You are on page 1of 15

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN, KEDAH.

KEJOHANAN BOLA BALING 2010


NAMA PENSYARAH : :

TARIKH SERAHAN :

KERTAS KERJA KEJOHANAN BOLA BALING 2010 1.0 NAMA PROGRAM Kejohanan bola baling tertutup Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPGKD) 2010.

2.0 PENGENALAN Kami, ahli kelab sukan dan permainan Bola Baling dari kumpulan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) Semester 1 merancang untuk mengelolakan kejohanan bola baling 2010 selaras dengan sukatan aktiviti kelab kami. Kejohanan ini adalah tertutup dan tidak boleh disertai oleh orang luar. Justeru, kertas kerja ini dirangka bagi menjelaskan dengan lebih mendalam mengenai kejohanan tersebut.

3.0 RASIONAL Rasional kejohanan ini dilakukan ialah untuk memberi pengalaman baru kepada guru-guru pelatih yang akan terlibat dalam kejohanan tersebut. Selain itu, kejohanan ini juga akan dapat meningkatkan tahap kecergasan guru pelatih yang menyertai dari segi jasmani,emosi,intelek,sosial dan rohani. Kejohanan ini mampu menerapkan amalan bekerjasama semasa menjalankan aktiviti permainan dalam kalangan ahli kumpulan.

4.0 OBJEKTIF Objektif pertama kejohanan ini ialah untuk mencari bakat baru dan mewujudkan persekitaran sihat dalam kalangan guru pelatih. Peserta yang berbakat akan dapat dilihat melalui gaya bermain yang mantap dan berkualiti. Bakat tersebut mampu digunakan untuk mengharumkan nama institut melalui bidang sukan. Objektif kedua ialah untuk memupuk dan mengembangkan lagi potensi guru pelatih dalam bidang sukan. Bidang sukan merupakan satu bidang yang penting selepas bidang akademik. Oleh itu, setiap guru pelatih haruslah memiliki potensi tinggi dalam bidang tersebut. Selain itu, kejohanan ini juga akan memberi pengetahuan kepada guru pelatih berkenaan kemahiran pengurusan dan pengelolaan sesuatu kejohanan. Guru

pelatih akan dapat belajar mengenai cara-cara atau teknik-teknik untuk memastikan sesuatu aktiviti yang dirancang dapat dikelolakan dengan baik dan lancar. Atlet yang berpotensi tinggi dalam sukan bola baling dalam kalangan guru pelatih juga akan dapat dilahirkan. Atlet tersebut akan dapat dibawa ke tahap yang lebih tinggi lagi bagi mengharumkan nama institut seterusnya nama negara. Potensi yang ada haruslah dikembangkan dan tidak persia-siakan. Seterusnya, kejohanan ini diharapkan mampu mempertingkatkan kerjasama dan perpaduan dalam kalangan guru pelatih. Sepanjang kejohanan diadakan, setiap guru pelatih akan melakukan aktiviti bersama dan saling membantu. Justeru, secara tidak langsung mengukuhkan lagi kerjasama antara mereka. Akhir sekali, kejohanan ini menyediakan peluang kepada guru pelatih untuk mempraktikkan bidang kepegawaian dan kejurulatihan. Kedua-dua bidang ini penting agar seorang guru pelatih itu akan mampu memimpin para pelajar di sekolah nanti dalam segala aktiviti.

5.0 TUJUAN Terdapat beberapa tujuan utama kejohanan ini diadakan iaitu memastikan setiap guru pelatih memiliki keupayaan melakukan pergerakan asas dan permainan bola baling. Bola baling merupakan salah satu kelab permainan yang ada dalam sukatan Gerak Kerja Kokurikulum di sekolah-sekolah. Oleh itu, adalah penting bagi seseorang guru pelatih itu mengetahu serba sedikit mengenai pergerakan asas dalam permainan bola baling. Tujuan kedua ialah untuk memberi penghayatan dan amalan nilai murni semasa menjalankan aktiviti dalam kalangan guru pelatih. Sepanjang kejohanan ini diadakan, pelbagai nilai murni dalam kalangan peserta yang boleh diterapkan iaitu seperti kerjasama, hormat-menghormati, semangat kesukanan, bertolak-ansur dan sebagainya. Oleh itu, amalan-amalan tersebut akan dapat diamalkan oleh guruguru pelatih dalam kehidupan seharian. Tujuan ketiga ialah untuk melihat dan menilai kebolehan seseorang guru pelatih dalam menguruskan perjalanan sesuatu kejohanan dengan lancar. Jika kejohanan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya, maka terbuktilah kebolehan guru itu mengelolakan aktiviti. Tujuan terakhir ialah untuk melihat sejauh mana permuafakatan antara guru pelatih dalam institut. Permuafakatan dapat dilihat melalui semangat bersatu antara guru pelatih tanpa mengira bangsa dan agama sepanjang kejohanan. Bermuafakat membawa berkat.

6.0 TARIKH DAN MASA Kejohanan ini akan diadakan pada hari Selasa bersamaan dengan 5 Oktober 2010 bermula pada pukul 8.30 pagi.

