You are on page 1of 11

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA MELALUI KAEDAH PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT) 2011

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA, MALAYSIA. http://www.dsd.gov.my

KANDUNGAN

KANDUNGAN SENARAI KEPENDEKAN SENARAI LAMPIRAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. TUJUAN LATAR BELAKANG TARIKH KUATKUASA TAFSIRAN PROSEDUR PERMOHONAN PERSONEL PPT PENILAIAN KETERAMPILAN VERIFIKASI DAN PENGESAHAN PERSIJILAN PENUTUP

i ii ii 1 1 1 1 2 5 5 6 7 7

SENARAI KEPENDEKAN SKM DKM DLKM PPT SPKM PP-PPT PPL-PPT SKPK JPK PC KPPK Sijil Kemahiran Malaysia Diploma Kemahiran Malaysia Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Pegawai Penilai Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu Pegawai Pengesah Luaran Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan Jabatan Pembangunan Kemahiran Penyata Pencapaian Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran

SENARAI LAMPIRAN Lampiran 1 Lampiran 2 Lampiran 3 Syarat-syarat Tambahan Mengikut Keperluan Agensi/Badan Penguatkuasa Senarai NOSS yang tidak boleh dipersijilkan melalui PPT Surat pengesahan majikan beserta tempoh pengalaman bekerja dalam bidang kemahiran berkenaan Borang Permohonan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) Permohonan SKM/DKM/DLKM Melalui Kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) Laporan Verifikasi Pegawai Pengesah Luaran Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPL-PPT)

JPK/PPT/1001(P1) JPK/PPT/1003(P1) JPK/PPT/1007 -

ii

1.

TUJUAN

Garis Panduan ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai pelaksanaan permohonan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).

2.

LATAR BELAKANG

Pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT telah dilancarkan pada 13 September 1996. Kaedah ini memberi peluang kepada pekerja mahir di negara ini untuk mendapatkan pengiktirafan terhadap keterampilan serta pengalaman terdahulu yang mereka miliki. Pekerja-pekerja mahir ini yang sememangnya mempunyai kemahiran dan pengalaman tetapi tidak mempunyai sijil tertentu boleh mendapatkan pengiktirafan melalui Persijilan Kemahiran Malaysia di mana mereka boleh dianugerahkan Sijil tanpa perlu mengikuti latihan secara formal. Pekerja-pekerja mahir ini hanya perlu membuktikan keterampilan yang telah dimiliki atau diperolehi untuk dinilai dan disahkan di samping syarat-syarat lain yang telah ditetapkan seperti yang dinyatakan di dalam panduan ini.

3.

TARIKH KUATKUASA

Garis panduan ini berkuatkuasa pada 1 Julai 2011 dan garis panduan terdahulu adalah terbatal.

4.

TAFSIRAN

Dalam panduan ini, tafsiran yang dimaksudkan adalah seperti berikut: calon ertinya mana-mana individu yang mempunyai pengalaman kerja dan kemahiran yang berdaftar dengan Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran untuk mendapatkan Sijil; Jabatan ertinya Jabatan Pembangunan Kemahiran; kaunseling ertinya suatu proses membimbing dan membantu calon bagi mengenalpasti dan menyediakan bukti-bukti keterampilan berdasarkan pengalaman terdahulu yang dimiliki oleh calon; Pegawai Penilai-Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PP-PPT) ertinya pakar atau personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan, ditauliah dan dilantik oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran untuk menilai pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki oleh calon;

