You are on page 1of 86

MINGGU 1 Sistem Beraja dan Pembesar di Asia Tenggara Sebelum Kedatangan Barat a.

Pengenalan: - sistem beraja bermaksud satu bentuk krjn yg diamalkan di semua Negara Asia Tenggara. Yang berbeza hanya gelaran yg digunakan oleh pemerintah - pemerintah Siam dan Burma menggunakan gelaran raja. Pemerintah Vietnam pula menggunakan gelaran maharaja - dalam struktur pemerintahan, raj amenduduki hierarki teratas dlm struktur social. Raja menikmati pelbagai keistimewaan. Raja dianggap sbg lebih suci.

b. Pengaruh agama Hindu dan Buddha dlm pemerintahan beraja di Siam, Burma dan Vietnam konsep dhamma Raja - berasaskan pengaruh sistem politik di India. Sistem ini digelar kerajaan bercorak keindiaan. Ia mserupakan gabungan unsur2 keindiaan dgn unsur2 tempatan tetapi unsur2 keindiaan mengatasi unsur2 tempatan - mengikut kepercayaan Hindu-Buddha, konsep Orde kosmos diumpamakan kpd satu Negara: satu Negara itu melambangkan satu alam semesta dan pusatnya ialah ibu kota dan raja sendiri menjadi pusat alam. Raja akan membina masy selaras dgn peraturan2 alam semesta atau dharma - raja berhak memerintah berdasarkan konsep dhamma-raja. Konsep ini menjadi asas ikatan antara raja dan rakyat - konsep ini bermaksud pemerintah yg berpegang kpd dhamma atau raja yg memerintah mengikut jln yg betul. Raja perlu menghayati dan melakukan perbuatan yg baik supaya mereka yg mendampingi baginda akan berada pd jln yg benar. Hanya raja yg memerintah berdasarkan konsep dhamma-raja dianggap suci dan berdaulat.

c. Raja sbg dewa - rakyat siam, Burma dan Vietnam percaya, raja merupakan satu penjelmaan dewa dan dianggap sbg dewa raja - mengikut kepercayaan, raja itu dianggap sbg wakil tuhan di bumi atau god shadow on earth, rakyat tidak boleh mempersoalkan tindak-tanduk raja-raja

- raja dikurniakan sifat2 ketuhanan spt dikurniakan payung putih, iaitu simbol kedaulatan ketuhanan. Raja juga dikurniakan alat2 kebesaran yg dipercayai mempunyai kesaktian - untuk memperkukuhkan kedaulatan ketuhanannya, raja melantik Brahmin sbg penasihat agama

d. Gajah dan pemerintahan beraja di Siam, Burma dan Vietnam - gajah merupakan binatang kebesaran dan harta raja. Gajah bukan sekadar menjadi tunggangan raja malahan diiktiraf sbg binatang suci raja - gajah putih disifatkan sbg simbol kedaulatan sejagat serta pengiktirafan kuasa raja oleh kuasa ghaib yg terdapat pd gajah - terdapat jabatan khusus yg bertujuan menangkap dan melatih gajah. Rakyat yg menggangu dan menggunakan gajah akan dihukum. Sebaliknya sesiapa yg dapat menangkap dan menyerahkan gajah kpd raja akan menerima hadiah yg lumayan drpd raja

e. Peranan dan kuasa raja - raja mengetuai pemerintahan krjn dan berkuasa mutlak. Raja berkuasa penuh ke atas semua tanah krjn - kuasa raja dikaitkan dgn tuhan. Raja Siam, Burma dan Vietnam dianggap sbg pelindung, penaung dan bertanggungjawab ke atas perkembangan keagamaan dan kesusasteraan di ketiga-tiga Negara tersebut. Baginda mengekalkan adat resam tempatan. Raja juga melindungi rakyat drpd perbuatan penganiayaan - raja tinggal di tempat suci yg dipilih khas. Istana dianggap sbg pusat krjn, tempat tuhan dan lambang pusat alam -untukmenjaminkebahagiaanhiduprakyat, raja-raja Siam, Burma dan Vietnam perlu mempunyai moral yg tinggi. Rakyat pula memberi kesetiaan yg tidak berbelah bahagi kpd raja. Hak dan kuasa raja tidak boleh dipersoalkan. Di siam, raja berkuasa memutuskan hidup mati rakyat - raja mempunyai alat-alat kebesaran - raja sbg ketua agama dan menjalankan pemerintahan secara mutlak sbg penaung agama - raja sbg ketua tentera - sbg ketua hakim dan penggubal undang2
2

- raja membuat perlantikan pembesar2

Kesimpulan: -raja Siam, Burma dan Vietnam mengamalkan pemerintahan beraja yg dipengaruhi kuat oleh agama Hindu-buddha - kedudukan, peranan dan kuasa raja dihadkan serta berkait rapat dgn kedua-dua agama ini - sistem pemerintahan beraja mengalami perubahan setelah kedatangan barat. Cthnya: di Burma dan Vietnam, sistem pemerintahan beraja telah berakhir setelah jatuh ke tangan British dan Perancis.

Soalan: 1. Terangkan sistem pemerintahan beraja di Thailand (Siam) dan Myammar (Burma) sebelum kedatangan barat. 2. Bincangkan peranan dan kuasa raja di Asia Tenggara sebelum kedatangan barat. 3. Nyatakan ciri-ciri unsur2 keindiaan dlm sistem pemerintahan beraja di Asia Tenggara (soalan struktur) 4. Berikan 3 sebab gajah dianggap sbg binatang suci dlm sistem pemerintahan raja di Thailand, Burma dan Vietnam.

Power point minggu 1

Sistem kepercayaan dan istituti agama di Asia Tenggara Imperialisme di Asia Tenggara Sistem kepercayaan -Agama merupakan suatu sistem kepercayaan yang diamalkan oleh sebuah masyarakat. -Antara sistem kepercayaan dan agama yang diamalkan oleh masyarakat ialah ajaran Animisme, Confucianisme, Taoisme, Shintoisme, Agama Buddha, Hindu dan Kristian.

Kepercayaan Animisme -Merupakan kepercayaan awal yang diamalkan oleh masyarakat khususnya di Asia Tenggara iaitu kepercayaan kepada fenomena alam semesta seperti kilat, gunung, pokok dikatakan ada roh dan semangat. -Menganggap ada satu kuasa besar selain daripada kuasa manusia yang menentukan kejadian yang berlaku. -Amalan memuja roh masih diamalkan di kalangan masyarakat Asia Tenggara dan China. -Berubah apabila setelah kedatangan agama Buddha dan Hindu.

Agama Buddha -Bebas daripada kejahilan -Pengasas: Sidharta Gautama Buddha -Asal: Nepal, 563 S.M. -Berpegang kepada konsep 'Ahimsa' iaitu tidak melakukan kekerasan ke atas makhluk di dunia dan tidak mengamalkan kasta, berasaskan kepada 4 Kebenaran Mulia dan Jalan Lapan Lapis. -Mempunyai dua mazhab iaitu 'Hinayana' yang berpengaruh di Kampuchea, Myanmar, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Laos. Sementara mazhab 'Mahayana' berpengaruh di China dan Jepun. -Agama Buddha menggunakan bahasa Pali dan kitab Tripitika sebagai kitab suci.

-4 kebenaran mulia Hidup ini penuh dengan kesengsaraan dan penderitaan iaitu umur tua, penyakit dan mati. Menderita kerana natsu untuk memperolehi kekayaan dan keselesaan hidup. Manusia perlu menghapuskan natsunya untuk melepaskan diri daripada kesengsaraan. Cara untuk menghapuskan kesengsaraan ialah dengan mengikut Jalan 8 Lapis.

-Jalan Lapan Lapis Pengetahuan yang baik Pemikiran yang baik Keinginan yang baik Kelakuan yang baik Kehidupan yang baik Perkataan yang baik Usaha yang baik Pertapaan yang baik

-Ajaran Buddha pengaruh corak permikiran kesenian di Thailand seperti Candi Borobudur dan Angkot Wat. -Di Myanmar ajaran dan amalan lebih kepada Mazhad, Theravada, Indonesia- amalan kepada Mazhad Tiangkok

Ajaran Confucianisme -Diasaskan oleh Kong Fu Tze Mengutamakan konsep Li dalam buku Analekta dan mengamalkan konsep Ren. -Confucianisme menekankan bahawa IbuBapa yang mesti dihormati. Wujud adat penyembahan nenek Moyang. -Menekankan prinsip moral Perikemanusiaan (ren) Kesucian (Li) Ketaatan kepada IbuBapa (Xiao)

Ajaran Taoisme -Pengasas : Law Tze dan Chuang Tze -Ajaran mengutamakan keharmonian manusia dengan Alam -Mahukan Kerajaan sedikit memerintah dan sedikit peraturan -Tao bererti cara bagi mencapai keharmonian dengan alam semesta. -Hidup dengan sederhana, menghafal kitab suci Taoisme, memakan makanan yang tertentu, mendekatkan diri dengan alam dengan bertapak, Membebaskan diri daripada peraturan ciptaan manusia -Tidak menyokong kerajaan kerana kerajaan menggangu alam

Ajaran Shintoisme -Berdasarkan kepada segala benda hidup atau mati mempunyai semangat, kepercayaan kepada dewi2 dan kepercayaan kepada pemujaan roh nenek moyang. -Rakyat setia kepada Maharaja -Percaya kepada kuasa ghaib Kami yang wujud dalam alam semulajadi dan di setiap rumah dibina para tuhan.

Agama Hindu -India, 3500 S.M. -Diasaskan oleh Sanata Dharma, undang-undang Abadi -Kitab : Rig Veda, Sama Veda, Yajur Veda dan Atharva Veda. -Terdapat 2 Mazhad iaitu Mazhad Saivisme dan Mazhad Vaishanisme -Berasas daripada perkataan Shindhu iaitu sebuah daerah di Sg. Indus -Percaya kepada jelmaan tuhan melalui 3 jelmaan Trimuthi, Dewa Brahman, Dewa Vishnu -Percaya kepada hukum karma dan kelahiran semula -Matlamat ialah mencapai Nirvana dan berpegang kepada sistem Kasta

Agama Kristian -Pengasas Jesus Christ -Palestin, 6 S.M. -Old Testament dan New Testament Kitab Bible -Kristian lebih mengutamakan kasih sayang, pengampunan sesama manusia dan keampunan hidup di akhirat

Islam -Berserah tunduk, patuh -Muhammad Abdullah pengasas -Asal : Mekah -Kitab : Al-Quran -Islam disebarkan oleh pendakwa dari Arab, China dan India. -Utamakan Akidah dan Syariah, Keesaan Allah, menitikberatkan Akhirat dan Raja dianggap Amanah Allah.

Kesimpulan -Agama juga menjadi instrument penting dalam menyatukan rakyat sebuah negara -Agama yang diamalkan mengalami perubahan dengan beransur-ansur selaras dengan tuntutan.

Soalan 1. Jelaskan sistem kepercayaan dan agama yang diamalkan masyarakat Tempatan di Asia Tenggara sebelum kedatangan Barat 2. Huraikan kepercayaan dan agama yang diamalkan oleh Thailand dan Myanmar

Konsep merkantilisme di asia tenggara -konsep merkantilisme -perluasan perdagangan

Konsep merkantilisme a. Pengenalan -Sejak abad ke-16,benua Eropah mengalami perubahan ekonomi dan politik yang pesat. -Sistem feudal yg menjadi amalan ekonomi dan politik di Eropah mengalami kemerosotan.Keruntuhan sistem feudal telah membentuk beberapa buah negara bangsa seperti England, Sepanyol,Portugal,Perancis dan Belanda. -Kerajaan2 di Eropah telah dapat meningkatkan pembinaan sistem perhubungan yg lebih baik bagi menghubungkan satu wilayah dgn wilayah yang lain. -Perkembangan sistem perhubungan ini telah membantu membina sebuah pasaran yg tunggal bagi negara2 berkenaan. -Perubahan dan perkembangan ekonomi yg berlaku di Eropah sejak abad ke-16, ada kaitan dgn dasar ekonomi negara2 berkenaan. Dasar ekonomi yg diamalkan oleh negara2 Eropah pada abad ke-16 hinggan pertengahan abad ke-18 dikenali sebagai merkantilisme.

b. Konsep merkantilisme -Merkantilisme boleh ditakrifkan sebagai satu sistem campur tangan kerajaan dalam hal ehwal ekonomi negara yg dijajah. -Merkantilisme bertujuan utk mengukuhkan kekuasaan politik dan kekayaan negara. -Melalui campur tangan secara langsung dlm bidang ekonomi....

c. Matlamat dasar merkantilisme 1. Memenuhi keperluan ekonomi kendiri: 2. Memajukan ekonomi utk mengekalkan kedaulatan,dgn itu ia tidak perlu mengantung kepada negara lain bagi memenuhi keperluannya. 3. Memajukan dan memperkembangan industri 4. Bagi menggerakkan dasar meluaskan dgn mendapatkan tanah jajahan 5. Memonopoli perdagangan antarabangsa di Amerika, Eropah dan Afrika
8

6. Membentuk ekonomi bersifat nasional d. Unsur2 dasar merkantilisme -mempunyai amalan nasionalisme -paternalisme -imperialisme

e. Peluasan Perdagangan -Kesan daripada amalan dasar merkantilisme di Eropah tlh mewujudkan persaingan yg sengit di kalangan negara bangsa di eropah bagi menguasai perdagangan dunia. Setiap negara berlumba-lumba membangunkan industri perkapalan dan persenjataan bagi membolehkan mereka memonopoli perdagangan. -Perkembagan perdagangan dalam negeri dan galakan kerajaan telah membuka peluang luas kepada para saudagar di Eropah mengumpul kekayaan yang mereka peroleh dalam perdagangan dalam mahupun luar negeri.

Kesimpulan: -dasar merkantalisme banyak menyumbang kepada negeri2 menambah kekayaan dan penguasan mereka atas tanah jajahan

Soalan: 1. Jelaskan konsep Merkantilisme 2. Huraikan matlamat pelaksanaan Dasar merkantilisme di Eropah

Imperialisme Di Asia Tenggara -Menjelaskan konsep imperialisme -Membincangkan faktor pemangkin Imperialisme Di Asia Tenggara

Konsep Imperialisme 1.1 Imperialisme Barat Di Asia Tenggara Maksud Imperialisme- Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayah dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu Imperialisme berlaku sejak Empayar Yunani dan Empayar Rom Imperialisme Moden bermula sejak abad ke-15 apabila kuasa barat menguasai Wilayah di: Amerika Latin, Afrika, Asia Kuasa-kuasa Barat yg terlibat dgn Imperialisme, Portugal, sepanyol,Belanda, Britian, Perancis, Amerika Syarikat Portugal Imperialisme pertama menguasai Melaka 1511 Pda awal- tidak langsung- tujuan perdagangan rempah shj

Faktor Pemangkin Imperialisme Barat Di Asia Tenggara Pengenalan -Kuasa Barat datang ke timur pada abad ke-16 atas tujuan merkantalisme iaitu utk mendapatkan keistimewaan dari segi perdagangan. Atas dorongan ini, kuasa2 Barat menjadi lebih agresif dan bersaing antara satu sama lain utk meluaskan kuasa mereka dgn menjajah nehara lain. -Dasar imperialisme juga berkaitan dgn kolonialisme yg bermaksud penjajahan ke atas negara lain yg nenbawa kpd kesan penindasan ekonomi ,politik dan sosial ke atas masyarakat tempatan.

Faktor Ekonomi a. Revolusi Perindusri -R.p di eropah telah mengubah corak dasar imperialisme kuasa2 Barat -Barang2 dikeluarkan secara besar-besaran dgn pembinaan kilang2 yg besar
10

-Permintaan yg tinggi terhadap bahan mentah terutamanya bijih timah dan getah dan tidak perlu lagi memonopoli barang dagangan seperti teh dan rempah ratus. -Bijih timah digunakan utk industri mengetin makanan -Perusahaan automobil dan ciptaan tayar angin meningkatkan permintaan terhadap getah -Terciptanya jentera memproses minyak sayur membawa kepada permintaan tinggi minyak kelapa sawit dan kelapa. -Tahun 1880-an terciptanya kereta bermotor, kapalterbang dan mesin berjentera telah meningkatkan permintaan minyak petroleum. -kuasa2 Barat mencari kawasan yang boleh membekalkan bahan mentah dan memasarkan hasil keluaran kilang mereka -Kekayaan sumber bahan mentah di asia tenggara.....

Faktor politik -masyarakat barat sering beranggapan mereka mempunyai martabat yg lebih tinggi dan baik berbanding dgn bangsa lain. Keunggulan martabat ini dibuktikan dengan jumlah tanah jajahan yg dimiliki oleh mereka. Semakin banyak tanah-tanah jajahan , semakin tinggi martabat mereka di kalangan kusa2 lain. Keadaan ini telah menyebabkan Barat ingin membentuk empayar yang besar dan muncul sebagai kuasa dunia. -Kebimbangan kuasa2 barat terhadap musuh mereka dalam persaingan utk mendapatkan tanah jajahan antara kuasa2 barat besar seperti Britian, Sepanyol,Belanda,Jerman,Perancis dan Amerika Syarikat, Dasar British yg bercampur tangan di Tanah Melayu dgn alsan bimbang kusa2 asing lain terlebih dahulu Perancis di Myanmar telah juga mendorong British menjalankan dasar imperialisme secara agresif ke atas Mayanmar

Faktor soaial -Dari segi kebudayaan dan peradaban, kuasa2 barat menganggap kebudayaan dan peradaban orang barat lebih tinggi berbanding bangsa2 lain. Inilah yg disebut oleh orang British sebagai white mans burden -orang Eropah khususnya Inggeris dan Amerika menganggap menjadi tanggungjawab mereka utk mengubah kebudayaan pendudukan dunia kpd sistem kebudayaan Barat yg lebih baik.

11

-Menyebarkan agama kristian, di kalangan penduduk pribumi di asia tenggara. Tugas ini dianggap misi suci . kesannya dapat lihat dlm kejayaan sepanyol di filipina -Dari segi perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan. Perkembangan sistem pergangkutan dan perhubungan menambah lagi minat kuasa2 Brat terhadap dasar imperialisme di asia tenggara. Perkembangan sistem perhubungan laut seperti terciptannya kapal berkuasa wap prjalanan laut menjadi lebih cepat, selamat, dan membawa muatan lebih dan kos pengangkutan jadi lebih rendah -Pembukaan Terusan Suez 1869 juga telah meningatkan lagi dasar imperialisme terhadap asia tenggara. Terusan ini memendekan masa perjalanan, urusan, perdagangan dan kos dapat dijimatkan. -Ciptaan telegraf mempercepat urusan perniagaan pedagang Eropah dan ejenejennya di kawasan asia tenggara

Kesimpulan: -imperialisme Barat di asia tenggara adalah utk kepentingan ekonomi politik dan sosial -Kemajuan dlm bidang pengangkutan dan perhubungan mengalakkan lagi....

