You are on page 1of 35

Geografi 23/2

Kerja Kursus
Nama Calon:
Tingkatan: 1 Berdikari
Nombor Kad Pengenalan:
Nama & Alamat Sekolah:
Tajuk Kerja Kursus: kajian Tentang Pengaruh Cuaca &
Iklim Terhadap Kegiatan Penduduk di Kawasan Kajian &
Perbandingannya dengan Negara Lain
Guru Penilai:
B Aspek Markah Markah
il. Penuh Diperoleh
1 Tajuk Kajian 1
2 Senarai Kandungan 1
3 Penghargaan 2
4 Pendahuluan 2
5 Objektif Kajian 2
6 Kawasan Kajian 8
7 Kaedah Kajian 2
8 Dapatan Kajian 25
9 Rumusan 2
10 Lampiran 2
11 Rujukan 2
12 Penilaian Umum 1
Aspek 1-7 25
Aspek 9-12
Aspek 8 25
Jumlah Markah 50
Tahap Pencapaian

-------------------
(Tandatangan Guru)
Senarai Kandungan
Bi Perkara Muka Surat
l.
1 TAJUK
2 PENGHARGAAN
3 PENDAHULUAN
4 OBJEKTIF KAJIAN
5 KAWASAN KAJIAN
6 KAEDAH KAJIAN
7 DAPATAN KAJIAN
8 RUMUSAN
9 LAMPIRAN
1 RUJUKAN
0

Penghargaan
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah terutamanya

Puan Pengetua, Puan Kamariah kerana bersama-sama menjayakan Kerja Kursus Geografi

ini. Saya juga menujukan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru mata

pelajaran Geografi saya, yang banyak membimbing saya dalam segenap aspek

penyelidikan saya pada kali ini.

Seterusnya, saya ingina mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua- dua ibu

bapa saya yang sanggup memberikan idea dan melaburkan modal untuk saya

menyiapkan Kerja Kursus Geografi ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya

yang banyak memberi kerjasama supaya saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Geografi

ini dengan lebih mudah dan lancar.

Akhirnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para responden dan

pihak luar yang sudi meluangkan masa untuk mengisi borang kajian soal selidik yang

telah diedarkan kepada mereka.

Pendahuluan
Saya, pelajar tingkatan telah diarahkan untuk melaksanakan Kajian Geografi Tempatan.

Kerja kursus ini telah diberikan untuk melatih kemahiran pengkajian dan penyelidikan

dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah. Tajuk tugas tahun ini adalah tentang “Kajian

Tentang Pengaruh Cuaca dan Iklim Terhadap Kegiatan Penduduk di Kawasan Kajian dan

Perbandingannya Dengan Negara Lain”.

Kawasan kajian yang telah saya pilih ini ialah Taman Shamelin Perkasa, Kuala

Lumpur. Saya memilih kawasan tersebut sebab ia amat berdektan dengan rumah saya. Ini

pula akan mengakibatkan saya tidak mempunyai masalah untuk memperoleh maklumat,

informasi dan menjalankan penyelidikan.

Negara yang saya pilih sebagai perbandingan ialah Bangkok, Thailand. Sebab

saya memilih tempat tersebut adalah kerana ia mempunyai banyak persamaan dan

merupakan negara jiran. Di samping itu, saya memilih tempat ini kerana dapat mencari

maklumat daripada buku, Internet dan lain-lainnya dengan mudah. Tempoh masa kajian

ini dijalankan adalah kira-kira 1 minggu.

Objektif Kajian
Terdapat beberapa objektif Kerja Kursus Geografi yang dijalankan adalah seperti:
1. Mengetahui ciri-ciri cuaca dan iklim antara dua buah tempat dengan

mendalam.

2. Mengkaji faktor yang telah memperngaruhi cuaca dan iklim sebagai

perbandingan.

3. Mengetahui tentang pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan yang

dijalankan oleh penduduk.