Pegawai Pengesah Luaran-Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPLPPT) ertinya pakar atau personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan, ditauliah dan dilantik oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran untuk melaksanakan verifikasi terhadap penilaian yang dilakukan oleh PP-PPT; Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) ertinya satu kaedah untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan keterampilan yang digariskan di dalam Standard berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki; penilaian ertinya suatu proses menyemak, menilai dan menentusahkan buktibukti keterampilan calon memenuhi keperluan Standard termasuklah sesi kaunseling, lawatan tempat kerja, temuduga dan verifikasi; program ertinya mana-mana satu tajuk pekerjaan untuk satu tahap yang ditetapkan dalam daftar Standard; projek ertinya suatu projek yang dibangunkan oleh calon bagi membuktikan kekompetenan yang dimiliki kepada panel penilai semasa sesi penilaian dilaksanakan; Sijil ertinya kelayakan kemahiran yang dianugerahkan kepada seseorang oleh Ketua Pengarah iaitu SKM, DKM, DLKM atau PC; Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia ertinya polisi, mekanisme Standard dan tatacara yang terlibat dalam penganugerahan suatu Sijil oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran; Standard ertinya Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) yang diwujudkan di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 [Akta 652]; Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) ertinya satu dokumen yang menggariskan keterampilan yang perlu dimiliki oleh seseorang pekerja dalam sesuatu bidang pekerjaan serta laluan untuk mencapai keterampilan tersebut; temuduga ertinya aktiviti penilaian yang dilaksanakan oleh panel penilai (PP-PPT & PPL-PPT) terhadap calon yang dinilai melalui kaedah PPT; dan verifikasi ertinya suatu proses menentusahkan penilaian yang telah dilaksanakan oleh PP-PPT.

5. 5.1.

PROSEDUR PERMOHONAN Pemohon hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut: a) Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun bagi permohonan SKM Tahap 1, 2 dan 3 serta sekurang-kurangnya 21 tahun untuk permohonan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM);
2

b)

Mempunyai pengalaman dalam bidang kemahiran pada tahap yang dipohon mengikut tempoh minimum pengalaman bekerja yang ditetapkan seperti Jadual 1; Jadual 1 Tempoh Pengalaman Kerja
Tahap Persijilan SKM Tahap 1 Tempoh Pengalaman Kerja 2 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan 3 tahun pengalaman; atau Memiliki SKM Tahap 1 beserta satu (1) tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan 4 tahun pengalaman; atau Memiliki SKM Tahap 2 beserta satu (1) tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan 5 tahun pengalaman; atau Memiliki SKM Tahap 3 beserta dua (2) tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan 7 tahun pengalaman; atau Memiliki DKM beserta dua (2) tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan berkaitan

SKM Tahap 2

SKM Tahap 3

DKM

DLKM

Nota: Bagi permohonan Sijil pada tahap yang lebih tinggi, pemohon hendaklah memiliki Sijil pada tahap sebelumnya, jika diperlukan oleh Stantard berkenaan.
c) Bagi mana-mana bidang yang tertakluk di bawah bidang kuasa agensi tertentu, permohonan hendaklah memenuhi Syarat-syarat Tambahan Mengikut Keperluan Agensi/Badan Penguatkuasa seperti Lampiran 1; Permohonan SKM/DKM/DLKM hendaklah berdasarkan bidang kemahiran seperti yang tersenarai dalam Daftar NOSS kecuali bagi bidang yang dinyatakan dalam Senarai NOSS Yang Tidak Boleh Dipersijilkan Melalui PPT seperti Lampiran 2; Bagi permohonan program Pegawai Latihan Vokasional (VTO), pemohon tidak disyaratkan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia bagi mana-mana bidang kemahiran. Tempoh pengalaman mengajar dan mengurus latihan kemahiran yang diperlukan bagi permohonan program Pegawai Latihan Vokasional (VTO) / Eksekutif Latihan Vokasional (VTE) / Pengurus Latihan Vokasional (VTM) adalah seperti Jadual 2;

d)

e)

Jadual 2 Tempoh Pengalaman Mengajar & Mengurus Latihan Kemahiran


Jenis Persijilan VTO (I-031-3) VTE (I-031-4) VTM (I-031-5) Tempoh Pengalaman Mengajar & Mengurus Latihan Kemahiran 4 tahun pengalaman mengajar latihan kemahiran Memiliki VTO beserta satu (1) tahun pengalaman mengurus latihan kemahiran Memiliki VTE beserta dua (2) tahun pengalaman mengurus latihan kemahiran

