You are on page 1of 9

BAB 1:JENIS BAHAN MENTAH

1. Kayu 2. Logam 3. Plastik : plastik thermo, polimer, akrilik, asetal, polivinil klorida (PVC) 4. Kaca: Pasir, hablur, kaca bersilikat, kaca flin 5. Gentian kaca 6. Komposit: kombinasi antara dua atau lebih bahan mentah 7. Kertas: bahan daripada kulit kayu dan sayuran 8. Getah: susu getah, getah asli

1. KAYU
Bahan yg penting dan digunakan secara meluas dalam industri pembuatan, reka bentuk dan industri perabot Ia merupakan penebat elektrik dan haba yang baik Kayu mempunyai sifat-sifat kekuatan yang istimewa spt kekuatan tegangan yang tinggi, kekuatan mampatan yg tinggi dan juga kekerasan yg baik

1. KAYU
Faktor mempengaruhi kekuatan kayu: 1. Ketumpatan 2. Kandungan Lembapan 3. Kecacatan kayu: buku kayu, pecah/rekah atau berlubang 4. Struktur ira kayu 5. Suhu 6. Rawatan

CIRI-CIRI KAYU
1. Boleh didapati dalam pelbagai saiz 2. Mempunyai ira dan urat kayu yang menarik 3. Boleh dibina dengan pelbagai jenis tanggam 4. Boleh mengecut jika tidak dikeringkan dengan betul 5. Mudah diserang serangga perosak

KEGUNAAN KAYU
1. Industri pembinaan
kekuda kasau bangunan, kerangka rumah kayu, dinding, rasuk, lantai, kerangka pintu dan tingkap, acuan kerja konkrit dan sokongan, kerangka pembinaan. pembuatan papan lapis, komposit kayu-plastik, papan serpai /wafer. pengkalan bot /jeti, jambatan, bot, kapal, rel keretapi, dsbnya.

Empat Kumpulan Kayu


Menurut Malaysian Timber Industry Board (MTIB) di kertas kerja bertajuk Specifying Timber for Building Constructions terdpt 4 kumpulan kayu: 1. Kump kayu keras berat cengal, balau, kekatong, merbau, tembusu dan resak 2. Kump kayu keras yg sederhana-kapur, kempas, keruing dan tualang

2. Industri perkayuan

3. Sistem pengangkutan

Empat Kumpulan Kayu


3. Kump kayu keras yang ringan
Jelutung, meranti, nyatuh, ramin, sepetir dan kayu getah

JENIS BENTUK KAYU


1. Tiang
Satu komponen penting dlm pembinaan rumah/bangunan Saiz 100 mm x 100 mm hingga 150 mm 150 mm Perlu kayu yang kuat terutamanya kayu gred A iaitu kayu keras berat

4. Kump. kayu yang lembut


Damar minyak, geronggang, petai, pulai, sesendor, terap dan terentang

JENIS BENTUK KAYU


2. Beroti Digunakan untuk pembinaan rumah spt gelegar, kekuda bumbung dan rasuk Saiz tebal (38 mm-100mm), lebar (75 mm150mm dan panjang 3 m 5m) 3. Papan Digunakan utk membuat lantai, dinding dan pintu utk sesuatu bhg rumah Perlu kayu jenis keras berat atau keras sederhana kerana ia lebih kukuh dan kuat Saiz tebal (12 mm 37 mm) dan lebar melebihi 150 mm

KECACATAN KAYU
Maksud Ketidaksempurnaan pada kayu menyebabkan kualiti kayu menurun. Dua punca utama kecacatan:
A. Semulajadi B. Agen-agen luaran seperti manusia, cendawan, serangga dll.

1. Semulajadi
i. ii. iii. iv. Buku Kayu Gerigis Rekah hati Rongga

1. Jenis Buku Kayu


Buku Pinggir Buku Muka Buku Jidar Buku Rencung Buku Arris

2. Gerigis
kerosakan pada sel-sel serat /gentian berpunca daripada hasil tunas yang tidak tumbuh / kerosakan kerana serangga ketika hayat pokok. Kerosakan ini boleh di permukaan atau bahagian dalam kayu.

