You are on page 1of 19

KOLEJ MATRIKULASI JOHOR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SUBJEK: KEMAHIRAN DINAMIKA SESI: 2012/2013 TAJUK LAPORAN KAJIAN: PERKAHWINAN

CAMPUR DALAM KONTEKS MEMUPUK HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA. APAKAH PERSEPSI WARGA KOLEJ MATRIKULASI JOHOR (KMJ)? NAMA PENSYARAH: PUAN NORZIAH BT ABD. RAHIM SENARAI NAMA PELAJAR: NO 1. 2. NAMA FARAH FARHANA BT MOHAMMAD UMMUL KHAIR FATIMAH BT FADZIL RAHMAN 3. NUR LIYANA BT ROHAIZAD MS 1116519723 NOMBOR MATRIK MS 1116560860 MS 111656 1031

ISI KANDUNGAN 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 Abstrak Pendahuluan Objektif Kajian Metodologi Kajian Dapatan Kajian Kesimpulan/Refleksi Kajian

Rujukan

1.0 ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keperluan, kepentingan dan kebaikan perkahwinan campur dalam konteks mengeratkan perpaduan kaum. Terdapat 30 orang responden yang dipilih secara rawak terdiri daripada warga Kolej Matrikulasi Johor telah dipilih dan terlibat dalam kajian ini. Satu set soal selidik yang terdiri daripada 28 soalan yang memfokuskan terhadap objektif kajian telah dibina untuk meninjau pandangan mereka terhadap kepentingan dan keperluan perkahwinan campur dalam memperkukuh perpaduan negara dalam kalangan rakyat Malaysia. Metodologi yang telah digunakan dalam kajian ini ialah kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini telah diberi kepada setiap responden untuk memperoleh maklumat tentang pengetahuan dan pendapat warga KMJ terhadap perkahwinan campur. Berdasarkan analisis yang telah dijalankan, sebanyak 97% responden berpendapat bahawa perkahwinan campur dapat membantu dan memberi faedah dalam mengukuhkan perpaduan negara. Oleh itu dicadangkan pada masa hadapan, kajian yang lebih mendalam dan terperinci akan dijalankan terhadap perkahwinan campur dengan melibatkan lebih ramai responden untuk meneliti kesahihan kajian yang telah dijalankan ini.

2.0 PENDAHULUAN Menurut Kamus Dewan, perpaduan berasal daripada kata akar padu, yang bermaksud bergantung, bersatu, bercampur untuk menjadi satu, kukuh dan utuh, bermuafakat, berunding dengan bersungguh-sungguh. Maksudnya sahaja sudah mencukupi untuk menerangkan kepada kita bahawa untuk menjadi kuat dan kukuh, tiada cara lain melainkan perpaduan. Perpaduan ialah satu proses yang menyatu padukan anggota masyarakat dan negara keseluruhannya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama dalam kalangan mereka. Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan dan kemajuan negara. Oleh itu, pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini termasuklah menggalakkan perkahwinan campur dalam kalangan rakyat Malaysia. Kumpulan kami telah mendapat tajuk Perkahwinan Campur Dalam Konteks Memupuk Hubungan Etnik Di Malaysia sebagai tajuk kajian. Tanggapan awal kami terhadap tajuk ini ialah perkahwinan campur mempunyai kemampuan untuk memupuk semangat kebangsaan dan mengeratkan hubungan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, kami juga merasakan bahawa sekiranya perkahwinan ini dilaksanakan tanpa pengetahuan tentang perkahwinan campur, ia mampu membawa kepada perceraian dan menghapuskan budaya serta adat sesuatu agama dan bangsa. Oleh itu, untuk mendapatkan kepastian terhadap peranan perkahwinan campur dalam konteks memupuk hubungan etnik di Malaysia, tahap pengetahuan yang tinggi sangat dituntut dan ini menyebabkan kami perlu membuat rujukan terhadap pelbagai sumber bagi memperoleh maklumat yang secukupnya. Tujuan utama kajian ini dijalankan ialah untuk mengkaji pendapat warga KMJ terhadap perkahwinan campur dalam konteks mengeratkan hubungan etnik di Malaysia.