Soalan: 1. Huraikan faktor2 imperialisme barat di asia tenggara 2. Revolusi Perindustri merupakan salah satu faktor yg mendorng kemunculan imperialisme barat di asia tenggara. Bincangkan.

12

Campur Tangan Kuasa2 Asing Di Asia Tenggara Pengenalan: -Kemajuan pesat dalam bidang perindustrian dan perdagangan mendorong kuasa barat melaksanakan dasar imperialisme iaitu meluaskan pengaruh politik di seluruh dunia pada abad ke-19. -Pada dasarnya kuasa barat melibatkan diri di Asia Tenggara melalui perjanjian, peperangan dan pengilhakan (ugutan). -Campur tangan Brat melalui perjanjian Perjanjian Sumatera (1871) di Indonesia. Perjanjian Bowring (1855) di Siam (Thailand) Perjanjian Yandabo (1826) di Burma (Mynmar) Perjanjian Saigon (1862) di Vietnam

-Campur tangan melalui peperangan Perang Inggeris-Burma II (1852-1853) Perang Inggeris-Burma III (1853)

-Campur tangan melalui pengilhakan: Pengilhakan di Vietnam pada abad ke-19

Campur tangan Barat melalui perjanjian Perjanjian Sumatera (1871)-Indonesia a. Pengenalan -Akhir abad ke-18, Belanda telah menguasai Pulau Jawa melalui Syarikat Hindia Timur Belanda yang ditubuhkan pada tahun 1862. -Belanda telah memperkukuhkan kedudukannya di Indonesia melalui tida dasar ekonomi iaitu Sistem Tanaman Paksa (sistem Kultur), Dasar liberal dan Dasar Etika. -Pada tahun 1859, orang Belanda telah melibatkan diri dalam pertelingkahan tempatan dan berjaya menguasai wilayah di pulau-pulau luar. -Pada tahun 1871, perjanjian sumatera ditandatangani antara Belanda dengan British yang memberikan kebebasan kepada belanda utk berkuasa di sumatera.

13

b. Sebab2 Perjanjian Sumatera -utk melindungi kepentingan dan kedudukan Belanda di Indonesia. -hapuskan kegiatan lanun dan perdagangan hamba abdi di sumatera. -Belanda bimbang dgn tindakan Sultan Siak meminta bantuan seorang pedagang British bernama Wilson mengalahkan musuh Sultan Siak sehinggan Wilson berjaya merampas Siak. -utk menjamin kedudukan Belanda, Wilson telah diusir secara paksaan. Belanda telah menandatangani perjanjian dgn Sultan Siak. Hasil daripada perjanjian ini, Siak, Deli dan negeri naungannya iaitu Serdang, Langat dan Asahan di bawah pemerintahan Belanda. -Tindakan Belanda mendapat bantahan daripada pihak British yang mendakwa Belanda telah melanggar perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Utk menyelesaikan masalah ini Perjanjian Sumatera ditandatangani pada tahun 1871.

c. Syarat Perjanjian Sumatera: -Belanda menyerahkan kawasan milik mereka di Afrika Barat kepada British. -Belanda bebas bergerak di Sumatera.

d. Kesan perjanjian Sumatera -Belanda berjaya memperkukuhkan di Sumatera -Belanda menjalankan dasar peluasan kuasa secara besar-besaran -Belanda berjaya menguasai seluruh Sumatera -Belanda berpeluang meluaskan kuasanya terhadap Aceh.

Perjanjian Bowring (1855)-Siam/Thailand a. Pengenalan -Semasa Raja Mongkut menaiki tahta kerajaan Siam, Belanda telah melancarkan dasar kemaraan ke Indonesia, Perancis di Annam, British di Burma dan China pula menghadapi tekanan pencerobohan kuasa Barat selepas meletusnya Perang Candu I dan termeterinya Perjanjian Nangking.

14

-Perjanjian Bowring 1855 merupakan titik permulaan Siam menjalankan dasar pintu kepada kuasa2 Barat.

b. Sebab2 perjanjian -Raja Mongkut sedar tindakan kuasa2 Barat menguasai negara2 jirannya boleh mengancam kedaulatan Siam. Contoh: British menguasai hilir Burma diikuti dengan meletusnya Perang InggerisBurma I. Perancis menguasai Lembah Mekong Lembah Menam Chao Phraya di siam akan menjadi rebutan kuasa2 barat

-Raja Mongkut sedar, dasar tutup pintu seperti China dan Burma tidak dapat menyekat kemaraan kuasa Barat, sebaliknya kuasa2 Barat akan menggunakan kekerasan terhadap Siam. -Utk mengekalkan kemerdekaan Siam, Raja Mongkut menandatangani perjanjian persahabatan dan perdangangan dengan British yang dikenali perjanjian bowring 1855

c. Syarat2 Perjanjian Bowring -Perdagangan bebas dijalankan -Satu sistem tarif diadakan, iaitu cukai terhadap barang import ialah 3% ad valorem dan barangan eksport sebanyak 5% ad valorem. -Rakyat British dibenarkan membeli dan menyewa tanah dalam lingkungan enam kilomater dari Bangkok. -Pedagang2 British dibenarkan mengimport candu ke Siam tetapi di bawah kawalan Siam. -Seorang konsul British akan dilantik dan di tempatkan di Bangkok. -Eksport beras dibenarkan -Rakyat British di Siam diberi hak wilayah asingan

15

d. Kesan2 Perjanjian Bowring Kesan politik -Hubungan siam dengan British semakin erat Raja Mongkut menghantar satu perutusan yang diketuai oleh Phraya Suriwongse ke Britian.

-Siam dapat mengekalkan kemerdekaannya.

Kesan Ekonomi -Siam menandatangani perjanjian perdagangan dengan negara2 lain seperti Perancis, Amerika Syarikat, Denmark, Holland, Sweden dan lain2. -Siam dibuka kepada perdagangan antarabangsa Bilangan kapal di Bangkok bertambah 10 kali ganda. Sistem ekonomi sara diri/tradisional ditukar kepada sistem ekonomi komersil Siam mengeksport kayu jati, beras dan gula -Britain menjadi pelabur utama di Siam Britain menguasai perdagangan asing di Siam Siam muncul sebagai satelit ekonomi Britain

-Penguasaan orang cina dalam perdagangan asing tamat -Siam kewangan kerajaan Siam mengalami perubatan Sistem percukaian telah diubah Sistem monopoli perdagangan oleh golongan bangsawan dan kerajaan siam ditamatkan Siam terpaksa menyusun semula sistem kewangannya

Kesan sosial -Kemasukan berbilangan bangsa -Pelbagai budaya

16

Perjanjian Yandabo (1826)-Burma a. Pengenalan -Britian berminat dgn Burma kerana kepentingan ekonominya. -Britian terlibat dalam satu peperangan dgn Burma iaitu Perang Inggeris-Burma I (1824-1826). -Perang ini ditamatkan dgn termeterainya Perjanjian Yandabo pada tahun 1826.

b. Sebab2 Perjanjian Yandabo Masalah sempadan Arakan -Raja Bodawpaya telah menakluki Arakan yang berjiran dengan Chittagong. Dengan ini kerajaan India-Inggeris berkongsi satu sempadan. -Pentadbiran Burma di Arakan sangat zalim. Berlaku banyak pemberontakan dan ramai pemberontak melarikan diri ke Chittagong . Burma menuntut agar kerajaan India-Inggeris menyerahkan pemberontakan Arakan. -Pada tahun 1811, hubungan British dan Burma semakin tegang apabila Chin Byan (pemimpin pemberontakan Arakan) menyerang Arakan dari pangkalannya di Chittagong dan menawan Mrohoung. Burma mengesyaki pelarian Arakan mendapat bantuan dari British di India.

Pertentangan Kebudayaan -Burma ialah sebuah kuasa konservatif dan merasa dirinya tidak boleh dikalahkan. -Utusan British dianggap sebagai pembawa ufti yang mesti mematuhi adat menanggalkan kasut dan duduk bersila di atas lantai sebelum menghadap Raja. -British enggan melakukannya dan menganggap sebagai satu penghinaan. Ini menyebabkan utusan Symes (1795) dan utusan Canning (1803) gagal utk mendapatkan konsesi perdagangan di Burma. -Burma enggan mengadakan hubungan diplomatik dengan Gabenor Jenderal India yang dianggap tidak setaraf dengan Raja Burma. -Pertentangan kebudayaan ini membawa kepada ketegangan dan putusnya hubungan diplomati antara British dengan Burma.

17

Kebimbangan Kemarahan Kuasa Perancis -Perancis berharap dapat menggunakkan Burma sebagai tapak utk menyerang British di India. -Perancis telah membina sebuah pangkalan di Mergui. Kerajaan India-Inggeris memujuk Burma supaya melarang Perancis daripada menggunakkan pelabuhannya. -British terpaksa mengamalkan dasar berbaik-baik dengan Burma supaya Burma tidak berpakat dengan Perancis utk menentangnya.

Dasar Imperialisme Burma -Dasar Burma meluaskan kuasanya ke Assam, Manipur dan Cachar telah meretakkan hubungan antara British dengan Burma. -Raja Bagyidaw dengan bantuan Jeneral Maha Bandula memulakan serangan ke atas Assam (1822), Manipur, Cachar dan Pulau Shahpuri. -Gabenor Jeneral Lord Amherst mengisytiharkan perang ke atas Burma pada tahun 1824.

c. Syarat2 perjanjian Yandabo -Wilayah Arakan dan Tenasserim diserahkan kepada British -Burma menggugurkan tuntutannya ke atas Assam dan Manipur serta berjanji tidak akan campur tangan di kedua-dua negeri tersebut. -Burma bersetuju membayar ganti rugi sebanyak 10 juta rupi kepada British. -Seorang Residen Brittish ditempatkan di Burma -Burma bersetuju menghantar seorang duta ke Culcutta bagi menjalinkan hubungan diplomatik -Burma bersetuju mengadakan satu perjanjian perdagangan dengan British

Soalan -3 kesan perjanjian yandabo -huraikan kesan perang inggeris-burma I


18

d. Kesan Perjanjian Yandabo -Memalukan dan menjatuhkan maruah orang Burma -British berjaya menguasai hilir Burma -merupakan asas campur tangan Brtitish ke seluruh Burma -mendedahkan kelemahan tentera Burma -membawa kepada Perang Inggeris-Burma II

Kesimpulan -Perjanjian Yandabo merupakan satu penghinaan kepada kerajaan Burma -Burma kehilangan banyak kawasan pantai -Perang Inggeris-Burma I menandakan permulaan penjajahan British di Burma

Campur tangan Perancis di Vietnam Perjanjian saigon / Perancis-Vietnam (1862) a. Sebab2 perjanjian -Permulaan Perancis-Vietnam Perancis menjadikan isu agama sebagai alasan untuk menguasai Vietnam. Maharaja Gia Long telah menjalin hubungan yang baik dengan Perancis. Baginda telah menerima kemasukan agama Kristian di Vietnam. Dikatakan pada tahun 1800, lebih 300 000 penduduk Vietnam menganut agama Kristian. Kemangkatan Maharaja Gia Long pada tahun 1820 menjejaskan hubungan Perancis-Vietnam. Penggantinya, Minh Mang bersikap anti-Barat. Baginda juga berpegang teguh kepada fahaman Confucius dan menentang agama Kristian. Dasarnya bercanggah dengan dasar ayahanda, Maharaja Gia Long. Baginda berpendapat kehadiran orang Barat dan agama Kristian menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan masyarakat Vietnam. Penganut Agama Kristian mula mengasingkan diri dan meninggalkan adat dan tradisi orang Vietnam Baginda mula mengambil tindakan tegas terhadap penganut agama Kristian dan mubaligh2 Kristian. Baginda menagkap pendakwah Kristian dan menggubal

19

undang2 yang melarang kemasukan mubaligh Kristian ke Vietnam. Sesiapa yang menganut agama Kristian akan dihukum bunuh. Selain itu, baginda juga mengambil tindakan memusbahkan gereja, melucutkan pengawai Perancis dan mengetatkan hubungan luar dengan orang Barat selaras dengan pengamalan dasar tutup pintu. Permusuhan ini memuncak semasa pemerintahan maharaja Tu Duc kerana Maharaja juga anti kristian. Petempatan orang Kristian turut dibakar. Tanah mereka dirampas dan dibahagikan kepada mereka yang bukan beragama Kristian. Ramai mubaligh Kristian mati dibunuh. Cth Augustin Schoeffler telah dibunuh Peristiwa tersebut menyebabkan Raja Perancis, Napoleon III bertindak menakluki Vietnam 1858, Tourane dikuasai Perancis 1859, Saigon dikuasai oleh Perancis Maharaja Tu Duc mengaku kalah dan membuat perdamaian dengan Perancis. Dengan itu, Perjanjian Perancis-Vietnam telah ditandatangani.

b. Syarat2 Perjanjian -Tiga buah wilayah ke timur Cochin-China diserahkan kepada Perancis -Pelabuhan Tourane dan Balat dibuka kepada perdagangan Perancis Kapal2 Perancis dibenarkan belayar di sepanjang Sungai Mekong Kerajaan Vietnam berjanji membenarkan kebebasan beragama. Mubaligh2 dibenarkan menyebarkan agama Kristian ke seluruh Vietnam

c. Kesan2 perjanjian Saigon -Tamatnya dasar tutup pintu Vietnam -Peluasan kuasa Perancis

20

CAMPUR TANGAN BRITISH DI BURMA -Inggeris menguasai Myanmar setelah melalui tiga siri peperangan iaitu: Perang Inggeris-Myanmar I (1824-1826)/ Perjanjian Yandabo Perang Inggeris-Myanmar II (1852-1853) Perang Inggeris-Myanmar III (1885-1886)

Perang Inggeris-Burma II (1852-1853) Pengenalan: -Kemajuan pesat dalam bidang perindustrian dan perdagangan mendorong kuasa Barat melaksanakan dasar imperialisme iaitu meluaskan pengaruh politik di seluruh dunia pada abad ke-19. .............. Faktor-faktor Perang a. Kegagalan hubungan diplomatik -Perasaan orang Burma tersinggung kerana kehilangan wilayah Arakan dan Tenasserim kepada British melalui Perjanjian Yandabo pada tahun 1826. -Burma enggan menubuhkan kedutaannya di Culcutta. -British tidak berpuas hati kerana kerajaan Burma enggan mengakui hak British seperti yang terkandung dalam perjanjian Yandabo. Raja Tharawaddy juga enggan mengakui perjanjian tersebut. -British marah dengan layanan buruk Burma terhadap Residennya seperti Henry Burney, Kolonel Richard Benson dan Kapten William McLeod. Pada tahun 1840, British menarik balik residennya di Amarapura. Keadaan......

b. Layanan buruk terhadap pedagang British -Cukai2 yang tidak adil -Gabenor Pegu, Maung Ok memeras pedagang2 British -Maung Ok juga mengenakan tuduhan membunuh dan menipu terhadap dua orang kapten British iaitu Sheppard dan Lewis. Mereka terpaksa membayar denda sebanyak 1000 rupi. Sheppard dan Lewis mengadu kepada kerajaan British di India. Gabenor Jeneral India iaitu Lord Dalhousie bertindak terhadap Burma untuk

21

mendapatkan pampasan dan Maung Ok ditukar kepada Gabenor yang baru. Gabenor yang baru juga anti British. -Gabenor baru enggan melayani tuntutan British. Akhirnya Lord Dalhousie mengisytiharkan perang ke atas Burma

Kesan peperangan: -membuktikan kelemahan tentera Burma.Mereka tidak mampu menentang pengambilan pegu oleh British. -Pendudukan British di Arakan, Tenasserim dan Pegu di mana terletaknya semua pelabuhan menjadikan Burma sebuah negara tertutup atau terputus dari laut. -Burma semakin terpencil daripada pengaruh2 moden dan menjadi lebih konsevatif. -Burma kehilangan hutan2 kayu jati yang berharga akibat pendudukan British di Pegu. -Semua perdagangan terpaksa disalurkan melalui kawasan yaang diduduki oleh British

Perang Inggeris-Burma III 1853 Faktor2 perang Inggeris-Burma III a. Putusnya hubungan diplomatik Masalah Kasut -adat masyarakat Burma apabila menghadap raja kena buka kasut dan bersila di atas lantai. Bagi British, perbuatan ini satu penghinaan. -Tindakan Kerajaan British di India mengarahkan Residen Shaw di Mandalay supaya tidak menanggalkan kasut ketika menghadap raja telah menimbulkan kemarahan Raja Mindon Min -Hubungan diplomatik antara British dan Burma terputus. Residensi British di Mandalay terpaksa ditutup

b. Ketidakpuasan hati golongan pedagang British -Mereka tidak puas hati terhadap perdagangan yang terhad di Burma Hulu. Burma tidak mematuhi perjanjian perdagangan yang ditandatangani pada tahun 1862 dan 1867.
22

-Kekacauan politik di Burma Hulu semasa pemerintahan Raja Thibaw seperti pembunuhan beramai-ramai. Pemberontakan Kachin serta kegiatan gerila Cina telah menjejaskan perdagangan British di Burma Hulu

c. Ancaman pengaruh Perancis di Burma Hulu -Raja Thibaw menandatangani perjanjian dengan Perancis paa tahun 1885 -Seorang Konsul Perancis, Frederic Haas telah dihantar ke Mandalay. Terdapat khabar angin bahawa Perancis sedang berunding dengan kerajaan Burma Hulu untuk mengambil alih pengurusan monopoli diraja, menguasai sistem pos, mengendalikan kapal wap di Sungai Irrawaddy dan membuka perdagangan darat dengan Tongking. -British bimbang dengan pengaruh Perancis di Burma Hulu dan ia harus disekat. Perancis juga enggan mengakui bahawa Burma Hilir di bawah pengaruh British

d. Tindakan Raja Thibaw terhadap Syarikat Perdagangan Bomby-Burma -Raja Thibaw menuduh syarikat tersebut mengambil kayu jati melebihi had yang dibenarkan dan memberi rasuah kepada pengawai2 tempatan -Raja Thibaw mengenakan denda sebanyak 23 juta rupi tetapi dibantah oleh syarikat tersebut. Kerajaan British meminta perkara ini diselesaikan melalui kaedah timbang tara dan hubungan luar Burma diletakkan di bawah kawalan British tetapi ditolak oleh kerajaan Burma -Raja Thibaw tidak memberikan jawapan yang memuaskan. Ini menyebabkan British mengisytiharkan perang ke atas Burma pada tahun 1885

Kesan perang Inggeris-Burma III -seluruh Burma jatuh ke tangan British pada tahun 1885 -Burma dijadikan sebuah wilayah India -Penaklukan Burma oleh British menamatkan Dinasti Konbaung yang diasaskan oleh Alaungpaya pada tahun 1752

23

Campur tangan kuasa Barat melalui pengilhakan Pengilhakan Laos a. Faktor2 pengilhakan -Perancis beranggapan penjajahannya di Indocina tidak lengkap tanpa pengambilan Laos. -Perancis membantah Laos menghantar ufti kepada Siam. Laos hendaklah menghantar ufti kepada Perancis kerana Laos pernah menghantar ufti ke Vietnam yang kini menjadi negeri nauangannya. -Tuntutan Perancis ke atas sebelah timur Mekong ditentang oleh Siam. -Konflik sering berlaku di antara Perancis dengan Siam. Keadaan huru-hara di Luang Prabang dijadikan alasan Perancis untuk campur tangan. Perancis sedia membantu Raja Luang Prabang menentang Deo Vantri dari Sip Song Chu Tai. -Auguste Parie mengumumkan Sip Song Chu Tai diambil alih oleh Perancis dengan alasan Luang Prabang adalah negeri nauagan Vietnam. -Pada tahun 1892, Augusta Parie dilantik sebagai Residen Menteri di Bangkok dan beliau menegaskan bahawa wilayah-wilayah di sebelah Timur Sungai Mekong adalah di bawah perlindungan Vietnam. -Siam menentang hebat alasan Perancis. Putera Devawonse menjemput Perancis berunding. Tindakan Perancis menghantar dua kapal perang ke Bangkok semasa rundingan telah melangar peraturan Siam. Tentera Siam telah membedilnya tetapi dapat ditewaskan oleh Perancis. -Peristiwa ini membimbangkan Siam dan sedia untuk berdamai dengan Perancis. -Luang Prabang dan wilayah di sebelah barat Mekong diserahkan kepada Perancis.

