You are on page 1of 16

CA BA RA N- CA BA RA N D AN C AR A-C AR A B AG I MENJ AYAK AN PE RP ADU AN

MAS YARA KA T MA JMU K DI M AL AYS IA .

1. 0 PE NG ENAL AN K EPADA MAS YAR AK AT M AJMU K


1. 1 Def ini si m as yar akat m aj mu k
Pada tahun 1948, seorang pakar astropologi, J.S Funival pernah menulis dan
menghuraikan pandangan beliau berhubung masyarakat majmuk. Definisi
masyarakat majmuk mengikut Furnival merujuk kepada pelbagai jenis manusia
yang bercampur tetapi tidak bersatu. Mereka hidup berdekatan tetapi terpisah
dalam sistem politik yang sama. Masing-masing berpegang kepada kebudayaan,
agama, bahasa, idea dan kaedah sendiri. Mereka berinteraksi secara minima
dalam urusan tertentu seperti di pasar tetapi kemudian balik ke kelompok
masing-masing. Pekerjaan juga dibahagikan mengikut garis perkauman.

1. 2 Ma sy ar akat ma jm uk di m ala ysia


Masyarakat majmuk di malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-
19, lebih 90% penduduk di tanah melayu adalah melayu. Namun pada
pertengahan abad ke-19, penghijrahan masuk kaum cina dan india secara
beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur
kependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari
pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan,
pekerjaan dan pendidikan.

1
Penonjolan kelompok etnik juga boleh dikenalpasti kepada wilayah-wilayah
tertentu:
i. Semenanjung = Melayu, cina dan india
ii. Sarawak = Dayak iban, melayu, dayak bidayuh, dayak ulu, melayu-
melanau dan cina
iii. Sabah = Kadazan, dusun cina & melayu

2. 0 KONS EP P ERP ADU AN DA N INT EG RA SI


Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh
masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu
identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanahair.
Perpaduan dan integrasi juga boleh didefinasikan sebagai “Sat u pr os es bag i
mew uju dkan identiti nasiona l di kalan gan kum pulan yang te rp isah dari
se gi k ebu da yaan, sosial da n lokasi da lam s es ebua h u nit p olitik” .
Perpaduan amat mustahak untuk mengekalkan keharmonian dan kedamaian di
sesebuah negara. Negara yang aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan dan
keselamatan rakyatnya. Negara yang mengamalkan perpaduan dapat mencapai
kemajuan dengan mudah serta tidak mudah ditakluki kuasa asing. Dan ini dibuktikan
oleh pendapat Tun Abdul Razak iaitu;
“Perpaduan dan integrasi penting supaya tenaga negara dapat disalurkan untuk
memajukan negara daripada digunakan untuk menyelesaikan masalah yang wujud
daripada kepelbagaian tersebut”

Pelbagai proses yang dikaitkan dengan konsep perpaduan dan integrasi seperti proses
asimilasi, amalgamasi dan pluralisme.
a) Asimilasi – proses perpaduan satu hala yang akan menghasilkan kelompok dengan
satu budaya, satu bahasa da satu agama.
b) Amalgamasi – proses perpaduan yang melibatkan percantuman biologi
(perkahwinan campur) yang akan membentuk kelompok baru dengan budaya baru.
c) Pluralisme – proses perpaduan yang membenarkan setiap kelompok yang terlibat
mengekalkan budaya masing-masing di samping membentuk perpaduan.

