You are on page 1of 5

MARKAH PENUH UJIAN MEMANDU DI JALANRAYA

BAHAGIAN 3: Markah 1 ->- Membetulkan tempat duduk. Markah 2 ->- Membetulkan cermin pandang belakang dan tepi. Markah 3 ->- Pakai talipinggang keledar. Markah 4 ->- Menentukan gear dalam keadaan bebas sebelum menghidupkan engin motokar. Markah 5 ->- Menguji keadaan pencuci cermin dan lampu isyarat. Markah 6 ->- Guna isyarat lampu/tangan apabila diperlukan. Markah 7 ->- Guna brek kaki dan tangan dengan betul. Markah 8 ->- Mematuhi peraturan lampu isyarat. Markah 9 ->- Mematuhi tanda berhenti di persimpangan jalan. Markah 10 ->- Mematuhi peraturan garisan dua selari. Markah 11 ->- Memandu di lorong yang betul/kawalan steering. Markah 12 ->- Memandu kenderaan di jarak yang selamat. Markah 13 ->- Menggunakan cermin pandang belakang sebelum membelok. Markah 14 ->- Mematuhi had laju. Markah 15 ->- Memberi keutamaan kepada pejalan kaki,penunggang basikal dan motosikal. Markah 16 ->- Memandu di selekoh dengan cara yang betul,perlahan dan ikut lorong yang betul. Markah 17 ->- Tidak menukar lorong dengan tergesa-gesa di kawasan kesesakan lalulintas. Markah 18 ->- Memberi keutamaan kepada kenderaan dari sebelah kanan di persimpangan dan bulatan. Markah 19 ->- Memandu secara tidak merbahaya. Markah 20 ->- Menggunakan gear sesuai mengikut kelajuan.

CARA-CARA MEMANDU UNTUK LULUS UJIAN JPJ


MEMULAKAN PEMANDUAN DENGAN GEAR MANUAL

--> Cara hendak menggerakkan kereta. Tekan clutch hingga jejak ke lantai dan masuk gear satu dengan cermat dan lembut. Kaki di pedal clutch diangkat perlahan lebih kurang 60% sehingga terasa badan kereta bergegar hendak bergerak, tambah sedikit minyak dan kawallah kelajuan dan stereng anda. Bila sudah stabil dan meter mencecah ke 20km - 25km, tukarlah kepada gear 2 dan meter mencecah ke 30km - 35km, tukar ke gear 3, meter mencecah ke 4okm tukarlah ke gear 4 dan seterusnya tukarlah ke gear 5 mengikut kelancaran jalanraya.

--> Cara hendak mengelakkan dari enjin mati setelah gear dimasukkan. Jangan angkat pedal clutch secara mengejut dan pastikan kelajuan kereta anda telahstabil barulah penukaran gear dilakukan atau pedal clutch dilepaskan dengan perlahan. Jika hendak berhenti atau mengekori kereta yang terlalu perlahan sehingga meter turun dibawah 30km, tekan pedal clucth dulu baru tekan pedal brek. Untuk mengelakkan anda kelam kabut kerana kurang mahir. Bila kereta berhenti pastikan tekan pedal clutch sehingga jejak ke lantai dan pedal brek. Sebelum mengangkat kedua-dua kaki, anda wajib freekan gear dulu dan tarik hand brek. PARKING 3 PENJURU 1. Pusingan tiga penjuru adalah olahgerak terakhir dalam ujian bahagian 2 untuk ujian memandu kereta selepas ujian mendaki bukit dan ujian meletak kereta secara masuk belok. 2. Berhati-hati untuk olahgerak terakhir ini untuk memastikan anda boleh lulus sepenuhnya untuk ujian bahagian 2. 3. Ini adalah kerana jika anda kurang berhati-hati kemungkinan anda gagal dan akan menyebabkan anda gagal keseluruhan ujian bahagian 2. 4. Risikonya ialah anda perlu membuat ujian ulangan bahagian 2 dan anda wajib menjalani semula ujian mendaki bukit dan ujian meletak kereta secara masuk belok walaupun sebelum ini anda sudahpun lulus kedua-dua olah gerak ini. 5. Selepas keluar dari petak meletak kereta secara masuk belok ( side parking), anda terus menuju ke dalam petak tiga penjuru ini. 6. Pandu kereta anda bergerak lurus di sebelah kiri mengikut anak panah masuk dan sebaik cermin sisi sebelah kiri sama lurus dengan tiang no.2 di sebelah kiri anda, pusing stereng habis ke kanan dengan pantas. 7. Berhenti di hadapan tiang sebelah kanan anda dan pastikan kereta anda tidak melepasi garisan kuning dan tidak melanggar atau menyentuh tiang itu. Pastikan juga stereng selari dengan tiang di tengah dan tayar hadapan dalam keadaan menegak. 8. Pastikan kereta anda tidak bergerak ketika ini. Pusing stereng sampai habis ke kiri dan masukkan gear reverse, lepaskan clucth perlahan2 barulah boleh undur terus ke belakang dan tidak boleh menyentuh atau melanggar tiang belakang serta belakang badan kereta tidak boleh terkeluar dari garisan kuning. Panduannya mudah semasa mengundur kereta anda tengok anak panah masuk dan sebaik anak panah itu lurus kearah anda, terus berhenti. Bermakna kereta anda tidak akan terlanggar tiang belakang. Cuba praktik dan perhatikan. 9. Pastikan kereta anda tidak bergerak ketika ini. Pusing stereng sampai habis ke kanan dan masukkan gear 1. Terus bergerak keluar mengikut anak panah keluar dan letak semula kereta dimana anda bermula.