Kesan pengilhakan Laos -Perancis berjaya menguasai Laos -Luang Prabang kekal sebagai naungan di bawah pemerintahan rajanya

24

Pengenalan

-siam merupakan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tidak dijajah oleh kusa2 Barat. -Ahli2 Sejarah berpendapat, kejayaan Siam mengekalkan kemerdekaannya disebabkan oleh kebijaksanaan raja-rajanya sejak Raja Mongkut, kesediaan mereka untuk bertindak sewajarnya dan perkembangan yang menguntungkan Siam.

Faktor2 Pengekalan Kemerdekaan Siam a. Dasar buka pintu Sejak Mongkut, Siam menamatkan dasar isolasi dan seterusnya mengamalkan dasar buka pintu kepada orang-orang asing terutamanya pedagang-pedagang. Langkah ini diambil kerana Mongkut menyedari sekiranya Siam meneruskan dasar isolasi, kuasa-kuasa Barat akan membuka Siam secara paksa seperti yang berlaku ke atas Burma, Vietnam dan China. Dalam usaha untuk melaksanakan dasar buka pintu, Siam telah menandatangani beberapa perjanjian dengan kuasa-kuasa Barat. Perjanjian pertama ditandatangani dengan British pada 18 April 1855 yang dikenali sebagai Perjanjian Bowring. Seterusnya Siam menandatangani perjanjian dengan Amerika (1856), Perancis (1856), Portugal (1859), Holand (1860), Prusia (1862), Norway, Belgium, Itali, Sweden (1868), Jerman (1872), Perancis (1893), British (1909) dan sebagainya. Mengikut perjanjian-perjanjian tersebut, kuasa-kuasa Barat telah diberi pelbagai keistimewaan di Siam. Selain kebenaran berdagang, kuasakuasa Barat juga dibenarkan menempatkan konsul, menyebar agama Kristian, membeli/menyewa tanah di Siam, mendapat hak wilayah asingan, berlabuh di pelabuhan Siam dan sebagainya. Siam telah menerima perwakilan asing yang dihantar ke Siam sejak pemerintahan Mongkut. Antara perwakilan itu ialah Perwakilan British yang diketuai oleh Harry Parkes dan James Brooke serta perwakilan Amerika yang diketuai oleh Joseph Ballestier. Selain itu, Siam juga telah menghantar perwakilan ke Eropah. Misalnya, pada Ogos 1857, perwakilan Siam yang diketuai oleh Chao Phraya Montri Sri Suryawongse telah dihantar ke Eropah. Semasa Chulalongkorn, hubungan Siam dengan kuasa-kuasa Barat bertambah erat kerana Chulalongkorn juga mneruskan dasar buka pintu yang dimulai oleh
25

Mongkut. Semasa Chulalongkorn bukan sahaja konsul asing terdapat di Siam, tetapi kedutaan-kedutaan Siam juga didirikan di negara-negara Barat seperti di New York, London, Paris, Brussels, Tokyo dan sebagainya. Chulalongkorn juga telah mengadakan hubungan peribadi dengan pemimpin-pemimpin Barat seperti Raja William II (Jerman), Tzar Nicholas II (Rusia), Prince of Wales (England) dan Presiden Lawbet (Perancis). Chulalongkorn juga mengadakan lawatan ke Eropah dan beliau merupakan Raja Siam yang pertama melawat ke Eropah sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1897 dan 1907. Dasar buka pintu yang dimulai oleh Mongkut telah diteruskan oleh raja-raja Siam selepasnya. Akibatnya, Siam bukan sahaja berjaya mewujudkan hubungan perdagangan tetapi juga hubungan diplomatik dengan kuasa-kuasa Barat. D.G.E. Hall dalam bukunya A History of South East Asia menegaskan Siam terhutang budi kepada Mongkut daripada raja-raja lain kerana dasar buka pintu yang dimulainya telah menyelamatkan kemerdekaan Siam.

b. Pembaharuan Sejak Mongkut, Siam telah melaksanakan pembaharuan-pembaharuan politik, ekonomi dan sosial berdasarkan idea Barat. Mongkut menyedari pembaharuan ini bukan sahaja dapat meninggikan taraf hidup orang Siam tetapi juga dapat mengurangkan campur tangan asing dalam hal-ehwal Siam.

I.

Pembaharuan politik

Dalam usaha untuk menyusun semula pentadbiran Siam mengikut sistem Barat, Mongkut telah mengambil orang-orang Barat dan mereka berasal dari pelbagai negara serta ditempatkan di pelbagai jabatan. Secara umumnya, British diberi tugas untuk menguruskan pendidikan, kewangan, polis dan pelabuhan; Amerika dalam perkhidmatan kastam dan Perancis serta Itali dalam ketenteraan. Tindakan Mongkut ialah supaya tidak ada sebuah kuasa yang mempunyai pengaruh yang kuat di Siam. Semasa Chulalongkorn, lebih ramai pegawai Barat yang diambil bagi memodenkan pentadbiran Siam. Secara umumnya, British telah ditugaskan dalam pendidikan dan kewangan, Perancis dalam undnag-undang, Jerman dalam perkhidmatan keretapi, Denmark dalam angkatan laut dan polis wilayah, manakala Itali dalam kerja-kerja pembinaan. Selain itu, Chulalongkorn juga menubuhkan 2 buah majlis pada tahun
26

1874 untuk menasihatinya dalam pentadbiran. Majlis-majlis itu ialah Majlis Penasihat Tertinggi Negeri dan Majlis Penasihat Rendah Negeri. Chulalongkorn telah berjaya mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang moden pada 1 April 1892. Sistem pentadbiran lama telah duhapuskan dan digantikan dengan 12 kementerian. Setiap kementerian akan diketuai oleh seorang menteri.

II.

Pembaharuan ekonomi

Dasar buka pintu oleh Mongkut telah memajukan ekonomi Siam. Kedatangan orang Barat telah membuka Siam kepada perdagangan antarabangsa.

Perkembangan ekonomi telah meruntuhkan ekonomi sara diri dan mewujudkan sistem ekonomi komersil. Selain itu, sistem tukar barang juga digantikan dengan sistem ekonomi wang. Beras, gula dan kayu jati menjadi eksport utama. Perkembangan ekonomi berlaku akibat daripada penetapan cukai import sebanyak 3% dan cukai eksport 5%. Dalam masa yang singkat, Siam telah menikmati imbangan pembayaran yang memuaskan (contoh). Dalam usaha untuk menyusun semula sistem kewangan Siam mengikut sistem kewangan Barat, Mongkut telah menubuhkan Royal Mint pada tahun 1861. Semasa Chulalongkorn pula, baginda telah mewujudkan perbendaharaan Siam yang moden dengan bantuan pegawai-pegawai British. Jabata kastam dan hasil dalam negeri telah ditubuhkan pada tahun 1875. Kementerian Kewangan telah diwujudkan pada tahun 1892 dan mulai tahun tersebut, sistem cukai secara langsung dilaksanakan. Jabatan kastam dan hasil dalam negeri tersebut telah disusun semula pada tahun 1892. Pada tahun 1896, Chulalongkorn mengeluarkan arahan untuk membaiki perkhidmatan pelabuhan Siam. Sistem audit dan akaun yang teratur telah dilaksanakan dan pada tahun 1901, belanjawan Siam yang pertama dikeluarkan. Selain itu, Chulalongkorn juga menggalakkan perkembangan ekonomi moden di Siam. Bank-bank British mula didirikan antara tahun 1888-1894 dan sebuah bank Perancis didirikan pada tahun 1897. Di samping itu, baginda juga menggalakkan perdagangan asing di Siam serta pembukaan tanah-tanah baru untuk penanaman padi bagi tujuan eksport.

27

III.

Pembaharuan sosial

Dari segi sosial pula, pelajaran Barat telah diperkenalkan di Siam. Semasa Mongkut, ia hanya diadakan di istana dan hanya untuk golongan bangsawan. Semasa Chulalongkorn, pelajaran Barat bukan sahaja diadakan di istana tetapi juga di luar istana dan bukan sahaja untuk anak-anak golongan bangsawan tetapi juga anak-anak rakyat jelata biasa selepas penubuhan sekolah harian sejak tahun 1884. Selain itu, semasa Chulalongkorn pelajar-pelajar Siam juga mendapat pelajaran Barat di sebarang laut. Semasa Mongkut, sistem buruh paksa atau corvee telah mula dihapuskan dan digantikan dengan sistem buruh bergaji. Sistem ini hanya dihapuskan sepenuhnya pada tahun 1873. Pada tahun 1874, sistem penghambaan mula dihapuskan dan berjaya dihapuskan sepenuhnya pada tahun 1905. Di samping itu, pemerintah-pemerintah Siam juga berusaha menghapuskan adat yang dapat menghalang kemajuan Siam. Rakyat biasa dilarang melarikan diri apabila bertembung dengan raja. Adat yang melarang rakyat melihat muka raja juga dihapuskan. Semasa Mongkut, orang-orang asing tidak dipaksa sujud di hadapan raja. Mereka diberi kebebasan untuk menghormati raja mengikut cara sendiri. Semasa Chulalongkorn, adat sujud di hadapan raja dihapuskan sepenuhnya pada tahun 1873. Mubaligh-mubaligh juga diberi kebebasan untuk menyebarkan agama Kristian. Banyak sekolah Kristian dan gereja mula didirikan di Siam. Sistem perhubungan juga diperbaiki di mana lebih banyak jalan raya dan jalan keretapi dibina. Perkhidmatan yang lebih moden seperti telegraf, telefon dan pos mula diperkenalkan. Dasar liberal raja-raja Siam telah menghapuskan sebab-sebab yang memungkinkan campur tangan kuasa-kuasa Barat ke atas Siam.

28

c. Perjanjian British-Perancis -Persaingan British-Perancis juga merupakan faktor pentingyang menyelamatkan kemerdekaan Siam. British dan Perancis sahaja bermusuhan di Eropah tetapi juga di Timur. Bagi mengelakkan perbalahkan, kedua-dua kuasa tersebut bersetuju supaya tidak mempunyai tanah jajahan yang bersempadan. -Dewasa itu, British menjajah Burma dan Tanah Melayu manakala Perancis menjajah Indo-China. Mereka mahu menjadikan Siam sebagai negara penampan (Buffer State) antara pengaruh British di Burma serta Tanah Melayu dan pengaruh Perancis di Indo-China. Pada 15 Januari 1896, mereka telah menandatangani penyisytiharaan British-Perancis yang mengiktiraf Siam sebagai negara yang merdeka. Tindakan British dan Perancis menyelamatkan kemerdekaan Siam.

d. Tolak ansur -Raja-raja Siam sejak Mongkut mengamalkan dasar bertolak ansur dengan kuasakuasa Barat. Mereka sanggup menyerahkan wilayah2 Siam bagi mengelakkan perbalahan serta menyelamatkan kemerdekaan Siam pada 15 Julai 1867. -Mongkut menandatangani perjanjian dengan Perancis pertuanan Siam ke atas Kemboja kepada Perancis. yang menyerahkan

-Semasa Chulalongkorn, lebih banyak wilayah Siam diserahkan kepada kuasakuasa Barat dalam usaha untuk mengelakkan perbalahan dan menyelamatkan kemerdekaan Siam kepade Perancis, diserahkan Tongking Utara, Wilayah Sip Song Chu Thai (1888), daerah Timur Sungai Mekong (1893), sempadan Laos-Siam (1904) dan Battambang dan Seam Reap (1907). Kepada British pula diserahkan Kentung dan Mong Pan (1897) serta Negeri-negeri Melayu Utara (1909). Dasar tolak ansur tersebut telah menyebabkan Siam kehilangan 90 ribu batu persegi wilayah. Walau bagaimanapun, tindakan tersebut telah berjaya menyelamatkan kemerdekaan Siam.

e. Kedudukan negeri Siam -Kedudukan Siam sedikit sebanyak juga meemberi kesan ke atas kemerdekaan Siam. Secara amnya, Siam terletak lebih jauh ke Utara dan kedudukannya seumpama ini telah menyebabkan ia terkeluar dari jalan perdagangan ke Timur khususnya ke China. Akibatnya, kuasa-kuasa Barat tidak begitu berminat untuk menjajah Siam.

29

f. Bahan mentah -Dari segi sumber alam, Siam meruoakan sebuah negara yang kekurangan bahan mentah. Ekonomi Siam hanya bergantung kepada sektor pertanian. -Dewasa itu, Revolusi Perindustrian telah berlaku di negara-negara Eropah dan perkembangan ini telah meningkatkan keperluan terhadap bahan mentah. Akibatnya, kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan di Asia terutamanya Asia Tenggara bagi mendapatkan bekalan bahan mentah. Dalam hal ini, kuasa-kuasa Barat memang tidak berminat terhadap Siam kerana Siam tidak mempunyai sumber alam tersebut.

Kesimpulan -Pada keseluruhannya, kejayaan Siam mengekalkan kemerdekaannya adalah disebabkan oleh kebijiksaan raja-rajanya yang memahami perkembangan politik antarabangsa.

Soalan 1. Huraikan Faktor2 yang membawa kepada perang Ingerris-Burma II (18521853) 2. Nyatakan kesan2 perang Inggeris-Burma II (1852-1853) 3. Ahli2 Sejarah berpendapat, kejayaan Siam mengekalkan kemerdekaannya disebabkan oleh kebijaksaan raja-rajanya Raja Mongkut, kesediaan mereka untuk bertindak sewajarnya dan perkembangan yang menguntungkan Siam. Bincangkan.

30

Pengenalan -Akibat dasar imperialisme, kuasa2 Barat seperti Perancis, Belanda, Portugis dan Brtitain datang ke Asia Tenggara -Ini menyebabkan kawasan Asia Tenggara kaya dengan pelbagai sumber ekonomi seperti hasil pertanian, perdagangan

Indonesia Sistem kultur @ Sistem Tanaman Paksa a. Pengenalan -Sistem ini diperkenalakan oleh Belanda pada tahun 1830-1870 -Tujuannya untuk: Menambahkan pengeluaran tanaman jualan seperti kopi, gula dan nila Menyelesaikan masalah ekonomi Belanda di Eropah Meninggikan taraf hidup kaum petani di Indonesia

-Sistem Kultur membolehkan kerajaan Belanda mendapat keuntungan bersih sebanyak 823 guilder dengan cara penindasan dan pemerasan yang kejam ke atas petani Jawa -Keuntungan yang diperolehi menyelamatkan muflis digunakan untuk menjelaskan hutang dan

b. Ciri2 Sistem Kultur -1/5 daripada tanah sawah dikhaskan untuk tanaman dagangan seperti tebu, kopi, nila dan sebagainya -Petani2 dikehendaki bekerja melebihi 66 hari setahun untuk mengerjakan tanaman dagangan -Petani dipaksa membina jambatan, tali air dan jalan raya -Petani2 diawasi oleh pembesar2 yang mengikut arahan pengawai2 Belanda -Semua urusan eksport diuruskan oleh pengawai2 Belanda

31

c. Kesan2 Sistem Kultur -Keadaan ekonomi petani semakin merosot kerana keuntungan yang diperolehi daripada Sistem Kultur tidak digunakan untuk meningkatkan kebajikan ekonomi dan sosial rakyat Jawa. -Kebuburan berlaku kerana petani kekurangan tanah untuk menanam padi. Contohnya, kebuluran yang berlaku di Jawa Tengah (1849-1850) yang melibatkan 300000 orang. -Kemerosotan sistem pertanian sara diri di Jawa. -Sistem ini ditentang hebat oelh golongan yang berfahaman liberal kerana: Memeras dan menindas petani2 Tidak berperikemanusiaan Tidak menjaga kebajikan petani

-Sistem ini digantikan dengan Dasar Liberal

Dasar Liberal a. Pengenalan -Diperkenalkan pada tahun 1870-1900 -Tujuan: Meningkatkan taraf hidup rakyat Memajukan ekonomi Indonesia Indonesia dibuka kepada sistem ekonomi bebas

b. Ciri2 Dasar Liberal -Penglibatan pemodal dan pengusaha swasta -Memperkenalkan tanaman kontan yang baru seperti getah, kelapa sawit, kelapa dan koko -Berlandaskan pertanian estate dan perlombongan hingga ke pulau2 luar ladang tembakau di Sumatera bijih timah di Pulau Belitong dan Pulau Bangka petroleum dan arang batu di Pulau Borneo (Kalimantan)

32

c. Kesan2 Dasar Liberal -gagal membaiki kebajikan dan taraf hidup rakyat Indonesia -Ekonomi bebas telah menguntungkan kaum asing terutama orang Belanda dan orang Cina -Rakyat Indonesia tidak dapat menyaingi golongan kapitalis kerana kekurangan modal, teknik dan kepakaran serta teknologi moden -Petani2 miskin terpaksa membayar cukai tanah walaupun tanah tersebut tidak diusahakan -Orang asing mendapat banyak keuntungan -Kehidupan rakyat Indonesia berada dalam kemiskinan dan kemunduran -Dasar Liberal telah digantikan dengan Dasar Etika

Kesimpulan -Tiada perbezaan antara Sistem Kultur dengan Dasar Liberal -Di bawah Sistem Kultur, kerajaan melakukan penindasan. Manakala Dasar Liberal pula, pihak swasta melakukannya. -Sistem ini mendapat tentangan dan digantikan dengan Dasar Etika

33

Filipina a. Pengenalan -Diperkenalkan oleh perjajah Sepanyol di Filipina -Terdapat tiga sistem Sistem Polo Sistem Vandala Sistem Ecomieda

Sistem Polo -Dalam sistem Polo, semua rakyat Filipina yang berumur 18-60 tahunkecuali yang Ketua2 dan anak lelaki yang sulung terpaksa bekerja secara percuma selama 40 hari dalam setahun. -Rakyat bekerja dalam keadaan yang buruk: Upah dan gaji yang sangat sedikit. Kadangkala tidak dibayar. Mereka hanya diberi beras untuk menyelamatkan diri daripada mati kebuluran.

