You are on page 1of 20

SIGNIFIKASI KESELAMATAN SELAT MELAKA TERHADAP KEPENTINGAN EKONOMI DAN STRATEGIK MALAYSIA 1 oleh Nazery Khalid 2 Maritime Institute

of Malaysia (MIMA) Unit B-06-08 B-06-11, Megan Avenue II 12 Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur Tel : 603-21612960 / Fax : 03-21617045 nazey@mima.gov.my www.mima.gov.my

Abstrak Selat Melaka merupakan laluan perairan yang paling sibuk di dunia dan menjadi penghubung strategik perdagangan di antara barat dan timur. Sebagai sebuah negara yang bergantung kepada dagangan antarabangsa untuk menjana pertumbuhan ekonominya, majoriti dagangan Malaysia diangkut menggunakan kaedah pengangkutan laut yang kebanyakkannya menggunakan laluan Selat Melaka. Kebergantungan ini menjadikan selat tersebut sebagai nadi dagangan dan teras kepada kemakmuran ekonomi negara. Dengan yang demikian, keselamatan laluan yang penting ini merupakan isu yang sangat kritikal kepada Malaysia dalam mempertahankan kesejahteraan dagangan dan ekonominya dan kepentingan strategik sektor maritimnya . Kertaskerja ini mengupas signifikasi keselamatan Selat Melaka dalam konteks menghubungkaitkan peri pentingnya mengekalkan laluan dagangan yang selamat dengan kepentingan ekonomi dan strategik negara. Pendekatan komprehensif dalam membincangkan isu keselamatan selat ini di luar dari skop keselamatan tradisional dilihat sebagai relevan berdasarkan kepentingan meluas Selat Melaka dan wilayah maritim negara secara keseluruhannya.

Segala penilaian, pandangan dan kesimpulan yang terkandung di dalam kertaskerja ini merupakan perspektif pengarang semata-mata dan tidak mewakili pendirian rasmi MIMA. 2 Fellow, Pusat Kajian Ekonomi dan Industri Samudra, MIMA. Pengarang merakamkan penghargaan kepada Sdr. Ahmad Fakhruddin Muda dan Cik Armi Suzana Zamil, penyelidik-penyelidik di Pusat Kajian Ekonomi dan Industri Samudra, MIMA di atas sumbangan mereka dalam menyiapkan kertaskerja ini.

1.

Selat Melaka sebagai perairan strategik

Selat Melaka 3 merupakan laluan perairan dagangan unik yang memainkan peranan besar di dalam peradaban tamadun dan perdagangan di rantau sebelah sini. Lokasi strategiknya terus mencorakkan perkembangan dagangan serantau dan global masa kini dan meletakkannya sebagai salah sebuah perairan yang penting dan mempunyai nilai yang sangat kritikal kepada negara-negara pesisir dan negara dagangan antarabangsa. Lebih dua kurun yang lalu, beberapa empayar telah menegakkan pusat dan wilayah pemerintahan mereka di sepanjang Selat Melaka satu petanda kepentingan strategik selat tersebut sejak zaman berzaman. Laluan Rempah yang merentasi Selat Melaka telah memainkan peranan penting dalam melahirkan Kesultanan Melaka yang dikenali sebagai empayar yang terulung di Asia Tenggara dalam kurun ke 15. Menjelang kurun ke 16, kuasa-kuasa besar Eropah terlibat di dalam perebutan kuasa bagi mengawal Selat Melaka dengan meningkatnya kesedaran terhadap kepentingan selat itu sebagai laluan maritim yang strategik. Portugis dan Belanda terlibat di dalam peperangan sepanjang kurun ke 17 bagi menguasai selat tersebut dan pelabuhan-pelabuhan di sepanjang perairannya. 4 Hari ini, kepentingan Selat Melaka sebagai laluan dagangan laut semakin terserlah. Ia mengandungi nilai strategik yang tinggi bukan sahaja kepada Malaysia malah kepada masyarakat antarabangsa. Dengan perkembangan proses globalisasi dan kebergantungan semakin banyak negara terhadap dagangan antarabangsa, kepentingan Selat Melaka telah menjadi semakin kritikal dalam memberikan laluan kepada dagangan yang diangkut melalui jalan laut. Perairan penting ini juga menyediakan antara lainnya sumber makanan, pengangkutan, pekerjaan dan rekreasi yang tidak terhingga nilainya kepada negara. Ancaman terhadap kapal-kapal yang belayar di selat ini berdasarkan beberapa insiden serangan lanun yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini semakin menuntut perhatian antarabangsa terhadap isu keselamatan di Selat Melaka. Percanggahan negaranegara serantau dalam memelihara kepentingan maritim mereka di perairan ini juga mengundang pelbagai cabaran kepada Malaysia dalam mengimbangi kepentingannya sendiri dengan kepentingan antarabangsa di perairan itu. Berlatarbelakangkan senario ini, adalah wajar dijangkakan yang sebarang halangan kepada laluan selamat dan aliran dagangan bebas di Selat Melaka bakal mendatangkan kesan negatif bukan sahaja kepada Malaysia tetapi juga kepada pihak-pihak lain yang berkepentingan terhadapnya. Negara-negara di sepanjang selat itu dan negara-negara
Pertubuhan Maritim Sedunia atau International Maritime Organization (IMO) mendefinasikan Selat Melaka sebagai perairan di antara pantai barat Malaysia dan Thailand di barat laut dan di pesisiran Sumatra di Tenggara. IMO menganggarkan jarak selat ini sepanjang 520 batu dan mempunyai dimensi kelebaran di antara 11 batu di titik paling selatan dan 200 batu di titik paling utara. 4 Fakta di dalam perenggan ini dipetik dari kertaskerja bertajuk An Integrated Management Regime for the Straits of Malacca? yang dibentangkan oleh Kapt (B) Mat Taib Yasin, Fellow Kanan, MIMA di Persidangan Mengenai Selat Melaka : Membina Satu Persekitaran Keselamatan Komprehensif di Kuala Lumpur, 11 Oktober 2004.
3

dagangan lain yang menggunakannya sebagai laluan utama dagangan samudranya serta bekalan barangan utama, komoditi dan bahan mentah mereka tentunya akan turut sama merasa impak sebarang halangan kepada pelayaran selamat di perairan tersebut.

2.