Nota: Pemohon tidak disyaratkan memiliki Sijil bidang kemahiran


5.2. Bayaran permohonan sebanyak RM300 bagi setiap program hendaklah dibuat dalam bentuk Kiriman Wang, Deraf Bank atau Pesanan Kerajaan (L.O.) atas nama `KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN yang memiliki tempoh sahlaku sekurang-kurangnya tiga (3) bulan dari tarikh permohonan diterima. Bayaran dalam bentuk tunai, wang pos dan lain-lain tidak akan diterima; Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) [JPK/PPT/1001(P1)] yang boleh dicetak di www.dsd.gov.my. Setiap permohonan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran bersama-sama dokumen sokongan lain yang ditetapkan, iaitu: a) b) c) d) e) f) Borang Permohonan Pengiktirafan Pencapaian [JPK/PPT/1001(P1)] yang telah lengkap diisi; Bayaran permohonan; Salinan Kad Pengenalan Pemohon; Surat pengesahan majikan beserta tempoh pengalaman bekerja dalam bidang kemahiran berkenaan seperti Lampiran 3; Salinan SKM tertinggi yang dimiliki (jika ada); dan Dokumen-dokumen lain yang berkaitan. Terdahulu (PPT)

5.3.

Nota: Setiap salinan dokumen hendaklah disahkan oleh majikan atau pegawai kerajaan kumpulan A.
5.4. Bayaran permohonan tidak akan dikembalikan. Bagi mana-mana permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat yang ditetapkan, permohonan dianggap gagal dan bayaran permohonan tidak akan dikembalikan.

6. 6.1.

PERSONEL PPT Personel PPT adalah individu yang terlibat secara langsung sepanjang proses Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT. Berikut adalah personel PPT yang terlibat, iaitu: a) b) c) Calon; Pegawai Penilai Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PP-PPT); dan Pegawai Pengesah Luaran Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPLPPT)

6.2.

Calon adalah mana-mana individu yang mempunyai pengalaman kerja dan kemahiran yang berdaftar dengan Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran untuk mendapatkan Sijil. Perincian peranan dan tanggungjawab calon, sila rujuk Panduan Calon Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT); PP-PPT adalah pakar atau personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan, ditauliah dan dilantik oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran untuk menilai pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki oleh calon. Perincian peranan dan tanggungjawab PP-PPT, sila rujuk Panduan Pegawai Penilai Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PP-PPT); PPL-PPT adalah pakar atau personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan, ditauliah dan dilantik oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran untuk melaksanakan verifikasi terhadap penilaian yang dilakukan oleh PP-PPT. Perincian peranan dan tanggungjawab PPL-PPT, sila rujuk Panduan Pegawai Pengesah Luaran Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPL-PPT);

6.3.

6.4.

7. 7.1.

PENILAIAN KETERAMPILAN Penilaian keterampilan dilaksanakan bertujuan untuk menyemak, menilai dan mengesahkan bukti-bukti keterampilan yang dikemukakan oleh calon. Penilaian keterampilan dilaksanakan oleh PP-PPT dengan merujuk kepada Standard yang ditetapkan; Penilaian hendaklah dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan seperti di Jadual 3 selepas penugasan PP-PPT dibuat;

7.2.

Jadual 3 Tempoh Penilaian


Tahap Persijilan SKM Tahap 1 / 2 / 3 SKM Tahap 3 (VTO) DKM / VTE DLKM / VTM Tempoh Penilaian 2 bulan 2 bulan 5 bulan 5 bulan Proses Penilaian Portfolio Portfolio + Pembentangan Portfolio + Projek + Pembentangan Portfolio + Projek + Pembentangan

7.3.

Penilaian keterampilan hendaklah dibuat melalui kombinasi pelbagai kaedah penilaian seperti: a) b) c) d) e) f) Pemerhatian; Temuduga; Lawatan ke tempat kerja calon; Menyemak bukti bertulis seperti sijil kursus, lesen, buku log dan lain-lain; Menilai hasil kerja/projek/produk; dan Bukti-bukti lain yang sesuai dengan pengalaman yang dimiliki.

7.4.

Penilaian hendaklah dilaksanakan berdasarkan bukti-bukti keterampilan yang disediakan dalam bentuk portfolio oleh calon dengan merujuk kepada Standard sebagai asas penilaian. Bagi permohonan program VTO/VTE/VTM/DKM/DLKM, sesi pembentangan menjadi salah satu bukti utama keterampilan yang perlu dinilai; dan Jabatan boleh melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi setiap penilaian yang dilaksanakan.

