You are on page 1of 17

0

AMALI 3

1.0

TAJUK Terbit Matahari

2.0

PENGENALAN Hampir separuh daripada Bumi diterangi oleh Matahari. Kawasan yang diterangi secara langsung ialah hampir setengah planet; akan tetapi, oleh sebab kesan atmosfera dan kesan-kesan lain yang memanjangkan kesan cahaya tidak langsung, kawasan Bumi yang disinari cahaya secara langsung ataupun tidak langsung sebenarnya lebih sedikit daripada setengah planet. Tempoh siang dari segi pemerhati di permukaan Bumi ditakrifkan secara kasar sebagai tempoh antara waktu terbit matahari apabila putaran Bumi ke timur mula-mula menyebabkan kemunculan cakera Matahari di atas ufuk hinggalah ke waktu terbenam matahari, apabila putaran Bumi yang berterusan menyebabkan cakera Matahari jatuh ke bawah ufuk di barat. Oleh sebab Matahari kelihatan seolah cakera bercahaya dan tidak sebagai titik cahaya apabila dilihat dari Bumi, keduadua waktu matahari terbit dan terbenam tidak berlaku dengan serta-merta dan definisi tepat kedua-dua kejadian itu boleh berubah mengikut konteksnya. Lagi, atmosfera Bumi membaurkan cahaya dari Matahari dan memanjangkan tempoh matahari terbit dan terbenam. Buat seketika waktu selepas matahari terbenam dan sebelum matahari terbit, cahaya tak langsung dari Matahari menerangi langit di Bumi; waktu ini lazimnya disebut waktu senjakala. Beberapa golongan ahli astonomi tidak menerima waktu siang itu betul-betul sudah berakhir sehinggalah cakera Matahari itu betul-betul di bawah ufuk Bumi ekoran cahaya yang tidak langsung ini. Oleh kerana paksi putaran Bumi condong pada lebih kurang 23.5 darjah dari garis tegak lurus (berbanding satah orbitnya), panjang tempoh hari siang berubah seiring musim di permukaan Bumi bergantung kepada latitud seseorang

yang memerhati. Kawasan-kawasan yang mengalami musim panas menyenget terhadap Matahari. Sengetan ini meningkatkan sinaran suria langsung dan menyebabkan lebih separuh hari diterangi cahaya dan suhu yang lebih tinggi. Sementara tambahan cahaya dapat meningkatkan kenaikan suhu pada musim panas, sebahagian besar kenaikan ini disebabkan sinaran suria langsung dan bukan pertambahan cahaya siang hari. Sudut Matahari yang tinggilah (dekat 90 darjah) penyebab kepanasan kawasan tropika dan sudutnya yang rendah (hanya sedikit di atas ufuk) pula mendatangkan kesejukan kawasan-kawasan kutub. Hakikat yang tempoh cahaya siang tidak mendatangkan kesan terhadap suhu dapat dilihat daripada kesejukan kawasan-kawasan kutub kendatipun kawasankawasan tersebut menerima cahaya suria selama 24 jam pada musim panas, sementara kawasan khatulistiwa masih panas walaupun hanya mendapat cahaya suria selama 12 jam. Walaupun panjang waktu siang tetap 12 jam di Khatulistiwa pada semua musim, di latitud lain pula panjang waktu siang berubah dengan perubahan musim. Sewaktu musim sejuk, tempoh siang kurang daripada 12 jam; pada musim panas pula, ia lebih daripada 12 jam. Apabila musim panas berlaku di kawasan ke utara Khatulistiwa, musim sejuk berlaku di selatan Khatulistiwa, dan sebaliknya. Azimut pula bermaksud "cara, bahagian, atau suku" adalah ukuran sudut dalam sistem koordinat sfera. Vektor dari pemerhati ke titik kepentingan

dijangka serenjang pada satah rujukan; sudut antara vektor diunjurkan dan vektor rujukan di dalam pesawat rujukan dipanggil azimut. Satu contoh ialah kedudukan bintang di langit. Bintang adalah titik kepentingan, pesawat rujukan adalah mendatar atau permukaan laut, dan vektor rujukan menunjukkan utara. Azimuth adalah sudut antara vektor utara dan unjuran serenjang bagi bintang yang turun ke kaki langit. Azimuth biasanya diukur dalam darjah (). Konsep ini digunakan dalam pelayaran, astronomi, kejuruteraan, pemetaan, perlombongan dan meriam.