2
3. 0 CA BA RA N- CA BA RA N K E ATAS PE RP ADU AN SE LE PAS K EMERD EK AA N
3. 1 Kemun cak mani festasi masa lah per pa du an kau m di Mala ys ia da lam
Peristiw a 13 Mei 1 969
Tanggal 13 Mei 1969 tercetus satu detik hitam dalam lipatan sejarah negara
kerana pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara
kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda. Ia mempunyai kaitan rapat
dengan Pilihanraya Umum 1969 di mana di dalam pilihanraya itu banyak isu
sensitif telah dibangkitkan seperti bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa
orang melayu dan hak kerakyatan bukan melayu. Dalam pilihanraya itu, parti
perikatan gagal memperolehi majoriti 2/3 dalam dewan rakyat manakala parti
gerakan dan DAP yang berjaya mendapat 25 kerusi telah mengadakan
perarakan di Kuala Lumpur sambil menghina bangsa melayu. Keadaan ini
memberi tamparan hebat kepada orang melayu dan akhirnya UMNO telah
mengadakan perarakan balas sebagai bantahan terhadapa penghinaan itu.
Dalam suasana tegang dan penuh emosi maka tercetuslah peristiwa 13 mei
1969 itu.

3. 2 Faktor -faktor yan g memp eng aru hi p eristiw a 13 Mei 1 969 .


Hasil dari kajian, kejadian ini disebabkan oleh dasar “pecah dan perintah” yang
diamalkan oleh British yang mengaitkannya dengan faktor-faktor berikut:

i) Pemisa han te mpat ting gal d an tu mp uan ek ono mi


Dasar ini dilakukan oleh British untuk mengelakkan perpaduan antara
pelbagai kaum yang dikhuatiri akan mengancam kedudukan mereka.
Masyarakat melayu terdiri dari petani dan nelayan di kampung,
masyarakat cina pula telah mewarisi perniagaan secara turun temurun
dan tinggal di bandar manakala masyarakat india bekerja sebagai
penoreh dan tinggal di estet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan bagi
mewujudkan kelompok-kelompok etnik yang berdasarkan kegiatan
ekonomi yang tinggal dalam kelompok masing-masing. Kesannya,
interaksi antara kaum hanya terbatas di pejabat dan pasar sahaja. Ini
melahirkan perasaan prasangka antara kaum yang telah mengapi-apikan
lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969.

3
ii) Sist em p endi di kan y an g b eras ing an .
Sebelum Malaysia memiliki sistem pendidikan Nasional, wujud 4 aliran
pendidikan yang berlainan iaitu aliran inggeris, melayu, cina dan india
yang mengambil silibus pembelajaran berbeza yang menyebabkan
ketidakseragaman bahasa, identiti dan fahaman. Ini telah menyebabkan
timbulnya pelbagai masalah yang memberi impak buruk dalam
pembentukan kaum di Malaysia. Walaupun selepas kemerdekaan
kerajaan cuba memperkenakan dasar-dasar pendidikan baru bagi tujuan
penyelarasan namun proses perpaduan ini sukar dilakukan.

iii) Per beza an a ga ma da n k ebu da yaan .


Kaum melayu sebahagian besarnya beragama islam Kaum cina beragama
Buddha, Lao-Tza, Taoisme, Conficius manakala kaum india beragama
hindu. Di samping itu terdapat juga yang beragama kristian. Setiap kaum
juga mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Masalah perpaduan ini
bukannya bermula disebabkan agama lain tetapi akibat dari sikap jahil
terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan
secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain.
Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969.

iv) Ma salah ek ono mi .


Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan berbeza
antara kaum dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan
ekonomi secara tidak sihat. Ketidakseimbangan ini menyebabkan setiap
kaum saling mencemburui satu sama lain. Orang melayu mencemburui
kemewahan dan kejayaan orang cina manakala orang cina dan india
mencemburui kelebihan orang melayu yang mendapat peluang
perkhidmatan dalam sektor pentadbiran.

v) Persat uan- pers atuan Et nik.


