You are on page 1of 3

CARTA ALIRAN MENGENALPASTI MURID BERMASALAH

Pemerhatian - pemerhatian dengan menggunakan senarai semak - Pemerhatian di luar bilik darjah modifikasi tingkah laku - Pemerhatian melalui tingkah laku

Pentafsiran rekod prestasi

Temu bual dengan guru darjah/ibu bapa / penjaga murid. Ujian kertas dan pensel

Pentafsiran rekod profil

PEMERHATIAN

Melalui cara ini, guru akan mengetahui perubahan yang mungkin jelas kelihatan misalnya dari aspek emosi, ketegangan murid, kedudukan tubuh badan yang tidak semula jadi dan perubahan tingkah laku.

PENTAFSIRAN REKOD PRESTASI Rekod prestasi merupakan rekod yang menyimpan maklumat tentang pencapaian akademik murid dan keterangan yang tepat dan lengkap tentang pencapaian murid dalam kelas.

REKOD PROFIL Rekod yang memberi maklumat tentang pencapaian murid dalam semua mata pelajaran yang diikuti disekolah dan ditunjukkan menggunakan markah dan gred.

UJIAN KERTAS DAN PENSEL Ujian bentuk ini melibatkan penggunaan perkataan dan secara tidak langsung menguji penguasaan bahasa murid.

TEMU BUAL DENGAN IBU BAPA Banyak maklumat yang boleh diperolehi daripada ibu bapa berkaitan murid : latar sosio-ekonomi keluarga, faktor baka, kesihatan, penceraian, faktor kelahiran dan sebagainya.

MODIFIKASI TINGKAH LAKU 1. Menetapkan matlamat 2. Menentukan strategi bertindak 3. Merancang prosedur atau plan bertindak

4. Melaksanakan strategi mengikut plan bertindak 5. Memastikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan

You might also like