Kepentingan Selat Melaka dalam konteks ekonomi

Selat Melaka menjadi nadi yang menghubungkan dagangan sedunia dan menyediakan jalinan rangkaian dagangan kritikal di antara pengeluar dan pengekspot di antara dunia Timur dan Barat. Jumlah trafik laluan kapal-kapal di perairan ini malah mengatasi Terusan Suez dan Terusan Panama, menjadikannya antara laluan dagangan yang paling sibuk di dunia. 5 Selat Melaka mengelolakan jumlah trafik lebih tiga kali ganda dari trafik Terusan Suez, dan lebih lima kali ganda dari Terusan Panama. 6 Trafik kapal tangki melalui Selat Melaka mencatatkan peningkatan mendadak kebelakangan ini dengan kebangkitan China sebagai kuasa besar ekonomi rantau ini. Kuasa-kuasa ekonomi rantau ini seperti Jepun dan Korea Selatan juga mempunyai kebergantungan yang tinggi terhadap bekalan minyak dari Timur Tengah yang majoritinya diangkut melalui laluan Selat Melaka. Dari perspektif Malaysia sebagai sebuah littoral state atau negara pesisir yang terletak di sepanjang Selat Melaka, kepentingan selat ini merangkumi lebih dari laluan dagangan. Sebagai negara yang wilayahnya bersempadan dengan Selat Melaka, kepentingan perairan ini kepada ekonomi negara tidak terperi nilainya. Kebanyakkan pelabuhan utama negara seperti Pelabuhan Kelang, Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas yang mengendalikan majoriti impot-ekspot kita terletak di sepanjang selat itu. Selat Melaka juga menyediakan sumber makanan kepada penduduk tempatan dan menyediakan dua pertiga hasil tangkapan ikan Malaysia. Hidupan marin dan pesisiran pantai serta pulau yang indah di pantai barat Semenanjung Malaysia menyumbang kepada industri pelancongan. Aktiviti perindustrian dan pertanian bertumpu di Pantai Barat Semenanjung Malaysia sepanjang Selat Melaka, begitu juga taburan penduduk dan bandar-bandar utama. Selain itu, perairan penting ini menyediakan sumber pekerjaan, rekreasi, pendapatan, laluan pengangkutan air dan banyak lagi faedah dan kegunaan yang tidak ternilai harga dan kepentingannya kepada negara. Tidak keterlaluan dikatakan yang Selat Melaka merupakan tunjang kepada kesejahteraan ekonomi dan sosial Malaysia. Berikut dibincangkan kepentingan selat ini kepada ekonomi negara dari beberapa perspektif :

Peele (1997). The Importance of Maritrime Chokepoints. Parameters, US Army War College Quarterly, Summer 1997. 6 U.S. Pacific Commands Strategic Planning and Policy Directorate (2002).

2.1

Dagangan antarabangsa Seperti yang telah dinyatakan, Selat Melaka memberikan laluan pintas yang memendekkan pelayaran dagangan Timur-Barat. Disebabkan kelebihan strategiknya, ia menjadi laluan utama kepada kapal-kapal dagangan antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Ia juga menyediakan laluan pintas bagi kapal-kapal dagangan di antara negara-negara Teluk dan negara-negara Asia Timur. Pelabuhan-pelabuhan kontena terbesar Malaysia terletak di sepanjang Selat Melaka dan mengendalikan 9.1 juta TEU kontena pada tahun 2003. 7 Ini merupakan 89% dari jumlah keseluruhan kontena yang dikendalikan di Malaysia. 8 Sebagai sebuah negara yang ekonominya bergantung kepada dagangan antarabangsa, 90% dari jumlah dagangannya dengan dunia diangkut melalui laluan samudra, dan Selat Melaka menjadi pengantara utama dagangan kita. 9 Pada tahun 2003, 63,636 kapal mengangkut pelbagai kargo belayar melalui Selat Melaka. 10 Laluan selamat dan aliran dagangan bebas yang disediakannya telah memberikan sumbangan besar kepada Keluaran Negara Kasar Malaysia dan kepada negara-negara pedagang lainnya dan menyediakan berjuta-juta peluang pekerjaan di negara-negara tersebut. Dalam konteks perdagangan antarabangsa, kepentingan Selat Melaka terserlah dengan melihat fungsinya sebagai laluan utama pengangkutan minyak dari Timur Tengah ke Asia Timur, terutamanya kepada dua kuasa ekonomi terulung rantau ini iaitu China dan Jepun. Adalah dianggarkan yang Asia Timur merangkumi satu perempat dari permintaan global terhadap minyak, menjadikannya wilayah pengguna minyak terbesar di dunia. 11 Namun, wilayah ini hanya mampu Penggunaan mengeluarkan 10% dari jumlah minyak yang diperlukannya. 12 minyak yang besar oleh rantau Asia Timur bergantung kepada bekalan dari negara-negara pengeluar minyak di Timur Tengah yang diangkut melalui Selat Melaka. Adalah dianggarkan yang 11 juta tong minyak dari Timur Tengah diekspot ke Asia Timur setiap hari melalui selat itu. 13 Fakta-fakta ini menekankan peri pentingnya keselamatan dikekalkan di Selat Melaka bagi menjanjikan laluan yang selamat kepada kapal-kapal. Sebarang gangguan terhadap perjalanan minyak ke rantau Asia Timur akan mendatangkan impak yang negatif ke atas ekonomi wilayah ini dan secara tidak langsung ke atas ekonomi global. Pun begitu, para penganalisa keselamatan maritim berpendapat yang gangguan seumpamanya mungkin tidak akan melumpuhkan laluan dagangan

7 8

Sumber : Bahagian Maritim, Kementerian Pengangkutan Malaysia. Sumber : Jabatan Staitistik 9 Rahman, Janib & Wong (1995). The Maritime Sector and the Malaysian Economy. MIMA. ms. 19 10 Statistik Jabatan Laut Malaysia. 11 Fyfe (2004), Oil Market Overvie.. 12 Ibid. 13 Ibid.

antara Barat dan Timur. Laluan alternatif melalui Sunda, Lombok atau Selat Makassar ke Laut China Selatan boleh digunakan sekiranya laluan Selat Melaka terhalang. 14 Namun, penutupan sepenuhnya Selat Melaka akan serta-merta menyebakan peningkatan mendadak kos pengangkutan kapal sedunia. Pengalaman penutupan Terusan Suez semasa perang Arab-Israel pada tahun 70an menunjukkan yang harga pengangkutan kapal meningkat berkali-kali ganda. Kesan yang sama boleh diunjurkan seandainya insiden yang sama berlaku kepada Selat Melaka yang merupakan jalan pintas pilihan utama kapal-kapal pedagang ke Laut China Selatan berbanding dengan laluan-laluan alternatif yang disebutkan. Ini akan membawa kepada peningkatan harga minyak yang tentunya mendatangkan kesan buruk kepada ekonomi dunia. Oleh itu, keselamatan laluan di Selat Melaka merupakan satu isu strategik yang sangat kritikal kepada negaranegara dagangan utama dunia.

2.2

Pengangkutan maritim Perbincangan mengenai persekitaran keselamatan maritim menuntut perhatian serius semua pihak. Ancaman ketas keselamatan perairan negara, terutamanya laluan sepenting Selat Melaka, perlu ditangani secara berterusan. Peristiwa serangan lanun ke atas kapal-kapal dagangan dan perikanan semakin meningkat. Selepas serangan 11 September ke atas berapa kepentingan ekonomi dan pentadbiran Amerika Syarikat, para penganalisa keselamatan membayangkan kemungkinan kapal-kapal yang melalui perairan Selat Melaka menjadi sasaran serangan pengganas. Walaupun setakat ini belum ada insiden seumpamnya, kemungkinan ancaman ini menjadi realiti tidak boleh diambil ringan. Sebagai negara yang bergantung kepada Selat Melaka untuk kesejahteraan ekonomi dan kepentingan strategiknya, Malaysia harus memberikan tumpuan yang tidak berbelah bagi terhadap isu keselamatan pengangkutan maritim di selat tersebut. Isu laluan selamat (navigational safety) menggamit tumpuan para perancang keselamatan maritim negara kita dan masyarakat antarabangsa. Walaupun pelbagai infrastruktur untuk membolehkan laluan selamat untuk kapal-kapal yang lalu di Selat Melaka sudah tersedia, perairan ini masih mempunyai risiko kemalangan yang tinggi. Dari 2001 sehingga 2004, sejumlah 11 kejadian pelanggaran antara kapal direkodkan di selat itu, disebabkan antara lainnya oleh peralatan kapal yang tidak berkualiti dan kelalaian pengendalian pelayaran. 15

2.3

Integriti alam sekitar Walaupun kebanyakan insiden kemalangan kapal berada di luar dari kawalan negara-negara pesisir Selat Melaka, kejadian seumpanya mendatangkan

Valencia (2002). Asian Sea Lane Security and International Relations. Kertaskerja dikomisenkan oleh Ship and Ocean Fundation, Tokyo Japan. 15 Statistik Jabatan Laut Malaysia.

