You are on page 1of 22

STESEN 1

STANDARD KANDUNGAN 7.0 SIFAT BAHAN 7.2 Memahami sifat-sifat bahan 7.2.3 STANDARD PEMBELAJARAN Mengenal pasti sifat bahan dari segi kekenyalan dengan menjalankan aktiviti.

AKTIVITI
1. 2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diberikan gelang getah, kaki retort, pembaris, 3 pemberat (50g setiap satu) dan benang warna atau kertas warna. (Nota : Guru boleh membuat tunjukcara eksperimen kepada murid.)

kaki retort -

gelang getah -

Pemberat -

3. 4.

Murid diminta untuk menyusun peralatan seperti yang ditunjukkan dalam rajah. Murid dikehendaki mengukur panjang asal gelang getah dan merekodkan ukuran yang diperolehi. (Nota : Guru perlu menyatakan kepada murid supaya tidak menyentuh gelang getah semasa membuat pengukuran kerana ianya akan mempengaruhi hasil pengukuran.) (Nota : Guru boleh meminta murid menggunakan benang warna atau kertas warna untuk mengukur panjang gelang getah.Benang warna atau kertas warna yang digunakan boleh ditampal dalam jadual yang disediakan)

4.

Murid menggantungkan pemberat 50g pada gelang getah dan mengukur pemanjangan gelang getah serta merekodkannya.

5.

Murid mengulangi langkah 4 dengan menambah pemberat seperti di dalam jadual dan mengukur pemanjangan gelang getah serta merekodkannya di dalam jadual.

6.

Guru menerangkan perbezaan pemanjangan gelang getah merupakan sifat kekenyalan gelang getah.Getah dikatakan kenyal kerana getah akan kembali ke panjang asal apabila beban di keluarkan.

7.

Murid melengkapkan jadual dengan menggunakan data yang diambil.

Hasil Pemerhatian: Pemberat 0g 50g 100g 150g Panjang gelang getah (benang warna/kertas warna)

Pemberat Panjang gelang getah (cm) 8.

0g

50g

100g

150g

Murid melengkapkan Lembaran Kerja 1,2 dan 3 yang diberikan. Guru memberi arahan: Anda dikehendaki melengkapkan Lembaran Penyiasatan berdasarkan eksperimen yang dijalankan Seterusnya, dalam Lembaran Kerja 1, 2 dan 3, anda dikehendaki menjawab soalan yang disediakan

LEMBARAN PENYIASATAN Tajuk Arahan : Kekenyalan Bahan : Jawapan soalan berdasarkan jadual. Pemberat(g) Panjang gelang getah (cm) 0 50 100 150

(a) (b) (c) (d) (e)

Berapa panjang gelang getah sebelum diletakkan pemberat ? .......................................... Berapa panjang gelang getah selepas diletakan 100g pemberat? ........................................... Berapakah pemanjangan gelang getah selepas 100g pemberat digantungkan ? ......................................... Apakah corak pemanjangan gelang getah berdasarkan jadual ? ......................................... Nyatakan hubungan antara berat pemberat dengan pemanjangan gelang getah. .............................................................................................................................

STESEN 2
STANDARD KANDUNGAN 7.0 SIFAT BAHAN 7.2 Memahami sifat bahan 7.2.5 Mengenal pasti sifat bahan dari segi kebolehan mengalirkan haba iaitu konduktor atau penebat haba dengan menjalankan aktiviti. STANDARD PEMBELAJARAN

AKTIVITI
1. 2. Murid dibahagikan kepada kumpulan ( 5 6 orang sekumpulan ) Guru menunjukkan bahan-bahan yang akan digunakan di dalam aktiviti serta memberikan penerangan tentang langkah-langkah yang perlu diambil.(Rujuk Lembaran Penyiasatan) 3. Murid-murid diminta membuat inferens secara lisan. a. Apakah pemerhatian yang kamu perolehi? Contoh jawapan murid: i) Hujung sudu besi panas ii) Hujung sudu plastik tidak panas b. Berikan sebab mengapa hujung sudu besi panas? Contoh jawapan murid i) Besi mengalirkan haba ii) Haba boleh mengalir ke hujung sudu besi iii. Sudu besi adalah konduktor haba c. Berikan sebab mengapa hujung sudu plastik dan pembaris kayu tidak panas. Contoh jawapan murid i) Plastik dan kayu tidak mengalirkan haba ii) Haba tidak bergerak ke hujung sudu plastik iii) sudu plastik adalah penebat haba d. Berdasarkan penyiasatan ini, apakah inferens anda tentang sudu besi? Contoh jawapan murid Besi pengalir haba yang baik berbanding kayu dan plastik.( atau sebaliknya) Besi adalah konduktor haba

