You are on page 1of 1

TEKS DOA MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN KEMERDEKAAN SEMPENA PERAYAAN KEMERDEKAAN KE-56, TAHUN 2013

% # " $ ! & ( ' ( ) * * *


Sesungguhnya kami bersyukur kepada-Mu kerana memberi nikmat pembangunan dan kemerdekaan yang dapat dinikmati oleh rakyat di negara ini. Ya Allah, kekalkanlah pembangunan yang telah kami laksanakan sama ada yang berbentuk material atau spiritual. Martabatkanlah negara kami dan seluruh rakyat di negara kami. Kami bersyukur kepada-Mu ya Allah kerana kemajuan yang kami peroleh merupakan hasil kemerdekaan yang telah Engkau anugerahkan kepada kami. Sempena Majli P!"#$#% Sa&'#$a" K!&!()!*aa" Da" Ki'a( Jal#( +!&ila", !&%!"a P!(a-aa" K!&!()!*aa" K!-56, Ta.#" 2013 ini, kami mohon ihsan daripada-Mu Ya Allah, agar engkau kurniakan nikmat kesejahteraan dan keselamatan yang berterusan kepada kami, lindungilah kami daripada segala keburukan dan keaiban, hindarkanlah kami daripada segala rupa bentuk kemungkaran dan maksiat. Peliharalah kami daripada segala bencana, anugerahkanlah kami kesihatan yang baik agar kami dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara tercinta ini. Ya Allah, Tuhan yang menguasai sekalian alam, Engkau peliharalah tanah air kami Malaysia yang kami cintai . Engkau peliharalah perpaduan antara kami demi kepentingan negara Malaysia yang kami kasihi. Ya Allah, kami bersyukur kepada-Mu kerana dapat hidup dalam suasana aman damai, harmoni, percaya-mempercayai, hormatmenghormati serta tolong-menolong yang menjadi tunjang kepada kemakmuran negara kami sehingga ke hari ini. Ya Allah, Ya Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Kami mohon restu -Mu, jadikanlah bangsa kami menjadi bangsa yang setanding dengan bangsa dan negara maju di dunia ini.

Peliharalah kemerdekaan ini ya Allah, supaya hati kami, ji a kami dan minda kami sentiasa berada dalam keimanan yang teguh dan dapat memakmurkan negara dan bangsa.

+ + + 4 ./ + 5 , 6 !0 ./ 2 1+ 3 2 1+ ' % 7 # ' $ "

You might also like