You are on page 1of 5

AMALI 2 TAKSONOMI DAN PENGEKALAN ALIRAN KEPELBAGAIAN BIOLOGI

Tujuan

: Untuk mengelaskan haiwan berdasarkan ciri-ciri sepunya. Kepelbagaian biologi dunia boleh dibahagikan kepada tiga aras. Pertama dan paling asas termasuklah semua sepsis atas muka bumi. Paling kecil pada aras ini ialah kepelbagaian genetik dan paling luas termasuk komuniti dan ekosistem. Sesuatu sepsis boleh didefinisikan melalui dua kaedah yang berbeza, iaitu: i Spesis biologi : Individu-individu berupaya membiak bersama dengan jayanya. ii Spesis morphologi: Individu-individu pada kelihatannya sama pada morphologinya atau binaan biokimianya. Kaedah mendefinisikan sepsis morphologi sentiasa

Pendahuluan :

digunakan untuk menentukan sepsis individu apabila kita tidak ada sebarang meklumat tentang perlakuan pembiakan individu. Kebanyakan tumbuhan dan invertebrate termasuk dalam kategori ini.

Langkah-Langkah: 1. Pecahkan kepada empat kumpulan. 2. Satu set dari moonmorphs digunting dan dikelaskan mengikut sepsis dengan berdasarkan ciri-ciri sepunya yang terdapat pada mereka. 3. Jumlah setiap sepsis dicatatkan.

Jadual Keputusan: Spesis A Ciri-ciri Umum Abdomen yang besar Memiliki kepala, mata, tangan dan ekor B Abdomen yang bercorak Memiliki kepala, mata, tangan, 2,3,4,5,12,18,22,23 Moonmorf 1,16,17,24,27

kaki, abdomen dan jari C Tangan yang bercorak Memiliki kepala, mata, abdomen, tangan dan ekor D Abdomen yang panjang Memiliki tangan E Kepala yang berbentuk Memiliki kepala, abdomen, tangan dan ekor 7,8,13,14,15,25,28 kepala, sesungut dan 19,20,26,29 6,9,10,11,21

Perbincangan:

1. Apakah ciri-ciri yang anda tekankan apabila meletakkan beberapa moonmorphs dalam kumpulan yang sama? Mengapa ada memilih ciriciri tersebut? Kenapa tidak memilih yang lain-lain? Apabila mengelaskan moonmorphs, ciri-ciri luaran fizikal ditekankan kerana ia dapat dilihat dengan mata kita supaya senang untuk dikelaskan. Ciri-ciri luaran fizikal yang saya pilih adalah seperti bentuk abdomen, corak tangan, bentuk kepala dan sesungut, jenis kaki, bentuk mata dan ekor. Dalam beberapa ciri ini, bentuk badan merupakan ciri yang paling utama dan dominan jika dibandingkan dengan ciri-ciri yang lain. Hal ini demikian kerana perbezaan bentuk badan adalah paling ketara dan memberi perbezaan yang paling nyata jika dibandingkan dengan ciri fizikal yang lain. Pengelasan moonmorphs dibuat kepada beberapa kumpulan spesis iaitu

spesis A,spesis B, spesis C, spesis D dan spesis E. Ciri-ciri dalaman seperti jantina, jenis DNA atau genetik tidak dipilih kerana ia merupakan ciri-ciri biologikal yang tidak dapat diperolehi.

2. Adakah

semua

individu

dalam

satu

spesis

mesti

serupa

keseluruhannya? Berapa banyak variasi antara individu yang boleh diterima dalam satu sepsis?

Individu dalam satu spesis tidak semestinya serupa keseluruhannya tetapi mereka mempunyai ciri-ciri sepunya yang hampir sama. Sebagai contohnya: Spesis A: Memiliki abdomen yang besar Spesis B: Memiliki perut yang bercorak Spesis C: Memiliki tangan yang bercorak Spesis D: Memiliki abdomen yang panjang Spesis E: Mempunyai bentuk kepala yang berbentuk Antara 2 hingga 4 variasi antara individu yang boleh diterima dalam satu spesis. Sebagai contohnya, walaupun semus moonmorf bagi spesis A memiliki abdomen yang besar, tetapi masih mempunyai variasi pada bahagian mata mereka iaitu sama ada mata bercantum atau tidak bercantum.