14

kebimbangan kepada mereka berdasarkan potensi kesannya terhadap integriti ekosistem selat itu. Sebagai contoh, pelanggaran kapal boleh mengakibatkan limpahan kargo dan minyak ke kawasan penangkapan ikan utama dan kawasan pantai serta pulau peranginan. Ini ditambah pula dengan kebimbangan terhadap pencemaran yang boleh terhasil akibat laluan kapal-kapal sepanjang selat tersebut. Kesan negatif sedemikian ke atas ekosistem dan ekologi Selat Melaka bukan sahaja boleh mengancam kegiatan ekonomi penting seperti perikanan, pelancongan, perkapalan dan pelabuhan tetapi boleh memberikan kesan negatif kepada pelbagai aktiviti ekonomi sokongan lain. Bagi Malaysia, situasi sebegini boleh mengakibatkan kesan serius kepada sumber pendapatannya dan kesejahteraan sosio-ekonominya. Integriti persekitaran di Selat Melaka terdedah terjejas melalui pelbagai aktiviti industri dan penduduk. Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada pencemaran perairan selat itu termasuklah kepadatan penduduk yang tinggi, perubahan gunatanah, pembangunan industri pertanian dan perkilangan, peningkatan laluan trafik perkapalan, dan tumpahan sisa dan minyak yang tidak dikawal. 16 Ini dapat dilihat melalui penurunan dalam kualiti air di kawasan sekitarnya. Antara ancaman persekitaran yang membayangi Selat Melaka 17 ialah : Penurunan kualiti air yang membawa implikasi buruk dari aspek sosio-ekonomi. Penurunan dan kerosakan kepada habitat akuakultur yang mengurangkan sumber perikanan dan menjejaskan industri pelancongan, dan habitat seperti paya bakau dan hutan gambut yang penting dalam menjamin intergriti ekosistem dan ekologi Selat Melaka. Pencemaran kumbahan yang mengancam kesihatan penduduk melalui penggunaan air dan hasil-hasil perikanan. Tumpahan minyak dan sisa toksik yang mencemarkan ekologi Pencemaran udara dari gas dan lain-lain partikel . Tanpa kawalan bersepadu dari berbagai pihak, usaha untuk mengekalkan keselamatan persekitaran Selat Melaka tidak akan tercapai. Undang-undang dan peraturan yang ditetapkan tidak akan membawa kepada jalan penyelesaian seandainya tiada pihak yang memantau dan mengawal aktiviti-aktiviti yang boleh mengakibatkan pencemaran sebegini.

2.4

Sumber marin Selain dari menjadi antara laluan pelayaran yang tersibuk di dunia, Selat Melaka juga dikenalpasti mempunyai ekosistem yang produktif yang menyokong sumber marin yang kaya. Perairan selat ini menjadi habitat kepada pelbagai ekosistem

16 17

Dow (1995). An Overview of Pollution Issues in the Strait of Malacca. MIMA. Ibrahim (1995). Coastal Resources of the Malacca Strait and Their Development. MIMA.

seperti paya, muara, terumbu karang dan rumput-rampai laut. Selat itu juga merupakan penyumbang utama industri perikanan kepada negara-negara pesisir. Jumlah tangkapan ikan tahunan di kawasan perairannya di Malaysia melebihi 380,000 tan yang dianggarkan bernilai RM1.2 billion. 18 Aktiviti seperti perkapalan komersil, pertumbuhan penduduk di kawasan sepanjang pantai serta kegiatan perindustrian dan pertanian semuanya berpotensi mengancam sumber perairan di Selat Melaka. Adalah penting yang kegiatankegiatan ini dirancang dan diuruskan supaya sumber marin selat itu terpelihara dan dibangunkan secara lestari. Asas kepada objektif ini ialah sokongan maklumat saintifik dan biodata marin yang berkaitan dalam mengambil langkahlangkah untuk menguruskan sumber marin Selat Melaka selaras dengan konsep pembangunan lestari atau sustainable development.

3.

Rangka keselamatan Selat Melaka

Kepentingan sektor maritim kepada negara digariskan oleh pengiktirafan Kerajaan Malaysia terhadap peri pentingnya memelihara perskitaran maritim kita. Kerajaan telah menggariskan dasar maritim negara bagi membangunkan Malaysia sebagai negara maritim yang berupaya meningkatkan kapasiti perkapalan dan pelabuhan, mengoptimakan sumber manusia, memastikan keselamatan kapal dan pelayaran dan memberi perkhidmatan-perkhidmatan sokongan berkaitan yang cekap. 19 Dasar ini dicapai melalui beberapa instrumen dan insiatif yang berkaitan dengan perancangan dan pengurusan maritim. Secara amnya, rangka keselamatan Selat Melaka terdiri dari elemen-elemen yang berikut :

3.1

Konvensyen maritim antarabangsa Bagi menggariskan kesungguhannya dalam memelihara kepentingan maritimnya, Malaysia telah meratifikasikan beberapa konvensyen antarabangsa merangkumi pelbagai aspek dalam pengurusan sektor maritim. 20 Jaminan laluan transit atau Transit Passage Regime yang termaktub di dalam Bahagian III UNCLOS 21 terhasil dari persetujuan negara-negara bagi mengimbangi kepentingan negaranegara maritim dan kuasa-kuasa ketenteraan laut dengan kepentingan negaranegara pesisir. 22 Rejim UNCLOS telah berkuatkuasa dengan cekapnya dan dianggap sebagai perundangan antarabangsa yang menyumbang kepada pengurusan teratur perairan utama dunia seperti Selat Melaka.

Sumber : Jabatan Perikanan Malaysia www.mot.gov.my (Dilayari pada 12 April 2005). 20 Senarai lengkap konvensyen antarabangsa yang telah diratifikasikan oleh Malaysia bileh dirujuk di laman web Kementerian Pengangkutan Malaysia di http://www.mot.gov.my/BM/Divisi_Maritim.htm 21 United Nations Convention on the Law of the Sea (UNCLOS) diperkenalkan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1982 dan diratifikasikan oleh Malaysia pada 1996. UNCLOS merupakan instrumen global yang menyeluruh yang menggariskan rangka polisi program dan insiatif berkaitan dengan sektor maritim. 22 www.un.org/Depts/los/convention_ agreements/texts/unclos/closindx.htm (Dilayari pada 12 April 2005).
19

18

Antara konvensyen maritim antarabangsa yang telah diratifikasikan oleh Malaysia ialah : i) Convention for the Safety of Life at Sea (SOLAS) yang menggariskan piawaian keselamatan komprehensif bagi pembinan kapal yang selamat dan untuk kelengkapan keselamatan asas di atas kapal. Convention for the Prevention of Pollution on Ships (MARPOL) yang mengandungi arahan operasi terutamanya yang berkaitan dengan prosedur keselamatan. Convention on International Regulations for Preventing Collisions at Sea (COLREG) yang menggariskan peraturan jalanan (rules of the road) trafik di samudra. Konvensyen berkaitan dengan anak kapal termasuk ILO Convention 147 Merchant Shipping (Minimum Standards) Convention yang merangkumi peraturan mengenai piawaian pengendalian selamat, waktu kerja, kecekapan anak kapal dan perlindungan sosial dan piawaian pekerjaan seperti yang digarsikan oleh Pertubuhan Buruh Sedunia atau International Labour Organization (ILO). Convention on Standards of Training, Certification and Watchkeeping for Seafarers yang menggariskan kehendak kelulusan dan kelayakan bagi anak-anak kapal.

ii)

iii)

iv)

v)

Konvensyen-konvensyen tersebut digunakan secara meluas dalam pengurusan maritim Malaysia amnya dan Selat Melaka khususnya dan telah memberikan sumbangan yang besar dalam memelihara persekitaran pelayaran yang selamat di perairan tersebut.

