You are on page 1of 18

SOALAN 6 : EKONOMI KAPITALIS TERUTAMANYA DALAM BIJIH TIMAH

TELAH MENGUBAH LANSKAP POLITIK DAN SOSIO EKONOMI DI MALAYSIA.


BINCANGKAN.

1.0 PENGENALAN

Mengikut sejarah, pedagang- pedagang Inggeris telah sampai ke Asia Tenggara sejak
abad ke- 16 lagi.1 Oleh itu, pedagang- pedagang Inggeris ini telah menubuhkan Syarikat Hindia
Timur Inggeris pada tahun 1600 di Tanah Melayu untuk menguruskan perdagangan mereka di
Asia Tenggara. Penjajahan British di Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada proses
persaingan antara kuasa Barat untuk menguasai tanah jajahan dan mengekploitasi kegiatan
ekonomi di Asia Tenggara terutamanya pada abad ke-19.2 Akibat daripada revolusi
perindustrian yang berlaku di Eropah, hal ini menyebabkan kuasa- kuasa barat berupaya untuk
mencari sebuah tempat yang boleh mendatangkan keuntungan kepada mereka. Kekayaan hasil
bumi di Tanah Melayu merupakan satu faktor yang menyebabkan kuasa asing ini berebut-
rebut untuk menguasai kepulauan Melayu untuk memenuhi keperluan industri mereka.
Pertapakan British di Negeri- Negeri Melayu telah membawa kepada pengenalan sistem
ekonomi kapitalis. British telah mengubah sistem ekonomi Melayu yang bercorak tradisional
kepada sistem ekonomi kapitalis. Kewujudan kuasa kolonial barat di Tanah Melayu pada kurun
ke- 19 , telah membawa banyak perubahan dalam aspek politik dan sosio ekonomi masyarakat
Melayu.

2.0 EKONOMI KAPITALIS


Ekonomi kapitalis boleh didefinisikan sebagai ekonomi yang menjadikan unsur
pengeluaran menjadi hak milik orang persendirian yang bebas untuk memiliki harta bagi
meraih keuntungan. Kuasa kolonial British memperkenalkan sistem ekonomi yang
menggunakan nilai ringgit yang tinggi. Hal ini terus mengalihkan asas ekonomi sistem
pertanian feudal kepada sistem ekonomi kapitalis. Sistem ekonomi kapitalis ini telah wujud
di Tanah Melayu setelah kehadiran penjajah British pada abad ke-19. Kehadiran mereka telah
mempergiatkan bentuk ekonomi tersebut memandangkan pihak British mempunyai teknologi
yang lebih maju dan canggih. Salah satu perkembangan yang nyata, dapat dilihat dalam sektor
perdagangan dan perlombongan bijih timah. Sistem ekonomi kapitalis ini tidak
mementingkan kebajikan rakyat malah sistem ini diperkenalkan oleh British adalah untuk

1
Mardiana & Hasnah, 2000. Pengajian Malaysia. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm 16.
2
Kassim Thukiman, 2002. Malaysia : Persperktif, Sejarah dan Politik. Johor Darul Ta’zim : Universiti
Teknologi Malaysia Skudai. Hlm 73.

1
mendominasi kekayaan hasil bumi demi kepentingan sendiri. Pengeksploitasian ekonomi
akibat pengenalan ekonomi kapitalis hanya menguntungkan pihak kolonial British sahaja,
manakala bagi masyarakat setempat pula kekuasaan mereka semakin kurang dan seterusnya
akan terhapus. Pengenalan sistem ekonomi baru iaitu sistem ekonomi kapitalis bagai
mencerut leher masyarakat tempatan kerana mereka menghadapi masalah kekurangan modal
dari pelbagai segi. Lantas, pihak kolonial British terus mendominasi hasil ekonomi di bumi
Melayu. Meski pun, ekonomi Tanah Melayu berkembang pesat dan maju pada suku akhir
kurun ke-19, namun ekonomi Kapitalis ini ternyata telah merubah lanskap politik dan sosio
ekonomi negeri-negeri di Malaysia. Hal ini jelas dibuktikan menerusi perubahan-perubahan
yang muncul di negeri-negeri Melayu Bersekutu iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan
Pahang.

3.0 KESAN TERHADAP POLITIK


Pengenalan sistem ekonomi kapitalis ini secara tidak langsung telah memberi kesan
kepada sistem politik di Tanah Melayu. Hal ini kerana, pihak Inggeris bukan sahaja melakukan
perubahan dalam aspek ekonomi malah turut melibatkan sistem pemerintahan dan pentadbiran
di Tanah Melayu. Melalui pelaksanaan Sistem Residen, pihak Inggeris bertindak melantik
seorang wakilnya sebagai Residen untuk mentadbir setiap negeri dan berperanan menasihati
Raja- Raja Melayu dalam semua hal ehwal pentadbiran negeri kecuali hal- hal yang berkaitan
dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Dua kesan yang paling ketara dalam aspek
politik adalah lahir penentangan oleh golongan pembesar dan kejatuhan pengaruh sultan dan
pembesar.

3.1 Penentangan Golongan Pembesar


Pembaharuan yang dilakukan oleh pihak penjajah telah membangkitkan semangat
nasionalisme dalam kalangan pembesar tempatan. Golongan pembesar merupakan golongan
yang mempunyai tanggungjawab penting dalam bidang pentadbiran dan ekonomi di Tanah
Melayu. Mereka mempunyai kuasa dalam hal- hal yang melibatkan pentadbiran negeri dan
memungut cukai. Akibat daripada perubahan dan pembaharuan yang dilakukan oleh Biritish,
golongan ini telah bangkit menentang kuasa kolonial British. Terdapat dua sebab utama wujud
kesedaran dalam kalangan pembesar untuk menentang British. Sebab- sebab tersebut boleh
digolongkan kepada dua iaitu, sebab yang pertama adalah kerana penggugatan kuasa politik
golongan pembesar. Sebelum kedatangan kuasa British, sistem ekonomi di Tanah Melayu
adalah berasaskan sistem kerah dan serah. Sistem kerah dan serah ini adalah merujuk kepada

