You are on page 1of 6

Punca-punca gangterisme Gangterisme ini adalah kerosakan benda awam yang dibuat oleh segelintir masyarakat.

Ini kerana, masalah masyarakat sendiri yang rasa tidak selesa untuk menggunakannya. Selain itu, pihak berkuasa tidak mampu lagi untuk membaikinya semula. Oleh itu, masyarakat haruslah menggunakan benda awam dengan sebaik mungkin. Antara faktor gangterisme yang selalu berlaku di merata-rata tempat ialah ketidakselesaan setengah masyarakat. Contohnya telefon awam. Kebanyakkannya telefon awam ini berada di tempat yang gelap, sunyi, di lorong-lorong yang tidak kenali. Jadi, pihak berkuasa perlu melihat keadaan sekeliling supaya senang dilihat masyarakat dan ramai masyarakat yang menggunakannya. Contoh-contoh benda awam ialah telefon awam, tandas awam dan lain-lain. Selain itu, salah satu faktornya ialah tiada didikan dari ibu bapa. Sungguh menyedihkan kerana ibu bapa tidak melihat apa yang berlaku pada anak-anak di belakang. Yang tahu, ibu bapa hanya sibuk dengan kerja menyebabkan anak-anak semakin ganas. Bila dah besar anak-anak, kemungkinan anak-anak menjadi lebih gelap di masa hadapan. Oleh itu, ibu bapa banyak luangkan masa bersama anakanak. Kesimpulannya, anak-anak perlu membaiki diri supaya jadi orang yang berguna dan bertanggung jawab. Para ibu bapa pula haruslah memantau anak-anak mereka sama ada di sekolah, di rumah dan juga di kalangan rakan-rakan. Pihak berkuasa telah banyak mengeluarkan wang berjuta-juta untuk menggantikan benda kemudahan awam. Kerana itu, semua pihak haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan masalah ini.

( petikan diambil hasil nukilan pelajar dan diubahsuai )

Menganalisis kesilapan bahasa berdasarkan aspek morfologi

Berdasarkan petikan yang telah saya analisis, terdapat beberapa kesilapan bahasa dari aspek morfologi yang dapat dikenal pasti. Sebelum menganalisis petikan tersebut, saya telah membuat pembacaan tentang bidang morfologi serta mencuba untuk meningkatkan kefahaman dalam bidang tersebut. Bidang morfologi terbahagi kepada beberapa aspek. Antaranya termasuklah kata kerja, kata majmuk, kata pemeri, kata bilangan, kata sendi nama dan kata hubung. Dalam petikan tersebut, beberapa kesilapan bahasa dalam aspek morfologi telah dikenal pasti. Antara ayat yang mempunyai kesilapan bahasa, iaitu gangterisme ini adalah kerosakan benda awam yang dibuat oleh segelintir masyarakat. Dalam ayat ini, terdapat dua aspek kesilapan bahasa, iaitu kata pemeri dan kata kerja. Penggunaan adalah menjadi kesilapan bahasa kerana selepas penggunaan kata pemeri itu diikuti oleh frasa kerja. Dari segi tatabahasa, kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan kata kerja ataupun frasa kerja manakala perkataan dibuat tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut kerana kata kerja dibuat kebiasaannya digunakan dalam membuat atau menghasilkan sesuatu. Kata kerja dibuat lebih sesuai digantikan dengan perkataan dilakukan kerana lebih sesuai ditujukan untuk masyarakat. Masyarakat yang telah melakukan kerosakan benda awam tersebut. Oleh itu, ayat yang lebih sesuai ialah vandalisme ini ialah kerosakan benda awam yang dilakukan oleh segelintir masyarakat. Selain itu, ayat yang mempunyai kesilapan bahasa, iaitu selain itu, pihak berkuasa tidak mampu lagi untuk membaikinya semula. Perkataan membaikinya semula dikatakan salah kerana kata kerja untuk membaiki tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Kebiasaannya, kata kerja membaiki merujuk kepada membetulkan pekerjaan yang tidak dapat diselesaikan. Oleh itu, ayat tersebut lebih sesuai digantikan dengan perkataan mengatasi masalah. Hal ini demikian kerana kata kerja mengatasi bermaksud menyelesaikan sesuatu masalah atau kesulitan. Jadi, ayat yang lebih sesuai digunakan, iaitu selain itu, pihak berkuasa tidak mampu lagi untuk mengatasi masalah tersebut.