3. Apakah akan terjadi kepada spesis yang anda pilih jika anda menerima tahap variasi individu yang tinggi? Apa pula yang akan terjadi jika anda menerima tahap variasi yang terlalu rendah?

Jika spesis yang saya pilih menerima variasi individu yang tinggi, satu spesis hanya akan mempunyai seekor haiwan yang mewakilinya supaya tidak mengelirukan, manakala jika menerima variasi yang sangat rendah,

satu spesis akan mempunyai bilangan haiwan yang banyak supaya persamaan lebih senang untuk dilihat antara mereka.

4. Terangkan bagaimana para taksonomis mungkin memecahkan satu spesis kepada dua atau lebih spesis baru. Taksonomi merupakan istilah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma hidup berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu. Taksonomi amat penting bagi pemuliharaan biodiversiti untuk membezakan spesis mengenai nama-nama spesis. Taksonomis merupakan saintis yang pakar dalam mengenalpasti dan mengumpul spesis. Mereka dapat membahagikan sesuatu spesis kepada dua atau lebih spesis yang baru berdasarkan sifat biologikal/sifat dalaman seperti genetik haiwan, jantina dan DNA yang dimiliki oleh haiwan tersebut.

5. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan variasi dalam individu dari sesuatu spesis terjadi?

Saintis boleh membezakan individu dalam pelbagai variasi dalam sesuatu spesis. Variasi pada sesuatu individu itu membolehkan saintis membezakan individu dalam spesis yang sama. Ia juga meningkatkan kebolehan sesuatu spesis untuk hidup dalam persekitaran yang sentiasa berubah. Variasi sesuatu individu membolehkan sesetengah individu mengeksplotasi sumber yang ada di habitat yang baru. Variasi merangkumi perbezaan dari segi morfologi, fisiologi, genetik dan mental. Faktor-faktor yang menyebabkan variasi individu dari sesuatu spesis terjadi adalah faktor genetik dan faktor persekitaran. Variasi yang dipengaruhi oleh faktor genetik boleh diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain manakala variasi yang dipengaruhi oleh faktor persekitaran pula tidak boleh dikawal.

6. Bagaimana spesis MoonMorphs ini dipanggil morphospesis

Spesis Moonmorf dikenali sebagai morfospesis kerana spesis tersebut dikelaskan berdasarkan ciri-ciri persamaan yang boleh

diperhatikan. Sesuatu spesis mempunyai perbezaan antara satu sama lain melalui morfologi. Contohnya, bentuk dan struktur sesuatu organisma. Ini termasuk aspek ciri luaran fizikal seperti struktur, bentuk, warna dan corak serta struktur dalaman bahagian-bahagian seperti tulang dan organ-organ. Morfospesis merupakan kaedah tradisi yang digunakan untuk megelaskan sesuatu spesis. Walau bagaimanapun. kaedah ini terbatas kerana maklumat yang digunakan untuk mengelaskan spesis adalah sedikit dan terhad serta memerlukan perbezaan yang jelas daripada spesis-spesis lain. Lazimnya, variasi geografi tidak diambil kira dalam kaedah pengelasan ini.

7. Huraikan bagaimana spesis yang anda pilih tidak dari kalangan spesis biologi.

Spesis yang saya pilih tidak dari kalangan spesis biologi kerana tiada data yang ditemui bagi ciri-ciri biologikal seperti genetik, jantina, DNA, dan habitat serta kelakuannya. Selain itu, maklumat lain yang diperolehi adalah lebih terhad dan mendalam. Spesis ini hanya dikelaskan melalui morfologi iaitu ciri-ciri yang boleh dilihat seperti sifat fizikal luaran.

You might also like