You are on page 1of 4

Rasulullah SAW mengingatkan pada kita tentang lima perkara sebelum datangnya lima perkara, dalam hadistnya : Dari

Ibnu Abbas, Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda,

:
Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara : [1] Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu, [2] Waktu lapngtmu sebelum datang waktu sibukmu, [3] Masa sihatmu sebelum datang masa sakitmu, [4] Masa kayamu sebelum datang masa miskinmu, [5] Hidupmu sebelum datang kematianmu.

(HR. Al Hakim dalam Al Mustadroknya, dikatakan oleh Adz Dzahabiy dalam At Talkhish berdasarkan syarat Bukhari-Muslim. Hadits ini dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Al Jami Ash Shogir)

5 (Perkara) Sebelum 5 Hadis Nabi saw tentang "lima perkara sebelum lima perkara" itu maksudnya adalah supaya kita mempergunakan waktu dan kesempatan yang ada dengan sebaikbaiknya, sebelum hilangnya kesempatan serta datangnya lima perkara tersebut. Hadis tersebut diriwayatkan oleh Imam Hakim dalam kitab al-Mustadrak. Lima perkara tersebut adalah sebagai berikut: 1. " Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu ". Masa muda hendaklah dipergunakan sebaik-baiknya untuk mencapai kebaikan, kejayaan, dan matlamat hidup, kerana masa mudalah kita mempunyai keinginan dan cita-cita yang ingin kita capai, akan tetapi bukanlah bererti masa tua itu menghalangi kita untuk tetap berusaha mencapai keinginan kita, tapi tentulah usaha masa tua akan berbeza halnya dengan usaha saat kita masih muda. Maka dengan itu, masa muda hendaklah diisi dengan pelbagai kegiatan yang bermanfaat agar tidak menyesal di kemudian hari.

2. " Waktu lapangmu sebelum datang waktu sibukmu ". Disini kita dianjurkan untuk menghargai waktu, agar boleh diisi dengan hal-hal yang bermanfaaat baik untuk diri sendiri mahupun orang lain. Misalnya, menziarahi saudara ketika ada mempunyai kesempatan sebelum kesibukan menghampiri kita, sehingga tidak sempat lagi walaupun sekadar untuk mengunjungi sanak-saudara.

3. " Masa sihatmu sebelum datang masa sakitmu ". Sebagai manusia yang sering alpha dan leka ini agar kita sentiasa berwaspada pada segala kemungkinan yang bakal berlaku yang mana sifatnya diluar jangkaan manusia, seperti datangnya sakit. Sakit disini bukan hanya sekadar sakit jasmani, tapi juga sakit rohani. Maka ketika kita sihat dari segi jasmani dan rohani ini, maka hendaklah kita sentiasa mempergunakannya untuk perkara-perkara yang

bermanfaat tanpa mengsia-siakan setiap detik waktu itu.

4. " Masa kayamu sebelum datang masa miskinmu ". Tidak terlalu jauh berbeza dari penjelasan di atas, ketika kekayaan yang ada pada kita, samada ianya berupa kebendaan atau lainnya, maka hendaknya kita memanfaatkannya sebaik-baiknya terutama di jalan Allah seperti sedekah dan jangan membazirkannya di jalan yang salah. Ini kerana setiap apa jua jenis harta yang disedekahkan semata-mata ikhlas kerana Allah maka besar ganjarannya yang diperolehinya di akhirat nanti.

5. " Hidupmu sebelum datang kematianmu ". Yang terakhir ini merupakan rangkuman dari empat perkara di atas. Ketika kita diberi kehidupan maka hidup yang diberikan pada kita itu sebenarnya merupakan kesempatan yang tiada taranya. Kerana kesempatan hidup tidak akan datang untuk kedua kalinya. Kehidupan harus dijalani sesuai menurut tuntutan dan fitrah diri sebagai insan yang beragama Islam.

Lima hal itu merupakan intipati, misi dan visi hidup manusia, kerana kunci kejayaan itu terletak pada bagaimana kita "mempergunakan kesempatan dengan sebaik-baiknya". Kerana peluang hidup setiap manusia itu hanya sekali, tiadalah

peluang baginya. KIsah ini telah dirakamkan sendiri di dalam Al-Quran bahawa tatkala mereka telah dimatikan dan di azab di alam kubur maka mereka berkata kepada Allah untuk kembali semula ke dunia untuk melakukan amal kebajikan, tetapi sayangnya peluang kesempatan bagi manusia hanya sekali bagi seluruh umat manusia dari zaman Nabi Adam AS sehingga Nabi Muhammad SAW.

Mempergunakan kesempatan adalah bentuk pasrah pada upaya dan usaha, bukan pada hasil. Prinsip pasrah pada upaya dan usaha akan membentuk jiwa yang teguh, tegar, kuat, dan tidak mudah putus asa.

Semoga takirah ringkas yang telah saya kongsikan sebentar tadi akan memberi manfaat serta sedikit kesedaran terhadap diri terutamanya kepada orang yang berkongsi ilmu ini. Segala yang baik semuanya datang dari Allah, dan

buruknya daripada diri saya yang lemah ini serta hakikatnya semuanya datang darpada Allah SWT.

You might also like