3.2

Undang-undang dan dasar-dasar tempatan Melalui rangka perundangan tempatan, kerajaan mengamalkan dasar untuk membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara maritim, sesuai dengan statusnya sebagai negara pedagang yang ke-17 terbesar di dunia dan negara yang pesat membangun. Beberapa undang-undang dan peraturan yang digunapakai di Malaysia yang berkaitan dengan pengurusan maritim ialah : Ordinan Pengangkutan Kargo Melalui Air, 1950 Ordinan Perkapalan Saudagar, 1952 Akta Lembaga Dius Api, 1953 Akta Lembaga-Lembaga Pelabuhan, 1963 Akta Pelantar Benua, 1966

Akta Kastam, 1967 Akta Kualiti Alam, 1974 Akta Zon Eksklusif Ekonomi, 1984 Akta Pelabuhan (Penswastaan) 1990 Akta Penguatkuasaan Zon Maritim, 2004 Dasar Alam Sekitar Kebangsaan Dasar Kabotaj Dasar National Load Center

Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri sedang membuat penilaian untuk Malaysia mengadaptasikan satu pelan yang dinamakan Integrated Coastal Zone Management (ICZM) bagi menguruskan persekitaran maritim negara. ICZM merupakan perancangan yang sistematik dan komprehensif untuk menguruskan kawasan pesisir, sumber-sumbernya, corak aktiviti manusia di dalam persekitaran marin dan konfigurasi ruangnya. 23 Adalah diharapkan yang Malaysia, melalui ICZM, akan dapat memaksimakan faedah yang ditawarkan oleh kawasan pesisir dan meminimakan konflik dan kesan buruk aktiviti manusia ke atas persekitaran marin negara. Melalui instrumen perundangan dan dasar-dasar tersebut, Malaysia menggariskan kesungguhannya untuk membangun dan mentadbir sektor maritimnya secara terurus. Malaysia juga komited dalam usahanya mengharmonikan perundangan domestiknya dengan undang-undang dan konvensyen antarabangsa dan dalam memenuhi obligasi antarabangsanya sendiri sebagai negara ahli Perutbuhan Maritim Sedunia (IMO).

3.3

Inisiatif serantau dan antarabangsa Malaysia terlibat di dalam beberapa inisiatif yang sedang dicadangkan oleh masyarakat antarabangsa dalam menguruskan Selat Melaka dan menjamin keselamatannya. Antara insiatif tersebut ialah :

i)

Cadangan mewujudkan dana pengurusan Selat Melaka Jepun, sebagai salah sebuah negara pengguna Selat Melaka yang mempunyai kepentingan besar terhdapnya, telah mengusulkan cadangan untuk mewujudkan satu tabung di kalangan kuasa-kuasa maritim dan negara-negara pengguna untuk menguruskan perairan itu. Tabung ini akan diuruskan oleh negara-negara pesisir untuk mempertingkatkan keselamatan pelayaran. Bagi mewujudkan dana ini, Jepun membayangkan senario berikut 24 :

23 24

Cicn-Sain & Knecht (1998), Integrated Coastal and Ocean Management, Island Press, Washington DC. http://nippon.zaidan.info/seikatbutsu/2001/00800/contents/00008.htm (Dilayarai pada 15 April 2005).

Meminta negara-negara pengguna selat membiayai projek-projek khusus yang berkaitan dengan keselamatan pelayaran dan pencegahan pencemaran. Mencadangkan konvensyen antarabangsa mengenai Dana Selat Antarabangsa melalui saluran diplomatik. Memperkenalkan yuran maritim atau maritime dues ke atas pengguna selat.

Malaysia berpendirian yang beban kewangan dalam menguruskan Selat Melaka mestilah dipikul bersama di kalangan negara-negara pengguna dan menyokong konsep user pays yang diutarakan oleh Jepun ini.

ii)

Pembentukan satu rejim khas untuk Selat Melaka Negara-negara pesisir mempunyai kepentingan yang berbeza-beza dalam persoalan keselamatan Selat Melaka. Kebimbangan Malaysia mengenai Selat Melaka berkisar di sekitar persoalan keselamatan pelayaran dan pencemaran. Indonesia memberikan tumpuan tinggi terhadap aspek keselamatan tuntutan kepulauannya,, manakala Singapura pula taksub terhadap soal keselamatan dari sudut kepentingan ekonominya. Posisi ini dipengaruhi oleh kedudukan geografi dan tahap pembangunan yang berbeza di kalangan ketiga-tiga negara ini. Jelas yang perspektif berbeda di kalangan negara-negara pesisir ini menghalang kerjasama sepenuhnya dalam menguruskan selat tersebut. Adalah dicadangkan yang sebuah jawatankuasa khas, suruhanjaya atau lembaga yang dianggotai oleh ketiga-tiga negara ini ditubuhkan bagi menilai konflik di kalangan mereka dan mengimbangi kepentingan masing-masing. Cadangan membentuk satu rejim untuk Selat Melaka yang dipersetujui di kalangan negara-negara pengguna dan pesisir, dengan kerjasama Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO), telah lama diutarakan. Model ini membayangkan pembentukan sebuah badan rasmi bergelar Suruhanjaya Pengurusan Selat Melaka untuk menangani isu perkongsian tanggungjawab dan kos yang terlibat dalam menguruskan selat itu. 25 Malaysia memberikan komitmennya dalam usaha ini dan sering terlibat di dalam pelbagai dialog antarabangsa mengenainya.

Sakurai (2004). The Straits of Malacca and Challenges Ahead : Japans Perspective. Kertaskerja pembentangan di Persidangan Mengenai Selat Melaka : Membina Satu Persekitaran Keselamatan Komprehensif di Kuala Lumpur, 11 Oktober 2004.