Struktur masyarakat pelbagai kaum di Malaysia telah melahirkan banyak
persatuan politik, sosial dan ekonomi yang memperjuangkan kaum
masing-masing tanpa menghiraukan kaum-kaum yang lain. Parti politik

4
berbentuk perkauman seringkali mengekspoitasi perbezaan-perbezaan
yang wujud di kalangan kaum hingga mewujudkan rasa tidak puas hati
yang ketara antara kaum.

vi) Pend ud ukan Jep un


Ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Jepun telah memberi layanan
yang lebih istimewa kepada orang melayu berbanding orang cina kerana
Jepun masih dipengaruhi sentimen peperangan dengan cina pada akhir
kurun ke 19 dan awal kurun ke 20. Orang melayu dilantik menjadi askar
dan polis tetapi orang cina diketepikan. Ketika itu ramai orang cina
menyertai MPAJA (Malaysian people anti jappanese army) atau bintang
tiga. Keadaan bertambah buruk kerana ramai tentera jepun yang
menyerang MPAJ terdiri dari akar melayu dan ini mewujudkan
persengketaan antara orang melayu dan cina. Walaupun MPAJ telah
ditewaskan setelah British kembali, namun sentimen perkauman ini
masih kuat.

vii) Memban gkitk an soa l s ensiti f pa da Pilih anr aya um um 1 969 .


Parti politik telah memainkan isu-isu sensitif seperti kedudukan istimewa
orang melayu, soal bahasa dan kerakyatan untuk memancing undi di
dalam kempem pilihanraya. Setelah parti gerakan dan DAP berjaya
menafikan majoriti 2/3 parti perikatan, parti tersebut telah berarak sambil
membangkitkan soal-soal sensitif seperti ketuanan melayu. Keadaan
bertambah buruk apabila orang melayu di bawah anjuran UMNO
bertindakbalas menangkis penghinaan itu dan keadaan menjadi tidak
terkawal dan mencetuskan episod berdarah 13 Mei 1969 yang telah
mengorbankan nyawa dan harta benda yang banyak.

4.0 TI ND AK AN YANG T EL AH DI AM BIL OL EH K ERA JAAN SEL EP AS P ER IST IW A


13 MEI 1 969
Masalah 13 Mei 1969 jika dilihat dari satu aspek banyak memberi kesan negatif
terhadap negara tetapi jika dilihat dari sudut yang lain pula ia sebenarnya banyak
memberi kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia. Peristiwa tersebut telah

5
memberi satu kesedaran yang mendalam tentang kepentingan perpaduan antara kaum
di Malaysia dan kesan yang akan dihadapi jika mengabaikan kepentingannya di
samping pencetus idea supaya kerajaan mengambil langkah membentuk semula
masyarakat Malaysia menerusi dasar-dasar dan tindakan segera untuk memastikan
kemakmuran negara terus terpelihara dan terjamin.

Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan adalah seperti berikut:
i) Men gisytihar kan d ar ur at b erkuatk uasa s erta mer ta.
Selepas keadaan menjadi tidak terkawal dan pertempuran antara kaum berlaku,
kerajaan telah mengisytiharkan darurat pada 16 Mei 1969 di seluruh negara untuk
menenangkan keadaan, memberi masa kepada pihak yang terlibat berfikir secara
rasional tindakan mereka dan untuk menghentikan kekacauan dalam masa singkat.

ii) Membentu k Majlis Ger akan Neg ar a (M AGE RA N) pad a 17.5.1 969 bag i
men gam bi lalih tug as p arli men unt uk s ementar a.
MAGERAN yang diketuai perdana menteri ketika itu, Tun Abdul Razak bersama
pemimpin-pemimpin politik, pegawai kanan kerajaan dan pegawai tinggi polis dan
tentera berfungsi untuk mengembalikan keamanan dan undang-undang negara,
menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna serta mengembalikan suasana
harmoni dan kepercayaan antara kaum di Malaysia. MAGERAN berjaya mencapai
matlamatnya dan kerajaan berparlimen dikembalikan pada 23.2.1971.

iii) Men ub uhk an Jab atan per pa dua n negar a (J PN ) dan Ma jlis Mu hi bb ah
Negar a (MM N) pa da 1 970 .
Jabatan Perpaduan Negara berfungsi untuk:
a) Membantu meningkatkan kesedaran komuniti mengenai perpaduan dan
integrasi nasional melalui aktiviti penggalakan dan pengukuhan
b) Mewujud dan menyelaraskan aktiviti perpaduan melalui rukun tetangga
berasaskan konsep kejiranan
c) Membimbing kanak-kanak berbilang kaum untuk membentuk peribadi dan
perwatakan yang sempurna bagi kepentingan perpaduan dan intgrasi melalui
tabika perpaduan