Antara isu-isu yang ingin dikupas dalam kajian ini ialah kepentingan perkahwinan campur dalam konteks mengeratkan hubungan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia, pandangan warga KMJ terhadap perkahwinan campur, kebaikan dan keburukan perkahwinan campur, hubungan antara perkahwinan campur dengan perpaduan rakyat, pengetahuan warga KMJ dalam perkahwinan campur dan keperluan perkahwinan campur dalam membina perpaduan yang kukuh. Berdasarkan semua isu ini, satu set soal selidik yang terdiri daripada 28 soalan telah dibina bagi membantu kami memperoleh maklumat untuk melengkapkan kajian ini. Kajian ini sangat penting bagi membantu kami untuk mengetahui sejauh mana pandangan dan pengetahuan warga KMJ dalam perkahwinan campur. Bagi fokus kajian ini, kami hanya memilh responden seramai 30 orang secara rawak yang terdiri daripada warga KMJ sahaja untuk melengkapkan borang soal selidik yang telah diedar. Sepanjang melaksanakan kajian ini, kami bersyukur kerana kebanyakan urusan kami berjalan dengan lancar atas bantuan guru-guru dan rakan-rakan serta ahli kumpulan yang berdedikasi dalam melaksanakan tugas masing-masing. Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan terhadap responden, kebanyakan daripada mereka berpendapat bahawa perkahwinan campur dapat membantu dalam mengeratkan serta mengukuhkan perpaduan kaum. Ini menunjukkan bahawa warga Kolej Matrikulasi Johor mempunyai pengetahuan dalam perkahwinan campur.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN OBJEKTIF UMUM Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kepentingan perkahwinan campur dalam konteks mengeratkan hubungan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk. OBJEKTIF KHUSUS 1. Mengkaji pandangan warga KMJ terhadap perkahwinan campur 2. Menganalisis kebaikan dan keburukan perkahwinan campur 3. Mengkaji hubungan antara perkahwinan campur dan perpaduan rakyat 4. Mengkaji sejauh mana pengetahuan warga KMJ dalam perkahwinan campur 5. Mengkaji keperluan perkahwinan campur dalam membina perpaduan

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi yang digunakan oleh kajian ini ialah kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik. Sebanyak 30 borang soal selidik yang lengkap diisi telah diproses untuk penganalisisan data. Kajian ini telah dijalankan di Kolej Matrikulasi Johor dengan sejumlah 30 orang responden yang dipilih secara rawak. Populasi kajian ini ialah seluruh warga KMJ yang terdiri daripada pelajar PST dan PDT serta pensyarah. Mereka terdiri daripada 8 orang pelajar lelaki,12 pelajar perempuan serta 10 orang pensyarah. Sebanyak 4 item soalan telah disediakan yang terdiri daripada maklumat diri responden. Selain itu, sebanyak 5 item soalan yang berkaitan dengan pengetahuan responden tentang perkahwinan campur. Terdapat 20 item soalan yang merujuk kepada pandangan responden tentang perkawinan campur serta implikasinya. Tambahan lagi, sebanyak 4 item soalan yang merujuk kepada pendapat responden terhadap keperluan perkahwinan campur dalam memupuk semangat perpaduan di Malaysia. Jenis analisis data yang digunakan ialah analisis jenis peratusan. Sebanyak 28 soalan diajukan kepada responden untuk mencapai objektif kajian ini.

5.0 DAPATAN KAJIAN Kaedah borang soal selidik digunakan untuk mengetahui persepsi warga Kolej Matrikulasi Johor (KMJ) mengenai perkahwinan campur di Malaysia. Borang soal selidik ini mengandungi 3 bahagian iaitu, bahagian A, latar belakang responden, bahagian B, pengetahuan responden mengenai perkahwinan campur, bahagian C, pandangan responden tentang perkahwinan campur dan bahagian D, pendapat responden terhadap keperluan perkahwinan campur dalam memupuk perpaduan di Malaysia. Borang soal selidik ini mngandungi soalan. Sila rujuk lampiran

Sebanyak 30 orang responden yang terdiri daripada seluruh warga KMJ mengambil bahagian dalam soal selidik ini. Responden-responden yang mengambil bahagian pula berumur dalam lingkungan 19 hingga 50 tahun.

Umur Responden
6% 10% 18-19 17% 20-29 30-39 40-50 67%

Terdapat 12 orang responden lelaki dan 18 orang responden perempuan yang terlibat dalam soal selidik ini. Manakala, terdapat 22 orang responden dari bangsa Melayu, 3 orang dari bangsa Cina, seorang dari bangsa India dan 3 orang dari lainlain bangsa.