25

iii)

Kerjasama pencegahan aktiviti lanun Semenjak peristiwa 11 September, tumpuan terhadap isu keselamatan Selat Melaka semakin meningkat. Ini terdorong dari andaian para penganalisa keselamatan maritim yang pengganas boleh menggunakan selat itu sebagai tapak melancarkan operasi mereka yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada kepentingan serantau dan global. Malaysia akur dengan kebimbangan ini dan terus meningkatkan usahanya dalam bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untul menguruskan Selat Melaka. Malaysia bergiat aktif di dalam kerjasama pelbagai hala di peringkat serantau dan di luar wilayah dalam usaha memperbaiki tahap keselamatan selat itu. Inisiatif terkini ialah kerjasama tiga-hala MALSINDO di antara Malaysia, Singapura dan Indonesia yang melibatkan pengawasan berkordinasi tentera laut ketiga-tiga negara itu. 26

Selain dari terlibat di dalam inisiatif yang disenaraikan di atas, Maslaysia juga bergiat aktif dalam beberapa bentuk kerjasama yang lain bagi menguruskan Selat Melaka. Antaranya ialah penglibatannya di dalam Tripartite Technology Group (TTEG), sebuah perkumpulan perkongsian dengan Indonesia dan Singapura yang berganding bahu dengan Pertubuhan Maritim Sedunia (IMO) dalam pelbagai usaha memperbaiki keselamatan pelayaran di Selat Melaka. Malaysia juga menyokong usaha terpuji Jepun dalam sumbangannya mengurus Selat Melaka melalui saluran seperti Malacca Strait Council dan Japan International Cooperation Agency. Di samping itu, Malaysia juga terlibat di dalam pelbagai inisiatif di peringkat ASEAN Regional Forum yang berkaitan dengan pengurusan Selat Melaka dan mengimplementasikan sepenuhnya kod International Ship and Port Facility Security (ISPS) yang diusulkan oleh IMO bagi meningkatkan pertahanan serantau terhadap ancaman keselamatan maritim.

3.3

Sistem pengurusan kelautan Malaysia dan negara pesisir serta pengguna Selat Melaka lain telah berusaha gigih memastikan yang Selat Melaka digunakan melalui beberapa sistem dan prosedur pemantauan : 27 i) Mandatory Ship Reporting System in the Straits of Malacca and Singapore (STRAITREP) - sistem melapur mandatori yang digunapakai oleh kapalkapal yang menggunakan Selat Melaka dan juga Selat Singapura. Antara

Dipetik dari kertaskerja pembentangan Laksamana Dato Sri Mohd Anwar Hj Mohd Nor, Panglima TLDM bertajuk Managing Security of the Straits of Malacca : The Royal Malaysian Navys Perpspective di Persidangan Mengenai Selat Melaka : Membina Satu Persekitaran Keselamatan Komprehensif di Kuala Lumpur, 11 Oktober 2004. 27 Sumber : Jabatan Laut Semenanjung Malaysia

26

objektif STRAITREP ialah mempertingkatkan keselamatan pelayaran, melindungi alam persekitaran laut, mempermudahkan pergerakan kapal dan membantu dalam operasi mencari dan menyelamat serta operasi melawan tumpahan minyak. ii) Traffic Separation Scheme (TSS) - skim pemisahan lalulintas trafik yang diwujudkan bagi memudahkan lalulintas trafik di Selat Melaka. Tujuan sistem ini diadakan ialah untuk mengelakkan risiko pertembungan dekat di antara kapal (close quarter situation). Melalui sistem ini, laluan pelayaran kapal dipisahkan mengikut alur pelayaran yang ditetapkan oleh Jabatan Laut Malaysia. Global Maritime Distress and Safety System (GMDSS) - sistem komunikasi mencari dan menyelamat yang digunakan di Selat Melaka. Iaitu menyediakan kemudahan kepada kapal yang belayar di Selat Melaka dan juga kepada pihak berkuasa di darat bagi membantu kelicinan pelayaran kapal dan juga insiden distress atau kemalangan di laut. Sistem GMDSS ini membantu dalam membolehkan kordinasi operasi mencari dan menyelamat di Selat Melaka dilakukan dengan kadar yang segera. Shipborne Automatic Identification System (AIS) - sistem penghantaran maklumat data kapal dan hebahan berterusan secara otomatik. Ia berfungsi dalam mod hebahan yang dikongsi bersama di antara kapalkapal dan stesen AIS di darat. Sistem ini telah menyumbang ke arah menjamin keselamatan nyawa di lautan (safety of life at sea), kelicinan dan keselamatan pelayaran, dan pemeliharaan persekitaran marin. Vessel Traffic Services (VTS) - perkhidmatan pengurusan VTS yang diuruskan oleh Jabatan Laut berfungsi untuk mempertingkatkan keselamatan, keselesaan trafik serta melindungi alam persekitaran marin. Sistem ini berupaya untuk berhubung dengan lalulintas trafik melalui radio dan menasihatkan kapal-kapal supaya bertindak mengikut keperluan dan keadaan trafik di dalam sesuatu kawasan perairan di Selat Melaka.

iii)

iv)

v)

Sebagai tambahan kepada sistem yang telah disenaraikan, satu inisiatif yang digelar Marine Electronic Highway (MEH) sedang dirancang bagi meningkatkan tahap keselamatan pelayaran dan integriti persekitaran samudra di Selat Melaka. MEH dirangka untuk menyediakan sistem bantuan pelayaran berteknologi tinggi dan sistem pengurusan persekitaran marin bagi menghasilkan keadaan laut yang selamat untuk dilayari dan terpelihara dari pencemaran. 28 Walaupun pelbagai infrastruktur dan prosedur sedia ada untuk membantu memastikan kapal-kapal yang melalui Selat Melaka belayar dengan selamat, perairan ini masih mengandungi risiko kemalangan yang tinggi berdasarkan ciri laluannya yang sempit dan
28

Sumber : Jabatan Laut Semenanjung Malaysia

jumlah trafik tinggi yang harus ditampunginya. Bagi mengurangkan risiko ini, adalah lebih praktikal sekiranya kesemua sistem yang ada diintegrasikan bagi kegunaan agensiagensi yang terlibat dengan keselamatan maritim dan dengan sistem yang digunapakai di negara pesisir lain untuk memaksimakan rangkaian perkongsian maklumat dalam pengurusan Selat Melaka.

3.4

Agensi-agensi kerajaan Antara kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat secara langsung atau tidak langusang dalam sektor maritim di Malaysia amnya dan pengurusan Selat Melaka khususnya ialah : Unit Perancangan Ekonomi, Suruhanjaya Maritim Kebangsaan dan Bahagian Keselamatan Negara - Jabatan Perdana Menteri Bahagian Maritim - Kementerian Pengangkutan Malaysia Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Jabatan Laut Malaysia Kastam Diraja Malaysia Tentera Laut Diraja Malaysia Polis Marin dan Unit Udara - Polis Diraja Malaysia Agensi Penguatkuasaan Maritim Lembaga Pelabuhan Persekutuan Akademi Laut Malaysia Institut Maritim Malaysia

4. Isu-isu strategik mengenai keselamatan Selat Melaka dari perspektif Malaysia Seperti yang telah ditekankan, Selat Melaka bukan sahaja merupakan laluan terusan air yang kritikal kepada ekonomi negara pesisir dan rantau ASEAN tetapi juga penting sebagai laluan dagangan global. Oleh itu, sebarang ancaman ke atas keselamatannya dari ancaman seperti terorisme maritim, aktiviti lanun serta penyeludupan dadah dan senjata mendatangkan kebimbangan terutamanya kepada negara-negara di sekitarnya dan komuniti antarabangsa amnya. Sebarang insiden yang menggugat ketenteramannya bukan sahaja menjadi isu tempatan atau serantau, malah menjadi permasalahan sejagat. Kuasa-kuasa besar ekonomi seperti China, Jepun dan Amerika Syarikat yang bergantung kepada Selat Melaka sebagai laluan pelayaran antarabangsa mempunyai kepentingan kritikal terhadap keselamatan perairan ini. Dalam orde baru dunia pasca 11 September dan dari sudut globalisasi, keselamatan Selat Melaka merupakan isu strategik yang sangat penting bukan sahaja kepada Malaysia malahan kepada komuniti antarabangsa.

