You are on page 1of 69

PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 4

ISTILAH DAN PENGERTIAN


Disediakan oleh CHE YAN BT HUSSAIN

BIDANG / MODUL
MENGGAMBAR

MENGENAL KRAF TRADISIONAL

MODUL/BIDANG

MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

MENGGAMBAR
Menggambar salah satu bidang dalam Seni Visual di peringkat sekolah Rendah. Bidang menggambar menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi.

Definisi Menggambar Adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek. Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek

MENGGAMBAR
Lukisan Catan Kolaj Montaj Cetakan Resis Gosokan

Stensilan Renjisan dan Percikan Gurisan Capan Mozek Poster

LUKISAN

Lukisan merupakan satu proses menggambar secara spontan atau dirancang dengan menggunakan kekuatan garisan dalam menimbulkan imej Lukisan mengikut maksud kamus Oxford ialah keupayaan menggunakan kesan garisan yang dapat mewujudkan imej tanpa menggunaan warna atau satu warna Lukisan adalah kerja lanjutan daripada kegiatan menggambar yang melibatkan kerja-kerja sistematik dengan mengaplikasikan pengetahuan tentang ton, jalinan, pencahayaan, kesan ruang, perspektif dan komposisi dalam hasil karya yang digubah.

LUKISAN
Media
Pensel Arang Pen marker Pensel warna Dan lain-lain media kering yang sesuai

TEKNIK-TEKNIK LUKISAN
GARISAN
TITIK-TITIK GOSOKAN

Lukisan

Prev Next

CATAN
Catan adalah proses menggambar dengan menggunakan bahan pewarna atau cat yang disapukan atas pelbagai permukaan untuk menyampaikan mesej tertentu

CATAN
Catan merupakan perbuatan meletakkan pewarna "pigment terlarut dalam pelarut (atau medium) dan agen pengikat (gam) kepada permukaan (sokongan) seperti kertas, kanvas atau dinding.

http://www.scribd.com

TEKNIK-TEKNIK CATAN
TEKNIK CAT AIR TEKNIK CAT MINYAK

TEKNIK BASAH ATAS KERING

Teknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan kering untuk menghasilkan kesan legap. Teknik ini banyak digunakan kerana sesuai dengan beberapa jenis media dan agak senang dikawal sapuan warnanya.

Teknik ini juga boleh menggunakan warna yang basah dan disapukan ke atas lapisan warna yang telah kering bagi mendapatkan kesan lutsinar.
Campuran warna yang hendak digunakan haruslah tidak pekat dan tidak terlalu cair.

TEKNIK BASAH ATAS KERING

Kertas hendaklah kering.


Sapuan berus yang spontan adalah digalakkan. Mulakan sapuan warna dengan lapisan nipis dan ditindih berperingkat-peringkat dengan ton yang semakin gelap. Untuk mendapatkan kesan transparensi, basahkan berus dan celup ke dalam warna yang cair, sapu di atas kertas lukisan. Biarkannya kering dan ulangi aktiviti yang sama

CONTOH MENGGAMBAR CATAN

GOSOKAN
Mengikut Kamus Dewan, gosokan bermakna bergeser, bergesel, menggosok dengan (tangan, barang dll) menggunakan sesuatu untuk menggosok.

Menurut Glosari Seni Lukis pula gosokan bermakna pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di atas permukaan yang hendak dipindahkan.

GOSOKAN
Dapat memperkembangkan deria lihat terhadap persekitaran dan boleh menghasilkan berbagai perasaan seperti gembira, suka, minat, selesa dan sebagainya.
Apabila mengaplikasikan aktiviti gosokan , secara tidak langsung kita akan peka terhadap setiap permukaan yang terdapat di persekitaran.

CONTOH MENGGAMBAR GOSOKAN

CAPAN
Capan ialah teknik mengecap dengan bahan alam atau semula jadi yang mempunyai jalinan tertentu. Capan adalah berbeza dengan cetakan kerana tidak perlu disediakan blok cetakan. Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan di permukaan bahan semula jadi atau bahan alam tersebut.

Contohnya, cap jari menghasilkan kesan yang sama dengan jalinan yang ada pada jari.