e. Apakah yang dimaksudkan dengan konduktro haba? Kondoktor haba ialah bahan yang boleh mengalirkan haba. f. Apakah yang dimaksudkan dengan penebat haba? Penebat haba ialah bahan yang tidak boleh mengalirkan haba. 5. Murid menjawab lembaran kerja yang diberikan.

LEMBARAN PENYIASATAN Tajuk Arahan : Konduktor dan Penebat Haba

K1,K2,K3,K4

: 1. Aktiviti dijalankan secara berkumpulan 2. Radas disediakan seperti gambarajah dibawah.


Sudu plastik

Sudu besi

Pembaris kayu

Gambarajah 1 3. Masukkan sudu besi , sudu plastik dan pembaris kayu ke dalam air panas ( Nota : Pastikan setiap objek tidak bersentuhan antara satu sama lain) 4. Sentuh bahagian hujung setiap objek. 5. Rekodkan pemerhatian di dalam jadual di bawah

Objek Sudu besi Sudu plastik Pembaris kayu

Pemerhatian Panas Tidak panas

a. Apakah inferens anda berdasarkan pemerhatian di atas. ........................................................................................................ b. Nyatakan inferens bagi objek berikut : i. ii. iii. sudu besi : .................................................... sudu plastik : ............................................. pembaris kayu: ..................................................

STESEN 3
STANDARD KANDUNGAN 6.0 PENGUKURAN 6.7 Memahami ukuran masa 6.7.5 STANDARD PEMBELAJARAN Mengukur masa dengan menggunakan alat dan unit piawai yang sesuai dengan kaedah yang betul.

AKTIVITI

Aktiviti P&P

Guru membawa masuk satu beg plastik yang berisi air. Guru mencucuk dasar beg plastik dengan jarum peniti dan membiarkan air menitis keluar. Guru bertanya soalan: Apakah yang kamu perhatikan? Contoh jawapan : air menitis keluar Apakah perubahan yang berlaku kepada isipadu air di dalam beg plastik itu? Contoh jawapan : Isipadu air berkurang Apakah yang akan berlaku jika air yang menitis itu dibiarkan dengan lebih lama? Contoh jawapan : Isipadu air di dalam beg plastik akan berkurang.

Murid membuat pernyataan tentang isipadu air yang tinggal di dalam beg plastik apabila masa semakin bertambah. (Nota guru: Apabila masa bertambah, isipadu air yang tinggal di dalam beg plastik berkurang) Guru menerangkan aktiviti penyiasatan yang akan dijalankan pada hari ini. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk menjalankan aktiviti. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 1 botol plastik yang dipotong dasarnya, penutup botol minuman yang telah ditebuk, silinder penyukat, bikar, air berwarna dan jam randik. (Nota untuk guru : Lubang pada penutup botol plastik boleh dibuat dengan menggunakan sebatang paku tekan.) Murid menyediakan radas untuk menjalankan penyiasatan seperti yang ditunjukkan dalam Lembaran Penyiasatan. Murid menjalankan penyiasatan mengikut arahan di dalam Lembaran Penyiasatan.

