You are on page 1of 9

Pada tahun 1983 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah diperkenalkan.

Perubahan ini menunjukkan suatu usaha untuk kembali semula kepada asas pendidikan ( back to the basic ) dengan memberi fokus kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Ia telah meletakkan satu penekanan yang penting terhadap masalah penguasaan 3M dengan menjalankan aktiviti pengayaan dan pemulihan dalam kelas KBSR. Namun begitu, perancangan KBSR yang begitu rapi dan teliti tidak dapat diimplimentasikan dengan lebih berkesan disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Ia jelas diperbahaskan di dalam seminar KBSR di peringkat kebangsaan pada tahun 1989 yang telah membuat satu rumusan iaitu ; Perlaksanaan program pemulihan dan pengayaan dalam kelas KBSR tidak mencapai tahap yang dijangkakan menyebabkan terdapat sebilangan kanakkanak tidak dapat menguasai kemahiran asas 3M hingga ke peringkat tahap dua persekolahan rendah dan ke peringkat persekolahan menengah..
Masalah Pembelajaran - Disleksia

Apa itu Disleksia?


Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh o Mempunyai keupayaan intelek yang normal o Telah mendapat rangsangan dan pembelajaran yang mencukupi Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi Mereka mungkin mengalami kesukaran o Membaca o Menulis o Memahami o Mengeja o Mengira Dianggarkan 4 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.

[Atas] Apakah ciri-ciri Disleksia? 1. Di peringkat pra sekolah mereka mungkin :

o o o o o

Lambat bertutur Mengalami kesukaran sebutan atau rima Sukar menulis nama sendiri Payah mengenal bentuk atau warna Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya

2. Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin : o Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira o Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas o Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) : 15 dengan 51 was menjadi saw b dengan d o Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut o Keliru dengan konsep masa seperti semalam, hari ini , esok o Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan o Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah [Atas] Adakah individu Disleksia mempunyai keistimewaan?

Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein) Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut / dimensi Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.

[Atas] Masalah yang mungkin dialaminya


Salah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri Jika tidak dikenal pasti dan dibantu di peringkat awal boleh menyebabkan o Gangguan emosi (seperti kemurungan) o Masalah tingkah laku (seperti melawan, kecelaruan tingkah laku) o Rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah)

[Atas]

Membantu anak-anak bermasalah Disleksia Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah : 1. Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak

2. Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan

3. Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui : o Terapi pertuturan o Latihan pendengaran dengan bantuan komputer o Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran) 1. Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir) 2. Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf) 3. Merasa pergerakan bibir 4. Menulis huruf atau perkataan

4. Langkah-langkah pemulihan : o Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur o Pengulangan semasa mengajar (konsep ajar berlebihan) o Gunakan video atau kaset untuk belajar

5. Program pemulihan khusus : o Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia [Atas] Kumpulan sokongan Persatuan Dyslexia Malaysia No 6, Persiaran Kuantan Setapak 53200 Kuala Lumpur Telefon / Fax : 03-40255109

Email : dyslexiaft@time.net.my Prospect Rainbow Center 1D Jalan Pantai Molek, Penang. Tel: 04 - 8900870

Prospect Rainbow Center 1D Jalan Pantai Molek, Penang. Tel: 04 - 8900870

Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.

Ciri-ciri penghidapnya
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'p' dan 'p' dianggap 'q'. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain. Sering berlaku di kalangan lelaki. Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anakanak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.

9.

Punca-punca Disleksia
Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan. Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan

Sesetengah penghidap Disleksia mempunyai masalah untuk menyebut perkataan yang panjang dan kesukaran untuk mengikut turutan perkataan seperti nama bulan dan sifir. Bagi mereka yang menghidap penyakit ini, tidak semua mempunyai masalah yang sama. Setiap penghidap Disleksia mempunyai masalah yang berlainan.

Rawatan THE TOLE

Konsep dan kaedah rawatan THE TOLE NEURO Akupunktur DAN HERBA. Tempoh masa rawatan adalah bergantung kepada sejauh mana tahap disleksia itu sendiri dan berbeza diantara seseorang individu dengan individu lain. Menurut Master Akupunktur kami, tempoh masa yang biasanya diambil untuk merawat disleksia ini adalah diantara 2 minggu ke 6 bulan.
Jenis-jenis Disleksia Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu : Disleksia visual (penglihatan) Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik Disleksia auditori (pendengaran) Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori Disleksia visual-auditori Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio .

PUNCA-PUNCA DISLEKSIA Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara puncapunca disleksia ialah; Keturunan atau genetik Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun Biologi Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan

atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosalan ini minimum Kematangan Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia Kanak-kanak pra-sekolah : - Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan - Suka mengganti perkataan dan hiperaktif - Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah - Seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari - Tidak merangkak semasa bayi - Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri - Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalanKanak-kanak Sekolah Rendah : 6 hingga 9 tahun - Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor - Menggunakan jari untuk mengira dan membaca - Keliru dengan kiri dan kanan - Tulisan cermin atau terbalik 9 hingga 12 tahun - Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman - Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan - Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks - Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang - Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah - Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa Sekolah Menengah : - Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten - Kesukaran menulis karangan - Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral - Kesukaran mempelajari bahasa lain - Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan - Jenis orang yang suka senyap - Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten - Kurang kemahiran bersosial

Beberapa tahun yang lalu, kita pernah dikejutkan dengan laporan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berdasarkan kajian ke atas 70 buah sekolah menengah mendapati bahawa daripada 73,858 pelajar yang telah dianalisis, 3,690 (2.66 peratus) daripadanya tidak boleh membaca. Kajian ke atas 143 buah sekolah rendah pula, mendapati daripada seramai 75,699 murid yang telah dianalisis, 3,690 (4.87 peratus) tidak boleh membaca. Kementerian Pelajaran seharusnya mencari satu kaedah baru bagi merungkai masalah ini secepat mungkin. Usaha kementerian untuk mengesan murid-murid yang tidak tahu membaca pada tahun satu melalui program KIA2M memang dipuji. Namun masih terdapat murid-murid yang tidak tahu membaca ketika melangkah ke tahun dua. Memandangkan murid-murid pada tahun satu perlu juga mengikuti mata pelajaran lain, satu program dan kaedah khusus untuk membolehkan mereka boleh membaca dalam tempoh masa yang awal, dirasakan sangat perlu. Sebaik-baiknya, murid-murid pada tahun satu sudah boleh menguasai kemahiran membaca dalam tempoh empat hingga beberapa bulan pembelajaran.Dengan itu, tumpuan murid-murid ini ke atas mata pelajaran lain akan dapat diberikan dengan lebih baik dan berkesan. Kesannya, sudah tentu mereka akan dapat mengikuti pelajaran ke tahun dua dan seterusnya dengan lebih efektif

Secara keseluruhan, 91 orang murid atau 75.8% didapati termasuk dalam kategori individu yang mempunyai tahap disleksia yang tinggi, 26 orang (22.7%) pula dalam kategori tahap sederhana dan 3 orang atau 2.5% daripada keseluruhan 120 orang murid termasuk dalam kategori tahap rendah. Dari segi jantina pula, peratusan individu dalam kategori tinggi yang lebih besar adalah pelajar perempuan dengan 82% manakala hanya 71.4% individu dalam kalangan lelaki berada di kategori yang sama.(kajian RAJESVARI

A/P RAMASAMY-pelajar university sains Malaysia 2008)


Pendahuluan Dalam era teknologi maklumat serta zaman siber dunia tanpa sempadan,

setiap individu dalam masyarakat berusaha dan berlumba-lumba untuk mengguna dan mengaplikasikan kemudahan dan peralatan canggih yang ada dalam persekitaran mereka. Namun begitu, kemudahan ini besar kemungkinannya kurang bermanfaat kepada individu yang menghadapi masalah pembelajaran khususnya masalah membaca, menulis dan mengira (3M). Secara ringkasnya dapatlah dikatakan bahawa kemahiran 3M adalah sangat penting biarpun betapa canggihnya sesuatu zaman itu. Oleh yang demikian, dalam konteks pendidikan, Ott (1997) menyatakan bahawa kemahiran-kemahiran asas (membaca, menulis dan mengira) adalah penting untuk dikuasai oleh setiap individu pelajar bagi membolehkan mereka mendapat kebaikan daripada setiap komponen dalam kurikulum pembelajaran di sekolah yang disediakan untuk mereka. Sekiranya kemahiran asas ini masih belum berkembang sepenuhnya dalam diri pelajar, satu bentuk program pemulihan adalah amat perlu disediakan untuk membantu setiap pelajar yang mempunyai masalah ini.

You might also like