4. Menyelidik tentang masalah cuaca dan iklim yang berlaku.

5. Mencari dan mengkaji langkah-langkah untuk mengurangkan masalah cuaca

dan iklim.

6. Meluahkan rasa kesyukuran akan kawasan kajian yang terurus dan cekap

dengan cara mempelajari dan mengenalinya.

Kaedah Kajian
Terdapat beberapa kaedah kajian yang telah dilakukan untuk mendapatkan

informasi ataupun maklumat tentang kawasan yang telah dikajikan atau

diselidikan dalam kerja kursus ini. Salah satu kaedah adalah pemerhatian.
Kaedah ini telah dijalankan melalui cara membuat kesimpulan berdasar apa yang

telah diteliti dengan mata.

Selain itu, saya juga telah menggunakan kaedah temu bual . Kaedah ini

telah dilakukan dengan menemu ramah dengan beberapa orang responden yang

mengetahui tentang cuaca dan iklim untuk daptakan penjelasan ataupun pendapat

mereka .

Kaedah ketiga adalah melalui cara soal selidik. Saya telah mendapatkan

pertolongan daripada beberapa orang responden yang terdiri daripada penduduk

kawasan kajian tersebut. Mereka telah diminta untuk mengisi boring tersebut

berdasarkan apa yang telah dilihat atau dilalui.

Terdapat beberapa rujukan yang telah dilakukan. Rujukan buku ilmiah

adalah seperti:

a) Siri Teks Referens PMR Geografi Tingkatan 1, 2 &3 2006 ditulis oleh

Sabaruddin Abdul Rahman dan diterbit oleh Pearson, Longman.

Manakala rujukan daripada Internet adalah seperti:

a) http://ms.wikipedia.org/wiki/Bangkok

Kawasan Kajian
Kawasan kajian yang telah saya pilih ialah Taman Shamelin Perkasa yang terletak di

Cheras. Taman Shamelin Perkasa terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur iaitu tenggara.

Jika ingin mengira dengan menggunakan jarak relatif, masa diambil untuk ke bandar dari

Taman Shamelin Perkasa boleh mengambil masa 15 minit dan boleh menggunakan bas
atau komuter Rapid KL yang terletak di tempat tersebut. Kos untuk satu perjalanan

adalah RM2.00. Jarak mutlak pula adalah 15 km untuk sampai ke bandar.Tempat kajian

Taman Shameli Perkasa merupakan sebuah tempat yang penuh dengan pelbagai pusat dan

bangunan awam seperti sekolah-sekolah yang dibina di situ, klinik, kedai perniagaan dan

restoran juga.

Bandar yang dipilih untuk dibandingkan ialah Bangkok, Thailand. Negeri tersebut

merupakan negeri utama dalam aktiviti perdagangan serta terletak di garisan lintang lebih

kurang 14° U. Bangkok adalah bandar utama di Thailand. Menam Chao Phraya

sepanjang 372km iaitu sungai terpanjang di Thailand mengalir disebelah baratnya

terkenal sebagai “Venice of the East”. Di dataran Bangkok, terdapat sistem klong atau

terusan yang merupakan jalan utama penduduk sekitarnya.

Rumusan
Setelah menyiapkan Kerja Kursus Geografi ini, saya telah banyak mempelajari

daripadanya. Pengalaman ini amat berguna dan menarik. Kini, saya lebih memahami

tentang cuaca dan iklim kedua-dua tempat yang telah dikaji. Saya lebih memahami

bahawa di sini, Taman Shamelin Perkasa tidak mempunyai empat musim tetapi

mengalami musim panas dan lembap sepanjang tahun. Selain itu, cuaca dan iklim

mendatangkan beberapa perkara yang buruk seperti pencemaran ataupun penyakit yang
dapat menambahkan beban penduduk melakukan kerja seharian mereka. Oleh itu, kita

tidak sememangnya mencemarkan udara dan sekeliling tempat kerana dapat

mengakibatkan penyakit dan menyusahkan banyak orang. Akhirnya, saya amat gembira

kerana dapat melakukan kerja kursus ini dan ini merupakan kali pertama yang dijalankan.

