You are on page 1of 5

DEFINISI SUKAN RAGAM Perkataan Ragam bermaksud cara atau kegiatan yang pelbagai bentuk .

Pertandingannnya adalah mengikut sistem berpasukan. Peserta-peserta akan menjalani acara-acara sukan ini secara bergilir-gilir dan memungut mata untuk pasukannya. Pencapaian mata atau markah adalah berasaskan prestasi setiap peserta dalam acara yang tertentu. Keputusan Pertandingan Sukan ragam ditentukan dengan mengira jumlah mata yang diperolehi oleh setiap pasukan itu. Salah satu kelebihan Sukan Ragam adalah sistem pemberian matanya. Skor bagi setiap acara itu biasanya mengambilkira taraf kebolehan murid-murid dalam suatu acara itu. Cara ini penting untuk menentukan bahawa kebolehan murid- murid dalam sesuatu acara itu. Cara ini penting untuk menentukan bahawa setiap orang akan berpeluang merasai kejayaan dan dapat memberi sumbangan kepada pasukannya. Dari segi psikologi, pengalaman yang serupa ini akan membina sifat yakin diri dalam sanubari murid-murid. FALSAFAH SUKAN Untuk membentuk sebuah masyarakat yang cergas, sihat dan kukuh dari segi fizikal dan mental - bersemangat dan berpendirian positif dalam hidup, berdisiplin dan berdikari melalui penyertaan semua lapisan masyarakat secara aktif dan sukarela dalam semua aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan fizikal dengan berpegang kepada konsep kenegaraan, iaitu "Melayu Islam Beraja". Sukan merupakan satu aktiviti yang paling berkesan dan mempunyai potensi menolong seseorang itu memperolehi sebanyak-banyak keseronokan dan kepuasan dalam hidup, mencapai nilai terpuji hidup (quality of life) dan keperluan asas manusia. Sukan juga adalah satu penglibatan pembangunan sosial melalui penyertaan beramai-ramai sama ada ahli keluarga, sahabat handai masyarakat setempat dan masyarakat asing - semuanya menggalakkan pergaulan, persaingan yang sihat dan mengeratkan perhubungan sosial serta melahirkan masyarakat yang tidak mengasingkan diri. Keperluan asas manusia merangkumi berbagai-bagai faktor daripada keperluan fiziologi kepada kepuasan mutlak diri. Kemanfaatan dan sumbangan sukan kepada individu, masyarakat dan dunia antarabangsa dapat dirumuskan seperti berikut: -

1. Di Peringkat Individu, i.Peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal. ii.Pembentukan sahsiah (keperibadian) yang murni, kepercayaan serta bergantung kepada diri sendiri (berdikari) dan pendirian yang positif; iii.Penggunaan masa lapang yang bermakna dan bermanfaat; iv.Kekurangan tekanan (stress) hidup moden; v.Semangat bergaul dan bersahabat antara individu; vi.Peningkatan kemahiran melalui latihan dan persaingan; dan vii.Peluang memenuhi keperluan asas manusia mencapai kepuasan mutlak individu

2. Di Peringkat Masyarakat, i. Menggalakkan pembinaan kualiti mental masyarakat seperti semangat berdikari dan berdisiplin; ii. Membina masyarakat yang sihat dan cergas dari segi fizikal, mental dan spiritual. Ini akan mendorongkan peningkatan produktiviti negara; iii.Menimbulkan suasana untuk memupuk perhubungan dan penyatuan masyarakat di kalangan rakyat dan penduduk berbagai keturunan dan status sosial dan menghindarkan hidup berpuak dalam masyarakat; iv.Mencegah jenayah dan aktiviti liar melalui penggunaan masa lapang yang berfaedah dan sebagainya; dan v.Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara melalui industri sukan, rekreasi dan pelancongan.

3. Di peringkat Antarabangsa, i.Mengeratkan hubungan muhibah serta persefahaman antara sebuah negara dengan negara lain ke arah keamanan dan kesejahteraan dunia; dan ii.Mempertingkatkan mutu pencapaian individu dan kecemerlangan melalui pertandingan antarabangsa yang menghasilkan kebanggaan diri, keluarga, bangsa dan negara

TUJUAN SUKAN RAGAM Tujuan sukan ragam diadakan di sekolah ialah: i.Untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal murid-murid. ii.Untuk membentukkan sahsiah (keperibadian) yang murni, kepercayaan serta bergantung kepada diri sendiri (berdikari) dan pendirian yang positif; iii. Untuk mengurangkan tekanan (stress) hidup moden di kalangan murid. iv.Untuk meningkatkan semangat bergaul dan bersahabat antara individu; v.Untuk meningkatkan kemahiran melalui latihan dan persaingan. vi.Untuk memberi peluang kepada individu untuk memenuhi keperluan asas manusia dan mencapai kepuasan mutlak individu. vii.Untuk mempupuk sifat-sifat kemasyarakatan seperti semangatberpasukan, mematuhi peraturan, semangat kesukanan dan kepimpinan di kelangan murid. viii.Menghilangkan rasa bosan di kangan murid pada waktu Pendidikan Jasmani. ix. Membantu guru untuk menilai tahap pencapaian murid-muridnya dalam kemahiran yang tertentu

MATLAMAT SUKAN RAGAM Sukan ragam bertujuan untuk melahirkan murid yang menguasai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman asas sukan melalui amalan teori dan praktis dalam bidang sukan serta memupuk dan meningkatkan pengayaan nilai sebagai persediaan di bidang kerjaya, memberi peluang kepada setiap murid untuk merasai kejayaan dan dapat memberi sumbangan kepada pasukannya. Ia juga bermatlamat membina sifat yakin diri dalam sanubari murid-murid.

OBJEKTIF SUKAN RAGAM Membolehkan murid : i.memperoleh pemahaman tentang fungsi tubuh badan secara saintifik semasa melakukan pergerakan; ii.menghayati perlakuan pergerakan fizikal terhadap kehidupan dan kesihatan diri; iii.mengaplikasi prinsip latihan bagi meningkatkan komponen kecergasan; iv.memahami proses fisiologi yang memberi kesan terhadap pencapaian sukan; v.memahami prinsip asas kecederaan sukan dan aplikasinya dalam aktiviti fizikal; dan vi.merancang pemakanan yang sesuai berdasarkan keperluan latihan dan pertandingan

AKTIVITI SUKAN RAGAM 1) Permainan : Susup Gelung Rotan Berganti-ganti Tujuan Permainan : Kanak-kanak dapat menjulur dan menyusur Senarai keperluan : Tempat : kawasan lapang Bahan : Gelung rotan sebanyak 10 unit Peraturan Permainan : 1) Setiap kanak-kanak perlu menyusur dalam gelung rotan sehingga ke hujung barisan 2) Orang yang seterusnya hanya boleh masuk ke gelung apabila orang

sebelumnya sudah tamat menyusur Cara bermain : 1) Buat 4 barisan, 2 barisan kanak-kanak tidak memegang gelung rotan dan 2 barisan kanakkanak memegang gelung rotan. Setiap barisan ada 5 hingga 7 orang. 2) Barisan kanak-kanak dan pemegang gelung rotan berada dalam barisan bertentangan. 3) Apabila dibunyikan wisel orang pertama berlari dan terus menyusur ke dalam gelung sehingga tamat 4) Diikuti dengan rakan seterusnya

You might also like