Ketika menentukan kedudukan matahari secara manual, kita perlu terlebih dahulu menentukan arah mata angin benar iaitu utara benar di permukaan bumi dan seterusnya menggunakan kompas dan penggiraan trogonometri untuk menentukan altitude dan azimuth kedudukan matahari. Utara Benar merujuk kepada Utara Benar, utara ini adalah Utara Kutub. Utara benar yang kita

gunakan dalam geografi ini adalah mengarah ke kutub utara bumi, iaitu latitutt 90 darjah Utara, ini adalah utara Geografi. Semua garis bujur di atas glob dan peta atlas menuju ke kutub utara bumi. Setelah menentukan arah utara, kedudukan matahari ditentukan berdasarkan penggiraan altitude dan azimuth. Altitude dan azimuth digunakan untuk menentukan posisi matahari di garisan horizon mengikut arah jam yang berlaku secara setempat iaitu di kawasan sekitar pengkaji sahaja. Setelah mendapat Utara benar sudut antara utara benar dan garis horizon dicari dengan menggunakan kompas. Sudut antara utara benar dan garis horizon adalah azimuth manakala penggiraan trigonometri digunakan
3

untuk menentukan altitud. Nilai azimuth matahari akan berubah dari masa ke semasa bergantung kedudukan bumi berdasarkan putarannya. Bumi berputar pada paksinya mengikut lawan jam dari barat ke timur.

3.0

PROSEDUR a) Tempat yang bersesuaian dicari bagi mengenalpasti dan memerhatikan matahari terbit dalam masa dua minggu. b) Pemandangan berdasarkan pemerhatian dilukis. c) Pemerhatian berdasarkan mata kasar direkodkan (lukisan pergerakan matahari, azimuth, alititude dan masa) d) Data dianalis dan ditafsirkan. e) Laporan ditulis berdasarkan pemerhatian yang dibuat dengan menggunakan jadual, carta atau gambarajah sebagai bukti dan data dikaitkan dengan the kajian berhubung dengan pergerakan matahari mengelilingi bumi dan kesannya kepada bumi.

4.0 Masa

KEPUTUSAN 8.30 pagi 5 10 minit 09.08 hingga 22.08. 2013 (14 hari)

Tempoh masa pemerhatian Lokasi Apa yang diperhatikan

Pesisiran Pantai Kg Lubuk Pulau Tuba, Langkawi. 1) Kedudukan matahari terbit 2) Bacaan sudut altitud matahari 3) Bacaan sudut azimuth matahari

Cara data dipersembahkan

1) Data dikumpulkan melalui gambar. 2) Altitud dan azimuth matahari terbit : data dikumpulkan dengan pengiraan sudut altitud dan azimuth dengan menggunakan kompas dan lakaran pergerakan matahari.

Hari/ Tarikh

Gambar

Lakaran Pergerakan Matahari

Azimuth ()

Latitud ()

1 09.08.2013

100

2 10.08.2013

100

3 11.08.2013

99

4 12.08.2013

99

5 13.08.2013

98

6 14.08.2013

98

7 15.08.2013

98

8 16.08.2013

97

9 17.08.2013

97

10 18.08.2013

99

11 19.08.2013

98

12 20.082013

98

13 21.08.2013

99

14 22.08.2013

98

5.0

PERBINCANGAN Putaran Bumi pada paksinya.

Rajah menunjukkan beberapa paksi putaran.

Bumi berputar pada paksi (atau paksi putaran). Paksi adalah garisan imaginasi yang menembusi bahagian tengah sesuatu objek, di mana objek itu berputar. Paksi Bumi ialah garisan di antara kutub Utara dan kutub Selatan.Sesetengah objek berputar pada paksi melintang, seperti batang kayu yang sedang berguling. Selain itu, seperti seorang peluncur ais, berputar pada paksi menegak. Paksi Bumi sedikit condong iaitu bersudut 23.5dari paksi menegak.Bumi berputar pada paksinya dari arah barat ke timur.Bumi berputar dengan lengkap pada paksinya dalam masa 24 jam dengan kadar 1000 batu per jam. Tempoh masa yang diambil oleh Bumi untuk melengkapkan putaran dipanggil satu hari. Kita tidak boleh merasai putaran Bumi kerana Bumi adalah berkali ganda lebih besar berbanding kita manusia.

10

Putaran Bumi pada paksinya menyebabkan :

1. kejadian siang dan malam, 2. Matahari terbit di sebelah Timur dan terbenam di sebelah Barat, 3. perubahan pada kedudukan dan saiz bayang bayang.

