You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT NILAM KALI PERTAMA 2014

TARIKH HARI MASA TEMPAT KEHADIRAN:


1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) Pn. Sabidah bt. Madon (GPK Kurikulum) Pn. Nor Rizai bt. Md. Daud (Guru Perpustakaan & Media) Pn. Arni Asreena bt. Aziz (Penyelaras Program NILAM) Pn. Haizy bt. Mustafar (Setiausaha Penyelaras Program NILAM) Pn. Sharti Fazlinda bt. Sulaiman (Ketua Panitia Bahasa Melayu) En. Roslan b. Mohamed (Ketua Panitia Bahasa Inggeris) GURU BAHASA MELAYU Pn. Norizan bt. Mat Pn. Che Hasnah bt. Salleh Cik Nurul Liyana bt. Lotfi Pn. Norliza bt. Abdul Mulup Pn. Nurhidayah bt. Aziz Pn. Zani bt. Hamzah Pn. Saripah bt. Muhamad En. Mohd Shariff b. Yusof Pn. Norainifaridah bt. Kaliwan Pn. Norlaile bt. Daud Pn. Julaiha bt. Othman Pn. Hasnah bt. Abdullah Pn. Zalinor bt. Mat Noor Pn. Shahrani bt. Talib En. Roslin b. Taharuddin

: 24 Disember 2014 : Selasa : 8.00 pagi : Bilik Gerakan SK Lukut

8) GURU BAHASA INGGERIS Pn. Siti Aishah bt. Veera Shaib Pn. Siti Rohani bt. Mahidin Pn. Noraizan bt. Nordin Pn. Norhanim bt. Baharuddin Pn. Amutha a/p Selorarajy Pn. Deeba Malar a/p Noriraju Pn. Rozana bt. Mohamad Moktar

1.

UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pn. Sabidah bt Madon selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Pusat Sumber Sekolah mengalu-alukan kehadiran guru-guru. 1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Pn. Nor Rizai bt. Md. Daud kerana masih memegang jawatan sebagai Guru Perpustakaan dan Media. 2. PEMBAHAGIAN TUGAS DALAM PSS 2.1 Pn. Nor Rizai mengucapkan terima kasih kerana diberi kepercayaan menguruskan Pusat Sumber Sekolah dan berharap akan mendapat kerjasama daripada ahli Jawatankuasa yang lain dalam memajukan lagi PSS SK Lukut. 2.2 Pn. Nor Rizai menyatakan Mesyuarat AJK Induk sepatutnya diadakan berasingan dengan mesyuarat AJK Kerja tetapi oleh kerana kekangan masa, dibuat sekali gus kerana ahlinya adalah ahli yang sama. 2.3 GPM memberitahu bahawa Fail Kuasa boleh dipinda tetapi dengan kelulusan dan persetujuan Pengetua. Tindakan: Guru Perpustakaan & Media 2.4 GPM memaklumkan bahawa Penyelaras Program NILAM 2014 yang baru adalah Pn. Arni Asreena bt. Aziz. Tindakan: Makluman 2.5 Pn. Haizy bt Mustafar dilantik sebagai Penolong Penyelaras Program NILAM 2014 manakala AJK Program NILAM terdiri daripada guru-guru Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Bahasa Inggeris. Tindakan: Makluman 3. PERANCANGAN NILAM 2014

3.1 GPM membentangkan Perancangan Tahunan Pusat Sumber Sekolah 2014 (merujuk kepada lampiran yang diedarkan) dan beliau berharap agar segala perancangan yang dibuat dapat berjalan dengan baik dan lancar. Tindakan: AJK Induk PSS 3.2 Majlis Perlantikan Pengawas PSS akan diadakan pada 27 Januari 2014 manakala Pelancaran Program NILAM serentak dengan Pelancaran Bulan Bahasa Inggeris pada 3 Februari 2014. Tindakan : AJK Kerja Program NILAM 3.3 AJK Kerja bagi majlis berkenaan juga sudah ditentukan dan akan bermesyuarat pada hari yang akan ditentukan. Tindakan : AJK Kerja Program NILAM

3.4 GPM menyatakan bahawa semua guru kelas dan guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris perlu mengemaskini data rekod bacaan NILAM murid-murid direkodkan dalam i-NILAM setiap bulan selaras dengan buku rekod bacaan murid dan mengesahkan rekod bacaan murid-murid tersebut. Tindakan : AJK Kerja PSS 3.5 GPM meminta semua guru bahasa untuk mengenalpasti pelajar yang cemerlang dan sudah menjadi Rakan Pembaca untuk dilatih bagi menyertai Anugerah Nilam peringkat Daerah dan Negeri pada tahun depan. Tindakan : Semua Guru BM dan BI 3.6 GPM juga memaklumkan pemantauan akan dibuat oleh pihak PKG mengikut jadual yang ditetapkan dan semua AJK Kerja Induk PSS bekerjasama meningkatkan pemarkahan PSS. Tindakan : Guru Perpustakaan dan Media

4.

HAL-HAL LAIN

4.1 Pn. Nor Rizai memaklumkan guru-guru bahasa mengunakan PSS 2 waktu untuk Bahasa Melayu dan 1 waktu untuk Bahasa Inggeris dalam seminggu untuk aktiviti Nilam seperti bacaan dsb. Tindakan : Semua Guru BM dan BI 4.2 GPM memaklumkan guru Tahap 1 perlu membimbing murid-murid Tahap 1 untuk mengisi rekod bacaan NILAM. Tindakan :Makluman 4.3 Pn. Nor Rizai meminta supaya setiap AJK Kerja PSS 2014 agar menyediakan minit mesyuarat pertama berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PSS Kali Pertama 2014. Setiap AJK Kerja PSS perlu menyediakan brosur bagi setiap jawatankuasa. Tindakan : AJK Kerja PSS Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

.................................................. Pn. Arni Asreena bt Aziz Penyelaras program NILAM

.............................................. Pn. Nor Rizai bt. Md. Daud Guru Perpustakaan dan Media

You might also like