6
d) Membantu dan mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional melalui
penyelidikan etnososial
e) Menyediakan khidmat sokongan yang berkualiti dalam aspek pengurusan
kewangan dan sumber manusia serta pentadbiran am supaya matlamat
jabatan dapat dicapai dengan jayanya.
Pembentukan Majlis Muhibbah Negara diketuai oleh Tunku Abdul Rahman yang
diadakan di setiap peringkat iaitu pusat, daerah negeri dan kawasan yang bertujuan
memastikan matlamat penubuhan majlis ini berjaya di segenap lapisan malaysia. Ia
berperanan menggalakkan perkembangan muhibbah di kalangan pelbagai kaum dan
berusaha ke arah memulihkan kembali kepercayaan dan keyakinan di kalangan
pelbagai kaum di Malaysia yang telah musnah akibat peristiwa hitam 13 Mei 1969.
Pada 1.1.1972, MMN dan JPN digabungkan dan menjadi Kementerian Perpaduan
Negara Dan Pembangunan Masyarakat yang bertugas mengendalikan aktiviti-aktiviti
bercorak muhibbah untuk berbilang kaum.

iv) Men ub uhk an M ajli s P erun din ga n N ega ra (M PN ) p ada 29. 1. 197 0.
Ditubuhkan pada Januari 1970 untuk membentuk perpaduan antara kaum di
Malaysia. Angota MPN terdiri dari wakil MAGERAN, kerajaan negeri, wakil parti
politik, wakil dari sabah dan sarawak, kumpulan agama dan sebagainya. Majlis
Perundingan ini ialah untuk meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan
untuk menyelesaikan masalah-masalah yang bersangkutan dengan perhubungan
dan integrasi kaum di Malaysia. MAPEN juga bertanggungjawab terhadap beberapa
ideologi negara berkaitan perpaduan seperti rukun negara dan pindaan
perlembagaan tertentu.

7
Penggubalan Rukun Negara merupakan satu idelogi yang digubal di bawah
pimpinan MAGERAN dan digubal oleh MPN pada 27.1.1970.
Prinsip-prinsip rukun negara:
a) Keper ca yaan kepad a tuha n-perlembagaan persekutuan malaysia telah
menetapkan agama islam sebagai agama rasmi dan agama lain bebas diamalkan
di mana-mana bahagian.
b) Kes etiaan kepa da raja dan negar a-menekankan kesetiaan rakyat kepada
ketua negara dan negeri masing-masing
c) Kel uh ur an per le mba gaa n-supaya rakyat dapat menerima, mematuhi dan
mempertahankan kemuliaan perlembagaan persekutuan malaysia.
d) Keda ulatan und ang -u nd an g- un dan g-undang tersebut perlu dipatuhi untuk
memastikan kedaulatannya sentiasa terpelihara
e) Kes op anan dan kes usilaa n-pembentukan masyarakat berbilang kaum yang
harmoni dapat dilahirkan sekiranya setiap individu dalam masyarakat boleh
berpegang teguh kepada prinsip ini.

v) Penyusu nan s emu la p olitik


Selepas 13 Mei 1069, parti-parti politik mula menyedari kepentingan bersatu dalam
satu barisan yang menggabungkan pelbagai kaum. Penyatuan fahaman politik
melalui sistem kerajaan campuran dicadangkan bagi bagi mengurangkan
perpecahan politik & sesuai dengan pindaan perlembagaan 1971. Barisan
Na sional ditubuhkan dengan dianggotai pertubuhan kebangsaan melayu bersatu
(UMNO), Parti Islam se-malaysia(PAS), Kongres india Malaysia (MIC) dan persatuan
cina Malaysia (MCA) serta 6 lagi parti politik. Rombakan politik ini berjaya kerana
semua pihak mula memahami kepentingan perpaduan kaum.
Sehingga ke hari ini, Barisan Nasional masih kekal walaupun terdapat perpecahan
pada struktur asal penubuhannya.

vi) Pin daan Akt al H asuta n


Dikeluarkan daripada perbincangan umum tentang kedudukan istimewa orang
melayu dan kedudukan raja-raja melayu.