7.0 TEMPAT Setelah berbincang dan menilai, kami bercadang untuk mengadakan kejohanan ini di padang sukan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Darulaman. Hal ini kerana keluasan padang yang besar adalah amat bersesuaian. Tambahan pula, kejohanan ini memerlukan tiga buah gelanggang permainan. Selain itu, padang ini juga akan mampu menampung bilangan guru pelatih yang akan menyertai kejohanan tersebut. Keselesaan adalah amat penting bagi menjamin keseronokkan para peserta sepanjang kejohanan.

8.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran untuk kejohanan bola baling ini ialah guru pelatih PPISMP SEMESTER 1 ambilan Jun 2010. 9.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN PROGRAM 9.1 Proses Sebelum Sebelum kejohanan tersebut diadakan, kertas kerja dan ahli jawatankuasa dibentuk terlebih dahulu. Hal ini kerana kedua-dua perkara ini memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan pengelolaan kejohanan ini akan berlangsung dengan lancar dan jayanya. Jawatankuasa dibahagikan kepada beberapa biro untuk memudahkan lagi pengagihan kerja seperti biro kebersihan diberi tugas untuk memastikan kawasan kejohanan sentiasa dalam keadaan bersih dengan menyediakan peralatan seperti plastik sampah dan sebagainya. Kertas kerja yang mengandungi segala aspek penting dalam melaksanakan kejohanan ini dibentuk dan diserahkan kepada pihak atasan iaitu Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan juga pengarah sendiri untuk mendapatkan kebenaran yang sepatutnya. Segala perbelanjaan dan peralatan disenaraikan dan dihitung supaya segala keperluan untuk kejohanan dapat disediakan. Setelah mendapat kebenaran bertulis secara rasmi daripada pihak atasan barulah persiapan untuk kejohanan sebenar dijalankan.

Semasa Semasa kejohanan dilaksanakan, setiap ahli jawatankuasa akan melaksanakan tugas masing-masing. Kerjasama setiap ahli jawatankuasa adalah amat penting agar perjalanan kejohanan adalah lancar. Setiap perlawanan akan diadakan seperti yang telah dicatatkan pada jadual perlawanan kecuali jika terdapat sebab-sebab ataupun masalah yang tidak dapat dielakkan seperti hujan lebat atau kecemasan yang lain. Kejohanan akan dimulakan dengan majlis perasmian dan berakhir dengan majlis penutupan. Majlis penyampaian hadiah pula akan melibatkan para tetamu jemputan seperti tuan pengarah sendiri untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Setiap peserta akan dipastikan untuk menjaga kelakuan dan disiplin sepanjang kejohanan diadakan. Jika tiada masalah lain timbul semasa kejohanan tersebut, sudah pasti ianya akan menjadi kejohanan terbaik dan menjadi kenangan indah buat para peserta serta semua pihak yang terlibat. Selepas Selepas majlis penutup maka kejohanan tersebut tamatlah dengan rasminya. Biro yang paling memainkan peranan penting dalam tempoh tersebut ialah biro peralatan dan biro kebersihan. Hal ini kerana selepas tamanya kejohanan tersebut, kebersihan hendaklah dipastikan dalam keadaan yang terbaik. Selain itu, segala peralatan yang dipinjam haruslah dipulangkan semula dalam keadaan asal. Kawasan kejohanan perlu ditinggalkan dalam keadaan bersih seperti sebelum kejohanan dilaksanakan agar orang lain yang ingin menggunakan padang tersebut selepas kejohanan akan berasa selasa. Akhir sekali, ahli jawatankuasa haruslah saling menunjukkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada satu sama lain atas kerjasama yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan kejohanan bola baling ini. 9.2 Ahli jawatankuasa induk (RUJUK LAMPIRAN A) 9.3 Jadual kejohanan (RUJUK LAMPIRAN B )

9.4 Borang pendaftaran pasukan (RUJUK LAMPIRAN C) 9.5 Syarat penyertaan dan pertandingan (RUJUK LAMPIRAN D)

10.0

ANGGARAN PERBELANJAAN PERKARA Jamuan (Makan dan Minum) Banner dan pamphlet kejohanan Hadiah dan cenderamata a) Johan (Kategori Lelaki dan Perempuan) b) Naib Johan (Kategori Lelaki dan Perempuan) c) Tempat Ketiga (Kategori Lelaki dan Perempuan) d) VIP (Pengarah dan Ketua Unit Kokurikulum) e) Pengadil (16 orang) Sijil Penyertaan Perubatan dan Kecemasan KOS RM 140.00 RM 50.00 RM 60.00 RM 50.00 RM 30.00 RM 30.00 RM 20.00 RM 15.00 (Stor) RM 395.00

BIL. 1. 2. 3.

4. 5.

JUMLAH KESELURUHAN 11.0 PERALATAN DAN KEMUDAHAN PERALATAN Payung Bangku Meja/kerusi Papan putih Stop watch Kad time out PA sistem/healer Bola (3) Bola (2) Borang skor Borang pendaftaran Kad pengadil Ice box First aid Ground sheet Meja besar (urusetia) Khemah Bakul Tong air minuman Papan tulis ABC Fail klip Stapler

BIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22.

