You are on page 1of 1

MATLAMAT UNIT SILAT SENI SMK BANANG JAYA Sejajar dengan Matlamat Kokurikulum SMK Banang Jaya, Unit

Silat Seni SMK Banang Jaya mendukung matlamat berikut dalam aktiviti persilatan iaitu: 1. Meningkatkan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 2. Memberi kesempatan kepada pelajar-pelajar memperoleh pengetahuan,

pengalaman, kemahiran asas, kebolehan mengurus dan kebolehan memimpin serta berdikari. 3. Sebagai persediaan masa depan untuk pelajar-pelajar melibatkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan. 4. Menyedarkan dan mengukuhkan interaksi dan intergrasi dalam kalangan pelajar melalui kegiatan-kegiatan tertentu untuk mencapai matlamat perpaduan negara. 5. Membantu mewujudkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

menyumbang terhadap keharmonian serta kemakmuran masyarakat dan negara. 6. Untuk membolehkan lebih ramai lagi bilangan peserta sekolah mewakili daerah, negeri dan negara dalam gerak kerja kokurikulum. 7. Menjadikan pelajar individu-individu yang sentiasa bersifat inovatif dan kreatif dalam sebarang tugas. 8. Meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan pelajar dalam uasaha melahirkan budaya sekolah yang unggul.

MISI UNIT SILAT SENI 2014 1. Mengadakan latihan/perjumpaan/perbincangan 2 kali seminggu iaitu pada hari Rabu (mengikut jadual Perjumpaan Pasukan Beruniform) dan pada hari Sabtu. 2. Mendedahkan seberapa banyak aspek SENI dalam SILAT untuk pemahaman yang menyeluruh sebagai bekal untuk ke PERTANDINGAN SILAT SENI SEKOLAHSEKOLAH DAERAH BATU PAHAT 2014. 3. Mempelajari seberapa banyak teknik beladiri mudah untuk tujuan mempertahankan diri. 4. Mengambil serius pengisian rohani dengan mendidik sifat sabar, yakin dan tawakal melalui Istiadat Buka Gelanggang, Latihan Fizikal dan Latihan Silat. 5. Melatih seberapa ramai individu dengan sifat-sifat kepimpinan di mana setiap ahli diberi peluang untuk mengetuai latihan pada setiap sesi perjumpaan.

You might also like