Sistem Vandala Di bawah sistem ini: Rakyat dipaksa menjual hasil keluaran kepada kerajaan dengan harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan sendiri. Barang2 yang diserahkan, adakalanya tidak diberikan bayaran langsung sebaliknya rakyat diberikan wang kertas yang tidak berharga. Pekerja diberi surat perjanjian hutang sahaja. Vandala ini dijadikan sebagai ufti kepada kerajaan.

Kesan-kesannya dari sistem Vandala -Tanaman makanan kurang mengakibatkan berlakunya kebuluran dan penyakit. -Rakyat melarikan diri ke kawasan pedalaman dan mengadakan pemberonyakan. Contohnya: Pemberontakan yang dilakukan oleh kaum Pampengen.

34

Sistem Ecomieda Dibawah sistem ini: Orang miskin terpaksa membayar ufti yang tidak ditentukan. Ada yang dikehendaki membayar ufti 1 peso dan ada yang 9 peso. Rakyat juga senang dikerah sebagai buruh.

Kesimpulan -Sistem ekonomi yang telah diperkenalkan oleh Belanda di Indonesia dan Sepanyol di Filipina mempunyai persamaan iaitu menindas ekonomi penduduk tempatan yang hidup melarat dan merana kesan daripada penindasan ekonomi yang dilakukan.

Soalan 1. Dasar ekonomi yang menindas di antara Belanda di Indonesia dan Sepanyol di Filipina mempunyai banyak persamaan. Huraikan

35

KESAN CAMPUR TANGAN KUASA-KUASA ASING DI ASIA TENGGARA

Perubahan sistem politik kesan daripada imperialisme Barat di Asia Tenggara

Pengenalan -Sebelum kedatangan imperialis Barat, negara2 di Asia Tenggara mengamalkan sistem pemerintahan beraja. -Imperialis di Barat berpendapat bahawa penguasaan terhadap sistem politik adalah perlu untuk menguasai ekonomi negara2 jajahan. Hal ini merupakan matlamat utama dasar imperialisme mereka. -Apabila kuasa2 Barat menguasai Asia Tenggara, sistem birokrasi Barat telah diperkenalkan untuk menggantikan sistem pemerintahan beraja.

Mengapakah kuasa imperialis Barat memperkenalkan sistem birokrasi moden di Asia Tenggra -Menguasai ekonomi negara yang dijajah -Memudahkan penjajah memperkenalkan dasar2 ekonominya -Mengambil alih peranan raja dan pembesar tempatan -Menjaga kepentingan mereka di tanah jajahan

Ciri2 Umum sistem Birokrasi Barat yang diperkenalkan di Negara2 Asia Tenggara -Penubuhan Kerajaan Pusat hasil penyatuan wilayah2 di tanah jajahan -Pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbiran di tanah jajahan -Pelaksanaan pentadbiran melalui biro (jabatan) -Pelantikan pengawai Barat sebagai ketua biro -Pengenalan undang2 Barat

36

Perubahan di Filipina -Sebelum kedatangan Barat, Filipina terdiri daripada daerah2 kecil yang dikenali barangay yang diperintah oleh golongan datu. -Di selatan Filipina pula wujud kerajaan2 Islam -Sepanyol memperkenalkan sistem pemerintahan berpusat -Gabenor Jeneral sebagai pemerintah tertinggi dan dibantu oleh Ketua Datuk Bandar dan Gabenor Kecil. Ketua Datuk Bandar adalah Pentadbiran Wilayah manakala Gabenor Kecil selaku Pentadbir Bandar.

Gabenor Jeneral (Pemerintah Tertinggi Peringkat Pusat)

Ketua Datuk Bandar (Pentadbir Wilayah)

Gabenor Kecil (Pentadbir Bandar)

-Pentadbiran tempatan dilaksanakan di bawah Sistem Encomienda. Encomienda bermaksud barangay2 yang digabungkan. -Ciri2 Sistem Encomienda adalah seperti berikut: Pemerintahnya dikenali sebagai encomiendero Tugas encomiendero ialah 1. Menjaga keamanan 2. Mengutip cukai 3. Mengkristiankan penduduk barangay

37

-Sistem Encomienda tidak disenangi oelh rakyat kerana mengenakan cukai yang tinggi kepada rakyat dan mengenakan kerahan tenaga kepada mereka. -Penyatuan barangay menyebabkan kemerosotan sistem pemerintahan tradisional dan pengaruh golongan datu.

Perubahan di Indonesia

Sebelum kedatangan Belanda -Indonesia terdiri daripada beberapa buah kerajaan yang berasingan seperti kerajaan Mataram dan kerajaan Bantam di Jawa. -Kerajaan tersebut diketuai oleh raja dan dibantu oleh golongan pembesar. -Di Jawa, pemerintahan tempatan diketuai oleh pembesar daerah atau bupati.

Selepas penguasaan Belanda -Belanda membahagikan pentadbiran kepada dua iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan. -Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral. -Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesar tempatan dengan pengawasan pengawai Belanda. -Beberapa jabatan kerajaan ditubuhkan seperti Jabatan Pelajaran dan Jabatan Pertanian. -Dewan tempatan ditubuhkan sebagai badan penasihat kepada pentadbir Belanda tetapi tiada kuasa perundangan. -Volksraad yang merupakan Majlis Rakyat ditubuhkan. Ia adalah langkah ke arah kemerdekaan dan penubuhannya adalah hasil desakan Sarekat Islam.

38

Perubahan di Burma

Sebelum kedatangan British -Burma mengamalkan sistem pemerintahan beraja di bawah Dinasti Konbaung -Raja dibantu oleh Hiutaw (Majlis Diraja), Wunn (Pengawai Tinggi Kerajaan), Myothugyi (Ketua Bandar), Ahmudan (Pengawai Diraja) dan Athi (Pembesarpembesar tradisional) -Raja merupakan penaung kepada sami Buddha.

Selepas pendudukan British -Bermula selepas British memenangi Perang Inggeris-Burma III dan menguasai seluruh Burma. -Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi di Burma. -Pengenalan Akta Kampung Ulu Burma 1887 dan Akta Perkampungan Burma 1889. -Pentadbiran daerah diambil alih oleh Myo-ok. -Sistem undang-undang Barat diperkenalkan. -Majlis Perundangan diperkenalkan. -Beberapa jabatan kerajaan ditubuhkan seperti Jabatan Perhutanan, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pelajaran.

Kesan -Dinasti Konbaung berakhir, institusi raja tersingkir. -Jawatan pembesar tradidional di peringkat pusat terhapus. -Sistem pentadbiran tradisional lenyap. -Pengaruh golongan agama merosot kerana fungsi raja sebagai penasihat sami Buddha telah diambil alih oleh undang-undang Barat.

39

Perubahan di IndoChina

Sebelum kedatangan Perancis -Negeri2 di IndoChina ditadbir oleh sebuah kerajaan pusat berkuasa mutlak yang memberikan kuasa penuh kepada pembesar tempatan. -Setiap birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin. -Golongan Mandarin di Vietnam dipengaruhi oleh sistem pemerintahan Tanah Besar China. -Golongan ini dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan China.

Selepas pendudukan Perancis -Pentadbiran IndoChina diketuai oleh Gabenor Jeneral yang bertanggungjawab terus kepada Kementeraian Tanah Jajahan di Paris. -Gabenor Jeneral dibantu oleh Leftenan Gabenor (Pemerintahan Wilayah Jajahan/Naungan), Residen Jeneral dan Residen Wilayah. -Perancis menubuhkan kerajaan pusat yang dinamakan Union Indochinoise pada 1887. -Union Indochinoise merupakan Persekutuan IndoChina yang terdiri daripada Vietnam, Kemboja dan Laos. -Persekutuan tersebut diketuai oleh Gabenor Jeneral dan Perancis menguasai pentadbiran. -Semua rang undang2 di Indochina diluluskan oleh Perlimen Perancis. -Pentadbiran tempatan tidak dicampuri kerajaan pusat tetapi mereka perlu membayar cukai dan menyediakan kerahan tenaga.

40

Perubahan di Thailand -Birokrasi Barat di Thailand diperkenalkan sendiri oleh raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn. Pembaharuan oleh Raja Mongkut -Raja Mongkut telah melantik 80 orang penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai jabatan di samping melatih pengawai2 tempatan. -Penasihat kewangan dan pelabuhan serta polis dibawa dari Britain. -Penasihat kastam dan ketenteraan masing2 dari Amerika Syarikat dan Perancis.

Pembaharuan oleh Raja Chulalongkorn -Memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, Majlis Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Menteri. -Melantik juruaudit dari Britain untuk berkhimat dalam perbendaharaan negara.

Kesan -Muncul golongan baru terdiri daripada pentadbir yang mempunyai kedudukan dalam birokrasi moden berdasarkan tahap pendidikan mereka. -Pada tahun 1932, sistem raja berpelembagaan telah menggantikan sistem raja berkuasa mutlak. -Pengaruh pembesar tradisional dan institusi raja berkurangan. - Permodenan pentadbiran telah membantu Thailand mengekalkan kemerdekaanya.

Kesan pengenalan sistem birokrasi Barat terhadap sistem pentadbiran tradsional -Pentadbiran tradisional digantikan pentadbiran barat -Institusi beraja terhapus -Raja kehilangan kuasa -Pembesar tempatan hilang pengaruh -Undang2 tempatan digantikan dengan undang2 Barat -Bahasa penjajah dijadikan bahasa rasmi pentadbiran
41

Soalan 1. Huraikan kedudukan politik tempatan imperialisme Barat di Asia Tenggara dan institusi beraja selepas

Tindakan balas Masyarakat terhadap penjajah Barat di Asia Tenggara Pengenalan -Campur tangan kuasa Barat dalam hal-ehwal politik telah menimbulkan pelbagai bentuk penentangan. Masyarakat stempat menentang atas sebab2 tertentu, khasnya perubahan2 yang dibawa oleh penjajah Barat terhadap sistem pentadbiran ................................. Penentangan di Burma -Penentangan dalam bentuk gerila

a. Faktor2 -Kejatuhan hulu Burma kepada British -Raja thibaw dibuang negeri ke India pada tahun 1886

b. Proses penentangan -Pemberontakan terdiri daripada tentera hulu Burma, pendeta dan masyarakat tani -Diketuai oleh Taik-tungyi -Berperang selama 5 tahun menentang British -Pemberontakan ini gagal

Penentangan di Vietnam a. Faktor2 -Tidak puas hati terhadap pembaharuan yang dijalankan oleh Perancis di Kemboja. Perubahan ini menimbulkan rasa benci dan kemarahan penduduk tempatan

42

-Raja Norodom kehilangan kuasa sebagai pemerintah setelah Kemboja dikuasai oleh Perancis. Residen Superieur telah dilantik oleh Perancis untuk melaksanakan tugas2 kerajaan. -Seorang Residen dilantik bagi setiap wilayah Kemboja untuk mengawasi pengawai tempatan dan Majlis Mesyuarat supaya mereka menjalankan tugas.

b. Proses penentangan -Diketuai oleh Si Vattha -Peperangan ini selama 18 bulan -Si Vattha terpaksa menyerah diri kerana kekurangan bekalan senjata -penentangan ini gagal

Penentangan di Filipina a. Pemberontakan Casi (1807) Faktor2 -1807 kerajaan Sepanyol mengharamkan industri membuat arak (casi) telah mencetuskan pemberontakan casi di illocos kerana industri membuat casi ialah pekerjaan tradisional tempatan. -Sepanyol bukan sahaja mengharamkan penjualan dan pengambilan casi tetapi juga memonopoli industri membuat arak di Filipina. Rakyat tempatan dikehendaki membeli arak daripada kerajaan Sepanyol.

b. Pemberontakan Sarat (1815) -Pemberontakan ini merupakan penentangan terhadap sistem polo dan Vandala Faktor-faktor -Semua rakyat Filipina berumur 18-60 tahun kecuali ketua2 dan anak2 mereka terpaksa bekerja secara percuma selama 40 hari dalam setahun dengan gaji yang kecil dan ada kalanya tidak dibayar gaji. Mereka hanya diberikan beras agar tidak kebuluran. -Rakyat Filipina dipaksa menyerahkan sejumlah barang2 tertentu kepada Sepanyol. Barang2 tersebut kadang2 tidak dibayar, sebaliknya diberikan wang kertas yang tidak berharga. Dianggap sebagai ufti kepada kerajaan.
43

c. Pemberontakan Novales (1823) Faktor -Pemberontakan ini melibatkan tentera Filipina kerana amalan diskriminasi dalam pasukan tentera.

d. Pemberontakan Tayabas (1840) Faktor -Paderi Sepanyol diberikan pelbagai keistimewaan, manakala paderi tempatan dilayan dengan buruk walaupun mereka berkelayakan dan terlatih setanding dengan paderi2 Sepanyol. -Paderi2 Filipina juga diberikan jawatan2 yang rendah di bawah pengaruh paderi2 Sepanyol.

e. Pemberontakan Cavite (1872) -bercorak nasionalisme -melibatkan tentera dan paderi -Sepanyol menyatukan rakyat Filipina melalui sistem pentadbiran, agama kristian dan bahasa Sepanyol sebagai bahasa peantaraan. -Pemberontakan ini gagal.

Faktor2 -Ramai pelajar2 Filipina yang melanjurkan pelajaran ke Eropah terpengaruh dengan fahaman politik seperti demokrasi dan antipenjajahan di Eropah. -Lahirnya golongan elit seperti Jose Rizal, Emilio Aguinaldo, dan Andre Bonifacio yang bersemangat nasionalisme. -Wujudnya kelas menengah berpendidikan Barat yang menentang penindasan Sepanyol dan menuntut reformasi sebagai langkah awal menuntut kemerdekaan. -Sikap paderi Sepanyol yang menyalahgunakan kuasa dan mengamalkan diskriminasi terhadap paderi tempatan walaupun mereka mempunyai kelayakan dan kebolehan seperti paderi Sepanyol.
44

-Perkembangan pesat fahaman liberal dengan pelantikan De La Tore sebagai gabenor Filipina. Beliau memansuhkan undang2 menghadkan kebebasan, membawa masuk idea2 liberalisme ke Filipina dan menggalakkan perbincangan politik serta pembahuruan secara bebas.

KOLONIALISME DI TANAH MELAYU a. Konsep serta takrif Mekantilisme, Imperialisme dan Kolonialisasi -Mekantilisme Mekantilisme merupakan satu dasar di mana kekayaan diukur dengan wang emas dan perak dan objektif utamanya adalah untuk meningkatkan kuanliti wang dan galian berharga dalam sesebuah negara. Mengikut pengertian Thomas, mekantilisme ialah konsep di mana hendak menjadikan sesebuah negara itu kaya dan kuat; menjadi semakin kaya setiap tahun disebabkan oleh negara lain. Secara ringkas, mekantilisme merupakan dasar yang memetingkan 3K iaitu kekuasaan, kekayaan dan kebajikan. Kekayaan diperolehi dengan menguasai koloni dan mengadakan imbangan perdagangan yang memihak kepada negara induk. Kekuasaan pula diperolehi dengan membesarkan angakatan tentera, memajukan industri perkapalan dan mengadakan akta perkapalan yang menafikan hak perdagangan di koloni .........

-Imperialisme George Nadel: Perkembangan kuasa atau kawalan samada secara langsung oleh sesuatu kerajaan, bangsa atau masyarakat ke atas bangsa dan masyarakat lain. Rumusan definisi: Penguasaan ke atas wilayah asing dengan berbagai cara / kaedah / pendekatan kerana kepentingan tertentu.

45

-Kolonialisasi / Kolonialisme Kolonialisme merupakan satu dasar menguatkuasakan kekuasaan atau pemerintahan atas negeri jajahannya. atau mengekalkan

Dengan kata lain, kolonialisme bermaksud tindakan menjajah negara lain. Kalau imperialis hanyalah meletakkan kekuasaanya terhadap sesebuah negara atau kerajaan itu, kolonialisme pula adalah tindakan yang mencampuri hal-hal dalaman negara atau kerajaan yang telah dijajah itu. Konsep kolonialisme itu merupakan lanjutan kepadda usaha imperialisme dalam erti kata pengukuhan kepada usaha penjajahan.

b. Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 -Pengenalan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 (Perjanjian London) ditandatangani untuk mengatasi masalah hubungan yang tegang dan kepentingan2 lain antara Inggeris dan Belanda. Perjanjian ini merupakan peristiwa penting dalam sejarah Tanah Melayu dan juga Indonesia.

