden (84.8%) memperolehi jawapan betul. Hanya sebanyak 15.2% sahaja daripada responden memberikan jawapan Ya yang menunjukkan kebanyakan daripada responden tahu bahawa hasil daripada sumber yang haram tidak diwajibkan untuk membayar zakat. Sebarang perolehan daripada sumber-sumber yang tidak
212

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

berlandaskan syariah seperti simpanan dalam insurans konvensional dan hasil pelaburan dari sumber yang haram adalah tidak diwajibkan zakat.

Jadual 5: Pengetahuan Mengenai Zakat Pernyataan Ya (%) Pendapatan dari simpanan di dalam perlindungan insurans 35.2 konvensional adalah tidak diwajibkan zakat. Tatkala mengeluarkan wang KWSP, individu perlu membayar 71.6 zakat dari wang tersebut. Hasil pelaburan dari sumber yang haram diwajibkan membayar 15.2 zakat. Walaupun begitu, ramai responden (71.6%) boleh menjawab dengan betul bagi pernyataan Tatkala mengeluarkan wang KWSP, individu perlu membayar zakat dari wang tersebut. Ini menggambarkan ramai responden mengetahui tentang kewajipan membayar zakat terhadap wang yang diterima. Tetapi secara keseluruhannya, individu masih kurang mengetahui mengenai zakat.

4.5

Kawalan Kewangan Individu

Respon bagi soalan mengenai kawalan kewangan berbentuk tahap keyakinan individu terhadap soalan berkenaan. Skor purata bagi kawalan kewangan individu diberikan dalam Jadual 6 dengan skor yang tinggi bagi setiap soalan menunjukkan kawalan kewangan yang lebih baik. Didapati kesemua soalan memperoleh skor yang melebihi skor purata iaitu 5.5. Oleh itu, kawalan

kewangan individu berada di tahap yang melebihi dari sederhana. Keupayaan kawalan oleh individu terhadap hal-hal kewangannya membantu dalam mencapai kesejahteraan kewangan. Dengan itu, adalah perlu individu berusaha untuk sentiasa boleh mengawal hal kewangannya sendiri dan tidak terpengaruh dengan orang lain.

213

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Jadual 6: Kawalan Kewangan Individu Soalan Sejauhmana anda yakin anda mempunyai kawalan ke atas kewangan anda? Sejauhmana anda yakin anda tahu menguruskan kewangan anda? Sebaik mana anda dari aspek perancangan kewangan anda? Purata (Skala 1 10) 6.69 6.75 6.45

4.6

Ketidakcenderungan Terlibat dengan Rasuah

Jadual 7 memberikan skor purata bagi ketidakcenderungan individu untuk terlibat dengan rasuah. Skor yang tinggi bagi setiap pernyataan menunjukkan individu sangat tidak cenderung untuk terlibat dengan rasuah. Didapati semua pernyataan-pernyataan berkaitan rasuah memperolehi skor yang tinggi. Oleh itu, individu yang dikaji berkecenderungan untuk tidak terlibat dengan rasuah samada untuk menerima atau memberi rasuah.

Jadual 7: Ketidakcenderungan Terlibat dengan Rasuah Pernyataan Purata Persetujuan (Skala 1 7) Saya mudah menahan diri dari menerima rasuah jika saya 6.01 menghadapi masalah kewangan. Saya mudah menahan diri dari meminta rasuah jika saya 6.13 menghadapi masalah kewangan. Pada saya, menolak pemberian rasuah adalah satu usaha yang 5.71 mudah. Saya merasa yakin boleh menghindar diri dari meminta rasuah 6.12 jika saya mahu.

4.7

Penglibatan Perancangan Zakat dalam Perancangan Kewangan

Penglibatan dalam perancangan zakat individu dibandingkan dengan komponen perancangan kewangan yang lain sepertimana ditunjukkan dalam Jadual 8. Secara keseluruhannya, terdapat lapan komponen perancangan kewangan yang disenaraikan memperolehi skor min yang melebihi dari purata skala (min bagi skala = 3) termasuklah merancang menyediakan pelan zakat. Purata

214

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

kekerapan bagi merancang menyediakan pelan zakat adalah 3.14 dan merupakan yang ketiga tertinggi berbanding dengan komponen perancangan kewangan yang lain. Hasil analisa mendapati individu paling kerap merancang untuk perbelanjaan bulanan diikuti dengan merancang sebelum ia memohon sebarang kredit atau pinjaman bagi menentukan kesesuaian pinjaman dengan pendapatan seperti jumlah pinjaman, masa untuk meminjam dan tempoh bayaran balik. Dapatan ini menunjukkan perancangan pelan pengurusan zakat oleh individu adalah antara amalan perancangan kewangan yang mempunyai kekerapan yang sederhana dalam kalangan penjawat awam beragama Islam yang dikaji. Selain itu, terdapat tiga komponen perancangan kewangan yang disenaraikan memperolehi skor min yang kurang dari purata skala. Komponen perancangan kewangan yang paling rendah kekerapannya merupakan merancang untuk pengagihan estet atau harta pusaka (skor min = 2.73), diikuti oleh merancang untuk pembelian kenderaan dan merancang untuk simpanan bagi keperluan kecemasan. Dapatan ini menggambarkan bahawa individu tidak menyediakan wang pendahuluan melalui simpanan berkala yang dibuat bagi tujuan membeli kenderaan, begitu juga individu tidak menyimpan secara berkala bagi keperluan kecemasan. Ini boleh diterangkan oleh wujudnya iklan penjualan kereta yang menawarkan wang pendahuluan kosong, yakni tidak perlu membayar wang pendahuluan bagi membeli kenderaan berkenaan. Dalam hal ini, penjualan kenderaan adalah bukan di bawah skim sewa beli yang memerlukan wang pendahuluan sebanyak 10 peratus, dengan itu tidak tertakluk kepada Akta Sewa Beli atau akta lain. Lanjutan dari itu, pembeli tidak dilindungi oleh mana-mana akta. Begitu juga dalam hal kurang merancang untuk keperluan kecemasan. Keperluan kewangan yang mendesak mungkin boleh dipenuhi melalui penggunaan kad kredit yang semakin mudah penawarannya. Hasil dari itu, kebanyakan mereka yang berpendapatan tetap memiliki sekurang-kurangnya satu kad kredit yang kerap digunakan untuk contohnya bagi memperbaiki kenderaan.

215

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Jadual 8: Perancangan Kewangan Komprehensif Komponen Perancangan Kewangan Merancang untuk simpanan bagi keperluan kecemasan. Merancang untuk simpanan bagi pendidikan anak/anakanak. Merancang untuk pembelian kenderaan. Merancang untuk pembelian rumah. Merancang sebelum memohon kredit/pinjaman. Merancang untuk pelan pengurusan zakat. Merancang untuk perlindungan takaful. Merancang untuk persaraan. Merancang untuk pengagihan estet (harta pusaka). Merancang untuk perbelanjaan bulanan. Merancang untuk pelaburan. Purata Kekerapan (Skala 1 5) 3.11 2.98 2.95 3.07 3.32 3.14 3.05 3.14 2.73 3.41 3.09

Umumnya, perancangan kewangan yang paling kerap adalah untuk jangka pendek berbanding untuk jangka panjang iaitu merancang untuk perbelanjaan bulanan. Manakala yang paling rendah kekerapan adalah merancang untuk pengagihan estet yang merupakan perancangan jangka panjang. Perancangan untuk pelan pengurusan zakat yang dikategorikan sebagai sederhana kekerapannya boleh dianggap sebagai perancangan jangka pendek dan juga jangka panjang, dengan itu merupakan antara komponen perancangan kewangan yang diambil berat oleh individu.

4.8

Pengaruh Faktor-faktor ke atas Perancangan Zakat

Analisa regresi berbilang digunakan bagi menentukan pengaruh faktor-faktor berkaitan individu ke atas perancangan zakat mereka. Hasil analisa dalam Jadual 9 dengan mengawal pengaruh daripada pelbagai faktor dalam model menunjukkan latar belakang sosioekonomi individu tidak memberikan pengaruh secara signifikan ke atas perancangan zakat. Manakala faktor-faktor yang mempunyai pengaruh positif yang signifikan ke atas perancangan zakat individu dengan mengawal kesan daripada latar belakang individu terdiri dari pengetahuan mengenai perancangan kewangan Islam (t = 2.772; p = 0.006), ketidakcenderungan untuk terlibat dengan rasuah (t = 2.751; p = 0.006) dan kawalan kewangan individu (t = 2.282; p = 0.023).

