You are on page 1of 9

Masing-masing menganut agama yang berbeza. Pegangan dan ideologi setiap agama adalah berbeza.

. Setiap kaum sukar untuk bertolak ansur dengan fahaman agama kaum lain. Masing-masing kurang mengenali dan memahami dan seringkali menganggap mereka sahaja yang terbaik. Sikap ini menguatkan perasaan buruk sangka yang menghalang pergaulan baik antara pelbagai kaum.

Dasar pecah dan perintah menjarakkan kumpulan-kumpulan etnik demi kepentingan dan keselamatan mereka sendiri. Penjajah menentukan status dan peranan mengikut kaum. Interaksi antara kaum menjadi terbatas dan melahirkan sikap prasangka negatif yang kukuh antara rakyat tempatan yang berbilang etnik.

Penubuhan sekolah-sekolah yang berlainan sistem dan bahasa serta menggunakan kurikulum dari negara masingmasing. Keadaan ini mewujudkan jurang pergaulan, menghasilkan pandangan yang berlainan dan menjejaskan persefahaman dan perhubungan sesama rakyat . Keadaan ini juga mewujudkan keperibadian dan perwatakan yang berbeza tanpa mempedulikan pembentukan warga negara yang beridentitikan satu negara.

Setiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi yang tertentu dan mendiami kawasan yang berlainan. Keadaan ini mewujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik yang berlainan jenis dan ras serta mengakibatkan perpaduan negara terancam.

Kewujudan persatuan politik berdasarkan bangsa, kaum dan etnik tertentu telah memperkuatkan identiti sesuatu kumpulan dan menimbulkan perasaan syak wasangka kerana setiap kumpulan hanya memperjuangkan hak dan kepentingan kumpulan tertentu sahaja. Parti-parti politik yang berasaskan kepada suku kaum juga memainkan pelbagai isu sensitif seperti bahasa, budaya, ekonomi dan hak keistimewaan sehingga memburukkan lagi masalah perpaduan.

Kemasukan tentera Jepun ke Tanah Melayu menambah jurang permusuhan antara orang Melayu dan orang Cina. Sebilangan besar tentera anti Jepun terdiri dari orang-orang Cina, sementara ramai pula orang Melayu yang diambil oleh tentera Jepun untuk menjadi askar dan polis. Keadaan ini menjadikan menjejaskan persefahaman dan menimbulkan perasaan kurang senang antara masyarakat Melayu dan Cina.

You might also like