8
vii) Medi a massa digunakan untuk mendedahkan pelbagai berita, laporan dan dasar
kerajaan akan merapatkan jurang maklumat yang wujud kerana media massa akan
membentuk pemikiran dan pandangan rakyat yang memahami pelbagai nilai dan
simbol negara. Ini mengurangkan prasangka akibat kedapatan maklumat yang tidak
tepat.

viii)Dasa r-d as ar Baru Ker ajaan di bawah pimpinan Tun Abdul Razak Dato’ Hussein:
a) Dasar Ek ono mi Baru (D EB) dengan matlamat serampang 2 mata iaitu:
i. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum-tumpuan pada golongan
pekebun kecil, penghuni estet, petani, nelayan & pesawah. Contohnya
pemberian subsidi & kredit, skim penanaman semula, skim pemilikan bot,
skim di bawah FELDA & FELCRA serta kemudahan awam, bantuan pada
peniaga kecil dan rumah mampu milik.
ii. Penyusunan semula masyarakat-menetapkan sasaran untuk pemilikan
equiti, kouta untuk bumiputera dan sebagainya. Instrumen DEB juga
dibantu oleh beberapa perbadanan seperti PNB, PERNAS, Bank Negara,
ASB, MARA dan PDPN.
Secara keseluruhan, dengan pengenalan DEB didapati mutu kehidupan
masyarakat meningkat dengan penambahbaikan dalam pelbagai sektor. DEB
berjaya mengubah hampir keseluruhan sistem sosial masyarakat majmuk di
malaysia dan mencapai perpaduan nasional melalui falsafahnya iaitu
“Pembangunan Dengan Pengagihan Saksama”.

b) Dasar Pend id ikan Keba ng saan


Telah dimaktubkan dalam ordinan pendidikan 1957 yang bertujuan membantu
menyatupadukan rakyat malaysia yang berbilang bangsa dan keturunan melalui
sistem pelajaran yang menitikberatkan penggunaan bahasa melayu sebagai
bahasa pengantar utama, kurikulum, peperiksaan dan ko-kurikulum yang sama.
Dasar pendidikan Kebangsaan juga telah memperkenalkan kurikulum baru
sekolah rendah (KBSR) yang menekankan 3M iaitu membaca, menulis &
mengira serta memperluaskan pendidikan teknik & vokasional.

c) Dasar Kebu dayaan Keba ng saan

9
Dasar ini dirangka berteraskan 3 prinsip utama yang ditetapkan oleh Kongres
Kebudayaan Kebangsaan 1971 iaitu:
i. Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini iaitu berasaskan bahasa
melayu, kedudukan geografi,sumber alam,kesenian dan nilai-nilai
keperibadiannya.
ii. Unsur kebudayaan lain yang sesuai wajar diterima menjadi unsur
kebudayaan kebangsaan seperti unsur-unsur budaya cina, india, arab,
barat dan lain-lain yang dianggap sesuai.
iii. Islam menjadi unsur penting pembentukan kebudayaan kebangsaan
berdasarkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara.