Rujukan
Buku Rujukan:

a) Siri Teks Referens PMR Geografi Tingkatan 1, 2 &3 2006 ditulis oleh Sabaruddin

Abdul Rahman dan diterbit oleh Pearson, Longman.

Buku Teks:
a) Geografi Tingkatan 1 2002 ditulis oleh Rape’Ah Bt. Ahamed, Khalijah Bt.

Maimon, Azizah Bt. Ismail dan Foo Ho Loke. Diterbit oleh Arus Intelek Sdn.

Bhd.

Internet:

a) http://ms.wikipedia.org/wiki/Bangkok

Melawat Tempat Kajian:

a) Taman Shamelin Perkasa, Cheras

Dapatan Kajian

8.1 Ciri-ciri Cuaca dan Iklim

Kawasan kajian yang telah dikaji ialah Taman Shamelin Perkasa yang terletak di

Cheras. Cuaca yang telah dkaji di kawasan ini adalah panas dan lembap sepanjang tahun.

Purata minimum suhu pula adalah 27°C manakala julat suhu tahunan adalah amat kecil

iaitu antara 1°C- 2°C. Selain itu, hujan tahunan adalah 2600 mm the situ. Kelajuan angina
maksimum adalah 19.3m/s dan kelajuan angin minimum adalah 12.6 m/s. Taman

Shamelin Perkasa, cuacanya amat lembap, oleh itu udara persekitarannya agak lembap.

Kawasan tersebut terletak di Zon Panas dan iklim ini dipanggil iklim Khatulistiwa.

Negara perbandingan yang telah saya pilih adalah Bangkok, Thailand. Cuaca dan

iklim di sana memang berbeza daripada Taman Shamelin Perkasa, Cheras. Kawasan ini

mengalami suhu antara 21°C- 31°C bersama hujan tahunan antara 1000 mm hingga 2000

mm. Bangkok terletak di kawasan Zon Panas tetapi iklim yang dialami oleh kawasan

Bangkok adalah iklim Monsun Tropika serta kelajuan anginnya terletak di Zon Panas.

Banggalah rakyat Malaysia dapat tinggal di sebuah Negara bebas daripada rebut

taufan dan iklim empat musim tetapi tinggal di cuaca yang panas dan lembap sepanjang

tahun.

8.2 Faktor yang Mempengaruhi Cuaca dan Iklim

Kawasan yang dikaji oleh saya adalah Taman Shamelin Perkasa, Cheras.

Kawasan ini terletak di garisan lintang antara 1°U sehingga 7°U yang terletak

berhampiran dengan garisan Khatulistiwa. Ini memungkinkan purata suhu tahunan adalah

27°C. Ini disebabkan kerana kawasan kajian yang dipilih menerima lebih pancaran

matahari yang berdekat denngan matahari serta mengakibatkan banyak sejatan. Terdapat

banyak faktor yang boleh mempengaruhi cuaca dan iklim dan salah satunya adalah
bentuk muka bumi. Taman Shamelin Perkasa merupakan sebuah kawasan tanah pamah.

Oleh sebab itu, memang banyak bangunan kilang, pusat beli-belah, kedai perniagaan,

restoran dan juga rumah kediaman.

Bangkok terletak di tengah Thailand yang berada pada kedudukan di antara garisan

lintang 7˚U hingga 22˚U berhampiran garisan Khatulistiwa mengalami suhu tinggi.

Keadaan ini menyebabkan Bangkok menerima pancaran cahaya matahari yang banyak.

