You are on page 1of 13

Kategori Kanak-kanak Berkeperluan Khas

LAU YAN

Kerencatan Akal

Bermasalah Pembelajaran

Kecelaruan Tingkah Laku

Cacat Pendengaran Dan Bermasalah Komunikasi

Cacat Penglihatan

Cacat Fizikal

Pintar-cerdas Dan Berbakat Istimewa

Kanak-kanak Kerencatan Akal


Merujukan kepada kanak-kanak yang mempunyai Darjah Kecerdasan di antara 35 hingga 85. Kanak-kanak ini menghadapi kerosakan sistem saraf akibat masalah kelahiran, kecederaan, warisan baka keluarga, kekurangan zat makanan atau gengguan hormon dan sebagainya.

Kanak-kanak yang mempunyai darjah kecerdasan antara 50-70 digolongkan dalam kumpulan yang lambat belajar. Mereka boleh dididik dan dilatih. Kanak-kanak yang mempunyai darjah kecerdasan antara 35-49 biasanya menghadapi masalah menjaga diri sendiri. Mereka hanya boleh dilatih mengurus hal peribadi. Kanak-kanak yang mempunyai darjah kecerdasan di bawah 35 merupakan kecacatan mental yang amat buruk. Mereka memerlukan penjagaan yang rapi.

Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran


Merujukan kanak-kanak yang tidak berupaya mengikuti pelajaran dalam kelas biasa. Puncanya ialah masalah keluarga atau peribadi atau kedua-duanya. Golongan kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini biasanya mempunyai konsep kendiri negatif, motivasi rendah, sifat introvert, tabiat malas berusaha , kekurangan minat dan kecederungan dalam kanak-kanak ataupun sering sakit.

Definisi untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang digariskan oleh Jawatan Kuasa Penasihat Kebangsaan Bagi Kanakkanak Cacat ialah kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah dimanifestikan daripada salah satu atau beberapa proses psikologikal yang melibatkan gangguan tatatertib dalam kefahaman dan penggunaan lisan atau tulisan.

Kanak-kanak Kecelaruan Tingkah Laku


Diklasifikasikan kepada empat kategori:
a) Tingkah laku terbias: tidak mematuhi peraturan, kurang bertimbang rasa, suka menyerang orang b) Sifat pengongkongan dalaman: pendiam, sensitif, pasif, tidak suka berkawan c) Tingkah laku ketidakmatangan: kurang berupaya menumpukan perhatian dalam pelajaran, tidak berminat belajar d) Tingkah laku antisosial: bertindak liar, menimbulkan masalah disiplin sekolah

Kanak-kanak Cacat Pendengaran Dan Bermasalah Komunikasi


Digolongkan dalam dua kumpulan :
1. Kanak-kanak cacat pendengaran pratutur
Pekak dari sejak lahir

2. Kanak-kanak cacat pendengaran postutur


Cacat pendengaran separa atau sepenuhnya, biasanya berlaku selepas mempunyai pengalaman bercakap.

Kanak-kanak cacat pendengaran pratutur menghadapi masalah pembelajaran dan masalah komunikasi lebih teruk daripada kanak-kanak cacat pendengaran postutur

Kanak-kanak Cacat Penglihatan


Adalah kanak-kanak buta atau mempunyai kadar kecekapan penglihatan di antara 20/200 hingga 20/70 selepas pembetulan, berbanding dengan kanak-kanak penglihatan norma yang mempunyai kadar kecekapan penglihatan 20/20. Kanak-kanak cacat penglihatan boleh digolongkan dalam rabun dekat, rabun jauh, rabun malam, rabun warna, astigimatisme, katarak, glaukoma dan juling.

Kecacatan fizikal ini akan menjejaskan pencapaian akademik mereka, khasnya dalam pelajaran yang bergantung kepada kecekapan anggota-anggota badan, misalnya mata pelajaran senilukis, kemahiran kemanipulatif, muzik dan pendidikan jasmani. Punca utama kanak-kanak kecacatan fizikal ialah kekurangan zat makanan atau kecederaan disebabkan kemalangan.

Kanak-kanak Cacat Fizikal


Kanak-kanak yang mempunyai kecacatan ortopedik atau anggotanya. Kecacatan ortopedik mempengaruhi fungsi tulang sendi atau otot, menyebabkan pergerakan leher, pinggan, tangan, atau kakinya hingga menjadi lemah dan kurang berdaya.

Kanak-kanak Pintar-cerdas Dan Berbakat


Merujukan kepada kanak-kanak yang mempunyai darjah kecerdasan melebihi 120. Mereka boleh digolongkan dalam tiga kategori, iaitu:
1. Kanak-kanak yang mempunyai intelek yang tinggi 2. Kanak-kanak yang menpunyai bakat mencipta 3. Kanak-kanak yang berbakat khas dalam senilukis, penulisan, drama, muzik, kraf tangan, dan sebagainya.

Menurut Dr. Chua Tee Tee, murid pintarcerdas ialah kanak-kanak yang menunjukkan potensi atau kebolehannya dengan cemerlang dalam aktiviti intelek seperti pemikiran abstrak, pemikiran logik atau kemahiran bertutur. Mereka juga mempunyai daya ingatan yang tinggi serta berbakat mencipta atau berbakat khas dalam senilukis, drama, muzik, penulisan dan sebagainya.

You might also like