Peredaran Bumi mengelilingi Matahari

Pada ketika Bumi berputar pada paksinya, ia juga beredar mengelilingi Matahari.Bumi beredar mengelilingi Matahari pada orbitnya . Orbit adalah laluan yang diikuti oleh planet atau bulan mengelilingi sesuatu jasad; seperti Bumi mengorbit Matahari.Bumi beredar mengelilingi Matahari dari barat ke timur.Sama seperti lain lain planet dalam Sistem Suria, orbit Bumi berbentuk elips atau bujur. Orbit Bumi adalah permukaan mendatar dua dimensi yang dipanggil elips. Ia mengambil masa 365 hari untuk Bumi melengkapkan peredarannya mengelilingi Matahari. Tempoh masa untuk Bumi melengkapkan peredarannya mengelilingi Matahari dikenali sebagai satu tahun.Ini bermaksud Bumi beredar mengelilingi Matahari pada kadar kelajuan 67,000 batu per jam.Mengikut perkiraan, tahun lompat yang mana mempunyai 366 hari berlaku empat tahun sekali. Ini adalah sebab mengapa dalam tahun lompat terdapat 29 hari dalam bulan Februari.Kesan daripada peredaran Bumi pada orbitnya mengelilingi Matahari

11

dan putaran Bumi pada paksinya mengakibatkan perubahan musim pada negara yang mengalami 4 musim.

Musim panas ialah musim tahun yang ditakrifkan sebagai bermula dari bulan Jun sehingga bulan September di Hemisfera Utara, dan dari Disembersehingga Mac di Hemisfera Selatan. Bagaimanapun, mengikut adat kebiasaan metereologi, ia ditakrifikan sebagai tiga bulan penuh antara bulan-bulan Jun dan Ogos di Hemisfera Utara, dan antara bulan-bulan Disember dan Februari di Hemisfera Selatan. Permulaan musim panas tak rasmi adalah sesuatu yang mengikut kelaziman. Di Ireland, ia bermula seawal 1 Mei, tetapi di banyak negara, ia dianggap bermula pada 1 Jun, walaupun terdapat juga negara-negara yang memulakannya selewat 1 Julai. Secara am, perubahan-perubahan musim berlaku lebih awal di kawasan-kawasan pantai dan oleh itu, kawasan-kawasan yang terletak berhampiran dengan lautan akan memulakan musim panas lebih awal daripada kawasan-kawasan pedalaman. Musim panas biasanya dilihatkan sebagai musim yang mempunyai hari yang paling panjang (dan paling panas) dalam tahun, dengan waktu siangnya lebih panjang pada tahap yang berbeza-beza. Di bahagian-bahagian Asia Selatan dan Tenggara yang mengalami monsun, musim panas dikatakan berlaku antara Mac hingga Mei atau awal Jun, iaitu waktu terpanas dalam tahun tersebut, yang diakhiri dengan musim hujan. Musim panas juga adalah musim kebanyakan tumbuhan menghasilkan buah dan sayuran.

Musim sejuk (musim dingin atau musim salju) ialah satu daripada empat musim di zon beriklim sederhana. Kalendar Barat mengikut pemahaman astronomi dan menyatakan bahawa musim sejuk bermula pada solstis musim sejuk dan berakhir apda ekuinoks musim bunga. Jika dihitung secara meteorologi, musim sejuk bermula dan tamat lebih awal daripada tarikh-tarikh tersebut (biasanya pada permulaan bulan yang ada ekuinoks atau solstis berkenaan) dan merupakan musim yang paling singkat waktu siangnya dan paling rendah suhunya. Apapun, musim sejuk menampakkan cuaca sejuk dan, terutamanya di latitud atau altitud lebih tinggi, salji dan ais. Suhu purata terendah pada musim ini biasanya dialami
12