-Faktor2 yang membawa kepada perjanjian a. Persaingan perdagangan di Timur Hubungan British-Belanda tidak pernah baik sejak kedatangan mereka ke Timur pada abad ke-17. Mereka sentiasa bersaing dan bermusuhan untuk mendapatkan monopoli perdagangan di kepulauan Hindia Timur. Hubungan antara British-Belanda semakin tegang berpunca daripada dasar monopoli perdagangan yang diamalkan oleh Belanda di Kepulauan Hindia Timur. Belanda mendapat monopoli perdagangan melalui perjanjian perdagangan yang dibuat dengan pemerintah2 tempatan. Belanda berpendapat, British tidak mempunyai hak perdagangan di kepulauan Hindia Timur. Sebaliknya Britsh berpendapat mereka juga mempunyai hak dan kebebasan untuk berdagang di rantau ini kerana mereka mengamalkan dasar perdagangan bebas (laissez Faire) Perbezaan dasar ini menimbulkan persaingan dan permusuhan yang berterusan. Hubungan yang buruk semakin meruncing kerana terdapat pengawai2 Belanda yang anti British. Contohnya Jan Peterzoon Coen dan Van der Capellan (Gabenor Jeneral
46

Betawi). Bagi pihak British yang anti-Belanda ialah John Jourdain. Kemuncak permusuhan ini apabila berlakunya pembunuhan Beramai-ramai di Ambon pada tahun 1623 di mana beberapa orang Inggeris dan Portugis dihukum bunuh kerana dituduh mengadakan komplot untuk menggulingkan pemerintahan Belanda di Ambon. Akibat pembunuhan itu, British menutup semua loji perdagangannya kecuali di Bangkahulu. Mereka berundur dari kepulauan Hindia Timur dan menumoukan perdagangan di India.

c. Dasar-dasar Raffles di Singapura dan pertelingkahan mengenai Singapura Tindakan Raffles menduduki Singapura dan membuat perjanjian dengan ketua2 di Singapura telah dibantah oleh Belanda. Belanda mendakwa Singapura adalah wilayah nauagannya. Belanda mengatakan Raffles mencerobohi wilayah mereka dan mengugut akan menggunakan kekerasan sekiranya British enggan berundur dari Singauora. Masalah ini telah menimbulkan perang dingin antara British dengan Belanda.

d. Kemajuan Singapura Gabenor Jeneral Lord Hasting menolak dakwaan Belanda bahawa Singapura di bawah nauagannya. Dalam masa setahun, perdagangan Singapura melebihi 4 juta dan pada tahun 1823 bertambah kepada 13.2 juta. Kemajuan Singapura telah menjejaskan perdagangan Belanda di Hindia Timur. Perdagangan pelabuhan2 Belanda seperti Betawi mengalami kemerosotan. Untuk mengelakkan pertempuran yang terbuka, pihak British mengambil langkah untuk berunding dengan Belanda.

e. Dasar persahabatn Inggeris-Belanda di Eropah Selepas Perang Napoleon tamat (1795-1815), kerajaan Britian dan Belanda ingin memelihara hubungan baik kerana mereka mempunyai kepentingan. British merasakan hubungan yang baik dengan Belanda amat penting dari segi keselamatan kerana kedudukan kedua-dua negara yang berdekatan. Negara Belanda sesuai untuk digunakan oleh pihak musuh bagi meyerang Britain.

47

Britian juga sedar hubungan mereka dengan negara2 Eropah yang lain merosot selepas Perang Napoleon. Britain memerlukan Belanda sebagai rakan rapatnya di Eropah.

f. Gerakan Propaganda La Solidaridad -Dipelopori oleh golongan cendikawan seperti Jose Rizal, Marcelo Del Pillar dan Graciano Lopez Jaena yang tidak tahan dengan penindasan Sepanyol. -mereka menyebarkan idea-idea liberal (bersifat sederhana) dan konsep nasionalisme melalui akhbar La Solidaridad yang diterbitkan pada tahun 1889. -Tulisan mereka mendedahkan kekejaman dan penindasan pemerintahan Sepanyol. -Mereka memperjuangkan persamaan taraf antara pengawai Sepanyol dengan pengawai Filipina.

g. Liga Filipina (1891) -ditubuhkan oleh Jose Rizal di Hong Kong ( dielakan diketahui oleh pihak musuh) pada tahun 1891. -Kebanyakan ahlinya daripada golongan kelas pertengahan. -Matlamat perjuangan: Melindungi rakyat Filipina daripada kekejaman dan ketidakadilan. Menyatukan kepulauan Filipina. Menuntut reformasi pendidikan, perdagangan dan pertanian.

-Jose Rizal bekerjasama dengan Sepanyol bagi mencapai matlamatnya. -Golongan paderi yang tidak suka dengan beliau telah menghasut kerajaan Sepanyol. -Beliau telah ditangkap dan dibuang negeri. -Liga Filipina dibubarkan.

48

h. Pemberontakan Katipunan (1892) -Ditubuhkan oleh Andre Bonifacio. -Lahir daripada tulisan-tulisan Jose Rizal. -Mendapat sokongan kaum petani tetapi kelas pertengahan adan atasan tidak menyokong kerana mereka percaya revolusi akan menggugat sosioekonomi mereka. -Tujuan pemberontakan: Mendapatkan kemerdekaan melalui revolusi. Mahu menggulingkan pemerintahan Sepanyol Menubuhkan kerajaan sendiri

-Rancangan revolusi tidak mendapat restu Jose Rizal kerana: Rakyat belum bersedia Tiada perancangan yang baik Tidak mempunyai senjata yang cukup Tiada latihan yang cukup

-Sepanyol mengatasi revolusi secara kekerasan: Ramai yang ditangkap dan dibunuh termasuk Jose Rizal pada tahun 1896.

i.

Tindak balas terhadap Amerika (1898)

-Dipimpin oleh Emilio Aguinaldo yang telah berjaya mengalahkan Sepanyol bersama-sama Amerika. -Beliau telah mengisytiharkan kemerdekaan Filipina pada tahun 1898. -Pada peringkat awal Amerika tidak berniat menawan Filipina tetapi hanya bertujuan menghalau Sepanyol. -Bagaimanapun Amerika enggan mengiktiraf kemerdekaan Filipina dan tidak membenarkan tentera Filipina memasuki Manila. -Emilio Aguinaldo telah membentuk kerajaan Filipina di Malolos pada tahun 1899 dan melancarkan perang ke atas Amerika yang dikenali sebagai Perang Manila. -Perjuangan Emilo Aguinaldo gagal dan beliau ditangkap pada tahun 1901.

49

INDONESIA Penentangan di Sumatera: 1. Minangkabau -Dikenali sebagai Perang Paderi (1819-1832) -Dipelopori oleh Haji Sumanik -Dipimpin oleh Imam Bonjol melancarkan gerakan agama menentang Belanda. -Tujuan: menentang peluasan kuasa Belanda di Minangkabau.

Penentangan di Aceh -Tujuan: menentang kegitan Belanda hendak menguasai perdagangan Aceh. -Penentangan ini tidak berjaya dan Aceh menyerah kalah kepada Belanda pada tahun 1903.

Penentangan di Banjarmasin -Faktor: penglibatan Belanda dalam soal tahta Banjarmasin -Calon sokongan Belanda (Pengiran Tamjid Ulah) dilantik sebagai pengganti sultan yang mangkat (Sultan Adam). -Menimbulkan rasa tidak puas hati saudaranya (Pengiran Hidayat). Akhirnya Pengiran Tamjid Ulah turun tahta. -Belanda telah bertindak menghapuskan Kesultanan Banjarmasin pada tahun 1860. Tindakan Belanda telah mencetuskan penentangan terhadap Belanda oleh Pengiran Hidayat. -Penentangan itu gagal.

Penentangan di Maluku -Faktor: Belanda memaksa rakyat melaksanakan serah hasil tanaman dan kerja wajib. -Dipimpin oleh Thomas Matulesia. -Penentangan ini gagal.

50

Penentangan di Sulawesi -Dipimpin oleh Bone pada tahun 1811. -Melancarkan penentangan terhadap Belanda tetapi gagal. -Bone menandatangani Perjanjian Bungaya dengan Belanda pada tahun 1838.

PENENTANGAN DI PULAU JAWA Perang Jawa (1825-1830) a. Pengenalan -Perang Jawa meletus dari 20 Julai 1825 sehingga 28 Mac 1830. -Peperangan ini juga dikenali sebagai Perang Depo Negoro kerana ianya dipimpin oleh Depo Negoro atau Pengeran Anta Wira, iaitu putera Sultan Amangkubuwono III dari keturunan Jogjakarta.

b. Faktor2 Perang Jawa 1. Politik -Pada tahun 1814, Sultan Amangkubuwono III dari Kesultanan Jogjakarta mangkat. Baginda meninggalkan dua orang putera iaitu Depo Negoro dan Mas Djorat yang masing2 beribukan rakyat biasa dan keturunan raja. -Stamford Raffles yang menjadi Leftenan Gabenor Jawa ketika itu melantik Mas Djorat sebagai Sultan............ -Pada tahun 1822, Mas Djorat mangkat. Belanda yang kembali memerintah Jawa melantik putera Mas Djorat iaitu Raden Menol yang berumur 2 tahun sebagai Sultan Amangkubuwono V. Tindakan Belanda tidak melantik Depo Negoro menyebabkan beliau menentang Belanda. -Tindakan Belanda untuk mengurangkan pengaruhnya telah mendapat bantahan Depo Negoro. Sebagai contoh, dalam............... -Depo Negoro juga tidak setuju dengan campur tangan Belanda dalam hal-ehwal Jogjakarta. Belanda telah melantik Smissert sebagai residennya di Jogjakarta. Campur tangan Belanda telah menyebabkan beberapa wilayah Jogjakarta seperti Kedu, Madiun dan Magelang telah dikuasai oleh Belanda.

51

2. Faktor Ekonomi a. Pembatalan sistem sewa tanah -Pada tahun 1823, Van der Capellan telah mengeluarkan undang2 tanah baru. Mulai 1 Januari 1824, sistem sewa tanah yang diamalkan selama ini dibatalkan. -Pembatalan sistem sewa tanah telah menimbulkan bantahan golongan bangsawan dan petani2 Jawa terutamanya di Jogjokarta dan Surakarta. Telah menjadi amalan tuan tanah sejak awal abad ke-19 untuk menyewakan tanah mereka kepada pengusaha2 Eropah dan Cina lebih2 lagi pengusaha2 ini tidak dibenarkan membeli ............ -Mengikut undang2 tanah yang baru, tuan tanah diminta mengembalikan wang yang telah diambil dari pengusaha. Walaupun undang2 ini dapat mengelakkan tuan tanah kehilangan tanah tetapi ianya dianggap sebagai satu bebanan oelh tuan tanah. -Pembatalan sistem sewa tanah telah menutup satu sumber pendapatan tuan tanah.

b. Cukai -Perang Napoleon telah menjejaskan ekonomi Belanda. Pada tahun 1815, hutang Belanda telah meningkat 600 juta guilders. Gabenor Jeneral yang dilantik di Jawa selepas Perang Nepoleon iaitu Elout (1816), Buysken (1817) dan Van Der Capellan (1819) telah diarahkan untuk melaksanakan rancangan bagaimana Jawa dapat digunakan untuk membantu ekonomi Belanda. -Antara langkah yang dijalankan oleh Belanda ialah rakyat Jawa......... -Salah satu Cukai yang dianggap membebankan ialah cukai sempadan. Di bawah sistem cukai sempadan, rakyat Jawa yang melalui tanah kerajaan dikehendaki membayar cukai. -Hak memungut cukai telah diserahkan kepada orang Cina yang mengambil kesempatan cukai tambahan seperti cukai pintu gerbang, cukai jambatan dan sebagainya yang lebih tinggi daripada yang ditetapkan oleh Belanda.

c. Kemelesetan ekonomi -Kemelesetan ekonomi telah berlaku pada 1820-an. Pada tahun 1822, berlaku kejatuhan harga kopi. -Kejatuhan ini membebankan ekonomi rakyat Jawa kerana majoriti rakyat Jawa bergantung .............

52

d. Orang Cina -Orang Cina bukan sahaja bertindak sebagai pemungut cukai tetapi juga sebagai orang tengah dan peminjam wang. -Sebagai orang tengah, mereka membeli hasil rakyat Jawa dengan harga yang lebih rendah. -Sebagai peminjam wang pula, mereka mengenakan bunga yang tinggi ke atas pinjaman orang Jawa. Kegiatan orang Cina telah menambahkan lagi penderitaan rakyat Jawa.

e. Masalah kewangan Belanda -Negara Belanda menghadapi krisis kewangan yang amat teruk akibat daripada Perang Napoleon, Belanda telah kehilangan perusahaan perkapalan dan perdagangannya yang diambil alih oleh Britian. Perdagangan di timur juga merosot akibat amalan rasuah di kalangan pengawai-pengawainya. Kini Syarikat Hindia Timur Belanda (V.O.C) hampir muflis. -Unutk mengatasi masalah kewangan ini, Belanda telah berhutang pihak British. Menurut J.S. Furnival, pada tahun 1781, hutang Belanda berjumlah 25 juta paun dan meningkat kepada 144 juta paun ada tahun 1799. -Apabila V.O.C dibubarkan pada tahun 1799. Kerajaan Belanda menanggung beban hutang syarikat ini. Kerajaan Belanda berharap, masalah ini dapat diatasi melalui tolak ansur dan rundingan dengan British. -Syarat-syarat Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 Syarat-syarat kewilayahan: Belanda bersetuju menyerahkan semua lojinya di Indai, Melaka dan semau tanah jajahan Melaka kepada pihak Britian. Belanda bersetuju menarik balik bantahannya terhadap pendudukan British di Singapura dan mengiktiraf Singapura sebagai pelabuhan milik Britian. British bersetuju berundru dari Sumatera dengan menyerahkan Bangkahulu dan semua kawasan milik Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) kepada Belanda. Belanda berjanji tidak akan membuka sebarang petempatan atau membuat perjanjian dengan mana-mana pemerintah di negeri2 Melayu. British berjanji tidak akan membuka sebarang petempatan atau membuat perjanjian dengan mana2 pemerintah di Sumatera atau kawasan2 selatan dari Selat Singapura, termasuk kepulauan Karimon dan kepulauan RiauLingga.
53

Syarat2 perdagangan Kapal2 dagang dari kedua-dua buah negara dibenarkan saling memasuki wilayah masing2 dengan syarat dikenakan bayaran yang ditetapkan oleh kedua-dua belah pihak. Belanda tidak dibenarkan mengamalkan dasar monopoli perdagangan di kawasan kepulauan Melayu. Kuasa monopoli Belanda hanya dihadkan dalam memonopoli rempah di Pulau Maluku. Kedua-dua pihak bersetuju tidak akan menggangu hubungan perdagangan di antara satu sama lain dengan kuasa tempatan. Kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama menghapuskan lanun. Kedua-dua pihak hendaklah memberikan layanan istimewa kepada pihak yang satu lagi ketika berurusan di Indaia, Sri Lanka (Ceylon) dan kepulauan Melayu. Peraturan-peraturan am berkaitan cukai kastam yang harus dibayar akan dirangka.

Syarat2 kewangan Belanda bersetuju membayar sebanyak $100,000 untuk menjelaskan hutangnya kepada pihak British.

Kesan2 Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 a. Pembahagian Kepulauan Melayu kepada dua lingkungan pengaruh -Kepulauan Melayu terbahagi kepada dua lingkungan pengaruh. Belanda menguasai Pulau Jawa, Sulawesi dan semua Kepulauan Melayu ke selatan Selat Singapura. British menguasai Singapura, Melaka dan daerah-daerah lain di Tanah Melayu. -Perjanjian ini merupakan satu titik peralihan dalam perkembangan politik di Kepulauan Melayu. Belanda dan British dapat meluaskan pengaruh perdagangan dan politik mereka di kawasan masing2 tanpa gangguan daripada pihak lain.

b. Perpechan Empayar Johor -Pembahagian dua kawasan pengaruh membawa kepada perpechan empayar Johor yang dahulunya mengandungi Johor, Pahang, Singapura dan Kepulauan Riau. Sultan Abdul Rahman di Lingga berada di bawah pengaruh Belanda, dan Sultan Hussein di Johor berada di bawah pengaruh British. -Perjanjian ini mengakhiri masalah perebutan tahta Johor keran Sultan Hussein menjadi Sultan yang sah di Johor dan Sultan Abdul Rahman menjadi sultan di Kepualuan Riau-Lingga dan pulau2 yang berdekatan.

54

-Pahang membebaskan diri daripada empayar Johor dan Bendahara mengisytiharkan darinya sebagai Sultan Pahang yang pertama.

Ali

c. Perhubungan Inggeris-Belanda di Timur -Hubungan mereka masih tegang. Rasa benci orang Inggeris terhadap Belanda disuarakan dalam laporan2 pengawai2 Negeri2 Selat dan dalam akhbar2 Singapura. -Persaingan perdagangan terus menjadi sengit. British menuduh Belanda melanggar syarat2 perjnajina. British terpaksa terus memberikan bantuan kepada Belanda dan mengharapkan Belanda menjadi rakan sekutunya yang dapat mengimbangkan kekuatan British terutama di Eropah.

d. Pertelingkahan mengenai Borneo -Berlaku salah faham berkaitan syarat2 kewilayahan apabila Sultan Brunei menyerahkan Pulau Labuan kepada British pada tahun 1846. -Belanda mendakwa Pulau Labuan terletak di selatan Singapura dan berada di bawah pengaruh lingkungannya. -Masalah ini dapat diselesaikan apabila British dapat membuktikan kedudukan geografi Pulau Labuan yang sebenarnya.

e. Pelanunan -Belanda tidak mematuhi sepenuhnya syarat penghapusan lanun di perairan Kepulauan Melayu. Pihak Belanda hanya mengambil tindakan terhadap kegiatan pelanunan di kawasan perairan di bawah pengaruhnya iaitu Kepulauan Hindia Timur. -British terpaksa mengambil langkah2 sendiri untuk mengahapuskan pelanunan dan ini memakan masa serta perbelanjaran yang banyak.

55

Rumusan -Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 telah membuka peluang British dan Belanda meluaskan pengaruh dan tanah jajahannya. -Perjanjian ini menyebabkan empayar Johor-Riau-Lingga terbahagi kepada dua pengaruh lingkungan iaitu Johor, Melaka dan jajahan Johor di bawah............

Soalan: Bincangkan Faktor2 yang membawa kepada termeterinya Perjanjian InggerisBelanda 1824 dan kesan-kesannya ke atas kepulauan Melayu.

f. Dasar2 Raffles di Singapura dan pertelingkahan mengenai Singapura -Tindakan Raffles menduduki Singapura dan membuat perjanjian dengan ketua2 di Singapura telah dibantah oleh Belanda. -Belanda mendakwa Singapura adalah wilayah naungannya. Belanda mengatakan Raffles mencerorobo

56

3. Sosial a. Jalan raya -Pada tahun 1825, Belanda merancang untuk membina jalan raya dari Megelang ke Jogjakarta melalui tanah perkuburan nenek moyang Depo Negoro di Tegalredjo. -Tindakan Belanda dianggap menjejaskan kesucian Iaslam serta menjatuhkan maruah Depo Negoro lebih2 lagi Belanda tidak berunding dengannya terlebih dahulu. -Kemarahan Depo Negoro bertambah apabila Belanda menyerahkan tanggungjawab membina jalan raya ini kepada Perdana Menteri Pateh Denvredjo yang merupakan musuh Depo Negoro.

b. Islam -Depo Negoro merupakan seorang yang alim dan rakyat Jawa menganggap beliau sebagai pemimpin Islam Jawa. -Tindakan Belanda tidak menyifatkannya sebagai pemimpin Isalm Jawa telah mendapat bantahan Depo Negoro. -Rakyat Jawa telah diyakinkan bahawa peperangan dengan Belanda dan Cina merupakan jihad dan kematiannya dianggap sebagai Syahid. Ketokohan Depo Negoro bukan sahaja dapat sokongan..........

c. Keruntuhan moral dalam kraton (istana) -Depo Negoro juga menentang keruntuhan moral dalam kraton akibat pengaruh Belanda seperti meminum minuman keras. -Jadi bagi Nepo Negoro, pengaruh Barat dapat dihapuskan sekiranya Belanda diusir dari Jawa bagi menyekat Barat.

