You are on page 1of 26

Ahli Kumpulan 1. Mohamad Solehin bin Ahmad Bidrul 2. Rafiq Ul-Haq bin Roslan Ahmad 3.

Muhamad Izaan bin Basuni

RAFIQ UL HAQ BIN ROSLAN AHMAD

MUHAMMAD SOLEHIN BIN AHMAD BIDRUL

MUHAMAD IZAAN BIN BASUNI

TUTORIAL 4: Membincangkan bagaimana seorang guru boleh menjalankan sesi kaunseling individu dengan kemahiran asas serta contoh.

Menyediakan prasesi

Membina hubungan

Meneroka dan menganalisis masalah

Menamatkan sesi

Mengambil tindakan

Mengenalpasti masalah

Sebelum sesuatu sesi kaunseling dijalankan, kaunselor sewajarnya :

menyemak rekod peribadi klien untuk mendapatkan maklumat yang boleh membantu kelancaran sesi kaunseling yang akan dijalankan. menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk berbincang

Penting untuk kaunselor memahami cara pemikiran dan tingkah laku klien semasa berinteraksi Kaunselor mancatat tingkah laku bukan lisan, percakapan, situasi dan konflik pada klien Kaunselor melihat penunjuk emosi klien seperti menggigit jari menunjukkan klien berasa tertekan dan nada suara klien seperti perlahan atau kuat dan terketar-ketar

Kemahiran membina perhubungan ini termasuklah memberi perangsang kepada klien supaya sentiasa tenang dan berfikiran positif. Oleh itu, sesuatu perhubungan yang baik boleh diperhatikan melalui beberapa perlakuan berikut:

Kemesraan perhubungan dalam pertemuan. Klien berkongsi masalah tanpa rasa ragu. Tanda kepercayaan lahir disebabkan penerimaan tanpa syarat olehkaunselor.

Hubungan mata antara kaunselor dengan klien Perhatian kepada topik perbincangan Memancing maklumat

Contoh: Kaunselor memberikan perhatian dan tumpuan kepada klien semasa sesi kaunseling dijalankan. Sehubungan itu, kaunselor dapat mengenalpasti topik perbincangan dan masalah atau isu yang sedang dialami oleh kliennya. Contohnya, kaunselor dapat mengetahui kliennya menghadapi masalah dengan rakan sebayanya di dalam kelas. Oleh yang demikian, kaunselor dapat merangka soalan-soalan yang bersesuaian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya bagi membantu klien dalam masalahnya. Pada masa yang sama, klien berasa kaunselor benar-benar mahu menolongnya.

Mengenalpasti masalah klien sama ada :


Pemikiran tak rasional? Perasaannyakah? Pertentangan antara ideal dengan sebenar. Perlakuannyakah? Pengalaman yang pahit yang mengganggu.

Kaunselor boleh mengemukakan soalan melalui dua cara iaitu dengan menanyakan soalan terbuka atau tertutup. Soalan yang dikemukakan juga perlulah mempunyai arah tujuan iaitu menepati topik perbincangan (masalah yang dikemukakan oleh klien)

Tujuan kaunselor mengemukakan soalan ialah:


Untuk mendapatkan maklumat khusus mengenai klien dan masalah atau isu yang dihadapinya Mendiagnosis masalah klien Memerhati gaya percakapan dan penyampaian klien mengenai sesuatu isu Mengetahui isu yang ingin disampaikan oleh klien

Untuk mendapatkan jawapan khusus Boleh dijawab dengan satu atau dua perkataan Untuk mendapatkan data Menyekat respon klien

Membolehkan jawapan yang pelbagai daripada klien Memerlukan jawapan yang panjang Mendapatkan pandangan, sebab penerangan dan lainlain daripada klien

Contoh: Setelah kaunselor mendengar masalah dan luahan perasaan klien, kaunselor akan mengemukakan soalan berbentuk terbuka dan tertutup bagi mendapatkan makumat yang jelas dan spesifik mengenai diri klien atau isu yang sedang dibincangkan. Pada ketika ini, kemahiran menyoal sangat penting bagi seseorang kaunselor. Contoh soalan tertutup yang akan diberikan ialah Adakah anda berasa kurang selesa berada dalam kalangan orang ramai?. Contoh soalan terbuka pula ialah Bolehkah anda jelaskan kenapa anda berasa kurang selesa apabila berada dalam kalangan orang ramai?