2
rakyat jelata bekerja untuk raja atau kerajaan. Pembesar menggunakan sistem kerah dan serah
untuk mendapatkan hasil. Hasil pendapatannya lebih lumayan dan ini kadang-kala
menyebabkan mereka lebih kaya daripada Sultan. Contohnya, Long Jaafar dan Ngah Ibrahim
yang menguasai Larut. Long Jaafar telah berjaya mengekploitasi bijih timah di Larut. Namun,
setelah perjanjian Pangkor ditandatangani, Ngah Ibrahim dikehendaki menerima seorang
Penolong Residen. Menteri Ngah Ibrahim sebenarnya tidak menyenangi campur tangan British
3
di Larut tetapi tidak berani menentang secara terbuka. Hal ini kerana Ngah Ibrahim
mempunyai kekangan untuk mendapatkan kekuatan tentera yang mencukupi disebabkan
kekurangan punca pendapatan. Penempatan British di Tanah Melayu telah menghapuskan
sistem kerah.
Manakala sebab kedua golongan pembesar menentang penjajahan British adalah kerana
mereka kehilangan kuasa memungut cukai. Hal ini bermaksud, kuasa ekonomi yang dimiliki
oleh golongan pembesar sebelum kedatangan barat, telah diambil alih oleh British. Pembesar
di Tanah Melayu telah kehilangan kuasa mereka dalam aspek ekonomi. Hal ini secara langsung
menyebabkan pembesar tidak lagi mempunyai hak untuk memungut hasil dan cukai daripada
rakyat kerana tugas ini telah dirampas oleh British. Senario ini jelas dibuktikan, seperti yang
berlaku di Negeri Perak, semasa pentadbiran Birch. Beliau mengkehendaki semua cukai
4
dikutip oleh pegawai kerajaan negeri. Birch mahu kuasa mengutip cukai yang selama ini
5
dikendalikan oleh pembesar dihapuskan. Birch melakukan demikian adalah untuk
memperbaiki keadaan kewangan, menjelaskan hutang negeri dan membayar gaji pegawai-
pegawai serta Residen. Namun, sebenarnya tindakan Birch itu adalah kerana ingin mengambil
alih hak atau kuasa memungut cukai pembesar- pembesar Melayu. Langkah mengenepikan
pembesar juga dianggap menyimpang dari amalan biasa masyarakat tempatan. Birch juga turut
6
memperkenalkan beberepa jenis cukai baru. Ini termasuklah cukai ke atas padi, senjata,
perahu, bayaran permit untuk membalak dan atap, menubuhkan satu pajak candu, minuman
keras dan jadi.7 Tindakan Birch ini telah membangkitkan rasa ketidakpuasan hati pembesar
tempatan, kerana tindakan Birch ini telah melanggar adat tatasusila masyarakat Melayu.
Keadaan ini akhirnya, telah mewujudkan penentangan oleh pembesar tempatan di Perak, iaitu
Dato Maharajalela. Dalam penentangan itu, Dato Maharaja Lela melantik Pandak Indut untuk
3
Mohd. Isa Othman, 1999. Gerakan Protes : Dalam Perspektif Sejarah Malaysia Pada Abad Ke- 19 dan Pada
Awal Abad Ke-20. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Hlm. 56.
4
Zainal Abidin Abdul Wahid, 1996. Malaysia Warisan dan Perkembangan Edisi Kedua. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka. Hlm 125.
5
Mohd. Isa Othman, 1999. Hlm. 27.
6
Ibid, Hlm 63.
7
C. D Cowan, 1961. 19th Century Malaya : The Origin of British Political Control. London : Oxford University
Press. Hlm 302.

3
mengetuai rancangan pembunuhan Birch. Birch telah mati dibunuh dalam peristiwa
penentangan tersebut. Manakala Dato Maharaja Lela, Pandak Indut dan Ngah Gabor menyerah
diri.8 Selain itu juga, akibat pengenalan sistem ekonomi kapitalis, hal ini telah menghapuskan
sistem kebergantungan, sehinggakan raja dan pembesar terpaksa bergantung kepada modal
pendahuluan daripada para pedagang Negeri- Negeri Selat.

3.2 Kejatuhan Pengaruh Sultan dan Golongan Pembesar


Setelah sistem ekonomi kapitalis diperkenalkan, segala hal- hal yang berkaitan dengan
pentadbiran seperti hal ehwal pentadbiran negeri, hal ehwal pertahanan dan hubungan luar
negeri terletak di bawah pengaruh Inggeris. Selain itu, segala urusan pungutan cukai dan
kawalan hasil negeri dilakukan mengikut nasihat Residen Inggeris. Jika sebelum kedatangan
kuasa barat, pembesar- pembesar Melayu mempunyai kuasa penuh untuk memungut cukai,
tetapi keadaan ini berubah apabila segala pungutan cukai dan kawalan hasil negeri diambil alih
oleh Inggeris. Hal ini menyebabkan pembesar- pembesar Melayu telah kehilangan kewibawaan
sebagai pembesar Melayu, kehilangan punca pendapatan serta pengaruh mereka. Misalnya,
pengenalan pelbagai dasar pentadbiran kolonial British di Pahang telah mencabar dan
9
menggugat kekuasaan tradisional yang selama ini dipegang oleh sultan dan pembesar.
Misalnya di Pahang, kehadiran seorang Residen British iaitu J. P Rodger telah mengambil alih
segala tugas pembesar. Kerajaan British telah memperkenal Undang- undang Tanah yang boleh
menyekat kebebasan pembesar- pembesar Melayu dalam sumber ekonomi mereka.10 Akhirnya
sultan bersetuju untuk menguatkuasakan undang- undang tanah mulai 1 Jun 1891. 11Akibat
daripada penjajahan British , Dato’ Bahaman yang merupakan seorang pembesar di Pahang
telah kehilangan kuasanya, gelarannya juga telah dilucutkan serta elaunnya turut dipotong.
Daerah semantan yang sebelum ini di bawah kawalan pengaruhnya, telah dikuasai sepenuhnya
12
oleh kerajaan British. Hal ini menyebabkan Dato’ Bahaman tidak puas hati dengan
pentadbiran British, kerana beliau telah kehilangan kuasanya dalam pentadbiran negeri.

4.0 KESAN TERHADAP SOSIO EKONOMI TANAH MELAYU


8
Buyung Adil, 1981. Sejarah Perak. Kuala Lumpur : Dewan dan Pustaka. Hlm 142.
9
Kassim Thukiman, 2002. Hlm 87.
10
Mardiana & Hasnah, 2000. Hlm 37.
11
W. Linehan , 1973. A History Of Pahang. Journal Of Malayan Volume XI. Hlm 130.
12
Kassim Thukiman, 2002. Hlm 87.