216

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Golongan yang lebih mengetahui mengenai perancangan kewangan Islam tentunya tidak ketinggalan dalam membayar zakat sebagai satu daripada komponen dalam perancangan kewangan sepertimana perancangan cukai dalam perancangan kewangan konvensional. Ini dibuktikan daripada hasil kajian yang menunjukkan pengaruh yang signifikan ke atas perancangan zakat di mana mereka yang berpengetahuan tinggi dalam perancangan kewangan Islam adalah cenderung untuk menyediakan pelan zakat. Namun begitu, pengetahuan yang khusus mengenai zakat dalam kajian ini adalah didapati tidak mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas perancangan zakat. Samada individu itu berpengetahuan ataupun tidak mengenai amalan zakat, ia boleh terlibat dalam perancangan zakat. Lanjutan dari itu, perancangan pelan zakat berkemungkinan dilakukan oleh mereka yang tidak mengetahui dengan mendalam mengenai zakat tetapi memahami mengenai perancangan kewangan Islam. Golongan yang tidak berkecenderungan untuk terlibat dengan rasuah dan mudah untuk mengelak daripada terjebak dengan rasuah walaupun menghadapi masalah kewangan diandaikan mempunyai pegangan Islam yang lebih kuat. Oleh itu, mereka ini sewajarnya menguruskan hal kewangan mereka dengan berlandaskan syariah. Justeru itu, keadaan ini dibuktikan oleh dapatan kajian yang menunjukkan pengaruh yang signifikan dan positif terhadap perancangan zakat daripada golongan yang tidak cenderung untuk terlibat dengan rasuah. Kawalan individu terhadap hal kewangannya juga ditunjukkan sebagai pengaruh yang penting dalam merancang pelan zakat individu. Kebolehkawalan terhadap kewangan masingmasing menggambarkan kecekapan individu dalam menguruskan kewangannya. Dalam hal ini, individu berupaya untuk merancang kewangannya bagi pelbagai keperluan untuk jangkamasa pendek dan juga jangkamasa yang panjang. Ini membawa kepada kebolehupayaannya untuk merancang pelan zakat bagi dirinya juga kerana pembayaran zakat merupakan suatu komponen keperluan kewangan sepertimana pembayaran cukai dalam suatu perancangan kewangan yang menyeluruh. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kecenderungan terhadap perancangan kewangan Islam untuk mendapatkan kesejahteraan akhirat adalah tidak signifikan dalam mempengaruhi perancangan zakat sedangkan, pengetahuan perancangan kewangan Islam didapati mempengaruhi perancangan zakat mereka. Keadaan ini menggambarkan bahawa individu yang terlibat dalam merancang pelan zakat adalah tidak semestinya mereka yang melakukan perancangan kewangan Islam bermatlamatkan kesejahteraan akhirat semata-mata.
217

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Dalam hal ini, mereka boleh juga bermatlamatkan kesejahteraan dunia juga. Dengan itu, kesejahteraan yang cuba dicapai dalam perancangan kewangan Islam adalah kesejahteraan untuk kedua-dua dunia dan akhirat iaitu untuk manfaat kedua-dua kehidupan. Keberkatan di sini yang merujuk kepada persepsi keberkatan yang diperolehi sekiranya individu merancang kewangan berlandaskan syariah didapati sebagai tidak signifikan dalam mempengaruhi individu merancang pelan zakat. Walaupun mereka merancang pelan zakat, namun mereka tidak merasa rezeki yang diperolehi adalah mencukupi ataupun rezeki itu halal dan diberkati Allah swt. Hal ini wujud yang boleh disebabkan oleh mereka yang terlibat dengan merancang pelan zakat adalah orang yang kurang berpengetahuan mengenai hal zakat sepertimana diperolehi dalam kajian ini. Dengan itu, perancangan zakat mereka tidak menyeluruh dan tidak mencapai manfaat oleh kedua-dua pihak terutamanya pemberi zakat. Begitu juga, ia boleh disebabkan oleh kecenderungan mereka untuk terlibat dengan perancangan kewangan Islam yang bukannya bermatlamatkan akhirat semata-mata sepertimana yang disebutkan dalam perenggan terdahulu. Perbandingan antara faktor-faktor yang mempunyai pengaruh signifikan berkenaan mendapati pengaruh oleh faktor-faktor berkenaan tidak jauh berbeza dengan keadaan ketidakcederungan terhadap rasuah ( =0.139; p = 0.023) adalah rendah sedikit berbanding pengetahuan perancangan kewangan Islam ( =0.160; p = 0.006) dan kawalan kewangan ( =0.165; p = 0.006). Individu beragama Islam yang cenderung merancang pelan zakat lebih dipengaruhi oleh pengetahuan individu mengenai perancangan kewangan Islam dan keupayaan kawalan kewangan terhadap hal-hal kewangannya jika dibandingkan dengan individu yang tidak berkecenderungan untuk terlibat dengan rasuah.

218

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Jadual 9: Regresi Berbilang Terhadap Perancangan Zakat Individu Pembolehubah B S. P. t Sig. (Pemalar) 0.036 0.862 0.042 0.966 Pendapatan 0.005 0.132 0.004 0.039 0.969 Pengalaman Bekerja 0.117 0.132 0.064 0.884 0.377 Pendidikan 0.041 0.031 0.096 1.339 0.181 Status Perkahwinan -0.025 0.147 -0.014 -0.169 0.866 Jantina 0.029 0.095 0.017 0.308 0.759 Keberkatan 0.029 0.020 0.099 1.475 0.141 Pengetahuan PKI 0.079 0.028 0.160 2.772** 0.006 Pengetahuan Zakat 0.053 0.065 0.044 0.807 0.421 Ketidakcenderungan terhadap Rasuah 0.028 0.012 0.139 2.282* 0.023 Kawalan Kewangan 0.031 0.011 0.165 2.751** 0.006 Kecenderungan terhadap PKI untuk 0.015 0.023 0.037 0.642 0.522 akhirat Pengaruh Ibubapa terhadap PKI -0.032 0.055 -0.045 -0.577 0.565 Pengaruh Rakan terhadap PKI -0.013 0.044 -0.020 -0.302 0.763 Pengaruh Agama terhadap PKI -0.032 0.073 -0.033 -0.439 0.661 Pengaruh Media terhadap PKI 0.029 0.043 0.042 0.674 0.501 Pengaruh Keluarga terhadap PKI 0.084 0.059 0.110 1.426 0.155 Nota: p < 0.05*; p < 0.01**; p < 0.001***; PKI = Perancangan Kewangan Islam Pengetahuan mengenai perancangan kewangan Islam menggambarkan individu lebih mengetahui mengenai manfaat dalam melaksanakannya, dengan itu, ia akan menjadi asas kepada tingkah laku kewangannya yang lebih mengarah kepada kehendak syariah. Mereka yang mempunyai kawalan kewangan merupakan individu yang bijak menguruskan hal kewangannya, dengan itu telah mengambil kira pelbagai aspek dalam merancang kewangan mereka termasuklah yang memenuhi tuntutan agama Islam. Regresi berbilang terhadap model perancangan zakat individu memberikan sekitar 20 peratus daripada varian dalam perancangan zakat individu dapat diterangkan oleh faktor-faktor dalam model yang dikaji. Hasil analisa ANOVA bagi model menunjukkan model adalah sah (F = 4.584; p = 0.0001). Oleh itu dapatan kajian dari model ini dapat dihuraikan hasilnya. Tingkah laku perancangan kewangan Islam khususnya perancangan zakat boleh diterangkan menggunakan pengaruh daripada pelbagai faktor dalam model. Namun demikian, model yang menerangkan varian yang lebih tinggi bagi penglibatan dalam merancang pelan zakat dapat
219

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

menjelaskan dengan lebih baik mengenai pengaruh faktor-faktor terhadap penglibatan berkenaan.