Guru menganalisis segala jawapan yang diberikan oleh murid dan kenalpasti masalahnya sama ada :

Diri sendiri Orang lain Takdir

Respon kaunselor setelah mendengar isi dan perhatikan tingkah laku kliennya Menjelaskan apa yang diperkatakan oleh klien dalam sesi kaunseling Menentukan kesahihan maklumat Membantu klien mengulangi apa yang telah dikatakan

Contoh:
Semasa sesi kaunseling, kaunselor boleh menggunakan kemahiran parafrasa ini untuk menentukan kesahihan maklumat yang diberikan oleh murid dengan cara mengulangi semula apa yang dikatakan oleh klien. Contohnya: klien: Saya berasa sedih kerana adik saya tidak mempedulikan saya. Sudah hampir dua tahun dia bersikap begitu Saya tidak tahu kenapa dia bersikap begitu dengan saya. kaunselor: Sudah hampir dua tahun adik anda tidak mempedulikan anda dan anda berasa sedih dengannya sikapnya itu.

Walaubagaimanapun, sekiranya kaunselor menyebut parafrasa yang salah, kemungkinan besar akan tercetus kemarahan dalam diri klien, terutamanya klien yang agak emosional. Sekiranya kaunselor menyebut prafrasa yang seakan-akan dibuat-buat, maka klien akan berasa tidak selesa kerana merasakan kaunselor tidak serius. Perkara ini seterusnya akan menghalang penerokaan pada diri klien.

Selepas sahaja guru dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi murid, guru akan :

Menghurai alternatif Membincang langkah yang perlu diambil Menentu masa langkah akan diambil Meminta murid menyatakan semula keputusan yang telah dipersetujui Memberi peluang murid mendapat sokongan untuk rujukan dan pertemuan berikutnya.

Kebolehan menyedarkan klien untuk melihat dirinya sendiri Mengetahui bagaimana dan apa yang orang lain lihat pada diri klien

Contoh:
Klien: Semua rakan-rakan saya membenci saya. Mereka tidak mahu berkawan dengan saya. Saya selalu diumpat apabila tidak berada bersama-sama mereka Kaunselor: Kenapa kamu rasa rakan-rakan kamu tidak suka kepada kamu? Bagaimana kamu tahu mereka mengumpat kamu? Mungkin itu perasaan kamu sahaja. Kamu boleh cuba untuk bergaul dengan mereka dengan cara meluangkan lebih banyak masa bersama-sama dengan mereka. Mungkin itu akan membuatkan kamu lebih selesa dengan mereka dan mereka juga selesa dengan kamu.

Setelah permasalahan dapat diuruskan dan tiada perkara yang tergantung maka guru akan cuba untuk menamatkan sesi kaunseling individu bersama dengan murid. Jika masalah murid tidak dapat diselesaikan, maka guru akan membawa murid tersebut berjumpa dengan kaunselor pakar.

Kemahiran merumus ini bertujuan untuk menyedarkan klien serta mengimbas kembali apa yang telah dibincangkan semasa sesi kaunseling itu. Sesuatu rumusan boleh dilakukan di permulaan, di tengah atau pun akhir sesi kaunseling. Rumusan yang dibuat pada hujung sesi kaunseling, biasanya merupakan rumusan keseluruhan bagi sesuatu sesi kaunseling lshamuddin Ismail (1999) menjelaskan tujuan merumus ialah

Menghubungjalinkan beberapa elemen daripada mesej klien

Mengenalpasti satu paten atau tema yang konsisten atau yang selalu timbul selepas beberapa mesej tersebut. Supaya klien mendengar semula kata-katanya. Supaya tidak ada berlaku perubahan rupa Sesuai digunakan apabilasesi terhenti atau terbantut.

Contoh :

Jadi, saya akan membuat rumusan di sini daripada awal cerita sehingga akhirnya. Pada mulanya Alia rasa tidak puas hati dengan penerimaan orang lain terhadap Alia. Lepas itu, masalah itu berlarutan sehingga sekarang. Jadi, Alia rasa tertekan, kecewa dengan sikap mereka. Selepas kita mengenal pasti masalah Alia tadi, cara penyelesaian Alia adalah mengubah pemikiran Alia, keluar daripada kumpulan itu dan Alia akan menunjukkan pendirian Alia itu. Alia rasa berpuas hati dengan sesi kaunseling pada hari ini.

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like