You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT LATIHAN SISTEM PENGURUSAN ASET KE PERINGKAT NEGERI BIL 1/2012 Tarikh Masa Tempat Pengerusi : : : : 18 Julai

2012 (Rabu) 09.30 pagi Bilik Mesyuarat Daisy Tingkat 17 Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat

KEHADIRAN 1. Pn. Marina Bt Mahayudin Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat 2. Encik Zawawi B. Sanusi Kanntronics 3. Encik Mohd Azhar B. Abd Sarip Kanntronics 4. Pn. Zuraina Bt Mohd Zain Pegawai Teknologi Maklumat Bahagian Teknologi Maklumat 5. Pn Rakiah Bt Abd Rahman Pegawai Tadbir Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 6. Pn. Bibi Azlilee Bt Abdullah Pegawai Tadbir Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan 7. Pn. Noorhayante Bt Mohidin Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Bahagian Teknologi Maklumat 8. Cik Norazurah Bt Madzlan Pegawai Teknologi Maklumat Bahagian Teknologi Maklumat - Pencatat Minit - Pengerusi

PERBINCANGAN DAN KEPUTUSAN MESYUARAT Sila rujuk Lampiran A. PENUTUP Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang hadir serta kerjasama yang diberikan.

LAMPIRAN A MINIT MESYUARAT LATIHAN SISTEM PENGURUSAN ASET KE PERINGKAT NEGERI BIL 1/2012 BIL. 1.0 PERBINCANGAN DAN KEPUTUSAN MESYUARAT Kata-kata Aluan Pengerusi - Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua yang hadir. Mesyuarat bertujuan bagi membincangkan perluasan latihan Sistem Pengurusan Aset (SPA) ke peringkat negeri. Penyelenggaraan - Pihak Kanntronics memaklumkan bahawa dokumen kontrak penyelenggaraan masih belum diterima lagi dari pihak LPPKN. - Tuntutan pembayaran tanpa kontrak tidak boleh dilakukan. - Jadual penyelenggaraan SPA sudah masuk ke sukuan kedua. - Penyelenggaraan mula beroperasi pada bulan March (termasuk pemindahan sistem ke Cyberjaya dan data cleaning) - Surat setuju terima telah diterima pihak Kanntronics - Skop kerja penyelenggaraan: penambahbaikan (corrective), pencegahan (preventive), (penyempurnaan) perfective. - Kos maintenance tidak termasuk dengan kos khidmat latihan. - Penambahbaikan cth: tambah modul seperti tambah field unit atau pengubahsuaian tidak termasuk dalam kontrak maintenance. - Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan terdapat banyak unit. Jadi laporan ingin dipaparkan Ada kos secara spesifik mengikut unit. - Barcode dicetak terdiri daripada nama kementerian, tambahan agensi, nama unit, harta modal/inventori, tahun, dan no. siri Pelaksanaan Perluasan Sistem Pengurusan Aset - Perluasan SPA ke peringkat negeri di bawah seliaan Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan. - Perluasan ke peringkat negeri telah dibincangkan dengan Pn Azyan Mohamed Ali, Ketua Unit Pembangunan dan Pengurusan Aset pada 9 Feb 2012 yang lalu. - Membuat penjadualan perluasan latihan SPA ke negeri bagi fasa I termasuk belanjawan latihan, penginapan, makanan. - Semakan aset dalam SPA diberi tempoh sehingga 30 Julai 2012. - Ketua Unit Pembangunan Sumber Manusia mencadangkan supaya perluasan latihan diadakan mengikut zon tetapi itu memerlukan ToT. - Perluasan SPA bersama-sama dengan sistem iTraining ke peringkat negeri untuk tahun hadapan. - Data asas diperlukan untuk perluasan di mana sebelum ini data asas didapati dari HRMIS. Data asas untuk perluasan diambil dari Interim. TINDAKAN Makluman

2.0

Makluman

3.0

KPK

BTM

4.0

5.0

Data asas yang diperlukan:- (1) Nama Cawangan (2) Maklumat Bahagian di Cawangan (3) Maklumat Kakitangan Mengikut Bahagian di Cawangan (4) Kod Lokasi/Pelan Lantai Setiap Cawangan - Data asas dimasukkan ke dalam SPA dengan cara migrate excel ke dalam sistem. Pihak BTM mencadangkan supaya pihak Kanntronics mengajar pihak BTM cara melakukan migrasi (min 2 hari, max 3 hari) - Jika data asas dimigratkan oleh pihak Kanntronics harga tidak lebih RM10k - Perluasan ke satu negeri yang melibatkan perkakasan harga lebih RM200k. - Perluasan ke seluruh negeri yang melibatkan perkakasan harga dalam RM500k-RM600k. - Perluasan melibatkan latihan dan pelaksanaan awal. - Bantuan pemasangan pencetak dan penyediaan data asas. - Jumlah peserta = 15 negeri x 2 orang = 30 orang Peruntukan - Tiada peruntukan bagi tahun ini kerana tidak diberitahu dan tiada penglibatan sejak awal lagi kerana jadual peruntukan untuk tahun ini juga telah dibuat. - Latihan untuk fasa-fasa seterusnya diminta untuk dimasukkan ke dalam peruntukan belanjawan latihan pada tahun 2013. Lain-lain - Data asas dilengkapkan tahun ini - Latihan Sistem SPA dan SPS Fasa I ke negeri mulai tahun hadapan - Sewaan PC bawah tanggungan BTM - Penjadualan latihan SPA disediakan oleh KPK - Setiap tahun bengkel untuk SPA diadakan sebagai refreshment dan dimasukkan ke dalam Pelan Operasi Latihan (POL). - Latihan Sistem SPA (Fasa I-III) dan Sistem SPS (Fasa Idan II) akan diberi latihan oleh Pihak Kanntronics. Selepas proses ToT kepada pihak LPPKN, khidmat latihan terpulang sama ada diberi oleh pihak Kanntronics ataupun pihak LPPKN. Disemak oleh :

Pihak Kanntronics

PSM

Cadangan

Disediakan oleh :

Cik Norazurah Bt Madzlan Pegawai Teknologi Maklumat

Pn. Zuraina Bt Mohd Zain Pegawai Teknologi Maklumat

Diluluskan oleh:

Pn. Marina Bt Mahayudin Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat

You might also like