Kaum Responden
Melayu 4% 4% 11% Cina India Lain-lain

81%

Terdapat 24 orang responden yang beragama Islam, 3 orang yang beragama Buddha,seorang beragama Hindu, Kristian dan lain-lain agama.

Agama responden
Kristian Lain-lain 3% 3% Hindu 4% Buddha 10%

Islam 80%

Bahagian B merujuk kepada pengetahuan responden tentang perkahwinan campur. Bahagian ini terdiri daripada 5 soalan. Soalan 1, adakah anda tahu apa itu perkahwinan campur? Sebanyak 26 orang responden menjawab Ya, dan seramai 4 orang menjawab, Tidak.

1. Adakah anda tahu apa itu perkahwinan campur?


Tidak 11%

Ya 89%

Soalan 2 tentang pengetahuan responden terhadap sejarah perkahwinan campur. Sebanyak 25 orang responden menjawab Tidak dan 5 orang menjawab Ya.

2. Adakah anda tahu tentang sejarah perkahwinan campur?


17%

Tidak Ya

83%

Soalan 3 dan soalan 4 pula tentang pengetahuan responden mengenai perkahwinan campur dari sudut agama.

3. Adakah agama anda membenarkan perkahwinan campur?


Tidak 17%

Ya 83%

4. Perlukah pasangan anda menukar agama seandainya anda berkahwin campur?

30% Ya Tidak 70%

Bahagian C pula berkisar tentang pandangan responden terhadap isu-isu berkaitan perkahwinan campur. Pelbagai soalan diajukan kepada responden untuk mengenal pasti kebaikan dan keburukan perkahwinan campur. Terdapat 40% responden sangat setuju bahawa perkahwinan campur dapat memperkaya budaya dalam masyarakat manakala seramai 57% bersetuju dan 3% responden tidak bersetuju. Selain itu, 57% responden tidak bersetuju bahawa masalah penceraian berlaku dalam perkahwinan campur, 30% setuju, 10% sangat setuju dan hanya 3% responden yang sangat tidak setuju dengan kenyataan ini. Tambahan lagi, 67% responden bersetuju bahawa melalui perkahwinan campur, kita dapat memahami dan mempelajari nilai-nilai positif sesuatu kaum.

Genarasi kelahiran perkahwinan campur berfikiran terbuka terhadap budaya, agama, bangsa lain dan tidak akan bersikap perkauman. Seramai 70% responden bersetuju dengan kenyataan ini manakala 30% responden tidak bersetuju. Selain itu, seramai 87% responden menyetujui bahawa generasi kelahiran perkahwinan campur mempunyai IQ yang tinggi. Seramai 93% responden tidak bersetuju bahawa perkahwinan campur dapat menghilangkan identiti sesebuah Negara.

Seramai 83% responden berpendapat bahawa melalui perkahwinan campur dapat mewujudkan budaya baru hasil pertembungan antara dua budaya yang berbeza. Selain itu juga, perkahwinan campur menyumbang kepada masyarakat yang lebih bertoleransi. Seramai 87% responden memihak kepada kenyataan ini. Terdapat juga segelintir responden iaitu seramai 30% responden bersetuju bahawa perkahwinan campur akan menyebabkan pegangan agama menjadi goyah.

Tambahan lagi, seramai 80% responden tidak bersetuju bahawa bahasa menjadi batu penghalang dalam perkahwinan campur. Kadar maksiat dapat dikurangkan melalui perkahwinan campur kerana seramai 74% responden bersetuju dengan kenyatan ini. Tambahan pula, pembangunan yang pesat dapat dicapai melalui perkahwinan campur. Majoriti responden menyetujui bahawa berlaku perkongsian budaya melalui perkahwinan campur. Akhir sekali, seramai 80% responden bersetuju bahawa generasi kelahiran perkahwinan campur kaya dengan sikap toleransi dan mampu berdaya saing dalam memajukan ekonomi Negara.

Bahagian D pula merujuk kepada pendapat responden terhadap keperluan perkahwinan campur dalam memupuk semangat perpaduan di Malaysia. Sebanyak 4 soalan diajukan kepada responden.

