You are on page 1of 3

JENIS-JENIS KUASA a) Kuasa Sah Kuasa Sah atau kuasa legitimasi wujud kerana kedudukan rasmi seseorang dalam

sesebuah organisasi. Kadangkala kuasa sah ini juga bergantung kepada hubungan yang dijalinkan antara subordinat dengan seseorang pemimpim. Walaubagaimanapun, kuasa ini mungkin dibatasi oleh sesetengah perjanjian yang formal. Contohnya, apabila seseorang subordinat enggan melakukan sesuatu kerja yang lebih dari diklasifikasikan. Oleh itu, pendekatan seperti Buat juga, sebab saya adalah bos, ini tidak patut

dilakukan kerana ini akan mengurangkan daya kepimpinan seseorang pemimpin. Umumnya, seseorang memiliki kuasa sah jika berupaya: a) Membuat orang lain mempunyai komitmen untuk melakukan sesuatu. b) Membuatkan orang lain merasakan bahawa mereka patut memenuhi keperluan kerja. c) Membolehkan setiap pekerja merasakan memiliki tanggungjawab yang perlu dipenuhi. d) Membuatkan orang lain tahu bahawa mereka mempunyai tugas yang perlu diselesaikan.

b) Kuasa Keperluan Kuasa kepakaran wujud pada seseorang yang mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang yang tertentu. Kuasa ini biasanya dipelopori oleh mereka yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam hal-hal seperti teknikal, pengurusan, pencarian sumber dan sebagainya. Sebagai contoh, seorang pakar komputer yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai cabang dalam teknologi maklumat seperti multimedia, pembangunan sistem dan pembangunan aplikasi adalah lebih berkuasa berbanding seseorang yang hanya mendominasi hanya aspek multimedia dalam bidang itu. Seseorang dikatakan memiliki kuasa ini jika berupaya: a) Memberi cadangan teknikal yang baik. b) Berkongsi pengalaman atau latihan lalu. c) Memberikan nasihat berkaitan dengan kerja yang baik. d) Menyediakan pengetahuan teknikal yang diperlukan.

JENIS-JENIS KUASA c) Kuasa Rujukan Pemimpin yang mempunyai kuasa rujukan merupakan pemimpin yang mempunyai ciri-ciri yang menarik perhatian orang lain. Orang ramai sanggup mengikut arahannya disebabkan rasa hormat dan ingin mencontohinya. Kuasa rujukan ini dimiliki adalah disebabkan pemimpin ini mempunyai ciri-ciri peribadi dan sikap-sikap yang amat positif yang menyebabkan seseorang itu mempunyai integriti, kredibiliti dan karisma. Kuasa ini juga diperolehi sekiranya seseorang itu memiliki pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu perkara. Menurut French & Raven, untuk meningkatkan kuasa rujukan terdapat beberapa langkah yang perlu diambil iaitu selalu bersikap positif dan berbaik sangka kepada orang lain, mempertahankan kepentingan orang lain dan memberi sokongan pada mereka apabila diperlukan, tunjukkan sikap sanggup berkorban untuk kepentingan orang lain dan tidak

memperalatkan orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Umumnya pengurus atau pemimpin yang memiliki kuasa ini berupaya: a) Menyebabkan pekerja rasa dihargai dan diterima. b) Membuatkan pekerja berasa mereka juga penting. c) Membuat pekerja menyukainya. d) Memyebabkan pekerja berasakan mereka bernilai kepada organisasi.

d) Kuasa Ganjaran Kuasa ganjaran datang dari kebolehan seseorang untuk mengurniakan ganjaran. Ia juga merupakan salah satu sumber kuasa yang berasaskan organisasi kerana syarikat secara amnya memberi kuasa kepada pemimpin untuk menaikkan gaji, mempengaruhi agar seseorang diberi kenaikkan pangkat dan memberikan manfaat khusus seperti bonus, elaun tertentu dan hari percutian. Pemimpin juga boleh menggunakan ganjaran sosial seperti memberi pujian serta pengiktirafan kepada subordinat-subordinatnya.

Ganjaran material dan ganjaran sosial dapat meningkatkan produktiviti dan prestasi dalam empat keadaan seperti berikut: a) Apabila ganjaran yang diberi sangat dihargai oleh orang yang

menerimanya.

JENIS-JENIS KUASA b) Apabila ganjaran diberi selepas orang bawahannya memenuhi syaratsyarat yang menjadi kriteria bagi menerima ganjaran itu. c) Kriteria untuk ganjaran itu mestilah terang, jelas dan difahami oleh orang yang bakal menerima ganjaran itu. d) Apabila peraturan dan kriteria bagi menerima ganjaran itu sentiasa digunakan ke atas semua orang dan dalam semua keadaan.

e) Kuasa Paksaan Kuasa ini berpunca daripada kawalan seseorang pemimpin melalui hukuman atau menolak pemberian ganjaran kepada subordinat. Selalunya, pemimpin merupakan orang yang menurunkan pangkat, menurunkan gaji, menangguhkan bayaran ataupun mengugut subordinat kerana pencapaian mereka yang kurang memuaskan. Pada zaman sekarang, kuasa paksaan lebih difokuskan kepada aspek psikologi dan emosi. Walaupun undangundang menghadkan kebolehan seseorang pemimpin menggunakan kuasa paksaan, ia masih sering digunakan dalam kebanyakkan organisasi. Namun demikian, menggunakan hukuman untuk mendapatkan kepatuhan daripada subordinat akan mendatangkan kesan negatif. Subordinat mungkin

berdendam terhadap si penghukum. Lama-kelamaan, jurang akan menjadi semakin besar di antara pemimpin dan subordinat. Fenomena ini sudah tentu mengurangkan dedikasi seseorang subordinat terhadap organisasinya. Umumnya pengurus atau pentadbir memiliki kuasa ini jika: a) Membuatkan sesuatu kerja menjadi lebih sukar kepada subordinatnya. b) Memberikan kerja yang tidak disukai oleh pekerjanya. c) Membuat keadaan kerja menjadi tidak ceria atau memberangsangkan. d) Mempengaruhi dalam kenaikkan pangkat.

You might also like