You are on page 1of 8

Amali 1 Tajuk: Haba peneutralan Tujuan: Mengenalpasti haba peneutralan i) Asid hidroklorik dan Natrium hidroksida

ii) Asid sulfurik dan Natrium hidroksida iii) Asid nitrik dan Kalium hidroksida akues Bahan: EC1 adalah 1.0 mol-3 Asid hidroklorik EC2 adalah 1.0 mol-3 Asid sulfurik EC3 adalah 1.0 mol-3 Natrium hidroksida EC4 adalah 1.0 mol-3 Asid nitrik EC5 adalah 1.0 mol-3 Kalium hidroksida akues Radas: 25cm3 pipet, Termometer 0C-110C, 25cm3 silinder penyukat, cawan polisterin, bikar Prosedur: 1) 25cm3 EC1 dimasukkan ke dalam cawan polisterin dengan menggunakan pipet.

Suhu EC1 direkodkan sebagai suhu awal bagi campuran R seperti dalam jadual. 2) 25cm3 larutan EC3 ditambahkan ke dalam cawan polisterin yang mengandungi EC1. 3) Campuran R dikacau dengan berhati-hati dengan menggunakan termometer dan suhu yang tertinggi yang dicapai direkod dalam jadual. 4) Campuran R dituangkan dari cawan polisterin. Cawan polisterin dibersihkan dan dibilas dengan air suling. 5) Prosedur (1) hingga (4) diulang dengan menggunakan: a) 25cm3 EC2 untuk menggantikan EC1 bagi memperolehi campuran S dan b) 25cm3 EC4 dan 25cm3 EC5 untuk menggantikan EC1 dan EC3 bagi memperolehi campuran T

Keputusan: Suhu/C Campuran R EC1 + EC3 Suhu tertinggi/ C Suhu awal/ C Perubahan suhu/ C 31.5 26.0 5.5 Campuran S EC2 + EC3 31.0 25.0 6.0 Campuran T EC4 +EC5 31.0 26.0 5.0

Pengiraan: 1) Haba peneutralan campuran R

Bilangan mol NaOH dan HCl yang digunakan

bilangan mol H2O yang terhasil = H2O membebaskan tenaga haba

Tenaga haba yang dibebaskan oleh 1 mol H2O

haba peneutralan campuran R ialah

2) Haba peneutralan campuran S

Bilangan mol NaOH digunakan

Bilangan mol H2O terhasil = H2O membebaskan tenaga haba

Tenaga haba yang dibebaskan oleh 1 mol H2O

haba peneutralan campuran S ialah

3) Haba peneutralan campuran T

Bilangan mol KOH dan HNO3 yang digunakan

Bilangan mol H2O terhasil = H2O membebaskan tenaga haba

Tenaga haba yang dibebaskan oleh 1 mol H2O

haba peneutralan campuran T ialah -

Perbincangan: 1. Menurut keputusan, peningkatan suhu campuran R, S dan T semasa tindak bala sasid dan alkali telah menunjukkan bahawa haba dibebaskan. Ini telah membuktikan bahawa tindak balas peneutralan merupakan tindak balas eksotermik.

2. Tuliskan persamaan ionik untuk tindak balas yang berlaku dalam campuran R, S dan T:

3. Bandingkan nilai haba peneutralan yang diperoleh dalam:

i)

Campuran R dan S Haba peneutralan campuran S lebih tinggi berbanding campuran R. Hal ini

ii) Campuran R dan T Haba peneutralan campuran R lebih tinggi berbanding campuran T iii) Campuran S dan T Haba peneutralan campuran S lebih tinggi berbanding campuran T 4. Haba peneutralan antara asid kuat dan bes kuat ialah -57.3 kJmol-1. Cadangkan dua cara untuk menambahbaik langkah-langkah supaya nilai haba peneutralan asid kuat dan bes kuat yang tepat iaitu -57.3 kJmol-1 dapat dicapai.

Berdasarkan pengiraan yang telah dilakukan didapati bahawa nilai haba peneutralan asid kuat dan bes kuat dalam eksperiman ialah lebih rendah jika dibandingkan dengan nilai secara teori kerana terdapat haba yang dibebaskan telah hilang ke persekitaran atau telah diserapkan oleh cawan polisterina. Selain itu, ada kemungkinan bahawa nilai kepekatan asid dan alkali yang disediakan tidak tepat iaitu tidak mencapai 1.0 mol dm-3.

Oleh itu, antara langkah berjaga-jaga yang perlu diikuti semasa eksperimen dijalankan ialah i. Penggunaan cawan polisterina boleh digantikan dengan cawan yang diperbuat daripada kuprum. ii. Permukaan cawan polisterina ditutup semasa eksperimen dijalankan untuk mengurangkan kehilangan haba ke persekitaran iii. Campuran dikacau sepanjang masa supaya suhu adalah sekata.

iv. Bacaan

termometer

diperhatikan

sepanjang

eksperimen

untuk

mendapatkan bacaan suhu yang tertinggi

5. Adakah haba peneutralan antara asid kuat dan alkali lemah lebih besar atau lebih kecil daripada -57.3 kJmol-1? Terangkan.

Haba peneutralan antara asid kuat dan alkali lemah adalah lebih rendah daripada 57.3 kJmol-1. Hal ini adalah kerana alkali lemah mengion separa dalam air untuk menghasilkan ion hidroksida, OH-. Oleh itu, semasa proses peneutralan, sebahagian haba yang dibebaskan haba yang dibebaskan itu digunakan untuk memecahkan ikatan dalam molekul alkali lemah yang tidak terion. Hal ini menyebabkan haba peneutralan antara asid kuat dan alkali lemah kurang daripada 57.3 kJmol-1.

Kesimpulan: Tindak balas peneutralan merupakan tindak balas eksotermik. Haba peneutralan ialah haba yang dibebaskan apabila 1 mol ion hidrogen H+ bertindak balas denan 1 mol ion hidroksida, OH- bagi menghasilkan 1 mol molekul air, H2O Haba peneutralan bagi ketiga-tiga campuran adalah berbeza-beza iaitu: i. ii. iii. Campuran R: -46.2 kJmol-1 Campuran S: -50.4 kJmol-1 Campuran T: -42 kJmol-1

You might also like