You are on page 1of 6

Minit Mesyuarat Guru Kali Ke -3 Tahun 2013 Tarikh Jam Mula Tempat Pengerusi : 06 Mei 2013 ( Isnin ) : 2.

00 petang : Bilik Mesyuarat SKGN : Pn. Noorizah Binti Shuid Guru Besar SK Guar Nangka Kehadiran 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. :

Pn. Noorizah Bt. Shuid Guru Besar SK Guar Nangka Pn. Dalila Bt. Awang Penolong Kanan Pentadbiran En. Osman B. Omar Penolong Kanan HEM En. Chatri a/l Sing Penolong Kanan KoKurikulum Ainun Kamaliyah Bt. Kamarul Zaman Guru data Athiyah binti Shuid Ketua Panitia Bahasa Melayu Azizah binti Hasan Setiausaha PBS Fauziah binti Musa Guru Pemulihan Hartina binti Rosdi Setiausaha Pentadbiran

10. Hasnah binti Wahab Ketua Biasiswa dan Kebajikan 11. Hasniyanti binti Mohd. Hanafiah Pegawai Aset 12. Hayati binti Yahaya Guru SPBT

13. Isa B. Mat Guru Bimbingan Dan Kaunseling 14. Jamalulhaslina binti Fuad Guru Perpustakaan dan Media 15. Juniza Bt. Hashim Setiausaha Bahasa Inggeris 16. Mohammad Sofi bin Hassan Ketua Panitia Bahasa Arab 17. Muhammad Ridzuan bin Hj Ismail Setiausaha Sukan 18. Noreiza Bt. Seron Setiusaha LINUS 19. Norliza Bt. kadir Guru Disiplin 20. Nur Adila Bt. Mohd Fadzli Guru Prasekolah 21. Nur Nasihah binti Abdullah Ketua Panitia Bahasa Inggeris 22. Ramlee bin Hussain Ketua Panitia Matematik 23. Rohisyam bin Abidin Setiausaha KoKurikulum 24. Rosli bin Hassan Ketua Panitia PJK 25. Salihah binti Abd Kadir Setiausaha Kurikulum 26. Sharizah binti Abdullah Setiausaha Peperiksaan 27. Siti @ Lebar binti Rejab Ketua Panitia Pendidikan Islam 28. Suraiza binti Abdullah Setiausaha PIBG 29. Suriany binti Idris Setiausaha HEM 30. Wan Muhammad Nizar bin Wan Pe Ketua Unit Kesihatan

31. Yusrizal bin Yusoff Penyelaras ICT 32. Nur Syamim Diyana binti Mohd Shahril GSTT Tidak Hadir Bersebab : 1. Sopiah binti Omar Guru Praktikum 2. Wan Hayazi binti Wan Abdullah Guru Prasekolah

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI 1.1. Ucapan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat kali ketiga bagi sesi persekolahan 2013. 1.2. Guru harus memberi perhatian sepenuhnya kerana banyak perkara penting yang akan dibincangkan pada mesyuarat kali ini.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU BIL 2 TAHUN 2013 2.1 Minit mesyuarat dicadangkan untuk disahkan oleh Pn. Ainun Kamaliyah Bt. Kamarul Zaman (Guru Data) dan disokong oleh Pn. Jamalulhaslina Bt. Fuad (Guru Perpustakaan dan Media)

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 3.1. RMT Waktu makan RMT masih tidak berubah sehingga jawatankuasa RMT membuat keputusan pada mesyuarat yang akan diadakan dalam masa terdekat. Tindakan : AJK RMT 3.2. Program Susu Sekolah Program Susu Sekolah masih belum bermula kerana bekalan stok yang dijanjikan belum diterima. Tindakan : AJK SUSU SEKOLAH

3.3.

Rekod Rancangan Mengajar a. Peringatan kepada semua guru untuk menghantar buku atau fail Rancangan Mengajar seboleh-bolehnya pada setiap hari Jumaat. b. Maklum kepada pentadbir jika tidak dapat menghantar pada hari tersebut. Tindakan : SEMUA GURU

3.4.

Rekod Pelaporan Murid a. Buku Rekod Pelaporan Murid bagi murid Tahap 2 hendaklah dikemaskini untuk persediaan Peperiksaan Pertengahan Penggal. b. Sila berhubung dengan PK Pentadbiran sekiranya terdapat sebarang masalah berhubung dengan buku rekod tersebut. Tindakan : GURU KELAS TAHAP 2

3.5.