Ini menyebabkan kawasan Bangkok mengalami keadaan panas sepanjang tahun. Bentuk

muka bumi Bangkok juga diluputi tanah rata dan sungai. Bandar Bangkok terletak di

tebing Menam Chao Phraya dan telah berkembang pesat dari segi fungsi dan jumlah

penduduk. Kebanyakan fungsi pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan

Thailand bertumpu di Bangkok. Pertambahan pesat penduduk Bangkok dipengaruhi oleh

migrasi dari kawasan lain dan pertambahan semula jadi. Bangkok juga merupakan tempat

tarikan pelancongan.

8.3 Pengaruh Manusia Terhadap Cuaca dan Iklim

Nama kawasan kajian saya ialah Taman Shamelin Perkasa, Cheras. Tempat yang

dipilih memang sesuai digunakan sebagain tempat untuk kegiatan manusia. Banyak

aktiviti yang dilakukan untuk pusat perindustrian. Pencemaran juga berlaku akibat

pelepasan asap dari kilang-kilang dan kenderaan serta pembakaran terbuka menyebabkan

alam sekitar kita tercemar. Alam sekitar kini semakin kotor dan tercemar serta atmosfera

juga tercemar. Fenomena pencemaran atmosfera adalah seperti hujan asid, jerebu, kesan
rumah hijau, penipisan ozon bumi dan peningkatan suhu. Jerebu yang berlaku disebabkan

oleh bahan-bahan yang bertoksik terapung dalam atmosfera. Ini disebabkan oleh

kenderaan di jalan raya, pembakaran terbuka dan pelepasan asap dari kilang juga. Mereka

mengeluarkan pelbagai jenis bahan bertoksik seperti habuk, asap, sulfur monoksida,

karbon monoksida dan sebagainya.

Tetapi di Bangkok, jerebu dilanda dengan lebih teruk daripada Malaysia. Bangkok

dilanda jerebu kerana Bangkok adalah suatu kawasan yang besar dan luas serta

mempunyai masalah pencemaran udara yang amat teruk dan juga serius. Punca jerebu

juga daripada kenderaan bermotor, kilang-kilang dan pembakaran secara terbuka. Saya

bangga dan syukur kerana dapat tinggal di kawsan yang masalah jerebunya masih boleh

dikawal dan tidak seberapa serius.

8.4 Masalah Cuaca dan Iklim


Terdapat banyak masalah cuaca dan iklim yang kini berlaku.Banyak kes penyakit

and juga dilaporkan kini seperti penyakit kulit, penyakit aedes, penglihatan mata kabur

dansepertinya. Apabila pencemaran mula berlaku seperti pencemaran udara dan

bertambah teruk, udara dan kualiti hidupan penduduk setempat akan menjadi buruk.

Pencemaran udara ini boleh membawa penyakit seperti sesak nafas, batuk, penyakit kulit
serta menjejaskan penglihatan mata. Walaupun, isu ini bertambah buruk, penduduk masih

tidak mengendahkannya.

Masalah pencemaran udara di Bangkok, Thailand pula lebih serius, teruk dan buruk. Ini

telah pun disebabkan iklim dan cuaca serta peningkatan jumlah penduduk yang sedang

meningkat. Kes-kes penyakit dan pencemaran mula meningkat. Ini telah menjejaskan

aktiviti penduduk dan jumalh pendatang asing yang mengunjungi tempat tersebut.

Masalahnya ini dipertingkatkan lagi oleh sebab iklim dan cuaca yang panas,

kependudukan, perkembangan sosial ekonomi, industrialisasi serta peningkatan jumlah

penduduk perkotaan yang teramat tinggi.

8.5 Langkah-langkah Mengurangkan Masalah Cuaca dan Iklim

Terdapat banyak langkah yang boleh dilakukan unutk mengurangkan masalah

cuaca dan iklim di Taman Shamelin Perkasa, Cheras iaitu kawasan kajian yang telah

dipilih. Salah satu cara adalah untuk dengan menanam semula pokok-pokok yang telah

ditebang di hutan agar banjir kilat tidak berlaku dan peningkatan suhu tidak akan berlaku.