Dalam menjaga kepentingan strategik negara, beberapa isu yang kritikal perlu diberikan perhatian dalam perbincangan mengenai keselamatan Selat Melaka. Isu-isu tersebut ialah :

4.1

Kedaulatan negara Walaupun ujud persefahaman di kalangan negara-negara pengguna Selat Melaka mengenai signifikasi keselamatan perairan tersebut, adalah menyedihkan yang ada di antara mereka memandang remeh tentang tanggungjawab penggunaannya. Ada yang mengambil sikap ambil ringan terhadap kedaulatan negara-negara pesisir yang sepatutnya mempunyai kata putus terhadap pengurusan selat tersebut. Seperti yang ditekankan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, sebarang andaian yang pengguna selat tersebut mempunyai kebebasan tanpa batas untuk menggunakannya termasuk untuk tujuan ketenteraan menunjukkan sikap tidak menghormati hak negara-negara pesisir dan mendedahkan kedangkalan mereka terhadap perundangan antarabangsa. 29 Cadangan pasca insiden 11 September oleh sebuah kuasa besar untuk memantau keselamatan di Selat Melaka menggunakan sumber kenteraannya sendiri merupakan contoh keangkuhan negara asing dalam isu penggunaan selat tersebut dan meremehkan kedaulatan Malaysia sebagai negara pesisir yang berdaulatan. Adalah wajar ditekankan yang sebahagian besar Selat Melaka terletak di wilayah perairan Malaysia, Indonesia atau Singapura. Dengan itu, rejim kebangsaan negara-negara ini seharusnya diakui sebagai undang-undang yang tergunapakai di kawasan perairan ini. Satu-satunya pengecualian kepada skop perundangan ini ialah Artikel 38 UNCLOS yang menjamin kebebasan pelayaran (freedom of navigation) dalam laluan transit (transit passage). 30 Sebarang penggunaan ketenteraan dan seumpamanya di perairan Selat Melaka hendaklah akur dengan peruntukan undang-undang yang termaktub di dalam artikel tersebut. Walaupun Malaysia mempunyai hak untuk melindungi kawasan maritimnya, tugas memastikan hak ini dikekalkan bukanlah perkara yang enteng, malah adakalanya boleh menimbulkan pelbagai kerumitan diplomatik dan dilema dalaman. Penyelesaian yang ideal kepada tekanan-tekanan ini ialah dengan cara mengimbangkan kepentingan ekonomi dan keselamatan kita dengan obligasi antarabangsa. Ini hanya boleh dicapai melalui persefahaman dan sokongan yang menyeluruh di kalangan semua pihak yang mempunyai kepentingan terhadap Selat Melaka. Tentunya ini bukanlah satu objektif yang mudah dicapai, namun semua pihak haruslah bekerjasama di dalam perkara ini demi menjaga kepentingan strategik semua pihak dalam penggunaan Selat Melaka. Apa jua inisiatif haruslah berpaksi di atas pengamatan mutlak sovereignity atau kedaulatan

Ucaputama YAB Timbalan Perdana Menteri sewaktu merasmikan Persidangan Mengenai Selat Melaka : Membina Satu Persekitaran Keselamatan Komprehensif di Kuala Lumpur, 11 Oktober 2004. 30 http://www.admiraltylawguide.com/conven/unclospart3.html (dilayari pada 12 April 2005)

29

kita. Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu menjamin kedaulatan dan intergriti kewilayahan kita sebagai sebuah negara pesisir Selat Melaka. Dengan jaminan ini, sewajarnya Malaysia tidak berkompromi dalam mempertahankan kedaulatannya dalam berurusan dengan mana-mana pihak mengenai pengurusan Selat Melaka.

4.2

Keganasan maritim Isu utama yang semakin diketengahkan dalam perbincangan mengenai isu keselamatan Selat Melaka ialah menangani ancaman keselamatan di perairan tersebut melalui keganasan maritim. Ancaman dari lanun dan penyangak perairan semakin galak sejak kebelakangan ini. Dengan meningkatnya kebimbangan terhadap serangan pengganas selepas serangan 11 September yang menggunakan pesawat penumpang, gambaran ngeri kapal yang melalui Selat Melaka ditawan dan digunakan dalam serangan pengganas tidak boleh Walaupun belum ada insiden serangan pengganas yang diketepikan. 31 direkodkan di Selat Melaka sehingga kini, kebarangkalian ancaman sedemikian menjadi realiti sama sekali tidak boleh diketepikan. Oleh itu, pihak-pihak yang dipertanggungjawbkan untuk memelihara keselamatan maritim negara haruslah bersiap sedia untuk menghadapinya. Malaysia, Indonesia dan Singapura sedang meningkatkan kawalan di Selat Melaka berikutan peningkatan insiden serangan lanun di perairan tersebut. Ancaman dari kegiatan lanun ini telah mendatangkan kebimbangan di kalangan negara-negara pengguna utama. Seperti yang dinyatakan, sebuah kuasa besar dunia pernah menyatakan hasratnya untuk menjalankan rondaan satu pihak di Selat Melaka bagi memelihara kepentingannya. Ini merupakan satu usul kontroversi yang boleh mengancam kedaulatan negara-negara pesisir. Baru-baru ini, Jepun telah menyuarakan kekhuatirannya terhadap aktiviti lanun di Selat Melaka dan menyeru negara-negara Asia untuk mewujudkan rangka kerjasama untuk memrangi kegiatan lanun. Di Forum Serantau Mengenai Keselamatan Maritim peringkat ASEAN di Singapura pada bulan April 2005, Setiausaha Agung Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO), E.E. Mitropolous menyatakan yang organisasinya sedang merangka satu inisiatif untuk mengadakan kawalan bersama tetap (permanent joint patrols) di Selat Melaka untuk memeliharanya dari serangan pengganas. 32 Reaksi-reaksi sebegini menggariskan perhatian dan tumpuan serius masyarakat antarabangsa terhadap isu keselamatan di Selat Melaka.

31

Menurut Biro Maritim Antarabangsa atau International Maritime Bureau (IMB), sejumlah 37 kejadian serangan lanun dilapukran di Selat Melaka sepanjang tahun 2004. Walaupun kebanyakan insiden itu melibatkan kejadian serius melibatkan penggunaan senjata api dan pencolekan anak kapal, tiada satupun darinya dikategorikan oleh IMB sebagai insiden pengganas atau terrorism. Namun IMB memberi amaran yang potensi berlakunya kejadian yang melibatkan keganasan di Selat Melaka adalah tinggi. 32 Sumber : www.imo.org (dilayari pada 12 April 2005)

Walaupun agak mustahil bagi negara-negara pesisir untuk menghentikan sama sekali serangan lanun disebabkan jarak Selat Melaka yang panjang, adalah menjadi tanggungjawab negara-negara tersebut untuk menjamin keselamatan selat itu. Kerjasama berterusan di anata tentera-tentera laut dan agensi-agensi maritim negara-negara pesisir harus dipertingkatkan bagi menjamin keselamatan pelayaran di Selat Melaka dari ancaman lanun.