4
4.1 PENINGKATAN PENGELUARAN HASIL KOMODITI
Sebelum Perang Dunia Kedua, ekonomi di Tanah Melayu adalah berdasarkan kepada
dua sumber iaitu, bijih timah dan juga getah. Tanah Melayu merupakan pengeluar bijih timah
13
yang terbesar dunia. Sebelum Perang Dunia Kedua, antara 30- 40 peratus jumlah
pengeluaran bijih timah dunia telah dibekalkan oleh Tanah Melayu. 14 Kekayaan dan kemajuan
ekonomi di tanah Melayu pada ketika itu adalah disebabkan oleh jumlah keuntungan yang
diperolehi hasil pengeksportan bijih timah ke pasaran dunia. Akhir kurun ke-19, Tanah Melayu
telah menjadi pengeluar bijih timah yg terbesar di dunia iaitu dengan pengeluaran kira-kira 38
000 tan setahun. 15 Selain bijih timah, getah juga turut ditanam di Tanah Melayu sebagai salah
satu tanaman ladang untuk tujuan eksport di Tanah Melayu. Namun begitu, terdapat dua jenis
tanaman yang telah ditanam sebelum penanaman getah. Tanaman itu ialah lada hitam dan kopi.
16
Penanaman lada hitam di Tanah Melayu adalah berikutan daripada keadaan tanah dan muka
bumi Tanah Melayu yang subur. Manakala penanaman kopi pula telah membawa satu lagi cara
pertanian perladangan secara besar- besaran ke kawasan baru. Kopi telah ditanam di kawasan
tanah yang telah diperun dan dibersihkan. Peningkatan tanaman kopi di Tanah Melayu telah
menarik masuk ramai pengusaha Eropah.

4.1.1 Faktor- faktor Peningkatan Hasil Komoditi


i ) Kemasukan Buruh Cina
Peningkatan hasil komoditi di Tanah Melayu adalah didorong oleh beberapa faktor.
Faktor pertama yang menyumbang kepada peningkatan hasil ekonomi di Tanah Melayu adalah
disebabkan oleh kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu. Oleh sebab, perkembangan pesat
dalam perusahaan bijih timah dan mendapat permintaan yang tinggi, pembesar- pembesar
Melayu telah mengupah buruh cina untuk mengusahakan lombong bijih timah mereka.
Kemasukan buruh cina ke Negeri- Negeri Melayu boleh dibahagikan kepada tiga tahap. Tahap
yang pertama berlaku pada tahun 1820- an , pada masa itu mereka melibatkan diri dengan
perlombongan bijih timah dengan memberi wang pendahuluan kepada raja- raja Melayu.
Dalam fasa yang kedua, iaitu 1840-an buruh Cina terlibat secara langsung dalam
17
perlombongan dengan pembukaan lebih banyak kawasan. Keadaan ini secara tidak langsung
telah mengalakkan kemasukan orang Cina secara beramai- ramai. Manakala tahap ketiga pula

13
Zainal Abidin Abdul Wahid, 1996. Hlm 223.
14
Ibid.
15
Ibid, Hlm 225.
16
Ibid, Hlm 229.
17
Muhammad Redzuan Othman, 2006. Sejarah Pembinaan Negara Bangsa. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.
Hlm 81.

5
berlaku pada tahun 1870 –an iaitu apabila industri perlombongan bijih timah dikuasai
sepenuhnya oleh orang Cina. Setelah penemuan bijih timah oleh Long Jaafar di Larut, Perak
pada tahun 1848, barulah berlaku kemasukan secara besar- besaran orang Cina ke Tanah
Melayu.18 Orang Cina telah membuka lombong- lombong di Larut, Lembah Kinta, Lembah
19
Kelang dan Sungai Ujong. Mereka juga memperkenalkan kaedah perlombongan yang lebih
20
efektif iaitu Lombong Dedah dan Lombong Pam. Selain itu mereka juga turut
memperkenalkan penggunaan stim. Hasilnya, pengeluaran bijih timah telah bertambah dari
21
6500 tan dalam tahun 1850 kepada 50000 tan dalam tahun 1904. Permintaan yang tinggi
terhadap bijih timah telah mengalakkan kemasukan modal dan buruh cina. Perusahaan
perlombongan bijih timah mula dikuasai oleh orang cina. Lombong- lombong bijih timah yang
diusahakan oleh orang cina telah memperoleh keuntungan, sehingga mampu menarik minat
saudagar- saudagar Eropah.

ii ) Kemasukan Saudagar- Saudagar Eropah


Faktor yang kedua pula adalah disebabkan kemasukan saudagar- saudagar Eropah ke
Tanah Melayu berikutan daripada perkembangan perlombongan bijih timah yang diusahakan
oleh orang cina. Dalam tempoh dua tahun pada akhir kurun ke-19, saudagar- saudagar Eropah
di Negeri- Negeri Selat juga tertarik kepada perusahaan bijih timah kerana kejayaan yang
diperoleh oleh pelombong cina. Pada peringkat awal percubaan saudagar Eropah dalam
perusahaan bijih timah, saudagar- saudagar ini telah mengalami kegagalan kerana cara
perlombongan yang digunakan oleh mereka terlau mahal dan tidak setimpal dengan pulangan
yang akan diterima. Hal ini menyebabkan saudagar- saudagar Eropah ini telah menjual
lombong- lombong bijih timah kepunyaan mereka kepada pelombong cina akibat kerugian
yang dialami oleh mereka. Namun menjelang kurun ke-20, penguasaan saudagar Eropah
terhadap bijih timah kembali meningkat setelah mereka berusaha mendapatkan bijih timah dari
perut bumi dengan kaedah cari gali. Mereka mula menanam modal yang besar dan
memperkenalkan alat baru iaitu kapal korek yang begitu mahal harganya. Penguasaan orang
Eropah terhadap perlombongan bijih timah mengatasi orang cina disebabkan kemampuan
modal yang besar yang dimiliki oleh saudagar Eropah. Faktor politik juga turut mengalakkan
penguasaan syarikat Eropah terhadap perusahaan perlombongan bijih timah.

18
Ruslan Zainuddin, 2003. Sejarah Malaysia, Edisi Kedua. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm 310.
19
Mardiana & Hasnah, 2000. Hlm 218.
20
Ibid, Hlm 218.
21
Ibid.