*Untuk info: Pastikan hanya tiga pergerakan sahaja dibenarkan ketika masuk, berada dalam petak dan keluar dari petak. Anda tidak dibenarkan berhenti-henti di pertengahan di setiap pergerakan. Jika enjin kereta mati tibatiba semasa berhenti, pastikan tekan brek dan freekan gear barulah hidupkan semula enjin kereta anda. Masa yang dibenarkan dari mula anda masuk hingga keluar dari petak ini tidak melebihi 3 minit.

SIDE PARKING 1. Anda hanya dibenarkan untuk membuat ujian side parking atau meletak kereta secara masuk belok hanya selepas lulus ujian mendaki bukit. 2. Pandu kereta bergerak lurus ke hadapan dan sebaik-baiknya jarak cermin sisi kiri dengan tiang pertama lebih kurang 3 kaki.Tidak terlalu dekat dan tidak pula terlalu jauh dari tiang. 3. Toleh ke kiri arah cermin tingkap tiga segi di bahagian penumpang kiri. Berhentikan kereta sebaik anda nampak tiang pertama berada di tengah- tengah cermin itu. 4. Tekan clutch & masukkan gear reverse. 5. Pusing stereng ke kiri sampai habis. 6. Lepaskan clutch perlahan2, mula undur perlahan-lahan dan lihat melalui cermin sisi sebelah kanan. Kira tiang yang anda nampak didalam cermin sisi dan berhenti sebaik badan kereta sudah sama lurus dengan tiang no.7. 7. Pusing stereng sebanyak 2 kali ke kanan. Undur kereta dan lihat kedudukan tayar belakang sebelah kanan berada di atas garisan kuning. Berhenti. 8. Pusing stereng ke kanan sampai habis dan undur sehingga kereta betul2 masuk ke lot Parking. Lihat tayar hadapan sebelah kanan dan berhentisebaik tayar itu sudah berada di atas garisan kuning. Jangan langgar tiang hadapan. 9. Tekan brek, freekan gear, tarik hand brek & angkat tangan sebagai tanda anda telah berjaya meletak kereta dengan betul.Tunggu isyarat dan arahan pegawai penguji untuk anda keluarkan kereta dari petak. 10. Masukkan gear reverse. Pusing stereng 2 kali ke kiri. Gerakkan kereta berhati-hati. Lihat tayar hadapan sebelah kanan dan berhenti sebaik tayar berada diatas garisan kuning 11. Pusing stereng ke kanan sampai habis dan masukkan gear 1. Terus keluar berhati-hati jika anda mahir. Sekiranya anda tidak berapa mahir. Berhenti dahulu sebaik tiang no. 1 berada di tengahtengah pintu penumpang kiri anda. 12. Pusing stereng 3 1/2 kali ke kiri dan terus keluar.

*Untuk info: Masa yang diberi dari mula anda hendak bergerak masuk dan sehingga anda keluar dari petak ialah tidak boleh melebihi dari 5 minit. Kebiasaannya ketika hari ujian, kebanyakan pelajar hanya mangambil masa kurang dari 2 minit.

Syarat utama untuk mengelakkan anda gagal ialah: 1. 2. 3. 4. Jangan sentuh atau langgar mana-mana tiang walaupun tiang tidak jatuh atau tiang bergoyang. Badan kereta mesti berada di dalam petak dan tidak boleh terjulur keluar melebihi garisan. Tidak melebihi masa 5 minit. Tidak berlaku sebarang kemalangan.

