You are on page 1of 1

Bismillahirahmanirahim.. Ramai diantara kita yang ada perkataan yang sangat sukar dilupakan.

Perkataan tersebut barangkali didengar dari radio, dari perbualan dengan rakan, perkataan dari post facebook seseorang, perkataan mak dan abah kita atau mungkin sekali perkataan tersebut muncul tiba2 dalam lintasan hati kita. Sabar ye..Kalau kita tak buat camni Allah pun marah.. Itu perkataan yg saya seringkali terlintas dalam fikiran saya dari kata2 seorang sahabat. Dan saya sering menggunakan perkataan tersebut untuk membantu saya bergerak ke hadapan. Sebagai contoh, saya suka sangat main game yg berada di dalam facebook. Sebut saja game apa. Candy crush. Ninja saga. Dragon City. Mafia Wars. Farm Heroes Saga. Flower Shop. Criminal Case. Dragon City. War Commander. Cloud Stone. Duelling Blades. Monster Galaxy. Dan banyak lagi. Seronok. Tah pape game gi main. Sume nk cuba. Bosan dgn satu game, cari game baru. Org ajak main game entah pape pun approve jer..haihh.. Lawan dengan rakan untuk mendapat highest score adalah matlamat utama. Bila jumpa saja rakan yang saya berjaya kalahkan high score dia, pasti saya berbangga dihadapan dia. Pelik. Sehingga suatu hari, terlintas di fikiran saya untuk berhenti daripada melakukan perkara2 yg tidak mendatangkan faedah tersebut. Baru tersedar daripada mimpi agaknya. Apa yang saya dapat daripada game tersebut? Leka. Lalai. Solat lewat. Membazir masa. Kerja lain banyak tertangguh. Terasa diri ini sangat tak matang. Ada rakan yg mempertahankan kebaikan game iaitu melatih otak kiri dan kanan. Hmm..mana lebih banyak kebaikkan ye? Tinggalkan game atau teruskan bermain demi melatih otak menjadi superduper power?

You might also like