You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN .....

KEDAH DARUL AMAN

KERTAS KERJA

PROGRAM SENAMROBIK BADAN SIHAT MINDA CERDAS


TEMPAT:

Padang SK ...
TARIKH :

20 Jun 2013
ANJURAN:

UNIT KLINIK DAN KESIHATAN SK ...

1.0 PENDAHULUAN

Program senamrobik di sekolah adalah satu program yang amat sesuai dijalankan bagi memupuk gaya hidup sihat dan cergas supaya dapat dipraktikkan di dalam kehidupan seharian murid-murid sejak dari kecil. Selain itu, kerajinan melakukan senaman dapat diterapkan kepada semua murid dan guruguru Sekolah Kebangsaan ...Kedah di samping melahirkan murid dan guru yang aktif dan sihat serta cergas. Tambahan pula aktiviti senamrobik ini dapat dipraktikkan oleh murid semasa waktu lapang.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat dan memupuk murid sentiasa bersenam di sepanjang minggu dan seterusnya sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, program ini juga bertujuan membina keyakinan diri agar murid tidak berasa malu melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada murid melakukan aktiviti cergas dan sihat di sekolah. 3.2 Menggalakkan murid untuk mempraktikkan gaya hidup yang sihat 3.3 Mengeratkan silaturrahim antara murid dan guru. 3.4 Mengisi masa terluang murid. 3.5 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan.

3.6 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

4.0 TARIKH : 20 Jun 2013

5.0 TEMPAT : Padang SK Air...

6.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

6.1 Semua murid tahun 4, 5 dan 6 SK. ... Kedah Darul Aman

7.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

Penasihat

: Pn. Hjh Che... (Guru Besar) Pn. Hjh ... (Penolong Kanan Pentadbiran) Pn. ... (Penolong Kanan Kokurikulum)

Pengerusi Setiausaha AJK

: En. M. .....(Penolong Hal Ehwal Murid) : En. ... :

8.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala aktiviti yang kami sampaikan di dalam program senamrobik ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian murid disamping memberi keseronokan kepada murid. Oleh itu, Kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

. (En. ....) Setiausaha, Program Senamrobik Mingguan, Sekolah Kebangsaan.., 09000 Kedah.

.................................................. (Puan Hjh .....) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan ... 09000 , Kedah.

You might also like