6
iii ) Harga Pasaran
Manakala faktor ketiga yang menjadi punca hasil komoditi meningkat di Tanah
Melayu adalah kerana harga pasaran bijih timah. Harga bijih timah dikuasai oleh pasaran dunia
22
dan tidak tetap. Hal ini adalah disebabkan oleh keanjalan yang rendah dalam pembekalan
dan permintaan bijih timah. Perubahan terhadap permintaan dan pembekalan bijih timah
walaupun hanya perubahan yang kecil sahaja akan menyebabkan perbezaan yang besar dalam
harganya. Hasil pelombongan bijih timah negara ini dijual ke luar negara, terutamanya ke
negara- negara perindustrian di Barat. Hal ini kerana negara- negara Barat amat memerlukan
bahan bijih timah, terutama sekali dalam industri mengetin makanan. Hasil pengeksportan bijih
timah ke luar negara telah mendatangkan hasil yang lumayan bagi membiayai kemajuan
ekonomi yang pesat di negara ini pada akhir kurn ke -19 dan awal kurun ke-20.

iv ) Permintaan Dunia
Di samping itu, peningkatan hasil komoditi ini juga adalah berkait rapat dengan faktor
permintaan dunia. Kemerosotan harga kopi yang berlaku dalam tahun- tahun 1896 hingga 1900
23
menyebabkan ramai orang beralih kepada penanaman getah. Permintaan dunia terhadap
penanaman getah kian meningkat ekoran kemunculan perusahaan kereta di Amerika Syarikat
24
yang mengglakkan pembuatan tayar dari getah. Hal ini kerana pelbagai jenis barangan
seperti kasut, tayar, kenderaan berat, tayar basikal, botol air panas dan alat penebat elektrik
dicipta dengan menggunakan getah. Kegunaan getah bertambah dengan terciptanya tayar angin
oleh J.B Dunlop pada tahun 1888. Penciptaan tayar angin ini adalah untuk dipasang pada
kenderaan bermotor pada tahun 1895. Perkembangan perusahaan kenderaan bermotor di
Amerika Syarikat telah menyebabkan permintaan terhadap getah semakin tinggi dan harganya
juga melambung tinggi. Mulai awal kurun ke- 20, getah telah menjadi sejenis lagi barangan
eksport yang penting selepas hasil utama iaitu bijih timah.

4.2 PENGUKUHAN SISTEM MATA WANG


Selain itu, pengenalan sistem ekonomi kapitalis di Tanah Melayu turut memberi kesan
kepada sistem mata wang. Kegiatan perdagangan juga tidak lagi menggunakan sistem tukaran

22
Ibid, Hlm 228.
23
Mardiana & Hasnah, 2000. Hlm 219.
24
Ibid.

7
25
barang dagangan atau barter trade, tetapi telah menggunakan sistem pertukaran mata wang.
Sebelum kedatangan British, masyarakat Tanah Melayu menggunakan pelbagai jenis mata
wang , seperti penggunaan mata wang dinar di negeri Kelantan, wang kupang emas di
Terengganu dan jongkong tampang di Pahang. Namun setelah kedatangan kuasa British di
Tanah Melayu, British telah memperkenalkan pengguanaan mata wang asing di Tanah Melayu.
Mata wang Perak Sepanyol yang telah diperkenalkan pada tahun 1850 mampu bertahan
26
sehingga 300 tahun. Mata wang ini telah digunakan di Negeri- Negeri Melayu dan Negeri-
27
Negeri Selat. Pada tahun 1800-an, negeri- negeri Melayu telah menggunakan wang sendiri
dan menerima penggunaan dollar Sepanyol.28 Ini menyebabkan mata wang kerajaan Melayu
terhapus.29 Pada tahun 1906, British telah memperkenalkan dollar wang kertas Negeri- negeri
Selat. Seterusnya, British telah menubuhkan sebuah pertubuhan yang bertanggungjawab untuk
mengeluarkan wang kertas bagi Negeri- Negeri Selat di bawah Ordinan XIII, iaitu Lembaga
Pesuruhjaya Wang pada tahun 1897.
Kesan perkembangan pesat dalam pembangunan ekonomi di Tanah Melayu, secara
tidak langsung telah mendorong British melakukan beberapa perubahan yang bertujuan untuk
melicinkan urusan pentadbiran kewangan. Akibat dari keinginan untuk memudahkan lagi
pengurusan kewangan, British telah menubuhkan sebuah institusi kewangan atau lebih dikenali
sebagai bank. Penubuhan bank telah membawa kepada pengenalan sistem kewangan moden
yang berorientasikan keuntungan dengan pulangan faedah yang tinggi. Dengan adanya institusi
kewangan ini, dana dari luar negara dapat disalurkan terus ke Tanah Melayu dengan mudah
dan cepat. Hal ini menjelaskan bahawa bank berperanan sebagai ejen pembayar kepada
pengeksport dan pengimport yang kemudiannya menjadikan urusan perniagaan antarabangsa
berlangsung dengan baik. Misalnya, bank pertama yang ditubuhkan di Tanah Melayu adalah
Mercantile Bank yang ditubuhkan pada tahun 1859.

4.3 PENINGKATAN TARAF KESIHATAN


Pengenalan ekonomi kapitalis oleh British juga memberi kesan kepada taraf kesihatan
penduduk di Tanah Melayu. Kemudahan perkhidmatan kesihatan merupakan salah satu

25
Kassim Thukiman, 2002. Hlm 77.
26
Zainal Abidin Abdul Wahid, 1996. Hlm 256.
27
Ibid.
28
Ruslan Zainuddin, 2003. Hlm 113.
29
Ibid.