57

Kesan-kesan perang Jawa a. Kesan ekonomi 1. Membebankan kewangan Belanda -Perang Jawa telah membebankan lagi ekonomi Belanda yang hampir muflis kerana perang Jawa menelan perbelanjaan yang besar. -Selepas Perang Jawa, Belanda mula mengambil langkah untuk mengurangkan .....

2. Sistem Kultur -Bebanan kewangan yang bertambah akibat Perang Jawa menyebabkan Belanda mengambil pendekatan baru untuk mengatasi masalah ekonominya. -Raja Belanda telah mengarahkan Van den Bosch untuk merangka satu rancangan bagaimana Jawa digunakan untuk membantu ekonomi Belanda. -Akibatnya, Sistem Kultur telah mula dilaksanakan oleh Ven den Bosch di Jawa pada 8 Januari 1830. -Di bawah sistem ini. Petani2 dikehendaki memperuntukkan 1/5 daripada tanah mereka untuk ditanam tanaman eksport.

3. Sistem sewa tanah -Selepas Perang Jawa, Belanda terutamanya dasar ekonomi di Jawa. mengkaji semula dasar pentadnirannya

-Belanda menyedari punca utama Perang Jawa ialah pembatalan sistem sewa tanah yang dilaksanakan oleh Van der Capellan sejak 1 Januari 1824. Akibatnya, selepas Perang Jawa, pembatalan sistem sewa tanah tersebut ditarik balik. -Pembatalan undang2 itu membolehkan tuan tanah menyewakan tanah mereka kepada pengusaha2.

b. Sosial 1. Penderitaan -Perang Jawa telah menimbulkan pelbagai penderitaan bukan sahaja di pihak rakyat Jawa tetapi juga di pihak Belanda.

58

-Belanda kehilangan 15 ribu askar yang terdiri daripada 8 ribu Belanda dan 7 ribu Jawa. -Di pihak rakyat Jawa, dianggarkan 200 ribu orang terkorban. -Perang Jawa.........

c. Politik 1. Nasionalisme -Perang Jawa telah memberi kesan terhadap kebangkitan nasionalisme Indonesia.

2. Kegagalan pentadbiran Belanda -Perang Jawa membuktikan kegagalan pentadbiran Belanda di Jawa terutamanya rancangan ekonomi Van der Capellan.

3. Kebangkitan lain -Perang Jawa mempengaruhi kebangkitan lain oleh rakyat Hindia timur untuk menentang Belanda. Antaranya ialah kebangkitan Ambun dan kebangkitan Sumatera.

4. Wilayah -Bagi mengelakkan berulangnya peristiwa seperti Perang Jawa, Belanda mula mengambil tindakan untuk menguasai beberapa wilayah Jogjakarta dan Surakarta. -Pemerintahannya telah dibayar sagu hati. Antara wilayah........

Kesimpulan -Perang Jawa telah meninggalkan nasionalisme Indonesia. pelbagai kesan terutamanya terhadap

-Peperangan ini merupakan gerakan anti-Belanda yang terbesar pada abad ke-19. -Ahli2 Sejarah menganggap Perang Jawa sebagai forever runner kepada gerakan anti-Belanda yang lebih sistematik pada abad ke-20.

59

Soalan 1. Bincangkan tindakbalas masyarakat peribumi di Filipina dan Indonesia terhadap penjajahan kuasa Barat. 2. Huraikan faktor2 dan kesan2 Perang Jawa (1825-1830)

Faktor2 pendudukan Jepun di Asia Tenggara a. Perubahan kepimpinan Jepun Kebangkitan Meiji -Kebangkitan imperialisme Barat menyaksikan Jepun terpaksa tunduk kepada desakan Ameriuka Syarikat di bawah pimpinan komander tentera laut Matthew Perry supaya membuka pintu kepada kuasa Barat di bawah satu perjanjian di bawah Konvensyen Kanagawa 1854. -Pada waktu tersebut, Jepun yang diperintah oleh Keshogunan Tokugawa (zaman pemerintahan Shogun Jeneral) telah dipaksa membenarkan Amerika Syarikat bertapak di beberapa buah pelaburan strategik di Jepun dan membenarkan pembukaan konsulat Amerika Syarikat di negara tersebut. -Perjanjian tersebut menyebabkan para samurai mula memberontak ke atas kekuasaan Shogun, di mana mereka menganggap Shogun mulai lemah dan tunduk kepada kuasa asing. Penentangan ini akhirnya membawa kepadda Perang Boshin 1867. -Shogun terakhir, Tokugawa Yoshinobu akhirnya mengembalikan kekuasaan kepada Maharaja Mikado Meiji dan bermulakah pemerintahan Meiji di Jepun pada 1868. -Semenjak itu, bermulakah era pemulihan Meiji pemerintahan baginda telah melakukan pelbagai pemeritahan dan undang2, seterusnya menggalakkan kalangan rakyatnya. Baginda juga telah menjadikan memajukan Jepun. ke atas Jepun, di mana pemodenan dalam sistem pencarian ilmu moden dalam Barat sebagai model dalam

-Kurang dari tiga puluh tahun kemudian, Jepun bangkit sebagai sebuah kuasa yang hebat dengan kemajuan ketenteraan moden, teknologi dan perindustrian yang pesat dan berjaya menyaingi kekuasaan Eropah. -Kekuatan Jepun sebagai kuasa baru dunia bermula setelag mereka berjaya memenangi Perang China-Jepun pada 1895, yang membawa kepada penguasaan Jepun terhadap wilayah Korea dan Formosa (Taiwan). -Kemudiannya, Jepun berjaya pula menewaskan Russia dalam perang pada 1905.

60

b. Pengaruh tentera dalam pentadbiran Jepun -Pentadbiran Jepun pada tahun 1930-an telah mula dikuasai oleh para pemerintahan tentera. -Pengaruh tentera dalam pentadbiran Jepun telah menjadikan dasar Jepun lebih bersifat military terutamanya dalam beberapa tindakan Jepun menyerang Manchuria, China dan seterusnya terlibat secara aktif dalam Perang Dunia Kedua di bawah kuasa Paksi. -Kemuncak kuasa tentera dalam pentadbiran Jepun dapat dilihat melalui perlantikan Jeneral Tojo sebagai Perdana Menteri Jepun yang ke-40 padda tahun 1941. -Di bawah pentadbirannya sebagai Perdana Menteri Jepun, beliau telah memainkan peranan utama dalam merangka strategi peperangan untuk menduduki kawasan Asia Tenggara.

c. Krisis Perang Dunia Kedua- Jepun menyertai Pakatan Paksi (Axis) -Dalam Perang Dunia Pertama, Jepun telah menyertai Pakatan Berikat dengan Amerika dan British. Apabila perang tamat dan dimenangi oleh Pakatan Berikat, Amerika dan British berasa bimbang dengan kekuatan yang ada pada Jepun. -Oleh itu, Pakatan Berikat telah mengehadkan jumlah tentera laut Jepun dalam Persidangan Washington menyebabkan bermulalah kerenggang antara Jepun dan Kuasa Berikat. -Semenjak itu, Jepun telah mula membuat pakatan dengan Jerman pada 1936, kemudiannya Jepun sedikit demi sedikit telah mula menyerang negara2 sekitarnya seperti Manchuria dan melancarkan perang kedua ke atas China sekaligus melanggar ketetapan yang telah dibuat oleh Liga Bangsa-bangsa. -Dalam bulan Ogos 1940, Jepun secara rasmi menyertai Pakatan Paksi antara Jerman dan Itali dan mengisyhtiharkan penentangan terhadap kuasa Eropah di bawah Pakatan Berikat. Walau bangaimanapun, Jepun telah menandatangani perjanjian berkecuali dengan Russia dan Amerika Syarikat dalam perang tersebut. -Dengan itu, Jepun telah mula bertindak melanggar wilayah kekuasaan Perancis, British di Myanmar dan Tanah Melayu dan wilayah Belanda di Indonesia. -Walaupun Jepun berusaha melakukan perundingan dengan Amerika Syarikat supaya berkecuali, tindak tanduk Jepun merisaukan Amerika Syarikat menyebabkan perang meletus di anatar Jepun dan Amerika Syarikat pada 1941. -Hasilnya, Jepun telah bertindak menyerang pelabuhan tentera Amerika di Lautan Pasifik (Pearl Harbour) pada 1 Februari 1941, menyebabkan kekuatan Amerika di
61

Asia lumpuh sekaligus memudahkan lagi usaha Jepun menguasai Asia Tenggara tanpa sebarang tentengan. Pengeboman itu menandakan bermulanya penentangan Jepun terhadap Kuasa Berikat di kawasan Asia.

d. Kuasa Besar Tunggal Di Asia -Sebelum Perang Dunia Kedua, hampir seluruh Asia telah dijajah oleh kuasa-kuasa Barat yang bersaing di antara satu sama lain. -Apabila meletusnya Perang Dunia Kedua di Eropah, kesemua kuasa-kuasa besar Eropah yang menjajah Asia terpaksa memberikan perhatiannya kepada perperangan di Eropah. -Dalam masa yang sama, Amerika Syarikat terpaksa menumpukan keselamatannya terhadap perang yang meletus di Eropah dan menambah kekuatan mereka di Lautan Atlantik. -Walaubagaimanapun, tindakan Jepun yang bertindak mengebom pengkalan tentera Amerika Syarikat iaitu Pearl Harbour di Lautan Pasifik telah menyebabkan Jepun muncul sebagai satu-satunya kuasa ketenteraan yang kuat di Asia kerana Amerika Syarikat memerlukan masa yang lama untuk memulihkan kekuatannya yang telah dihancurkan.

e. Sekatan Ekonomi Di Jepun -Pencerobohan Jepun ke atas Manchuria dan kemudiannya mengundang kemarahan kuasa Eropah ke atas Jepun. China telah

-Sebagai tindakan menekan Jepun, kuasa Eropah yang menguasai Asia Tenggara telah mengehadkan kemasukan barangan import Jepun ke negara yang dikuasai mereka.

f. Kekayaan bahan mentah Asia Tenggara -Jepun melihat kekayaan bahan mentah yang ada di Asia Tenggra sebagai peluang kepada mereka dalam mengaut bahan mentah seperti bijih timah, bijih besi, getah, petroleum dan sebagainya yang telah dijarah oleh kuasa Eropah semenjak sekian lama. -Untuk itu, Jepun telah menwujudkan propaganda Kawasan Kesemakmuran Asia Timur Raya

62

g. Asia Tenggara sebagai Pasaran Barangan Jepun -Ketika Asia Tenggara dikuasai kuasa Eropah, Jepun menghadapi masalah untuk memasarkan barangan mereka ke pasaran Asia Tenggara kerana mereka perlu bersaing dengan barangan yang telah dihasilkan di Barat.

Soalan: Huraikan faktor2 pendudukan Jepun di Asia Tenggara

63

REAKSI PENDUDUK TEMPATAN KE ATAS PENDUDUKAN JEPUN Pengenalan: Terbahagi kepada dua reaksi penduduk tempatan ke atas pendudukan jepun iaitu: 1. ProJepun: Golongan nasionalis Burma, Inodonesia dan Tanah Melayu 2. Anti-Jepun: penentangan di seluruh Asia Tenggara

Burma

-Pada permulaannya, pendudukan Jepun di Burma dialu-alukan oleh para pemimpin te Burma terutamanya golongan Thakin atas nama pembebasan dari penjajahan barat. -Golongan Thakin yang dipimpin Aung San menyokong pendudukan Jepun di Burma kerana ramai pemimpin utama Thakin sperti Dr. Ba Maw, U Ba Pe dan lain-lain dibebaskan oleh tentera Jepun dari tahanan British. -Sebelum bertindak menyerang dan mengusir kedudukan British, Jepun telah membantu Burma Independent Army (B.I.A) di bawah pimpinan Aung San, yang turut serta bersama-sama Jepun menyerang Burma. -Apabila tentera B.I.A tiba di Burma, beribu-ribu rakyat Burma secara sukarela telah menyertai tentera tersebut bagi mengusir British dari Burma. -Jepun cuba menjaga hati masyarakat Burma dalam membantunya maju ke India, sekaligus mengusir keluar British dari Asia. Oleh itu, kerajaan rakyat dibentuk oleh Jepun diketuai oleh Dr. Ba Maw. -Pembentukan kerajaan Burma yang diketuai oleh Dr. Ba Maw dan perlantikan golongan Thakin yang mengisi kekosongan hirokrasi di Burma telah menyemarakkan lagi sokongan rakyat Burma terhadap Jepun pada peringkat permulaannya. -Jepu juga telah bertindak tidak menyekat pergerakan nasionalisme di Burma, malah Jepun kemudiannya membantu Tentera Pembebasan Burma dinaikkan tarafnya kepada Tentera Kebangsaan Burma pada 1943, dengan member latihan kepada tentera2 tempatan. -Walaubagaimanapun, kegagalan Jepun untuk mentadbir dengan baik, selain melakukan banyak kezaliman dalam pentadbirannya menyebabkan sokongan terhadap Jepun merosot dengan teruk dan kebanyakan golongan Thakin telah lari ke dalam hutan dan mengangkat senjata. (fakotr2 penentangan Jepun) -Selain itu, Tentera Kebangsaan Burma juga telah bertindak belot kepada Jepun dengan menyokong British apabila Kedudukan Jepun mula lemah.
64

-Gerakan penentangan bawah tanah menentang Jepun telah digerakkan oleh golongan Thakin yang berfahaman komunis seperti Thie Pe dan Thien Soe. -Pada 1 Ogos 1943 Jepun telah mengisytiharkan kemerdekaan Burma dengan melantik Dr. Ba Maw sebagai Perdana Menteri dibantu oleh kabinet dan majlis tersebut.

Indochina

-Jepun juga telah member sokongan kepada golongan agama dan pemimpin politik telah dibebaskan seperti Cao Daiyang kemudiannya menjadi boneka Jepun. Pemerintahan Perancis di bawah Jean Decoux tidak akan diganggu oleh Jepun kerana kerjasama yang berikan kepada Jepun -Kedudukan Indochina yang berdekatan dengan China menyebabkan masyarakatnya menerima fahaman komunisme dari Parti Kuomintang China. -Gerakan penentangan terhadap Jepun di Indochina diketuai oleh Ho Chi Minh dan Liga Kemerdekaan Viet Minh yang tirit mendapat bantuan persenjataan daripadda Amerika dan Britian. -Di Vietnam, tentera Jepun memaksa golongan petani menanam jut, rami, kacang dan tumbuhan minyak jarak. Sistem paksaan ini menjadikan masalah untuk menampung keperluan makanan semakin runcing. -Bagi mengusir Jepun dari Vietnam, perancangan telah dibuat oleh golongan komunis dan nasionalis bagi menentang kekejaman Jepun. Pakatan dengan parti lain telah dilakukan oleh pejuang komunis sebagai langkah permulaan. Ho Chi Minh telah dibebaskan oleh Jeneral Chang untuk memimpin Liga Parti Revolusi Vietnam. -Kesempatan ini membolehkan Ho Chi Minh menguatkan parti komunis dan Viet Minh daripada wang disalurkaan oleh negara China. -Bgi meraih sokongan rakyat Jepun telah menjalankan propaganda dengan cara memberi kemerdekaan kepada Annam dan Tongking. Oleh kerana tertipu dengan sikap Jepun, Liga Vietnam telah memulakan perang gerila. Mereka telah berjaya membebaskan beberapa wilayah. -Liga Kemerdekaan Viet Minh pada umumnya adalah satu pertubuhan pembebasan yang tidak memihak kepada Perancis dan Jepun. Usaha menentang Perancis dan Jepun di bawah pimpinan Ho Chi Minh telah dibantu oleh Amerika Syarikat dan China.

65

Filipina

-Pendudukan Jepun di Filipina telah menyebabkan kerajaan Filipina pimpinan Manuel Queozon terpaksa menubuhkan kerajaan dalam buangan di Amerika Syarikat. -Untuk memenangi hati rakyat, Jepun telah memberikan peluang kepada rakyat tempatan mentadbir di bawah Kesatuan Perkhimatan Filipina Baru, walau bagaimanapun Jepun menguasai kesemua jabatan2 dalam kerajaan di Filipina dan para pengawai tempatan Filipina langsung tidak mempunyai kuasa. -Dalam usahanya untuk menarik sokongan rakyat Filipina menentang Amerika Syarikat, Jepun telah bertindak menubuhkan sebuah Suruhanjaya Perlembagaan bagi merangka sebuah perlembagaan baru bagi Republik Filipina yang merdeka. -Pada 14 Oktober 1943, Jepun telah mengisytiharkan kemerdekaan Filipina secara rasmi dan Jose P.Laurel dilantik sebagi Presiden Filipina, namun kuasanya adalah terhad dan dianggap hanya sebagi seorang boneka kepada Jepun. -Akibatnya Luis Taruc dan Casto Alejandrino telah menubuhkan tentera rakyat antijepun atau Hukbalahap dengan sokongan padu daripada golongan petani yang bertujuan untuk menyingkirkan Jepun di Filipina dan membantu perkhimatan perisikan Amerika serta menyusun strategi menamatkan pemerintahan Jepun. -Hukbalahap telah melancarkan serangan ke atas kedudukan penguasaan Jepun di Filipina dan tanah yang berjaya diduduki telah diagih-agihkan kepada golongan petani. -Gerakan tentera Hukbalahap tidak dapat menguasai Filipina apabila Amerika Syarikat kembali menguasai Filipina pada September 1945.

Indonesia

-Orang Indonesia tidak menentang pendudukan Jepun di negara mereka kerana pemimpin utama seperti Sukarno dan Muhammad Hatta dibebaskan dari tahanan dan kemudiannya diangkat menjadi pemimpin. Jepun juga berjanji memberi kemerdekaan kepada Indonesia. -Antara tindakan Jepun dalam mengambil hati para pemimpin tempatan termasuklah membantu penubuhan PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat) yang memainkan peranan penting dalam gerakan nasionalisme dalam kalangan rakyat Indonesia. Selain itu, parti2 politik selain PUTERA turut dibantu penubuhannya oleh Jepun termasuklah PETA dan Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi).

66

-Dalam bidang pentadbiran, Jepun juga telah memberi peluang kepada rakyat tempatan dalam mengisi kekosongan pengawai kerajaan yang ditinggalkan oleh Belanda. -Apabila Jepun mula bertindak zalim ke atas rakyat, wujud gerakan penentangan di bawah pimpinan Shahrir yang melancarkan gerakan bawah tanah yang mendapat bantuan kewangan daripada Belanda. -Jepun kemudiannya bersetuju memberi kemerdekaan kepada Indonesia, namum apabila menyedari kekuasaan mereka semakin lemah, Jepun enggan memberikan kermerdekaan kepada Indonesia.

