You are on page 1of 9

TAJUK 1 : PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAHRENDAH Pentaksiran ialah satu proses mentaksir perubahan tingkah laku berdasarkan datakuantitatif

dan kualitatif. Membuat pentaksiran tentang pencapaian pelajar adalahuntuk tujuan pemulihan dan penggredan. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa danselepas pengajaran.Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan, danpencapaian murid di dalam bilik darjah. Guru menentukan hasil pembelajaran yanghendak dinilai, merancang, dan membina instrument pentaksiran, menganalisismaklumat pentaksiran, melapor dan membuat tindakan susulan. Melalui aktivitipentaksiran, guru akan dapat memastikan potensi secara menyeluruh dan bersepadudari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah pendidikanKebangsaan. Tujuan-tujuan Pentaksiran Pelaporan pencapaian menentukan setakat mana pencapaian seseorangpelajar Dignostik ---Ujian Diagnostik menentukan punca masalah pembelajaran.Membantu guru menentukan strategi pengajaran pemulihan yang perludigunakan. Penempatan ---Ujian penempatan menentukan kemahiran dan penguasaan sediaada pada pelajar sebelum pengajaran. Bertujuan untuk menentukan aras bahanpelajaran yang sesuai untuk digunakan. Pemilihan--Ujian pemilihan bertujuan memilih calon-calon untuk memasukisesuatu kursus atau jurusan. Penggerak -----berperanan sebagai alat motivasi bagi pelajar-pelajar. Maklum balas----Hasil ujian akan memberikan maklum balas tentangkeberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Pensijilan ----Sijil-sijil prestasi akan diberikan setelah pelajar Berjaya lulus ujianatau peperiksaan. Membuat pengumpulan----Di dalam bilik darjah, hasil ujian sering digunakanuntuk mengumpulkan pelajar pelajar mengikut kebolehan mereka. 1.1 Pentaksiran Secara Formal

Hanna Gerald S dan Dettmer Peggy A (2004) ---Penilaian secara formal ialahpenilaian yang dilaksanakan secara formal atau rasmi. Melibatkan suatu prosedur atau tatacara yang telah ditetapkan dan perludipatuhi oleh semua calon. Dirancang atau dibina berasaskan peraturan atau tatacara yang telahditetapkan. Setiap kurikulum yang menjadi dasar dalam kursus akan diteliti serta dikajiuntuk menentukan apakah jenis, bentuk dan bagaimana setiap penilaian akandilaksanakan. 1.1.1 Jenis-jenis Penilaian formal Terdapat dua jenis penilaian di sekolah: Penilaian Formatif Ee Ah Meng (1998) menjelaskan bahawa penilaian formatif ialah penilaian yangmelibatkan penggunaan ujian untuk mengukur kemajuan murid-murid setelah merekamencapai hasil pembelajaran tentang sesuatu unit pembelajaran atau satu bab dalambab yang berkaitan. Ciri-ciri Penilaian Formatif Penilaian formatif ialah penggunaan ujian untuk melihat pencapaian muriddalam sesuatu bab pembelajaran. Ia bersifat formatif kerana ada unsur pembentukan semula selepaspelaksanaan sesuatu ujian. Hasil yang diperolehi adalah digunakan untuk memperbaiki pembelajaran danbukan untuk member gred. Objektif utama adalah untuk mengesan kejayaan dan kegagalan. Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran danpembelajaran. Guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensiseseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Guru juga boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasukaspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat. Penilaian Sumatif Ee Ah meng menjelaskan bahawa penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankanpada akhir sesuatu kursus. Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada akhir semester. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang muriddengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan.

Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM biasanyadikendalikan oleh Lembaga peperiksaan Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentangpencapaian murid di seluruh negara. Objektif Penilaian di Sekolah (Formatif dan Sumatif) Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awaldari semasa ke semasa. Mengetahui keberkesanan pengajaran. Merancang dan mengubah suai pengajaran. Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta. Kepentingan Penilaian dalam Pendidikan Moral Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantumurid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti padaperingkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Kekuatan murid yang telah menguasai sesuatu nilai dan tindakan secarabermoral dapat diperkukuhkan dan diperkayakan. Melalui aktiviti tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu muridmeningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperolehpencapaian cemerlang dalam penilaian sumatif dan penilaian di peringkat pusat dan dalam diri murid dari aspek kognitif (pemikiran), afektif (perasaan) dantingkah laku moral Penilaian juga akan membantu memotivasikan murid untuk terus belajar danmencapai kejayaan.Kepentingan penilaian dalam system pengajaran terancang secara bersepadu dapatdilihat melalui gambar Rajah 1.