Penggunaan kenderaan awam juga merupakan salah satu langkah. Penduduk boleh
menggunakan bas, teksi awam yang disediakan kerajaan untuk mengurankan isu

pencemaran udara ini.

Manakala di Bangkok, Thailand juga boleh mengurangkan masalah jerebunya

dengan mengruangkan aktiviti perindustrian dengan memajukan kawasan lain. Mereka

juga boleh menggunakan perkhidmatan kenderaan awam. Bangkok juga boleh membina

Bandar ataupun kawsan tempat yang lain untuk mengurangkannya. Walau bagaimanapun,

masyarakat ataupun penduduk setempat perlulah bekerjasama untuk menjaga alam

sekitar dan tidak mencemarnya untuk menjamin alam sekitar yang lebih cerah.


Kajian Tentang Pengaruh Cuaca
dan Iklim Terhadap Kegiatan
Penduduk di Taman Shamelin
Perkasa, Kuala Lumpur dan
Perbandingannya dengan
Bangkok, Thailand…
Tajuk

Penghargaan
Pendahulua
n
Objektif
Kajian
Kawasan
Kajian
Kaedah
Kajian
Dapatan
Kajian
Rumusan
Lampiran
Rujukan

Lampiran
Kesan Negatif di Taman Shamelin Perkasa
Pencemaran Udara

Pencemaran Air

Banjir Pemusnahan Hutan

Kesan Negatif Di Bangkok, Thailand

Kesesakan Lalu Lintas Jerebu


BahanGrafik
Taburan Suhu di Taman Shamelin
28.5 Perkasa, Cheras
28

27.5

27

26.5 Taburan Suhu di


Taman Shamelin

26

25.5

25
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Bulan Suhu
Januari 26°C
Februari 27°C
Mac 27°C
April 26°C
Mei 26°C
Jun 27°C
Julai 26°C
Ogos 28°C
September 28°C
Oktober 26°C

Kegiatan Ekonomi Jumlah

Perindustrian 70%

Lain-lain 20%

Pertanian 15%

Perguruan 5%
Kegiatan Ekonomi Jumlah

Perindustrian 5%

Lain-lain 15%

Pertanian 20%

Perdagangan 60%
Peta Kawasan Kajian Taman Shamelin Perkasa, Cheras
Peta Kawasan Kajian

Peta Kawasan Kajian


Borang Temu Bual

Nama:
Umur:
Jantina:

1. Apakah yang anda boleh menjelaskan tentang keadaan cuaca di Taman Shamelin?
______________________________________________________________
______________________________________________________________
2. Apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah cuaca dan iklim?
______________________________________________________________
______________________________________________________________

3. Apakah yang boleh dikaitakn tentang masalah cuaca dan iklim di Taman Shamelin?
______________________________________________________________
______________________________________________________________

4. Keistimewaan kawasan Taman Shamelin Perkasa.


_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

Borang Temu Bual

Nama:
Umur:
Jantina:

1. Apakah yang anda boleh menjelaskan tentang keadaan cuaca di Taman Shamelin?
______________________________________________________________
______________________________________________________________
2. Apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah cuaca dan iklim?
______________________________________________________________
______________________________________________________________

3. Apakah yang boleh dikaitakn tentang masalah cuaca dan iklim di Taman Shamelin?
______________________________________________________________
______________________________________________________________

4. Keistimewaan kawasan Taman Shamelin Perkasa.


_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

Borang Temu Bual

Nama:
Umur:
Jantina:

1. Apakah yang anda boleh menjelaskan tentang keadaan cuaca di Taman Shamelin?
______________________________________________________________
______________________________________________________________
2. Apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah cuaca dan iklim?
______________________________________________________________
______________________________________________________________

3. Apakah yang boleh dikaitakn tentang masalah cuaca dan iklim di Taman Shamelin?
______________________________________________________________
______________________________________________________________

4. Keistimewaan kawasan Taman Shamelin Perkasa.


_______________________________________________________________
_______________________________________________________________