KUANTITI 9 9 20 3 6 9 3 6 6 20 20 9 4 4 4 2 2 3 4 1 6 3

12.0

PENUTUP

Semoga kejohanan Bola Baling Tertutup IPGKD 2010 ini akan mendapat sambutan menggalakkan dan segala perancangan yang telah dirangka dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. Diharapkan kejohanan yang dianjurkan ini dapat mencapai objektif dan tujuan awalnya.

Disediakan oleh, .. ( Setiausaha, Kejohanan Bola Baling Tertutup 2010, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. )

Disahkan oleh, .. ( Pengerusi, Kejohanan Bola Baling Tertutup 2010, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. )

Disemak oleh, .. ( )

Pensyarah Penasihat, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman.

Disokong oleh, .. ( )

Ketua Unit Ko-Kurikulum, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman.

Diluluskan oleh, Saya meluluskan/tidak meluluskan kertas kerja ini. .. ( Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. )

LAMPIRAN

LAMPIRAN A
AHLI JAWATANKUASA

Penaung Pensyarah Penasihat Pengerusi Penolong Pengerusi 1 Setiausaha Bendahari AJK - :

: : : : : :

1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8)

Biro Teknikal Biro Protrokol Biro Publisiti Biro Persiapan Biro Peralatan Biro Jamuan Biro Kebersihan Biro Keselamatan

LAMPIRAN B JADUAL KEJOHANAN BOLA BALING TERTUTUP 2010 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN Setiap pasukan mesti mendaftar sebelum pukul 8.15 a.m. NO. TARIKH MASA BIL KUMPULAN PERLAWANAN PADANG

LIGA KUMPULAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 24 OKT. 2009 9.00 a.m 9.00 a.m 9.00 a.m 10.00 a.m 10.00 a.m 10.00 a.m 10.30 a.m 10.30 a.m 10.30 a.m 11.00 a.m 11.00 a.m 11.00 a.m 11.30 a.m 11.30 a.m 11.30 a.m 12.00 a.m 12.00 a.m 12.00 a.m 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 1 A vs 2 A (L) 1 A vs 2 A (P) 3 B vs 4 B (P) 1 B vs 2 B (P) 1 A vs 3 A (L) 2 B vs 4 B (P) 1 B vs 3 B (L) 2 A vs 3 A (P) 2 B vs 4 B (L) 1 B vs 4 B (P) 2 A vs 3 A (L) 2 B vs 3 B (P) 1 B vs 4 B (L) 1 A vs 3 A (P) 2 B vs 3 B (L) 1 B vs 3 B (P) 3 B vs 4 B (L) 1 B vs 2 B (L) A B C A B C A B C A B C A B C A B C

SEPARUH AKHIR 19. 2.00 p.m 19 (L) Johan A vs Naib Johan B A

20.

2.00 p.m

20

(L) Naib Johan A vs Johan B

21.

3.00 p.m

21

(P) Johan A vs Naib Johan B

22.

3.00 p.m

22

(P) Naib Johan A vs Johan B

TEMPAT KE 3 & 4 23. 4.30 p.m 23 (L) Pasukan Kalah 19 vs Pasukan Kalah 20 24. 4.30 p.m 24 (P) Pasukan Kalah 21 vs Pasukan Kalah 22 AKHIR (JOHAN & NAIB JOHAN) 25. 26. 5.00 p.m 5.30 p.m 25 26 19 vs 20 21 vs 22 A B B A

LAMPIRAN C

KEJOHANAN BOLA BALING TERTUTUP 2010 BORANG PENDAFTARAN PASUKAN

NAMA KUMPULAN

NAMA PENGURUS PASUKAN

-------------------------------------------------

NO/TELEFON

-------------------------(H/P)

KATEGORI

LELAKI / PEREMPUAN

BIL

NAMA

NO. KAD PENGENALAN

KUMPULAN KURSUS

1. 2. 3. 4. 5. 6.

7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14.

LAMPIRAN D

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN DAN PERTANDINGAN 1.0 Hanya guru pelatih daripada kumpulan PPISMP Semester 1 sahaja boleh menyertai. Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 14 orang pemain iaitu 7 pemain utama dan selebihnya simpanan. Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu pasukan sahaja. Setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan RM10.00 Keputusan pihak penganjur kejohanan dalam setiap perkara adalah muktamad. Semua jadual perlawanan termasuk tarikh, masa dan tempat perlawanan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur Kejohanan. Semua pasukan dikehendaki berada dan sedia untuk bermain di tempat pertandingan 30 minit sebelum perlawanan dimulakan. Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada pasukan yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu. Semua pemain di wajibkan berpakaian sukan yang sesuai dan tidak dibenarkan merokok di kawasan pertandingan. Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini. Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad.

2.0

3.0 4.0 5.0

6.0

7.0

8.0

9.0

10.0

11.0

You might also like