Kesimpulan Kajian ini yang melihat kepada penglibatan penjawat awam beragama Islam yang bekerja di kementerian-kementerian dalam Wilayah Persekutuan dalam perancangan pelan zakat memperolehi beberapa dapatan yang boleh digunakan oleh pelbagai pihak. Perancangan pelan pengurusan zakat oleh individu dalam kalangan penjawat awam beragama Islam yang dikaji merupakan antara amalan perancangan kewangan yang mempunyai kekerapan yang sederhana. Sehubungan dengan itu, pihak majikan mahupun pihak pejabat zakat boleh menggalakkan penjawat awam untuk membuat perancangan kewangan terhadap pendapatan yang mereka perolehi setiap bulan melalui kursus pengurusan kewangan individu yang boleh dianjurkan oleh majikan. Lanjutan daripada itu, individu boleh beroleh kesejahteraan kewangan dalam jangka yang panjang memandangkan penjawat awam yang dikaji juga didapati tidak selalu menyediakan wang pendahuluan melalui simpanan berkala yang dibuat bagi tujuan membeli kenderaan, begitu juga individu tidak menyimpan secara berkala bagi keperluan kecemasan. Individu dalam keadan ini akan memahami keperluan untuk melakukan perancangan kewangan komprehensif untuk mendapatkan kestabilan kewangan. Justeru itu, langkah mengadakan kursus pengurusan kewangan juga memberi impak kepada jaminan kesejahteraan umat Islam dengan peningkatan kutipan zakat yang seterusnya dapat meningkatkan kesejahteraan golongan yang layak menerima zakat. Golongan tertentu melibatkan diri dalam perancangan pelan zakat dalam kajian ini iaitu mereka yang berpengetahuan mengenai perancangan kewangan Islam dan yang mempunyai kawalan kewangan, selain daripada mereka yang tidak cenderung terlibat dengan rasuah. Latar belakang sebegini lebih berperanan penting bagi individu untuk menyediakan pelan perancangan zakat berbanding persepsi keberkatan daripada perancangan kewangan Islam, pengetahuan mengenai zakat, kecenderungan terhadap perancangan kewangan Islam bermatlamatkan kesejahteraan akhirat, serta pengaruh ibubapa, rakan, agama, media dan keluarga. Walaupun pengetahuan mengenai perancangan kewangan Islam berpengaruh dalam menentukan penglibatan individu dalam merancang pelan zakat, namun pengetahuan mengenai zakat
220

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

ditunjukkan sebagai tidak berperanan penting dalam hal ini dalam kalangan penjawat awam yang dikaji. Pihak yang terlibat dengan industri kewangan perlu membentuk keperluan produk atau perkhidmatan kewangan yang memberi tumpuan kepada pelbagai aspek perancangan kewangan seperti menasihati pelanggan mereka untuk membeli produk-produk kewangan yang sesuai untuk mempunyai perancangan kewangan yang menyeluruh. Keadaan ini boleh mewujudkan kawalan kewangan individu terhadap hal kewangan masing-masing. Oleh itu, hasil daripada kajian ini mencadangkan bahawa dalam melaksanakan proses perancangan kewangan yang menyeluruh dan berasaskan kepada perancangan kewangan Islam, individu mengambil kira juga keperluan merancang untuk pelan zakat. Sewajarnya, pengetahuan mengenai perancangan kewangan Islam perlu difahami oleh individu, begitu juga dengan kebolehupayaan individu dalam mengawal keadaan kewangannya melalui pengurusan kewangan berhemah bagi penglibatan dalam urusan pembayaran zakat. Untuk mencapai keadaan kewangan yang stabil sekarang dan pada masa hadapan, individu adalah dinasihatkan untuk memperuntukkan pendapatan mereka ke dalam pelbagai aspek perancangan. Peningkatan permintaan produk dan perkhidmatan kewangan akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

221

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

RUJUKAN
Ajzen, I., Czasch, C., & Flood, M. G. (2009). From intentions to behavior: Implementation intention, commitment, and conscientiousness. Jounal of Applied Social Psychology, 39, 1356-1372. Bank Negara Malaysia. (2010). Kebankrapan Individu Dalam Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan. Blazevic, V. & Lievens, A., (2004). Learning during the new financial service innovation process: antecedents and performance effects. Journal of Business Research, 57, 374-391. Dowling, N. A., Corney, T., & Hoiles, L. (2009). Financial management practices and money attitudes as determinants of financial problems and dissatisfaction in young male australian workers. Journal of Financial Counseling and Planning, 20(2), 6. Fishbein, M. & Ajzen, I. (2010). Predicting and Changing Behavior: The Reasoned Action Approach. New York: Psychology Press. Goldsmith, E. B. (2005). Resource Management for Individuals and Families. USA: Thomson. Husniyah, A. R., Mohd. Fazli, S., & Ahmad Hariza, H. (2005). Gelagat perancangan kewangan keluarga di Malaysia. Malaysian Journal of Consumer and Family Economics, 8, 27 - 39. Jabatan Perangkaan Malaysia. (2010). Perbelanjaan Isi Rumah. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan. Jariah, M. (2007). Testing of Malaysias financial well-being scale. Paper presented in the Seventh Biennial Conference 2007 ACFEA, 4 - 7 July 2007, Putrajaya. Kapoor, J. R., Dlabay, L. D., & Hughes, R. J. (2004). Personal Finance. New York: McGraw-Hill. Raedah, S., Noormala, A., & Marziana, M. (2011). 2nd International Conference on Business and Economic Research Proceeding.

222

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

PENGAGIHAN ZAKAT USAHA PRODUKTIF: SUATU ANALISIS TERHADAP PROGRAM DANA BERGULIR BADAN AMIL ZAKAT KOTA MAKASSAR Syarifa Raehana Prof Madya Ismail Ishak Universiti Utara Malaysia

ABSTRAK Kenyataan selama ini menunjukkan bahawa implementasi konsep pembangunan telah banyak menunjukkan keberhasilan dalam merubah sebagian kondisi kehidupan masyarakat ke taraf yang lebih baik, akan tetapi suatu hal tidak dapat dipungkiri bahawa pada sisi lain ternyata pelaksanaan pembangunan telah menyengsarakan segelintir masyarakat.Suatu hal yang tidak dapat disangkal sesungguhnya masyarakat memiliki potensi besar dalam menunjang keberhasilan pembangunan jika potensi-potensi lokal dapat di kelola dengan baik. Konsepkonsep pembangunan jangan hanya ditempuh dengan pendekatan top down yang berakibat mematikan kreatifitas masyarakat, akan tetapi upaya mendesain pelaksanaan pembangunan haruslah menitikberatkan pada pendekatan button up, hal ini bukan hanya dapat membangun pemberdayaan, partisipasi dan kreatifitas masyarakat tapi juga dapat menumbuhkan rasa tanggung jawab dan kemandirian masyarakat dalam upaya merumuskan konsep-konsep pembangunan sesuai yang diperlukan. Dalam konsep pembangunan yang demikian terkait dengan kewajiban zakat sebagai potensi yang diharapkan dapat mengangkat harkat dan martabat ummat yang lepas dari lilitan kemiskinan maka zakat sebagai sebuah potensi besar dalam pemberdayaan ummat harus menjadi entry point yang sangat penting untuk dikelola dalam rangka pemberdayaan masyarakat. Meskipun pendekatan awal yang digunakan dalam rangka pengembangan masyarakat pembangunan ekonomi, namun pengelolan pengagihan zakat jangan terjebak dalam persolan ekonomi semata, pendekatan ekonomi hanyalah jalan masuk dalam rangka kegiatan yang lebih jauh yaitu pemberdayaan masyarakat secara menyeluruh. Kaedah yang digunakan sudah tentu diharapkan tetap berada di atas koridor Maqasidus Syariyah.