8
keperluan asas yang penting, terutamanya di kawasan petempatan. Semasa penjajahan British
di Tanah Melayu, telah berlaku perkembangan pesat dalam bidang ekonomi, khususnya dalam
aktiviti perlombongan bijih timah. Peningkatan hasil keluaran bijih timah di Tanah Melayu
telah membuka banyak peluang pekerjaan, hal ini secara tidak langsung telah mendorong
kemasukan beramai- ramai buruh asing ke Tanah Melayu. Kedatangan buruh asing ini telah
menambahkan jumlah penduduk tempatan di Tanah Melayu. Masalah ini telah menyebabkan
urusan tempat tinggal, tempat kerja dan kepadatan penduduk tidak dapat diurus dengan
sempurna. Keadaan ini telah mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan penduduk akibat
dari kurang pengurusan diri, misalnya tidak mendapat bekalan air yang bersih dan tidak
mencukupi.
Semua keadaan ini, telah menyebabkan penyakit berjangkit mudah merebak sama ada
di kawasan bandar atau luar bandar. Secara tidak langsung telah didirikan rumah- rumah sakit
bercorak klinik bagi kemudahan pelombong bijih timah. Namun kelangkapan peralatan dan
perubatannya tidaklah begitu sempurna dan teratur, ini menyebabkan pesakit semakin
bertambah serta wabak penyakit pula semakin menular. Oleh itu, menerusi pentadbiran Speedy
pada 1874, beliau merancang untuk mendirikan sebuah hospital untuk kemudahan awam di
Larut. Sungguh pun terdapat beberapa buah hospital yang dibina untuk menampung jumlah
pesakit yang ramai, tetapi hanya sebuah hospital yang besar iaitu Hospital Yang Wah yang
dibiayai khas untuk penduduk miskin. Hospital kerajaan terawal yang telah dibina di Taiping
dan di Kuala Lumpur pada tahun 1898. Manakala di Perak pula telah terdapat beberapa buah
hospital telah dibina, misalnya di Tanjung Malim, Batu Gajah, Gopeng, Kerian dan Kuala
Kangsar.
Di samping membina klinik, hospital dan pusat kesihatan, British telah mengambil satu
langkah untuk mengawal wabak penyakit, iaitu melalui penyelidikan. Oleh itu, British talah
menubuhkan satu badan yang bertanggungjawab untuk mengkaji punca penyakit merebak dan
langkah- langkah yang perlu diambil untuk mencegah penyakit tersebut. Untuk itu, British
telah menubuhkan Institut Penyelidikan Perubatan tahun 1900 di Kuala Lumpur. Selain itu,
British juga turut mengambil berat akan kebersihan dan kesihatan awam khususnya di bandar-
bandar. Dengan ini, satu lembaga telah ditubuhkan pada tahun 1890-an yang berperanan dalam
mengawasi dan menjaga kebersihan dan kesihatan bandar di Kuala Lumpur. Lembaga ini
dikenali sebagai Sanitary Board dan turut ditubuhkan di beberapa buah bandar di Perak.
4.4 PENGASINGAN SISTEM PENDIDIKAN
Pendidikan merupakan salah satu aspek penting dalam memajukan diri, masyarakat dan
negara. Jika sesebuah negara mundur dari segi politik, sosial dan ekonomi, boleh lah dikatakan

9
bahawa negara tersebut masih ketinggalan dari aspek bidang pendidikan. Hal ini kerana,
melalui sistem pendidikan yang maju, dengan ini terbentuklah sebuah masyarakat yang bersatu
padu dan saling bekerjasama untuk meningkatkan tahap pencapaian negara dari segi politik
dan sosioekonomi. Begitulah, senario yang berlaku di Tanah Melayu sebelum kedatangan
penjajah, masyarakat yang berbilang kaum di Tanah Melayu hanya mengikuti sistem
pendidikan yang bersifat tradisional. Pada masa itu, kanak- kanak Melayu hanya mendapat
pendidikan di surau, sekolah pondok dan masjid. Sistem pendidikan Melayu yang paling tua
30
dan berpengaruh adalah persekolahan pondok atau dikenali sebagai pengajian al-Qur’an.
Pendidikan masyarakat di Tanah Melayu pada ketika itu, hanya menekankan aspek- aspek
seperti membaca dan memahami al-Quran, mempelajari bahasa Arab, hukum- hukum agama
serta turut menguasai kemahiran membaca, menulis dan juga mengira. Namun setelah
kedatangan British dan melalui pengenalan ekonomi kapitalis, oleh itu sistem pendidikan
tradisional Melayu telah berubah. Wujud kepelbagaian sekolah mengikut kaum dan tempat
tinggal masing- masing. 31
Kehadiran masyarakat yang pelbagai akibat daripada perkembangan bidang ekonomi di
Tanah Melayu telah melahirkan sistem pendidikan vernakular. Sistem pendidikan vernakular
merujuk kepada sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda kaum masing- masing
sebagai bahasa pengantar. Namun begitu, sistem pendidikan vernakular ini tidak berjaya
menyatukan semua kaum di bawah satu payung perpaduan kerana murid- murid daripada
pelbagai kaum telah dipisahkan. Mereka tidak melalui sistem pendidikan yang sama. British
juga turut memperkenalkan sistem pendidikan Inggeris, tetapi tidak dilaksanakan sepenuhnya
sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Malah British telah menubuhkan sebuah sekolah
vernakular Melayu di Negeri- Negeri Selat. Sekolah Melayu yang pertama didirikan di
Singapura, telah dibina di Teluk Belanga pada 1867. Seterusnya British telah meneruskan
usaha mereka dengan menubuhkan sebuah lagi sekolah vernakular Melayu di Seberang Prai
pada tahun 1871. Manakala di Perka pula, sekolah vernakular Melayu ini telah ditubuhkan di
Kuala Kangsar dan Batu Gajah pada tahun 1884.
Akibat daripada pengasingan kaum oleh British akibat dari pengkhususan pekerjaan,
telah wujud juga sekolah vernakular untuk kaum Cina dan India di Tanah Melayu. Bagi
masyarakat India pula, pendidikan Tamil disediakan oleh British di kawasan bandar. Selain itu,
disebabkan kaum India hanya bekerja di ladang- ladang getah milik British, oleh itu pihak
pengurusan ladang akan membiayai sekolah Tamil di kawasan ladang. Pendidikan sekolah

30
Kassim Thukiman, 2002. Hlm 49.
31
Masnah & Hasnah, 2000. Hlm 186.

10
Tamil seperti Sekolah Tamil Vivekanada yang ditubuhkan pada tahun 1912 di Seremban yang
berorientasikan sistem pendidikan di negara India dengan menggunakan sukatan pelajaran,
buku dan tenaga pengajar dari India. Sekolah kaum India ini juga menggunakan bahasa Tamil
sebagai bahasa pengantar. Manakala bagi kaum Cina pula, sekolah Cina dibiayai oleh saudagar
dari China. Hal ini jelas dibuktikan melalui penubuhan Sekolah Chung Hwa dan Sekolah Cina
Yuk Chai di Kuala Pilah pada tahun 1926. Di samping itu, sekolah ini bukan sahaja
menggunakan dialek mereka sebagai bahasa pengantar, tetapi guru, buku dan sukatan pelajaran
juga turut berasal dari China. Kewujudan sekolah vernakular ini ternyata tidak mengalakkan
perpaduan antara kaum, sehingga menyebabkan kaum- kaum ini terasing antara satu sama lain.
Fakta- Fakta di atas menunjukkan aliran- aliran pendidikan di negara ini di zaman British
saling berasingan dan memisahkan pandangan antara kaum. 32