3. Rekah Hati: kerosakan sel serat/gentian ditengah pokok 4. Rongga: kerosakan sel-sel pada arah ira / pengumpulan resin atau damar (jenis pokok tertentu)

2. Kecacatan kerana Agen Luaran


Proses Pengeringan (kecacatan Pengeringan) Serangan Cendawan Pengorekan Serangga

1. Kecacatan Pengeringan
a) b) c) d) e) f) g) h) Rekah Pecah Melengkung Relangan Piuh Meleding Kayu kulit keras Kempis

2. Serangan Cendawan
Dikategorikan kepada dua jenis: 1. Cendawan mereputkan kayu: sel-sel kayu di sekitar jangkitan dihurai dan diserap. Contoh: Serpula lacrymans 2. Cendawan yang hanya mewarnakan kayu: cendawan ini hanya menyerap makanan dalam sel-sel kayu. Tidak mereputkan kayu tetapi memburukkan rupa fizikal kayu. Keadaan teruk menurunkan kekuatan sehingga 30%. Contoh: Ceratocystis coerulescens

3. Serangan Serangga
boleh berlaku pada ketika kayu masih hidup ketika dalam proses pengeringan atau telah kering dan dalam simpanan (jika tidak diawet) kecacatan dalam bentuk lubang-lubang bersaiz 5mm hingga 25mm - kediaman larva serangga yang memakan kayu berkenaan. Anai-anai, kumbang tanduk, kumbang perabot, kumbang powder post.

KELEBIHAN KAYU
i. Mudah utk dikerjakan spt dipotong, dirata dan dipaku ii. Mempunyai rupa dan kemasan yang cantik terutama apabila disapu dgn bahan kemasan iii. Penebat haba dan elektrik yg tinggi iv. Mempunyai ketahanlasakan yg tinggi jika diawet v. Senang diperolehi

KEKURANGAN KAYU
i. Mudah terbakar ii. Kecenderungan berlaku pengecutan dan pengembangan iaitu bergantung kepada keadaan cuaca iii. Mudah diserang oleh serangga dan cendawan

2. LOGAM
Bahan yang popular dalam industri pembinaan Terdapat dua jenis:i. Logam ferus ii. Logam bukan ferus

JENIS LOGAM
LOGAM FERUS 1. Besi tuang 2. Keluli aloi 3. Keluli berkarbon tinggi 4. Keluli berkarbon sederhana 5. Keluli berkarbon rendah LOGAM BUKAN FERUS 1. 2. 3. 4. 5. Aluminium Kuprum Plumbum Zink Timah

i.

1. LOGAM FERUS
1. Besi Tuang (cast iron)
besi jongkong dipanaskan dalam relau Kupola untuk menulenkan besi/mengurangkan kandungan karbon. 20% kok (arang Kandungan karbon : 1.5% - 4%

Besi Tuang Besi cair yang keluar dari relau kupola atau relau bergema apabila dikawal proses penyejukannya menghasilkan besi tuang berbeza ciri-cirinya. Jenis-jenis Besi Tuang
i. Besi tuang biasa (susah ditempa), ii. besi tuang putih (sangat kuat dan rapuh) iii. besi tuang kelabu (kekuatan lebih rendah tetapi lebih mulur Kecacatan Besi Tuang i. Gelembong-gelembong terperangkap ketika proses penyejukan. ii. Mengalami rekahan. iii. Berlaku pengasingan benda asing ke dalam kelompokkelompok - melemahkan/ merapuhkan besi. iv. Struktur ira yang kasar - besi lebih lemah di satah berkenaan.

ii. KELULI
Dikenali sebagai besi waja Kegunaan: i. Bahan pengikat, pengancing dan penggalas ii.Konkrit bertetulang,kekuda bumbung, rusuk, tiang, cerucuk dan tangki air iii.Bahan binaan tambahan sept rangka tingkap, gril dan lain-lain

ii. KELULI
Dua jenis keluli: i. Keluli lembut-digunakan utk binaan kerja keluli ii. Keluli tegangan tinggi-digunkan dlm kerja konkrit prategasan, kabel jambatan gantung dan bolt tegangan tinggi

ii. KELULI
Kelebihan keluli i. Mudah didapati dlm pelbagai bentuk ii. Mempunyai kekuatan tegangan yg tinggi iii. Kekuatan dpt ditingkatkan spt karbon dan mangan iv. Bersifat seragam Kekurangan keluli i. Mudah berkarat ii. Lemah pada suhu tinggi