Matlamat dasar:
i. Mencapai perpaduan rakyat malaysia
ii. Menjamin keutuhan identiti kebangsaan
iii. Memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan kemanusiaan dan
kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.
iv. Pelaksanaan dasar ini adalah dengan mengembangkan pertunjukan
kebudayaan peringkat negeri dan nasional, menyokong pergerakan
kebudayaan, memupuk kesedaran kebangsaan dan memenuhi keperluan
sosiobudaya negara.
v. Namun masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan kebudayaan
kebangsaan berikutan berlaku pencemaran bahasa yang tidak terkawal,
penamaan jalan dan taman perumahan, seni bina dan sebagainya yang
tiada kaitan dengan budaya asal rantau ini.

d) Dasar Pemban gu nan Nas ional (DP B)


Diasaskan oleh Tun Dr Mahathir pada 1971 di parlimen bagi menggantikan DEB.
Merupakan kesinambungan usaha oleh DEB dan bermatlamat mencapai
perpaduan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu dan adil.

10
5. 0 NIL AI -N IL AI YAN G PERLU DI HAYATI UN TUK MENY ELE SAIK AN MASALAH
PERP ADU AN K AUM .
Terdapat beberapa cadangan yang mungkin boleh dikaji oleh kerajaan dalam usaha
memantapkan lagi perpaduan kaum di Malaysia. Antara cadangan itu adalah seperti
berikut:
i) Pen yer aga man sist em p endi dika n
Caranya adalah dengan mengadakan satu jenis sistem persekolahan sahaja.
Hapuskan sekolah-sekolah vernakular supaya anak-anak Malaysia belajar dan
bergaul di sekolah kebangsaan sahaja. Semestinya bahasa pengantar di sekolah
mestilah bahasa melayu. Bagi kaum Cina dan India, mereka masih diwajibkan untuk
mengambil subjek bahasa ibunda mereka di mana subjek itu menjadi subjek pilihan
untuk diambil oleh kaum yang lain.

Di samping itu, guru-guru, kerani-kerani, pembantu makmal dan tukang kebun juga
perlu terdiri daripada semua bangsa. Perpaduan hanya boleh wujud apabila
tiadanya rasa prejudis antara satu sama lain. Prejudis pula hanya dapat dihapuskan
dengan saling mengenali. Dan di sekolahlah proses mengenali ini sangat penting.
Anak-anak kecil yang masih putih pemikirannya perlu diberi pendidikan di suasana
sekolah yang berbilang bangsa. Sekolah merupakan tempat terbaik untuk memupuk
perpaduan berbanding PLKN dan Rumah Terbuka. Mungkin di sinilah relevannya
perlaksanaan Se kolah Wawasa n Dan Sek olah Sat u Alir an yang pernah
dicadangkan sebelum ini.

Cadangan ini mungkin akan ditentang hebat oleh pelbagai pihak terutama kaum
lain. Untuk mendapatkan sesuatu, kita perlulah memberikan sesuatu. Dalam hal
menghapuskan sekolah vernakular ini, kita boleh menghapuskan sistem kuota
dalam kemasukan pelajar ke Matrikulasi. Kita semua mengetahui kaum bukan
bumiputra hanya diperuntukkan sebanyak 10% tempat. Jika kita jujur mahukan
perpaduan, mengapa tidak kita mansuhkan kuota ini? Biarlah pelajar-pelajar
melayu, cina dan India bersaing dalam merebut tempat. Siapa yang layak, dia yang
dapat. Pasti inilah yang kaum bukan bumiputra mahukan. Jadi di sini nilai “give and
take” dapat dilakukan. Mereka hapuskan sistem sekolah vernakular, kita beri mereka
“Sistem Matrikulasi yang berasaskan meritkorasi”.

11
ii ) Memberi gala kan kepa da pen dud uk ber hijr ah da ri sat u ka wasan ke
ka wasa n la in.
Ini bagi menggalakkan pergaulan dan pertembungan yang lebih kerap. Antaranya
dengan perpindahan kakitangan awam ke tempat baru, mewujudkan peluang
perniagaan yang lebih baik di tempat lain dan membawa masuk pasukan-pasukan
keselamatan dari wilayah lain.