4.5 PENGKHUSUSAN PEKERJAAN BERASASKAN KAUM


Kepesatan dan perkembangan sektor perlombongan bijih timah oleh kuasa kolonial
British telah menyebabkan berlakunya masalah kekurangan tenaga buruh tempatan untuk
memenuhi keperluan aktiviti ekonomi di Tanah Melayu. Masalah ini telah mendorong British
untuk membawa masuk tenaga buruh dari luar untuk bekerja dalam sektor perlombongan bijih
timah dan pertanian. Kedatangan orang India dan Cina ke Tanah Melayu telah mewujudkan
masyarakat yang berbilang kaum di Tanah Melayu. Terdapat tiga kaum yang utama di Tanah
Melayu pada ketika itu, iaitu orang Melayu, yang merupakan penduduk asal Tanah Melayu,
manakala orang India dan Cina merupakan golongan yang berhijrah ke Tanah Melayu akibat
daripada perkembangan ekonomi kapitalis yang diperkenalkan oleh British. Kaum- kaum ini
telah bekerja berasaskan pengkhususan pekerjaan yang ditentukan oleh pihak British.
Masyarakat Melayu telah diberikan peranan untuk memberi tumpuan kepada aktiviti- aktiviti
pertanian dan juga perternakan di kawasan kampung dan pedalaman. Manakala kaum India
yang menetap di kawasan estet dan juga ladang. Mereka bekerja sebagai penoreh getah dan
terdapat juga sebahagian mereka bekerja sebagai kerani di pejabat-pejabat kerajaan British.
Jika orang Melayu diberikan tanggungjawab untuk menjalankan aktiviti pertanian, dan orang
India bekerja di ladang- ladang, berlainan pula dengan orang Cina yang lebih tertumpu kepada
pekerjaan yang terdapat di bandar dan juga di pekan. Orang- orang cina ini bekerja sebagai
pendulang bijih timah, pekedai dan sebagainya.

4.6 SISTEM PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN


32
Ibid, Hlm 186.

11
Dengan berkembangnya pentadbiran British di Tanah Melayu, perusahaan
perlombongan bijih timah telah dijalankan secara besar- besaran di kawasan pedalaman. Pada
peringkat awal, perlombongan bijih timah terhad di sekitar kawasan yang berhampiran dengan
33
sungai- sungai yang besar dan cabang- cabangnya sahaja. Sungai merupakan jalan
perhubungan yang utama yang membolehkan pelombong- pelombong membawa alat- alat
perlombongan beserta bekalan makanan ke kawasan pedalaman. Berikutan dengan
perkembangan perusahaan bijih timah itu, ramai pelombong- pelombong bijih timah masuk ke
kawasan pedalaman untuk mencari kawasan baru. Selain menggunakan sungai, pelombong-
pelombong juga menggunakan jalan kereta lembu dan jalan denai yang menghubungkan
34
kawasan perlombongan mereka dengan tebing sungai. Saudagar- saudagar Negeri- Negeri
Selat telah memperkenalkan penggunaan kapal wap. Kapal wap dari Singapura sering datang
ke pelabuhan kecil di pantai barat Tanah Melayu untuk mengambil hasil pertanian, hasil hutan,
bijih timah dan juga penumpang.35
Peningkatan kegiatan perlombongan bijih timah di kawasan pedalaman menyebabkan
36
banyak anak sungai yang cetek akibat timbunan geladak dan sisa bijih. Keadaan ini telah
mendatangkan kesukaran kepada British untuk mengangkut hasil bijih timah, hasil hutan dari
kawasan pedalaman. Cara pengangkutan tradisional seperti penggunaan sampan, perahu dan
kereta lembu mempunyai banyak kelemahan. Antara kelemahan penggunaan pengangkutan
jenis tersebut adalah seperti, tidak banyak muatan bijih timah yang boleh dibawa pada satu
masa, perjalanan memakan masa yang agak panjang dan lambat, serta penggunaan perahu dan
tongkang terpaksa ditarik oleh manusia. Oleh itu, satu sistem pengangkutan yang lebih pantas
dan cekap diperlukan untuk kepentingan ekonomi British.37 Selain itu, sistem pengangkutan
yang lebih baik digunakan untuk memudahkan lagi urusan pentadbiran. Penggunaan sampan,
kereta lembu dan orang pejalan kaki melambatkan urusan mengirim surat rasmi dan
menyulitkan urusan pentadbiran. Kesulitan ini menyebabkan pihak British bertindak untuk
membina dan mencipta sistem pengangkutan dan perhubungan yang lebih baik.

Kereta Api

33
Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Khoo Kay Kim, Muhd. Yusof bin Ibrahim, Nik Hassan Shuhaimi bin Nik
Abdul Rahman & Mohd. Amin bin Hassan, 1992. Malaysia : Warisan Dan Perkembangan. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 165.
34
Ibid, Hlm. 164.
35
Ibid.
36
Zainal Abidin Wahid, 1996. Hlm 244.
37
Ibid.

12
Landasan kereta api yang pertama telah dibina pada tahun 1885 bagi mengadakan satu
sistem pengangkutan dan perhubungan yang lebih cekap. Kereta api yang merupakan jenis
pengangkutan moden yang pertama diperkenalkan di Tanah Melayu telah memainkan peranan
penting dalam perkembangan ekonomi Tanah Melayu khususnya terhadap getah dan bijih
timah.38 Kereta api merupakan sebuah kemudahan yang digunakan untuk membawa buruh,
makanan serta jentera- jentera perlombongan yang berat dari pelabuhan ke kawasan
perlombongan. Penerokaan kawasan- kawasan baru bijih timah dan getah dapat ditemui
dengan terbinanya landasan kereta api persekutuan. Hal ini penting kerana tanpa pembinaan
landasan kereta api ini, sudah semestinya kawasan baru bijih timah sukar ditembusi dan
diterokai, kerana tidak direntasi. Selepas pembinaan landasan kereta api itu, terdapat banyak
ladang- ladang getah telah dibuka sepanjang jalan kereta api.
Pada peringkat awal pembinaan nya, iaitu pada tahun 1885 hingga 1895, empat
landasan kereta api yang pendek telah dibina untuk menghubungkan kawasan perlombongan
bijih timah di kawasan pedalaman dengan pelabuhan. Misalnya pada tahun 1885, landasan
kereta api telah dibina untuk menghubungkan antara Pelabuhan Weld dengan Taiping yang
menjadi pusat perlombongan kawasan Larut. Kemudian pada tahun 1886, landasan kereta api
dari Kelang ke Kuala Lumpur telah dibina untuk mengangkut hasil bijih timah di Lembah
Kelang. Seterusnya, pada tahun 1891, telah dibina juga landasan kereta api dari Port Dickson
dengan Seremban, lalu pada tahun 1895, British membina lagi sebuah landasan kereta api yang
menghubungkan Pelabuhan Teluk Intan dengan Tapah Road dan seterusnya dengan Ipoh dan
Batu Gajah. Landasan ini akan memberi kemudahan kepada kawasan perlombongan bijih
timah di Lembah Kinta.

