You are on page 1of 4

Berubah itu payah Bila niat bukan kerana Allah Bila hati masih gundah Bila syaitan membisik

mudah Berubah itu payah Bila diri masih tak tabah Bila hati mudah berubah Bila manusia memandang rendah Berubah itu payah Bukan semudah berkata madah Tapi sejauhmana kaki melangkah Sekuat mana mengekalkan istiqamah Berubah itu payah Bila diri dikawal amarah Nafsu membara dengan mudah Kelak diri makin parah Berubah itu payah Bila manusia tak henti menyalah Bila teman sudah tak kisah Bila teman disisi tiada sudah

Berubah itu payah Namun segalanya tak susah Mudah bila kerana Allah Mudah bila kena pada kaedah Berubahlah walaupun payah Walau manusia sudah tak endah Walau masa silam selalu menerjah Kerana ajal dijangka susah Takut bila tak sempat berubah Kelak akhirat merana tak sudah Berubahlah Segalanya pasti indah Jika ikhlas kerana Allah Segalanya punya hikmah Berubahlah Jika tidak dirimu parah Kelak menyesal tak sudah Jangan menyerah bila susah berubah Kepada-Nya kita berserah Di akhirat moga dikurnia Jannah, insya'Allah.

WILL POWER..... CHANGE..... 16 OKTOBER 2013.............. Make it beauty inside and out... make it worth and not worse

SOLAT 5 WAKTU DI AWAL MASA ISTIQOMAH TAHAJUD


DOA, ZIKIR AL QURAN

HUSNUL KHATIMAH

DHUHA

ZAUJ

BAITULLAH, KAABAH

TAMBAHKAN AMALAN SUNAT

You might also like