2. Logam Bukan Ferus


1. Aluminium
Banyak digunakan dalam industri pembinaan. Logam ini digunakan dalam bentuk aloi dengan kuprum, magnesium, zink, silikon, dan mangganam. kebaikannya ialah lebih ringan dan lebih menarik tetapi masalahnya mudah diserang asid, alkali dan larutan garam serta mudah terbentuk lapisan nipis aluminium oksida di permukaan.

2.

Kuprum Terbahagi kepada 4 kategori i. Kuprum- termasuk kuprum ETP (electrolytic tough pitch), kuprum disfosforan, kuprum bebas oksigen, kuprum perak, kuprum potongan bebas (free cutting) dan kuprum rawatan haba. Kandungan kuprumnya 99% ii. Loyang (brass) - zink merupakan bahan aloi utama: aloi Cu & Zn; Cu, Zn & Pb; Cu, Zn & logam lain (selain Pb) iii. Gangsa (bronze) - timah sebagai bahan aloi utama., terdapat juga Cu & Si (gangsa Silikon) dan Cu & Al (gangsa Aluminium). iv. Aloi nikel (Cu & Ni) - Cupronickel (10 - 30% Ni) dan Aloi German Silver - Cu, Ni & Zn.

3.

Plumbum
kekuatan rendah tetapi aloi dengan antimoni dan timah meningkatkan kekuatannya.

Tiga jenis aloi plumbun 1. Aloi kosong - banyak digunakan dalam industri kimia, pelapis kabel dan dalam bateri. 2. Aloi pematri - kerja penyambungan antara dua logam sebagai filler. 3. Aloi antimoni - pelapisan kabel, grid bateri, paip, rolled sheet.

4. Zink & aloi Zink


ciri kekuatannya sederhana dan kemuluran yang tinggi. Terdedah dalam udara akan diselaputi lapisan zink karbonat berwarna kelabu (dalam tempoh 3 -6 bulan). Menjadi lebih tahan lasak. Mudah diserang asid sulfurik. Aloi Zink dicampur dgn kuprum dan magnesium dipasarkan dalam bentuk kepingan atau lapisan, tiub dan rod.

3. PLASTIK
Plastik adalah polimer Ia merangkumi produk polimer sintetik atau semi-sentetik Polimer ialah sejenis bahan yang mengandungi rantaian molekul panjang dan besar. Sintetik pula bermaksud bahan yang dibuat (direka) oleh manusia dengan menggunakan sumber asli seperti petroleum. Polimer sintetik [Synthetic Polymer] bermaksud polimer yang dibuat oleh manusia.

5. Timah - lembut digunakan sebagai bahan pematri dan


bahan aloi untuk logam lain.

DUA JENIS PLASTIK


JENIS PLASTIK TERMOPLASTIK PLASTIK TERMOSET

PVC (Polivinil Klorida)


Terdapat dalam dua bentuk :
i.UPVC (tidak plastik) ii.PVC (plastik)

SIFAT

Boleh diacu (dibentuk) berulang kali melalui proses pemanasan dan penyejukan. Tidak tahan haba.

Boleh diacu hanya sekali sahaja. Tahan haba.

CONTOH (KEGUNAAN)

Politena untuk membuat beg plastik. Polisterina untuk membuat bekas makanan sejuk (Ta Pau). Polivinil Klorida/PVC untuk membuat paip air.

Bakelit untuk membuat soket elektrik. Melamina untuk membuat pinggan mangkuk. Gam Epoksi untuk membuat gam industri.

