You are on page 1of 1

PENGGUNAAN SMART WRITING KIT DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS DAN MENGENAL HURUF A-Z DALAM KALANGAN KANAK-KANAK

PRASEKOLAH
Siti Aida Ab. Hana, Siti Hazlifah Hilaluddin

ABSTRACT
Kajian ini merupakan satu kajian kuantitatif yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Seri Nilam, Chabang Tiga, Kuala Terengganu. Kajian ini telah mengadaptasi dua teori iaitu teori Montessori dan teori Chomsky. Responden kajian adalah terdiri daripada empat orang murid yang terdiri daripada kanakkanak Prasekolah Wawasan yang berumur 4+ tahun dan 5+ tahun. Kajian ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah tidak boleh menulis dalam kalangan kanak-kanak prasekolah menggunakan Smart Writing Kit. Penekanan diberikan kepada penulisan huruf a-z tanpa menitikberatkan kekemasan tulisan tetapi menekankan kepada responden boleh menulis huruf tersebut sahaja. Dalam erti kata lain, simbol yang ditulis mampu difahami dan dibezakan oleh orang lain adalah mencukupi bagi kajian ini. Di samping itu, dengan penggunaan Smart Writing Kit ini juga telah membantu responden mengenal huruf a-z secara tidak langsung. Analisis data dijalankan melalui beberapa instrumen iaitu ujian pra, ujian pasca, pemerhatian dan analisis dokumen . Hasil dapatan menunjukkan berlaku peningkatan responden dalam kemahiran menulis dan mengenal huruf a-z. Kajian ini menunjukkan penggunaanSmart Writing Kit dapat membantu meningkatkan kemahiran menulis dan mengenal huruf a-z dalam kalangan kanak-kanak prasekolah.

Kata kunci : Smart Writing Kit, kemahiran menulis , mengenal huruf

http://ojs.cakna.net/index.php/ar/article/view/634

You might also like