CONTOH MENGGAMBAR CAPAN

MOZEK
Mozek ialah satu imej yang disusun berasingan, tidak bertindih dan disusun secara bersebelahan. Mozek boleh dihasilkan daripada bahan-bahan seperti kepingan kertas, kayu, marmar atau bahan lain yang sesuai.

CONTOH MOZEK

CONTOH MOZEK

POSTER
Poster adalah alat perhubungan dan komunikasi untuk menyampaikan maklumat Ianya berfungsi untuk mengiklan, pengumuman atau penyataan

Penyampaiannya perlu jelas, mudah, ringkas serta menarik


Penggunaan muka taip yang mudah dibaca dan berwarna kontra amat penting dalam poster

CONTOH POSTER

MEMBUAT CORAK DAN REKAAN


Membuat corak dan rekaan merupakan suatu asas utama dalam menghasilkan sesuatu karya seni. Pada dasarnya, tanpa rekaan dan corak, hasil seni baik yang tradisional mahupun yang mengikut zaman akan tidak terhasil.
Dalam teorinya corak adalah suatu susunan motif sama ada teratur, terancang atau secara bebas.

MEMBUAT CORAK DAN REKAAN


Motif merupakan rupa atau bentuk asas dalam satu-satu corak.

Motif terdiri daripada motif flora, fauna, geometri dan organik.


Rekaan pula adalah menggunakan corak yang dihasilkan sebagai produk akhir samada dalam bentuk 3D atau 2D

MEMBUAT CORAK DAN REKAAN


CORAK TERANCANG

Lukisan Catan Cetakan Gosokan Lipatan dan guntingan Resis Kolaj Kaligrafi Stensilan

CORAK TIDAK TERANCANG

Pualaman Tiupan Titisan Ikatan dan Celupan Percikan dan Renjisan

CORAK TERANCANG
Mempunyai motif Motif diulang-ulang Mempunyai susunan tertentu

SUSUNAN CORAK TERANCANG


Batu bata Separa jatuh Orge Sisik ikan Cerminan Ulangan sekata Berpusat

CONTOH CORAK TERANCANG TEKNIK LUKISAN

CETAKAN
Hasil karya seni yang menggunakan acuan cetakan untuk menghasilkan satu atau beberapa siri cetakan Satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas sesuatu permukaan. Perpindahan imej yang berdakwat daripada satu permukaan blok kepada permukaan lain seperti kertas atau kain Proses mencorak yang dilakukan dengan pelbagai cara memotong, menguris dan sebagainya di atas permukaan plat dan menggunakan dakwat

CONTOH CORAK TEKNIK CETAKAN

RESIS
Resis bermaksud penolakan warna berasaskan air oleh sesuatu halangan. Halangan yang biasa digunakan dalam teknik resis ialah lilin. Contoh bahan halangan lain yang digunakan ialah oil pastel, krayon dan glu cair

CORAK TEKNIK RESIS

KALIGRAFI
Kaligrafi membawa maksud tulisan indah yang mempunyai ciri-ciri tertentu seperti ketepatan dan keseragaman rupa huruf mengikut disiplinnya yang tertentu Seni tulisan indah juga sangat mementingkan kebersihan, kekemasan dan menjaga garisan supaya lurus pada permulaan, pertengahan, hujung atas dan bawah dengan rupa dan gaya yang seimbang dan harmoni.

CONTOH KALIGRAFI

CONTOH CORAK KALIGRAFI

CONTOH CORAK KALIGRAFI

CORAK TIDAK TERANCANG


Hasil corak tidak terancang terjadi tanpa dirancang Hanya terdapat satu sahaja bagi corak yang dihasilkan Corak tidak terancang dihasilkan melalui beberapa teknik seperti pualaman, ikatan dan celupan, tiupan, renjisan dan percikan.

