You are on page 1of 2

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG TERLIBAT

Terdapat beberapa kemahiran proses sains asas dan proses sains bersepadu yang terlibat semasa aktiviti pembelajaran ini dilaksanakan. Proses sains asas yang terlibat ialah memerhati, meramal, membuat inferens, dan berkomunikasi. Manakala bagi proses sains bersepadu pula, yang terlibat ialah Mentafsir Maklumat, Membuat Hipotesis Dan Mengeksperimen. Kemahiran memerhati dapat dilihat semasa murid membuat pemerhatian terhadap kedua-dua belon semasa belon-belon tersebut dipanaskan. Sebelum pemerhatian dibuat, murid tersebut diarahkan untuk meramal apa yang akan berlaku sekiranya kedua-dua belon tersebut dipanaskan. Kemahiran seterusnya yang diimplimentasikan ialah kemahiran membuat inferens. Hal ini dapat dilihat apabila murid memberi sebab atau kesimpulan awal bagi menjelaskan pemerhatian yang dilakukannya. Murid memberikan sebab mengapa belon yang berisi air tidak meletup sedangkan belon yang kedua meletup apabila dipanaskan. Seterusnya, kemahiran komunikasi diterapkan apabila murid diarahkan merekodkan pemerhatian mereka ke dalam bentuk jadual. Kemahiran seterusnya melibatkan kemahiran proses sains bersepadu iaitu mentafsir maklumat. Murid menghubungkaitkan maklumat yang telah diperoleh dan telah diterjemahkan ke dalam bentuk jadual. Kemahiran membuat hipotesis pula terlibat semasa murid membuat tekaan intelek sebelum ekspeimen dijalankan. Tekaan ini adalah seterusnya diuji melalui eksperimen yang dijalankan. Kemahiran yang terakhir iaitu kemahiran mengeksperimen pula boleh dilihat meliputi keseluruhan eksperimen yang dijalankan. Berdasarkan aktiviti ini murid menyiasat, menguji hipotesis dan memanipulasi pembolehubah yang mana perkara-perkara ini merupakan ciri-ciri bagi sesuatu eksperimen.

Kemahiran manipulatif juga memainkan peranan dalam aktviti ini. Kemahiran ini melibatkan penyediaan alat dan radas yang digunakan iaitu Bikar, lilin, corong, pemetik api, air dan belon. Kemahiran tersebut ialah menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul, menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul, mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat dan menyimpan peralatan sains di tempat yg betul Oleh itu, aktiviti pembelajaran inovatif ini telah berjaya mengintegrasikan kemahiran proses asas sains, kemahiran proses proses sains bersepadu dan kemahiran manipulatif.

You might also like