iii) Pen gg unaa n sem ula ba hasa mel ayu se car a mel uas dal am se gala
ur usan . Dalam konteks ini, banyak kerajaan Barat yang mempertegaskan
penggunaan bahasa rasmi sebagai satu-satunya bahasa komunikasi tanpa sebarang
kompromi, baik dalam urusan perkhidmatan awam, pendidikan asas di sekolah
mahupun di institusi pengajian tinggi. Demi mewujudkan perpaduan kaum, ada
kerajaan yang mengharamkan penggunaan dan pengajaran bahasa ibunda
golongan minoriti sehingga ke tahap menguatkuasakan hukuman ke atas para
pelajar yang berkomunikasi antara mereka dalam bahasa minoriti di dalam kawasan
dan persekitaran sekolah. Kerajaan Perancis misalnya telah hampir mengharamkan
terus penggunaan bahasa Breton, kerajaan British mengharamkan bahasa Welsh
dan kerajaan Scotland telah melenyapkan bahasa Gaelic di bumi Scotland.

Berbeza dengan Malaysia, kebanyakan kerajaan Barat menolak sama sekali


kewujudan sekolah-sekolah monoetnik dan media massa monoetnik. Dewan Bahasa
Dan Pustaka (DBP) perlu memainkan peranan aktif dalam memartabatkan semula
bahasa melayu di negara ini.

iv) Isyhti harkan 13 Mei se bag ai H ari Perpa du an.


Tarikh ini harus dijadikan cuti umum bagi diadakan pelbagai program perpaduan.
Biarlah tarikh ini merupakan hari di mana semua orang saling beramah mesra dan
rakyat Malaysia bergembira dengan perpaduan, bukan ketakutan mengenang
pergaduhan. Biarlah tarikh 13 Mei dikenang sebagai sesuatu yang putih bercahaya
bukan diratap sebagai sesuatu yang bernoda hitam.

12
v) Disamping itu, per anan ma sy ar akat untuk membentuk perpaduan yang
berkekalan. Kerjasama yang boleh diwujudkan untuk menjayakan perpaduan adalah
seperti berikut:
a) Memup uk se mang at p atriotis me di ka lang an raky atn ya.
Bangga menjadi rakyat malaysia. Usaha-usaha pihak yang ingin memajukan
negara perlu sentiasa disokong. Jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara
seperti Tunku Abdul Rahman yang memainkan peranan penting dalam
perjuangan mendapatkan kemerdekaan haruslah diambil tahu dan dihargai.
Lambang-lambang kebesaran negara seperti bendera, lagu kebangsaan
(Negaraku) dan jati negara harus dikenali dan dihormati oleh setiap
warganegara.

b) Setia p raky at ber sif at s etia da n sa yan g pa da neg ar a ini .


Kita harus taat kepada raja dan pemimpin serta tidak mengkhianati negara. Kita
harus sentiasa peka terhadap isu dan masalah bangsa dan negara serta cara
mengatasinya.

c) Menga malka n s eman gat kekitaan .


Semangat ini dapat dipupuk dengan sikap bertolak ansur dan bertoleransi dalam
masyarakat. Sifat bersatu padu antara masyarakat pelbagai kaum amat penting
untuk mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk negara,
bukannya untuk bangsa dan kaum sendiri. Tiada siapa yang berhak mengkritik
atau merendahkan adat resam dan kepercayaan kaum lain. Kita perlu
menggalakkan aktiviti yang melibatkan penglibatan pelbagai kaum seperti
gotong-royong dapat memupuk semangat bermasyarakat antara kaum.

d) Mena nam si fat ber disi pli n.


Peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan haruslah dipatuhi
oleh setiap rakyat. Rakyat perlu berpekerti mulia, bersikap peramah dan
berkelakuan sopan supaya dapat meningkatkan reputasi negara. Setiap rakyat
harus mempertahankan serta menjunjung perlembagaan negara untuk
mewujudkan keamanan dalam negara. Sikap amanah dan jujur dalam diri akan
mengelakkan nprasangka antara kaum dan akan membawa perpaduan.