LEMBARAN PENYIASATAN Tajuk Radas : Mengukur isipadu air yang dikumpulkan menggunakan silinder penyukat pada selang masa yang di tentukan. : Botol plastik 500ml yang dipotong dasarnya, penutup botol yang ditebuk, Arahan : 1. Sediakan radas untuk menjalankan penyiasatan seperti rajah dibawah. 2. Tutup botol mineral dengan penutup yang ditebuk dengan paku tekan. 3. Sukat air berwarna sebanyak 400ml dan tuangkan ke dalam botol mineral. (Pastikan lubang pada penutup botol ditutup dengan jari) 4. Mulakan jam randik serentak dengan mengalihkan jari dari lubang penutup botol dan rekodkan isipadu air yang terkumpul di dalam silinder penyukat pada setiap 1 minit sehingga minit ke 4. silinder penyukat, air berwarna, paku tekan, kaki retot dan jam randik.

botolplastik kakiretot silinderpenyukat

Rekodkan keputusan aktiviti yang dijalankan dalam jadual di bawah. Masa (min) 1 2 3 4 Jawab soalan dibawah. 1. Nyatakan corak masa yang digunakan dalam penyiasatan ini. ................................. 2. Nyatakan corak isipadu air yang terkumpul didalam silinder penyukat. .................................. 3. Nyatakan hubungan diantara masa dengan isipadu air yang terkumpul. ................................................................................................................................. Isipadu air yang terkumpul(ml)

STESEN 4
STANDARD KANDUNGAN 7.0 SIFAT BAHAN 7.2 Memahami sifat-sifat bahan 7.2.6 STANDARD PEMBELAJARAN Mengenal pasti sifat bahan dari segi kebolehan penembusan cahaya sama ada legap, lut cahaya dan lut sinar dengan menjalankan aktiviti.

AKTIVITI
Aktiviti P&P 1. 2. :

Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan menggunakan buku teks dan menutup sehelai kertas yang mempunyai teks.

3.

Murid disoal; Bolehkah kamu lihat tulisan pada kertas tersebut ? Mengapakah tulisan tersebut tidak kelihatan ?

4. Murid mengulang aktiviti yang sama dengan menggunakan plastik jernih. Bolehkah kamu lihat tulisan tersebut dengan jelas? 5. Murid mengulang aktiviti yang sama dengan menggunakan kertas surih. Bolehkah kamu tulisan tersebut ? Adakah kamu nampak jelas tulisan tersebut? 6. Setiap kumpulan diberikan 6 objek yang berlainan, lampu suluh, kertas putih dan lembaran penyiasatan. 7. Murid menjalankan penyiasatan untuk melihat kebolehan cahaya menembusi objek dalam kumpulan masing-masing mengikut arahan pada lembaran penyiasatan. 8. 9. Murid merekod hasil penyiasatan dalam lembaran penyiasatan. Murid membentang hasil penyiasatan berdasarkan perkara yang dilakukan dan diperhatikan. 10. Murid disoal; Apakah bahan yang tidak ditembusi cahaya? Jawapan murid : bahan legap Apakah bahan yang ditembusi semua cahaya ? Jawapan murid : bahan lutsinar Apakah bahan yang hanya ditembusi sebahagian cahaya? Jawapan murid : bahan lut cahaya 9. Soalan dikemukakan untuk membimbing murid mendefinisi secara operasi. Apakah sifat bahan legap? Contoh jawapan murid : Bahan legap adalah bahan yang tidak membenarkan cahaya menembusinya.

Apakah sifat bahan lutsinar Contoh jawapan murid : Bahan lut sinar adalah bahan yang membenarkan semua cahaya menembusinya. Apakah sifat bahan lut cahaya Contoh jawapan murid : Bahan lut cahaya adalah bahan yang membenarkan sebahagian cahaya melaluinya. 9. Murid dibimbing untuk membuat kesimpulan. 10. Murid menjawab soalan lembaran kerja.

LEMBARAN PENYIASATAN Tajuk Arahan : Bahan legap, bahan lut cahaya dan bahan lutsinar : Guru menjalankan tunjuk cara bagi pelajar yang lemah.

Guru meletakkan tangan di depan cahaya dan bertanya kepada murid. Apa yang kelihatan pada skrin? Jawapan murid : Bayang-bayang tangan.