4.3

Ancaman keselamatan bukan konvensional Kebelakangan ini, Malaysia menghadapi semakin banyak isu-isu keselamatan bersifat non-conventional di Selat Melaka. Kebimbangan besar yang dihadapi oleh Malaysia kini ialah ancaman yang datang dari aktiviti jenayah yang menggunakan selat itu sebagai laluan pengangkutan barangan seludup dan kargo manusia secara haram. Rekod menunjukkan yang senjata api kecil, dadah dan pendatang asing tanpa izin (PATI) diseludup masuk ke Malaysia melalui Selat Melaka. 33 Kombinasi aktiviti-aktiviti ini tentunya boleh mendatangkan ancaman serius kepada keselamatan negara. Dari segi ekonomi, penyeludupan barangan menyebabkan kehilangan pendapatan melalui kutipan cukai kepada negara di samping menggugat mata pencarian rakyat tempatan. Aktiviti perikanan haram oleh nelayan asing juga merugikan negara, memberikan kesan negatif kepada sektor perikanan dan mengancam mata pencarian nelayan tempatan.

4.4

Pemeliharaan persekitaran marin Walaupun sebarang insiden kemalangan di Selat Melaka berada di luar kawalan negara pesisir seperti Malaysia, kita berhak merasa bimbang terhadap kemungkinan berlakunya sebarang peristiwa yang tidak diingini dan kesan yang bakal timbul ke atas persekitaran selat itu. Insiden seperti tumpahan kargo atau minyak boleh mencemarkan kawasan penangkapan ikan serta pulau-pulau dan pantai-pantai peranginan. Pencemaran dalam apa bentuk sekalipun boleh mendatangkan impak yang buruk ke atas integriti persekitaran Selat Melaka. Sebarang ancaman ke atas ekologi dan biodiversity selat itu akan mengancam keselamatan persekitaran kita dan negara pesisir lain dan memberi kesan buruk kepada kegiatan ekonomi maritim seperti perikanan dan pelancongan. Bagi Malaysia yang mana aktiviti maritim memberi sumbangan yang bukan sedikit kepada ekonominya, pencemaran ke atas Selat Melaka boleh mendatangkan kerugian yang besar kepada ekonomi negara. Berdasarkan kekhuatiran ini, Malaysia harus terus menyumbang di dalam sebarang usaha di

Dipetik dari ucaputama YAB Timbalan Perdana Menteri sewaktu merasmikan Persidangan Mengenai Selat Melaka : Membina Satu Persekitaran Keselamatan Komprehensif di Kuala Lumpur, 11 Oktober 2004.

33

peringkat tempatan dan antarabangsa untuk menjaga persekitaran Selat Melaka dan mencari jalan untuk memeliharanya dari apa jua bentuk ancaman.

4.5

Tuntutan wilayah maritim Negara-negara ASEAN dan Asia Utara yang bersempadanan dengan samudra telah secara rasminya melanjutkan bidang kuasa maritim mereka ke atas sumber dan aktiviti kelautan. Tidak banyak lagi kawasan maritim yang belum dituntut susulan dari perkembangan ini. Ini melahirkan pelbagai tuntutan bertindan ke atas beberapa kawasan yang dianggap strategik. Contoh utama ialah tuntutan bertindan ke atas blok minyak Ambalat di antara Malaysia dan Indonesia, Pulau Batu Putih di antara kita dengan Singapura, terumbu karang Erika dan Investigator di antara kita dengan Filipina, dan Kepulauan Spratlys yang melibatkan beberapa negara rantau ini. Konflik tuntutan wilayah maritim sebegini terus memberikan cabaran kepada penggubal dasar negara-negara terbabit dan adakalanya mengancam hubungan diplomatik di antara mereka. Langkah unilateral seperti membina struktur di pulau atau wilayah maritim yang menjadi perbalahan atau menghantar kapal perang ke kawasan yang menjadi perbalahan boleh dilihat sebagai aksi provokasi yang boleh membangkitkan pertentangan di antara negara-negara yang terlibat. Beberapa insiden melibatkan tuntutan bertindan telah menggariskan peri pentingnya satu set tatalaku atau code of conduct di antara negara-negara rantau ini dalam menangani pertelingkahan tuntutan wilayah maritim. Tidak keterlaluan diramalkan yang ketiadaan tatalaku sedemikian boleh menjadi duri dalam daging dalam perpaduan ASEAN. Walaupun kebanyakan permasalahan wilayah maritim bersekitar di Laut Cina Selatan, ikatan ukhuwah yang lemah di kalangan negaranegara rantau mengenai isu wilayah laut tersebut boleh menggugat kerjasama dalam menguruskan Selat Melaka dan memantau keselamatannya. Ia juga boleh menjejaskan suara kita dan negara pesisir lainnya dalam isu berkaitan keselamatan Selat Melaka. Sekiranya negara-negara pesisir dan jiran-jiran terdekatnya tidak bersatu, kerapuhan hubungan mereka akan hanya mengundang campurtangan kuasa-kuasa besar. Lebih malang lagi seandainya ketidaksepaduan serantau dieksploit oleh mereka atas alasan menjaga kepentingan mereka di Selat Melaka. Kita maklum yang Amerika Syarikat sudah mempunyai kehadiran di perairan Laut Cina Selatan dan telah dengan lantangnya menyuarakan kepentingannya di dalam aspek kebebasan dan keselamatan pelayaran di rantau ini. Tentunya mereka tidak akan berdiam diri seandainya kepentingan yang diutarakan ini diancam oleh pertelingkahan serius di kalangan negara-negara serantau ke atas wilayah maritim. Pendirian ini tambah membimbangkan kita dengan reaksi China, kuasa besar rantau sebelah sini, yang terang-terang menyatakan kehadiran Amerika Syarikat di perairan wilayah ini sebagai merumitkan lagi isu yang sedia ada dan

mengancam kestabilan serantau. 34 Dalam konteks diplomasi, penggunaan bahasa sebegini boleh ditakrifkan sebagai pendahuluan kepada pertentangan yang boleh merebak menjadi konfrontasi secara langsung sekiranya sebarang aksi provokasi tidak dikekang sedari awal. Perkara terakhir yang dimahukan oleh kita ialah permasalahan wilayah maritim serantau meledak menjadi konflik terbuka di antara negara-negara serantau yang tentunya tidak akan mendatangkan apa-apa manafaat kepada kestabilan negara dan rantau selat Melaka. Insiden seperti tindakan satu pihak melalui pendudukan wilayah yang menjadi perebutan, pennagkapan atau pembunuhan nelayan di kawasan tuntutan atau pergerakan ketenteraan yang agresif boleh mencetuskan pergolakan di rantau ini.

Isu-isu yang telah disebutkan boleh menggugat kepentingan strategik Malaysia dari segi keselamatan dan ekonomi sekiranya tidak ditangani dengan arif dan sistematik. Kerumitan serta ciri kompleks pengurusan Selat Melaka memerlukan satu pendekatan komprehensif bagi memelihara dan menjamin keselamatan perairan ini. Adalah penting bagi Malaysia untuk mempergunakan saluran diplomatik dan meningkatkan kerjasama dengan negara pesisir Selat Melaka dan komuniti antarabangsa melalui perbincangan dan usahasama bagi kepentingan bersama. Malaysia harus meneruskan sikap terbukanya dan terus bekerjasama dengan pihak-pihak lain dalam usaha menjamin keselamatan di Selat Melaka bagi memelihara kepentingan maritim dan strategiknya, selagi integritinya sebagai sebuah negara berdaulat tidak diganggu-gugat.

5.