13
e) Setia p raky at ber usaha gi gih da n bersi fat pr odukti f untuk
meni ng katkan ek onom i n ega ra d an tar af h id up hi du p mer eka .
Rakyat seharusnya berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada bantuan
kerajaan. Setiap warganegara harus bekerjasama untuk menghadapi apa jua
cabaran dalam negara. Contohnya, di dalam situasi gawat seperti sekarang,
rakyat seharusnya mengambil iktibar dari peristiwa gawat pada 1998 di mana
setiap rakyat bergabung tenaga untuk memulihkan semula ekonomi negara.

6. 0 KES IMPU LAN


Perpaduan amat penting dalam sesebuah negara untuk menjamin kedamaian di
kalangan rakyat. Perpaduan dan integrisi nasional adalah cabaran yang besar yang
akan menentukan keharmonian sosial, kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi.

Perpaduan boleh dicapai melalui dua cara utama iaitu:


i) Int er gr as i- satu proses bagi mewujudkan identiti nasional di kalangan
kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi di
dalam satu unit politik.
ii) Asi mi lasi- satu proses di bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan
melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang
lebih besar. Amerika dan beberapa negara Eropah seperti Britain dan Perancis
misalnya menggunakan konsep asimilasi dalam pendekatan mereka untuk
menyatukan pelbagai etnik minoriti, etnik peribumi, dan etnik dominan dalam
negara. Dalam proses asimilasi itu budaya etnik minoriti terlebur, tercerna,
teradun malah sesetengahnya tersirna dalam budaya majoriti yang dominan.

14
Namun jika diteliti aspek-aspek di atas, kerajaan lebih banyak mengusahakan
pembentukan perpaduan kaum melalui proses integrasi kerana melalui proses integrasi
setiap etnik akan dapat berkongsi satu identiti nasional dan apabila ini berlaku maka
secara logiknya akan wujudlah proses asimilasi. Kaedah asimilasi tidak akan berjaya
kerana setiap kelompok tidak mehu kehilangan ciri-ciri dan budaya mereka. Bagi
sesetengah budayawan, yang menolak model asimilasi, mereka melihat pendekatan ini
sebagai satu bentuk ‘penjajahan dalaman’ kerana dalam proses ini berlaku eksploitasi
golongan majoriti terhadap golongan minoriti. Kaedah-kaedah lain mungkin boleh
berjaya kerana Malaysia sudah berjaya mengawal perbezaan etnik. Setiap masalah
yang wujud seharusnya ditangani secara bersama oleh semua rakyat.

7.0 PE NU TUP
Usaha membentuk perpaduan kaum merupakan satu perkara yang amat penting untuk
membentuk satu negara yang utuh. Menyedari hakikat tersebut, kerajaan telah
berusaha sehingga ke hari ini untuk membentuk perpaduan kaum di malaysia meliputi
segala aspek; ekonomi, politik dan sosial bagi memastikan Malaysia mampu maju
seiring dengan negara lain di dunia.

Kita sebagai rakyat malaysia perlu sentiasa berdoa semoga negara yang disayangi ini
terus aman makmur, bersatu padu, maju dan yang pasti akan tetap kekal di tangan
orang melayu sebagai penerajunya.

Amin.

Sekian, terima kasih.

15
Rujukan

1) NOTA PENGAJIAN MALAYSIA, TUAN HJ AHMAD SAID, KDH, 2009


2) TEKS PENGAJIAN MALAYSIA, MARDIANA NORDIN & HASNAH HUSSIIN, FAJAR BAKTI,
2003
3) BAGAIMANA MASALAH 13 MEI 1969 BOLEH MEMBENTUK PERPADUAN NEGARA
MALAYSIA YANG LEBIH BAIK, SAIFUL AZRUL CHE LAH, MOHD SYAHIR ISMAIL &
MOHD RIZAL SHAMSUDDIN, INTERNET, 2009
4) PERPADUAN-LARAS SASTERA (SAINS SOSIAL), UTUSAN MALAYSIA, 21 JAN 2009

16

You might also like