Jalan Raya
Selain dari pembinaan landasan kereta api, British juga turut membina jalan raya
sebagai jalan perhubungan dan pengangkutan. Pembinaan jalan raya ini adalah bertujuan untuk
menggantikan jalan denai dan kereta lembu yang digunakan untuk mengangkut bijih timah dan
getah ke pangkalan sungai. Sebelum ini, hasil bijih timah hanya diangkut menggunakan jalan
kereta lembu, dan perjalanan mengambil masa yang panjang untuk sampai. Hal ini secara tidak
langsung menyulitkan urusan pentadbiran dan perdagangan British. Akhirnya, British telah
mengambil keputusan untuk menggantikan jalan denai dan kereta lembu ini dengan jalan raya
yang berturap dan tanah merah. Seterusnya, jalan kereta lembu ini telah diperbaiki dan

38
Ibid.

13
diperluaskan untuk kegunaan kereta motor pada tahun 1902.39 Dengan meningkatnya
kemasukan kereta motor seperti motokar, lori dan bas pada tahun 1910, kegunaan jalan raya
juga bertambah.40 Peningkatan jumlah kenderaan bermotor ini, telah mewujudkan satu sistem
jaringan jalan raya di Tanah Melayu. Jaringan jalan raya ini menghubungkan bandar dengan
bandar dan disambungkan juga dengan jalan tanah merah yang dibina oleh pihak swasta di
ladang getah. Lantas, pembinaan jalan raya semakin berkembang terutamanya di kawasan
perlombongan bijih timah dan ladang getah. Hal ini jelas dibuktikan iaitu menjelang tahun
1930, sudah terdapat satu jaringan di seluruh jalan raya yang menghubungkan Perai, Province
Wellesley, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor hingga ke Singapura.

Perkhidmatan Pos dan Telegraf


Di samping itu juga British turut mempunyai sistem perhubungan lain seperti
perkhidmatan pos, telegraf, radio dan perkhidmatan udara. Perkhidmatan ini bertujuan untuk
memudahkan perhubungan antara negeri- negeri di Tanah Melayu dan dengan negara luar.
Perkhidmatan ini amat penting agar urusan pentadbiran dapat dilakukan dengan segera dan. Di
Tanah Melayu, sistem perhubungan ini telah mula berkembang dari pusat perkembangan
ekonomi, pusat pentadbiran, pelabuhan dan seterusnya ke kawasan petempatan penduduk. Hal
ini jelas terbukti apabila pada tahun 1875, sebuah pejabat pos telah siap dibina di Taiping
Perak. Kesan pembinaan sebuah pejabat pos di Taiping, akhirnya perkhidmatan ini telah
berkembang ke seluruh Perak seperti ke Ipoh, Tapah dan Batu Gajah. Malah pada tahun 1891,
setiap daerah di Perak sudah pun dihubungkan dengan melalui talian telegraf dengan Taiping,
41
ibu negeri Perak pada masa itu. Kemudahan perkhidmatan telefon juga turut dibina di
hospital- hospital dan balai polis. Pada tahun 1906, perkhidmatan pos dan telegraf di Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu telah diletakkan di bawah satu jabatan persekutuan.42

4.7 PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK


Selain itu, kesan daripada pengenalan sistem ekonomi kapitalis ini telah mewujudkan
masyarakat majmuk. Menurut Kamus Dewan, konsep masyarakat membawa maksud

39
Ibid, Hlm 247.
40
Ibid.
41
Ibid, Hlm 248.
42
Ibid.

14
kumpulan manusia yang menetap bersama- sama di sesuatu tempat dengan mengikut aturan
dan cara tertentu, dan masyarakat ini terdiri dari kaum atau bangsa. 43 Seorang pakar
antropologi bernama J.S Furnivall pernah menulis pada tahun 1948 dan menghuraikan
pandangan beliau berhubung masyarakat majmuk.44 Menurut beliau, masyarakat majmuk
merujuk kepada masyarakat campuran yang berbilang bangsa.45 Di samping itu, masyarakat
majmuk juga merujuk kepada masyarakat yang terdiri daripada beberapa kumpulan etnik yang
hidup berdampingan dan bercampur gaul, dan tinggal dalam satu unit politik yang sama. Tiga
bangsa yang terbesar dan terutama di Tanah Melayu adalah Melayu, Cina dan India.46
Walaupun setiap kaum ini berganding bahu di bawah sistem politik yang sama, tetapi mereka
hidup berasingan dan mempunyai fungsi- fungsi ekonomi yang tersendiri. Hubungan antara
kaum- kaum ini amat terhad, iaitu mereka hanya berhubung kerana perkara- perkara yang
berkaitan dengan ekonomi sahaja. Pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu adalah
berlaku secara tidak sengaja, iaitu berlaku selepas pengenalan sistem ekonomi kapitalis. Proses
pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu mengambil masa yang lama, dengan
penghijrahan orang Indonesia, Cina dan India. Terdapat beberapa faktor yang mendorong
kaum- kaum ini datang ke Tanah Melayu.

Penghijrahan Orang Indonesia


Kedatangan dan penghijrahan penduduk dari Indonesia ke Tanah Melayu pada abad ke-
47
19 dan ke-20 sebenarnya bukanlah merupakan satu perkembangan baru. Kedudukan Tanah
Melayu yang terletak bersempadan dengan Indonesia merupakan salah satu sebab orang
Indonesia, seperti orang Bugis, Minangkabau dan Jawa telah lama terdedah dengan Tanah
Melayu. Perkara yang mungkin membezakan orang Melayu dan Indonesia hanyalah dari segi
politik, ekonomi, keturunan, agama dan budaya, namun begitu perbezaan ini bukanlah satu
halangan untuk mereka datang ke Tanah Melayu. Malah, menganggap orang Indonesia dan
orang Melayu di Tanah Melayu sebagai suatu kaum yang asing kerana kedua- dua nya berasal
48
dari rumpun yang sama, iaitu rumpun bangsa Melayu. Terdapat dua faktor yang mendorong
orang Indonesia datang berhijrah ke Tanah Melayu, iaitu faktor penolak dan penarik. Faktor
penolak yang menyebabkan orang Indonesia berhijrah ke Tanah Melayu adalah disebabkan

43
Ruslan Zainuddin, 2003. Hlm 306.
44
Mardiana & Hasnah, 2000. Hlm148.
45
Ibid.
46
Ibid, Hlm 149.
47
Ruslan Zainuddin, 2003. Hlm 311.
48
Khazin Mohd. Tambrin, 1987. Orang Jawa di Selangor :Penghijrahan dan Penempatan, 1880- 1940. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 2.

