You are on page 1of 3

Laporan Cheeseman 1946 Setelah tentera Jepun menyerah kalah, tanah melayu dikembalikan kepada pemerintahan British pada

tahun 1945. Antara tahun 1946 sehinggalah 1957, iaitu sebelum mencapai kemerdekaan terdapat beberapa perubahan dalam sistem pendidikan di Tanah Melayu. Perubahan yang dijalankan ini untuk penyatuan rakyat melalui pembinaan semula sistem pendidikan di Tanah Melayu. Sebelum mencapai kemerdekaan wujudlah beberapa rancangan dan laporan yang mengandungi cadangan-cadangan bagi memperkukuhkan lagi sistem pendidikan. Antaranya Laporan Cheeseman. Laporan Cheeseman ini disediakan oleh Mr. H.R Cheeseman. Beliau merupakan Timbalan Pengarah Pendidikan pada tahun 1938. Rancangan Cheeseman merupakan perubahan pertama yang dilakukan untuk polis pendidikan di bawah pentadbiran Malayan Union. Objektif polisi pendidikan ini adalah untuk membina semula sistem pendidikan untuk menjamin setiap jenis sistem persekolahan untuk diperkembangkan dengan sepenuhnya. Rancangan Cheessman merupakan usaha untuk menyusun semula polisi pendidikan di Tanah Melayu. Rancanagan Cheeseman merupakan usaha pertama penyusunan semula polisi tersebut. Menurut Nurasyikin (2009), Rancangan Cheeseman ini bertujuan untuk memperbaiki sistem pendidikan dan menyatukan aliran yang berlainan dalam sukatan pendidikan.

Antara cadangan-cadangan dalam Laporan Cheeeseman ialah pendidikan rendah secara percuma akan diberikan kepada kanak-kanak yang menghadiri sekolah vernacular di peringkat sekolah rendah. Kanak-kank ini juga dibenarkan menggunakan bahasa ibundamasing-masing. Selain itu, Laporan Cheeseman juga mencadangkan untuk memasukkan mata pelajaran sains dalam sukatan pelajaran. Ia juga mencadangkan untuk menambahkan sekolah tukang dan memperbaiki kurikulum bagi sekolah-sekolah tersebut supaya mereka akan dijadikan Sekolah Teknik Rendah. Kurikulum Bahasa Inggeris juga mesti memasukkan subjek amali

seperti pertukangan dan sains rumahtangga. Ia juga bercadang untuk menubuhkan Sekolah Perdagangan di pusat Bandar besar yang lulus Peperiksaan School Certificate. Akhir sekali, ia juga mencadangkan untuk melantik pengelola sekolah vokasional.

Laporan Cheeseman yang dilakukan ini tidak ada rancangan untuk memupuk intergrasi sosial antara kaum. Hal ini kerana rancangan yang dijalankan lebih tumpuan kepada peringkat sekolah rendah sahaja dan mengutamakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi sekolah di Tanah Melayu. Walaubagaimanapun, selepas kerajaan Inggeris datang semula ke Tanah Melayu pada Perang Dunia Kedua, seorang pegawai veteran Inggeris yang bernama Cheeseman ditugaskan menjadi Pengarah Pendidikan. Beliau juga berusaha untuk membina semula sistem pendidikan selepas Perang Dunia Kedua. Antara cadangan yang terdapat dalam laporan Cheeseman ini ialah untuk menambahkan sekolah tukang dan memperbaiki kurikulum bagi sekolahsekolah tersebut supsya mereka akan menjadi Sekolah Teknik Rendah, kurikulum Bahasa Inggeris hendaklah masukkan mata pelajaran amali seperti pertukangan bagi lelaki dan mata pelajaran sains rumah tangga bagi pelajar perempuan, termasuklah mata pelajaran Sains. Bahasa Inggeris merupakan matapelajaran bagi semua sekolah vernacular. Pada tahun 1941 sehingga 1946 sekolah-sekolah Melayu dan Tamil masih diteruskan semasa pemerintahan Jepun. Selain itu, bahasa Jepun merupakan mata pelajaran tambahan ketika itu. Sekolah vernacular yang lain serta sekolah Inggeris digantikan dengan sekolahNippon-Go. Pengajaran Nippon-Go, lagu bahasa Jepun dan kebudayaan Jepun di beri penekanan dalan kurikulum sekolah rendah. Pentadbiran Jepun telah membubarkan pendidikan sekolah aliran menengah biasa. Pendidikan ini telah digantikan dengan sekolah berkemahiran. Antaranya ialah dalam bidang perikanan, perhubungan, sains samuderadaan pembinaan. Antara cadangan ialah kanak-kanak tidak perlu membayar yuran jika mereka menghadiri sekolah vernacular pada peringkat rendah, pelajar sekolah rendah berpelang belajar Bahasa Inggeris, sekolah menengah terdiri darpada dua jenis sahaja, dan

pendidikan vokasional seperti yang termaktub dalam Laporan Pelajaran 1938 hendaklah dilaksanakan sepenuhnya. Dalam membina balik sistem pendidikan, laporan ini tidak menyentuh tenteng perpeduan kaum. Tanah Melayu telah dijajah oleh pihak Inggeris seksli lagisetelah Perang Dunia Kedua. Pada masa ini orang Cina dan India menunjukkan ingin bermaustautin di Tanah Melayu. Selain itu, orang Melayu sudah sedar akan kepentingan ekonomi dan sosial. Oleh sebab itu, orang Melayu meminta pihak Inggeris memperbaiki pendidikan di sekolah Melayu. Laporan Cheeseman telah menghasilkan pelbagai kaedah selepas kedudukan Jepun. Namun, rancangan ini gagal kerana hanya memupuk pemerhataian pada peringkat sekolah rendah sahaja dan tidak ada usaha untuk memepuk intergrasi sosial di antara murid sekolah menemgah berbilang kaum di bawah Rancangan Cheeseman ini.
Convert Word to PDF

You might also like