CORAK TIDAK TERANCANG


Teknik menghasilkan corak tidak terancang
- pualaman - ikatan dan celupan - tiupan - renjisan dan percikan

PUALAMAN
Pualaman ialah satu teknik untuk menghasilkan corak tidak terancang Corak pualaman terhasil daripada kesan pengasingan di antara minyak dengan air apabila dicampurkan

CONTOH CORAK PUALAMAN

IKATAN DAN CELUPAN


Ikatan dan celupan ialah kaedah pengasingan warna dengan menggunakan cara mengikat bahagian kain yang tidak ingin diwarnakan . Kain yang telah diikat dicelup dalam pewarna fabrik Pada kebiasaanya celupan bermula dengan warna yang cerah diikuti warna yang gelap

CONTOH CORAK IKATAN DAN CELUPAN

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Bidang membentuk dan membuat binaan akan menghasilkan karya dalam bentuk 3D

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


Arca Timbul Asemblaj Mobail Stabail Model Diorama Boneka Origami Topeng Muka

ASEMBLAJ
Asemblaj adalah sejenis arca yang dihasilkan dengan mencantumkan bahan-bahan yang berlainan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakkan yang menimbulkan sesuatu makna sehingga menjadi rupa bentuk mengikut perancangan pengarca.

Biasanya arca asemblaj dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula.

CONTOH ASEMBLAJ

CONTOH ASEMBLAJ

JENIS-JENIS ARCA

ARCA MOBAIL

ARCA LUAKAN

ARCA BINAAN

DIORAMA
Diorama adalah satu model tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar
Terdapat dua jenis diorama iaitu - diorama miniatur - diorama saiz sebenar

CONTOH DIORAMA

BONEKA
Boneka ialah objek yang menyerupai patung yang biasanya dijadikan alat permainan Terdapat beberapa jenis boneka seperti boneka bayang, boneka tongkat, boneka bertali dan boneka jari

CONTOH BONEKA

MENGENAL KRAF TRADISIONAL


Kraf tradisional boleh didefinasikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun temurun.

Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air.

MENGENAL KRAF TRADISIONAL


Bidang kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja adalah satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokohtokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan.

MENGENAL KRAF TRADISIONAL


Batik Tekat Ukiran Tenunan Anyaman Tembikar Alat Domestik Alat Permainan Alat Pertahanan Diri Alat Perhiasan Diri

BATIK
Definisi batik : Dipercayai berasal dari Indonesia, diambil daripada perkataan Melayu untuk titik dan Jawa 'mba' ertinya menulis.
Batik bererti membuat titik-titik sama ada berupa titik-titik sebenar atau bungabungaan dan lain-lain motif kecil di atas permukaan kain (fabrik).

CONTOH BATIK

UKIRAN
Seni ukiran merupakan satu proses menoreh, menggores dan memahat dengan menggunakan pahat (bahan tajam) untuk menghasilkan rekabentuk pada kayu, batu, barang perhiasan dan lain-lain.(DBP)

TENIK UKIRAN KAYU


1. 2. 3. 4. Ukiran Bunga timbul Ukiran Larik Ukiran tebuk tembus Ukiran arca

CONTOH UKIRAN

TEMBIKAR
Kegunaan tembikar telah wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu. Ini dapat dibuktikan dengan penemuan serpihan-serpihan tembikar di Bukit Tanjung Lembu, Perlis, di Gua Cha, Kelantan dan Ulu Tembeling, Pahang. Tembikar merupakan salah satu daripada kraf tradisional. Menggunakan bahan tanah liat yang dibentuk, dibakar dan digilap untuk dijadikan alat kegunaan harian seperti bekas menyimpan air, balang dan lain-lain lagi. Ia juga dikenali sebagai porselin wares dan seramik

CONTOH TEMBIKAR

MEDIA
Definisi Media Media adalah alatan dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu karya. Alatan Alat yang digunakan untuk membantu menghasilkan sebuah karya. Kebiasaannya alat yang digunakan tidak luak.

Bahan

Bahan digunakan untuk menghasilkan sesebuah karya dan ianya ada pada hasil akhir karya

BAHAN BANTU BELAJAR(BBB)


Definisi : Segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantu menyampaikan pengajaran. Dibahagikan kepada 3 kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis iaitu :
Elektronik Bukan elektronik Bahan-bahan bercorak bahan sebenar (realia)

pengalaman

dan

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like