15
masalah kebuluran dan kemiskinan yang melampau di Pulau Jawa. Pulau Jawa merupakan
sebuah pulau yang kecil dan tidak mampu untuk menampung jumlah penduduk yang ramai
telah menyebabkan berlaku kesempitan hidup dalam kalangan rakyat. Selain itu juga,
penindasan yang dilakukan terhadap penduduk Indonesia telah mendorong mereka datang ke
Tanah Melayu untuk mengubah nasib mereka. Penjajah Belanda telah memperkenalkan
pelbagai jenis cukai yang membebankan rakyat, seperti cukai kepala, cukai tanah dan cukai
perkhidmatan. Manakala, bagi faktor penarik pula, orang Indonesia datang ke Tanah Melayu
disebabkan mereka tertarik dengan kestabilan politk dan perkembangan ekonomi yang pesat,
dan menawarkan banyak peluang pekerjaan.

Penghijrahan orang Cina


Pertengahan abad ke-19 menyaksikan penghijrahan kaum Cina secara beramai- ramai
ke Tanah Melayu. Kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu juga turut didorong oleh dua
faktor, iaitu faktor penolak dan faktor penarik. Penghijrahan orang cina secara besar- besaran
telah bermula pada abad ke- 19. Faktor penolak yang mengalakkan orang cina berhijrah ke
Tanah Melayu adalah disebabkan keadaan negara China yang sering berlaku kekacauan dan
huru- hara. Pada zaman pemerintahan Dinasti Manchu sering berlaku pemberontakan dan
banyak nyawa menjadi korban. Selain itu, perang saudara dan juga pemberontakan sering
berlaku akibat daripada perasaan tidak puas hati terhadap pemerintah. Misalnya, dua jenis
pemberontakan yang berlaku di China, iaitu Pemberontakan Taiping pada tahun 1850- 1864
dan Pemberontakan Boxer pada tahun 1899- 1900. Pemberontakan ini telah menyebabkan
rakyat terpaksa menanggung penderitaan dan akhirnya mereka berpindah ke Tanah Melayu.
Masalah kekurangan makanan di China telah menyebabkan berlaku kebuluran dalam kalangan
rakyat tempatan. Masalah ini diburukkan lagi dengan kejadian bencana alam seperti banjir,
kemarau dan gempa bumi sehingga memusnahkan banyak nyawa dan harta benda. Faktor yang
menarik orang cina datang berhijrah ke Tanah Melayu adalah disebabkan ekonomi Tanah
Melayu yang berkembang pesat dan pertapakan modal asing. Dengan pelaburan pemodal asing
dalam perlombongan bijih timah di Tanah Melayu, hal ini menyebabkan lebih banyak kawasan
perlombongan akan dibuka dan seiring dengan itu lebih ramai tenaga kerja akan diperlukan. Di
samping itu juga, pertapakan saudagar- saudagar cina yang sekian lama di Tanah Melayu,
memang berminat untuk melabur dalam perusahaan bijih timah dan getah.

Penghijrahan orang India

16
Akibat keperluan terhadap tenaga buruh yang banyak untuk bekerja dalam sektor
pelombongan dan perusahaan bijih timah, oleh sebab itu semakin ramai orang India berhijrah
ke Tanah Melayu. Salah satu sebab mereka berhijrah ke Tanah Melayu adalah didorong oleh
pergolakan dalaman yang berlaku di negara asal mereka. Negara India telah mengalami
masalah pertambahan penduduk yang pesat selepas pertengahan kurun ke- 19 , iaitu sebanyak
130 juta orang pada tahun 1845 dan meningkat sebanyak 260 juta orang, dan menjadikan
jumlah penduduk di India seramai 390 juta orang pada tahun 1941. Kesan daripada masalah
pertambahan penduduk yang pesat, hal ini telah menimbulkan pelbagai masalah kepada rakyat,
seperti kawasan tanah untuk pertanian semakin terbatas dan mereka sukar untuk mencari hasil
pendapatan untuk menyara hidup. Selain itu juga berlaku bencana alam seperti banjir dan
kemarau yang memusnahkan tanaman dan mengakibatkan masalah kebuluran yang panjang.

4.8 POLARISASI KAUM


Pemajmukan masyarakat di Tanah Melayu telah menyebabkan Inggeris mentadbir
penduduk dengan cara berasingan. 49 Dasar ini dikenali sebagai dasar ‘ Pecah dan Perintah’
( Divide and Rule ).50 Amalan Dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh pihak Brirish
telah mencorakkan polarisasi kaum dan kelas mengikut aktiviti ekonomi, pekerjaan dan tempat
tiinggal. Hal ini jelas ditunjukkan melalui penempatan kaum- kaum ini yang berbeza. Kawasan
luar bandar didiami oleh orang Melayu yang menjalankan aktiviti pertanian. Manakala di
kawasan bandar dan pekan kecil pula turut didiami oleh orang Melayu, tetapi mereka
menjalankan aktiviti perlombongan dan perdagangan. Orang India pula tinggal di kawasan
ladang getah, mereka tinggal di ladang getah milik British. Orang India ini hanya bekerja di
ladang- landang getah milik British. Hal ini menyebabkan wujud jurang sosioekonomi yang
besar antara penduduk. Ekonomi orang Melayu di luar bandar dan pedalaman amat daif jika
dibandingkan dengan pendapatan ekonomi penjajah.

5. 0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kedatangan British ke Tanah Melayu yang bermula sejak kurun
ke- 18 sehingga kurun ke-19 memang pada dasarnya adalah bertujuan untuk memonopoli
kekayaan hasil bumi di Tanah Melayu. Semasa penjajahan British di Tanah Melayu, banyak
perubahan yang telah dilakukan oleh British dari segi politik dan ekonomi. Pembaharuan yang
49
Ibid. Hlm 150.
50
Ibid.

17
dilaksanakan oleh British terhadap dasar ekonomi di Tanah Melayu, melalui pengenalan sistem
ekonomi kapitalis sememangnya telah mengubah sistem politik di Tanah Melayu. Namun
begitu, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat juga banyak perubahan positif yang turut
dijelmakan melalui sistem ekonomi kapitalis oleh Inggeris di negeri-negeri di Malaysia
terutama dari aspek sosio ekonomi.

18