Cabaran masa depan

Beberapa ancaman utama ke atas keselamatan di Selat Melaka serta ke atas kepentingan ekonomi dan strategik Malaysia dan antarabangsa telah dikenalpasti dan dibincangkan di dalam kertas kerja ini. Namun, apa yang lebih penting ialah menghadapi cabarancabaran pelbagai bentuk yang bakal timbul di masa depan dalam menguruskan selat itu. Ini merangkumi aspek-aspek operasi seperti penyediaan infrastruktur dan asset serta membina kapasiti mengumpul maklumat untuk tujuan pengawalseliaan. Bagi Malaysia, cabaran yang nyata ialah mengimbangi kepentingan kita terhadap Selat Melaka dengan inisiatif yang berkemungkinan mendatangkan maklumbalas yang bertentangan dengan national interest kita. Contoh paling nyata ialah dilema yang tentunya timbul sekiranya pihak ketiga berkeras untuk memantau selat tersebut secara unilateral. Cabaran yang bakal dihadapi dalam situasi sedemikian akan menuntut kematangan diplomasi, pandangan jauh, sikap bertolak ansur, kekukuhan pendirian dan analisa mendalam bagi mengimbangi kepentingan kita dengan kapasiti menjaga kepentingan itu. Mungkin bagi negara seperti Malaysia, meningkatkan kerjasama kita dalam inisiatif keselamatan maritim merupakan alternatif yang lebih rasional dan praktikal dari berkonfrontasi dalam menuntut hak dan memelihara kepentingan kita di
Dipetik dari ucapan E.E . Mitropoulos, Setiausaha Agung Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) bertajuk Enhancing Navigational Safety in the Malacca and Singapore Straits di Resource Management in Asia-Pacific Project Seminar Series di Singapura, 3-5 Februari 1999.
34

perairan tersebut. Lebih banyak manafaat yang boleh diraih dengan menjalin semangat setiakawan dan bermuafakat dengan masyarakat antarabangsa dalam aktiviti seperti pengawalan berkordinasi dan perkongsian sumber. Inisiatif sedemikian lebih menjamin kedaulatan dan kewilayahan negara dihormati dan meningkatkan kewibawaan Malaysia sebagai negara berdiplomatik dari pandangan antarabangsa. Faktor-faktor lain yang bakal memberikan cabaran dalam pengurusan Selat Melaka ialah ketegangan dan konflik yang mungkin timbul dari pergeseran politik atau ideologi, ketidakseimbangan ekonomi, kemiskinan, penambakan, berlabuh tanpa izin, aktiviti ketenteraan yang bersifat provokatif dan pencabulan kedaulatan. 35 Langkah-langkah pencegahan perlu diambil bagi mengelakkan tercetusnya ancaman ke atas keselamatan Selat Melaka melalui cabaran-cabaran yang disebutkan. Tidak kurang mencabar ialah mengekalkan dan menyemarakkan lagi minat negara-negara pesisir dan pengguna untuk menjaga keselamatan selat tersebut. Ini bakal menuntut komitmen dan sumber nasional yang bukan sedikit. Kelalaian dalam memantau keselamatan Selat Melaka boleh membawa implikasi yang sangat buruk kepada kepentingan ekonomi dan strategik Malaysia dan pihak lain.

6.

Kesimpulan

Bagi Malaysia, kepentingan Selat Melaka dari sudut ekonomi dan strategik tidak terperi nilainya. Sebarang ancaman ke atas perairan yang kritikal ini bakal mendatangkan kesan buruk kepada kepentingan ekonomi, keselamatan dan persekitaran kita. Lebih serius lagi, ia boleh memberikan impak psikologi yang mendalam dan mengikis kedaulatan negara kita. Mengambilkira kepentingan Malaysia dan banyak pihak lain terhadap Selat Melaka, cabaran mengekalkan prinsip kebebasan pelayaran di perairan ini sangatlah kritikal. Kepentingan kita dan kuasa-kuasa besar terutamanya dalam menjamin keselamatan laluan strategik ini sangat kompleks, merangkumi antara lainnya aspek ekonomi, persekitaran, dagangan, sosial dan keselamatan. Gangguan atau penutupan laluan yang diakibatkan oleh konflik serantau atau kegagalan mengamati konvensyen pelayaran bebas antarabangsa akan menyebabkan lencongan kepada penghantaran minyak dan kargo melalui jalan lain yangf lebih panjang jaraknya. Ini tentunya boleh membawa kesan negatif kepada pelbagai kepentingan sebuah negara dagangan seperti Malaysia dan ekonomi serantau dan global keseluruhannya. Malaysia komited dalam menggunakan segala instrumen kuasa negara untuk mengekalkan keselamatan di Selat Melaka. Dalam konteks strategik, menangani cabaran ini menuntut pendekatan holistik merangkumi pelbagai dimensi seperti politik, ekonomi, sosial, teknologi, persekitaran dan perundangan. Namun dalam menjaga kepentingannya, Malaysia juga hendaklah mengambil sikap proaktif dan responsif terhadap kebimbangan dan sensitiviti masyarakat antarabangsa terhadap penggunaan Selat Melaka. Sebagai negara yang berdaulat, tentunya Malaysia wajib menyuarakan pendiriannya dengan tegas
35

Iskandar Sazlan (2002). Draf Kajian Dasar Maritim Kebangsaan Malaysia (tidak diterbitkan). MIMA.

di dalam apa jua isu yang mana ia mempunyai kepentingan. Namun kita juga harus akur kepada kehendak-kehendak negara-negara pesisir lainnya dan pihak-pihak yang berkepentingan di dalam penggunaan Selat Melaka dan berusaha sedaya upaya mengimbangi kepentingan kita dengannya. Matriks tindakbalas kita terhadap apa jua ancaman di Selat Melaka mestilah dibina di atas teras yang mengambilkira faktor ini. Masa depan keselamatan Selat Melaka bergantung kepada tahap kesediaan, tumpuan dan kerjasama kita dengan pihak lain dalam menguruskannya. Namun tanggungjawab pengurusan tidak wajar dibebankan ke atas bahu Malaysia dan negara pesisir lain sematamata. Semua pihak yang mempunyai kepentingan terhadap Selat Melaka hendaklah menggembeling dan berkongsi sumber kewangan, kepakaran, maklumat, pengalaman dan teknologi dalam menjamin keselamatan selat itu. Dengan kerjasama dan komitmen semua pihak, pelbagai kepentingan dan perspektif berbeza, baik dari segi ekonomi mahupun strategik, boleh diselaraskan dan diimbangi. Malaysia dan pihak-pihak yang berkepentingan terhadap Selat Melaka haruslah menerokai segala ruang dan saluran diplomatik dan perundingan bagi menangani sebarang perbezaan pendapat dan konflik di antara mereka. Selat Melaka terlalu besar kepentingannya kepada semua. Maka itu, adalah tidak wajar yang kepentingan ramai yang bersifat jangkapanjang ke atas perairan strategik ini dikorbankan demi memenuhi tuntutan kepentingan jangkapendek sesetengah pihak sahaja. Dengan terjaminnya keselamatan Selat Melaka, Malaysia akan terus meraih manafaat dari sudut mengekalkan kepentingan ekonomi dan strategiknya, manakala komuniti antarabangsa juga dapat menikmati faedah dari laluan dagangan yang selamat di selat yang kritikal ini.

INSTITUT MARITIM MALAYSIA 16 April 2005

You might also like