Hubungan penilaian dalam proses pengajaran bersistematik ( Sumber:Brown J) Rajah di atas menunjukkan proses gelungan perancangan pengajaran secarabersistematik. Hasil pembelajaran akan ditentukan bagi persediaan perancangan pengajaran. Isi kandungan akan menentukan langkah dan corak pengajaran. Suatu penilaian akan dibuat pada akhir sesi pengajaran. Penilaian ini penting untuk mengesan pengarahan dan pembelajaran sama ada Berjaya ataupun tidak. Pengukuhan, pemulihan, dan pengayaan akan dilaksanakan selepas prosespenilaian.

Jadual Spesikasi Ujian (JSU) Jadual Spesikasi Ujian (JSU) ialah satu senarai objektif pengajaran dan araspemahaman yang akan diuji. Ia menghuraikan serta menjelaskan domain pencapaianyang ingin diukur serta memberikan satu panduan untuk mendapatkan satu sampelitem-item soalan.Tujuan Jadual Spesikasi Ujian JSU akan menjadikan setiap ujian yang dibina tidak sembarangan tanpamengikut prosedur yang ditetapkan. Ia juga akan dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian yangdibina. JSU juga ialah suatu panduan dan penentu kepada pihak penggubal soalan. JSU juga dapat menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari setahun kesetahun. JSU juga akan menentukan pemberatan setiap soalan berdasarkan ArasTaksonomi Bloom.

Panduan dan prosedur akan membolehkan penggubal lain membina soalanyang telah ditetapkan. Ia juga membolehkan satu perbandingan dibuat antara satu ujian dengan satuujian yang lain. JSU juga dapat menggambarkan pembahagian aras kebolehan setiap muridtercapai disebabkan adanya yang mudah, sederhana, dan juga sukar. Elemen Penting Membina Jadual Spesikasi Ujian Keseimbangan sasaran ujian. Keseimbangan tahap pembelajaran yang telah dilaksanakan. Format ujian sama ada jenis soalan objektif benar salah, objektif aneka pilihan,struktur, esei dan sebagainya. Jumlah item soalan juga perlu diketahui guru. Bilangan item ujian bagi setiap sasaran tahap pembelajaran mengikut arasTaksanomi Bloom. Kebolehan kemahiran yang dipilih bagi setiap JSU. Spesikasi yang terbentuk berdasarkan keenam-enam elemen di atas akanmembolehkan keseimbangan tahap pengujian yang mewakili setiap unit dalam prosespembelajaran murid sasaran dan tahap pembelajaran yang telah dilaksanakansemasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Kepentingan Jadual Spesikasi Ujian Jadual Spesikasi Ujian (JSU) yang lengkap dibina akan sangat-sangat membantupenggubal soalan dan pembina ujian. Antara kepentingan adanya JSU ialah: Ujian akan dibana secara sistematik. Kesahan dari segi penyampelan sukatan pelajaran adalah terjamin dan taburantajuk adalah seimbang. Pelajar diuji pada keseluruhan kurikulum. Taraf , mutu , dan aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari setahun kesetahun, walaupun dibina oleh Pembina yang berlainan. Ia menjadi panduankepada penggubal soalan dan Pembina ujian.

Berdasarkan jadual JSU di atas, taburan dan pembahagian setiap soalanadalah berdasarkan aras kemahiran Taksonomi Bloom. Pengetahuan , kefahaman , aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Aras pengetahuan mewakili 4 soalan (40%) , aras kefahaman 2 soalan (20%),aras aplikasi 2 (20%) , aras analisis 1 soalan ( 10%) , dan aras sintesis 1 soalan(10%) . Aras penilaian tidak diuji kerana berkemungkinan aras ini agak tinggi dankurang sesuai untuk Tahun 5. Taburan soalan adalah merangkumi kesemua unit, iaitu daripada unit 1 hingga10.