MENAIKI BUKIT 1. 2. 3. 4. 5. Mulakan gear 1. Gerak perlahan2. Apabila side mirror menghampiri palang pertama, cepat2 tekan clutch & brake kaki. Tarik hand brake & freekan gear. Lihat keluar sama ada tayar depan cecah pada line kuning. Tayar mesti berada paling kurang 50% didalam garisan kuning. Tayar tidak boleh melebihi 50% keluar dari garisan kuning. Keadaan ini menyebabkan anda terus dianggap gagal. Ketika berhenti di garisan kuning, brek tangan tidak ditarik dengan betul menyebabkan kereta berundur dan tayar terkeluar dan menjadi kurang 50% masuk ke garisan kuning. 6. Kalau pasti, angkat tangan. Kalau tak lepas, buat semula.

MENURUNI BUKIT 1. 2. 3. 4. 5. 6. Masukkan gear 1. Tekan minyak sampai 3.5 @ 4. Lepaskan clutch perlahan2 sampai terasa kereta bergerak ke depan. Lepaskan hand brake. Kereta akan meluncur ke hadapan secara automatik. Perlahankan kereta sebaik menuruni bukit.

TIPS-TIPS UJIAN JPJ BHG. 3 (JALAN RAYA) KELAS D (KERETA)


Ketika menghadiri Ujian JPJ, anda perlu berpakaian sopan dan menjaga tata tertib. Yang dimaksudkan berpakaian sopan ialah dengan memakai baju berkolar, seluar panjang dan kasut. Di bawah ini adalah tips tips yang mesti anda lakukan ketika menghadapi Ujian JPJ bahagian jalan raya untuk kereta. 1) Membuat pemeriksaan terhadap kenderaan Betulkan tempat duduk. Periksa cermin pandang belakang dan kedua-dua belah cermin sisi. Pastikan anda dapat melihat dengan baik belakang kereta anda. Menguji signal, lampu, lampu kecemasan dan wiper. Pastikan semua itu berfungsi. Memastikan gear berada dalam kedudukan bebas (neutral) dan hidupkan enjin kereta.

2) Memulakan Pemanduan Memakai tali pinggang keselamatan sebelum memulakan perjalanan. Start Ejin. Pandang cermin belakang & pandang tepi. Minta izin daripada pegawai JPJ untuk memulakan perjalanan. Tekan clutch. Masuk gear 1. Turunkan hand brek. Tekan sedikit pedal minyak. Lepaskan clutch perlahan2. Kereta berjalan seperti biasa & masukkan gear seterusnya.

3) Berhenti di Persimpangan Sebelum sampai di persimpangan, pastikan anda sudah memberikan signal. Berhenti kira-kira 2 meter di belakang garisan berhenti di persimpangan. Tarik brek tangan dan bebaskan gear. Pastikan tiada kereta yang datang dari sebelah kiri atau kanan sebelum bergerak keluar.

4) Memandu di Jalan Raya Pastikan anda menggunakan gear yang sesuai. Cuba patuhi had laju yang ditetapkan. Di jalan raya, had lajunya ialah kira-kira 40-60 kmj. Memandu di kawasan sekolah, had lajunya ialah 30 kmj. Pastikan anda dapat mengawal stereng dengan baik.

5) Memandu di Garisan Berkembar (Double Line) Anda TIDAK DIBENARKAN untuk memotong di kawasan ini. Kebiasaannya di kawasan sekolah, jambatan, selekoh dan persimpangan.

6) Memandu di Lampu Isyarat Anda hendaklah mematuhi lampu isyarat. Jika anda nampak lampu isyarat bertukar kepada warna kuning, anda perlu bersedia untuk berhenti. Sekiranya kenderaan anda belum melepasi garisan berhenti, and seharusnya Berhenti. Kalau kenderaan sudah melepasi garisan berhenti, anda dibolehkan untuk meneruskan perjalanan dengan syarat perlu berhati-hati.

7) Kawalan Stereng Kedudukan tangan di stereng perlu di posisi 2 dan 10. Pastikan tangan anda tidak bersilang ketika melakukan pusingan. Jangan hanya menggunakan sebelah tangan semasa memandu. Anda diizinkan memegang dengan satutangan apabila menukar gear.

8) Memberhentikan Kenderaan Setelah Selesai Ujian Sebelum berhenti, pastikan anda sudah memberikan signal kiri terlebih dahulu. Kemudian berhenti secara perlahan-lahan. Bebaskan gear dan tarikhand brake.

9) Memandu ketika di traffic light Ketika dalam 4 tiang sebelum sampai lampu traffic, tukar gear 2. Tekan clutch & brek kaki perlahan2 sehingga ruang jarak di depan sebanyak 1 kereta. Tarik hand brek & freekan gear. 10 saat sebelum gerak turunkan hand brek. Tekan sedikit pedal minyak Lepaskan clutch perlahan2. Kereta berjalan seperti biasa & masukkan gear seterusnya.

You might also like