Kesimpulan: Reaksi penduduk tempatan ke atas pendudukan Jepun terbahagi kepada dua iaitu: Golongan nasionalis Burma, Inddonesia dan Tanah Melayu (pada permulaan perang ) yang pro kepada Jepun. Penentangan di seluruh Asia Tenggara oleh golongan yang anti-Jepun

Soalan: 1. Huraikan reaksi masyarakat tempatan terhadap pendudukan Jepun di Asia Tenggara.

Latihan 1. Huraikan 5 ciri sistem feudal yang diamalkan di Asia Tenggara. 2. Peranan dan kuasa-kuasa raja di Asia Tenggara. 3. Faktor2 kuasa2 Barat berminat ke atas Asia Tenggra. 4. Ciri2 sistem birokrasi Barat di Asia Tenggara

67

NASIONALISME DI ASIA TENGGARA DI ASIA TENGGARA Pengenalan -Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air. -Nasionalisme tidak terhad kepada pembebasan kuasa politik sahaja tetapi juga pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan kebudayaan asing. -Walaupun gerakan nasionalisme di negara2 Asia Tenggara terdapat perbezaan dari segi masa dan corak gerakan, namun, pada keseluruhannya faktor2 kemunculan nasionalisme tersebut mempunyai persamaan. -Sebagai rumusannya konsep nasionalisme: Perasaan cinta akan bangsa dan negara Gerakan membebaskan tanah air Pembebasan kuasa politik Pembebasan ekonomi dan kebudayaan asing

FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN NASIONALISME


1. Dasar penjajah Barat

-Dasar penjajah Barat telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat negara2 di Asia Tenggara. Sistem berokrasi Barat yang diperkenalkan tidak memberikan peluang yang sewajarnya kepada rakyat tempatan dalam sistem pentadbiran moden. -Rakyat tempatan terus kekal dalam ekonomi tradisional yang serba kekurangan. Malah dasar ekonomi penjajah seperti Sistem Tanaman Paksa di Indonesia dan Sistem Polo di Filipina jelas menindas penduduk peribumi. -Penjajah juga telah mewujudkan jurang sosial dengan menganggap bahawa mereka berada dalam kelas yang tersendiri. Selain itu, mereka hanya layak berdampingan sesama mereka dan bergaul dengan golongan elit tempatan yang terdiri daripada golongan bangsawan serta golongan pengawai kerajaan yang berpendidikan Barat. -Dasar keterbukaan penjajah terhadap kemasukan imigran puka menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat tempatan kerana penguasaan golongan tersebut dalam bidang ekonomi.

68

2. Pengaruh agama

-Pengaruh agama begitu jelas dalam mencetuskan nasionalisme di Asia Tenggara. -Agama telah berjaya menyatukan rakyat tempatan untuk menghadapi penindasan dan pengaruh kebudayaan Barat serta agama kristian. -Kemunculan Gerakan Islah di Indonesia dan di Tanah Melayu serta penubuhan Persatuan Belia Buddha (1906) di Burma pada peringkat awal gerakan nasionalisme di Asia Tenggara menunjukkan peranan agama sebagai alat perpaduan dan golongan agama sebagai pencetus nasionalisme. -Gerakan Islah telah memperjuangkan Pan-Islamisme, iaitu penyatuan dunia Islam menentang penjajah Barat. -Agama Kristian yang diperkenalkan oleh Sepanyol telah menyatupadukan penduduk peribumi untuk menentang kuasa tersebut. Keadaan ini berlaku kerana penganut Kristian tempatan dianggap kelas dua berbanding penganut Kristian berbangsa Sepanyol.

3. Karya kesusasteraan

-Karya kesusasteraan di Asia Tenggara turut berperanan dalam membangkitkan nasionalisme di Asia Tenggara. -Karya-karya ini merupakan media untuk menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan terhadap penindasan penjajah yang akhirnya membangkitkan kesedaran bangsa dan kecintaan terhadap tanah air. -Di Filipina, novel Noli Me Tangere karya Jose Rizal bukan sahaja mencetuskan gerakan nasionalisme di negara itu tetapi juga menjadi inspirasi terhadap gerakan nasionalisme di rantau Asia Tenggara. -Di indonesia, cerpen Kerikil-kerikil Tajam dan ke Makam Bonda karya Chairil Anuar begitu berpengaruh. Di Tanah Melayu pula, Putera Gunung Tahan karya Pak Sako adalah antara puluhan novel yang terkenal.

4. Sistem pendidikan

-Sistem pendidikan juga merupakan antara faktor yang mencetuskan nasionalisme. Ini adalah kerana sikap penjajah mengamalkan sikap pilih kasih dalam menyediakan kemudahan pendidikan dengan mengutamakan sekolah yang menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar.

69

-Penjajah hanya menberikan pendidikan pada peringkat rendah dan terhad kepada golongan elit dan penduduk bandar. Misalnya, di Indonesia, anak golongan priyayi diberikan pendidikan yang tersendiri dan diasingkan daripada anak orang kebanyakan. Sikap pilih kasih yang diamalkan oleh kerajaan Belanda ini bertujuan untuk memecahkan perpaduan rakyat tempatan. -Di Burma, pendidikan sekular (bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar) dan pendidikan mubaligh yang diperkenalkan telah menjadi ancaman terhadap sekolah Buddha. Di Tanah Melayu pula, lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan berbanding lepasan sekolah Inggeris.

5. Golongan Intelektual

-Kemunculan golongan intelektual merupakan pencetus gerakan nasionalisme. Golongan ini yang berpeluang melanjutkan pelajaran di Barat dan di Asia Tenggara telah didedahkan dengan idea falsafah Barat dan Islam. -Pengalaman mereka di Barat dan di Asia Barat telah menyedarkan golongan ini betapa pihak penjajah tidak mentadbir tanah jajahan seperti mereka mentadbir negara mereka sendiri. -Golongan inilah kemudiannya yang memimpin gerakan nasionalisme setelah kembali ke tanah air. Pada peringkat awal, mereka hanya menuntut taraf hidup bangsa mereka dibela tetapi akhirnya mereka meminta penjajah membebaskan negara mereka.

6. Pengaruh media massa

-Pengaruh media massa seperti akhbar dan majalah telah menyemarakkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara. Akhbar dan majalah berupaya menyebarkan idea-idea nasionalis dan menaman perasaaan antipenjajah kepada rakyat jelata. -Di Vietnam, Tribune Indigene dan Doche Felee merupakan akhbar yang berpengaruh. Di Tanah Melayu, al-Ikhwan, Saydara, Warta Malaya dan majlis adalah antara akhabar yang utama.

7. Perkembangan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan

-Perkembangan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan juga berperanan dalam kemunculan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara. Kewujudan perkhimatan telefon dan telegraf memudahkan hubungan di kalangan nasionalis.
70

-Pembinaan jalan kereta api dan jalan raya dapat menghubungkan kawasankawasan yang sebelumnya terpisah. Ini memudahkan rakyat dan para pemimpin bertemu dan membincangkan idea-idea nasionalisme.

8. Pengaruh luar

-Pengaruh luar turut mencetuskan nasionalisme di Asia Tenggara. -Kejayaan Jepun menewaskan China pada tahun 1895 dan Rusia pada tahun 1905 telah membuka mata para nasionalis di Asia Tenggara kerana keupayaan sebuah negara kecil mengalahkan negara besar. -Perjuangan Mahatma Gandhi di India menentang British juga telah memberikan inspirasi kepada nasionalis di negara-negara Asia Tenggara. -Revolusi Sepanyol telah memberi ilham kepada nasionalis Filipina untuk memperjuangkan kemerdekaan negara mereka. -Kesan pembukaan Terusan Suez 1869 turut membawa kepada kebangkitan nasionalisme. Perjalanan dari timur ke barat dipendekkan. Walaupun pembukaan Terusan Suez ini bertujuan untuk ekonomi namun secara tidak langsung membawa masuk idea-idea Barat ke Asia. -Kebangkitan revolusi Amerika, Perancis dan Inggeris telah membantu dalam menimnulkan kesedaran di kalangan pemimpin tempatan bagi mengatur strategi untuk melancarkan pemberontakan.

Kesimpulan -Faktor2 yang membawa kepada kemunculan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara dilihat sebagai tindak balas pemimpin dan rakyat tempatan terhadap segala perubahan yang mengancam kedudukan menreka di tanah air sendiri. -Faktor-faktor tersebut juga berkait antara satu sama lain dan secara kolektif mencetuskan gerakan nasionalisme terhadap penjajahan kuasa Barat.

Soalan 1. Huraikan faktor2 yang mencetuskan semangat nasionalisme di Asia Tenggara. 2. Bandingkan perbezaan gerakan nasionalisme tahap pertama dan tahap kedua di Asia Tenggara.

71

Jawapan -Nasionalisme tahap pertama Terbuka - Penentangan masyarakat secara terbuka Organisasi - Tidak berorganisasi Tempatan - Bersifat tempatan Isu isu Budaya, agama dan hak rakyat tempatan Pemimpin - Pemimpin terdiri daripada golongan pertengahan yang berpendidikan Barat Kesedaran - Memberi kesedaran politik Kemerdekaan Tidak menuntut kemerdekaan dengan segera

-Perjuangan tahap ke dua Radikal Bersifat radikal Orgaanisasi Mempunyai organisasi dan pemimpin Pemimpin Pemimpin yang berpendidikan Barat Merdeka Menuntut kemerdekaan dengan segara Kerajaan Membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat

2 3 4 5 6 7 8 9

Huraikan reaksi masyarakat tempatan terhadap pendudukan Jepun di Asia Tenggara Huraikan 5 ciri sistem feudal yang diamalkan di Asia Tenggara Peranan dan kuasa raja2 di Asia Tenggara 3 faktor kuasa2 Barat berminat ke atas Asia Tenggara Ciri2 sistem birokrasi barat di Asia Tenggara 3 implikasi sistem kultur terhadap masyarakat pribumi di pulau jawa huraikan 4 ciri sistem vandala Jelaskan bagaimanakah dasar penjajah barat telah mencetuskan semangat nasionalisme masyarakat tempatan di Asia Tenggara.

1. Huraikan perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara. 2. Faktor2 perjanjian Yandabo 1826 3. Faktor2 tercetus perang Jawa

72

NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

a. Pengenalan -Golongan pemimpin juga dikenali sebagai golongan intelektual ataupun golongan terpelajar yang kebanyakannya terdedah kepada pendidikan barat memainkan peranan penting dalam membangkitkan gerakan kesedaran, menyatukan rakyat yang berpecah belah, dan berjaya membentuk satu gerakan kebangsaab menuju ke arah pencapaian kemerdekaan negara masing2. -Golongan pemimpin / intelektual ini membekalkan kepimpinan bagi gerakan kesedaran negara masing2. -Peranan golongan intelektual adalah seperti berikut: Nadi penggerak kepada gerakan nasionalisme negara Membangkitkan semangat nasionalisme Menyatukan rakyat yang berpecah-belah Mewujudkan satu gerakan menuju ke arah pencapaian kemerdekaan negara. Memainkan peranan sebagai ejen perubatan

b. Peranan golongan pemimpin dalam gerakan nasionalisme di Asia Tenggara 1. Di Burma (Mynmar) -Di Myanmar, hingga tahun 1920, persatuan yang memainkan peranan penting dalam membangkitkan kesedaran rakyat ialah Persatuan Pemuda Buddha. Persatuan ini muncul pada tahun 1906. -Pemimpinnya2 ialah segolongan intelektual yang terdiri daripada May Oung, U Kin dan U Ba Pe. -Golongan intelektual ini ingin menyatukan nilai-nilai dan tradisi2 agama Buddha dengan pendidikan dan cara2 barat. -Mereka berjaya mendesak Kerajaan British meluluskan undang2 melarang pemakaian kasut di Pagoda. -Golongan intelektual ini seterusnya membantah tindakan Kerajaan British menyingkirkan Myanmar daripada pembaharuan politik India. -Golongan intelektual yang lebih agresif seperti U Ba Pe dan U Them Maung menubuhkan General Council of Burmese Association (GCBA) yang merupakan pertubuhan kebangsaan yang agresif. GCBA melancarkan pemulauan.

73

-Golongan intelektual ini dengan segera menghantar rombongan ke London sebagai tanda bantahan terhadap penyingkirkan dan mendesak supaya Myanmar diberi pemerintahan sendiri. -Golongan intelektual yang melampau ini berjaya apabila British memperkenalkan Sistem Diarki di Myanmar. -Golongan intelektual ini juga menganjurkan satu pemogokan pelajar2 sebagai protes terhadap keputusan British untuk meninggikan taraf kelayakan kemasukan Universiti Rangoon. -Akibat pemogokan ini, Pindaan Akta Universiti dikuatkuasakan dan lebih banyak kuasa pentadbiran universiti berada dalam tangan orang Myanmar. -Golongan intelektual ini tidak begitu berpengaruh selepas 1920, malah perjuangan kemerdekaan seterusnya dipelopori oleh golongan intelektual yang satu Iagi iaitu golongan Thakin. Golongan Thakin ini menguasai arena gerakan kebangsaan antara tahun 1935 1948. -Thakin telah membangkitkan semangat kebangsaan para pekerja telaga minyak dan pengangkutan sungai supaya mogok () demi menuntut kenaikan gaji dan keadaan-keadaan kerja yang lebih baik. -Seorang Thakin yang bernama Aung San menganjurkan pemogokan pelajar untuk menamatkan diskriminasi sistem pendidikan asing. Pemogokan ini meninggalkan kesan yang mendalam dalam gerakan kesedaran Myanmar. Ini adalah kerana sokongan moral bukan sahaja datang daripada golongan pelajar, malah orang Myanmar yang lain turut bersama. -Golongan Thakin menubuhkan Blok Kemerdekaan pada tahun 1939 untuk menuntut pemerintahan sendiri. Golongan Thakin melalui Blok ini menyampaikan hasrat bahawa ia akan bekerjasama dengan British jika Myanmar diberikan kemerdekaan tetapi British menolaknya. -Seterusnya Blok Kemerdekaan memihak kepada Jepun dan menentang Kuasa Berikat. Golongan Thakin membantu Jepun menawan Myanmar dengan harapan Jepun akan mengisytiharkan kemerdekaan bagi Myanmar.

74

-Apabila golongan Thakin sedar akan muslihat Jepun, maka mereka menjalankan gerakan bawah tanah. Apabila British kembali selepas Jepun menyerah kalah, Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis (LPRAF) di bawah pimpinan Aung San dan golongan intelektual yang lain mengadakan satu pemogokan kebangsaan meminta kemerdekaaan. -Golongan Thakin dibawa berunding dengan British dalam Perjanjian Atlee-Aung San. Satu pilihan raya umum dijalankan. LPRAF mendapat kejayaan yang menakjubkan. Akhirnya Myanmar mencapai kemerdekaan pada tahun 1948. Di Thailand -Peengenalan sistem pendidikan barat oleh Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn telah melahirkan satu golonganb intelektual yang didedahkan kepada idea2 Barat seperti sistem pemerintahan sosialisme, liberalisme, demokrasi. -Mereka yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti Rusia, Amerika syarikat dan Perancis akan lebih rapat dengan idea2 demokrasi, penentuan kerajaan sendiri, dan kerajaan berpelembangaan. -Golongan intelektual menganggap bahawa sistem pemerintahan monarki mutlak yang masih diamalkan oleh Siam adalah penghalang utama kepada pemodenan dan kemerdekaan Siam seterusnya. -Yang lebih memuncakkan keazaman mereka untuk menghapuskan kuasa mutlak raja ialah kelemahan2 Raja Vajiravudh dan Raja Prajadhipok yang ingin mengukuhkan kuasa mutlak mereka. -Golongan intekletual Siam yang dipimpin oleh Pridi Phanamyong seorang profesor Undang-undang lulusan Universiti Paris berasa kecewa dengan kepincangan pentadbiran monarki mutlak. Mereka inginkan pembaharuan dalam struktur politik Siam. Mereka hendak satu sistem pemerintahan yang berdasarkan demokrasi berpelembangaan. -Pada tahun 1932, golongan intekletual melancarkan Revolusi Siam bertujuan menamatkan kuasa mutlak raja. -Dalam hal ini mereka berjaya apabila Raja Prajadhipok terpaksa menerima perlembangaan sementara yang digubal oleh Parti Rakyat. -Golongan intekletual ini memainkan peranan penting dalam menjayakan Revolusi dan mengambil alih pucuk pimpinan kerajaan Siam.

75

Di Indonesia -Golongan intekletual tidak puas hati dengan pemerintahan Belanda yang mengamlkan dasar diskriminasi dalam peluang pendidikan, pekerjaan, dan pentadbiran. -Mereka juga ingin membela nasib golongan bawahan yang tertindas dan diperas oleh golongan Belanda dan orang Cina. -Intelektual Indonesia yang mula2 membangkitkan kesedaran tentang pentingnya pendidikan ilah Raden Adjeng Kartini. Bagi memajukan kaum wanita, beliau telah menubuhkan sebuah sekolah bagi anak2 perempuan pengawai Indonesia. -Beliau diikuti oleh Dr. Mas Wahidin Soediro Hoesoedo yang mengasaskan Budi Utomo untuk mencapai kemajuan kebudayaan ,ekonomi dan pendidikan orang Jawa. -Gerakan kesedaran seterusnya dipelopori oleh Omar Said Tjokroaminoto yang memimpin Sarekat Islam. Sarekat Islam adalah sebuah parti massa politik pertama di Indonesia. Perjuangannya mendapat sokongan segenap lapisan masyarakat, Ianya bertujuan untuk memajukan kedudukan sosio-ekonomi dan kepentingan agama islam masyarakat indonesia. Selepas tahun 1916 Sarekat Islam menuntut kerajaan sendiri melalui cara perlembagaan. -Intelektual Indonesia yang berjaya membawa Indonesia ke arah pencapaian kemerdekaan ilah Sukarno. Sukarno, pemimpin utama Parti Nasionalis Indonesia mengamalkan cara tidak bekerjasama dengan Belanda untuk mencapai kemerdekaan. -Perjuangan Sukarno bersifat kebangsaan dengan menyatupadukan rakyat dan parti2 politik ke arah menuntut kemerdekaan untuk Indonesia. -Sukarno mempengaruhi dan menyatukan rakyat tanpa mengira agama dan ideologi di bawah Parti Nasional Indonesia menentang Belanda secara terbuka. -Pada tahun 1928, PNI di bawah Sukarno menganjurkan kongres Pemuda untuk menghasilakan Sumpah Pemuda yang melaung-laungkan cogan kata satu negara, satu bendera, satu bangsa dan satu bahasa dalam membentuk identiti Indonesia. -Sukarno sedar bahawa Indonesia tidak akan mencapai kemerdekaan secepat mungkin selagi tiadanya perpaduan di kalangan parti2 yang ada. Usaha beliau ke arah perpaduan rakyat telah membawa kepada terbentuknya Permuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia, sebuah gabungan yang terdiri daripada beberapa buah parti utama. -Walaupun ianya merupakan satu pertubuhan yang longgar, tetapi sekurangkurangnya para nasionalis sedar akan pentingnya perpaduan rakyat sebagai satu sokongan untuk menentang Belanda.