7.5.

8. 8.1. 8.2. 8.3.

VERIFIKASI DAN PENGESAHAN Verifikasi bertujuan mengesahkan pelaksanaan penilaian yang dilaksanakan oleh PP-PPT terhadap calon; Verifikasi akan dilaksanakan oleh Pegawai Pengesah Luaran (PPL-PPT) atau personel yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran; dan Laporan verifikasi PPL-PPT perlu dikemukakan kepada Jabatan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja selepas lawatan verifikasi dilaksanakan. Laporan tersebut hendaklah disertakan bersama-sama dokumen berikut, iaitu: a) b) Laporan Verifikasi PPL-PPT (JPK/PPT/1007); dan Permohonan SKM/DKM/DLKM Melalui Kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) [JPK/PPT/1003(P1)].

9. 9.1.

PERSIJILAN Sijil hanya akan dianugerahkan kepada calon yang mencapai tahap keterampilan yang digariskan di dalam Standard serta syarat-syarat tambahan lain yang ditetapkan; Penganugerahan Sijil hanya akan merujuk kepada borang Permohonan SKM/DKM/DLKM Melalui Kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) [JPK/PPT/1003(P1)] yang telah disahkan oleh PPL-PPT; Bagi program SKM 1, 2 dan 3, Sijil (SKM 1, 2 & 3) akan dianugerahkan 6 kepada calon yang terampil atau Penyata Pencapaian (PC) bagi mana-mana duti yang telah terampil; dan Bagi program VTO/DKM/DLKM, Sijil (VTO/DKM/DLKM) akan dianugerahkan kepada calon yang memenuhi syarat berikut, iaitu: a) b) c) d) e) Terampil semua Duti (portfolio); Terampil sesi pembentangan; Terampil penulisan laporan projek bagi program DKM/DLKM; atau Terampil pembangunan WIM (3 set teori dan 3 set praktikal) bagi program VTO; dan Bagi calon yang gagal mana-mana syarat di atas atau tidak hadir sesi pembentangan, calon akan dianggap gagal. semula dengan

9.2.

9.3.

9.4.

9.5. 9.6.

Bagi calon yang gagal, calon hendaklah memohon mengemukakan bayaran pendaftaran yang baharu; dan

Sebarang perubahan dan pindaan bagi garis panduan ini adalah tertakluk kepada Jabatan dari semasa semasa.

10.

PENUTUP

Dengan adanya garis panduan ini, pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT akan dapat melahirkan pekerja mahir mempunyai pengiktirafan sewajarnya terhadap kemahiran serta pengalaman yang dimiliki.

Disediakan oleh: Unit Pengiktirafan Permohonan Terdahulu (PPT) Cawangan Perakuan Kemahiran Bahagian MOSQ, JPK

CARTA ALIR PERMOHONAN PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU

Mula Terima Borang Permohonan Semak Borang Permohonan Kembalikan kepada Pemohon Kaunter JPK (1 Hari/Permohonan)

Tidak

Dokumen Lengkap? Ya Keluar Resit Pembayaran Semak Kelayakan Pemohon

Tolak Permohonan Tidak Ya

Memenuhi Syarat?

Unit PPT, MOSQ (1 Hari/Permohonan)

Daftar Permohonan Keluar Notis Pendaftaran Calon & Penugasan PP-PPT Laksana Sesi Kaunseling & Pembangunan Portfolio Laksana Penilaian Bukti-Bukti Keterampilan Syor PP-PPT Untuk Anugerah Sijil Unit PPT, MOSQ (1 Minggu) PP-PPT (2/5 Bulan) Unit PPT, MOSQ (1 Minggu)

Tidak

Keluar Notis Lawatan PPL-PPT Laksana Sesi Verifikasi Tidak Terampil Keluar Surat Gagal Terampil Keluar Sijil (SKM/DKM/DLKM/PC) Tamat Keputusan Verifikasi

PPL-PPT (2 Minggu)

Unit PPT, MOSQ (2 Minggu)

You might also like