Pelbagai jenis soalan boleh dibina: soalan objektif , jawapan pendek , salahbenar, padanan aneka pilihan dan soalan struktur . 1.2 Pentaksiran Secara Tidak Formal Pentaksiran jenis ini adalah lebih kepada membuat penilaian serta pemerhatiantentang seseorang murid di dalam bilik darjah. Pemerhatianserta penilaian ini boleh berasaskan tingkah laku, emosi , dan jugakognitif. 1.2.1 Jenis-jenis Pentaksiran Tidak Formal a) Pemerhatian Adalah satu kaedah penilaian melalui pemerhatian yang dijalankan secarabersistematik dan tepat untuk mengumpul maklumat dan merekodnya dengantepat tentang murid yang menjadi sasaran pemerhatian ataupun secarakeseluruhan kelas. Jika melibatkan individu tertentu ia adalah bertujuan untuk mengenal pastipunca, sebab atau permasalahan yang dihadapi sama ada berkaitan denganpembelajaran cara bersosialisasi ataupun isu moral yang dihadapi. Pemerhatian akan dibuat dalam bentuk memerhati tentang tingkah laku ,perbualan atau interaksi sosial murid, dan juga hasilan kerja. Tujuan Pemerhatian Mengesan serta-merta Mengesan kemajuan Mengesan pencapaian Mengesan fenomena tingkah laku Digunakan untuk menilai : - sikap - perlakuan/amalan - amali - kemahiran manipulatif - kemahiran bersosial - kemahiran belajar - kemahiran kinestetik

- kemahiran literasi komputer - kemahiran mereka cipta Perlaksanaan Pemerhatian: Pemerhatian proses dan hasil kerja seperti lukisan,buku skrap, kraf tangan dan kerjakursus membolehkan pengajar menilai sikap serta penguasaan sesuatu kemahiran. Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu pendidik melengkapkangambaran mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah lisan danpenulisan. Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala kadar /markingscheme. b) Merekod Pemerhatian Senarai semakSenarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segipengetahuan, kemahiran, sikap , sahsiah, dan kebolehan murid. Senarai item yangdisediakan adalah untuk menentukan sama ada yang berkaitan dengan tingkahlaku yang dapat diperhatikan, kekerapan tingkah laku itu berlaku, dan lain-lainberdasarkan keperluan pemerhatian. Ia memerlukan satu bentuk jadual dan setiappemerhatian yang dapat dilihat hanya akan dicatat dengan menandakan ( ) ataucara lain. Rekod BerterusanCatatan dalam bentuk cerita (narrative) yang dibuat ke atas indidvidu ataukumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan danapa yang dikatakan oleh murid akan dicatat sepanjang tempoh pemerhatian.Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh 5-10 minit.Daripada pemerhatian ini guru akan dapat mengukur tentang keupayaan muridbertoleransi, berinteraksi, dan memahami konsep-konsep moral yang perlu adapada setiap individu. c) Anekdot Rekod anekdot menceritakan pencapaian akademik pelajar, perkembangan kognitif,perkembangan persaingan dan pertumbuhan aspek-aspek kemanusiaan secaramenyeluruh. Lapor mengikut keutamaan Mula dengan aspek yang mudah ke aspek yang lebih kompleks Biar proses mencatat anekdot berlaku secara semulajadi Rekod pemerhatian boleh disimpan dalam bentuk portfolio yang bersistematikdan mengandungi rekod peribadi murid, perkembanganm diri murid sama adadari segi sahsiah, perlakuan dan juga contoh hasil kerja murid. d) Port Folio

Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaianpelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui. Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan danpenilaian yang teliti. Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untukmencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dankreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir. Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuandaripada pelbagai pihak. Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik. Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan. Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang. Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang bolehdinilai melalui bukti-bukti lain. Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkanperkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telahdipersetujui bersama. Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina:1. Porfolio kerja harian2. Portfolio hasil terbaik3. Portfolio dokumen. e) Temu bual Satu instrument yang digunakan dalam kajian yang berbentuk tinjauan. Tujuannya ialah untuk menghasilkan satu set item yang boleh digunakansecara optimum untuk menjawab persoalan kajian. Bentuk temu bual: temu bual berstruktur, temu bual semi struktur, dan temubual yang tidak berstruktur. Guru mestilah menentukan jenis temu bual dalam kajian, rancangan temu bual,stail, kandungan dan susunan soalan temu bual. Ciri-ciri soalan temu bual mestilah mudah, jelas , dan susunan temu bual, sertatempoh yang sesuai dan tidak terlalu lama untuk menggelakkan kebosananresponden. http://www.scribd.com/doc/92343045/ELM-3103-PENTAKSIRAN-PENDIDIKAN-MORAL-DISEKOLAH-RENDAH

You might also like