Bersifat lebih fleksibel Digunakan sebagai gasket sambungan, paip air, lapisan railing, salur pengudaraan, penebat wayar elektrik, botol air minumandll. Rintangan terhadap alkali dan asid dan bahan kimia organik dan sesuai sebagai lapisan pembungkus (kabel dan soket)

Kepentingan Plastik
Bahan pembuatan yang tahan lama dan harga yg murah Ciri-ciri istimewanya ringan telah menyebabkan terciptanya alat-alat spt baldi, pasu bunga dan kerusi yang mesra pengguna Industri hiliran yang berasaskan polimer sintetik penting dan dikenalpasti sebagai penyumbang kepada eksport negara

Masalah Pencemaran
Polimer sintetik tahan lama dan tidak mudah reput Pencemaran yg berasas dari polimer sintetik menyebabkan:1. Longkang tersumbat-banjir kilat & pembiakan nyamuk 2. Kehidupan laut mati- cth kepupusan penyu 3. Pencemaran udara- plastik dibakar menghasilkan gas toksik yg menyebabkan kanser dan penipisan lapisan ozon

Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran


1. Kitar semula 2. Menghadkan penggunaan plastik-guna kertas 3. Membakar bahan plastik dalam insinerator supaya gas toksik dpt dikurang

4. Kaca
merupakan bahan binaan yang meluas digunakan pada tingkap, pintu, dinding bangunan atau dalam bentuk jubin atau blok. Antara bahan yang digunakan dalam pembuatan kaca ialah oksida daripada unsur-unsur silika, boron, germanium, fosforas, arsenik.

Sifat-sifat Am Kaca
Kaca boleh bersifat lut sinar, lut cahaya dan legap. Merupakan bahan pejal sekata biasanya terbentuk apabila bahan cair tidak berkristal disejukkan dengan cepat Lembut apabila dipanaskan beransur-ansur dan kembali keras apabila disejukkan. Ikatan-ikatan antara struktur atom kaca berbeza kekuatan, oleh itu memerlukan tenaga berbeza untuk memutuskannya. Sifat hablur amorfos pada kaca menyebabkan ia bersifat lutsinar /lutcahaya seperti mana sifat cecair Kewujudan hablurnya menyebabkan terjadi sedikit pembalikan dalaman.

Kekuatan Kaca
Kaca bersifat rapuh dan kekuatan tegangan sangat rendah tetapi mempunyai kekuatan mampatan yang tinggi. Kekuatan kaca yang digunakan juga bergantung pada ketebalan dan luas terdedah pada daya hentaman. Misalnya daya tiupan angin. Dalam penggunaannya, beban angin ditentukan, kemudian ditentukan luas dan ketebalan kaca yang diperlukan. Ketebalan dan luas kaca ini bergantung juga pada jenis kaca yang digunakan.

Aliran haba & Bunyi


kaca: pengalir haba yang baik. - Untuk mengelakkan haba dari luar, boleh menggunakan kaca lapisan berganda yang dipisahkan oleh ruang udara. Begitu juga bagi bunyi, ruang pemisah diisikan dengan bahan penyerap bunyi.

Jenis-jenis Kaca 1. Kaca Bengkok (Bent Glass): kaca apung yang dibengkokkan untuk kegunaan tertentu. 2. Kaca Warna: kaca apung juga tetapi diwarnakan. Ada empat kaedah mewarnakan kaca: kaca warna pot - dengan memasukkan bahan asing (oksida logam) berwarna dalam kaca. Kobalt Oksida: biru, Kromium Oksida: hijau salah satu permukaan dalam kaca diberikan warna lapisan pigmen berwarna dilekapkan ke permukaan. Disapukan cat warna pada salah satu permukaan.

Kaca: Pasir
Pasir silika merupakan bahan mentah utama dalam pembuatan kaca Komposisi kimia pasir silika adalah kriteria penting dlm menentukan kesesuaian gred pasiruntuk penghasilkan pelbagai jenis kaca Pasir silika digunakan dalam industri kaca terutama untuk menghasilkan kaca soda dan kaca kapor silika Kehadiran bendasing menyebabkan kaca menjadi berwarna

5. GENTIAN KACA (FIBERGLASS)


Merupakan satu bahan gentian yang diperbuat daripada kaca yang sangat halus Gentian digunakan bersama-sama bahan lain seperti polimer, simen atau konkrit membentuk suatu bahan binaan lain yang umumnya lebih kuat, dan lebih tahan lasak. Antara bahan keluaran daripad gentian ialah GRC (glass fibre reinforced cement), GRPC (glass fibre reinforced polymer concrete), SRC (steel fibre reinforeced concrete),