1. Perkahwinan Campur Dapat Mengeratkan Perpaduan dalam Masyarakat yang berbilang Kaum di Malaysia.
0% 37% Sangat setuju Setuju Tidak setuju 63% Sangat tidak setuju

2. Perkahwinan Campur Memberi Impak Terhadap Keadaan Sekililing dan Keadaan Sosiologi Sesebuah Negara.
0% 10% 33% Sangat setuju Setuju Tidak setuju Sangat tidak setuju 57%

3. Konsep 1 Malaysia Dapat Dipupuk Melalui Perkahwinan Campur.


4% 20% 13% Sangat setuju Setuju Tidak setuju 63% Sangat tidak setuju

4. Bangsa Malaysia Dapat Dilahirkan Melalui Perkahwinan Campur.


4% 13% 20% Sangat setuju Setuju Tidak setuju Sangat tidak setuju 63%

Hasil kajian ini mendedahkan pelbagai respon dan tanggapan warga Kolej Matrikulasi Johor khususnya mengenai isu-isu berkaitan perkahwinan campur.

RUJUKAN Internet http://nurfarinaabdullah.blogspot.com/2012/03/perkhawinan-campur-dan-pembinaannegara.html , 13 Disember 2012 http://mistribikerz.multiply.com/journal?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal , 13 Disember 2012 http://drnikrahim.wordpress.com/2010/11/19/permasalahan-kahwin-campurwawancara-2/ , 14 Disember 2012 http://radiome-kiraoklatu.blogspot.com/2010/10/kebaikan-perkahwinan-campur.htm , 14 Disember 2012

Perkahwinan Campur Dalam Konteks Memupuk Hubungan Etnik Di Malaysia. Apakah Persepsi Warga Kolej Matrikulasi Johor (KMJ) Arahan: Sila jawab semua soalan Melalui soal selidik yang dikemukakan kepada warga KMJ yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah, berikut merupakan pendapat warga KMJ terhadap perkahwinan campur: Umur: 18-19 ( Kaum: Melayu ( Agama: Islam ( Lain-lain ( Jantina: P( STS TS S SS ) L( ) ) ) Buddha ( ) Hindu ( ) Kristian ( ) ) Cina ( ) India ( ) Lain-lain ( ) ) 20-29 ( ) 30-39 ( ) 40-50 ( )

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

Item Perkahwinan Campur 1. 2. 3. 4. Anda tahu apa itu perkahwinan campur. Anda tahu tentang sejarah perkahwinan campur. Agama anda membenarkan perkahwinan campur. Pasangan anda perlu menukar agama seandainya anda berkahwin campur. 5. Perkahwinan campur dapat memperkaya budaya dalam masyarakat. 6. Perkahwinan campur dapat mengeratkan perpaduan dalam masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. 7. Perkahwinan campur adalah satu faktor perdamaian dan interaksi harmoni antara budaya dan kaum. 8. 9. Masalah penceraian berlaku dalam perkahwinan campur. Melalui perkahwinan campur dapat memahami dan mempelajari nilai-nilai mulia sesuatu kaum. 10. Perkahwinan campur bersifat menghapuskan budaya dan nilai positif sesuatu kaum. 11. Perkahwinan campur memberi impak terhadap keadaan sekeliling dan keadaan sosiologi sesebuah negara. 12. Generasi kelahiran perkahwinan campur tidak akan bersikap perkauman. 13. Generasi kelahiran perkahwinan campur bersikap berfikiran terbuka terhadap budaya, agama dan bangsa lain.

STS TS

SS

Item Perkahwinan Campur 14. Generasi kelahiran perkahwinan campur mempunyai IQ yang tinggi. 15. Konsep 1 Malaysia dapat dipupuk melalui perkahwinan campur. 16. Perkahwinan campur dapat menghilangkan identiti sesebuah kaum. 17. Melalui perkahwinan campur dapat mewujudkan budaya baru hasil pertembungan antara dua budaya yang berbeza. 18. Bangsa Malaysia dapat dilahirkan melalui perkahwinan campur. 19. Perkahwinan campur menyumbang kepada masyarakat yang lebih bertoleransi. 20. Perkahwinan campur perlu digalakkan di Malaysia. 21. Perkahwinan campur akan menyebabkan pegangan agama menjadi goyah. 22. Perkahwinan campur mampu bertahan lama. 23. Bahasa menjadi masalah dalam perkahwinan campur. 24. Melalui perkahwinan campur kadar maksiat dapat dikurangkan. 25. Perkahwinan campur mampu menimbulkan perbalahan antara kaum. 26. Pembangunan negara yang pesat dapat dicapai melalui perkahwinan campur. 27. Berlaku perkongsian budaya melalui perkahwinan campur. 28. Generasi kelahiran perkahwinan campur kaya dengan sikap toleransi dan mampu berdaya saing dalam memajukan ekonomi.

STS TS

SS

You might also like