pada bulan Januaridi Hemisfera Utara sementara di Hemisfera Selatan pula pada bulan Julai. Musim Bunga merupakan salah satu daripada empat musim dalam zon sederhana, serta berperanan sebagai musim peralihan daripada musim sejuk kepada musim panas. Musim bunga dikira dari keseluruhan Mac, April, dan Mei di Hemisfera Utara dan September, Oktober, dan November di Hemisfera Selatan. Musim bunga bermula di Vernal Ekuinoks (20 Mac atau 21 Mac di Hemisfera Utara dan 22 September 22 atau 23 Septermber di Hemisfera Selatan) dan bertahan sehinggalah Musim Panas (21 atau 22 Jun di Hemisfera Utara dan 21 atau 22 Disember di Hemisfera Selatan). Di dalam kawasan yang tidak bersalji, "musim bunga" mungkin bermula paling awal bulan Februari semasa tahun-tahun yang lebih panas, dengan kawasan-kawasan subtropik mempunyai perbezaan yang sangat perlahan, dan tropik pula tiada langsung. Kawasan-kawasan Subartik mungkin tidak dapat melihat "musim bunga" sehingga bulan Mei atau mungkin Jun, atau Disember di dalam kawasan lingkaran luar Antartika. Musim Luruh atau Musim Gugur (bahasa Inggeris: autumn) adalah salah satu dari empat musim di daerah beriklim serdahana. Musim ini adalah musim peralihan dari musim panas ke musim sejuk. Dalam zon berhawa sederhana, musim luruh adalah musim di mana kebanyakkan tumbuhan ditunai, dan pokokpokok deciduous menggugurkan daun-daunmereka. Ia juga merupakan musim di mana hari siang bertambah pendek dan bercuaca dingin (terutama di latitud utara), dan peningkatan presipitasi di beberapa bagian dunia. Secara astronomi, ia bermula dengan ekuinoks (sekitar 23 September di belahan Utara, dan 21 Mac di belahan Selatan, dan berakhir pada solstis musim dingin (sekitar 21 Disember) di belahan Utara dan 21 Jun di belahan Selatan). Namun, meteorologis menghitung bulan-bulan Mac, April, dan Mei di belahan Selatan, dan September, Oktober, dan November di belahan Utara sebagai Musim Luruh. Suatu pengecualian definisi ini ditemukan diKalendar Ireland di mana mereka masih mengikuti putaran Celtic, di mana musim gugur dihitung dari bulan-bulan Ogos, September, dan Oktober. Ringkasan mengenai kejadian 4 musim adalah seperti di bawah:
13

TARIKH

KEDUDUKAN MATAHARI

KEJADIAN

HEMISFERA UTARA

HEMISFERA SELATAN

TEMPOH SIANG DAN MALAM

21 MAC

TEGAK DI KHATULISTIWA

EKUINOKS

MUSIM BUNGA (FEB-APRIL)

MUSIM BUNGA (FEB-APRIL)

SIANG DAN MALAM SAMA PANJANG - KU 24 JAM SIANG - KS 24 JAM MALAM - SIANG LEBIH PANJANG DI HU SIANG DAN MALAM SAMA PANJANG

21 JUN

TEGAK DI SARTAN (HU)

SOLSTIS

MUSIM PANAS (MEI-JULAI)

MUSIM SEJUK (MEI-JULAI)

23 SEPT

TEGAK DI KHATULISTIWA

EKUINOKS

MUSIM LURUH (OGOS-OKT)

MUSIM BUNGA (OGOS OKT)

22 DIS

TEGAK DI GARISAN JADI (HS)

SOLSTIS

MUSIM SEJUK (NOV-JAN)

MUSIM PANAS (NOV-JAN)

-KU 24 JAM MALAM - KS 24 JAM SIANG -SIANG LEBIH PANJANG DI HS

6.0

KESIMPULAN Matahari terbit di sebelah barat. Kejadian siang dan malam adalah disebabkan bumi berputar pada paksinya.Tempoh satu pusingan putaran lengkap bumi pada paksinya adalah selama 24 jam.Bumi mengambil masa 365 hari untuk Bumi melengkapkan peredarannya mengelilingi Matahari. Tempoh masa untuk Bumi melengkapkan peredarannya mengelilingi Matahari dikenali sebagai satu tahun Kesan daripada peredaran Bumi pada orbitnya mengelilingi Matahari dan putaran Bumi pada paksinya mengakibatkan perubahan musim pada negara yang mengalami 4 musim.

14

7.0

RUJUKAN

Buku

Lutgens, F.K., Tarbuck, E.J. (2005). Foundations of Earth Science 4th Edition. New Jersey: Pearson Prentice Hill.

Seed, M. A. (2007). Foundation of Astronomy 9th Edition. Belmont: Thomson.

Broadfoot, J. B. (2004). Weather and Climate. Brisbane: QUT.

Laman Sesawang http://diamondsaujanaputra.blogspot.com/2010/07/terbitnya-matahari-dari-barat.html http://herryrinaldi.wordpress.com/2010/04/22/terbitnya-matahari-dari-barat-mulainampak/ http://diamondsaujanaputra.blogspot.com/2010/07/terbitnya-matahari-dari-barat.html

15

LAMPIRAN

16

You might also like