Headcount Mac Guru matapelajaran Tahap 2 perlu mengambil tindakan terhadap headcount ujian bulan Mac yang lalu.

3.6.

e-GTukar e-GTukar telah disahkan oleh guru besar.

3.7.

Jawatankuasa Anti Ponteng Sekolah Jawatankuasa Anti Ponteng Sekolah akan bermesyuarat dalam masa terdekat. Tindakan : AJK ANTI PONTENG SEKOLAH

3.8.

Program Perhimpunan Pagi Program nyanyian lagu patrioptisme akan dijalankan selepas Program Nila Murni dan PPDa. Ia akan dilakukan sebanyak dua kali seminggu.

4.0 PENINGKATAN PRESTASI SEKOLAH 4.1. Memaklumkan bahawa sekolah disenaraikan dalam pencalonan ke arah sekolah kluster. 4.2. Pencerapan akan dijalankan dari masa ke semasa.

5.0 PELAN TINDAKAN OPERASI SARANA SEKOLAH DAN IBU BAPA 5.1 Jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan perlu menyediakan Pelan Tindakan dan Pelan Operasi Sarana Sekolah. Tindakan : AJK SARANA SEKOLAH

6.0 SAMBUTAN HARI GURU 6.1. Mesyuarat Khas bersama AJK PIBG dan semua guru akan diadakan untuk merancang sambutan dan aktiviti Hari Guru peringkat sekolah. Tindakan : SETIAUSAHA PIBG

7.0 PERTANDINGAN BERCERITA DAN PIDATO PIALA DIRAJA PKP ARAU 7.1. 7.2. Program ini akan diadakan pada 22 Jun 2013 (Sabtu) jam 8.00 pagi. Peruntukan dari JPN untuk pertandingan bercerita adalah RM600 manakala pidato adalah RM500. Tindakan : PANITIA BAHASA MELAYU 8.0 KEJOHANAN BOLA JARING PSKPP 8.1. Dalam proses rundingan dan penyediaan kertas konsep diantara 10 buah sekolah.

9.0 HAL-HAL LAIN 9.1. 9.2. 9.3. En Yusrizal memaklumkan LADAP MBMMBI akan diadakan di makmal komputer. Jadual kelas tambahan Tahun 5 akan dirombak selepas cuti sekolah. Pn. Fauziah memaklumkan pertandingan Keceriaan Kelas akan diadakan selepas cuti sekolah. 9.4. Pn. Hasnah memaklumkan wang KWAPM telah dibankkan dan meminta guru kelas menyenaraikan nama penerima KWAPM yang belum menjelaskan bayaran PIBG. Tindakan : GURU KELAS 9.5. Pn. Azizah memaklumkan Pemantauan PBS Fasa 2 bermula pada April hingga Jun. Beliau berharap agar guru yang terlibat memasukkan prestasi murid mengikut ketetapan dan peka terhadap pengumuman yang tertera pada laman utama SPPBS. Tindakan : GURU KSSR 9.6. Pn. Noreiza meminta guru LINUS Matematik dan B. Malaysia agar menyerahkan skor LINUS kepada Pn. Ainun untuk kemasukan skor secara online. Tindakan: GURU LINUS 9.7. Pn. Jamalulhaslina berharap agar guru menjalankan PdP di PSS. Maklumkan lebih awal kepada beliau untuk menggunakan alat bantu mengajar seperti LCD dan sebagainya. 9.8. Pn. Sharizah berharap penglibatan Kokurikulum murid Tahun 6 dikurangkan sehingga selepas UPSR.

9.9.

Pn. Hasniyanti memaklumkan ketidakhadiran murid 4A. Tindakan : PK HEM

9.10.

Pn. Hayati berharap agar guru matapelajaran dapat memantau buku teks murid. Buku yang hilang perlu diganti dan guru kelas perlu memaklumkan kepada beliau.

9.11. 9.12.

Mesyuarat keceriaan akan diadakan dalam masa terdekat. En. Rohisyam memaklumkan senarai nama akan diedarkan untuk tempahan baju korporat seekolah.

Mesyuarat ditangguhkan : 5.00 petang Disediakan oleh: Setiausaha Pentadbiran, Sekolah Kebangsaan Guar Nangka. Minit ini dicatat oleh: 1. Hartina Binti Rosdi Setiausaha Pentadbiran.

You might also like