76

-Perjuangan Sukarno yang radikal menyebabkan beliau ditangkap. Ini tidak sekalipun melemahkan semangat perjuangannya. Apabila dibebaskan, beliau menyertai Partindo dan membawanya ke arah perjuangan yang radikal. Sekali lagi Sukarno ditangkap. Dengan penangkapan Sukarno gerakan kesedaran Indonesia beralih kepada sesuatu yang sederhana. -Apabila Jepun menawan Indonesia, Sukarno dan pemimpin-pemimpin lain dibebaskan. Sukarno demi mencapai kemerdekaan dengan segera telah menyokong Jepun. -Selepas Jepun menyerah kalah, Sukarno dan pemimpin-pemimpin lain seperti Hatta dan Sjharir meneruskan perjuangan kemerdekaan. Golongan intelektual ini mendesak Kerajaan Belanda supaya memberi kemerdekaan. -Akhirnya Belanda mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia selepas berlakunya beberapa pemberontakan dan rusuhan. Sukarno dilantik sebagai Presiden yang pertama sementara Mohamad Hatta menjadi Presiden Menteri yang pertama.

4. Di Filipina -Peranan golongan intelektual di Filipina dalam perkembangan gerakan kesedaran menonjol pada akhir abad ke-19. -Kegagalan Pemberontakan Cavite (1872) menyebabkan beberapa orang pemimpin tentera Filipina ditangkap dan dihukum bunuh. -Peristiwa ini dan dasar Sepanyol yang menindas menyebabkan sebilangan intelektual melarikan diri ke Eropah, Jepun, dan Hong Kong. -Mereka membangkitkan idea nasionalisme Filipina semasa di negara-negara itu. Intelektual ini membentukkan satu kumpulan yang dapat menghasilkan akhbar La Solidaridad (1889). -Di kalangan intelektual yang terdapat Jose Rizallah yang memainkan peranan terpenting. Perjuangannya adalah melalui dua buah novel iaitu Noli Me Tangere (1887) dan El Filibusterismo (1891). Kedua-dua novel mendedahkan penindasan Sepanyol di Filipina. -Rizal menyeru supaya orang Filipina bangun sebagai satu bangsa yang bersatu padu menentang penjajah Sepanyol. Ketiga-tiga cetakan ini dibawa masuk ke Filipina dengan tujuan menyedarkan orang Filipina ke arah satu perjuangan menentang Sepanyol.

77

-Perjuangan Rizal untuk kemajuan dan kepentingan masyarakat adalah melalui Liga Filipina yang ditubuhkan pada tahun 1892. Malangnya, ianya gagal, menyebabkan Rizal ditangkap dan Liga Filipina diharamkan. -Perjuangan Jose Rizal yang sederhana ini diteruskan oleh intelektual lain seperti Andres Banifacio yang menubuhkan Katipunan, sebuah organisasi radikal dan revolusioner. -Katipunan ingin melancarkan revolusi menggulingkan rejim Sepanyol. Seperti Rizal, Bonifacio juga memperjuangkan ideanya melalui akhbar. -Akhbar Kalayan yang diterbitkan oleh Katipunan bertujuan menyebarkan fahaman revolusi menentang rejim Sepanyol melalui revolusi. -Walau bagaimanapun, perjuangan kemerdekaan Filipina terus diperjuangkan oleh intelektual seperti Manuel Quezon, Sergio Osmena, dan Manuel Roxas. -Dalam pilihan raya umum yang pertama dalam tahun 1907, Parti Nasionalis telah mendapat undi terbanyak. -Pemimpin-pemimpin utama Parti Nasionalis ini iaitu Manuel Quezon dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan manakala Sergio Osmena sebagai Speaker. -Pada tahun 1916, atas desakan Quezon, Kongres Amerika Syarikat lebih banyak kuasa kepada Filipina untuk memenuhi janji kemerdekaan. Malangnya Amerika Syarikat hanya bersetuju memberikan kemerdekaan selepas 10 tahun Filipina menjadi Komanwel. Intelektual-intelektual ini tidak berputus asa. -Pada tahun 1933, intelektual Quezon mengetuai satu rombongan ke Amerika Syarikat untuk berunding agar Undang-undang Kemerdekaan Filipina diluluskan. -Pada 4 Julai 1946, Republik Filipina ditubuhkan. Manuel Roxas yang dapat menewaskan Osmena menjadi Presiden pertama.

78

5. Di Vietnam -Di Vietnam, dua orang intelektual Phan Boi Chau dan Phan Chu Trinh memainkan peranan utama dalam gerakan kesedaran Vietnam. Phan Chu Trinh menuntut pemodenan Vietnam melalui kerjasama dengan Perancis dan pembentukan kerajaan demokrasi. Beliau percaya kepada cara aman. Beliau dibuang negeri berikutan protesnya ke atas dasar cukai. -Phan Boi Chau pula menyarankan kerajaan monarki berpelembagaan. Beliau banyak berjuang melalui tulisannya seperti Vietnam Vong Quoc Su (Sejarah Jatuhnya Vietnam) dan Hau Cau Hayet Le Tan Thu (Buku Seberang Laut ditulis dengan Darah). -Selepas Perang Rusia-Jepun 1905, kedua-dua inteletual ini bekerjasama meneruskan perjuangan menentang Perancis. -Phan Boi Cahu menubuhkan Viet Nam Quang Phu Hoi (Persatuan Pemulihan Vietnam) di Canton. Ianya merupakan kumpulan politik yang pertama dalam gerakan kesedaran Vietnam. -Persatuan ini bertujuan membebaskan Vietnam daripada penjajahan Perancis dan membentuk satu perlembagaan. Persatuan ini berjaya membangkitkan beberapa rusuhan di Tongking tetapi ianya dapat dipatahkan oleh Perancis. -Golongan intelektual Vietnam sedar bahawa isu sosio-ekonomi juga penting dalam perjuangan kemerdekaan. Oleh demikian, mereka menuntut supaya cukai diturunkan. -Beberapa penentangan yang diketuai oleh intelektual seperti Phan Chu Trinh tercetus di Annam dan Hanoi. Di Annam, golongan intelektual yang mempimpin kaum tani membantah dasar cukai dan buruh paksa di lombong arang batu Nongson. -Di Hanoi pula, orang Vietnam cuba meracuni pegawai tentera Perancis. Phan Chu Trinh dan pemimpin-pemimpifl lain ditangkap dan dibuang negeri. -Antara tahun 1925 1930, Nguyen Thai Hoc yang mengasaskan Parti Nasional Vietnam atau Vietnam Quoc Dan Dang (VQDD) menguasai arena gerakan kesedaran Vietnam. -VQDD menentang Perancis secara terbuka dan menggunakan cara militan. Akibatnya ianya diharamkan dan Nguyen Thai Hoc ditangkap dan dihukum bunuh. -Perjuangan kemerdekaan Vietnam seterusnya dipimpin oleh Ho Chi Minh.

79

Kesimpulan: -Peranan golongan intelektual dalam gerakan kesedaran di Asia Tenggara tidak boleh dipersoalkan. Peranan mereka dalam membangkitkan dan memperjuangkan kemerdekaan adalah besar dan bermakna. -Golongan ini menggunakan beberapa cara dengan harapan mencapai impian mereka. Ada yang mendedahkan kelemahan dan penindasan melalui bahan media, ada yang ingin menggunakan cara perlembagaan, dan ada pula yang ingin menggunakan cara revolusi dan militan. -Dalam apa jua cara pun, kita boleh membuat kesimpulan bahawa golongan intelektual ini membekalkan kepimpinan dan bertindak demi kepentingan negara dan bangsa.

Soalan: 1. Bincangkan peranan dan sumbangan golongan intelektual terhadap kebangkitan dan perkembangan gerakan kesedarann di Asia Tenggara pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.

Jelaskan reaksi masyarakat tempatan terhadap pendudukan jepun di Burma Huraikan pengaruh agama terhadap kebangkitan semangat kebangsaan di Indonesia pada awal abad ke-20

80

Nasionalisme di Asia Tenggara Pengenalan: -Awal abad ke-20 merupakan zaman gerakan kesedaran nasionalsime di negara2 di Asia. Ini adalah tindakbalas daripada perubahan2 yang dilakukan oleh penjajah dari pelbagai aspek (P,E,S). -Sejak perang dunia ke-2 nasionalisme menjadi faktor utama untuk menentang penjajah. -Peranan golongan agama juga amatlah penting dalam mencetuskan kesedaran nasionalisme di kalangan masyarakat di Asia Tenggara.

a. Peranan Golongan Agama Di Burma (Mynmar) -Pertubuhan agama terwal di Burma ialah Persatuan Sasanadara di Mandalay oleh U Shway Thwin. -Tujuan penubuhan Memajukan kehidupan sosial orang Burma dengan menganjurkan sekolah agama Buddha. -Penyerapan nilai dan teknologi Barat dalam masyarakat Burma amat dibimbangi oleh golongan agama kerana khuatir Buddha akan terjejas. Mereka berusaha memulihkan kepercayaan terhadap agama melalui beberapa pembaharuan termasuk galakan yang dapat membangkitkan semangat nasionalisme. -Antara usaha pembaharuan agama dan penyemarakan sentimen nasionalisme dilaksanakan melalui pembentukan persatuan yang berasaskan agama sebagai matlamat perjuangan. -Pada tahun 1909 ditubuhkan Persatuan Belia Buddha oleh sebilangan rakyat yang berpendidikan Barat. Pengasas-pengasasnya ialah : U May Oung, U Kin, U Ba Pe dan Sir Maung Gyee Tujuan penubuhan : untuk menyatukan nilai dan tradisi agama Buddha dengan pendidikan dan acara Barat.

-Pada tahun 1921, nama persatuan ini ditukar kepada Majlis Am Persatuan2 Buddha.

81

-Golongan Pongyi (sami-sami Buddha) meruakan satu gerakan nasionalisme yang berorganisasi Perkembangannya disebabkan oleh: o Perkembangan pelajaraan Barat serta kemerosotan pengaruh sangha ( komuniti sami-sami Buddha dan sekolah-sekolah agama Buddha ) di bawah pemerintahan British. o Pengaruh perjuangan nasionalisme di Negara-negara Asia Tenggara seperti China dan India. o Kesan-kesan Perang Dunia Pertama.

-Golongan Pongyi tekah menuntut pihak British agar menanggalkan kasut apabila memasuki Pagoda (kuil). Hal ini kerana British telah mencemarkan dan melanggar peraturan di kuil di mana setiap pengunjung dikehendaki membuka kasut. Perbuatan ini telah mencemarkan kesucian rumah ibadat mereka. Oleh itu, mereka telah berjuang untuk menyedarkan masyarakat tentang masalah kasut yang mecemarkan identity dan maruah Myanmar. -Peranan golongan Pongyi: Menghasut petani menentang sistem cukai Memprotes pemakaian kasut di rumah-rumah berhala Penentangan pemisahan Burma dari India Mengutuk sistem pemerintahan Dyarchy. Pemberontakan Saya San (di Burrma Hilir)

Peranan Golongan Agama di Filipina -Nasionalisme Filipina pula telah bermula sejak pertengahan abad ke-19. Sebelum tempoh itu, selama dua abad, berlaku tidak kurang daripada 100 penentangan terhadap Sepanyol yang menakluki Filipina. -Kebanyakannya bertujuan mengembalikan kebebasan kumpulan atau suku kaum yang tertindas oleh tindakan tidak adil Sepanyol sama ada dalam aspek agama, sosiobudaya, pentadbiran atau ekonomi. -Kehadiran Kristian menjadi pendorong kepada penduduk Filipina bersatu dan mula memandang diri mereka sebagai satu golongan masyarakat. Dengan kata lain, agama Kristian dianggap sebagai simbol perpaduan rakyat Filipina untuk membangkitkan perasaan perpaduan dan nasionalisme. Contohnya, layanan buruk oleh paderi Sepanyol juga memberi semangat kepada rakyat Filipina memberontak.

82

-Diskriminasi sering dilakukan oleh paderi Sepanyol yang disebut sebagai Paderi Regular, terhadap paderi Filipina yang disebut sebagai Paderi Sekular. Malahan, Paderi Sekular dipandang rendah dan menafikan mendapat jawatan penting dalam pentadbiran gereja. -Paderi Regular juga lebih suka mengumpul harta daripada berkhimatan dengan penduduk tempatan. -Penentangan menuntut keadilan atau persamaan hak dalam bidang agama juga dapat dilihat pada penentangan Apolinario de la Cruz (1840 hingga 1841) merupakan perjuangan menuntut persamaan hak bagi rakyat Filipina dalam hierarki atau jawatan kepaderian dan mengandungi unsur tuntutan politik. -Cruz bertindak apabila beliau tidak dibenarkan belajar di biara hereja katolik kerana pihak gereja itu mengamalkan dasar menyekat orang Filipina menduduki jawatan penting dalam urusan gereja. -Sebagai tindak balas, Cruz membentuk pertubuhan agama yang dikenali sebagai Confradia de San Jose. Pertubuhan ini tidak diiktiraf oleh Sepanyol dan Sepanyol ambil tindakan untuk hapuskan pertubuhan itu apabila ia semakin berpengarih, khususnya di kawasan Tayabas. -Cruz berjaya dibunuh oleh paderi2 Filipina yang disyaki menyokongnya disingkirkan sehingga mengurangkan jumlah paderi Filipina dalam organisasi gereja. Menjelang tahun 1871, hanya terdapat 181 orang daripada 792 pegawai gereja berbangsa Filipina. -Agama Islam juga dilihat sebagai sumber kekuatan dalam usaha masyarakat Filipina menentang ancaman Sepanyol. Masyarakat Sulu di bahagian Selatan Filipina telah menjadikan Islam sebagai tunjang penting dalam usaha mereka menentang Sepanyol. -Sepanyol yang menjalankan dasar penyebaran dakyah Kristian secara aktif menerima tentangan hebat daripada Kesultanan Sulu sejak abad ke-16 lagi. -Kesultanan Sulu sering sahaja menjadikan Islam sebagai sumber kekuatan dan penyatuan rakyatnya. Perang Moro yang berlangsung sepanjang abad ke-16 hingga abad ke-20 membuktikan hakikat ini. Malahan di kalangan pejuang Moro telah timbul satu amalan yang disebut sebagai Juramentado iaitu kesanggupan mengorbankan nyawa sewaktu berperang dengan Sepanyol.

83

Soalan 1. Menjelaskan peranan wanita dalam nasionalisme di Asia Tenggara

Raden Adjeng Kartini a. Latar Belakang -Raden Ajeng Kartini adalah pahlawan wanita Indonesia yang memperjuangan emansipasi wanita. -Dilahirkan di Jepara, Jawa Tengah, pada 21 April 1879, Kartini adalah seorang puteri dari bangsawan Jawa. -Ia hanya bersekolah sampai umur 12 tahun, kerana pada masa itu wanita tidak boleh berpendidikan lebih tinggi dari lelaki. -Kartini banyak menulis surat kepada rakan-rakannya yang berasal dari Belanda. -Dalam surat-suratnya ia banyak menyuarakan tentang masalah wanita Indonesia, seperti rendahnya status sosial wanita, hak tidak dapat menuntut ilmu, harus rela dinikahkan dan dimalukan. Ia pun banyak mendapat maklumat tentang kemajuan berfikir wanita di Eropah, sehingga timbul keinginan Kartini untuk menaikkan darjat wanita. Ia mahu wanita di negaranya juga mempunyai hak untuk menuntut ilmu supaya dapat berfikir maju. -Ia pun mendirikan sekolah2 wanita. Keinginannya untuk melanjutkan pendidikan di Sekolah Guru di Belanda terhalang karena ia harus menikah pada 12 November 1903. Namun setelah beberapa hari melahirkan anak pertamanya. Kartini meninggal di Rembang, Jawa Tengah, 17 September 1904 di usia 25 tahun. -Surat2 yang pernah ditulis dan dikirimkan Kartini kepada rakan-rakannya kemudian dikumpulkan dan dijadikan sebuah buku yang berjudul Habis Gelap Terbitlah Terang. Buku ini memberikan inspirasi kepada kaum wanita di daerah lain untuk memperjuangkan hak2 mereka. -Sejak itu banyak berdiri Sekolah Kartini hingga wanita boleh menyamakan hak mereka dengan lelaki. Untuk mengenang jasa2 Kartini mak ditetapkanlah hari lahir Kartini, tanggal 21 April sebagai Hari Kartini.

84

Peranan Adjeng Kartini dalam gerakan nasionalisme di Indonesia Berusaha memajukan taraf hidup rakyat Berusaha memberi pendidikan kepada masyarakat Membela nasib golongan wanita Menghasilkan karya Habis Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan Seorang Puteri Jawa. Mendedahkan kemunduran rakyat Mendedahkan penindasan Belanda Memberi inspirasi menubuhkan Pertubuhan Muhammadiyah

Isu tradisi dan adat resam di Asia Tenggara Politik Kebudayaan Agama Hak pribumi

Isu Politik -Sistem pemerintahan feudal terhapus dan digantikan dengan sistem pentadbiran moden. Contoh: Di Burma Di Filipina Di Indonesia Di Vietnam (sila rujuk nota yang lalu)

-Pembesar2 tempatan kehilangan kuassa mentadbir wilayah/kawasan dan memungut cukai kerana digantikan oleh pengawai2 Barat. Contoh: di Burma, Vietnam, Filipina dan Indonesia.

85

Isu Kebudayaan -Di Burma a. Isu Kasut Perang Inggeris- Burma I (1826) Perang Inggeris- Burma II (1852) Perang Inggeris- Burma III (1853)

Isu Agama -Di Indonesia Membina jalan raya merentasi kawasan perkuburan nenek moyang Dipo Nogoro. Penyebaran Agama Kristian.

-Di Burma Penyebaran agama Kristian mencabar agama Buddha.

-Di Vietnam Penyebaran Agama Kristian mewujudkan gerakan anti Kristian.

Isu Hak Pribumi -Di Indonesia Pengenalan sistem Kultur dan dasar Liberal Hak mendapatkan pendidikan

-Di Filipina Sistem polo Sistem vandala Hak mendapatkan pendidikan

86

You might also like