Latar Belakang Islam adalah agama rahmatan lil alamin yang mengandung ajaran untuk kemaslahatan umat manusia. Ajaran Islam sangat universal menekankan kepada umatnya untuk sentiasa menjaga keseimbangan antara kepentingan dunia dan akhirat, menjaga hubungan sesama
223

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

makhluk sejajar dengan pentingnya menjaga hubungan dengan Allah SWT sebagai pencipta. Formulasi hubungan antara sesama makhluk Allah baik dalam konteks antara individu dengan individu, individu dengan kelompok maupun antara kelompok dengan kelompok diatur dalam bingkai hukum yang disebut muamalah. Urgensi terjalinnya hubungan ini sebagaimana disebut dalam firman Allah yang bererti : Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia .. (Ali Imran 3 :112) Ayat di atas mensyariatkan sebuah keniscayaan bagi kehidupan manusia untuk selalu melakukan silaturrahim antar sesama manusia, karena tak seorang pun diantara kita yang menginginkan ditimpa kehinaan dan kerugian. Individu dalam Islam sentiasa ditransformasikan dalam bentuk kerjasama. Artinya kehadiran seseorang akan dinilai dari sejauhmana dia dapat memberi manfaat kepada masyarakat di sekelilingnya. Kesolehan seorang muslim tidak hanya diukur dari

hubungan vertikalnya dengan Pencipta, tetapi juga sangat ditentukan dari sejauhmana dia dapat memberi sumbangan bagi masyarakatnya. Sebagaimana hadits Nabi Muhammad saw yang diriwayatkan oleh al-Qadhdhai yang dikutip oleh Jalal al-Din Abd. Rahman al-Suyuthi (2003 : 93) sebagai berikut : Ertinya : Sebaik-baik manusia adalah yang memberikan manfaat bagi sesama umat manusia. Salah satu ajaran dalam Islam mengimplementasikan hubungan sesama manusia adalah ajaran tentang zakat. Manusia diajarkan untuk mengeluarkan sebahagian hartanya untuk diberikan kepada golongan yang hidupnya kurang beruntung. Zakat bukan hanya pelaburan agama tetapi sekaligus merupakan pelaburan sosial sebagai wujud kepedulian dalam rangka peningkatan kesejahteraan umat. Selain zakat masih ada yang lain seperti infak, sadaqah, kafarat yang tidak bertumpu pada segelintir orang saja tetapi perlu diagihkan dengan baik sesuai dengan aturan agama. Zakat merupakan potensi yang signifikan dalam membangun roda perekonomian umat bahkan masyarakat pada umumnya. Oleh itu, gerakan zakat perlu dikembangkan dan dikelola secara profesional melalui lembaga zakat. Abdurrahman A. Basalamah mengemukakan bahawa

224

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

zakat sebagai alat bukan tujuan, sehingga mengandung metode dengan fleksibilitas yang tinggi. Sasaran yang dikehendaki adalah kemaslahatan dan kesejahteraan umat. (Basalamah,1996 : 31). Adapun tujuan zakat dilihat dari kepentingan kehidupan sosial, antara lain adalah bahawa zakat bernilai ekonomik, merealisasi fungsi harta sebagai alat perjuangan untuk agama Allah, dan mewujudkan keadilan sosial ekonomi masyarakat pada umumnya. Lebih jauh Syauqi Ismail al-Fanjari (1400 H) mengemukakan bahawa zakat tidak hanya sebatas menyantuni orang miskin dalam aspek penggunaan yang bersifat temporal semata, tapi bertujuan membasmi kemiskinan secara kekal dan membuat orang miskin menjadi berkemampuan dalam aspek perekonomian. Seiring dengan pendapat di atas, Yusuf Qardhawi (2005) juga menyatakan bahawa zakat dapat memberikan solusi dalam masalah kemiskinan, pengangguran dan pemerataan ekonomi, apabila dilakukan secara optimal. Pendapat tersebut menunjukkan kepada kita bahawa zakat dapatlah diagihkan untuk usaha produktif sehingga tujuan zakat untuk membanteras kemiskinan boleh tercapai. Bentuk pengagihan yang dapat dilakukan untuk usaha produktif adalah berupa pemberian modal usaha sebagaimana dikemukakan oleh Abdul Azis bin Muhammad (1991). Prinsip kecukupan dari ialah zakat

segi pengagihan kepada orang dewasa yang masih memiliki fisikal yang kuat

hendaklah diberikan dalam bentuk modal untuk membolehkan ia mencari rezeki. Misalnya dalam bentuk peralatan, gerai dan sebagainya. Ini seiring dengan pemikiran Quraish Shihab

(1996 : 451), zakat harta yang diberikan kepada fakir miskin hendaknya dapat memenuhi keperluannya selama setahun, bahkan seumur hidup. Menutupi keperluan tersebut dapat berupa modal kerja sesuai dengan keahlian dan keterampilan masing-masing, yang ditopang oleh peningkatan kualitinya. Mansuruddin Djoely ( t.t) mengatakan bahawa pengagihan zakat dalam bentuk modal pernah dilakukan oleh Khalifah Umar bin Khattab, dengan mengagihkan zakat berupa 3 (tiga) ekor unta secara sekaligus kepada seorang mustahiq. Hal ini dilakukan karena setiap tahun orang tersebut memohon agihan zakat kepada Khalifah dan nasibnya tidak berubah. Pada masa diberikan tiga ekor unta tersebut, Khalifah memiliki harapan agar kelak orang tersebut tidak datang lagi meminta zakat tetapi berubah nasibnya menjadi membayar zakat. Harapan Khalifah terwujud karena pada akhirnya orang tersebut menjadi seorang Muzakki.
225

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Sebelumnya, Rasulullah SAW pernah mengagihkan zakat dalam bentuk modal sebagaimana dikemukakan dalam hadits riwayat Imam Muslim dari Salim bin Abdillah bin Umar dari ayahnya bahawa Rasulullah saw telah memberikan zakat kepadanya lalu menyuruhnya untuk dikembangkan atau disedekahkan lagi. Didin Hafiduddin (1998) mengemukakan bahawa dana zakat bukan pemberian sesuap nasi dalam jangka sehari dua, kemudian para mustahiq menjadi miskin kembali, tetapi dana zakat itu harus memenuhi keperluan hidup secara lebih baik dalam jangka waktu yang relatif lama. Dari huraian di atas, memberikan petunjuk kepada kita bahawa, zakat harus dikelola dengan baik karena zakat merupakan salah satu sumber pemasukan dana yang sangat potensial untuk menjadi alternatif bagi pemberdayaan ekonomi umat. Mustahiq harus diarahkan untuk memanfaatkan dana zakat dalam bentuk usaha produktif selain untuk keperluan kegunaannya, sehingga dengan demikian akan lahir muzakki-muzakki baru. Di sisi lain, dalam pentadbiran zakat, salah satu aspek yang sangat penting keberadaannya adalah amil zakat, (dalam konteks ini disebut BAZ), karena mereka inilah yang menentukan keberkesanan pengagihan zakat, karena mereka memikul tugas yang amat luas iaitu sebagai pemetik, pengagih, koordinator, motivator, pengawalan dan evaluasi. ( Abdul Rahman Qadir : 1998), sehingga kualiti usaha yang dijalankannya dapat meningkat (Quraish Shihab : 1996) Uraian di atas menunjukkan bahawa diperlukan kaedah pengagihan zakat berbentuk modal atau zakat produktif yang dapat mentransformasikan kehidupan para mustahiq dalam

pengelolaan usaha yang dijalankannya. Di Indonesia, pengelolaan Zakat, Infaq dan Sadaqah telah memperoleh perhatian yang besar dari pemerintah, ini terbukti dengan lahirnya UndangUndang Pengelolaan Zakat Nombor 38 Tahun 1999 dan selanjutnya secara operasional diperkuat oleh keputusan Menteri Agama RI Nombor 581 Tahun 1999. Hal ini merupakan bukti adanya kesedaran pemerintah bahawa zakat, infak dan sadaqah merupakan aspek ekonomi umat yang jika dipergunakan atau dikelola dan dikembangkan dengan baik sesuai dengan koridor peruntukkannya, dapat memberi sumbangan yang besar terhadap pembangunan bangsa dan negara demi menciptakan kesejahteraan bersama sebagai perwujudan nilai-nilai keadilan dalam Islam.