Seterusnya, antara faktor gangterisma yang selalu berlaku di merata-rata tempat ialah ketidakselesaan setengah masyarakat. Ayat di atas menunjukkan terdapat dua aspek kesilapan bahasa iaitu kata pemeri dan kata bilangan. Penggunaan kata pemeri ialah dikatakan salah kerana selepasnya diikuti oleh frasa adjektif. Dari segi tatabahasa, penggunaan kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama manakala perkataan setengah merupakan kesalahan dari segi kata bilangan. Perkataan setengah merujuk kepada kata bilangan yang membawa maksud pecahan dan tidak merujuk kepada masyarakat. Oleh itu, perkataan setengah hendaklah ditukar kepada sesetengah yang bermaksud sebilangan daripada sesuatu dan kata bilangan ini sesuai untuk masyarakat. Oleh yang demikian, ayat yang lebih sesuai, iaitu antara faktor gangsterisma yang selalu berlaku di merata-rata tempat adalah ketidakselesaan sesetengah masyarakat. Seterusnya, jadi, pihak berkuasa perlu melihat keadaan sekeliling supaya senang dilihat masyarakat dan ramai masyarakat yang menggunakannya. Aspek kesilapan bahasa yang terdapat dalam ayat di atas, iaitu dari segi kata bilangan. Perkataan ramai kebiasaannya merujuk kepada suasana. Contohnya, suasana di pasar riuh-rendah kerana dikerumuni oleh orang ramai. Tambahan lagi, masyarakat pula merujuk kepada sekumpulan manusia yang ramai. Oleh itu, ayat ini mempunyai unsur lewah. Jadi, ayat yang lebih sesuai digantikan, iaitu jadi, pihak berkuasa perlu melihat keadaan sekeliling supaya senang dilihat oleh masyarakat dan banyak masyarakat yang boleh menggunakannya. Selain itu, ayat di bawah menunjukkan kesilapan bahasa dari segi kata pemeri dan kata sendi nama. Ayat tersebut iaitu selain itu, salah satu faktornya ialah tiada didikan dari ibu bapa. Penggunaan ayat pemeri ialah dalam ayat di atas menunjukkan kesilapan bahasa kerana selepas kata pemeri tersebut diikuti oleh frasa adjektif. Dari segi tatabahasa, kata pemeri ialah hendaklah hadir di hadapan frasa nama. Oleh itu, ayat tersebut hendaklah menggantikan kata pemeri ialah kepada kata pemeri adalah untuk membetulkan ayat. Selain itu, penggunaan kata sendi nama dari dalam ayat di atas juga mengandungi kesilapan bahasa. Hal ini demikian kerana dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. Oleh itu, kata sendi nama dari hendaklah digantikan kepada kata sendi nama daripada. Hal ini demikian kerana kata sendi nama daripada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan

punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber, atau unsur perbandingan atau perbezaan. Jadi, ayat yang lebih sesuai, iaitu selain itu, salah satu faktornya adalah tiada didikan daripada ibu bapa. Seterusnya, bila dah besar anak-anak, kemungkinan anak-anak menjadi lebih gelap di masa depan menjadi kesilapan bahasa. Dalam ayat di atas, terdapat dua aspek kesilapan bahasa iaitu dari segi kata hubung dan kata sendi nama. Dalam hal ini, perkataan bila tidak boleh digunakan dalam ayat di atas kerana bila merujuk kepada ayat tanya dan bukannya digunakan sebagai kata hubung. Oleh itu, bila hendaklah ditukar kepada kata hubung, iaitu apabila yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama manakala kata sendi nama di dalam ayat di atas menjadi satu kesilapan bahasa kerana kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama di juga tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu, masa atau zaman. Jadi, kata sendi nama yang lebih betul digunakan iaitu pada yang digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat. Oleh itu, ayat yang lebih sesuai, iaitu apabila sudah besar, kemungkinan anak-anak menjadi lebih gelap pada masa depan. Seterusnya, ayat yang mengandungi kesilapan bahasa iaitu Oleh itu, ibu bapa banyak luangkan masa bersama anak-anak. Kesilapan bahasa yang terdapat dalam ayat di atas iaitu dari segi kata kerja. Kata kerja luangkan menjadi kesalahan dari segi imbuhannya. Kata kerja luangkan mestilah menggunakan imbuhan apitan, iaitu me...kan untuk menunjukkan kata kerja transitif manakala perkataan bersama pula digunakan dalam sesuatu hubungan seperti sepasang suami isteri sahaja. Oleh itu, ayat tersebut hendaklah ditukar dan lebih sesuai, iaitu Oleh itu, ibu bapa banyak meluangkan masa bersama-sama dengan anak-anak. Seterusnya, kesimpulannya, anak-anak perlu membaiki diri supaya jadi orang yang berguna dan bertanggung jawab juga terdapat kesilapan bahasa dalam ayat tersebut. Kesalahan bahasa yang dimaksudkan, iaitu dari segi kata kerja dan kata majmuk. Penggunaan jadi dalam ayat tidak merujuk kepada kata kerja kerana jadi bermaksud melakukan sesuatu. Oleh itu, perkataan jadi hendaklah ditambah dengan imbuhan meN dan membentuk kata menjadi yang bermaksud untuk dianggap dalam

sesuatu keadaan bersesuaian dengan ayat di atas. Perkataan bertanggung jawab dianggap salah dari segi kata majmuk walaupun ejaannya betul kerana dieja secara terpisah. Dalam bahasa Melayu, hanya terdapat 15 perkataan kata majmuk yang terkecuali yang dieja secara bercantum dan perkataan tanggungjawab merupakan salah satu kata majmuk yang terkecuali dan ejaannya tidak boleh dipisahkan. Oleh itu, ayat yang lebih sesuai digantikan dengan ayat yang asal, iaitu kesimpulannya, anak-anak perlu membaiki diri supaya menjadi orang yang berguna dan bertanggungjawab. Selain itu, kesilapan bahasa juga dapat dikenal pasti dalam ayat para ibu bapa pula haruslah memantau anak-anak mereka sama ada di sekolah, di rumah dan juga di kalangan rakan-rakan dari aspek kata sendi nama. Penggunaan kata sendi nama di dalam ayat tersebut tidak sesuai kerana selepasnya diikuti oleh frasa nama. Dari segi tatabahasa, kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Jadi, kata sendi nama di hendaklah ditukar kepada kata sendi nama dalam. Hal ini demikian kerana kata sendi nama dalam hadir di hadapan frasa nama atau kata nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak bersesuaian dengan ayat di atas. Perkataan kalangan juga bermaksud lingkungan. Oleh itu, ayat yang lebih sesuai digunakan, iaitu para ibu bapa pula haruslah memantau anak-anak mereka sama ada di sekolah, di rumah dan juga dalam kalangan rakan-rakan. Seterusnya, ayat yang di bawah menunjukkan kesilapan bahasa dari segi kata bilangan iaitu pihak berkuasa telah banyak mengeluarkan wang yang berjuta-juta untuk menggantikan benda kemudahan awam. Dalam hal ini, kata bilangan berjutajuta tidak perlu digunakan dalam ayat kerana sebelumnya perkataan banyak sudah dinyatakan. Perkataan banyak telah ditujukan kepada wang yang banyak. Ayat di atas mempunyai unsur lewah. Bagaimanapun, sekiranya perkataan berjuta-juta ingin dinyatakan juga, maka penggunaan kata banyak tidak perlu digunakan lagi dalam ayat tersebut. Oleh itu, ayat yang sesuai digunakan, iaitu pihak berkuasa telah banyak mengeluarkan wang untuk menggantikan benda awam ataupun pihak berkuasa telah mengeluarkan wang yang berjuta-juta untuk menggantikan benda awam.

Kerana itu, semua pihak haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan masalah ini. Ayat di atas mempunyai kesilapan bahasa dari segi kata hubung. Kata hubung kerana menjadi kesalahan kerana kata hubung kerana lebih sesuai digunakan di tengah-tengah ayat untuk memberikan keterangan ayat. Oleh itu, ayat yang lebih sesuai digunakan, iaitu Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan masalah ini.

You might also like