1. Sediakan radas seperti gambarajah di bawah.


Objek Kertas Putih

2. Perhatikan kertas putih. Adakah cahaya boleh menembusi objek ini ? 3. Gantikan bola dengan objek lain. Adakah cahaya boleh menembusi objek ini ? 4. Ulang langkah 3 dengan menggunakan objek lain. 5. Tandakan (/) pada ruang yang sesuai berdasarkan perkara yang diperhatikan. Kebolehan cahaya menembusi objek Semua Sebahagian Tiada

Objek plastik jernih kad manila gelas kaca buku teks kertas surih kertas putih

- Bahan legap adalah bahan yang [ semua / sebahagian / tidak ] membenarkan cahaya melaluinya. - Bahan lut cahaya adalah bahan yang membenarkan [ semua / sebahagian / tidak ] cahaya melaluinya. - Bahan lutsinar adalah bahan yang membenarkan [ semua / sebahagian / tidak ] cahaya melaluinya.

STESEN 5
STANDARD KANDUNGAN 6.0 PENGUKURAN 6.5 Mengaplikasikan pengetahuan tentang isi padu cecair 6.5.2 6.5.3 STANDARD PEMBELAJARAN Mengira isi padu pepejal berbentuk tidak sekata menggunakan kaedah sesaran air Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran ,TMK, penulisan atau lisan.

AKTIVITI
Aktiviti P&P :

1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. 2. Setiap kumpulan diberikan peralatan seperti berikut: a) 5 biji guli b) 1 selinder penyukat 100ml c) 1 buah bikar d) Air paip 3. Guru menerangkan tujuan eksperimen iaitu mencari isipadu guli melalui kaedah sesaran air. 4. Murid membina hipotesis yang ingin dibuktikan di dalam eksperimen. Guru : Apakah yang ingin dibuktikan dalam eksperimen ini? Murid : Jika bilangan guli bertambah maka paras air semakin bertambah. Bilangan guli mempengaruhi paras air dalam selinder penyukat. Nota: Sebarang hipotesis boleh diterima untuk diuji

5.

Murid menjalankan eksperimen mengikut arahan yang diberikan oleh guru. Arahan guru: a) Isikan selinder penyukat dengan 40 ml air b) Masukkan sebiji guli ke dalam selinder penyukat dan catatkan bacaan air di dalam jadual yang disediakan. c) Ulangi langkah (b) dengan memasukkan sebiji guli lagi dan catatkan bacaan air dan teruskan langkah tersebut sehingga kelima-lima biji guli telah dimasukkan.

5.

Murid mengenal pasti pemboleh ubah yang terlibat dalam eksperimen. i. ii. iii. Pemboleh ubah manipulasi Pembolehubah bergerakbalas Pemboleh ubah malar

6.

Murid melengkapkan jadual berikut . Bacaan paras awal air = ........ ml Bilangan guli 1 2 3 4 5 Bacaan paras air (ml)

Bacaan air Beza bacaan air

=.........ml = ........ml

Pertambahan bacaan air = Isipadu air bagi 5 biji guli Isipadu air bagi 5 biji guli = .........ml Isipadu bagi 1 biji guli = .........ml

6. Guru bersoal-jawab dengan murid mengenai eksperimen yang telah dijalankan Guru : Apakah yang dapat diperhatikan pada aras air setiap kali guli dimasukkan? Murid : bertambah/meningkat Guru : Mengapakah aras air bertambah apabila guli dimasukkan? Murid : Sebab ditambah dengan guli yang mempunyai isipadu. 7. Murid menganalisis dan mentafsir data 8. Murid membuat kesimpulan bahawa apabila bilangan guli bertambah, paras air turut bertambah

LEMBARAN PENYIASATAN Bacaan awal air = ........ ml Bilangan guli 1 2 3 4 5 1. Apakah corak perubahan bacaan paras air ? ....................................................................................................................... 2. Nyatakan : i) ii) iii) Pemboleh ubah dimanipulasi:.......................................................... Pemboleh ubah bergerakbalas :...................................................... Pemboleh ubah dimalar :................................................................. Bacaan akhir air (ml)

3. Apakah hipotesis yang ingin dibuktikan dalam eksperimen? ........................................................................................................................ 4. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan eksperimen? ........................................................................................................................

You might also like