226

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Dalam Undang-Undang Pengelolaan Zakat Nombor 38 tahun 1999 BAB V pasal 16 dan 17 tentang penggunaan zakat disebutkan seperti berikut; Pasal 16 1. Hasil pengumpulan zakat digunakan untuk mustahiq sesuai dengan ketentuan agama. 2. Penggunaan hasil pengumpulan zakat berdasarkan skala keutamaan keperluan mustahiq dan dapat dimanfaatkan untuk usaha yang produktif. 3. Persyaratan dan prosedur penggunaan hasil pengumpulan zakat sebagaimana dimaksud dalam ayat (2) diatur dengan keputusan menteri. Pasal 17 Hasil penerimaan infaq, sadaqah, hibah, wasiat, waris, dan kafarat sebagaimana dimaksud dalam Pasal 13 digunakan terutama untuk usaha yang produktif. Dalam keputusan Menteri Agama Republik Indonesia Nomor 581 tahun 1999 BAB V pasal 28, 29 dan 30 tentang persyaratan prosedur penggunaan hasil pengumpulan zakat, disebutkan; Pasal 28 1. Penggunaan hasil pengumpulan zakat untuk mustahiq dilakukan berdasarkan persyaratan sebagai berikut: a. hasil pendataan dan penelitian kebenaran mustahiq delapan asnaf yaitu fakir, miskin, amil, muallaf, riqab, gharim, sabilillah, dan ibnussabil b. mendahulukan orang-orang yang paling tidak berdaya memenuhi keperluan dasar secara ekonomi dan sangat memerlukan bantuan c. mendahulukan mustahiq dalam wilayahnya masing-masing 2. Penggunaan hasil pengumpulan zakat untuk usaha yang produktif dilakukan berdasarkan persyaratan sebagai berikut: a. apabila penggunaan zakat sebagaimana dimaksud pada ayat (1) sudah terpenuhi dan ternyata masih terdapat kelebihan b. terdapat usaha-usaha nyata yang berpeluang menguntungkan c. Mendapat persetujuan tertulis dari dewan pertimbangan

227

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Pasal 29 Prosedur penggunaan hasil pengumpulan zakat untuk usaha produktif ditetapkan sebagai berikut: a. Melakukan studi kelayakan; b. menetapkan jenis usaha produktif; c. melakukan bimbingan dan penyuluhan; d. melakukan pemantauan, pengendalian dan pengawasan; e. mengadakan evaluasi; dan f. membuat pelaporan Pasal 30 Hasil penerimaan infaq, sadaqah, hibah, wasiat, waris, dan kafarat digunakan terutama untuk usaha produktif setelah memenuhi syarat sebagaimana tersebut dalam Pasal 29. Jika dicermati aturan-aturan tersebut di atas baik Undang Undang No. 38 tahun 1999 maupun keputusan Menteri Agama nombor 581 tahun 1999 tentang pengelolaan zakat, maka zakat dapat dikelola atau diagihkan dalam bentuk usaha produktif sepanjang 8 asnaf yang telah menjadi ketentuan dalam fiqhi telah mendapatkan haknya sebagai mustahiq. Bahkan mengenai usaha produktif ini dalam keputusan menteri pada pasal 30 lebih diutamakan bagi penerimaan di luar zakat. Penerimaan di luar zakat menurut penjelasan Undang-Undang Pengelolaan Zakat pasal 13 adalah; Infaq adalah harta yang dikeluarkan oleh seseorang badan, di luar zakat untuk kemaslahatan umum. Sadaqah adalah harta yang dikeluarkan seorang muslim atau badan yang dimiliki oleh orang muslim, di luar zakat, untuk kemaslahatan umum; Hibah adalah pemberian uang atau barang oleh seorang atau oleh badan yang dilaksanakan pada waktu orang itu hidup kepada amil zakat atau lembaga amil zakat. Wasiat adalah pesan atau memberikan suatu barang kepada badan amil zakat atau lembaga amil zakat; pesan itu baru dilaksanakan sesudah pemberi wasiat meninggal dunia dan sesudah diselesaikan penguburannya dan pelunasan hutang-hutangnya, jika ada.
228

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Harta Pusaka adalah harta tinggalan seorang yang beragama Islam, yang diserahkan kepada badan amil zakat atau lembaga amil zakat berdasarkan ketentuan perundangan yang berlaku; Kafarat adalah denda wajib yang dibayar kepada badan amil zakat atau lembaga amil zakat oleh orang yang melanggar ketentuan agama . Berdasarkan uraian tersebut di atas, terdapat beberapa sumber pendapatan di luar zakat dan juga termasuk zakat dengan syarat-syarat tertentu yang dapat dioptimalisasikan kepada pengembangan usaha produktif, maka adalah suatu hal yang sangat bijaksana untuk menyiapkan perangkat-perangkat pendukung untuk terselenggaranya pendistribusian zakat untuk usaha produktif bagi setiap lembaga yang mengelola zakat. Beberapa wilayah kerajaan di Indonesia ini telah mengeluarkan Peraturan Daerah

(PERDA) Pengelolaan Zakat sebagai implementasi dari Undang-Undang Zakat. Pemerintah Kota Makassar salah satu di antaranya telah melaksanakan PERDA tentang Pengelolaan Zakat. Berdasarkan Data yang diperoleh dari BAZ sebagai lembaga pengelola Zakat yang ditunjuk oleh pemerintah Kota, jumlah zakat dan pemasukan diluar zakat yakni infak haji serta infak Pegawai negeri Sipil (PNS) serta infak peribadi pada tahun 2007, sebesar Rp. 1.062.151.300. Pada tahun 2008 diperoleh dana sebesar Rp. 1.138.694.441. Sedangkan pada tahun 2009, total dana zakat dan pemasukan selain zakat adalah senilai Rp. 1.107.666.135.( Sumber : BAZ Kota Makassar). Angka yang cukup potensial untuk dikelola dalam rangka peningkatan kualitas kehidupan masyarakat. Di sisi lain, tingkat kemiskinan di Kota Makassar untuk tahun 2009, dari total jumlah penduduk 1. 339.374 orang, terdapat 316.480 orang penduduk yang masih tergolong miskin. (Sumber : Bappeda Kota Makassar). Dari studi pendahuluan yang dilakukan penulis, salah satu bentuk pengagihan zakat dan pemasukan selain zakat untuk usaha produktif yang dilakukan oleh BAZ Kota Makassar adalah pemberian zakat modal yang dalam konteks ini dipanggil Bantuan Dana Bergulir (Revolving Fund). Dana bergulir menurut Darmawati (temu bual pengurus BAZ Kota Makassar 2012) adalah dana yang diberikan kepada muzakki untuk digunakan sebagai modal usaha atau pinjaman yang pada masa tertentu dikembalikan dengan cara ansuran kepada BAZ untuk dipinjamkan kembali kepada kelompok lain sebagai modal usaha. Jumlah dana yang diagihkan sebagai dana bergulir pada tahun 2007 sampai dengan 2009 adalah Rp. 847.450.000,- yang tersebar kepada 7
229

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Kecamatan yang ada di Kota Makassar. Sistem pengagihan dilakukan secara berkelompok sesuai dengan jenis pekerjaan para muzakki. Dengan adanya agihan zakat dalam bentuk pinjaman dana bergulir akan memberi peluang kepada masyarakat miskin yang telah mempunyai usaha untuk mengembangkan usahanya. Berangkat dari data yang ada, penulis merasa terdorong untuk mengkaji cara kerja BAZ Kota Makassar dalam pengagihan Zakat dalam bentuk Dana Bergulir sehingga zakat

benar-benar dapat berfungsi meningkatkan kesejahteraan umat. Pernyataan Masalah Kertas kerja ini berusaha mendedahkan Pengagihan Zakat Di BAZ Kota Makassar dengan menganalisis program Dana Bergulir bagi masyarakat miskin. Dalam Undang-Undang Pengurusan Zakat No. 38 Tahun 1999 pasal 6 (2) disebutkan bahawa pendayagunaan hasil pemetikan zakat berdasarkan skala prioritas keperluan mustahiq dan dapat dimanfaatkan untuk usaha yang produktif. Adapun persyaratan dan prosedur pengagihan hasil petikan zakat sebagaimana dimaksudkan pada ayat 2 diatur dengan keputusan menteri.Persyaratan dan prosedur pengagihan hasil petikan zakat untuk usaha yang produktif sebagaimana tersebut dalam Keputusan Menteri Agama Republik Indonesia Nomor 581 tahun 1999 pasal 28, 29 dan 30, iaitu : Pasal 28 1. Penggunaan hasil pengumpulan zakat untuk mustahiq dilakukan berdasarkan persyaratan sebagai berikut: a. hasil pendataan dan penelitian kebenaran mustahiq delapan asnaf yaitu fakir, miskin, amil, muallaf, riqab, gharim, sabilillah, dan ibnussabil b. mendahulukan orang-orang yang paling tidak berdaya memenuhi keperluan dasar secara ekonomi dan sangat memerlukan bantuan c. mendahulukan mustahiq dalam wilayahnya masing-masing 2. Penggunaan hasil pengumpulan zakat untuk usaha yang produktif dilakukan berdasarkan persyaratan sebagai berikut:

230

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

a. apabila penggunaan zakat sebagaimana dimaksud pada ayat (1) sudah terpenuhi dan ternyata masih terdapat kelebihan b. terdapat usaha-usaha nyata yang berpeluang menguntungkan c. mendapat persetujuan tertulis dari dewan pertimbangan Pasal 29 Prosedur penggunaan hasil pengumpulan zakat untuk usaha produktif ditetapkan sebagai berikut: a. b. c. d. e. Melakukan studi kelayakan; menetapkan jenis usaha produktif; melakukan bimbingan dan penyuluhan; melakukan pemantauan, pengendalian dan pengawasan; mengadakan evaluasi; dan membuat pelaporan Keputusan Menteri ini merupakan acuan dasar bagi pengelola zakat dalam pengagihan zakat produktif sekaligus mengisyaratkan perlunya rumusan kaedah sebagai petunjuk cara dalam pengelolaannya. Maqashid al syariah zakat adalah terciptanya keadilan ekonomi dan

pembasmian kemiskinan yang lebih jauh dapat diinovasikan kepada pengelolaan zakat untuk usaha produktif agar mustahiq tidak seterusnya berada pada pihak yang mengharapkan bantuan tetapi ke depan diharapkan dapat memberikan bantuan kepada pihak lain. Sebagaimana hadits Nabi dalam Shahih Bukhari (Juz 2 : 518) yang ertinya Tangan di atas lebih mulia daripada tangan di bawah. Pesan luhur yang terkandung dalam ajaran zakat tersebut membuat pengkaji berhasrat untuk melakukan pengkajian lebih mendalam tentang apa sesungguhnya yang menjadi hambatan dalam pengelolaan zakat untuk peningkatan taraf kehidupan umat. Sebab kajian yang ada tentang agihan zakat usaha produktif berhenti pada huraian keberkesanan sahaja dan ramai yang merekomendasikan perlunya pengelolaan zakat modal dikemaskini dan diubahsuai sehingga keberkesanan agihan zakat modal betul-betul dapat dirasakan oleh masyarakat miskin.

231

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Persoalan Kajian Berdasarkan huraian pernyataan masalah di atas, maka secara khusus persoalan kajian yang akan dijawab dalam kajian ini adalah : 1. Bagaimana mekanisme pengagihan zakat dalam bentuk dilakukan oleh BAZ Kota Makassar. 2. Apakah hambatan-hambatan dalam pelaksanaan program Dana Bergulir. 3. Bagaimana strategi pengelolaan pengagihan zakat dalam bentuk Dana Bergulir. Dana Bergulir yang

Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti : 1. Mekanisme pengagihan zakat dalam bentuk Dana Bergulir yang dilakukan oleh BAZ Kota Makassar. 2. Hambatan-hambatan yang dialami dalam pelaksanaan program Dana Bergulir di BAZ Kota Makassar. 3. Merumuskan strategi pengelolaan pengagihan zakat produktif dalam bentuk Dana Bergulir. Kepentingan Kajian Adapun yang menjadi kepentingan dalam kajian ini adalah sebagai berikut: 1. Dari segi kepentingan praktis, kajian ini sangat penting kepada tiga pihak : 1.1 Memberikan kontribusi kepada pemerintah sebagai pembuat regulasi tentang pengelolaan zakat, 1.2 Bagi BAZ, sebagai acuan untuk meningkatkan tahap pengurusan pengelolaan zakat, dan 1.3 Bagi masyarakat, untuk memberi kepahaman yang lebih jelas tentang pengurusan BAZ. 2. Dari segi kepentingan teoritis, kajian ini juga penting untuk pengembangan teori-teori pengembangan masyarakat secara menyeluruh. 3. Untuk kepentingan akademik, sebagai sumbangan dalam memperkaya khazanah ilmu, kerana kajian seperti ini belum banyak yang lakukan khususnya strategi pemberdayaan dana zakat di Indonesia, sehingga terjadi kekosongan di dalam kajian ilmiah.
232

dalam

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Ulasan Karya

1. Zakat Sebagai Salah Satu Variabel Ekonomi Dalam istilah ekonomi, zakat merupakan tindakan pemindahan kekayaan dari golongan kaya kepada golongan yang tidak mampu. Pemindahan kekayaan bererti pemindahan sumbersumber ekonomi. Tindakan ini akan mengakibatkan perubahan tertentu yang bersifat ekonomi. Umpamanya dalam hal ini adalah seseorang yang menerima zakat boleh mempergunakannya untuk mengkonsumsi atau memproduksi. Di sinilah argumentasinya bahawa zakat walaupun pada dasarnya merupakan ibadah kepada Allah boleh juga mempunyai erti ekonomi. Dewasa ini zakat dalam pemikiran etis yang dihubungkan dengan masalah-masalah sosial ekonomi. Berzakat tidak semata-mata diertikan sebagai wujud keimanan kepada Allah dan

sebagai ibadah yang manfaatnya tertuju pada diri sendiri berupa pahala, melainkan juga dipikirkan dan dirasakan secara etis, yaitu dilihat dari sudut pandang kemanusiaan. Berpikir etis yang timbul dalam masyarakat, kaum muslimin sekarang disebabkan kaum muslimin sudah menjadi peka dalam lingkungan sosialnya. Orang sudah berpikir sosiologis dengan melihat adanya lapisan masyarakat miskin yang harus mendapat perhatian dari golongan yang mampu. Kaum muslimin juga telah meningkatkan pendekatan rasionalnya, sehingga menimbulkan pemikiran yang lebih teknis, iaitu menghubungkan masalah zakat dengan masalah realokasi sumber-sumber ekonomi. Orang juga melihat bahwa zakat sebagai kebijaksanaan ekonomi

yang dapat mengangkat derajat orang-orang miskin. (Dawam Raharjo,1993 : 147) Hal tersebut juga dipertegas oleh A. Mannan (1997 : 266) yang menyatakan bahwa zakat adalah poros dan pusat keuangan Negara Islami. Zakat itu meliputi bidang moral, sosial dan ekonomi. Dalam bidang ekonomi, zakat dapat mencegah penumpukan kekayaan dalam tangan segelintir orang dan memungkinkan kekayaan disebarkan sebelum sempat terjadi masalah besar di tangan para pemiliknya. Jadi jelas disini bahwa zakat bertujuan menjadikan perbedaan ekonomi di antara masyarakat secara adil dan saksama, sehingga si kaya tidak tumbuh semakin kaya dan si miskin semakin miskin. Selain itu zakat itu membantu mendorong terjadinya investasi.

233

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Zakat harus dibayarkan terhadap total kekayaan pada setiap akhir tahun. Oleh karena uang tunai, emas dan perak yang ada pada dasarnya bertujuan sebagai perdagangan produktif oleh karenanya dikenakan zakat. Seseorang yang menginvestasikan hartanya dalam setahun akan lebih suka membayar zakatnya pertahun, kerana dengan investasi yang dilakukan dapat memenuhi sebagian dari pembelanjaan pribadinya dari keuntungan yang diperolehnya tersebut. Adapun fungsi investasi dalam ekonomi Islam adalah bukan merupakan fungsi dari suku bunga sebagaimana dalam teori ekonomi konvensional melainkan fungsi dari tingkat keuntungan yang diharapkan, tingkat zakat atas keuntungan dari investasi, dan pengeluaran lain atas asset yang tidak produktif selain zakat. Oleh kerana tidak mengenal suku bunga sementara tingkat keuntungan yang diharapkan bukan variable, maka tingkat biaya atas asset yang tidak produktif dapat dipakai sebagai variable instrument untuk mendorong investasi. (Mansyur Ramli, 1997 : 15) Adapun tujuan ganda dari zakat selain mendorong investasi juga mendorong pembelanjaan yang manfaatnya sangat besar terhadap bidang ekonomi. Tersedianya dana untuk investasi mendorong perkembangan industri dan mempercepat langkah pertumbuhan ekonomi sekaligus peningkatan di dalam konsumsi yang berlebihan akan menciptakan permintaan secara efektif terhadap produk suatu industri di suatu negara. (Fazlurrahman, 1995 : 215) Ternyata bahwa meningkatnya kecenderungan untuk berkonsumsi dan meningkatnya tingkat investasi tersebut memberi atau membuka lapangan pekerjaan yang luas, bagi mereka yang memerlukan dan dengan demikian tentunya akan berdampak pada kemajuan ekonomi suatu Negara.

2.Zakat dan Pengembangan Masyarakat Pembangunan adalah sesuatu yang niscaya sebagai wujud dari usaha manusia sebagai khalifatan fila ardhi dalam mengelola kehidupannya demi mencapai taraf hidup yang lebih baik, akan tetapi tidaklah dapat diterima jika pada akhirnya pembangunan hanya menciptakan ketimpangan-ketimpangan dimana hasil-hasil pembangunan hanya dinikmati oleh segelintir masyarakat yang memiliki akses besar terhadap pembangunan.