5. GENTIAN KACA (FIBERGLASS)


Kegunaan: Penebat haba dan elektrik Memperkuatkan pelbagai jenis bahan Penyerap bunyi Fabrik Rintangan haba dan karat Panel bumbung lut sinar Badan kereta dan bot Menghasilkan tikar

6. KOMPOSIT
Menurut Schwartz (1992), komposit adalah merupakan satu idea yang menggabungkan bahan kimia atau elemen-elemen berstruktur yang boleh dihasilkan melalui pelbagai keadah Komposit ialah gabungan dua atau lebih bahan asas akan menunjukkan sifat-sifat yang berlainan dan selalunya lebih efisien daripada bahan asalnya

6. KOMPOSIT
Contoh: Campuran antara resin poliester dgn gentian kaca menghasilkan glass-reinforced polyester digunakan utk pembinaan kapal dan bot, perabot taman dan taman permainan kanak-kanak Campuran gentian karbon dan resin plastik menghasilkan komposit gentian karbon digunakan untuk membina roket, komponen kapal terbang, rangka basikal dan panel kereta lumba

Kelebihan Komposit
1. Kekuatan tensil komposit adalah 4 ke 6 kali ganda lebih baik dari besi atau aluminium 2. Tahap ketahanan kelesuan yang lebih tinggi (sehingga 60% daripada kekuatan tensil muktamad) 3. 30-45% lebih ringan daripada struktur aluminium yang direka bagi keperluan fungsi yang sama 4. Komposit adalah lebih versatil dari besi dan boleh diolah untuk memenuhi keperluan prestasi dan rekabentuk yang kompleks 5. Jangka hayat yang panjang memberikan ketahanan kelesuan, impak dan ketahanan alam sekitar yang sangat baik 6. Komposit mempunyai kos kitar hayat yang lebih rendah berbanding besi 7. Komposit menunjukkan ketahanan hakisan yang baik dan kalis api

7. Kertas
Kertas adalah bahan nipis, rata yang dihasilkan oleh penekanan gentian Gentian yang digunakan adalah dari: i. pulpa kayu daripada pokok kayu pulpa (kayu lembut) seperti spruce ii. bahan gentian sayuran lain termasuk kapas, linen, dan hem boleh digunakan.

Kegunaan Kertas
1. Menulis dan mencetak 2. Pembungkusan-sampul surat, tisu pembalut dan kertas dinding 3. Mencuci- kertas tandas, tuala tangan dan pelbagai cucian di dapur 4. Pembinaan-origami, kertas-dinding

8. GETAH
Getah Asli sesuai digunakan selepas dilakukan proses pemvulkanan, mencampurkan 7% - 42% sulfur dan bahan pencepat lain seperti sebatian anilin atau sebatian organik lain pada suhu 140oC 175oC. Tujuan proses ini untuk mendapatkan kualiti dan ciri tertentu getah berkenaan seperti keelastikan, kekuatan, tahan pada pelarut dan kekerasan tertentu pada sesuatu produk daripada getah. Kegunaan-bahan perekat, bahan dalam cat, lapisan getah, gasket, dll

8. GETAH
Getah Tiruan
polimer yang mempunyai struktur molekul mirip molekul getah asli tetapi boleh disediakan di makmal. Boleh diproses untuk mendapatkan ciri-ciri tertentu yang lebih baik. Antara jenis getah tiruan /sintetik ialah: Neoprena: diperbuat daripada kloroprena, batu kapur dan asid hidroklorik. Getah ini tidak perlu dicampurkan sulfur supaya jadi keras. Lebih tahan pada cahaya dan haba. Butil: diperbuat daripada iso-butelina dan hidrokarbon melalui proses pempolimeran. Tiokol: diperbuat daripada polisulfida dan bersifat lebih tahan lasak. Getah tiruan pertama dibuat di USA Kegunaan- tiub getah, karpet getah, cat getah, pita getah

You might also like