You are on page 1of 15

NAMA : LINKESHWAR A/L SARAVANA MURTHY NO.

MATRIK : 21DIP13F1042 PENSYARAH : NURUL ADHA BT RAZALI TAJUK : KESAN,CARA DAN SEBAB UNTUK MENGATASI MASALAH LEPAK DALAM KALANGAN REMAJA

Definisi belia/orang muda : Golongan remaja

merupakan sebahagian daripada tenaga kerja produktif, belum mantap,suka mencuba-cuba dan berminat menanggung risiko.
Definisi budaya lepak : Amalan berkumpul tanpa arah

tujuan, matlamat, objektif, hala tuju, misi dan visi.

Sikap Ibu Bapa : Kurangnya kawalan, pengawasan dan

perhatian ibu bapa terhadap anakanak mereka. Anak-anak terasa diri mereka diabaikan.

Keadaan Di Rumah : Berasa bosan tinggal di rumah tanpa

sumber hiburan dan kemudahankemudahan untuk memenuhi masa mereka secara yang lebih berfaedah. Tiada suasana harmoni dalam keluarga.

Pengaruh Rakan Sebaya :

Remaja mudah terpengaruh dengan hasutan dan ajakan rakan rakan untuk mencuba sesuatu perkara yang baru.

Persekitaran Sosial : Remaja yang tinggal di bandar lebih

ramai melepak berbanding dengan remaja yang tinggal di luar bandar. Fenomena ini disebabkan di bandar tersedia pusat membeli-belah, video game atau snuker dan sebagainya yang menjadi pemangkin penting dalam perkembangan remaja melepak.

Tekanan Hidup : Mereka menghadapi

tekanan semasa belajar dan tekanan di tempat kerja kerana terpaksa menanggung bebanan pelajaran dan pekerjaan yang teralu banyak. Mencari tempat yang menyeronokkan.

Pembaziran Masa Dan Wang - Golongan yang tidak menghargai kepentingan masa. Masa ini boleh digunakan untuk aktiviti berfaedah seperti aktiviti sukan dan akademik .

Mudah Terjebak Dalam Kegiatan Anti Sosial Remaja-remaja yang bergerak bebas lebih cenderung dipengaruhi oleh anasir jahat. Pengaruh rakan sebaya membawa remaja ke kegiatan yang kurang sihat.

Kemerosotan Akademik Tidak mempunyai masa yang secukupnya untuk mengulangkaji pelajaran. Remaja juga akan terlibat dalam masalah ponteng sekolah.

Didikan agama dan pendidikan - pemupukan akhlak yang baik serta pola perhubungan ibubapa dan anakanak bagi menjamin kesejahteraan manusia seluruhnya. Peranan guru hendaklah berpaksikan prinsip-prinsip agama yang terkandung dalam agama masing-masing.

Peranan Ibu Bapa - Mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak. Mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasi masalah tersebut . Sentiasa memastikan bahawa mereka berkawan dengan mereka yang mempunyai kedudukan Moral.

Sistem Perundangan Di Sekolah - Penguatkuasaan undang-undang di peringkat sekolah ini adalah melalui pihak berkuasa seperti polis. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.

Kaunseling - Membantu remaja mengatasi masalah mereka. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka.

Masalah remaja yang terjebak dengan tingkah laku melepak harus di atasi. Faktor-faktor kekeluargaan sepatutnya bukan merupakan punca gejala ini berlaku. Keluarga seharusnya bertindak mempamerkan latar belakang yang menunjukkan imej positif. Peranan yang besar perlu dimainkan supaya remaja yang bakal mewarisi kepimpinan akan datang dapat menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang pesat membangun dan berteknologi tinggi

You might also like