234

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Kenyataan selama ini menunjukkan bahwa implementasi konsep pembangunan telah banyak menunjukkan keberhasilan dalam merubah sebagian kondisi kehidupan masyarakat ke taraf yang lebih baik bahkan ada golongan tertentu yang merasakan hasil-hasil pembangunan secara berlebihan, akan tetapi suatu hal tidak dapat dipungkiri bahwa pada sisi lain ternyata pelaksanaan pembangunan telah menyengsarakan segelintir masyarakat dan tergilas dari hasilhasil pembangun. Pengangguran, kemiskinan masih tetap menjadi pemandangan nyata disebahagian komunitas masyarakat di tengah proses pembangunan yang dijalankan oleh pemerintah. Pilihan pendekatan pembangunan yang berorientasi pada pertumbuhan ekonomi bukan saja telah mengakibatkan berbagai bentuk ketimpangan sosial tetapi juga menimbulkan berbagai persoalan lain seperti timbulnya akumulasi nilai-nilai hedonistik, ketidak pedulian sosial,erosi ikatan kekeluargaan dan kekerabatan, lebih dari itu pendekatan pembangunan tersebut telah menyebabkan ketergantungan masyarakat pada birokrasi-birokrasi sentralistik yang memiliki daya absorsi sumberdaya yang sangat besar, namun tidak memiliki kepekaan terhadap kebutuhan-kebutuhan lokal masyarakat bawah, dan secara sistematis telah mematikan inisiatif masyarakat lokal untuk memecahkan masalah-masalan yang mereka hadapi.( Korten, 1987 dalam Zamhariri, 2008). Pembangunan haruslah merupakan suatu upaya pengembangan masyarakat secara

meyeluruh sebagai subyek dan objek pembangunan, sehingga pembangunan tidak hanya menciptakan ketergantungan dalam artian masyarakat sebagai penerima kebijakan terhadap pemerintah sebagai pemegang kebijakan. Tapi pembangunan haruslah dapat membangun

keswadayaan dan pertisipasi bagi segenap lapisan masyarakat, sehingga tatkala pemerintah mengalami kendala dalam proses pelaksanaan pembangunan masyarakat sebagai subjek dan objek pembangunan dapat ikut serta secara bersama-sama memecahkan problema pembangunan tersebut. Suatu hal yang tidak dapat disangkal sesungguhnya masyarakat memiliki potensi besar dalam menunjang keberhasilan pembangunan jika potensi-potensi lokal dapat di kelola dengan baik. Konsep-konsep pembangunan jangan hanya ditempuh dengan pendekatan top down yang berakibat mematikan kreatifitas masyarakat, akan tetapi upaya mendesain pelaksanaan pembangunan haruslah menitikberatkan pada pendekatan button up, hal ini bukan hanya dapat
235

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

membangun pemberdayaan, partisipasi dan kreatifitas masyarakat tapi juga dapat menumbuhkan rasa tanggung jawab dan kemandirian masyarakat dalam upaya merumuskan konsep-konsep pembangunan sesuai yang diperlukan, sekaligus potensi dan nilai-nilai lokal yang tumbuh di tengah kehidupan masyarakat dapat terpelihara dengan baik dan tidak tergerus oleh dampak dari kemajuan pembangunan yang disadari atau tidak telah mereduksi nilai-nilai kearifan lokal atas nama kemajuan, globalisasi, kebebasan dan demokrasi. Dalam konsep pembangunan yang demikian terkait dengan kewajiban zakat sebagai potensi yang diharapkan dapat mengangkat harkat dan martabat ummat yang lepas dari lilitan kemiskinan hal mana bukan hanya kemiskinan ekonomi tapi juga kemiskinan yang lain harus berperan secara signifikan di dalamnya, untuk itu dalam pengelolaan pengagihan zakat harus dirumuskan secara utuh bukan hanya dalam konteks pengembangan ekonomi ummat tapi lebih jauh dari itu adalah upaya pengembangan masyarakat secara menyeluruh mengingat problema kemiskinan dan pembangunan kian kompleks, sepanjang tetap berada di atas koridor Maqasidus Syariyah.

3. Zakat dan Pemberdayaan Ekonomi Umat Sejarah telah membuktikan bahwa pada zaman Umar bin Abdul Azis, dengan

pengelolaan pengagihan zakat yang baik, telah berhasil mengangkat martabat masyarakatnya sehingga tidak lagi ditemukan masyarakat miskin kerana semua telah mengeluarkan zakat. Pada masa itu pengagihan zakat tidak hanya bersifat konsumtif tetapi juga produktif. Bahkan sebelumnya pada zaman sahabat, zakat telah berjaya menumbuhkan perekonomian umat. Khalifah Umar bin Khattab telah menjadikan zakat dapat merubah berdaya dan

kehidupan masyarakat dari kondisi yang tidak berdaya, menjadi manusia yang

bahkan kemudian dapat berbagi dengan sesamanya manusia yang memerlukan bantuan kerana mereka telah berjaya menjadi muzakki. Keberhasilan Khalifah tidak terlepas dari ketepatan beliau dalam menerapkan kaedah pengagihan zakat dengan memberikan kail (modal usaha dalam bentuk 3 ekor unta) setelah sebelumnya setiap tahun diberikan ikan (zakat konsumtif). Mansuruddin Djoely ( t.t). Yusuf Qardhawi (2005) menyebutkan kiat-kiat Islam dalam mengatasi kemiskinan antara lain; zakat dan kerja.
236

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Zakat merupakan kewajiban yang harus ditunaikan kaum muslimin. Dalam Islam, perintah shalat dirangkai dengan kewajiban zakat. Ini berarti bahawa, seorang muslim tidak sempurna keislamannya bila tidak melaksanakan keduanya, sebagaimana firman Allah yang artinya : Dan dirikan shalat, tunaikanlah zakat dan rukulah bersama orang-orang yang ruku. (QS.2 :43). Kerana zakat merupakan upaya memberdayakan ekonomi umat, maka dana zakat tidak hanya digunakan untuk keperluan konsumtif sahaja, tetapi juga dapat diagihkan sebagai modal usaha. Kerja, adalah modal utama untuk meraih keberdayaan umat, demi menggapai keberhasilan sehingga dapat keluar dari area kemiskinan. Ini berarti seorang muslim harus memiliki upaya untuk bekerja yang ditunjang oleh ilmu dan keterampilan. Kerja dalam pandangan Islam merupakan kewajiban dalam rangka pemenuhan hidup sebagai manusia, baik sebagai pribadi maupun khalifah yang dituntut untuk mengelola alam raya ini demi kemakmuran dan kesejahteraan bersama yaitu terciptanya masyarakat Baddatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur. Lalu apakah mungkin tercipta masyarakat yang demikian jika masih ada segelintir masyarakat di sekitar yang hidup di bawah garis kemiskinan? Untuk itu zakat menjadi satu entry point yang tidak dapat ditawar untuk membantu mereka melepaskan diri dari lilitan kemiskinan secara ekonomi.

4. Zakat dan Pemberdayaan Masyarakat Realitas objektif menunjukkan bahawa masalah yang dihadapi masyarakat sekarang ini kian kompleks di tengah arus kemajuan pembangunan, tidak lagi semata-mata persoalan ekonomi. Kemiskinan, kesehatan, pendidikan, pemenuhan keperluan sandang dan pangan adalah sederat permasalahan yang senantiasa menyertai setiap tarikan nafas dalam pergulatan kehidupan masyarakat bawah, disamping permasalahan lain yang lebih jauh seperti bagaimana mendapatkan akses dalam pembanguan, bagaimana membangun kemandirian social, bagaimana mendapatkan perlindungan dari Negara dan hak-hak sebagai warga Negara dan yang lain. Pada sisi lain konsep pembangunan yang dilaksanakan oleh pemerintah kadang lebih berpihak kepada golongan tertentu atas nama kemajuan dan pertumbuhan ekonomi sehingga
237

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

tidak jarang disaksikan hak-hak ulayat rakyat tergilas oleh para pemodal dibawah perlindungan pemerintah. Buruh yang senantiasa menuntut hak seperti anjing kafilah berlalu. Pada posisi seerti ini tidak jarang disaksikan pada segelintir masyarakat dalam menyelesaikan problema

kehidupan yang dialami kadang bertindak reaktif dan main hakim sendiri. Akibat karena sikap frustrasi dan ketidakpercayaan terhadap pengambil kebijakan. Dari kenyataan demikian perlu upaya mempengaruhi pengambil kebijakan agar menyusun program-program pembangunan yang lebih berkeadilan dalam rangka pemberdayaan masyarakat. Konsep Community Development (pembangunan masyarakat) harus mengandung upaya untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat yang lebih bermartabat secara menyeluruh sekaligus dapan menumbuhkan partisipasi, tanggung jawab dan rasa memiliki (participating and belonging together) terhadap program yang dilaksanakan, dan harus mengandung unsur pemberdayaan masyarakat. Di samping masyarakat harus lebih menyadari akan hak-haknya dan menggali potensi-potensi yang dimiliki baik potensi ekonomi maupun potensi politik sekaligus membangun relasi sosial dan secara berkelompok mengembangkan dirinya agar memiliki daya tawar yang lebih kuat. Konsep pembangunan yang diharapkan dapat memberdayakan masyarakat tidaklah dengan mudah dapat dicapai, sebab pendekatan pembangunan model demikain bukanlah cetak biru (blueprint), sekali jadi. Melainkan perlu proses yang partisipatif dan berkelanjutan; anggota-anggota masyarakat bekerjasama dalam kelompok-kelompok formal dan informal untuk berbagi pengetahuan dan pengalaman dalam mencapai tujuan bersama. Dalam proses ini masyarakat dibantu untuk mengidentifikasi masalah, keperluan dan kesempatan hidup; difasilitasi dalam merancang solusi-solusi yang tepat; serta dilatih agar memiliki kapasitas agar mampu mengakses sumber-sumber yang ada di dalam maupun di luar komunitasnya. Dengan demikian masyarakat sebagai subjek dan obejek pembangunan tidak kian terpinggirkan dan tergilas dari hasil-hasil pembangunan, akan tetapi ikuti serta terlibat dalam proses pembangunan hal mana bukan hanya akam menumbuhkan semangat keswadayaan dan partisipasi tapi juga sekaligus ikut serta bertanggung jawab terhadap keberlangsungan pembangunan.

238

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

Zakat sebagai sebuah potensi besar dalam pemberdayaan ummat harus menjadi entry point yang sangat penting untuk dikelola dalam rangka pemberdayaan masyarakat. Meskipun pendekatan awal yang digunakan dalam rangka pengembangan masyarakat pembangunan ekonomi, namun pengelolan pengagihan zakat jangan terjebak dalam persolan ekonomi semata, pendekatan ekonomi hanyalah jalan masuk dalam rangka kegiatan yang lebih jauh yaitu

pemberdayaan masyarakat secara menyeluruh. Suatu tragedi dalam kegiatan-kegiatan pemberdayaan masyarakat adalah bahwa pendekatan yang diterapkan seringkali terjebak dalam upaya pemenuhan keperluan secara ekonomi semata. Sistem sosial yang lebih luas yang menyangkut pembangunan sosial, Kebijakan Sosial, relasi kekuasaan, ketidakadilan jender, ekslusifisme, pembelaan hak-hak publik, dan kesetaraan sosial seringkali kurang mendapat perhatian. Penyempitan makna pemberdayaan masyarakat semacam ini, antara lain, bisa dilihat dari dominannya program-program pengembangan masyarakat yang bermatra usaha ekonomi produktif berskala mikro, seperti warungisasi (setiap kelompok sasaran atau warga binaan dilatih atau diberi modal agar dapat membuka warung) atau kambingisasi (pemberian kambing kepada kelompok miskin untuk dikelola secara kelompok) konveksinisasi. Pengembangan masyarakat haruslah mengekspresikan nilai-nilai keadilan, kesetaraan, akuntabilitas, kesempatan, pilihan, partisipasi, kerjasama, dan proses belajar yang berkelanjutan. Pada posisi ini pendampingan dalam rangka pengembangan masyarakat menjadi sesuatu yang teramat penting. Pemberdayaan masyarakat yang dapat menumbuh-kembangkan keswadayaan dan kemandirian dan partisipasi hal ini bukan hanya bertujuan melepaskan mereka dari garis

kemiskinan secara ekonomi tapi juga sekaligus berusaha melepaskan mereka dari kemiskinan strukutrualisme, kemiskinan pengetahuan dan yang lain yang dapat memberi meraka akses yang banyak terhadap peluang-peluang dalam rangka mengembangkan dirinya. Ini dapat terlaksana jika para pengambil kebijakan dalam hal pengelolaan pengagihan zakat merumuskan regulasi yang jelas dan memberikan proteksi terhadap mereka dalam mengembangkan usaha yang di gelutinya, sekaligus yang tak kalah pentingnya adalah memberikan pendampingan kepada

239

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

mereka yang dapat memotivasi mereka dalam mengenali keperluan-keperluan dan potensipotensi yang dimiliki. Pendampingan masyarakat tidak boleh terkesan menggurui dan dominan dalam proses pengambilan kebijakan pada kelompok demi tumbuhnya partisifasi dan pemberdayaan, pendamping berposisi sebagai mitra dan fasilitator dalam memecahkan setiap problema yang dihadapi dengan mengunakan prinsip-prinsip pendampingan: 1. Datangi mereka 2. Kenali mereka 3. Hidup bersama mereka 4. Belajar bersama mereka 5. Rencanakan bersama mereka 6. Laksanakan bersama mereka

240

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

RUJUKAN
Abdul Azis bin Muhammad.(4-6 Januari 1991), Pendekatan Ekonomi Islam dalam Mengatasi Masalah kemiskinan, Kertas Kerja Seminar pembangunan Ekonomi Umat Islam Peringkat Kebangsaan Anjuran Ikatan Studi Islam UKM di UKM. Abdul Rahman al-Suyuthi, Jalal al-Din. (2003). Al Fath al Kabir. Juz 2. Beirut : Daar al Fikr. Abdul Rahman Qadir, (1998) Zakat dalam Dimensi Mahdhah dan Soaial, Jakarta : Raja Grafindo Persada. Bukhari, Al, Shahih Bukhari, Juz 2. Beirut : Daar al Yamama. Basalamah, Abdurrahman Abdullah. (1996) Ekonomi Islam Bulan Sabit Gerakan Pembangunan dalam Konsep Islam. Ujung Pandang : PT. Umitoha Ukhuwah Grafika Departemen Agama RI. (1995) Al-Quran dan Terjemahnya, Semarang : Toha Putra. Hafiduddin, Didin. (1998). Panduan tentang Zakat, Infak dan Shadaqah. Jakarta : Gema Insani Press. Mansuruddin Djoely. Sistem Ekonomi Pemerintahan Umat ibn Khattab (Terj), Jakarta : Firdaus. Presiden Republik Indonesia. (1999). Undang-undang RI No. 38 tahun 1999 Tentang Pengelolaan Zakat. Jakarta. Menteri Negara Sekertaris Negara Republik Indonesia. Qadir, Abdurrahman. (1998). Zakat dalam Dimensi Mahdah dan Sosial. Edisi II. Cet. I. Jakarta : PT. Raja Grafindo Persada. Qardhawi al, Yusuf. (2011). Hukum Zakat. Cet 12, Jakarta : Pustaka Litera Antarnusa (2005), Spektrum Zakat dalam Membangun Ekonomi Kerakyatan, Cet I. Jakarta : Zikrul Hakim Rahardjo, M. Dawam. (1991) Perspektif Deklarasi Makkah Menuju Ekonomi Islam. Cet. II. Bandung : Mizan Ramli, Mansyur. (1997). Perkembangan Teori Ekonomi dalam Perspektif Islam. Ujungpandang. Shihab, Quraish. (1997). Membumikan al Quran. Bandung : Mizan. (1996). Wawasan al Quran Tafsir MaudhuI atas Pelbagai Persoalan Umat. Cet. 13. Bandung : Mizan. Syauqi al-Fanjari. (1400 H.). Al-Islam Wa al-Dhaman al-Ijtimai. Riyadh : Dar al-Tsaqif Zamhariri. (2008), Pengembangan Masyarakat: Perspektif Pemberdayaan Dan Pembangunan, Jurnal Komunitas, Jurnal Pengembangan Masyarakat Islam, Volume 4, Nomor 1, Juni Darmawati, divisi pendidstribusian zakat, BAZ kerajaan tempatan Makassar. temu bual. 12 September 2012.

241

Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia

You might also like